September 30, 2019

Engkau Cinderella Aku! : Bab 10


BAB 10
Surat khabar di tangan dibelek-belek . Suhaila dari pagi lagi tidak kelihatan . Manalah agaknya permpuan tu pergi . Sebaik sahaja dia bangun pagi tadi , sehelai sticky note elok melekat di pintu peti ais .
Ad , aku pergi kedai sekejap .
Beli barang dapur sikit’

          Dah tak ada orang yang nak dikacau . Kalau dapat kacau Ella , bagus juga . Dapatlah dengar juga minah tu membebel mengalahkan mak itik jual kuih . Disebabkan dia sudah terbiasa dengan jadual yang padat , apabila tidak ada apa yang ingin dilakukan dia akan cepat bosan .
Tiba-tiba pintu dibuka . Kelihatan Suhaila sedang berhempas pulas mengangkat barang yang dibeli masuk . Punggung dilabuhkan di atas kerusi meja makan sebelum kepalanya diletakkan di atas meja . Memang penat . Lif tengah dibaiki . Asyik rosak jelah lif ni . Baik tak payah ada lif , omel Suhaila dalam hati . Asal aku nak guna je rosak .
Ferhad menghampiri isterinya yang sedang keletihan . Plastik berwarna pink dan merah dibelek-belek . Mana minah ni pergi . Takkan shopping kompleks pakai plastik macam ni kot .
“Kau pergi mana tadi?”soal Ferhad . Suhaila memicit-micit kakinya yang lengah akibat terpaksa mendaki 11 tangga yang setiapanya mempunyai 20 anak tangga .
“Pasar”,ucap Suhaila senada . Tudung yang tersarung di kepala ditanggal . Rambut yang diikat dilepaskan bagi memberi udara kepada rambutnya untuk bernafas . Tak adalah rambut berkelemumur nanti .
Ferhad membuat muka pelik . Pergi pasar ?
“Kau pergi pasar , tak berbau ke?”soal Ferhad . Suhaila mengangkat kepalanya sebelum mengalihkan pandangan memandang Ferhad dengan pandangan pelik . Lelaki pun fikir pasal bau-bau ni segala ke ? Ke , dia je yang nampak macam geli je dengan bau pasar .
“Kalau fikir berbau , memang peti ais tu kosonglah gamaknya”,Suhaila membalas . Barang-barang yang baru dibeli diletakkan di dapur . Barang-barang sejuk beku semua disimpan di dalam peti . Suhaila membelek-belek barang yang dibelinya . Macam ada yang kekurangan .
“Alamak , lupa nak beli daging”, Suhaila menepuk dahi . Macam manalah aku boleh lupa listkan nak beli daging . Macam mana nak buat kari daging kalau daging pun tak ada . Tak kan nak makan kari je . Tiba-tiba , tercetus idea bernas di kepalanya .
“Ad , petang nanti teman aku pergi pasar nak?”soal Suhaila sambil mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya . Ferhad mengerutkan dahinya . Apa kena pula minah ni . Nampak macam nak kenakan aku je dari gaya dia angkat-angkat kening tu .
“Malaslah aku . Aku banyak kerja nak buat”. Walaupun pada hakikatnya dia tak tahu nak buat apa dekat rumah .Duduk melongo , bukan kepakaran dia . Tengok tv , tak ada yang menarik . Jogging , takkan nak jogging seharian kot .
“Macam perempuan”,ucap Suhaila , sengaja menguatkan suaranya supaya dapat didengar oleh Ferhad . Serasa ego Ferhad tercabar . Ferhad lantas menghampiri Suhaila yang berdiri di pintu peti ais . Suhaila berpeluk tubuh sambil menghadiahkan sebuah pandangan sinis buat suaminya .
Ferhad menggigit bibir bawahnya akibat geram . Hei , ingat aku ni bapok ke takut nak pergi pasar segala . Ferhad mengangkat sebelah keningnya .
“Kau cabar aku ke?”Ferhad turut berpeluk tubuh . Pantang betul aku kalau kena cabar , lagi-lagi kena cabar dengan perempuan .
“Yup , aku cabar kau . Jadi , buktikan kau lelaki sejati”,Suhaila semakin rasa yang dia akan menang . Ferhad mengerutkan dahinya seperti nak tak nak sahaja mengikutnya pergi ke pasar . Tiba-tiba Ferhad tersenyum . Suhaila pula yang berkerut dahi . Virus kerutan dahi sudah berpindah tuan .
Ferhad meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas pintu peti ais, sekaligus menghalang laluan Suhaila ke kiri dan ke kanan . Suhaila mengundurkan wajahnya apabila menyedari jarak wajah mereka tidak sampai seinci .
“Kau nak bukti aku lelaki sejati ke?”soal Ferhad , sinis . Suhaila mengangguk pantas .
“Kalau macam tu…”,ucap Ferhad sebelum Suhaila dapat merasakan yang dia sedang berada di awangan . Suhaila kaget . Tubuhnya dicempung masuk ke dalam bilik Ferhad . Setelah itu, dia dicampak ke atas katil sebelum pintu bilik dikunci .
“Kau nak buat apa ni?”ucap Suhaila sambil menyelimuti dirinya agar dirinya berasa selamat . Walaupun tak adalah selamat mana pun , tapi cukup syarat je lah tutup badan .
Ferhad merangkak naik ke atas katil , perlahan-lahan menghampiri isterinya yang sudah menutup separuh wajahnya dengan gebar .
“Aku nak tunjukkan dekat kau yang aku ni lelaki sejatilah”,ucap Ferhad dekat di telinga Suhaila . Mata Suhaila terbuntang luas demi mendengarkan ucapan Ferhad itu . Adoi , mulut ni kalau berfikir dulu sebelum cakap tak boleh ke .
Wajah Ferhad semakin menghampiri wajahnya . Dada Suhaila turun naik menahan detakan jantungnya yang tidak sekata . Fikir Suhaila , fikir !
Terus tubuh Ferhad ditolak kasar . Ferhad yang tidak bersedia apa-apa tertolak jatuh dari katil . Ferhad mengurut-urut punggungnya yang sakit . Adui , nasib baiklah ada karpet . Tak adalah aku jatuh direct .
Suhaila dengan pantas turun dari katil . Dia pantas berlari ke arah pintu lalu keluar . Ferhad masih lagi menggosok-gosok punggungnya yang sakit . Namun , sempat lagi bibirnya mengukirkan senyuman geli hati . Tak padan dah tua , ucap Ferhad di dalam hati diiringi dengan tawa kecil .

           Ferhad mengipas-ngipaskan tubuhnya dengan baju yang dipakai . Sesekali dia berlaga bahu dengan orang yang berjalan arah bertentangan dengannya . Suhaila pula kelihatan ralit melihat senarai barangan di telefon bimbitnya . Ingatkan perempuan boros dengan shopping complex je , dekat pasar malam pun sama juga rupa-rupanya . Padahal pagi tadi dah puas shopping .
Sekali-sekala Suhaila berhenti di hadapan gerai yang menjual daging . Namun tidak lama selepas gadis itu membelek-belek daging , Suhaila sambung perjalanannya . Arah perjalanan mereka bagaikan tiada penguhujung . Tadi kata nak beli daging , ni memilih macam nak beli kasut , keluh Ferhad di dalam hati .
Peluh yang merenik di dahi dikesat dengan sapu tangan yang dibawa bersama . Tak apa Ferhad , kau kena sabar kalau tak nak kena gelak dengan minah ni , pujuk Ferhad pada diri sendiri . Sekali lagi lagi Suhaila berhanti di hadapan sebuah gerai menjual daging .
Apabila Suhaila berura-ura mahu menyambung perjalanannya , lengan gadis itu terus dicapai .
“Ni bukan daging ke?”soal Ferhad . Suaranya dikuatkan sedikit bagi melawan bunyi bising di pasar tersebut .
“Memanglah daging . Tapi , daging tu dah lah tak fresh , mahal pula tu . Jadi kita survey dulu mana tahu ada kedai jual daging fresh dan murah . Kenapa , dah fed up ke?”soal Suhaila sinis .
“Eh , tak adalah . Aku tanya je”. Suhaila meneruskan perjalanannya . Ferhad mengeluh berat . Sebenarnya , hidungnya teramatlah terganggu dengan bau hanyir dari gerai menjual daging , ikan dan ayam . Memang kalau ada baldi depan mata , dah terluah dah semua isi perut .
               Ferhad berjalan malas di belakang Suhaila . Akhirnya , mereka berhenti di sebuah gerai menjual daging . Suhaila kelihatannya terangguk-angguk .
“Pak cik , 1 kg”,ujar Suhaila . Ferhad mengeluh sekali lagi . Beli daging satu kilo pun nak survey sampai cari hujung dunia .
“Apa yang specialnya daging ni sampai kau tertarik nak beli?”soal Ferhad sambil menanti penjual itu membungkuskan daging yang diminta . Suhaila mengalihkan pandangannya memandang si suami yang sedang berpeluh sakan .
“Daging ni segar dan murah”,ucap Suhaila .
“Macam mana kau tahu daging ni segar ke tak . Aku tengok sama ke dengan daging yang lain”,ujar Ferhad , masih memerlukan penerangan yang lebih jelas . Suhaila menggeleng-geleng . Ni mesti tak pernah beli daging . Selama ni suruh orang gaji je lah tu . Tu yang bila ajak beli dan pilih daging , habuk pun tak tahu .
“Jom , aku ajar kau pilih daging segar”,pelawa Suhaila . Tangannya terus mencapai cebisan daging kecil yang sudah terpotong lalu disuakan kepada Ferhad .
“Cuba kau pegang . Tengok , warnanya merah terang , tekstur daging kenyal , bau pun tak hanyir sangat . That’s mean , daging ni segar”,ujar Suhaila sebelum mengambil daging yang dipegang Ferhad dan diletakkan semula ke tempat asalnya . Ferhad menghembuskan nafas lega . Payah betul nak kena tahan nafas sepanjang pegang daging . Kalau aku tak pegang , kena gelak dekat rumah nanti . Terpaksalah aku berkorban tangan .
Duit dan plastik berisi daging bertukar tangan . Mereka akhirnya berjalan ke kereta . Suhaila tiba-tiba menghulurkan plastik yang dipegangnya kepada Ferhad . Ferhad membuat muka hairan.
“What?”
“Pegang”,ujar Suhaila selamba .
“Tapi…”
“Nope , pegang”,ucap Suhaila , menggunakan kuasa veto yang jarang dapat dia gunakan kecuali pada waktu-waktu membuli suaminya . Nak tak nak , terpaksa juga Ferhad pegang . Suhaila tersenyum kemenangan . Ferhad memegang daging tersebut hanya pada hujung pemegang plastik . Suhaila yang memandang tergelak besar . Ferhad tidak mengendahkan Suhaila , sebaiknya terus berjalan meninggalkan gadis itu yang sudah terbahak-bahak ketawa .
Sehingga ke dalam kereta , kelihatan muka Suhaila berkerut-kerut menahan tawa . Bonet dibuka sebelum daging yang dibeli diletak di dalam bonet . Selamat sahaja punggung mereka mendarat di atas kerusi , Suhaila pantas menghamburkan tawanya . Memang bantai gelak habis .
“Gelakkan aku sampai putus urat gelak”,ucap Ferhad geram . Suhaila cuba untuk berhenti ketawa , namun dia tidak mampu . Maaf suamiku!
“Memang urat gelak aku dah nak putus pun sebab gelakkan kau . Apalah, badan je tough , pegang daging dalam plastik pun geli . Belm aku suruh sembelih lembu lagi”,Suhaila menyambung tawanya . Ferhad tidak mengendahkan tawa isterinya yang masih lagi galak seperti pada waktu dia mula ketawa . Nampaknya macam dah tak nak surut minah ni ketawakan aku . Tak apa, hari ni hari kau . Esok , lusa dan selamanya akan jadi hari aku .

               Ferhad memakirkan kereta . Suhaila yang sudah terlena di sebelah dipandang . Selesai sahaja makan malam tadi , Suhaila terus terlena sebaik kereta selamat beregerak . Terlentok-lentok kepala isterinya . Tidak semena-mena , kepala Suhaila selamat mendarat di atas bahu Ferhad . Ferhad terkedu . Wajah isterinya yang sedang tidur ditilik dari tepi .
Mesti penat sangat gelakkan aku ni , fikir Ferhad di dalam hati . Pantas , bahu Suhaila dicuit bagi mengejutkan gadis itu bangun .
“Ella”,Bahu Suhaila digoncang perlahan . Mata Suhaila masih lagi terkatup rapat , malahan tangannya sempat pula memaut lengan suaminya . Ini sudah lebih ni , teriak Ferhad di dalam hati.
“Ella”,kali ni suaranya dikuatkan . Suhaila masih lagi lena di atas bahu Ferhad . Siap lap mulut segala .
“Suhaila”,suara Ferhad semakin meninggi . Suhaila terkejut sehingga dia melompat sedikit . Kepalanya terhantuk mengenai pemegang di bahagian kepala tempat penumpang sebelah pemandu . Dada Suhaila turun naik dengan laju . Gila tak terkejut , macam ada gempa bumi .
“Adui”,Suhaila mengusap-usap kepalanya yang sakit akibat terhantuk tadi .
Kali ini , Ferhad pula bantai gelakkan Suhaila yang terkejut sakan . Tulah , aku kejut elok-elok tak reti nak bangun . Kan dah kena jerkah . Mahunya tak tercabut jantung minah ni . Silap hari bulan , aku jadi duda meletop agaknya .
Suhaila menjeling geram suaminya di sebelah . Ketawa sambil keluar air mata , siap tekan-tekan perut bagai . Senak perutlah tu ketawakan aku .
“Tu air liur basi”,ucap Ferhad sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah bibir Suhaila . Suhaila mengesat kasar bibirnya sambil matanya tidak lepas daripada memandang geram suaminya .
“Tak sabar sangat dah ke nak jadi duda”,marah Suhaila . Pintu kereta pantas dibuka sebelum dia berjalan keluar . Walaupun tidak mampu untuk berhenti gelak , dia turut turun daripada kereta . Langkah isterinya disaingi . Hai , memang tak matang langsung , ucap Ferhad di dalam hati .

3 comments:

Jangan Lupa Komen!!