December 22, 2012

Ceren: Tak Kenal maka Tak Cinta



Jem strawberi disapu ke atas roti . Begitulah rutin sarapan hariannya . Memakan roti disapu jem strawberi dan minum air milo . Nak kata bosan , memang bosanlah hari-hari makan benda yang sama . Tapi , bak kata housemate aku , nak save bajet . Gaji nak kata sikit , tak adalah sikit sangat . Masalahnya sekarang ni , housemate aku tu kedekut . Jadi , aku yang tinggal serumah dengan dia ni terpaksalah jadi kedekut juga . Kalau aku belanja lebih-lebih nanti , mulalah minah tu membebel . Membazirlah , tak pakailah , macam-macamlah .
“Ehm , ehm , termenung nampak . Kutuk aku dalam hati apa”,tegur Hazira , housemate Juliyana . Atau lebih mesra lagi dipanggil Iwa . Jap , jap , mana datang Iwa tu ? Sebenarnya , Hazira ni pelat huruf ‘r’ . Jadi , bila dia sebut nama dia , tu yang dengar macam ‘Haziwa’. Nama tu sebenarnya dah lekat sejak dari sekolah rendah lagi . Bila dia suruh panggil Ira , dengar macam Iwa , jadi orang panggillah Iwa . Jangan terkejut pula kalau telefon mak dia tanya Iwa mana mak dia kata salah nombor .
Auliya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih . Mana dia tahu aku tengah mengutuk dia pagi-pagi ni . Nampak sangat ek? Hazira yang sedang melangkah ke meja makan terus melabuhkan punggungnya di hadapan Auliya yang sedang enak mengunyah roti . Dia pula , mengambil giliran menyapu jem di atas roti . Kemudian , roti itu disua ke dalam mulutnya .
“Iwa , aku bosanlah asyik makan roti je . Kau tak nak…”,Auliya tidak sempat menghabiskan ayatnya sementelah Hazira cepat memintas . Pantang betullah budak ni . Kalau aku buka topik ni je , tak sempat nak telan makanan dalam mulut tu , nak jugak memintas .
“No , no , no . Kita jangan membazir . Membazir tu kan amalan syaitan . Lagipun , kita dahlah makan tengah hari dekat luar , malam je yang kita ada dekat rumah . Tu pun kalau rajin baru masak . Atau kau nak cakap kau nak makan sarapan dekat luar juga . Nope  , kau jangan nak membazir . Cuba kau kira berapa banyak habis kalau…”, mulut Hazira ditutup dengan tapak tangannya sebelum Hazira menyambung . Auliya membuat isyarat menyuruh Hazira berhenti meneruskan ceramah dia . Ni yang aku malas nak cakap dengan dia ni , aku cakap sepatah je , tu pun tak habis cakap , dia dah balas berpatah-patah . Memang pantang betul kalau sentuh isu berbelanja ni . Tapi bagus juga , dengan Hazira aku belajar untuk berjimat-cermat .
Hazira menepis tangan yang terletak elok di atas mulutnya . Dia membuat muka geram .
“Fine, fine . Aku mengalah YB Hazira”,Auliya mengangkat kedua-dua belah tapak tangannya menandakan yang dia sudah mengalah . Hazira masih tidak puas hati kerana syarahannya masih belum selesai lagi . Dia mula membuka mulut mahu berkata sesuatu . Namun , Juliyana mengambil langkah yang bijak dengan mengatakan, “Cadangan ditutup”,seraya Auliya bangun meninggalkan Hazira dengan muka cemberutnya . Juliyana hanya tersenyum nipis melihat gelagat sahabatnya yang sudah munung sedepa itu . Itulah Hazira , yang selalu membuat dia berasa geli hati  .
Namun , Hazira bukannya boleh dilayan sangat . Kalau dilayan , memang  aku lewatlah hari ni . Dahlah hari ni ada meeting penting . Mahunya kena leter dengan bos . Terus kunci kereta dicapai dan bergerak ke tempat kerjanya sementara Hazira baru siap bersarapan . *************************************************************************************
 Satu persatu siaran di televisyen ditukar . Namun , satu pun tidak menarik minatnya . Kepalanya berserabut . Sangkanya , rindu terhadap mamanya akan terubat jika dia pulang ke rumah mamanya . Namun , bukan ketenangan yang dia dapat , makin serabut  adalah . Masih terngiang-ngiang lagi suara ibunya memberi amaran keras kepadanya .
“Mama tak kira . Within this week , mama nak Nuar bawa calon isteri Nuar jumpa mama . Kalau tak , mama kahwinkan kamu dengan anak Datin Fauziah tu”.Begitu tegas mamanya mengugutnya . Kepalanya berserabut . Selama ini , dia tidak pernah berfikir untuk mencari calon isteri , apatah lagi berkahwin . Bukan dia terlalu memilih , cuma dia sangat sibuk . Dalam usia yang baru mencecah 26 tahun , dia terpaksa menggantikan tempat papanya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tahun lepas .
             Anuar mengurut belakang tengkuknya seraya kepalanya didongakkan menghadap siling dengan mata yang terpejam . Badrul yang baru keluar dari dapur , memandang pelik sahabatnya . Tak pernah pula nampak Anuar penat macam ni . Tentu ada masalah .
“Woi , tanggung masalah negara ke?”bahu sahabatnya ditepuk kuat , menyentak lamunan Anuar . Anuar memberi ruang kepada Badrul untuk duduk di sebelahnya . Pantas sahaja tangan Badrul mengelih siaran ke rancangan sukan . Memang itu siaran yang diminatinya sejak zaman remaja lagi .
“Bad , kau kena tolong aku . Aku runsing ni”,serabut sungguh muka Anuar memandang Badrul di sisinya . Kedua-dua belah bahu Badrul dicengkam kuat lalu tubuh Badrul digoncang-goncang . Kedua-dua belah tangan Anuar yang berada di bahunya ditolak ke tepi . Dari gaya Anuar ni , macam nak cabut je bahu Badrul yang memakai baju tanpa lengan itu . Terserlah bahunya yang berotot-otot itu . Dah kerja gym trainer , mana badan tak tough .
“Masalah kau besar sangat ke sampai nak tercabut bahu aku kau goyang”,usik Badrul . Anuar memalingkan tubuhnya mengahadap televisyen . Dia mengeluh berat . Macam mana aku nak cakap dengan Bad ni . Memang dia gelak sakanlah kalau dengar apa aku cakap .
“Mama aku suruh aku bawa calon menantu untuk dia . Kalau tak , dia kahwinkan aku dengan anak Datin Fauziah”,ujar Anuar . Mukanya cuba dikawal daripada terserlah betapa malunya dia menyatakan apa yang membelenggu otaknya . Sangkaannya mengena . Badrul terbahak-bahak mendengar luahan hati sahabatnya sehingga berair-air matanya . Anuar memandang geram sahabatnya yang sedang menekan-nekan perutnya . Tak boleh pakai punya lawan .
“Aku tengah serabut , kau boleh gelak sakan . Baik aku tak payah bagitahu kau , bro”,marah Anuar . Dia berpeluk tubuh . Tengok dari gaya , punyalah macho . Tapi , cepat merajuk .
“Ala bucuk-bucuk , merajuk pulak dia . Tak macholah , bro”,bahu sahabatnya ditepuk kuat sehingga badan Anuar turut terdorong sekali ke tepi . Badrul sudah kembali kepada normal walaupun geli hatinya masih ada . Dia tidak mahu sahabatnya menganggap dia sahabat yang tidak mengambil berat . Hati sahabatnya itu perlu juga dijaga .
“Relakslah bro . Kau kan hensem , semua nak dekat kau . Lagi satu , kau kan kenal anak Datin Fauziah tu . Siapa ? Ha , Qistina . Cun kot awek tu”,Badrul mula mengutarakan hujah-hujahnya . Mata Anuar yang sedang menghadap televisyen terbuntang luas, seraya memandang Badrul di sebelah yang sedang menayangkan muka selambanya bagaikan apa yang baru keluar dari mulutnya tiada salahnya .
“Qistina tu kau kata cantik ? Beb , Qistina tu aku tengok macam jenglot dah . Bedak  dia dah 8 inci tebal , lipstick dia merah gila , baju tak cukup kain . Aku nak cari bini wei , bukan pelakon jadi hantu”,Anuar membuat muka gerunnya . Tak pernah terlintas di benaknya untuk menjadikan Qistina sebagai isterinya . Bukan gadis itu tidak cantik , bahkan Qistina merupakan seorang pramugari . Cuma , Qistina bukanlah jenis isteri idamannya . Dia bukan mahukan isteri yang cantik , dia hanya mahu seorang isteri yang baik dan cukup sempurna tingkah lakunya . Bukannya bersikap liar seperti Qistina .
“Apa kata , kau tarik je mana-mana awek yang kau berkenan . Lepastu , kau bawa dia jumpa mak kau . Kau upahlah dia . Bila dah bawa jumpa mak kau , korang buat lah hal masing-masing”,Badrul memberi cadangan . Secara drastik , Anuar memandang sahabatnya di sebelah . Hatinya berbunga riang . Serasa terbang sudah masalah yang menimpa kepalanya tadi .
“Kenapalah aku tak terfikir ek ? Geliga jugak ek otak kau dalam hal-hal macam ni . Kau memang kawan aku bro”,belakang tubuh Badrul ditepuk-ditepuk . Badrul terangguk-angguk membangga diri . Mukanya penuh dengan kebangaan apabila ideanya diterima terus oleh Anuar . Biasanya , banyak je Anuar nak bidas . Tapi , sekarang terus terima bulat-bulat . Dah buntu sangatlah tu  .
            Tindakan Anuar yang tiba-tiba berdiri membuatkan Badrul hairan . Takkan malam ni terus dia nak rembat awek bawak jumpa mak dia kot . Namun , tekaan melulunya meleset sama sekali . Rupa-rupanya , Anuar bergerak masuk ke dalam bilik . Jam di dinding dikerling . Patutlah , dah pukul 11.30 malam . Badrul meneruskan aktivitinya menonton siaran bola sepak di kaca televisyen . Sesekali terdengar mulutnya melaungkan perkataan ‘gol’ apabila pasukan yang disokongnya menjaringkan gol .
*************************************************************************************
             Telah berkali-kali jam di dashboard kereta dipandang . Alamak , dah pukul 5.30 petang . Mampus aku kena bebel dengan minah ni nanti . Janji pukul 5 , ni dah setengah jam lewat ni . Time-time macam nilah jalan nak jammed . Macam tahu-tahu je yang aku dah lambat . Hish , keluh Juliyana dalam hati .
Hari ini , dia terpaksa pergi ke pejabat Hazira bagi menjemput sahabatnya itu . Bukannya Hazira tidak mempunyai kereta , namun keretanya telah dihantar ke bengkel untuk diservis . Memang Hazira akan menghantar keretanya ke bengkel untuk diservis setiap dua bulan sekali . Yelah , banyak duit . Hantar servis kereta setiap hari pun tak kisah .
Bunyi hon daripada kereta-kereta yang turut tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pada petang itu , mengusir lamunan Auliya pergi . Inilah yang paling dia tidak suka jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas , bunyi hon yang membingitkan telinga bagaikan berlawan siapa paling kuat . Auliya mengeluh . Ah , tensionnya !

Kepala yang sedikit berdenyut diurut perlahan . Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan memejamkan matanya buat seketika . Runsing  kepalanya memikirkan masalahnya yang satu itu . Sudah hari kelima , namun dia masih belum menemui jalan penyelesaian bagi masalahnya . Serabut!
            Tidak lama kemudian , I Phone 4 miliknya berbunyi nyaring minta diangkat . Matanya terbuka luas mencari-cari mana letaknya I Phone 4 nya . Melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon membuatkan Anuar tidak berminat untuk menjawab panggilan tersebut . Lama telefon bimbitnya dibiarkan , barulah dia menjawab panggilan telefon itu .
“Assalamualaikum , ma . Kenapa telefon Nuar ni?”lemah sungguh nada suara Anuar . Datin Fauziah tersenyum . Dia tahu anak terunanya itu tertekan dengan permintaannya .
“Waalaikumsalam . Ha , macam mana dengan calon menantu mama ? Bila nak bawa jumpa mama ? Dah hari kelima ni”. Amboi , straight to the point mama aku ni . Tak ada benda lain dah , terus je dengan calon menantu dia tu .
“Nantilah , ma . Anuar sibuklah . Nanti mama jumpalah calon menantu mama tu”,Anuar membalas tanpa perasaan . Dia sangat tertekan . Tertekan dengan permintaan mamanya . Ah , mama kadang-kadang seorang yang boleh bertolak ansur . Namun , bila dah buat keputusan , tidak boleh tidak , mesti dilaksanakan . Agaknya , macam manalah arwah papa boleh tahan dengan perangai mama .
“Hurm , kalau macam tu kira jadi jelah . Datin Fauziah tu memang rancang nak jumpa mama malam ni . Bolehlah bincang sekali dengan dia”,Datin Fauziah cuba menggertak anaknya .
“What ?!”membuntang mata Anuar mendengar bicara mamanya . Datin Fauziah tersenyum lagi . Sudah diagak reaksi anak terunanya itu .
“Kalau Nuar tak nak dengan Qistina tu , bawa calon isteri kamu jumpa mama . Ajak dia makan malam sekali dengan kita . Boleh mama kenalkan dekat Datin Fauziah , okey sayang?Okeylah Nuar , mama nak pergi siram pokok bunga ni , jangan lupa tau apa mama pesan . Assalamualaikum”. Talian dimatikan . Anuar menelan liur kelat .
Tanpa berlengah , barang-barangnya dikemas . Hanya satu sahaja di benaknya sekarang , Badrul ! Ya , Badrul harus membantunya . Nombor telefon Badrul didail dan tidak lama selepas itu , Badrul menjawab panggilannya .
                Bunyi isyarat mesej masuk membuatkan Juliyana terus mencari-cari telefon bimbitnya dari dalam tas tangannya . Hish , mana pulak phone aku ni . Habis diselongkar segala isi di dalam handbagnya  . Tanpa disedari sesusuk tubuh sedang berjalan bertentangan arah dengannya sedang galak bercakap di telefon . Yes , berjaya jugak jumpa phone aku , teriak hatinya kegembiraan .      
 Prank!
Berderai handphone yang sedang dipegang . Auliya termanggu seketika . Otaknya sedang mencerna apa yang baru berlaku . Betul ke aku baru pecahkan I Phone 4 orang ni .
Anuar juga sama rekasinya seperti Auliya . Apa yang korang rasa kalau I Phone 4 yang korang baru guna seminggu pecah atas jalan tar .
“Ya allah . Maafkan saya encik . Saya tak perasan”,Auliya yang bagaikan baru tersedar dengan pantas mengutip serpihan-serpihan I Phone 4 milik jejaka di hadapannya . Anuar hanya diam membatu . Dahlah mama suruh bawa calon menantu dia hari ni , I Phone 4 yang baru seminggu guna pecah . Apa lagilah lepas ni .
“Encik , saya betul-betul minta maaf . Saya tak perasan tadi . Nanti saya ganti . Nak ganti sekarang , saya belum dapat gaji lagi . Nanti saya deh gaji , saya janji saya ganti . Encik kerja dekat sini kan? Nanti saya jumpa encik . Okey encik , saya nak cepat ni”.Pantas butir bicara Auliya , langsung tidak memberi peluang kepada jejaka yang tidak dikenalinya bercakap . Sebaik dia ingin berlalu , serasa lengannya ditarik seseorang . Anuar agak terkejut juga dengan tindakan spontannya itu . Auliya berpaling menghadap jejaka yang segak mengenakan kot di tubuhnya .
“Encik , saya nak cepat ni . Kalau encik nak saya ganti juga , bukan hari ni . Kalau tak , saya sanggup buat apa aje untuk encik”.Ops , terlepas cakap . Apa maksud aku dengan sanggup buat apa aje tu . Auliya menggigit bibir . Janganlah lelaki ni minta benda bukan-bukan .
“Kalau macam tu , ikut saya”,terus tangan Juliyana ditarik sehingga terdorong gadis itu mengikutnya . Juliyana kecut perut . Hish , dahlah aku tak kenal mamat ni . Tiba-tiba suruh aku ikut dia pula .
“Encik, encik , encik nak bawak saya pergi mana ni encik ? Jangan encik , saya…dah kecut ni encik”,ujar Auliya jujur . Pegangan kemas di lengannya cuba dilonggarkan . Nasib baik berlapik , kalau tak dah lama aku pelangkung mamat ni . Sedap-sedap je tarik aku .
“Saya takkan apa-apa kan, awak . Jangan risau . Awak cuma ikut saya je . Kalau awak tak percaya saya , keluarkan phone awak . Dail nombor telefon polis , dan pegang phone tu”.Auliya terangguk-angguk . Telefon bimbitnya dikeluarkan dan terus membuka peti mesej . Double what !(okey , terpengaruh dengan cerita Cinta Bersemi Di Putih Abu Abu) . Dia mesej aku just nak beritahu yang dia balik naik teksi dan sebab nak baca mesej dia aku terjebak dengan lelaki entah apa-apa ni . Auliya menguntumkan senyuman kepada Anuar yang sedang memandangnya . Pantas nombor telefon polis didail .
Tanpa menunggu lama , Anuar kembali menarik Auliya masuk ke dalam keretanya . Sesiapa pun mak bapak perempuan ni , harap maaf sebab saya terpaksa culik anak mak cik dengan pakcik . Maafkan saya!
*************************************************************************************
Berkelip-kelip mata Auliya memandang rumah mewah di hadapannya . Matanya dikalihkan pula memandang jejaka di sebelahnya yang sedang menarik dan menghembus nafas . Dia nak ajar aku cara bernafas agaknya , telah Auliya .
“Okey , jom”,terus tangan Auliya ditarik masuk .
“Wait , wait , encik jangan buat yang bukan-bukan . Saya pandai taekwando encik , nanti habis encik saya kerjakan”, ugut Auliya . Tak pernah mana-mana lelaki membawa dia masuk ke dalam rumah dan jika dipelawa pun dia takkan pernah masuk .
“Okey , okey , biar saya cakap perkara sebenar”,Anuar berjeda , sengaja membuat Juliyana ternanti-nanti . Comel juga muka perempuan ni bila buat muka nak tahu dia tu , puji Anuar dalam hati .
“Saya nak awak menyamar jadi kekasih saya untuk hari ini untuk jumpa mak saya dan awak tak perlu ganti I Phone saya dan kita akan buat hal masing-masing lepas ni”,senafas  Anuar meluahkan niatnya membawa gadis itu ke sini . Ternganga mulut Auliya mendengarnya .
“Encik , saya cuma perlu bayar balik harga I Phone encik . Hish , saya tak setujulah kalau kena menyamar jadi kekasih encik segala . Dahlah encik , saya nak balik”, Auliya berura-ura ingin pergi .
“Cik , saya merayu . Cik je yang boleh bantu saya . Saya janji saya takkan kacau cik lagi lepas ni”.Aduh , rayuan Anuar membuatkan aku lemah . Ya , memang kelemahan aku . Tak boleh kalau orang merayu , aku pun akan lembut hati . Susah betul macam ni .
Anuar memandang gadis itu dengan penuh mengharap . Lama Auliya memandang Anuar sebelum akhirnya dia bersetuju . Anuar hanya mampu tersenyum kelegaan melihat anggukan Auliya .
*************************************************************************************
“ Nama siapa ni?”soal Datin Rahimah lembut . Sejuk hatinya melihat calon menantunya itu . Pandai Anuar memilih . Wajah yang lembut , menutup aurat dan sopan santun . Tidak sia-sia dia menggertak Anuar untuk bertemu dengan wanita yang berjaya menghuni hati anaknya itu . Rupa-rupanya , gadis di hadapannya itu yang menjadi kekasih hati anaknya . Hatinya mengucap syukur .
“Nama saya Sharifah Nur Auliya . Panggil Liya”,ucap Auliya sopan . Walaupun dia hanya berlakon , itu tidak memberi tiket kepadanya untuk bersikap kasar terhadap wanita tua di hadapannya . Padanya , orang tua memang wajib dihormati .
Anuar terangguk-angguk , sama seperti mamanya . Sharifah Nur Auliya nama dia . Tulah , main tangkap muat je . Nama pun lupa nak tanya .
“Jadi , Liya nilah calon menantu mama ?”soalan itu diajukan kepada Anuar . Anuar hanya mengangguk sebagai balasan .
“Okeylah , kalau macam tu , Liya lulus jadi menantu mama . Minggu depan kamu berdua kahwin”,selamba sahaja Datin Rahimah menuturkannya .
“Apa?!”Terbuntang dua pasang mata di hadapannya . Kahwin ? Minggu depan ? Wait , wait , aku tak kenal pun siapa mamat ni dan aku akan kahwin dengan dia minggu depan . Langsung tak boleh diterima dek akal .
“Yup , minggu depan . Esok mama jumpa mak Liya , bincang . Benda baik ni buat apa tangguh-tangguh kan ? Okeylah , mama pergi dapur kejap , nak hiding makan malam . Malam ni Liya makan sini je ye . Mama dah masak special”,seraya Datin Rahimah meninggalkan Anuar dan Auliya termanggu-manggu . Kedua-duanya berpandangan . Pandangan masing-masing tersirat seribu makna .
*************************************************************************************
Hish , mana phone aku ni . Bukan aku letak atas meja ke semalam lepas jawab call Anuar . Okey , mesti pelikkan kenapa aku jawab phone call Anuar . Sebenarnya , lepas mama dia cakap nak kahwinkan kitorang minggu depan , Anuar terus decide supaya kitorang kahwin je . Dia kata , mana tahu memang jodoh kami . Jadi , untuk masa seminggu , kitorang cubalah kenal diri masing-masing dulu . Aku dengan dia pun ambil cuti seminggu lebih awal . Dan , aku setuju . Tak salahkan kalau cuba mengenali dia dulu . Bak kata orang tua , tak kenal maka tak cinta . Lagipun , semalam mama Anuar dah pergi rumah aku . Memang tak terkejut pun bila mama Anuar dengan driver dia jemput aku nak pergi rumah aku . Sudahnya , membebellah mak aku kata kenapa tak cakap awal-awal . Nak cakap awal-awal macam mana mak oi , mana  Liya tahu nak kena kahwin meinggu depan .
          Akhirnya , jumpa juga phone aku . Bawah bantal rupanya . Punyalah aku geledeah satu bilik ni , bawah bantal juga kau menyorok ye . Terus telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam tas tangannya . Bunyi hon dari luar rumah membuatkan Auliya terus sahaja keluar . Dia tidak mahu Anuar ternanti-nanti .
“So , kita nak ke mana?”soal Anuar sebaik Auliya melabuhkan punggung di tempat penumpang di sebelahnya .
“Awak ajak saya keluar walhal awak tak tahu nak pergi mana”.Senafas ayat itu meluncur laju dari bibir Auliya . Kalau macam tu , baik tak payah bawa aku keluar . Tiba-tiba , terlintas satu idea di benak Auliya . Anuar hanya membuat muka comelnya . Comellah sangat .
“Okey , awak ikut mana saya tunjuk”,arah Auliya . Anuar yang bagaikan lembu dicucuk hidung hanya menurut .
Setelah setengah jam perjalanan , mereka tiba di sebuah taman rekreasi yang tidak ramai pengunjung pada waktu-waktu sebegitu . Tenang sungguh  suasana pada petang itu . Terasa segala masalah yang membelenggu terbang pergi . Nafas ditarik sedalm-dalamnya . Hah , nyamannya  .
“Nice place”,ucap Anuar , turut melakukan perkara yang dilakukan oleh Auliya . Pandai minah ni cari tempat . Kalau perempuan lain , mesti dah ajak pergi shopping complex , habiskan duit aku sebab aku anak Dato’ . Nasib baiklah dia bukan jenis macam tu , Anuar mengucap syukur di dalam hati .
Tiba-tiba lengan bajunya serasa ditarik . Auliya dengan ramah menegur seorang pak cik yang sedang berdiri di tepi motor menjual ais krim .
“Assalamualaikum , pak cik”,tegur Auliya ramah . Dia memang selalu juga ke situ pada hari minggu dan pak cik yang dikenali sebagai Pak Man itu sudah mengenali Auliya . Yang istimewanya di taman rekreasi itu , penjual ais krim di situ adalah orang melayu . Jarang kan jumpa orang melayu jual aiskrim naik motor dekat Malaysia ni . Kan special namanya  tu .
“Waalaikumsalam , Liya . Berdua nampak , siapa lelaki handsome sebelah kamu tu Liya?”Pak Man mengusik . Segak , bergaya dan agak tampan juga lelaki di sebelah Auliya itu . Senyuman yang dihulurkan Anuar dibalas .
“Kenalkan , ini Anuar , bakal suami saya . Anuar , ni Pak Man , pak cik yang jual ais krim paling sedap sedunia”,sempat lagi Auliya mengusik Pak Man . Terbahak-bahak Pak Man ketawa , namun salam yang dihulurkan Anuar tetap juga disambut .
“Pak Man , nak aiskrim biasa dua”,ujar Auliya kepada Pak Man sebaik Pak Man selesai bersalaman dengan Anuar  . Pak Man mengangguk seraya mengeluarkan dua aiskrim mangkuk sederhana besar . Memang ais krim itulah yang akan dipesan oleh Auliya apabila dia membeli ais krim di situ . Padanya , ais krim mangkuk memberikan satu perasaan yang mengujakan apabila menikmatinya . Hiperbola nampak .
          Setelah membayar harga ais krim tersebut , Auliya terus mengajak Anuar duduk di sebuah bangku yang terletak di bawah sebatang pokok yang rendang . Tanpa menunggu masa yang panjang ,  Auliya terus membuka penutup aiskrim mangkuknya diikuti dengan Anuar . Masing-masing diam tanpa bicara . Anuar jadi lemas . Lemas dengan situasi bisu antara mereka .
“Liya , ada something dekat pipi awak”,tegur Anuar , memecahkan kesunyian antara mereka . Auliya memandang Anuar di sebelah dengan mata yang sengaja disepetkan . Hish , kacau daun betullah . Aku baru nak feeling .
Dengan sepantas kilat tangan kanan Auliya menyapu kedua-dua belah pipinya . Setelah itu dia menyambung suapannya .
“Ada lagilah benda tu”,ujar Anuar , serius . Auliya memandang Anuar hairan . Aku dah kesat pun ada lagi ke ? Benda apalah yang melekat dekat pipi aku ni , degil betul nak tanggal .
Kali ini , kedua-dua belah pipinya dikesat sebanyak kali yang mungkin . Ingin sahaja Anuar memuntahkan lahar tawanya pada ketika itu , namun dia terpaksa tahan agar rancangannya untuk mengenakan Auliya .
         Anuar menghulurkan tangan kanannya untuk membantu menghilangkan ‘benda’ yang melekat di pipi Auliya . Namun sebaliknya yang berlaku , Anuar menekupkan penutup aiskrimnya ke pipi Auliya . Tarnganga luas mulut Auliya melihat apa yang dilakukan Anuar . Anuar terus berlari meninggalkan Auliya apabila Auliya ingin membalas balik perbuatannya yang mencomotkan pipi gadis itu dengan ais krimnya .   
Anuar berlari di hadapan manakala Auliya tercungap-cungap cuba mengejar . Sesekali Auliya berhenti seketika untuk mengambil nafas . Agaknya aku main kejar-kejar dengan atlit kebangsaan apa ni . Laju gila lari . Semput mak !
Elok sahaja Auliya menyusun langkah mengejar Anuar , tiba-tiba kakinya terpelecok . Okey , aku lupa aku pakai heels .
“Ouch!”teriakan Auliya itu membuatkan Anuar berhenti berlari dan berpaling ke belakang . Auliya kelihatan terduduk di atas rumput sambil memegang kakinya . Mukanya juga menunjukkan yang dia sedang menahan kesakita . Auliya yang berkerut-kerut mukanya menahan sakit dihampiri . Anuar mencangkung di sebelah Auliya .
“Hish , sakitlah”,tangan Anuar dipukul , melarang jejaka itu membelek-belek kakinya . Anuar memandang Auliya . Wajah Auliya yang sedang berpeluh-peluh itu ditatap lama . Kenapa aku rasa Auliya ni cute ek?
“Awak kena bayar untuk apa yang awak tengok”,ucap Auliya tiba-tiba membuatkan lamunan Anuar tersedar .
“Liya , kaki awak terseliuh ni . Jom pergi klinik , nanti melarat”,Anuar sudah mula memegang celah ketiak Auliya untuk membantu gadis itu bangun .
“No , no , don’t touch me , okey . Saya boleh bangun sendiri”. Anuar hanya mengangkat bahu seraya melepaskan pegangannya di celah ketiak Auliya . Auliya menggunakan seluruh kudratnya untuk bangun . Sebaik dia hampir berdiri , dia terus jatuh terduduk semula . Terbahak-bahak Anuar mentertawakan Auliya yang sedang mencebik .
“Sombong , orang nak tolong tak bagi . Sini saya tolong”, Anuar menghulurkan bantuan . Alahai , comelnya bakal bini aku buat mulut macam tu . Auliya berpeluk tubuh . Tiba-tiba , dia berada di awing-awangan . Aik , Anuar ni bagi aku naik permaidani terbang ke apa?
“Anuar , turunkan sayalah . Turunkan saya”,Auliya menjerit di tepi telinga kanan Anuar . Anuar menjarakkan sedikit kealanya daripada Auliya . Auliya mempamerkan muka tidak puas hati . Sedap dia je angkat anak dara orang . Baru dua hari kenal kut .
Dengan selamba , Auliya digendong masuk ke dalam kereta . Muncungan di bibir Auliya bukan makin berkurangan , malah semakin memanjang adalah . Anuar tertawa kelucuan . Sudah lama dia tidak merasa tenang sebegini . Mungkinkah aku telah jatuh cinta kepada gadis yang baru dua hari aku kenali?
*************************************************************************************
               Hari ni dah hari keempat . Preparation untuk majlis perkahwinan aku dengan Anuar semua mama Anuar dah sediakan . Khemah , pelamin , baju , catering … Ops ,catering tak tempah untuk majlis dekat rumah aku okey . Mak aku kata dia suka kalau orang kampung gotong-royong je . Aku ada juga tanya dekat mama Anuar , kenapa awal sangat kahwinnya . Kata mama Anuar , dia memang nak kahwinkan Anuar juga kalau Anuar tak bawa aku jumpa dia . Tapi , kena kahwin dengan pilihan dia . So , sama ada Anuar bawa calon atau tak , dia tetap akan berkahwin . Dan , bila dia dah bawa aku jumpa mama dia , aku kenalah kahwin dengan dia . Aduhai dunia , jodohku datang bergolek sudah .
Hari ni aku dengan Anuar dating dekat shopping mall . Sambil-sambil ambil baju , kitorang nak bincang tentang diri masing-masing dulu . Nanti , bila dah kahwin tak adalah sorang duduk utara sorang duduk selatan . Malaysia kan terletak di tenggara benua Asia . Ceh …
         Auliya mengajak Anuar pergi ke sebuah kedai yang menjual aneka gula-gula . Bersinar-sinar mata Auliya melihat gula-gula yang berada di hadapan matanya . Gula-gula yang ku cintai . I’m coming my dear !
Auliya terus mengambil bakul yang memang disediakan di situ . Segenggam demi segenggam gula-gula masuk ke dalam bakul yang berada di tangannya . Sesudah membuat pilihan , dia membuat bayaran . Ops , pembetulan , Anuar membuat pembayaran . Pandai-pandailah nak kecek Anuar ni , bukan susah pun .
Mereka duduk di sebuah meja yang terdapat di kedai yang menjual kek . Asyik sungguh Auliya mengunyah gula-gula . Cemburu pula Anuar dengan gula-gula tu . Dia lebih syok agaknya layan gula-gula dia daripada layan aku . Anuar hanya melihat sahaja tingkah Auliya sehinggalah seorang pelayan datang mengambil pesanan mereka .
“Cheese cake satu”, ucap mereka serentak . Mata Auliya bertentangan dengan mata Anuar . Masing-masing dengan riak terkejut .
“Okey , cheese cake dua”,Anuar membuat pesanan . Terangguk-angguk pelayan tersebut mengambil pesanan mereka .
“Chocolate shake satu”,sekali lagi mereka mengucapkannya serentak . Pelayan tersebut memandang hairan kedua-dua meraka . Namun , pesanan tetap diambil . Setelah itu , pelayan tersebut meninggalkan mereka .
Auliya kelihatannya sedang menahan tawa . Kembung pipinya kerana cuba menahan tawanya daripada meletus . Tiba-tiba , Anuar melepaskan tawanya . Mata semua pengunjung memandang tepat ke arah mereka  . Anuar ni dah tak betul agaknya . Niatnya ingin ketawa mati begitu sahaja , berganti pula dengan perasaan malu .
Segumpal plastic gula-gula melayang tepat mengenai dahi Anuar . Sebaik Anuar memandangnya , Auliya terus meletakkan jari telunjuknya ke bibir menyuruh Anuar berhenti . Anuar tersengih malu . Lupa pula yang aku ada dekat  tempat awam . Macam manalah boleh terlepas macam tu sekali .
“Kenapa ek awak ketawa sampai tak ingat dunia?”ujar Auliya dengan mimic mukanya sengaja diseriuskan . Sekali lagi , gelagat Auliya membuatkan tawanya ingin terhambur semula . Kembang kempis hidungnya menahan tawa .
“Kalau awak ketawa lagi , saya sumbatkan gula-gula yang ada dalam mulut saya ni dalam mulut awak”, Auliya mengugut Anuar . Anuar menelan liru . Amboi , tu dah melampau tu .
Auliya kembali asyik dengan dunianya setelah pasti Anuar tidak akan tergelak seperti tadi . Pesanan mereka pun tiba . Mereka menjamu pesanan mereka dengan sungguh berselera .
“Hmm , awak suka makan cheese cake ye?”soal Auliya tiba-tiba . Anuar hanya mengangguk sebagai jawapan sementelah mulutnya sedang penuh dengan cheese cake .
Auliya mengeluh bosan . Cheese cakenya sudah lama habis . Yang Anuar ni pula makan macam makan dengan anak raja je . Kunyah macam kura-kura . Dahlah diam seribu bahasa . Auliya menalakan pandangannya ke sekeliling . Hmm , kedai kemas , bersih dan selesa . Gred A !
“So , now I want to hear a little bit about you”,soalan Anuar membuatkan Auliya memandang jejaka di hadapannya itu . Hensem!
“Tak ada yang menarik . Saya anak sulung daripada empat adik-beradik . Saya bekerja di Syarikat NS Enterprise . Asal Johor . Belajar sampai ijazah . Mak ada sorang , ayah ada sorang . Atuk dengan nenek belah ayah dah meninggal . Kampung diorang dekat Pahang  . Atuk belah mak dah meninggal tapi nenek saya belum . Kampung diorang dekat Johor juga . Anak belum ada . Suami insyaallah satu je”,dengan riak selamba Auliya menuturkannya . Anuar tergamam . Mak aih , siap mana atuk dengan nenek dia tinggal sekali dia sebut . Kenapa tak sebut sekali dulu sekolah mana , pakwe pertama nama siapa , nenek meninggal bila .
“Tak payahlah detail sangat”,ucap Anuar senada . Auliya hanya tersengih menunjukkan riak tidak bersalah . Okey , memang cute bila Auliya buat muka innocent dia tu .
“Saya anak kedua daripada tiga adik-beradik . Asal KL . Bekerja di syarikat keluarga saya . Mak ada sorang , ayah ada sorang . Atuk dengan nenek dua-dua belah dah meninggal . Anak belum ada tapi tak lama lagi . Isteri insyaallah satu . Tapi , kuota saya ada lagi tiga tengoklah dulu kalau-kalau isteri saya sudi saya penuhkan”,Anuar juga bersikap selamba . Ternganga Auliya mendengar bicara Anuar . Amboi , jeles ke kak?!
            Anuar tersenyum geli hati . Auliya , Auliya , macam manalah aku balik rumah tak ingat kau . Kau ni macam budak-budak . Perangai kau macam budak tak cukup umur . Muka cute  . Kenapalah aku tak jumpa kau lebih awal Auliya .
*************************************************************************************
             Auliya mengibas-ngibaskan tudung yang dipakainya . Cuaca pada petang itu sungguh terik . Berpeluh-peluh mukanya . Pandangan ditalakan ke sekeliling . Tak tahu pula ada tempat macam ni dekat Kuala Lumpur .
Tiba-tiba Anuar menyapa sambil memegang dua kasut roda di tangan . Sepasang kasut roda dihulurkan kepada Auliya . Dengan terpaksa , Auliya menyambut juga huluran itu . Sudah berkali-kali dia menolak , namun Anuar juga tidak putus asa mengajaknya bermain kasut roda . Akhirnya , Auliya mengalah juga kerana sifatnya yang pantang dirayu telah kembali semula . Memang aku takkan menanglah kalau dia merayu dengan muka tak seberapa comel dia tu .
             Perlahan-lahan Auliya berdiri sambil memegang tangan Anuar . Tapi , berlapik tau . Anuar dah bawa sarung tangan dia dari rumah . Memang ramai orang pandang pelik dekat kitorang but , do I care . Biarlah apa pandangan orang . Hukum tetap hukum . Sedangkan rasulullah sendiri pernah bersabda “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu”. Jadi , buat apa kisah dengan pandangan diorang . Couple boleh , tapi jangan berlebih-lebihan . Berdosa besar .
Beberapa langkah Anuar memimpin tangan Auliya , akhirnya tangan Auliya dilepaskan . Auliya hilang keseimbangan . Dia jatuh terduduk . Aduh , sakitnya !
Auliya dapat melihat Anuar dan beberapa pengunjug yang lain ingin mentertawakannya , namun tidak dilepaskan kerana takut aku berkecil hati , mungkin . Anuar menghulurkan tangannya untuk disambut . Namun , Auliya serasa ingin merajuk dengan Anuar pula . Alahai , gedik punya Auliya !
Auliya berjalan ke arah bangku di bawah pokok . Dia duduk di situ sambil membuka ikatan kasut roda yang tersarung di kakinya . Anuar turut melabuhkan punggung di sebelah  Auliya . Sepantas kilat , Auliya menjarakkan kedudukan mereka . Anuar hanya membiarkan sahaj tindakan Auliya itu . Setelah selesai menanggalkan kasut roda , Auliya menyarungkan semula kasut tumit tingginya . Mukanya masih cemberut seperti tadi .
“Janganlah marah”,Anuar cuba memujuk , walaupun sebenarnya dia bukanlah jenis yang pandai memujuk orang merajuk lebih-lebih lagi jika kaum Hawa merajuk . Haih jenuh eden nak pujuk . 
“Saya tak nak cakap dengan awak”,Auliya berpeluk tubuh sambil mulutnya dimuncungkan . Ingat comellah buat macam tu.
Anuar diam . Auliya masih dengan rajuknya . Merajuk konon . Ni kalau Iwa ada sekali ni , mahu kena pelangkung je . Tak suka merajuk , tak alih-alih merajuk dengan muncung segala . Memang kena gelak sakan dengan Iwa lepas ni .
Tiba-tiba , bahu kirinya dicuit . Auliya memandang ke kiri . Aik , mana orangnya ? Selepas itu , bahu kanannya dicuit pula . Auliya memandang ke kanan . Kelihatan Anuar membuat muka selamba seperti tidak bersalah .
“Anuar”,ucap Auliya dengan nada marah .
“Eh , bukan awak tak nak cakap dengan saya ke?”Anuar pura-pura terkejut .  Makin berkerut dahi Auliya menahan marah . Dia ni kan , kalau shari tak kenakan aku , rasa macam setahun agaknya . Tak habis-habis nak mengenakan aku .
Auliya tiba-tiba berdiri dan berjalan pantas meninggalkan Anuar yang sedang terpinga-pinga melihat kepergiannya
“Liya , tunggu saya . Ni , kasut roda ni , siapa nak pulang . Syarifah Nur Auliya”,teriak Anuar dari kerusi yang didudukinya . Anuar bingkas berdiri dengan kasut roda yang dipakai Auliya di tangannya . Langkah Auliya dikejar bagi menyaingi gadis itu . Kasut roda yang dipakai memudahkan lagi dia mengejar Auliya . Setelah puas memujuk , akhirnya Auliya sudah mampu tersenyum . Bukan tersenyum , sampai ketawa berdekah-dekah . Yelah , seronok dapat kenakan aku . Katanya , dia bukanlah jenis orang yang suka merajuk . Gedik je merajuk tu , kata Auliya lah . And , I like that type of woman .
              Makanan yang terhidang di depan mata mereka begitu membangkitkan selera . Setelah menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama Anuar pagi tadi , Auliya meminta Anuar menghantar dia ke retoran itu keran telah berjanji untuk berjumpa Hazira yang kebetulan baru pulang daripada kerja .  Katanya , saja mahu meluangkan masa bersama sebelum aku berkahwin nanti . Gedik!
Rancak betul perbualan mereka . Biasalah , perempuan . Kalau mulut tu asyik nak diam je , bukan perempuan namanya . Tak pun ada masalah hormon . Agaknya .
Perbualan mereka akhirnya terhenti sebaik sebatang tubuh berjalan menghampiri mereka . Muka Auliya berubah pucat dan Hazira tahu mengapa wajah Auliya tiba-tiba berubah . Sudah pasti kerana kekasihnya dari kampung itu datang .
Auliya berdiri bertentangan dengan Syukrie . Tiada langsung riak kemesraan di wajah Syukrie . Dia yakin , Syukrie sudah pasti telah diberitahu tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung kerana mereka sekampung .
“Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni , Liya . Selama ni saya ingat awak setia , tapi ini yang awak bagi saya atas kesetiaan saya kepada awak . Ini yang awak balas”.Tengkingan Syukrie membuatkan banyak mata memandang . Masing-masing cuba mengorek cerita sebenar . Auliya tertunduk . Memang salahnya . Salahnya kerana melupakan Syukrie , kekasihnya . Dek kerana Syukrie menyambung pelajaran ke luar Negara dan mereka jarang berhubung , maka mudahlah Auliya lupa kepada kekasihnya itu .
“Awak , saya minta maaf . Semua ni tak seperti yang awak sangka . Awak kena dengar penjelasan saya dulu”,Auliya merayu . Setitis demi setitis air mata membasahi pipinya . Syukrie adalah cinta pertamanya dan dia dengan Syukrie telah berjanji untuk hidup bersama setelah Syukrie tamat pengajian di luar Negara . Namun apakan daya , takdir yang telah tertulis tidak mampu dia tolak .
“Sudahlah Auliya .  I am sick and tired of your games . Everything is already clear now . You do not need to explain anything . Saya betul-betul kecewa dengan awak”,seraya Syukrie berlalu meninggalkan Auliya yang terduduk di atas kerusi . Galak air matanya membasahi pipi . Nasib baik Hazira ada di sebelah bagi memujuknya . Bahu sahabatnya itu diusap . Tangan Auliya pantas sahaja memeluk tubuh Hazira . Hazira hanya membiarkan sahaja perbuatan Auliya itu . Dia tahu Auliya tengah terluka .
Teresak-esak Auliya menangis . Mata para pengunjung telah beralih daripada memandang mereka . Ya allah , apa ujian yang Engkau bakal berikan kepadaku di saat perkahwinanku semakin hampir , keluh Auliya dalam hati .
******************************************************************************
Auliya memandang sepi telefon bimbitnya yang nyaring berbunyi minta diangkat . Dia yakin , sudah tentu itu adalah Anuar . Telah banyak kali Anuar menghubunginya dan telah banyak mesej yang dihantar . Namun , satu pun tidak dijawab dan dibalas . Hatinya kosong . Kosong . Dia amat mencintai Syukrie . Tetapi dia tidak tahu mengapa dia boleh melupai Syukrie di saat dia bertemu dengan Anuar . Dia runsing , kepalanya berserabut .
Pintu biliknya dikuak . Hazira tersenyum memandang sahabatnya yang kelihatan baru lepas menangis . Terdapat sisa air mata di pipi sahabatnya itu . Hazira menghampiri Auliya yang kembali termenung .
“Hai sahabatku yang comel”, Hazira cuba membuat Auliya tergelak . Apa yang dijangkanya langsung tidak mengena . Auliya bagaikan lupa cara untuk ketawa . Auliya bagaikan berada dalam dunianya sendiri . Termenung dan termenung .
“Liya , kau lupa cara nak ketawa ek ? Nak aku ajar tak?”Hazira mengusik . Auliya tergelak kecil . Senang hati Hazira melihat senyuman terukir di bibir Auliya .
“That’s my friend”,terus Hazira merangkul bahu Auliya . Auliya hanya tersenyum meliat gelagat sahabatnya . Memang Haziralah orang yang mampu membuat dia ketawa di saat dia sedang berduka . Sebab itu , Auliya senang bersahabat dengan Hazira .
Telefon bimbit Auliya berbunyi nyaring . Auliya hanya membiarkan sahaja deringan itu berhenti dengan sendiri . Hazira menggeleng .
Sekali lagi telefon bimbit Auliya berbunyi . Hazira melihat nama pemanggil . Dia menjawab panggilan tersebut .
“Auliya , Auliya , kenapa awak tak angkat call saya? Apa salah saya?”terus soalan itu terpacul daripada bibir Anuar .
“Ni saya , Hazira . Dia ada nanti saya panggilkan”,Hazira memberikan telefon itu kepada Auliya . Auliya terpaksa juga menjawab kerana Hazira telah menjawab bagi pihaknya .
“Helo”,Auliya bersuara lemah .
“Auliya , kenapa saya call awak tak angkat . Saya mesej awak tak balas . Saya risau”.
“Saya tak ada mood”,Auliya membalas bagaikan tiada minat . Lupa terus dia pada janjinya kepada Anuar untuk bertemu pada malam itu .
“Tak ada mood ? Auliya , awak tahu tak saya tunggu awak macam orang bodoh dekat sini , awak boleh kata awak tak ada mood . Awak ni teruklah”,berang juga Anuar dengan sikap Auliya itu . Awalnya , dia mahu membuat kejutan kepada Auliya dan meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Auliya . Namun , lain pula yang jadinya . Dia pula yang terkejut dengan ketidakhadiran Auliya .
Air mata Auliya mengalir tiba-tiba . Tidak tahu mengapa dia perlu menangis ketika itu , namun perlu luahkan segala-galanya .
“Saya ke awak yang teruk ? Kenapa awak mesti tarik saya dalam masalah awak? Apa kaitan saya dalam hidup awak? Sebab awak , hidup saya kicar-kacir sekarang ni , awak tahu tak? Saya buntu . Saya pening . Saya penat , penat dengan permainan takdir . Ini semua salah awak”,Auliya bagaikan orang gila . Terjerit-jerit dia meluahkan perasaannya . Anuar terpempam mendengar suara Auliya . Bagaikan orang yang tengah marah sambil menangis . Menangiskah dia?
“Sudahlah ,Anuar . Awak tak perlu telefon saya . Kita tak perlu jumpa sampai hari perkahwinan  kita . Untuk pengetahuan awak , saya dah ada kekasih . Saya sayang sangat dekat dia . Dan kitorang dah janji nak kahwin dah bila dia balik Malaysia . Ni semua salah awak”,Auliya bagai melepaskan geram . Hati Anuar dilanda sebak . Nampaknya , hati Auliya telah dimiliki oleh lelaki lain . Hati Auliya milik lelaki lain . Setitis air mata lelakinya gugur . Pertama kali menangis kerana seorang wanita . 
“Baiklah , Liya . Saya akan ikut apa yang awak cakap . Dan , saya nak minta maaf kerana libatkan awak dalam masalah saya . Saya minta maaf kerana buat awak lelah dengan permainan takdir hidup awak . Saya minta maaf sebab hancurkan harapan awak dan kekasih awak . Akhir sekali , saya minta maaf kerana mencintai awak”.Talian dimatikan . Auliya terkesima . Anuar mencintai aku? Benarkah apa yang Anuar ucapkan itu atau hanya mainan di bibir sahaja .
Telefon bimbitnya dhempas ke atas lantai Nasib baik dialas dengan permaidani . Kalau tak , mahunya pecah berdarai .
Hazira merangkul erat sahabatnya bagi menyalurkan sedikit kekuatan . Air mata Auliya mengalir lagi . Malam itu merupakan malam yang paling hiba buatnya . Satu kerana lelaki yang dicintainya dan satu lagi kerana lelaki yang mencintainya . Semua kerana lelaki .
******************************************************************************
             Hari yang dinanti-nanti akhirnya menjelang jua . Semuanya kelihatan seperti biasa . Auliya dengan muka cerianya , Anuar dengan muka gementarnya . Aik , gementar ke nak kena salam dengan Tok Kadi .
Akhirnya , dengan dua kali lafaz Auliya sah menjadi isteri Anuar . Mereka berpura-pura biasa , seperti tiada apa yang berlaku . Majlis perkhwinan Auliya disambut meriah . Sanak-saudara dari jauh sanggup datang bagi meraikan hari bahagian Auliya bersama suaminya . Ramai tetamu dijemput hadir .
Senyuman yang terukir di bibir kedua-duanya langsung tidak menggambarkan hati pemilik senyuman itu . Masing-masing memendam perasaan .
Malam itu , Anuar hanya duduk di birai katil sambil termenung . Dalam hal itu , memang dia yang bersalah . Dia telah membawa Auliya dalam masalahnya . Seharusnya dia bertindak matang dan memikir baik buruknya tindakan yang diambil . Akhirnya , inilah kesudahannya . Dia dengan Auliya bagaikan orang asing .
Tiba-tiba , serasa ada seseorang melabuhkan punggung di sebelahnya . Dia tahu siapa gerangan yang duduk di sebelahnya . Auliya resah . Tidak tahu bagaimana mahu membuka bicara . Lidahnya kelu .
“A…abang marahkan Liya lagi?”soal Auliya lembut . Hati Anuar melonjak girang . Dari gaya Auliya bercakap dengannya , seperti gadis itu sudah memaafkannya . Namun , sengaja tubuhnya dikeraskan .
Auliya resah . Suaminya langsung tidak memberikan sebarang respons . Auliya berkalih duduk berhadapan suaminya pula . Anuar memandang Auliya bagaikan tiada perasaan . Namun, dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu . Hatinya berbolak-balik . Pertama kali melihat rambut ikal isterinya menampakkan betapa cantiknya Auliya . Pakaian yang tersarung di tubuh Auliya juga membuatkan Anuar menelan liur berkali-kali . Auliya hanya mengenakan dress satin bertali halus berwarna kuning air , cukup membuatkan naluri kelelakiannya berdetak hebat .
Tanpa disangka-sangka , Auliya memeluk erat tengkuknya . Anuar terpempam , lebih-lebih lagi apabila terdengar esakan kecil daripada isterinya . Pelukan dileraikan .
“Liya minta maaf . Liya terlalu ikut emosi . Liya buntu . Liya buntu , siapa yang Liya harus pilih dan siapa yang betul-betul Liya sayang dan Liya cinta”,Auliya berjeda seketika , cuba mengambil nafas . Anuar hanya diam , mahu mendengar penjelasan Auliya . Dia tidaklah semarah mana pun kepada Auliya , dia sudah lama maafkan Auliya kerana dia tahu dia telah menjebak Auliya dalam masalahnya .
“Liya tak tahu , dua hari abang tak call , tak sms , tak ajak jumpa , Liya jadi rindu . Liya rindukan abang . Dan baru Liya tahu , Liya sayang dan cintakan abang”,ucap Auliya sayu . Tangan Auliya tiba-tiba digenggam oleh Anuar . Anuar memandang mata yang sedang berkaca-kaca di hadapannya . Pipi mulus isterinya diusap lembut . Pertama kali dia dapat menyentuh kulit seorang wanita yang telah sah menjadi isterinya .
“Abang pun minta maaf , sayang . Abang salah sebab libatkan Liya dalam masalah abang . Abang bersalah”,air mata Anuar juga turut gugur . Itu adalah air mata gembiranya , gembira yang teramat sangat apabila Auliya telah mengakui perasaannya yang sebenar .
Auliya menggeleng-geleng menidakkan apa yang dikatakan Anuar . Anuar tersenyum .
“Liya sayang abang”,terus tengkuk Anuar dirangkul sekali lagi . Kali ini bukan lagi dengan nada yang mahu menangis , tetapi suaranya telah bertukar menjadi manja . Bagaikan seorang kanak-kanak mengucapkan rasa sayangnya kepada si bapa .
Pelukan dileraik .
“Sayang , sayang nak goda abang ek?”Anuar cuba mengusik . Muka Auliya merona merah . Bukannya dia sengaja mahu memakai baju seperti itu , namun sepupunya yang beria-ia memaksa dia memakai baju tersebut . Akhirnya , terpaksalah dia turuti .  
“Ma…mana ada . Tak adalah”. Anuar ketawa halus melihat wajah isterinya yang sedang memerah . Kedua-dua belah pipi isterinya diusap lembut . Auliya tertunduk malu .
Kepala Auliya didongakkan . Mata mereka bertatapan lama .
“I love you”,ucap Anuar dengan penuh romantik .
“I love you too”,Auliya membalas lembut .
Akhirnya , masalah mereka selesai sudah . Ujian yang datang di saat perkahwinan hampir tiba membuatkan mereka semakin mengenali satu sama lain . Doa mereka , semoga keluarga yang bakal mereka bina akan berkekalan sampai Jannah .
******************************************************************************
Auliya menyapu minyak panas ke tengkuk suaminya sambil mengurut-urut tengkuk Anuar . Lemah sungguh tubuh Anuar . Mana tidaknya , seharian berkejaran ke bilik air . Ha , kalau korang nak tahu aku sekarang ni tengah mengandung 4 bulan . And , doktor cakap anak kami twin . Kesian Anuar , aku yang mengandung dia yang kena alahan . Boleh tak nanti aku bersalin , dia yang berpantang . Baru adil .
Syukrie pula sekarang ni tengah berchenta dengan kawan aku , Hazira . Sebenarnya , diorang rapat sebab aku tau . Sebab aku pemalas nak buka laptop , Hazira yang tolong bagitahu keadaan aku kepada Syukrie . Diorang selalu juga e-mail sama-sama . Amboi , pandai juga kawan aku tu .
“Abang , mual lagi?”Auliya mempamerkan wajah kasihan . Mata Anuar terpejam rapat . Beginilah agaknya apa yang mamanya alami sewaktu mengandungkan dia dahulu . Pasti lelah . Dengan perut yang berisi , ingin berlari ke sinki . Dia bersyukur kerana dia yang terkena alah , bukan Auliya . Jika tidak , kasihan Auliya mahu berlari dari katil ke bilik air . Lebih-lebih lagi di dalam kandungan isterinya bukan satu , tetapi dua .
Anuar mengeleng . Itu sahaja yang mampu dia lakukan .
“Abang rehat , Liya pergi masakkan bubur ye”.Auliya yang ingin bangun ditahan . Tangan Anuar erat memegang isterinya . Auliya tersenyum sebelum kembali duduk di sisi Anuar .
“Liya jangan tinggalkan abang . Liya ada pun abang dah rasa sihat”,ucap Anuar manja . Auliya hanya mampu menggeleng melihat telatah suaminya . Sejak dua menjak ni , Anuar terlebih manja . Tetapi , Anuar kata dia terlebih lasak . Mungkin pembawakan budak .
“Ya abangku sayang . Liya duduk sini dodoikan abang”,Auliya melunjurkan kakinya kerana dia lengah duduk bersimpuh begitu . Perutnya yang lebih besar daripada perut wanita hamil 4 bulan membuatkan dia cepat tidak selesa .
Anuar membaringkan kepalanya di atas riba Auliya . Anak rambut Anuar diusap lembut .
“Assalamualaikum , anak-anak papa . Sayang dengar ye , papa sayang sayang dengan mama sangat-sangat . Jadi , bila anak-anak papa lahir nanti , jadi anak yang baik ye . Jadi anak yang berbakti . Papa dengan mama sayang kamu berdua”,ucap Anuar di perut isterinya . Walaupun dia tidak yakin anak-anaknya sudah mampu mendengar atau belum , namun dia tahu di saat kandungan isterinya 4 bulan , Allah telah meniupkan roh dalam jasad bakal anak-anaknya .
Auliya terharu . Kepalan suaminya diusap lembut . Mata mereka bertatapan . Masing-masing cuba menyampaikan makna yang tersirat di sebalik pandangan mereka . Harapan mereka , semoga kebahagiaan yang mereka alam akan berkekalan di bawah keredhaanNya .
****************************************************************************** 
P/s: Saya harap anda enjoy membaca cerpen saya ini . Mungkin banyak kesilapan yang saya lakukan dan teguran anda semua amat membantu saya di masa akan datang . Apa-apa pun , thanks for reading . I really , really , really , appreciate it . Enjoy!

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!