March 24, 2013

Sahabat vs Cinta bab 19


BAB 19

        Kejadian malam itu bagaikan tidak pernah berlaku.Aris bagaikan lupa atau mungkin buat-buat lupa.Alisa pula sebaliknya.Kata-kata Aris bagaikan belati yang mengguris hatinya.
Sementara aku masih isteri dia, baik aku jalani hidup aku dengan gembira bersama dia.Kebetulan, hari ni ialah hari lahir Aris.Alisa sudah merangka-rangka perkara yang patut dia lakukan.


           Ucapan selamat hari lahir tidak lekang dari bibir pekerja-pekerja.Aris hanya mampu mengucapkan terima kasih.Hari ini, Aris meranacang untuk menyambutnya dengan Sakinah.Mesti Sakinah tak menolak punya.
“Hai Sakinah.Awak dah nak balik?”tegur Aris apabila melihat Sakinah sedang mengemas mejanya.
“Saya dah nak balik dah Encik Aris.Encik tak balik lagi?”soal Sakinah ramah.Ambil hati bos beb.Mana tahu dapat naik gaji ke, naik pangkat ke.
“Sakinah, office hours dah habis.Tak payah nak berencik-encik”.Sakinah sekadar mengangguk.
“By the way, hari ni saya nak ajak awak dinner dengan saya”,sambung Aris lagi.Sakinah terpana.Apa mimpi bos aku ni tiba-tiba ajak dinner.
“Tapi Aris, saya…”.
“Sakinah,  hari ni birthday saya.Jadi, awak tak menolak kan?”Aris merayu.
Mata Sakinah membuntang.
“Aris…saya minta maaf.Saya langsung tak ingat.Selamat hari lahir”,ucap Sakinah tulus.
Aris hanya mampu tersenyum.Dia busy sangat kot, Aris menyedapkan hati.
“Jadi, boleh awak temankan saya”,Aris berbalik kepada perbincangan mereka.
Sakinah serba salah.Nak tolak, takut dia terasa.Dahlah aku lupa birthday dia.Kalau terima, apa pulak kata Alisa nanti.
“Saya…”,
“Please, Sakinah.For only this time.Hadiah birthday saya, okey?”Aris masih tidak jemu merayu.
Dengan serba salah, Sakinah tersenyum sambil mengangguk.
Aris tersenyum ceria.Dapatlah aku rapatkan diri dengan Sakinah kali ni.
“Okey, kemas barang awak.Awak naik teksi kan?”soal Aris.
Sakinah hanya mengangguk.
“So, hari ni saya yang hantar”,Aris menawarkan diri seraya masuk ke bilik pejabatnya.
Sakinah mengeluh berat.Alisa, maafkan aku!  


         Segala perhiasan diperhati.Hmm, bolehlah daripada tak ada.Banner yang bertulis ‘Selamat Hari Lahir’ cantik tergantung.Kek yang dibuat sendiri diletakkan di atas meja.
Alisa tersenyum sendirian.Malam itu, dia memakai blaus berwarna merah jambu dipadankan dengan skirt panjang berwarna putih.Rambut pula ditocang satu di bahagian kanan kepala.
Sementara menanti kepulangan Aris, Alisa menekan punat televisyen.
Tak ada ke cerita yang best sikit.Ni yang dia tayang cerita Inggeris buat apa.Dahlah aku tak faham  satu hapak pun, desis hati Alisa.
Sabar Alisa, sekejap lagi Aris baliklah tu, pujuk Alisa sendiri.


          Hampir dua jam televisyen terpasang tanpa ditonton.Rupa-rupanya Alisa tertidur.
Dia berpisat-pisat bangun apabila terdengar bunyi deruman kereta Aris masuk ke perkarangan rumah.
Pintu dibuka.Aris kelihatannya sedang bernyanyi riang.
“Lambat balik”,tegur Alisa lembut.
“Aku celebrate birthday aku dengan Sakinah tadi”,selamba Aris membalas.
Riak wajah Alisa yang berubah langsung tidak Aris sedari sehinggalah melihat banner yang tergantung.Aris serba salah jadinya.Alisa mengemas meja makan.Kek coklat yang berada di atas meja dipandang lama.Nasib kaulah kek, tak masuk perut orang, perut tong sampah pun jadilah ye.
“Alisa…aku tak tahu…”,Aris mati kata-kata.Alisa hanya tersenyum.
“Tak apalah.Awak dah celebrate dengan Sakinah pun kan.Saya tak kisahlah”,Alisa menyedapkan hati Aris.
“Kalau aku tahu…”.
“Tak apalah.Biar saya kemas dulu ye”,sebak Alisa membalas.
Akhirnya, selamat juga kau mendarat dekat dalam tong sampah ni, omel Alisa sayu.Bukan rezeki Aris nak rasa kek yang aku buat ni.
Sebaik sahaja melewati Aris, lengannya dipegang kejap.
“Kenapa kau tak bagitahu aku kau nak buat semua ni?”tegas Aris bertanya.Alisa tertawa halus sambil menggeleng.
“Kalau saya bagitahu awak, boleh dikatakan surprise ke?”Alisa tersenyum kelucuan.Tapi, tiada langsung yang lucu bagi Aris.
“Takkan kau tak rasa terkilan.Takkanlah kau ni hati batu?”sinis Aris bertanya.
Alisa tertunduk sayu.Janganlah duga hati aku, Aris.
“Ya, saya memang terkilan.Tapi, saya happy sangat sebab walaupun saya bukan orang pertama, tapi saya jadi orang yang terakhir.By the way, ni hadiah awak”,Alisa sedaya-upaya memaniskan mukanya.
Sebuah kotak yang sudah berbalut kemas itu perlahan-lahan disambut oleh Aris.Belum sempat hadiah bertukar tangan, pantas sahaja Alisa merangkul leher jejaka itu.Kolam mata sudah dipenuhi dengan air mata.Perlahan-lahan, pelukan Alisa dibalas.Belakang gadis itu diusap perlahan.Mungkin Alisa perlukan sokongan jiwa tika ini, mungkin.
Setelah beberapa minit, pelukan dileraikan.Hadiah sudah bertukar tangan.
“Saya…minta maaf.Saya…”,seraya Alisa mahu berlalu pergi.Sebabnya dia tidak mahu air matanya mengalir di hadapan Aris.
“Aku tengok kau ni banyak pendam perasaan.Menangislah kalau itu mampu legakan hati kau”,ucap Aris setelah beberapa langkah Alisa meninggalkannya.Alisa menggagahkan diri untuk mengukirkan sebuah senyuman sinis.
“Memang menangis boleh kurangkan beban hati saya, Aris.Tapi, menangis tak dapat ubah kenyataan.Saya hanya mampu bermimpi, tetapi kenyataan tetap kenyataan.Sekalipun saya menangis air mata darah, kenyataan tetap sama”,lemah sahaja nada suara gadis itu.Aris terdiam sambil menghayati setiap butir bicara Alisa.
‘Awak tak akan pernah mengubah kenyataan tu Aris’,sambung Alisa walaupun hanya bicara hati.Aris ditinggalkan sendirian.Jejaka itu kaku sendiri.Begitu kecewakah isteriku itu?Aris terduduk di atas sofa.Apa maksud kata-kata Alisa tu?Aku rasa macam dia tujukan buat aku, tapi untuk apa?Kami bukan berkahwin atas dasar cinta, tapi atas dasar kekeluargaan, itu aje!



        Badan dihempas kasar di atas katil.Alisa mengambil bantal dan menekup mukanya.
“Argh!!!”,Alisa menjerit sekuat hati, seiring dengan mengalirnya air mata gadis itu.
Alisa teresak-esak menahan sendu.Bantal di tangan dicampak ke lantai.Hatinya dipagut rasa sayu.
Cincin di jari dipandang lama.Aris, kenapa kau perlu mengejar cinta yang tak pasti sedangkan cinta aku setia untuk kau.Salah ke aku menyayangi seorang lelaki yang bergelar suami aku, salah ke?
Aku tak boleh nak berhenti daripada bermimpi sebab mimpi aku melibatkan hati dan perasaan aku.Aku tak minta perasaan ni, Aris.Perasaan ni dah lama ada untuk kau, kau je yang tak perasan.
“Kau kejam!”,teriak Alisa sekuat mungkin.Tiba-tiba sahaja tubuh itu terkulai layu.
Aris yang mendengar teriakan Alisa itu bergegas masuk ke bilik Alisa.
“Alisa…”,tegur Aris nemun tiada sahutan.
“Alisa…”masih tiada sahutan.Aris memangku kepala gadis itu.
“Ya allah, Alisa pengsan ni”,terus sahaja tubuh Alisa digendong.Kunci kereta dicapai sebelum dia memandu membelah kepekatan malam.Alisa, jangan buat aku risau!


              Setelah doktor selesai merawat Alisa, Alisa dibenarkan duduk di kerusi bertentangan dengan mejanya sambil dibantu oleh Aris.
“Macam mana keadaan isteri saya doktor?”cemas sungguh nada suara Aris.Janganlah cakap sesuatu yang makin merisaukan aku.Tolonglah.
“Isteri encik ni kekurangan tenaga.Boleh saya tahu, dia ada menjamah sebarang makanan tak tadi?”soal doktor yang memakai tanda nama Salina itu.
Pandangan dihalakan ke arah Alisa.Alisa hanya menggeleng sebagai balasan.
“Isteri encik pengsan sebab tak makan lagi.Tenaga dia kurang, sebab itu tubuh dia menjadi lemah”,jelas Doktor Salina.Aris hanya mengangguk.Perasaan kesal sudah meninggi setinggi Gunung Everest.Takkanlah dia tak makan sebab tunggu aku?
“Kalau macam tu, saya balik dulu ye doktor”,seraya Aris membantu Alisa untuk bangun.Dengan longlainya Alisa mengatur langkah.Padan muka, siapa suruh tak makan.
Belum sempat Aris membuka pintu kereta, Alisa sudah mendahului.Perlahan-lahan dia masuk ke dalam kereta.Aris cuba membantu, namun segera ditepis.Aris hanya membiarkan.
Sebaik sahaja enjin kereta dihidupkan, Aris mencari topic untuk berbual.
“Alisa nak pergi makan dekat mana-mana ke?Alisa kan tak makan lagi”,lembut aje tutur kata Aris.
Alisa ketawa geli hati.Aris memandang hairan.Tadi emo semacam, sekarang ni gelak pulak.Ni symptom orang kekurangan tenaga ke?
“Gelak pulak?Apa masalah kau ni sebenarnya?”soal Aris hairan.
“Awaklah, nak lembut-lembut konon.Blah la.Geli tahu tak, nak muntah.Kelakar pulak bila awak nak pujuk saya ni”,Alisa menyambung gelaknya bagaikan terputus urat gelak.
“Orang risaukan dia, dia boleh gelak.Gelaklah lagi, gelak”,Aris berpura-pura merajuk.
“Eeei, tak takut ke jatuh saham merajuk dengan perempuan.Saya tak layanlah orang merajuk ni”,tawa Alisa masih bersisa.
“Kau nak makan tak?”tegas sahaja nada suara Aris kedengaran.
“Cepatlah pujuk saya lagi.Saya nak gelak lagi ni”,Alisa mengejek.Tawa Alisa kembali bergema.
Akhirnya tanpa dipinta, Aris memberhentikan keretanya di hadapan gerai menjual burger.Mereka singgah di situ untuk mengalas perut.Bukan aku tau, Alisa!
Mereka duduk di meja berhampiran.
Alisa memandang sekeliling.Mata Alisa kelihatan sembab.Dia menangis ke, fikir Aris.
“Kenapa kau emo semacam je ek tadi”,soal Aris tiba-tiba.
Mata Alisa membuntang memandang Aris.
“Emo?”.
“Yelah, tadi aku nak tolong bukak pintu kau tak nak.Aku nak tolong kau masuk kereta, kau tak nak.Apehal hah?”sambung Aris lagi.
Alisa tersenyum sumbing.
“Saya saja je nak merajuk dengan awak.Tapi awak tahulah saya, mana boleh merajuk panjang-panjang.Menggedik je lebih”,jelas Alisa sambil meneguk minuman yang baru tiba.
Aris menjuih bibir.
“Kalau macam tu, buat penat je aku pujuk kau tadi.Kalau aku tahu, aku sekeh je kepala kau.Bagi batul sikit otak kau yang mereng tu”,Aris membuat gaya menyekeh kepala.Alisa tertawa halus.
Kalaulah kau tahu….
Alisa menjamah burger yang baru sampai.Aku tekad, aku tak nak jadi kawan kepada air mata lagi.Aku nak jadi Alisa yang sentiasa ceria!!

2 comments:

  1. sorry writer , citer ni mmg best bg feel nangis ,happy ,lawak tapi keliru dgn nama wataknye #sekadarberkata :)

    ReplyDelete

Jangan Lupa Komen!!