Sekarang, Pyka nak share perjalanan Pyka dekat Bali sesi dua. Untuk sesi pertama, sila klik ---> SINI
Sampai je dekat Bandara Internasional Bali (Bandara bermaksud airport dalam bahasa Indonesia). Kitorang disambut oleh driver kitorang sepanjang dekat sana. Yelah, sebab kitorang pergi bukan dengan agensi pelancongan. Nama dia Bapak Marchael. Setia betul dia, pukul 4 pagi tak tidur sebab kami. Terharu sikit.
Kitorang takdelah terus check in hotel, tapi kitorang pergi ke Pantai Kuta. Nak tengok sunrise katanya. Okeylah, tak jelas sangat pun sebab diselindung dengan pulau and kitorang terlalu mengantuk sebab naik flight tadi (Macam Pyka yang pandu flight pulak!). Around 6 pagi, Kuta dah terang macam pukul 8.00 pagi Malaysia. So kitorang breakfast.
Diorang dekat sana tak makan sarapan macam dekat Malaysia. Diorang breakfast nasi campur a.k.a nasi padang. Mula-mula excited sangat sebab dapat makan nasi padang. Rupa-rupanya cuma nasi campur je. Nasi putih campur ayam goreng pun boleh dengan telur masak kuah kuning.
Bila perut kenyang, kitorang pun decide nak berehat dekat bilik. Nak qada' tidur yang Pyka terlepas semalamnya. Hehehe. Kitorang check in dekat Hotel Eden, Kuta. Pyka ada perasan satu keunikan pada hotel-hotel dekat Bali ni. Diorang punya hotel kebanyakkannya satu tingkat je. Rumah pun tak ada yang tinggi-tinggi. Sebab berdasarkan kepercayaan diorang, bangunan tingi-tinggi langgar pantang larang nenek moyang diorang. Nilah dia biliknya!!!!
Hotel Eden, Kuta, Bali |
Peace yo!!! Praying for Malaysia always in peace.... |
Ibu-ibu sama bapak-bapak selamat sore! Gue mahu ke alam mimpi dulu ya!!! |
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!