January 06, 2015

Engkau Cinderella Aku ! : Bab 2



Pada hari terakhir mereka di kampus , Suhaila banyak menghabiskan masanya bersama dengan Farhana . Kadang-kadang , tawa mereka tercetus . Entah apa yang mereka berdua bualkan . Suhaila pula , walaupun dalam keadaannya yang bertongkat , langsung tidak menghalangnya untuk meraikan saat-saat terakhir dia di kampus itu . Entah bila lagi dia dapat bergurau begini dengan Farhana kerana masing-masing pasti sibuk dengan komitmen masing-masing .
Bunyi laungan seseorang dari belakang mereka berdua berpaling ke belakang . Hafizul kelihatan sedang termengah-mengah berlari ke arah mereka . Mereka juga dapat melihat dengan jelas seorang wanita sedang berpeluk tubuh sambil memandang geram ke arah mereka .
“Sedap awak je tinggalkan anak dara orang ye , Zul”,ujar Farhana sambil berpeluk tubuh . Hafizul menggaru-garu belakang tengkuknya sambil tersenyum senget memandang ke arah kedua-dua gadis sdi hadapannya . Gadis yang baru sahaja ditinggalkan oleh Zul sebentar tadi berjalan tidak puas hati .
Suhaila sekadar menggeleng-geleng . Kesian semua die hard fans Hafizul . Makan hati berulam jantung jelah hari-hari . Hafizul bukannya serius pun dengan korang . Perempuan cuma buat penghibur hati remaja dia je .  Bukan sekali dua mereka berdua diserang oleh semua kekasih Hafizul , bahkan mereka telah lali memberikan jawapan yang sama setiap kali mereka diserang . Jawapannya ialah , “None of our business” . Kejamkan kitorang pada kaum sejenis?
“Hurm , Ella , Ana , jom pergi lepak dekat kafe . Aku belanja”,ucap Hafizul tanpa dipinta . Suhaila dan Farhana memandang sesama mereka . Kening mereka terangkat-angkat . Apalagi , mari kita serang itu kafe !
Hafizul menghampiri mereka dengan membawa tiga gelas air . Mereka memilih tempat yang agak tersorok daripada orang lain kerana ada hal mustahak ingin dibincangkan , bak kata Hafizul .
Hafizul mengambil tempat di hadapan Suhaila , manakala Farhana setia duduk di sebelah sahabatnya . Hafizul kelihatan sedang menyusun ayat untuk menyoal Suhaila soalan yang bermain-main di kepalanya sejak semalam lagi . Suhaila menjadi hairan .
“Kau nak cakap apa ni , Zul?”ucap Suhaila , setelah beberapa tika Hafizul kelihatan begitu berat untuk memulakan perbincangan yang dikatakan sangat mustahak itu .
“Ella , kalau aku tanya kau ni , kau jangan melenting tau”,ucap Hafizul . Suhaila bukannya boleh diduga perangai brutalnya . Memanglah secara zahirnya Suhaila dilihat bertongkat dengan kaki yang berbalut lagi , tak mungkin Suhaila boleh bertindak ganas . Hei , jangan cabar budak Suhaila ni . Maunya dia ketuk kepala aku pakai tongkat , koma setahun aku . Aku belum kahwin lagi , beb !
“Sejak bila kau pandai serba-salah dengan aku ni . Tanya jelah”,ucap Suhaila , nada selambanya masih lagi dikekalkan . Hafizul menarik nafas dalam sebelum membuka mulut bertanya .
“Semalam , waktu aku hantar scooter kau ke rumah kau , aku jumpa mak tiri kau . Tapi , cara dia ambil berat dekat kau tak sama macam seorang ibu ambil berat terhadap anaknya . Dia macam endah tak endah je bila aku cakap kau accident . Dia boleh tambah lagi kenapa kau tak mampus je terus . Apa yang dah jadi sebenarnya ni , Ella?”soal Hafizul ingin tahu .  Suhaila terkedu mendengar soalan Hafizul . Farhana pula kelihatan tertarik untuk mendengar jawapan yang bakal keluar dari mulutnya . Tidak sangka soalan Hafizul betul-betul menyentuh hal peribadi hidupnya . Namun , dia tidak boleh menyalahkan Hafizul . Sahabatnya itu sekadar ingin tahu . Salahnya juga kerana menjadi seorang yang terlalu perahsia sebelum ini .
“Ala , kau ni . Mak tiri , memanglah macam tu”,Suhaila masih berusaha menyembunyikan hakikat yang dia memang tidak pernah dilayan dengan baik semenjak arwah bapanya meninggal dunia 9 tahun lalu . Suhaila dilayan persis pendatang tanpa izin . Hanya disebabkan Suhaila menjadi orang gaji di rumah sendiri , dia dibenarkan tinggal di situ . Jika tidak , memang telah lama dia dihalau dari rumah itu .
“Ella , aku tahu kau banyak berahsia dengan kitorang . Masakan Bang Mail kata kau dah tiga bulan berturut-turut tak bayar duit scooter dekat dia . Aku tahu , kau bukannya jenis yang suka berhutang . Kenapa ni Ella? Kau sembunyikan apa daripada kitorang”,Hafizul masih berusaha memujuk Suhaila agar membuka cerita . Dia tidak mahu Suhaila menanggung masalahnya seorang diri . Apa gunanya dia sebagai seorang sahabat jika tidak dapat membantu sahabatnya .
“Ella , kami kan kawan awak . Kongsilah dengan kami”,Farhana menepuk-nepuk bahu sahabatnya . Suhaila kelihatannya menarik nafas berat . Bukan dia tidak mahu membuka cerita , namun dia yakin hatinya masih belum cukup kuat untuk menerima segala yang takdir yang tersurat untuknya dengan redha . Dia sentiasa merindui arwah ayahnya . Terlayar kembali kali terakhir dia melihat bapanya .
Hari ini , genap seminggu ayahnya terlantar koma . Menurut doktor yang merawat ayahnya , jika ayahnya tidak sedar dalam masa tujuh hari , alat bantuan pernafasan yang menjadi alat pergantungan hidup ayahnya akan dicabut dan ayahnya akan disahkan meninggal . Tinggal setengah jam sahaja lagi sebelum genap 7 hari ayahnya koma . Suhaila masih lagi setia di sisi ayahnya . Tangan ayahnya diramas sayang . Kemudian , wajah pucat ayahnya diusap penuh berhati-hati kerana risau ayahnya apa-apa.
“Ayah , Su ni ayah . Ayah , bangunlah ayah . Kalau ayah pergi , siapa nak jaga Su . Su cuma ada ayah je dekat dunia ni . Ayah , kalau ayah bangun , Su janji akan jadi anak yang terbaik untuk ayah . Su akan dengar cakap ayah . Su akan belajar rajin-rajin . Ayah dengar tak ? Kan ayah cakap , ayah teringin sangat nak jadi wali Su bila Su kahwin nanti . Ayah , Su minta maaf kalau Su banyak buat salah dekat ayah . Su tahu Su degil . Tapi janganlah buat Su macam ni . Su janji takkan nakal dah . Su sayang ayah . Ayah bangunlah”,ucap Suhaila lirih . Setitis demi setitis air matanya gugur mengenai tangan ayahnya yang diarasakan sedingin ais . Makin pilu hatinya melihatkan wayar-wayar yang berselirat pada badan ayahnya .
Tiba-tiba , seseorang memegang bahunya dari belakang . Suhaila menoleh . Dia dapat melihat Pak Long Hamid dan Doktor Ikram sedang memandang sayu kearahnya . Suhaila melihat jam di tangan . Cukup 30 minit dan ayahnya masih tidak terjaga dari tidur lenanya dan sedarlah dia kini bahawa ayahnya memang akan tidur lena buat selama-lamanya .
Suhaila berdiri bagi memberi laluan kepada Doktor Ikram memeriksa ayahnya . Tidak lama kemudian , alat penjangka hayat dimatikan , begitu juga alat bantuan pernafasan . Suhaila tidak dapat membendung perasaan sedihnya . Mak Long Roziah dihampiri lantas tubuh tua itu dipeluk erat bagi mendapatkan sedikit kekuatan untuknya terus berdiri di situ , agar dia tidak jatuh terjelupuk . Doktor Ikram menghampiri mereka bertiga .
“Seperti yang saya katakan seminggu lepas , jika pesakit masih tidak sedarkan diri dalam masa tujuh hari , pesakit akan disahkan meninggal kerana otaknya sudah mati . Saya minta maaf . Dan saya nak berjumpa dengan wakil ahli keluarga pesakit untuk mengisi boring pengesahan kematian”,ucap Doktor Ikram cuba beriak tenang . Walaupun dia berasa kasihan melihat seorang gadis sedang menangis teresak-esak kerana kehilangan orang yang begitu disayangi , namun memang tugasnya untuk mengikut prosedur yang disediakan oleh pihak hospital . Pak Long Hamid mengekori Doktir Ikram ke biliknya . Mak Long Roziah sedaya upaya menenangkan anak saudaranya yang telah bergelar yatim piatu .
Suhaila mengesat air matanya yang gugur . Farhana pula mengusap-usap belakang sahabatnya bagi menenangkan Suhaila yang teresak-esak menangis . Suhaila yang berada dihadapannya kini bukan Suhaila yang dia kenal 4 tahun lepas . Suhaila yang berada di hadapannya kini adalah seorang yang begitu rapuh hatinya , yang perlukan sokongan orang di sekelilingnya untuk meneruskan hidup .
Hafizul menelan liur . Pertama kali dia melihat Suhaila berwajah sendu di hadapan matanya . Selama ini , dia begitu mengagumi kecekalan Sunaila . Rupa-rupanya , kerapuhan hati gadis itu sengaja dilindungi dengan sifat garang dan ganas sahabatnya itu .
“Sejak tu , mak tiri dengan adik-beradik tiri aku tak pernah layan aku dengan baik . Aku ni cuma orang gaji , orang asing je dekat mata diorang . Duit-duit aku diorang ambil buat perbelanjaan diorang . Kalau aku tak bagi , macam-macam dia hina mak dengan ayah aku . Aku tak sanggup biar mereka hina mak dan ayah aku , jadi aku cuma terpaksa menurut”,ucap Suhaila dalam sendu . Farhana menggenggam erat tangan Suhaila bagi menyalurkan sedikit keuatan buat sahabatnya itu .
“Aku minta maaf . Aku tak tahu kau sangat terluka”,ucap Hafizul serba salah kerana telah mengakibatkan gadis itu mengalirkan air mata . Suhaila pantas menyeka air matanya , tidak mahu kelihatan lemah di hadapan sahabatnya . Suhaila mengukirkan sebuah senyuman walaupun sebuah senyuman kelat .
“Hish , ni semua korang punya pasallah ni . Dah tangkap leleh dah aku . Lagipun , benda dah jadi , takkan aku nak tolak hakikat yang Allah lebih sayangkan parents aku”,ucap Suhaila pura-pura kembali ceria . Air mata yang masih bersisa diseka. Farhana menarik nafas dalam sebelum memandang ke arah Hafizul yang kelihatan serba salah . Hafizul mengangkat bahu sebagai balasan . Farhana kembali memandang sahabatnya .
Suhaila cuba menyibukkan dirinya dengan meneguk minuman yang dipesan dengan rakus sekali. Farhana memandang sahabatnya dengan sebuah pandangan sayu . Meskipun Suhaila dilihat sebagai seorang yang berpewatakan kasar di luarnya , tapi dia tahu Suhaila masih mempunyai hati seorang wanita yang rapuh , yang perlukan sokongan daripada orang sekelilinganya . Ella, aku tahu kau kuat dan aku yakin kau mampu hadapi semua ni dengan tabah!

             Sudah beberapa kali Ferhad cuba menghubungi Julia , tetapi langsung tidak dijawab . Sekali lagi Ferhad mendail nombor Julia , dengan harapan panggilannya bersambut namun hampa . Hanya kedengaran suara gadis operator yang sekian lama setia menjawab panggilannya . Ferhad melepaskan sebuah keluhan berat . Apa yang telah merasuk fikiran kekasih hatinya itu tidak diketahui . Padahal , pertemuan mereka semalam berakhir tanpa sebarang pertengkaran . Tiba-tiba hari ini , Julia bagaikan cuba mengelak daripadanya . Selalunya , jika gadis itu sibuk pasti Julia akan memaklumkan kepadanya agar tidak menelefonnya .
Ferhad mengetuk-ngetuk belakang pennya di atas meja . Sesekali wajahnya diraup bagi menghilangkan kekusutan di wajahnya . Tidak lama kemudian , pintu bilik diketuk . Wajah Johari yang sedang tersenyum ke arahnya terpacul di sebalik pintu . Johari pants melabuhkan duduknya di kerusi berhadapan dengan Ferhad .
“Wei bro , apesal kau ni muka monyok semacam je . Bini kau lari ye?”soal Johari , bergurau . Ferhad tersenyum senget mendengar soalan tak cukup sifat sahabatnya itu .
“Jo , aku kahwin pun belum , takkan bini aku lari kot . Masalahnya sekarang ni ialah Julia tu . Aku dail nombor dia bagai nak tertanggal jari aku , dia tak jawab , aku mesej tak reply . Mati kutu lah aku”. Johari memandang sahabatnya yang kelihatan sedikit serabut , kemudian menggeleng . Ferhad pula memusing-musingkan pen di tangannya menggunakan dua jarinya .
“Kau ni , serius ke dengan Julia?”soal Johari , tiba-tiba . Terbuntang mata Ferhad memandang sahabatnya . Johari pula kelihatan acuh tak acuh sahaja setiap kali soal Julia dibangkitkan . Dia tahu , Johari cukup tidak suka apabila dia menjalinkan hubungan cinta dengan Julia . Namun , Johari sekadar mampu menasihati Ferhad kerana dia tahu kedudukannya sebagai seorang sahabat.
“Apa kau merepek ni Jo . Mestilah aku serius . Kitorang dah rancang nak kahwin tau tahun depan . Kau tahu kan betapa sayangnya aku dekat Julia”,ujar Ferhad . Johari tersenyum sinis mendengar kenyataan yang baru sahaja keluar dari ulas bibir Ferhad . Selama tiga tahun sahabatnya bersama dengan Julia , tidak ada satu pun yang ada pada Julia yang menggambarkan seorang wanita yang sesuai dijadikan seorang isteri . Pakaian tak cukup kain , make up tebal seinci , gaya hidup bebas , langsung dia tidak tertarik dengan perangai bongkak gadis itu . Entah apalah yang Ferhad nampak ada pada Julia itu .
“Ad , aku kawan dengan kau dah lama . Since kita form 1 sampai sekarang . Aku dah anggap kau macam abang aku tau . Aku tak nak kau kecewa nanti . Kau tak tahu betapa sakitnya hati kau bila kau dapat tahu diri kau dikhianati”,ucap Johari ikhlas . Ferhad menggeleng-geleng . Tak mungkin Julia mengkhianati aku , aku tahu Julia ikhlas mencintai aku sepenuh hatinya .
“Jo , dalam satu-satu hubungan , saling mempercayai adalah satu aset yang sangat penting untuk kekal lama . Dalam situasi aku sekarang ni , aku percayakan dia . Aku yakin dia ikhlas cintakan aku”,Ferhad cuba memenangkan kekasih hatinya . Johari memberikan sebuah senyuman yang tersirat seribu makna .
“Tak apalah Ad . Aku cuma nasihatkan je . Kalau itu yang kau kata , aku doakan korang berdua bahagia . Aku sentiasa sokong kau Ad . Mungkin aku tak nampak kebaikan Ju . Kau mesti lebih kenal dia . Aku cuma takut kau kecewa kelak . So , jom lunch”,ujar Johari seraya berdiri dan menepuk bahu Ferhad .
Ferhad menepuk dahi . “Ya Allah , dah masuk lunch . Okeylah , jom”,seraya Ferhad mengemas barang-barangnya sebelum mengikut Johari keluar . Mereka berpapasan bahu . Trimbau kembali memori mereka ketika sama-sama bersekolah di sekolah yang sama dahulu .

“Assalamualaikum”,laung Suhaila dari luar rumah . Namun tiada balasan . Suhaila menjenguk-jenguk sekeliling rumah bagi memastikan Abang Mail ada . Hurm , kereta ada , kasut ada , orangnya takkan tak ada , Suhaila mengetuk-ngetuk dahi dengan jari telunjuknya . Sekali lagi salam dilaungkan , barulah dia terdengar seseorang menjerit dari dalam menyuruhnya tunggu sebentar . Suhaila tersenyum senang . Akhirnya!
“Kamu , Ella . Kenapa ni?”soal Kak Wati , isteri Abang Mail . Suhaila mengangkat tangan kanannya bagi menyapa Kak Wati .
“Bang Mail ada tak kak?Saya nak bayar duit scooter ni”,ucap Suhail . Kak Wati mengangguk-angguk sebelum masuk ke dalam untuk memanggil suaminya . Tidak lama kemudian , Abang Mail keluar dengan hanya mengenakan t-shirt putih dan kain pelekat . Suhaila dihampiri .
“Kau nak apa ni , Ella?”soal Abang Mail sebaik Suhaila dihampiri . Suhaila menyeluk poketnya lalu mengeluarkan empat keping not RM50 dan menghulurkannya kepada Abang Mail . Abang Mail mengerutkan dahinya .
“Lah , apesal kau bayar duit dekat abang pula?”soal Abang Mail sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . Suhaila naik hairam . Bang Mail ni ada terhantuk dekat mana-mana ke sampai dia lupa yang aku bayar ansuran untuk scooter dia tu .
“Duit scooterlah , Bang Mail . Bang Mail tak ingat ke dah 3 bulan saya tak bayar . Tapi , saya mampu RM200 dulu . Nanti , dah dapat gaji saya bayar lagi”,ucap Suhaila . Duit itulah hasil daripada titik peluhnya bekerja di warung bapa saudaranya pada waktu malam. Makin bertambah kerut yang terukir di dahi Abang Mail .
“Zul tak bagitahu Ella ke?”soal Abang Mail. Suhaila tersentak . Apa kena-mengena scooter dia dengan Zul pula ni .
“Bagitahu apa?”. Soalan berbalas soalan .
“La , dia tak bagitahu ke? Macam ni , semalam Zul ada datang jumpa abang . Lepas tu , dia tanya berapa lagi hutang scooter Su dekat abang . Abang pun katalah lagi seribu setengah . Terus dia keluarkan cek lepastu bagi dekat abang . Dia cakap , dia bayarkan untuk Ella . Mungkin dia lupa kot nak beritahu Ella”,ucap Abang Mail .
Suhaila terangguk-angguk . Sebaik mengucapkan terima kasih kepada Abang Mail , Suhaila beransur pulang . Huh , kalau nak tunggu Zul cerita , kucing bertanduk pun belum tentu dia buka mulut . Ya Allah , kenapa kau baik sangat Zul !
Ferhad menarik nafas dalam , menghirup udara segar pada waktu malam . Sesekali telefon bimbitnya dibelek , melihat kalau-kalau ada mesej atau panggilan daripada Julia untuknya . Ferhad menarik nafas berat . Bahagian galeri pada telefon bimbitnya ditekan lalu dia memilih bahagian gambar . Satu-persatu gambarnya bersama Julia dibelek . Tangannya terhenti pada gambar Julia sedang mengenakan pakaian peragaan pada kali pertama mereka bertemu . Pada ketika itu , dia sungguh tertarik hati untuk mengenali Julia dengan lebih dekat . Salam perkenalan yang dihulurkan Ferhad bersambut .
Pintu bilik dikuak dari luar . Farhana tersenyum memandang abangnya yang kelihatan sedang menghadapi masalah yang begitu berat . Ferhad dihampiri . Mereka berdua duduk di kerusi yang terletak di balkoni bilik abangnya .
“Ana masuk bilik abang ni , kenapa?”soal Ferhad . Farhana mencebik bibir .
“Macam tak suka , je”,Farhana berpeluk tubuh sebelum memalingkan tubuhnya membelakangkan abangnya . Ferhad tersenyum . Hujung hidung adiknya dicuit .
“Puteri Farhana Najwa , adik abang ni nampak sangat buruk tau bila merajuk”,ucap Ferhad , cuba mencipta suasana ceria di antara mereka . Makin memanjang muncung Farhana jadinya . Terkekek-kekek Ferhad ketawa melihat reaksi adiknya .
Hubungan adik-beradik mereka sangat rapat kerana jarak umur mereka yang hanya berbeza empat tahun . Labih-lebih lagi mereka hanya dua beradik . Ferhad amat menyayangi Farhana dan dia sentiasa melindungi Farhana . Dia ingat lagi bagaimana teruknya seorang lelaki dibelasah olehnya kerana telah membuatkan adiknya menangis tak henti disebabkan oleh lelaki itu mengoyakkan diari kesayangannya sampai ibu bapayna dipanggil ke sekolah . Teruk juga dia dimarahi oleh ibu bapanya pada malam kejadian . Namun , demi Farhana dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan adiknya bahagia .
“Abang jahat”,Farhana memukul bahu abangnya yang sedang mengelamun . Hairan juga apabila abangnya tiba-tiba berhenti ketawa . Farhad mengerdip-ngerdipkan matanya . Apalah aku pergi berangan malam-malam buta macam ni .
Farhana tersenyum nakal .
“Abang ingat dekat siapa ni?”soal Farhana sambil mengunjukkan jari telunjuknya kepada Ferhad. Ferhad segera menepis jari adiknya .
“Jangan sibuklah . Abang cuma teringat masa mama dengan papa kena panggil pergi sekolah sebab abang dah belasah budak yang koyakkan diari adik”,ucap Ferhad . Farhana membuat muka tak percaya . Yelah tu?
“Eleh , tengah ingatkan awek , nak berahsia pula . Dahlah tu abang , Ana kenal sangat dengan abang ni . Ingat perempuan je kerjanya”,Farhana mengusik . Hujung bahu abangnya disentuh .
Ferhad tersenyum memandang adiknya yang kelihatan manja itu . Memang Farhana seorang yang sangat manja dan menjadi penghibur buat keluarga mereka . Almaklumlah , anak bongsu . Mestilah perangai mengada-ngada dia terlebih .
“Abang , abang dah ada awek tak?”soal Farhana tiba-tiba . Berkerut-kerut dahi Ferhad mendengar soalan adiknya .
“Kenapa tanya?”
“Saja je . Kalau tak ada , Ana ada suggestion”.
“Siapa?”soal Ferhad , sengaja melayan soalan tiga suku adiknya . Farhana tersenyum lebar apabila melihat abangnya yang seakan-akan berminat untuk mengetahui siapa yang dimaksudkan olehnya .
“Abang ingat tak kawan adik yang abang tolong hantar balik rumah dia tu?”Farhana membuka cerita . Ferhad cuba mengingat semula gadis yang dimaksudkan oleh Farhana .
“Ingat . So?”
“Dialah yang Ana nak suggest”,ucap Farhana gembira . Terbuntang mata Ferhad memandang adiknya . Biar betul adik aku ni . Ayam sewel tu yang adik aku suggest untuk aku . Apa , kaum wanita sedang mengalami kepupusan ke dekat dunia ni?!
“Adik , kalau nak bagi abang calon kakak ipar pun agak-agaklah . Ayam sewel tu yang adik suggest . Tudung main silang macam tu je , baju kurung entah gosok ke tidak tu . Hish , taknak abang . Dia tu , bawa virus tak betul tau . Nanti dengan abang abang sekali jadi sewel macam dia”,ucap Ferhad sambil membuat muka tidak berkenannya . Farhana mencebik bir , tidak berpuas hati .
“Dia ada nama lah . Nama dia Nurul Suhaila . Orang panggil dia Ella , bukan ayam sewel”,Farhana membela sahabat baiknya .
“Eleh , panggil Ella ke , ayam sewel ke , sama je . Dahlah melintas tak tengok kanan kiri , panggil kita manusia tak bertamadun pula tu . Tu ke nak jadi bini .Hei , kalau spesis perempuan dekat dunia ni dah pupus pun , abang lebih rela membujanglah daripada kahwin dengan dia”, ucap Ferhad dengan nada tidak puas hati .
“Suka hati abanglah nak cakap apa pun . Abang jangan menyesal pula nanti . Lagi satu , dia cakap thanks dan sorry dekat abang sebab cakap macam-macam dekat abang”,ucap Farhana seraya keluar dari bilik abangnya .
Ferhad tersenyum sinis . Menyesal?Kenapa aku perlu menyesal . Kalau nak dibandingkan ayam sewel tu dengan Julia , Julia seribu kali baiklah daripada minah tu . Dahlah selekeh , perangai tak semengah , ada hati nak ambil jadi bini . Baik aku kahwin dengan beruklah daripada kahwin dengan permpuan tiga suku macam tu , kutuk Ferhad di dalam hati .
Hoi Ferhad , kau kutuk-kutuk dia nanti kau kena kahwin dengan dia , mati kutu kau nanti, akalnya menyanggah .
Kahwin dengan dia , huh! Mama pun belum tentu setuju tau . Jangan mimpilah dia akan jadi bini aku . Takkan ada orang yang akan jadi isteri Putra Nizamil Ferhad selain daripada Julia Qistina !

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!