BAB 20
Hidup Aris
semakin hari semakin diisi dengan galak ketawa dan lawak bodoh Alisa.Apa yang
mengubah hidup Alisa, tidak diketahuinya.Bila masa Alisa bersedih, tidak pernah
Aris tahu.Apa yang dia tahu, Alisa yang kini sentiasa ceria.Takkanlah lepas
pengsan haritu sikap dia terus berubah, fikir Aris.
Sedang asyik Aris melayan angan, pintu pejabatnya diketuk
dari luar.
“Masuk!”arah Aris.
Pintu dibuka.Terjegul wajah wanita dalam lingkungan
40an.Dengan senyuman, dia menapak masuk.
“Hai Encik Aris, saya datang sini untuk membincangkan
tentang hiasan pejabat encik.Orang yang uruskannya pergi ke bilik air
sekejap.Nanti, dia datang”,dengan penuh kelembutan wanita itu melayan
pelanggannya.
Aris mengangguk sebelum menatap kembali koputer
ribanya.Daripada buang masa menunggu, baik aku siapkan kerja aku, tak ke gitu?
Tiba-tiba;
“Maafkan saya lambat.Saya ke bilik air tadi”,kalut sungguh
suara itu kedengaran.
Aris seperti mengenali suara itu.Ala, bukan dia sorang je
ada suara macam tu dekat dalam dunia ni.
“Tak apa, silakan masuk”,seraya Aris berkalih daripada
menghadap komputer ribanya.
Mata mereka bertatapan seketika.Takkanlah!!!
“Encik Aris, ini akauntan syarikat kami.Buat sementara
waktu, dia menggantikan sekejap tempat Puan Sherry.Dia yang akan mengira semua
kos yang akan encik keluarkan.Baiklah encik, saya pergi dulu”,seraya wanita itu
berlalu meninggalkan Aris dan Alisa.
Tanpa dipelawa, Alisa terus sahaja duduk di kerusi
bertentangan dengan meja kerja Aris.
“Puan Alisa, ni tempat kerja aku.Kau tak boleh sedap-sedap
macam dekat office kau”,perli Aris.Gayanya macam dia datang sini bukan untuk
kerja je.
“Apa saya kisah?Ni office ayah mertua saya jugak.By the way,
awak tak pernah cakap pun awak kerja dekat sini.Awak bukan kerja dekat tempat
Sakinah ke?”soal Alisa dengan memek mukanya sekali.
“Ni cawangan syarikat kami yang lagi satu.Aku kadang-kadang
je datang sini.Syarikat yang ni adik aku yang akan handle.Sementara tunggu dia
nak habis belajar, aku kenalah melawat selalu’,jelas Aris sambil melabuhkan
punggungnya di atas kerusi.
Alisa mengangguk-angguk.Pandangan ditalakan ke seluruh ruangan
pejabat.
“Besar juga bilik awak ni ye.Boleh jadi rumah”,seraya Alisa
bangun.Perlahan-lahan dia menjelajahi seluruh ruangan kerja Aris.Orang kaya,
boleh cerita lah.
Mata Alisa tiba-tiba tertancap di sebuah objek yang begitu
menarik perhatian.Gatal sahaja tangan Alisa mahu menyentuh.Tiba-tiba, objek
yang berkilau itu diangkat.Dia boleh terbang ke?
Rupa-rupanya Aris yang mengangkat objek itu sambil tersenyum
mengejek.
Alisa mencebir.
“Orang nak pegang pun tak boleh.Kedekut”,Alisa duduk semula
di tampatnya.Dia berpeluk tubuh.
Begitu juga dengan Aris setelah dia meletakkan barang itu di
tempat asalnya.
“Kau datang sini atas urusan kerja”,Aris mengingatkan Alisa
yang pada hematnya terlupa.
Alisa segera berpeling menghadap suaminya.
“Okey Encik Aris, konsep macam mana Encik Aris nak?”terus
sahaja Alisa mengeluarkan sebuah buku yang menunjukkan contoh-contoh hiasan
dalaman pejabat.
Aris kaget.Dia ni dah kenapa, tak alih-alih terus serius
macam ni.
“Kau ni dah kenapa?Buang tebiat”,tegur Aris.
“Encik Aris, saya datang sini nak kerja.Jadi, konsep yang
macam mana encik nak?Macam ni, macam ni, atau macam ni”,Alisa menunjukkan
contoh-contohnya di hadapan Aris tanpa menghiraukan teguran jejaka itu.
Aris mengambil langkah hanya menjadi pemerhati.Nak perli aku
lah tu, fikir Aris.
Mata Aris merenung Alisa tanpa berkedip sehinggakan gadis
itu menjadi rimas.
“Encik Aris, tak payahlah pandang saya yang dah sememangnya
cantik ni macam nak tembus.Tak ke mana pun saya kalau encik pandang saya macam
tu”,Alisa menyelitkan unsur-unsur riak di situ.Bukan riak, Cuma memuji diri
sendiri je okey!
“Perasan”,tutur Aris sepatah.
Alisa tersenyum, ada suara rupanya.Ingatkan dah bisu lepas
pandang aku yang cantik mengalahkan Miss Universe ni.
“Hish, orang penat membebel dia boleh jadi tugu Negara
pulak.Okeylah, kalau macam tu saya ikut taste saya jelah”,Alisa mula mengemas.
Aris masih lagi kaku.Dia ni kena sumpahan Sang Kelembai
apa?!
“Aris, dah lah tu.Gerak lah”,tegur Alisa.Dia
menggoncang-goncang bahu Aris.
Aris ketawa kelucuan.
“Haa, baru nak sedar.So, awak nak yang macam mana?”Alisa
tersenyum kemenangan.
“Apalah Alisa ni, tu lah siapa suruh sindir aku lagi.Padan
muka tak dilayan”,ejek Aris seraya mengambil buku yang terdapat di tangan
Alisa.
Alisa menjeling ke kanan.Saja je nak kenakan aku kan !
“Okeylah, yang ni”,ucap Aris setelah membelek-belek majalah
itu.Alisa melihat konsep yang ditunjukkan oleh Aris.
“Awak, rekaan yang awak pilih ni macam hiasan dapur tahu
tak.Seleraknya”,Alisa mengeleng-gelengkan kepalanya, sengaja mahu mengusik.
Padahal, dah cantiklah tu.Nak jugak bergaduh dekat dalam
office laki aku ni.
“E’eh budak ni.Tadi beria-ia suruh aku pilih.Bila aku dah
pilih, nak kompelin pulak”,marah Aris.
“Tak, tak, tak.Awak kena pilih yang ni”,Alisa menunjukkan
satu rekaan yang sangat keperempuanan.Merah jambu?
“Woi, ni hiasan untuk pejabat sekolah tadika boleh lah.Kau
sengaja ye kenakan aku?”duga Aris sambil merenung tajam wanita di
hadapannya.Bak kata satu scene filem KL Gangster, ‘wa tengok lu kecik besar
kecik besar je’.
“Well, saya ingat kan
taste awak macam ni”,selamba sahaja riak di wajah Alisa.
Terlintas idea nakal di benak Aris.
Dia bangun dari duduknya seraya menghampiri kerusi yang
diduduki oleh Alisa.Dia tersenyum nakal memandang gadis itu . Kedua-dua belah
tangannya mengepung tubuh Alisa.
Alisa kaget sendiri.Dia ni kena rasuk ke?!
“Aris, awak nak buat apa ni?”soal Alisa garang.Suaranya
hampir sahaja boleh dipanggil berbisik.
Kerusi yang diduduki Alisa dipalingkan agar membelakangkan
meja.
“Kau nak kenakan aku ye?”gemersik sungguh suara Aris
kedengaran.Antara dengar tak dengar je .
Jantung Alisa berdetak hebat.Janganlah buat onar, Aris!
Wajah jejaka itu semakin hampir.Alisa gelisah sendiri.
Apabila wajah mereka kurang sejengkal, Aris tiba-tiba
terhenti.Tangan kanannya menjangkau mengambil sesuatu di atas meja.
Kepungan dileraikan.Dia bergerak ke sofa.
“Penakut juga kau ni”,Aris menghempaskan punggungnya di atas
sofa buatan Itali itu.Apalah, beli barangan buatan Malaysia
kan bagus.
Wajah Alisa merona merah.Buat bengang aku je lah mamat ni!
“Dahlah, saya nak balik.Malas nak layan awak”,Alisa mengemas
barang-barangnya.Buang masa je datang, bukannya ada berlaku urus niaga pun.
Aris tersenyum sinis.Nak cover benganglah tu!
“Kau nak balik naik apa?Bukan kereta kau masuk workshop
ke?”Aris membelek-belek pen di tangan.
Alisa menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.A’ah,
takkanlah aku nak jalan kaki.Boleh je aku jadi rangka walupun rumah masih tak
nampak.
“Ala ,
saya naik…naik teksilah”,Alisa tidak mahu mengaku kalah.
“Hurm, yelah.Pergi sana. Aku tahulah kau sentiasa bawa
dompet kau kan”,ucap Aris berbaur sindiran.Alisa menepuk dahi.Aku mana bawak
duit spare.Lima ringgit mana cukup nak bayar tambang dari sini ke rumah.
Aris mula bangun dan berkemas.Alisa semakin gelisah.Aku nak
naik apa ni.Takkanlah nak jilat ludah sendiri.
Sebaik sahaja pintu dibuka;
“Saya tumpang boleh?”terpaksalah buat tembok China dekat
muka ni.Nasiblah, daripada kena jalan kaki 12 km.
Aris cuba
menyembunyikan senyumnya.
“Hmmm…”,itu sahaja yang dibalas oleh Aris.
Dengan langkah seribu ‘kebengangan’, Alisa mengekor dari
belakang.
Masuk sahaja ke dalam kereta, ketawa Aris meletus maha
hebat.Sah, skru dia tertanggal.
“Gelak kuat lagi, kuat lagi”,nada suara Alisa seperti
merajuk.Berapa kali aku dah terkena dengan mamat ni hari ni.Buat jatuh saham
je.
Ketawa Aris semakin dinaikkan volume suaranya.
Telinga ditutup rapat.
“Dahlah ketawa.Sakit telinga”,marah Alisa.Tawa Aris
serta-merta terhenti.
“Dah kau suruh gelak kuat lagi, aku bantailah gelak.Nak
marah aku pulak”, Aris menghidupkan enji keretanya.
Ulas bibir dicebikkan.Tak payahlah jadi Donald Duck dekat
sini, fikir Aris.Bukan tidak mahu sambung menyakat, nanti kalau minah ni
meraung dalam kereta ni, tak mau banjir kereta aku dengan air mata dia.Kalau
sebab gangguan banjir je takpe, ni siap pakej gangguan bunyi lagi.Tu yang tak
boleh tahan tu.
Lagu di corong radio menghiasi perjalanan mereka.Alisa yang
sedari tadi banyak bercakap hanya mendiamkan diri sehingga kereta Aris masuk ke
garaj.
Patutlah senyap semacam je, dah lena dah, desis hati kecil
Aris.
Dia tersenyum memerhati wajah Alisa dalam tidurnya.Comel
betul!
Tubuh Alisa diangkat masuk ke dalam bilik.
Tiba sahaja di separuh jalan, Alisa tiba-tiba tersedar dari
tidurnya.
Mata Alisa terbuntang luas saat menyedari dia berada dalam
dakapan Aris .
Alisa meronta-ronta minta diturunkan. Pantas sahaja Aris
menurunkan Alisa .
“Awak buat apa huh? Ambil kesempatan apa”, bajunya
dikemas-kemaskan . Jantung Alisa berdegup laju bagaikan baru lepas menamatkan
larian pecut 200 meter .
“Buat apa ambil kesempatan dekat kau . Kau je yang tidur
lena sangat “,Aris membalas .
Tanpa menghiraukan Aris , Alisa terhuyung-hayang menaiki
tangga .
Sampai sahaja di anak tangga yang keempat , Alisa terpijak
bucu tangga . Dia tergelincir . Nasib baiklah Aris sempat sambut . Kalau tak ,
maunya masuk ICU .
Lengan Alisa dipegang erat .
“Kau okey tak ?”soal Aris.
Alisa terkedu untuk menjawab soalan Aris . Alangkah indahnya
hari ini .
“Woi “, sergah Aris .Alisa balik ke dunia nyata . Baru nak
berangan .
“Tak , tak ada apa-apa”, tangannya disentap lembut .
Perlahan-lahan lengan Alisa dilepaskan .
Perlahan-lahan Alisa mendaki anak tangga .
Aris tersenyum memandang langkah longlai isterinya
.Mengantuk sangatlah tu !
Rambut yang
basah dilap agar ia kering . Sebuah buku tentang hiasan dalam pejabat dibuka .
Itu sebenarnya buku daripada syarikat Alisa .
Satu persatu helaian diselak . Semua bentuk susunan perabot
dalam majalah itu begitu membuatkan Aris rambang mata .
Tiba-tiba , ada sekeping gambar yang terselit dicelah-celah
helaian tersebut yang diterbalikkan .
Alangkah terkejutnya Aris apabila melihat gambarnya ketika
dia berusia 14 tahun . Gambar dia sedang tersenyum sambil memakai baju Pengakap
ketika pertandingan kawad kaki di
sekolahnya .
Macam mana gambar ni boleh ada dekat dia? Takkanlah Sakinah
bagi ? Aris semakin runsing.
Gambar di tangan ditatap lama . Betul, ni memang gambar aku
.Aku pernah nampak gambar ni dalam kamera….
Ah… tak mungkin !
Gambar itu dicampak ke lantai .
Tak mungkin dia ….
bile bab 21 nak kluar? best la cter ni..x sabar nk bce..harap post cepat sikit ye :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBila nk sambung? best lah
ReplyDeletelike 1000 ,best . good job writer :)
ReplyDeleteHari2 drop by sini...tapi hampa...bila nak sambung balik Cik Penulis? Penantian itu satu penyiksaan...sayang cerita yg baik tidak diteruskan lagi... :(
ReplyDeleteBaca ni waktu sekolah rendah dulu. Sekarang dah masuk universiti,amek ijazah, tak habis lagi cerita ni :(((
ReplyDeleteDulu baca ni time sekolah menengah, now still waiting untuk sambung cerita ni, author sambung laa please🥹🥹
ReplyDelete