Suhaila
termenung duduk di ruang tamu . Mak Long dengan Pak Longnya sudah lama tidur .
Jam di dinding dipandang . Sudah pukul 1.15 pagi . Namun , matanya masih lagi
enggan terlelap . Terlayar satu persatu kejadian di rumahnya petang tadi .
Sakit hatinya apabila ibu dan ayahnya dikatakan tidak mendidiknya dengan baik .
Ibunya telah meninggal dunia sebaik sahaja dia melihat dunia sedangkan ayahnya
telah cukup mendidiknya dengan ilmu agama .
Tiba-tiba
kedengaran pintu bilik dibuka . Suhaila melihat sepupunya Raziqah keluar dari
biliknya lalu bergerak ke dapur . Mahu ke tandas mungkin . Dibiarkan sahaja
Raziqah berlalu pergi .
Sebaik Raziqah
ingin melangkah masuk ke bilik , dia terpandang akan kelibat Suhaila sedang
duduk termenung di ruang tamu . Suhaila dihampiri .
“Kau tak tidur
lagi , Ella?”soal Raziqah seraya melabuhkan susuk di sebelah Suhaila . Hanya
sebuah keluhan yang diberikan Suhaila sebagai jawapan . Raziqah memeluk bahu
sahabatnya sebelum mengusap-usap bahu Suhaila .
“Kenapa ni ,
Ella? Ceritalah dekat Iqa . Iqa mungkin tak dapat selesaikan masalah Ella ,
tapi mungkin beban dekat bahu Ella akan berkurangan”,ucap Iqa lembut . Air mata
Suhaila bergenang . Cara Raziqah cakap bagaikan seorang ibu , mengingatkan dia
pada belaian seorang ibu . Tidak pernah sekalipun dia merasa kasih sayang
seorang ibu .
“Iqa , aku buntu
Iqa . Aku tak cukup kuat untuk hadapi semua ni . Aku tak ada siapa-siapa dekat
dunia ni kecuali keluarga kau je . Aku tak tahu apa patut aku buat untuk
teruskan hidup ni . Aku rindukan kasih sayang ibu dengan ayah aku”,air mata
Suhaila merembes keluar . Suhaila melentokkan kepalanya ke bahu Raziqah .
Raziqah masih lagi setia mengusap bahu sepupunya . Dia tahu , beban yang
ditanggung Suhaila begitu berat .
“Luar je aku
nampak kasar , tapi hati aku masih lagi hati seorang perempuan . Sampai hati
diorang hina ibu dengan ayah aku . Ibu dengan ayah aku tak salah . Aku yang
salah . Tapi , kenapa setiap kali aku buat salah , diorang akan libatkan arwah
ibu dan ayah aku?Kesian diorang , dihina atas kesalahan yang aku
lakukan”,sambung Suhaila lagi . Saat itu , Suhaila telah menjadi dirinya empat
tahun dahulu . Seorang gadis yang tidak berani melawan , apatah lagi membidas
kata-kata pedas keluarga tirinya .
“Su , Allah bagi
kita satu-satu ujian tu sebab dia tahu kita mampu . Allah takkan bagi ujian
yang berada di luar kemampuan hambaNya . Allah sayangkan kau . Dia bagi kau
ujian ni sebab dia nak uji sejauh mana keimanan kau kepada dia . Kau patut
bersyukur sebab terpili . Allah tak pilih aku , Allah tak pilih kakak tiri kau
, tapi Allah pilih kau . Kau terpilih”,ucap Raziqah , berusaha memujuk
sepupunya . Tubuh Suhaila dipusingkan menghadapnya . Air mata Suhaila diseka
dengan ibu jarinya .
“Dah , tak mau
nangis . Daripada kita mengeluh atas ujian yang Allah berikan untuk kita ,
lebih baik kita sentiasa berdoa kepada Allah agar dibekalkan ketabahan untuk
menghadapi setiap ujianNya dengan redha dan ikhlas . Bersabarlah , sesungguhnya
Allah bersama dengan hambaNya yang sabar”,ujar Raziqah . Tidak lama kemudian ,
Suhaila terus memeluk sepupunya. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang
sepupu yang begitu memahami masalah yang dihadapinya . Dia juga bersyukur
kerana Pak Long dan Mak Longnya telah banyak berkorban untuknya sehinggakan
bayaran pengajiannya telah ditanggung oleh mereka berdua . Jasa mereka
sekeluarga tidak dapat dibalas .
Suhaila duduk di kerusi yang terdapat
di tasik itu . Sesekali gambar itik-itik berterbangan dirakamkan dalam kamera
kesayangannya . Kamera itu telah dihadiahkan oleh arwah ayahnya ketika dia
berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR , seminggu sebelum ayahnya
kemalangan . Setiap kali dia menggunakan kamera itu , pasti dia akan
terkenangkan wajah bangga ayahnya . Sedaya-upaya dia menyorokkan kamera itu
daripada pengetahuan keluarga tirinya kerana dia tahu keluarga tirinya akan
mengambil kameranya suatu hari nanti .
Ralit dia menangkap
gambar di sekitar tasik , dia terlanggar seseorang sehinggakan kameranya
terjatuh . Kalut Suhaila mengutip kembali kameranya yang terjatuh . Kameranya
dibelek-belek . Alhamdulillah , nasib baik tak apa-apa kamera ni . Kalau tak ,
tak tahulah apa nak jadi .
Suhaila dapat
melihat seorang jejaka sedang mengutip telefon bimbitnya yang jatuh . Bukan
sembarangan hand phone yang jatuh . I Phone 5 kau . Nasib baik calar sikit je
tau . Kalau tak , maunya niaya aku . Kalau dibuatnya dia suruh aku kahwin
dengan dia untuk bayar balik harga baiki I Phone 5 dia macam dalam novel tu ,
kahwin mudalah aku . Wei Ella , apa kau merepek ni , tegah akal Suhaila .
Suhaila menepuk dahinya dengan kuat sehinggakan merah dahi dikerjakannya .
Sakitlah pula .
Jejaka yang
mengutip telefon bimbitnya sudah mengangkat kepala . Mereka bertatapan buat
seketika sebelum masing-masing mula membuat muka tidak puas hati . Hish ,
kenapalah time aku nasib malang je mesti dengan mamat ni . Dia bawa badi nasib
malang agaknya .
Ferhad pula
terus panas hati . Ear phone yang tersumbat di telinganya ditarik keluar . Aku
kalau awek lain yang langgar , bolehlah aku tolak ansur sikit . Tapi , kalau
minah ni yang langgar memang darah aku terus mendidih 110˚C . Pantang betul aku
bila dia tunjuk muka dia depan mata aku .
“Hei , kau .
Jalan pakai mata ke pakai lutut?Buta ke, huh?”ucap Ferhad garang . Suhaila
bercekak pinggang sambil membuat muka garang . Amboi , sedap dia je kata aku
buta . Habistu dia apa , pakai ear phone tapi mata effect sekali .
“Hei abang
Farhana , aku jalan pakai kaki not mata or lutut . Sedap kau je cakap aku buta
. Habistu , kau celik sangatlah . Jogging sambil balas mesej . Kau tahu tak
boleh main phone masa memandu , inikan pula masa berjogging . Dia yang mata tak
tengok keliling . Agaknyalah kan , kalau kau jogging masuk tasik pun tak
sedar”,Suhaila membalas pedas . Ferhad menelan liurnya menahan amarah . Otak
aku dahlah serabut pasal Julia , pasal mama , pasal office , minah ni tambah
lagi serabut dekat kepala otak aku ni . Hai ,apalah nasib malang aku hari ni!
“Hei ayam sewel
, aku bosanlah cakap dengan kau . Buat bazir air liur aku je kau tahu tak . Aku
lagi rela cakap dengan itik-itik tu kau tahu tak”.
“Hei manusia tak
bertamadun , aku pun lagi relalah cakap dekat rumput tu daripada cakap dengan
kau . Buat panas hati aku je”.
Farhana yang
kebetulan lalu di situ untuk mencari abangnya , terperasankan abangnya sedang
bergaduh dengan seorang gadis bertudung hitam . Dari gaya pakaian , dia dapat
agak yang abangnya sedang bergaduh dengan perempuan yang sama . Aduh , diorang
ni kalau tak bergaduh kalau jumpa tak sah . Anjing dengan kucing pun tak
seteruk diorang .
Farhana
menghampiri pasangan yang saling menunjukkan jari telunjuk masing-masing .
Farhana menarik nafas dalam-dalam bagi meniupkan sedikit kesabaran dalam
hatinya . Kalau berhadapan dengan dua orang ni tengha bergaduh , memang orang
yang cuba leraikan pun rasa nak bergaduh juga . Nampak tak gambaran betapa
teruknya dua makhluk Allah ni bergaduh .
“Abang Ad ,
Ella”,ucap Farhana separuh menjerit . Dua manusia yang sedang bertekak di
hadapannya terdiam memandang Farhana . Ferhad tersenyum menampakkan barisan
gigi putihnya sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal memandang Farhana
. Farhana berpeluk tubuh memandang abangnya .
“Abang , kan Ana
dah mesej abang tadi yang Ana tunggu dekat kereta Ana . Yang abang pergi
bergaduh dengan Ella ni kenapa”,ucap Farhana geram . Ni mesti kes tersangkut
bergaduh dengan Ella lah ni .
“Sorry Ana .
Ayam sewel ni dah langgar abang sampai calar I Phone 5 abang ni . Lepastu ,
minta maaf pun tak . Mana abang tak geram”,sempat lagi Ferhad menjeling Suhaila
yang tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Ferhad .
“Awak Ella , apa
yang awak tak puas hati dengan abang saya pula?”soal Farhana , memandang ke
arah Suhaila pula .
“Ana , abang
awak ni dah terjatuhkan kamera kesayangan saya . Lepastu , dia kata saya buta .
Padahal , dia yang jogging sambil balas mesej”,Suhaila membela diri . Ferhad
kembali membahang . Suhaila yang berdiri di sebelahnya dipandang geram .
“Hei , kau yang
buta . Tangkap gambar sampai tak ingat dunia”.
“Masalahnya ,
kamera aku takkan jatuh kalau kau tak main phone masa jogging . Kau yang buta”.
“Okay , berhenti
bergaduh “,ucap Farhana yang putus asa dengan perangai abang dan sahabatnya.
“Korang ni , asal berjumpa je bergaduh .
Kang Ana suruh mama kahwinkan kang baru tahu . Dah , abang pergi balik mama
suruh . Ella , awak ikut saya”,ujar Farhana seraya menarik Suhaila menjauhi
abangnya .
Ferhad memandang
geram Suhaila manakala Suhaila membalas dengan mengacukan penumbuk ke arah
Ferhad . Ferhad mendengus geram . Minta mama kahwinkan . Huh , kalau ayam sewel
tu perempuan terakhir dekat dunia ni pun , aku tak inginlah kahwin dengan
perempuan tak semengah macam tu . Perempuan macam tu nak dibuat bini , memang
kiamatlah dunia .
Suhaila
terpinga-pinga memandang sekeliling ruangan tempat itu . Farhana yang sedang
berakap-cakap sesuatu dengan penjaga kaunter dipandang . Selesai berurusan ,
Farhana terus mengajak Suhaila duduk . Suhaila menggoncang-goncang bahu
sahabatnya .
“Ana , awak bawa
saya dekat mana ni?”soal Suhaila sambil matanya masih ralit melilau memandang
sekeliling kedai . Farhana tersenyum memandang sahabatnya .
“Saya nak make
over awak hari ni’,ucap Farhana sambil membuka sebuah majalah fesyen yang
terletak di rak bersebelahan tempatnya duduk . Suhaila ternganga . Dah mimpi
apa pula Ana ni . Jangan dia nak kahwinkan aku dengan abang dia betul-betul
pula . Tak nak aku . Kalau kena kahwin paksa pun tak apalah , asalkan bukan
dengan manusia tak bertamadun tu .
“Ana , janganlah
kahwinkan saya dengan abang awak . Tak naklah saya . Nanti , hari-hari periuk
belanga terbang”,Suhaila memujuk sahabatnya . Berkerut dahi Farhana memandang
sahabatnya sebelum dia lepas gelak . Suhaila masih lagi membuat muka kesiannya
. Farhana yang gelak sakan langsung tidak mengendahkan rayuan Suhaila .
“Kalau saya
kahwinkan Ella dengan abang saya pun , apa salahnya . Bolehlah Ella jadi kakak
ipar saya”,ujar Farhana selamba .
“Tak naklah ,
Ana . Saya lebih rela kahwin dengan Zul si kasanova tu daripada manusia tak
bertamadun macam abang awak tu”,ujar Suhaila . Berkali-kali Suhail menggeleng
bagi manunjukkan ketidaksudian bersuamikan abang Ferhad . Walaupun telah banyak
kali mereka bertembung dan bergaduh , namun masing-masing tidak mengetahui nama
antara satu dengan yang lain . Mana tidaknya , jumpa je terus bertekak . Nak
berkenalan manalah sempat .
“Ella , mana ada
saya nak kahwinkan awak . Awak dah lupa ke malam ni ada majlis dekat rumah saya
. Majlis sebelum saya pergi London hujung bulan ni . Awak lupa ye ?Sampai hati
awak”,Farhana berpura-pura merajuk . Suhaila menggaru-garu kepalanya yang tidak
gatal . Memang hobi aku agaknya garu kepala ni .
“Saya tak lupa
Ana . Cuma , tak payahlah nak make over saya bagai . Saya pakai jelah baju
blouse dengan jeans . Kan okey tu”,ujar Suhaila . Memang itulah pakaiannya
kalau ada apa-apa majlis . Tak pun , susah-susah pakai je baju kurung . Kan
simple .
“Nope , malam ni
saya nak awak nampak macam Cinderella . Awak tahu tak Ella , awak ni sebenarnya
cantik tau . Cuma awak je sengaja pakai macam orang tak betul ni”,Farhana
membalas .
“Habistu , awak
nak kata saya macam orang tak betullah ni . Merajuklah macam ni”,Suhaila
memalingkan tubuhnya , membelakangkan Farhana . Farhana tersenyum melihat
gelagat sahabatnya . Bahu Suhaila dipegang .
“Alololo ,
merajuk ke sayang . Okeylah , kawan saya dah comel dah . Cuma , kalau touch up
sikit , mesti lagi cantik”,Farhana mencuit hidung Suhaila . Kedua-duanya
tertawa lepas . Hubungan persahabatan yang telah terbina selama Sembilan tahun
membuatkan mereka telah mengenali satu sama lain . Doa mereka , semoga
persahabatan yang dibina berkekalan hingga Jannah . Amin .
Ferhad mengesat
peluh di dahi . Dia kembali masuk ke dalam rumah untuk membantu pekerja
catering mengangkat meja . Kalau ikutkan , mahu sahaja dia berehat melepaskan
lelah setelah penat berjogging pagi tadi . Namun tidak betah pula dia duduk
menjadi pemerhati sedangkan orang lain penat membuat kerja untuk majlis yang
akan diadakan di rumahnya sendiri . Lagipun, mamanya sendiri membantu orang
gaji rumahnya membersihkan ruang tamu.
Ferhad duduk
sebentar di sofa untuk melepaskan lelah . Datin Seri Dahlia menghampiri anak
terunanya yang kelihatan sungguh penat . Sebuah gelas yang berisi air oren
dihulurkan . Ferhad menyambutnya pantas sebelum meneguknya dengan rakus .
Hilang dahaganya . Gelas diletakkan di atas meja .
“Penat anak mama
angkat meja tu?”soal Datin Seri Dahlia berbasa-basi .
“Boleh tahan
penat juga . Dah lama Ad tak buat kerja-kerja berat”,ucap Ferhad sambil
mengelap peluh yang merembes di dahinya .
“Ad , mama nak
tanya ni”,ucap Datin Seri Dahlia sambil menggoncang-goncang lengan anak
terunanya lembut . Ferhad berkalih memandang ibunya di sebelah demi
mendengarkan soalan mamanya .
“Ad bila nak
bawa calon menantu mama jumpa mama?”. Ferhad tersenyum tawar sambil meneguk
liurnya yang serasa kelat tiba-tiba . Ni yang susah ni kalau mama datang .
Mesti tanya pasal bakal menantu dia . Aduh , Ju pula langsung tak dengar khabar
yang dia nak balik Malaysia .
“Ma , bagi Ad
lagi sebulan . Bakal menantu mama tu dia dekat Paris ada kursus . Mama , please
mama”,Ferhad berusaha memujuk Datin Seri Dahlia untuk menangguhkan perjanjian
mereka . Datin Seri Dahlia memandang geram anak terunanya .
“No kompromi .
Kalau betul kekasih Ad betul-betul ikhlas sayangkan Ad , dia akan balik sebab
dia tak nak Ad kahwin dengan orang lain . Lusa adalah penentunya . Kalau Ad tak
bawa mana-mana perempuan jumpa mama , mama akan suruh mana-mana anak kawan mama
kahwin dengan Ad . Muktamad”,ucap Datin Seri Dahlia seraya meninggalkan Ferhad
terkontang-kanting di sofa .
Ferhad lantas
berdiri dan pergi ke kolam renang yang terletak di lama belakang rumahnya . Dia
menarik nafas dalam lalu memeluk tubuh . Terngiang-ngiang lagi kata-kata
mamanya sebentar tadi dan juga apa yang Johari pernah katakan kepadanya dahulu
.
‘No kompromi .
Kalau betul kekasih Ad betul-betul ikhlas sayangkan Ad , dia akan balik sebab
dia tak nak Ad kahwin dengan orang lain’.
‘Kalau betul dia
sayangkan kau , dia akan balik Malaysia sebab dia tak nak kau kahwin dengan
orang lain’.
Ah , kenapa
semua orang cakap benda yang sama?Kenapa semua macam mempersoalkan kasih sayang
Julia kepada aku? Betul ke Julia ikhlas sayangkan aku?Atau , dia cuma sayangkan
aku sebab harta dan rupa aku?
Farhana membantu Suhaila yang
terhuyung-hayang kerana masih belum stabil dengan kasut tumit dua inci yang
dipakainya . Kalau setakat dua inci tak apa juga , ni tumit halus macam batang
lidi kau tahu tak? Memang menyeksa aku betullah kawan aku ni .
“Ana , bagilah
saya pinjam selipar awak . Saya rasa macam nak tumbang je ni . Bila-bila masa
saya yang cantik lagi ayu ni boleh menyembah bumi , awak tahu tak?”ucap Suhaila
dengan wajah kurang selesanya . Yang Farhana ni pula kelihatan sedang
mencari-cari seseorang sedari tadi . Apa aku ni halimunan ke?
“Ella , awak
pergilah duduk dekat kerusi sana tu . Saya nak cari mama kejap”,ujar Farhana
tanpa menunggu lama . Suhaila belum sempat berkata apa-apa , susuk tubuh
Farhana telah hilang daripada pandangan matanya . Suhaila tertinjau-tinjau .
Hish Ana ni , nak aku buat free show tersungkur dekat tengah-tengah dunia agaknya
.
Suhaila tidak
betah berdiri di tengah-tengah orang ramai lama-lama . Sesekali hujung
selendang yang dililtkan ke kepalanya dikibas-kibaskan ke muka bagi
menghilangkan keresahan yang melanda . Tiba-tiba seorang jejaka segak datang
menghampiri Suhaila yang keresahan .
“Hello beautiful
. Sorang je?”soal lelaki itu dengan gentlemannya . Suhaila menjulingkan matanya
ke atas . Nak ngurat aku apa?
“Tak adalah .
Berdua”,jawab Suhaila dengan muka yang sengaja dimaniskan . Dah nampak aku
terkontang-kanting dengan tengah-tengah dunia ni , lagi mau tanya . Jejaka itu
kelihatannya masih mengawal kemachoannya . Sebuah senyuman menggoda diukirkan
buat Suhaila . Fikir macho sangatlah . Abang Farhana lagi hensemlah!
Ops! Terpuji musuh sendiri pula!
Ops! Terpuji musuh sendiri pula!
“Pandai you bergurau
. By the way , I Irfan , anak Datin Zuraidah . I tinggal dekat banglo tepi
gunung tu . You?”ucap Irfan sambil menghulurkan tangannya . Terselit nada
berlagak di sebalik percakapannya . Hello , ingat aku nak terpikat dekat kau ke
bila kau tayang muka bajet macho dengan bila kau beritahu segala aset kekayaan
kau dekat dunia ni . Aku tak hadaplah !
“Suhaila . Maaf
, saya tak salam dengan orang bukan muhrim”,ucap Suhaila tanpa menghiraukan
riak Irfan yang segera menarik tangannya kembali ke dalam kocek seluar yang
dipakainya . Namun , Irfan kembali memberikan sebuah senyuman machonya . Naik
meluat pula Suhaila melihatnya . Hidung je mancung , tapi pipi tersorong-sorong
. Lantak kaulah hidung mancung sedepa ke , ingat aku kisah?!
Ferhad perasan
akan seseorang yang sudah lama tidak dia temui . Pasangan itu dihampiri .
“Irfan”,ucap
Ferhad sebaik dia menghampiri Irfan yang sedang bercakap sesuatu dengan seorang
gadi ayu mengenakan selendang sebagai pengganti tudung . Terbuntang mata
Suhaila demi mendengarkan suara yang datang menegur Irfan . Kenapa aku rasa
suara ni familiar sangat ek?
“Eh , bro . Lama
tak jumpa . Apa khabar?”Mereka berdua berpelukan . Namun , mata Ferhad
tertancap pada gadis yang sedari tadi membelakangkannya .
“Hai , saya
Ferhad”,ujar Ferhad ingin mengenali wanita yang berdiri di sebelah sahabat yang
telah lama tidak ditemui . Maklumlah , mereka berpisah sebaik sahaja tamat
persekolahan mereka dan Irfan telah tinggal di Sarawak mengikut keluarganya .
Kini , baru mereka bertemu kembali .
Suhaila berpusing
setelah meyakini Ferhad bercakap kepadanya . Pandangan Ferhad terpaku memandang
Suhaila yang kelihatan anggun dengan dress biru tua yang tersarung di badan
langsing gadis itu persis seorang model . Namun begitu , penampilan Suhaila
masih lagi menggambarkan ciri-ciri wanita Islam yang sangat menjaga auratnya .
“Suhaila”,ujar
Suhaila , tersenyum tawar . Aduh , Ferhad rupa-rupanya nama abang Farhana ni .
Farhana , tolonglah aku ! Aku tersepit antara dua orang lelaki ni wei !
Farhana yang
bagaikan mengerti perasaan Suhaila menghampiri sahabatnya . Sebuah senyuman
manis diukirkan buat tiga orang yang berada di situ . Farhana menghampiri
Suhaila dan kumpulannya .
“Eh , ini Ana
kan?”soal Irfan mahukan kepastian . Farhana tiba-tiba menunjukkan riak teruja .
“Abang
Irfan?”Farhana pula menyoal . Irfan mengangguk . Terus berubah ceria Farhana .
Suhaila sudah tidak betah berdiri di situ . Yang abang Farhana ni kenapa tak
reti-reti pandang tempat lain . Pandang aku sampai tembus je gayanya . Apa dia
terkejut ke dengar nama aku yang sedap tu?
“Makin cantik
Ana sekarang”,ucap Irfan , jujur . Apa tidaknya , kali terakhir dia berjumpa
Farhana adalah ketika gadis itu masih di Tingkatan dua . Kini , Farhana telah
membesar menjadi seorang anak gadis yang rupawan .
“Eleh , Abang
Irfan pun makin hensem”,Farhana membalas pujian Irfan . Ceh , malu-malu konon ,
Suhaila membuat muka meluatnya .
“Ana , saya
hauslah . Jom pergi sana”,ucap Suhaila seraya menarik tangan Farhana . Sempat
lagi Farhana melambai ke arah Irfan sebelum dibalas Irfan . Ketidakstabilan
yang dirasakan Suhaila sebentar tadi terus hilang serta-merta . Yang dia tahu ,
dia ingin cepat-cepat pergi jauh daripada pandangan maut milik Ferhad . Sejak
bila Ferhad mampu memandangnya lama-lama tidak diketahui . Setahu Suhaila ,
Ferhad pantang melihat mukanya , pasti melenting lelaki itu dibuatnya . Tapi
hari ni , sampai tembus dia boleh pandang . Tak sihat kut!
Beberapa kali
jam di tangan dikerling . Sudah hampir jam 12.00 malam . Dia berjanji dengan
pak long dan mak longnya bahawa dia akan pulang sebelum jam 12.00 dan Raziqah
akan menjemputnya nanti . Aduh , mana Farhana ni . Time-time macam nilah awak
nak hilang , Ana .
Akhirnya ,
terlihat juga Suhaila akan kelibat Farhana yang terkocoh-kocoh menghampirinya .
“Ella , maaf
saya tak dapat hantar awak balik . Saya kena tolong mama kemas rumah sikit .
Raziqah boleh ambil awak kan?”
“Ya sayang .
Saya dah call dia supaya jemput saya”.
Tiba-tiba tubuh
Suhaila dipeluk erat . Suhaila terkaku . Tidak lama kemudian , pelukan Farhana
dibalas . Lama mereka berkeadaan begitu sebelum pelukan dileraikan . Farhana
memandang Suhaila dengan genangan air mata . Tangan Suhaila dipegang .
“Ella , awak
jangan lupa saya tau . Saya nak awak tahu , awaklah kawan terbaik saya . Saya
tak tahulah kalau-kalau saya akan jumpa kawan sebaik awak dekat sana .Saya akan
merindui awak , Ella”,ucap Farhana . Setitis demi setitis air matanya telah
mencemari pipi gebunya . Suhaila turut mengalirkan air mata . Kurang seorang
sahabat yang begitu menyayangi dan memahaminya .
“Saya pun akan
rindukan Ana juga . Ingat , dekat sana jaga diri . Awak kena ingat , dekat mana
pun awak berada awak tetap seorang wanita Islam yang perlu jaga batas-batasnya
. Solat jangan lupa . Jangan gila kerja sangat . Saya doakan awak berjaya dan
semoga awak berjumpa jodoh dekat sana . And , saya nak awak tahu yang saya cuma
bersaya awak dengan Ana je”,Suhaila berseloroh membuatkan Farhana tertawa dalam
sendunya . Farhana menyeka air mata yang mengalir di pipi Suhaila sementara
Suhaila menyeka air mata yang mengalir di pipi Farhana .
“Ish awak ni ,
saya sedih dia bergurau pula . Saya pun doakan awak berjaya dan cepat-cepat
jumpa jodoh . Dan semoga jodoh awak ialah abang saya . Boleh awak jadi kakak
ipar saya”,ucap Farhana . Bahu Farhana dipukul geram . Apa pula doakan aku
kahwin dengan manusia tak bertamadun tu . Hish , minta simpang . Janganlah
mulut kau masin , Ana!
“Dahlah Ana ,
saya nak balik ni . Awak jangan lupa e-mel saya tau . Saya sayang awak”,ucap
Suhaila sebelum tubuh Farhana kembali dipeluk erat . Pelukan dileraikan .
“Bye Ella . Saya
sayang awak juga”,ucap Farhana lirih .
Perlahan-lahan
Suhaila melangkah keluar . Selamat tinggal sahabatku . Semoga persahabatan yang
kita bina selama empat tahun akan berkekalan sampai Jannah .
Suhaila
menanggalkan kasut tumit tinggi yang dihadiahkan Farhana kepadanya . Ya Allah ,
aku dah bebas dari seksaan kasut ni . Suhaila berkaki ayam berjalan ke kerusi
yang terletak di laman rumah Farhana . Besar kut rumah Farhana . Memang 10 kali
ganda rumah Pak Long ni !
Sedang asyik
Suhaila berjalan , sebuah kereta menderum laju di sebelahnya membuatkan air
bertakung yang dilanggar kereta itu terpercik ke arahnya . Suhaila kebasahan .
Kasut yang berada di tangannya tidak semena-mena dibaling ke arah kereta itu .
“Woi,
hati-hatilah sikit!”teriak Suhaila . Ferhad yang terdengar bunyi sesuatu
menghentam keretanya terus berhenti . Dia turun dan bergerak ke bonet keretanya
. Sebuah kasut tumut tinggi elok terjatuh di belakang keretanya . Suhaila
menggigit bibir bawahnya . Aduh , bijaknya tindakan aku . Hadiah Farhana tu
kut!
Ferhad
membelek-belek kasut berwarna putih yang berada di tangannya . Senyuman sinis
dilemparkan ke arah Suhaila yang kelihatan berbalam-balam dengan cahaya lampu
rumahnya . Suhaila menyedari ada sesuatu yang ingin lelaki itu lakukan
terhadapnya .
“I’ll take this
sebagai ganti rugi calar kereta aku”,ucap Ferhad seraya terus masuk ke dalam
kereta sebelum sempat Suhaila membalas . Kereta Ferhad menderum laju . Suhaila
berlari-lari anak mengejar kereta Ferhad . Namun apakan daya , kelajuan kereta
adalah berkali-kali ganda daripada kelajuan manusia . Suhaila mengeluh berat .
Tidak lama
kemudia , sebuah kereta myvi hitam berhenti di hadapannya . Raziqah menurunkan
cermin kereta . Suhaila berjalan geram ke tempat duduk pemandu . Sepanjang
perjalanan , tidak sudah-sudah Suhaila menyumpah seranah Ferhad di dalam hati .
Ferhad termenung di balkoni bilik .
Dia baru sahaja pulang dari bertemu Johari . Dia baru teringat untuk
memulangkan semula laptop sahabatnya . Dia terpaksa meminjam laptop Johari
kerana laptopnya sedang dibaiki di kedai .
Ferhad masuk ke
dalam biliknya lalu duduk di birai katil . Kaut milik Suhaila diambil dari
bawah katil . Ferhad tersenyum sendiri . Pertama kali dia melihat Suhaila
anggun berpakaian sebegitu dan baru dia sedar bahawa Suhaila memiliki rupa
paras yang menawan . Solekan yang tidak berapa tebal menyerlahkan lagi keaslian
wajah polosnya . Dan , itulah pertama kali dia dapat tahu nama gadis yang
selalu digelarnya ayam sewel itu .
Huh Ferhad ,
macam mana kau boleh teringatkan ayam sewel tu . Ferhad menggeleng-geleng .
Kasut milik Suhaila kembali diletakkan di bawah katilnya . Ferhad berbaring
berbantalkan lengannya sebelum tidak lama kemudian sebuah dengkuran halus
kedengaran .
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!