February 16, 2015

Trip to Bali!!! (#1)

Sebenarnya Pyka dah lama pergi Bali. Tahun lepas pergi. Hehehe. Cuma, last year busy sebab study. Nak SPM lah katekan (uhuks) So, di masa yang terluang ni nak share sikit pengalaman pergi Bali. This is myfirst trip to oversea (oversea lah jugak). Excited dia lebih sikit. Almaklumlah, kami warganegara yang sederhana ini jarang dapat peluang macam ni.

Okey, sekarang ni Pyka nak start dari mula perjalanan Pyka ke sana. Masa ni , hati berdebar-debar hanya Allah je yang tahu. Tak silap masa ni kes MH370 baru berlalu dua minggu. Memang hati berdebar-debar sepanjang perjalanan. Flight kitorang pukul 12.00 malam.(Seingat Pyka lah)

Waktu ni baru letak barang dekat troli. Banyak kot barang
 Okey, sampai dekat KLIA dalam pukul 5.00 petang cenggitu. Aiyooo, mau tunggu lagi itu 5 jam woo. Dengan barang yang banyaknya, kitorang carilah troli untuk letak barang-barang. Macam nak sampai bumbung KLIA dah (hehe, hiperbola siketttt)

Eh, ada barang tambahan pulak. 
 Sampai je, kitorang duduk sekejap sementara tunggu ayah parking kereta. Tu yang troli pun jadi kereta dah. Pykalah melayan kerenah adik untuk tolak benda alah troli ni. Berat barang + berat adik = SUNGGUH BERAT . Sampai hati Yaya buat kakak macam ni. Huhu...

Sebelum makan, mari kita tangkap gambar dulu! (Takde monopod, kalau tak boleh selfie)
Lebih kurang pukul 8.00 malam (lepas maghrib), kitorang dinner. Masa tu mak kata, "Kalau mak tahu mahal macam ni, baik mak tapau je dari rumah". (Mak pandai guna perkataan 'tapau' kot. Ceh, ayat anggaran je). Siapa yang pernah makan dekat KLIA, mesti tahu tahap kemalannya (Perhaps). Tengok, cawan pun cawan kertas je tau. Tu pun dah berapa harganya (tak hingat)

Kami bergerak ke hadapan tanpa menggerakkan kaki. Kui kui kui.
Yeay, setelah 5 jam menunggu, flight kami dah sampai. Excited giler naik escalator tegak ni. Hahaha. (Sebab dah lama tak naik flight)

Good bye Malaysia! Sayounara! Bali, here we come!!!
Ni lah pada hari pertama kami nak bertolak ke Bali. Hati yang berdebar- debar siapa tahu. Ni ada snapshoot sikit gambar dalam flight.

Peace yo!!! Menunggu makanan tiba. Lapar tak???
Bubye! Enjoy the picture wookeyh!!!