February 17, 2015

Trip to Bali!!! (#2)

 Holla and good ___________(depends on the time you read my post). Like seriously? Yeah, because I feel lazy to think what time do people read my post.

Sekarang, Pyka nak share perjalanan Pyka dekat Bali sesi dua. Untuk sesi pertama, sila klik ---> SINI

Sampai je dekat Bandara Internasional Bali (Bandara bermaksud airport dalam bahasa Indonesia). Kitorang disambut oleh driver kitorang sepanjang dekat sana. Yelah, sebab kitorang pergi bukan dengan agensi pelancongan. Nama dia Bapak Marchael. Setia betul dia, pukul 4 pagi tak tidur sebab kami. Terharu sikit.

Kitorang takdelah terus check in hotel, tapi kitorang pergi ke Pantai Kuta. Nak tengok sunrise katanya. Okeylah, tak jelas sangat pun sebab diselindung dengan pulau and kitorang terlalu mengantuk sebab naik flight tadi (Macam Pyka yang pandu flight pulak!). Around 6 pagi, Kuta dah terang macam pukul 8.00 pagi Malaysia. So kitorang breakfast.

Diorang dekat sana tak makan sarapan macam dekat Malaysia. Diorang breakfast nasi campur a.k.a  nasi padang. Mula-mula excited sangat sebab dapat makan nasi padang. Rupa-rupanya cuma nasi campur je. Nasi putih campur ayam goreng pun boleh dengan telur masak kuah kuning.

Bila perut kenyang, kitorang pun decide nak berehat dekat bilik. Nak qada' tidur yang Pyka terlepas semalamnya. Hehehe. Kitorang check in dekat Hotel Eden, Kuta. Pyka ada perasan satu keunikan pada hotel-hotel dekat Bali ni. Diorang punya hotel kebanyakkannya satu tingkat je. Rumah pun tak ada yang tinggi-tinggi. Sebab berdasarkan kepercayaan diorang, bangunan tingi-tinggi langgar pantang larang nenek moyang diorang. Nilah dia biliknya!!!!

Hotel Eden, Kuta, Bali
Peace yo!!! Praying for Malaysia always in peace....
 Di manakah itu? Kelihatannya seperti di balkoni bilik, ya? (versi Indonesia). Kitorang sampai Bali around 4.00 pagi. Memang mengantuk sungguh sebab masa dalam flight Pyka tak tidur sebab tengok cerita Cinderella (2014). Gigih kot tengok cerita tu dari flight dekat awan biru sampailah dekat daratan yang menghijau (Amboi hang, ayat tak boleh blah!).

Ibu-ibu sama bapak-bapak selamat sore! Gue mahu ke alam mimpi dulu ya!!!
So, setakat ni dulu perkembangan Pyka sekeluarga di Bali. Don't miss the next story about my visit to Tanah Lot....

February 16, 2015

Trip to Bali!!! (#1)

Sebenarnya Pyka dah lama pergi Bali. Tahun lepas pergi. Hehehe. Cuma, last year busy sebab study. Nak SPM lah katekan (uhuks) So, di masa yang terluang ni nak share sikit pengalaman pergi Bali. This is myfirst trip to oversea (oversea lah jugak). Excited dia lebih sikit. Almaklumlah, kami warganegara yang sederhana ini jarang dapat peluang macam ni.

Okey, sekarang ni Pyka nak start dari mula perjalanan Pyka ke sana. Masa ni , hati berdebar-debar hanya Allah je yang tahu. Tak silap masa ni kes MH370 baru berlalu dua minggu. Memang hati berdebar-debar sepanjang perjalanan. Flight kitorang pukul 12.00 malam.(Seingat Pyka lah)

Waktu ni baru letak barang dekat troli. Banyak kot barang
 Okey, sampai dekat KLIA dalam pukul 5.00 petang cenggitu. Aiyooo, mau tunggu lagi itu 5 jam woo. Dengan barang yang banyaknya, kitorang carilah troli untuk letak barang-barang. Macam nak sampai bumbung KLIA dah (hehe, hiperbola siketttt)

Eh, ada barang tambahan pulak. 
 Sampai je, kitorang duduk sekejap sementara tunggu ayah parking kereta. Tu yang troli pun jadi kereta dah. Pykalah melayan kerenah adik untuk tolak benda alah troli ni. Berat barang + berat adik = SUNGGUH BERAT . Sampai hati Yaya buat kakak macam ni. Huhu...

Sebelum makan, mari kita tangkap gambar dulu! (Takde monopod, kalau tak boleh selfie)
Lebih kurang pukul 8.00 malam (lepas maghrib), kitorang dinner. Masa tu mak kata, "Kalau mak tahu mahal macam ni, baik mak tapau je dari rumah". (Mak pandai guna perkataan 'tapau' kot. Ceh, ayat anggaran je). Siapa yang pernah makan dekat KLIA, mesti tahu tahap kemalannya (Perhaps). Tengok, cawan pun cawan kertas je tau. Tu pun dah berapa harganya (tak hingat)

Kami bergerak ke hadapan tanpa menggerakkan kaki. Kui kui kui.
Yeay, setelah 5 jam menunggu, flight kami dah sampai. Excited giler naik escalator tegak ni. Hahaha. (Sebab dah lama tak naik flight)

Good bye Malaysia! Sayounara! Bali, here we come!!!
Ni lah pada hari pertama kami nak bertolak ke Bali. Hati yang berdebar- debar siapa tahu. Ni ada snapshoot sikit gambar dalam flight.

Peace yo!!! Menunggu makanan tiba. Lapar tak???
Bubye! Enjoy the picture wookeyh!!! 

February 15, 2015

Manusia


Hohoho, lamanya tak update blog. O Em Ji!!! Pyka dah nampak ada bebayang sawang labah-labah dah . Eh, labah-labah, jangan kacau Pyka nak menaip ni. Lately ni Pyka agak busy. Even I'm not a school student anymore (yeay!), Pyka busy macam-macam. Tak larat nak sebut satu-satu.

Okey, topik hari ini ialah :
                MANUSIA       

Siapa pernah dengar pepatah "Banyak udang banyak garam, banyak manusia banyak ragam". (Saya! Saya!). Sedar tak, makin lama kita hidup, makin banyak jenis orang yang kita jumpa. To be honest, sepanjang hampir 18 tahun Pyka hidup ni, memang Pyka jumpa ramai jenis manusia. So, Pyka nak senaraikan orang-orang yang Pyka pernah jumpa .
    
Orang yang cepat marah
         Huhuhu, memang orang macam ni sangat tak sesuai dengan Pyka. Sebab apa? Sebab Pyka jenis suka buat kepala (Ops, bocor rahsia). Kadang-kadang annoying sikit tau orang macam ni. Ingat lagi masa darjah dua, ada sorang budak baru masuk kelas Pyka dan dia duduk sebelah Pyka. Pyka pinjam colour pensel dia. Dia cakap :
"Pinjam boleh, tapi jangan bagi pendek atau patah"
Okey, kalau fikir balik mana ada pensel warna dah guna tak pendek (mata pensel). Logik tak? Tapi kita yang naif dan innocent ni angguk jelah. Nak dijadikan cerita, patah pulak. Kita punya takut kena marah, menghabiskan waktu rehat dengan mengorek pensel warna tu. (Habis waktu rehat kite. Isk3)Dia pergi rehat sedap-sedap and bila balik kelas dia marah kita pulak (Hei, awak tahu tak kita tak makan sebab korek pensel warna awak yang tak habis-habis patah ni). Sumpah, tak nak pinja pensel warna dia dah

Orang yang pemalu (extreme punya)
Okay, ini kelakor. Kita pernah terfikir yang dia ni bisu. (Sorry, awak). Sebab apa kita assumed dia bisu, sebab sepanjang tiga tahun kita satu kelas dengan dia, dia cuma bercakap menggunakan isyarat kepala. Tapi, bila dengan best friend dia, rancak pula dia bercakap. Sejak tu kita dah tahu awak tak bisu. Betul, kita tak tipu.
Orang yang suka fikir negatif
Ni kes  paling berat. Memang memeningkan. Jujur kita cakap, orang macam ni memang tak boleh ngam dengan Pyka. Sampai Pyka stress dibuatnya. Orang macam ni Pyka jumpa masa umur 17 tahun. Adoii, stress. Hati lembut maca marshmellow. Kita ni pula suka bergurau and cakap lepas. Kadang-kadang kita cakap sesuatu tu tak berniat nak hina atau perkecilkan dia pun, tapi tu yang dia fikir. Macam pada suatu hari:
"Yelah, orang pandai kalau ilmu tak berkat tak kemana juga"
Okey, kita pun niat nak backup orang yang dingumpatkan tu
"Tak apalah, dia pandai. Tak elok cakap dia macam tu. Orang tak pandai macam kita ni pun sama juga"
Tamat. And lepas tu tiba-tiba dia tak melayan kita. Tanya best friend dia, kenapa dia merajuk. Kawan dia cakap :
"Dia cakap kau cakap sesuatu yang membawa maksud dia tak pandai. Dia tahulah..." bla bla bla..
Adakah dia tidak faham 'kita' tu membawa maksud diri Pyka sekali? Ya allah, stress tau menghadap orang yang suka negatif ni.
  Orang yang ego
Hello awak-awak yang ego, best sangat ke jadi ego? Annoyiiiiingggg sesangat!!! Orang macam ni sentiasa fikir dia betul, baik dan sempurna. Tak pernah buat salah. Salah orang sekecil kuman pun dia perasan. Tapi, bila dia buat salah, langsung dia tak perasan. Kita punyalah sabar dengan perangai dia yang entah apa-apa tu. Tapi last-last, bila kita buat salah yang simple dan bak kata orang tak perlu nak terasa pun, terus mengamuk, treat kita macam musuh. Lepas tu, buat salah bukan nak minta maaf. Dia tetap akan anggap kita yang salah. Okey fine, I give up. Dia buatkan Pyka fed up dan malas nak layan dia dah .

Orang yang ingat kita bila susah
Orang macam nilah paling ramai Pyka jumpa. Kita jadi sahabat dia bila dia susah, tapi bila senang dia layan kita macam orang asing. Kadang-kadang rasa macam dah malas nak tolong dia dah. Tapi, kita fikir perasaan dia takut terasa. Last-last, kita bagi dia madu dibalas tuba. (Hahaha, berperibahasa bagai). Takpe, kau ingat kau sorang je kawan aku. Sabor jelah.
 Setakat ni jelah orang yang Pyka pernah jumpa. Tapi, Pyka tak tahulah orang describe Pyka macam mana. Kita manusia tak sempurna. Tapi, untuk orang ketiga, keempat dan kelima ada sikit nasihat. Setiap manusia tak akan faham hati manusia yang lain. Kalau betul terasa atau marah, straight to the point. Bukan pendam dan tup2 nak suruh orang tu minta maaf. Diorang pun tak tahu apa salah diorang. Kita manusia kadang-kadang tak sedar apa yang kita buat tu salah. So, tegur each other. Tak pun, cuba faham gaya orang tu. Insyaallah, kita pun akan tenang nak menghadapi pelbagai jenis manusia.

That's all guys. Bye bye!
 

February 07, 2015

Teaser : Giveaway by Pyka Ros

Hurm, Pyka belum lagi buat giveaway. Pyka just nak survey whether ada orang nak join tak kalau Pyka buat giveaway. Sebab itulah tajuk posting tu teaser.

Okey, hadiah are 100% sponsor by me. Yelah, kerja part time dapat gaji bolehlah buat GA ni. Pyka cuma takut Pyka je syok sendiri tapi takde orang pun nak join macam krik krik je. (Bayangkan bunyi cengkerik dalam blog. Seram mak!) Syarat dia sangat-sangatlah simple. Tak perlu korang bersusah payah travel from one country to another pun. (Hiperbola sikit)

Macam biasalah, pemenang bukan Pyka yang pilih but random.org ler... So, berminat tak??? Sudi-sudilah komen yer abe2 akok2 sekalian. Siapa yang komen Pyka akan bagi link dekat korang kalau GA dah start. Please komen, please komen. Merayu sesangat ni.

Pyka cuma nak feedback je, tak lebih pun (Kelip-kelip mata. Buat muka kesian). Kalau baik hati, tolonglah gembar-gemburkan dekat kawan-kawan korang. Jangan risau, hadiah memadai dengan usaha korang. Boleh letak banner dekat atas dan backlink dekat entry Pyka yang ni. Okey?! Saranghaeyo!!!!

12 Days Of kisahamydotcom Giveaway

http://akubudakkayu.blogspot.com/2015/02/12-days-of-kisahamydotcom-giveaway.html
Jom join ramai-ramai. Kalau nak dan berminat nak join, tekan je banner dekat atas. Okey?

February 03, 2015

Kemma's Huge Giveaway ♡

Okey, cube korang tengok banner dekat atas ni. Comel kan? Kalau comel, jangan teragak-agak untuk tekan banner ni dan join. Syarat-syarat dia tak susah pun. Agak banyak sebab hadiah serius banyak. So possibility untuk dapat pun tinggi. So apa tunggu lagi. Let's put your cursor and click HERE . Jangan malu jangan sengan, jom join ramai-ramai~~~~~

Pyka tag these 4 persons:
 Shyue
 Zara Nabilah
 Nik Ailya
 nabilasyifa
Join jangan tak join, okay!