Kayuhan basikal dilajukan.Haisy, dah lambat dah ni.Dah nak
mula kuliah dah.Macam manalah boleh terlajak tidur.Ni semua Mr Richard punya
pasallah ni, bagi assignment panjang-panjang.Dah terlajak tidur.Kalau aku pergi
kolej naik jet pejuang tak apa jugak, ni dahlah naik basikal.Waktu first dengan
Puan Ainon pulak tu.Memang tak lah kan, omel Khairina berjela-jela.
Khairina merupakan seorang pelajar kolej yang satu-satunya
menaiki basikal.Yelah kan, mak kerja cikgu.Ayah pulak kerja tentera.Lagipun,
rumah dekat apa.5 km je.Berbasikal kan dapat membakar kalori di dalam badan.
Basikal diparkirkan di tempat meletak motosikal.Kalau
diperhatikan, semuanya MOTOR.Nampaknya, aku jelah yang terpinggir ni.Walau
kelam-kabut macam mana pun, Khairina tetap mengunci basikalnya agar tidak
dicuri.Manalah tahu, ada makhluk tuhan yang berkenan dengan basikal aku yang
cantik ni.Kalau dah terdesak, basikal pun boleh jadi.
Khairina
menoleh ke kiri dan kanan.Setelah meyakini bahawa tiada kenderaan akan melalui
jalan tersebut, Khairina mengatur langkah menyeberangi jalan ke dewan kuliah.
Sebaik sahaja separuh jalan;
Pin!!
Sebuah kereta meluncur laju.Nasib baiklah pemandu kereta
tersebut sempat membrek kereta miliknya.Kalau tak, maunya aku mati syahid dekat
sini.Yelah, mati kerana mahu menuntut ilmu kan antara yang tersenarai dalam
mati syahid, seperti kata Ustazah Raudah dulu.
Siku yang
luka dibelek seketika.Adoi, habis berdarah siku aku.
“Woi, buta ke?”jerit pemuda di dalam kereta.Khairina
memandang geram.Aku yang buta ke, dia yang membabi buta.Bawak kereta macam
bawak jet pejuang.Nak bunuh orang apa?
Khairina bangun daripada duduknya.Dia berdiri di hadapan
kereta itu sambil berpeluk tubuh.Lantaklah, lambat ke tak lambat ke, yang pasti
pemuda tersebut harus meminta maaf kepadanya.
“Tepilah, aku dah lambat ni”,jerit pemuda itu
lantang.Khairina hanya mentulikan telinga.
Hanif menepuk dahi.Ish minah ni, dahlah buta, pekak pulak
tu.
Hon kereta ditekan berkali-kali.Namun, Khairina masih tidak
mahu berganjak.Mahu tidak mahu, terpaksa juga Hanif turun dari keretanya.Tubuh
Khairina ditolak ke tepi.Hampir terjatuh Khairina dibuatnya.
Hanif kembali masuk ke dalam kereta sebelum meninggalkan
Khairina terkulat-kulat keseorangan.Siaplah kau kalau aku jumpa nanti, teriak
Khairina di dalam hati.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Bebelan Puan
Ainon membuai-buai di telinga Khairina.Boleh cair taik telinga aku lama-lama
macam ni.Memang tak bengang pun kena bebel dekat depan ni.Ni semua mamat tadi
punya pasal.Dah langgar orang bukannya nak minta maaf.Lagi dia sakitkan hati
aku adalah, tak bertamadun punya manusia .
“Khairina, awak dengar ke tak apa yang saya cakap ni?”soal
Puan Ainon tiba-tiba.
Khairina tersedar dari lamunannya.
“Tak…”,Khairina menjawab persis selepas baru mengelamun.Puan
Ainon membuntangkan matanya memandang
Khairina.
Setelah beberapa detik, barulah Khairina tersedar daripada
‘mamainya’.
“De…dengar puan”,Khairina gugup seketika.Walaupun di mulut
kata dengar, kepala pula menggeleng.Satu bilik itu dipenuhi dengan tawa isi
dewan.
“Duduk”,tegas Puan Ainon memberi arahan.Dalam perjalanan
Khairina ke tempat duduknya, pintu dewan kedengaran seperti diketuk.Tanpa
menghiraukan empunya badan di hadapan pintu, Alisa terus berjalan lalu
menghempaskan tubuhnya di atas kerusi.Nasib baiklah badan tu kecik, kalau tak
maunya roboh dewan kuliah tu.
“Wei, asal lambat huh?”soal si busy body, Jannah.Khairina
mencebir bibir.Penyibuk betullah.
“Accident”,jawab Khairina seringkas mungkin.Walaupun malas,
aku tetap jujur tau.
Tiba-tiba;
“Perhatian semua,hari ni kita akan terima seorang student
baru.Sila perkenalkan diri awak”,ujar Puan Ainon.
Suasana dewan yang hingar-bingar sementara tadi senyap
tiba-tiba.Semua mata tertumpu ke arah jejaka yang sedang berdiri di sebelah
Puan Ainon.Terdengar suara-suar sumbang memuji kekacakkan lelaki itu.
Khairina tidak melepaskan peluang memerhatikan wajah pemuda
itu.Dialah yang…
“Assalamualaikum.Nama saya Muhammad Hanif Hanafi.Saya
merupakan exchange student dari Melbourne University, Australia.Saya bertukar
ke sini atas urusan keluarga.That’s all about me”,terang Hanif.Satu-persatu
wajah diperhatikan.Semuanya tidak dikenali, kecuali…
“Hanif, awak pergi duduk di sebelah Khairina.Lagi satu, lain
kali jangan lambat lagi.Ni bukan Australia, ni Malaysia”,sindir Puan
Ainon.Sempat lagi tu nak memberikan ‘kata-kata semangat’ dia.Hanif hanya
tersenyum sebelum bergerak ke kerusi di sebelah Khairina.
Khairina berganjak ke kanan sedikit.Macamlah dia tengah
duduk atas sofa.
“Rupa-rupanya, kaulah minah sengal pagi tadi tu.Nama kau
Khairina rupa-rupanya”,ucap Hanif sinis sambil mengeluarkan buku nota dari beg
sandangnya.
“Kau pun apa kurangnya, manusia tak bertamadun”, Khairina
pula membalas pedas.Perbuatan Hanif terhenti seketika.Wajah Khairina yang
sedang leka menyalin nota dipandang geram.Pen yang ada di tangan Khairina
diambil.
“Bagi baliklah pen aku”,jerit Khairina lantang.Semua mata
tertumpu ke arah Khairina dan Hanif.Khairina menutup mulutnya.Macam manalah
boleh terkuat pulak ni.
Reaksi Puan Ainon begitu mengerikan.Bagai singa yang sedang
kelaparan.
“Khairina, Hanif, please pay attention in my class.Khairina,
pack your things and sit beside Intan.Now”,tegas arahan Puan Ainon bagaikan
seorang Laftenan mengarahkan anak-anak buahnya.
Satu-persatu barang dimasukkan ke dalam beg dengan perasaan
geram.Pen di tangan Hanif dirampas kasar dengan jelingan maut yang
membunuh.Hanif menyembunyikan tawanya.Padan muka kau!
Puan Ainon kembali kepada alamnya kembali.Khairina
mendongkol geram.Mood untuk belajar hilang serta-merta.Kalu ikutkan, nak je aku
bunuh mamat tu.Nasib baiklah Malaysia ni ada undang-undang Kanun Keseksaan Akta
574.
Wajah Hanif dipandang bengis.Hanif menunjukkan thumbs down
kepada Khairina .Kertas di buku notanya dikoyakkan, digumpal menjadi seperti
bola, dan dibaling kepada Hanif.Hanif hanya tertawa mengejek.Khairina mengetap
gignya.Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari aku balas.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Basikalnya dikayuh perlahan . Buat apa bawa basikal
laju-laju . Baru pukul 2.00 petang . Rumah aku bukannya jauh mana . Tak sampai
separuh jalan dia mengayuh , tiba-tiba ;
Splash!
Khairina mendengus geram . Apahal pula nak cari pasal dengan
aku petang-petang ni . Buang tebiat apa . Tahu tak siapa yang cari pasal .
“Eh , kau Khairina . Sorry , tak perasan”,selamba sungguh
Hanif bersuara sebaik sahaja dia turun dari kereta .
“Kau ni kenapa?Dari pagi tadi kau cari pasal dengan aku .
Kau nak apa?”marah Khairina . Apasal ek suka cari pasal dengan aku .
“Suka akulah . Nak cari pasal ke , cari makan ke . Bukan hal
kau”,Hanif membalas dengan muka selambanya . Geramnya aku . Macam nak kena
cekik je mamat depan aku ni . Ingat dia bagus sangatlah .
“Dah tak ada lopak lain ke nak langgar pun”, marah Khairina
lagi .
“Tak ada kot . Aku tengok , lopak ni je yang sesuai untuk
aku langgar , aku pun langgarlah . Sorry ye awak . Saya balik dulu”,seraya
Hanif masuk semula ke dalam keretanya .
Khairina mendongkol geram . Kasut yang dipakainya dibaling
ke arah kereta Hanif . Elok je kasut tu landing atas bumbung kereta mamat tu .
Hanif ketawa kelucuan . Baliklah kau dengan kaki ayam . Haha
! Kejam sungguh .
Terhincut-hincut Khairina mendapatkan basikalnya . Nak
kenakan Hanif tu , aku yang terkena .
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Air dikacau-kacau
dengan straw dengan geram . Malas betul aku nak datang kuliah hari ni . Buat
sakit hati je aku tengok muka mamat tu . Geramnya!
“Hei , Ina . Kasut baru ke . Apasal kasut kau yang semalam
tu?”tegur Intan yang duduk di hadapan meja makan Khairina .
Khairina mendengus geram . Ni semua mamat tu punya pasal .
Tak pasal-pasal mak aku bebel dekat aku .
“Ehm , ehm , kasut baru ye wak”,tegur satu suara yang begitu
dibenci Khairina . Terus Khairina berdiri dan berpusing memandang jejaka di
hadapannya .
“Kau nak apa?”soal Khairina garang .
“Aku rasa kau ada tertinggal sesuatu atas bumbung kereta aku
. Bukan kau kot orangnya”,ucap Hanif seraya mempromosi kasut Khairina .
“Sesiapa ada tertinggal kasut atas bumbung kereta saya , sila berjumpa saya .
Kalau berminat nak beli pun , 5 ringgit”, jerit Hanif .
Semua mata sudah tertumpu pada Hanif dan Khairina . Khairina
kebengangan , terus sahaja dia merampas kasut yang berada di tangan Hanif itu .
Siapa je tak kenal kasut dia .
“Oh , kasut kau rupanya . Ingat bukan “,ucap Hanif selamba .
Khairina sudah berpeluk tubuh sambil bibirnya dicebikkan .
“Fikir comel sangat buat muka macam tu”,tegur Hanif .
Sebenarnya , memang comel pun .
“Sebab comellah saya buat”,ucap Khairina . Beg sandangnya
disandang ke bahu .
“Intan , jom blah”,ucap Khairina seraya meninggalkan Hanif
yang tersenyum kemenangan .
Semua mata masih tertumpu pada Khairina .
“Apa pandang-pandang?”Amboi , garangnya .
Masing-masing kalut mengalihkan pandangan .
“Awak , jangan garang-garang sangat wak . Nanti tak
laku”,teriak Hanif dari jauh .
Dengan muka geram , Khairina berjalan sambil membawa kasut
yang baru diambilnya daripada Hanif .
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Tubuhnya dihempaskan di atas kerusi.Tudung masih lagi
tersarung di kepalanya.Menurut ibunya, nanti bakal suami aku nak hantar
barang.Nak tahu tak macam mana aku boleh dapat bakal suami, ini semua mak
dengan abah punya pasallah ni . Main kata ye je orang datang meminang.Balik-balik
je kata, ‘Tadi ada orang datang meminang kamu’.Aku tanyalah, ‘Mak dengan abah
terima tak’.Dan dengan bahagianya diorang jawab ‘mestilah terima’.Apa lagi,
terus aku menepuk dahi.Dunia aku rasa macam sedang berputar-putar je tahu tak.
Sekarang ni, aku tengah menunggu bakal suami aku yang mak dengan
abah berkenan sangat.Nak tengok jugak, hensem sangat ke macam yang mak dengan
abah cakap tu.Baik sangat ke macam yang mak dengan abah promote tu.
Tiba-tiba;
Ting tong!
Dengan malasnya, Khairina membuka pintu.Mak dengan abah
awal-awal lagi dah pesan suruh buka pintu kalau ada orang datang.
Pintu dibuka.Terjegul muka yang amat dia kenali.
“Kau!”,ucap mereka serentak.Puan Hajar dan Encik Kamal
keluar ke ruang tamu.
Mata mereka bertatapan lama sambil jari telunjuk mereka
dihala ke arah orang yang berdiri di hadapan mereka.
Mak dengan abah ni biar betul.Manusia tak bertamadun macam
ni ke yang mak dengan abah kata baik tu.Okey, hensem tu memanglah hensem.
“Mak, abah, ni ke lelaki yang akan jadi suami Ina
nanti?”Khairina mahukan kepastian.Manalah tahu kalau kebetulan je.
“Ha, nilah dia bakal suami kamu”,ucap Puan Hajar,bahagia.
Khairina menghampiri mak dan abahnya.
“Mak , abah, Ina tak naklah kahwin dengan manusia tak
bertamadun macam dia”,ucap Khairina separuh merayu.
“Isy kamu ni, kecik hati Hanif nanti.Nif, masuklah
dulu”,Encik Kamal menjemput Hanif masuk ke dalam.
“Tak apalah pak cik,
saya nak hantar barang je”,ucap Hanif
sopan.Pintu ditutup.Kelibat Hanif akhirnya hilang dari pandangan mereka tiga
beranak.
Khairina seperti mahu menangis.Takkanlah dia yang akan jadi
suami aku!!!
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Setelah yakin tiada
yang melalui kawasan itu, barulah Khairina turun dari kereta.Hanif yang berdiri
di pintu kereta, sudah berkali-kali mengerling jam di tangan.Dah macam
pendatang asinglah pulak minah seekor ni.
Tudung di kepala dirapi-rapikan di cermin sisi kereta.Cun!
“Apasal lambat sangat kau keluar kereta”,marah Hanif.
“Hello Encik Hanif, saya tak nak ada orang tahu status
saya.Jatuhlah saham saya”,ucap Khairina kegedikkan.Meluat Hanif
dibuatnya.Kadang-kadang brutal, sekarang ni dah terlebih gediklah pulak.
“Puan Khairina, kau fikir kau tu lawa sangat nak
bersaham-saham ni.Eei, menyampahlah”,Hanif kegelian.
Mata Khairina membuntang.Kalau korang nak tahu, aku dapat
title ‘puan’ ni dah nak dekat sebulan dah.Tak payah nak terkejut sangat.
“Hei, asal sebut puan tu kuat-kuat.Orang dengarlah
nanti”,marah Khairina.
Dengan muka toyanya, Hanif berlalu meninggalkan Khairina.Membebellah
sorang-sorang.Aku penat.
Khairina menghentak-hentak kakinya kegeraman.Main tinggal
je!
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Perlahan-lahan Khairina berjalan di kaki lima.Masih
terbayang-bayang lagi aksi manja Amir dengan Hani.Hati Khairina tersayat pedih.Mereka
berdua adalah rakan sekolah, sejak dari sekolah rendah lagi.Tanpa Amir sedari,
hati Khairina sudah lama terpaut padanya.Amir langsung tidak melayannya setelah
dia tahu status keluarga Khairina yang biasa-biasa sahaja.Tak macam dirinya,
anak seorang usahawan.Aku ni Cuma anak cikgu dangan tentera je.
Khairina duduk di tempat duduk sebelah pemandu.Hanif
mengerling jam di tangan.Minah ni buang air besar ke tadi.
“Apasal lambat”,tegang Hanif bertanya.
Khairina hanya membatukan diri.Dia tidak ada mood mahu
bercakap.
“Kau ni pekak ke bisu?”soal Hanif pedas.Khairina masih
mengumpulkan kesabarannya.Dia takut dia akan menengking Hanif.Walau apapun
terjadi, Hanif tetap suaminya yang harus dia hormati.
“Aku tanya kau jawablah”,suara Hanif mula meninggi.
“Yang kau ni kenapa.Apa hak kau aku tak nak jawab pun.Yang
kau nak sibuk apasal”,tengking Khairina tiba-tiba.Pintu kereta dibuka sebelum
dia keluar dari perut kereta.
Punggungnya dilabuhkan di sebuah kerusi batu berhampiran
dengan taman mini berdekatan dengan universiti mereka.Hanif turut menyertai Khairina apabila
mendapati air mata Khairina mulai tumpah.Punggungnya dilabuhkan bersebelahan
gadis itu.
Sapu tangan dihulurkan buat si gadis.
“Dah, jangan menangis,Aku tak marah pun”,Hanif cuba memujuk
walaupun dia langsung tidak pakar dalam bab pujuk-memujuk ni.
Khairina mengesat air matanya.
“Kenapa kau nangis?Takkanlah kau menangis sebab kena marah
dengan aku.Biasanya, ada je benda yang kau nak jawab bila aku marah kau”,ucap
Hanif.
Khairina terdiam seketika.
“Aku minta maaf sebab aku tengking kau tadi.Aku tak
bermaksud untuk derhaka, aku cuma tertekan.Tertekan dengan permainan hidup
aku”.Lain ditanya, lain yang dijawab.Hanif hanya mendiamkan diri, agar gadis
itu lebih tenang.
Suasana sepi buat beberapa saat.Tiba-tiba;
“Aku menangis sebab
seorang lelaki yang bernama Amir”,ucap Khairina jujur.Aku kena luahkan jugak,
aku dah tak tahan.
Mata Hanif membuntang memandang Khairina.
“Aku suka dia.Dari zaman sekolah lagi”,sambung Khairina
lagi.
Hanif terkedu.Kenapa aku cemburu pulak ni?
“Aku nampak dia dengan Hani tadi.Hati aku sakit sangat.Dia
langsung tak pernah layan aku, kenapa dia boleh layan Hani”,Hati Khairina sebak
tiba-tiba.
Air mata diseka.Khairina bangun sebelum tangannya dipegang
oleh Hanif.
Mata mereka bertatapan lama.Ina, kau fahamilah bahawa aku
cemburu mendengar luahan hatimu.Kau fahamilah yang aku tak mahu air matamu
mengalir lesu.Kau fahamilah, yang aku amat menyayangimu.
Khairina bagai dapat mengesan kata-kata dari mata Hanif.Dia
cuba menyelami hati jejaka itu, namun segalanya samar-samar.
“Aku nak cakp…”,
Khairina menanti dengan kesabaran.
“Jangan menangis lagi.Muka kau buruk bila menangis”,itu yang
terkeluar dari bibirnya.Hanif mengeluh lemah.
“Ye ke, aku rasa aku dah cukup comel bila menangis.Betul
tak?”sifat keanak-anakan Khairina muncul kembali.
Hanif tersenyum melihat tawa halus
Khairina.Sekurang-kurangnya dia dah berhenti menangis.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Kewujudan sepasang
kasut bertumit tinggi di hadapan rumah
memeranjatkan mereka berdua.Pintu rumah dibuka.Keadaan sekeliling
diperhatikan.Tak ada benda yang hilang.
“Nif, kereta siapa ek depan tu.Nak kata kereta aku, aku mana
ada kereta.Takkanlah papa dengan mama nak buat surprise bagi kereta dekat
aku.Tak mungkinlah”,Khairina membuat andaiannya sendiri.Hanif meletakkan jari
telunjukknya di bibirnya, menyuruh Khairina senyap.Khairina terdiam
serta-merta.
Kelihatan makanan tengah hari terhidang di atas meja.Siapa
pulak yang masak ni?
“Ha, dah balik pun adik kakak”,tegur satu suara.Secara
drastiknya mereka berpaling.
“Kak Wani”,teriak Khairina kesukaan.Tubuh kakaknya dipeluk
lama.Yelah, kakaknya itu sudah 2 tahun menetap di London mengikut suaminya ke
sana.
“Kenapa datang sini tak cakap?Mana Abang Am dengan
Irsyad.Diorang tak ikut ke?”soal Khairina ramah.
“Kakak saja je nak buat surprise.Abang Am ada seminar dekat
KL seminggu, tu yang akak ikut sekali datang Malaysia.Irsyad duduk dengan abah
dengan mak.Kakak datang ni tumpang tidur dua malam.Tak apa kan?”pinta Kak Wani.
Khairina memandang Hanif mahukan kepastian.
“By the way, ni ke suami kamu?”soal Kak Wani tiba-tiba.
Khairina hanya tersenyum sambil mengangguk.
“Hanif”,Hanif bersalaman dengan kakak iparnya sebagai tanda
perkenalan.
“Hensem betul suami kamu”,puji Kak Wani.Hanif tersenyum
bangga.
“Akak, jangan puji lebih.Nanti kembang dia lebih”,Khairina
menghasut Kak Wani.Tengoklah tu, kembang semacam je gayanya.Tak payah nak
berlagak sangatlah kan.
Kak Wani hanya menggeleng-gelengkan kepala.
“Ina, akak tidur dekat bilik yang sebelah tandas tu
tau”,jelas Kak Wani.
Khairina tersenyum paksa.Nampak sangatlah yang aku kena
tidur satu bilik dengan Hanif.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Katil dipandang
lama.Takkanlah aku kena tidur sekatil dengan Hanif.Takkan, takkan.Kalau dia
ambil kesempatan dekat aku macam mana.Hurm, apa-apa pun, baik aku mandi dulu,
fikir Khairina.
Tuala dicapai sebelum masuk ke dalam bilik air.
Selesai sahaja memanjakan diri di bawah pancuran air,
Khairina hanya berkemban keluar dari bilik air.
Khairina terkaku seketika.Kelihatannya, Hanif sedang memerhatikan
dirinya yang sedang berkemban itu.
“Hanif, pandang belakang”,arah Khairina.Hanif
tersedar.Melihat keadaan Khairina sebegitu membuatkan hati lelakinya berdetak
hebat.
Pantas sahaja Khairina mengambil semua pakaiannya dan terus
masuk ke bilik air.Tak pasal-pasal Hanif
ambil kesempatan nanti.Tak nak aku.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Khairina sudah lama dibuai mimpi di atas katil.Hanif
langsung tidak dapat melelapkan mata.Apa puncanya, tidak tahu.Hanif menghampiri
Khairina yang sedang lena.Dia tersenyum sendiri.Comelnya Khairina masa tengah
tidur, puji Hanif.Anak rambut gadis itu diusap perlahan.
Hatinya tiba-tiba berdebar-debar.Tangannya dilarikan pula
untuk mengusap pipi isterinya.Lembut dan halus, tiada sebarang cela.Dia akui,
Khairina amat cantik dengan gayanya yang tersendiri.
Tanpa disedari, dia sudah berbaring di sebelah Khairina.Dahi
isterinya itu dikucup tanpa dia sedari hinggalah matanya terlelap di sebelah si
gadis yang telah mencuri hati lelakinya.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Mata yang
dipaksa juga terbuka.Tak pasal-pasal terlajak tiudr macam haritu.Mau taknya
cair taik telinga aku.Tapi…kenapa tangan aku panas semacam je ni.
Mata Khairina terbuntang luas.Takkanlah…
Tangannya direntap kasar.Hanif terpisat-pisat bangun.Dah
kenapa pulak minah ni nak bertaekwando pagi-pagi ni.
“Kau buat apa huh dekat aku?”soal Khairina garang sambil
memeluk erat gebar bagi menutupi seluruh badannya.
“Entah.Cubalah kau tengok.Kalau kau masih berbaju, untunglah
kau.Kalau tak berbaju tu, rezeki akulah kot
malam tadi”,selamba Hanif membalas sambil mencapai tuala di gantungan.Pintu
bilik air dibuka sebelum kembali ditutup sementara Khairina galak memerhati
setiap inci tubuhnya.
Nampaknya, baju yang sama, Khairina tersenyum
sendirian.Jelaslah kini, Hanif bukannya seorang yang suka mengambil kesempatan.
Kepala Hanif terjegul di muka pintu bilik air.Khairina
mengalihkan mukanya dari memandang Hanif.Malulah tu dah tuduh orang
macam-macam!
“Macam mana, cukup”,sindir Hanif.
Tanpa disedari, satu bantal melayang laju ke arahnya.Tu
mesti kerja Khairina lah tu!
Hanif tertawa kuat di dalam bilik air.Bahagia rasa hatinya
melihat hubungan mereka yang semakin mesra.Semoga, perkahwinan mereka akan
berkekalan hingga ke akhir hayat.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Hubungan Khairina dan Hanif semakin rapat.Sedar tak sedar,
sudah dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.Tiada siapa yang tahu tentang
status mereka.Pandai simpan rahsia ye.
Buku di tangan dibelek lama.Khairina tersenyum lagi, persis
orang yang sedang angau.Angau ke aku?!
Tanpa disedari, buku di tangannya direntap kasar.Khairina
mendongak memandang orang di hadapannya.
Amir!
Tapi, bukan dia seorang je.Hani pun turut serta.
“A…Amir.Apa awak buat dekat sini?”Khairina gugup.
“Hei, aku dengar kau suka dekat pakwe aku.Betul ke?”soal Hani
straight to the point.Amir hanya memandang dengan pandangan yang menyampah.
Khairina terkedu.Macam mana diorang boleh tahu?
Semua mata tertumpu menonton adegan sebabak mereka.
“Apasal kau diam.Jawablah”,terjah Hani sambil melemparkan
buku ke arah Khairina.Sakit dada Khairina diperlakukan sebegitu.
Khairina hanya menggigit bibir.Apa yang aku nak jawab ni?
“Hei, perempuan.Aku bagi warning dekat kau sekali lagi, aku
tak suka kau, malah aku benci kau.Kau tak layak untuk aku.Aku tahu, kau minat
dekat aku sejak sekolah menengah lagi.Cermin diri kau sikit.Tengok keluarga aku
siapa.Aku anak orang kaya, kau tu, anak orang biasa-biasa je”,ucap Amir
lantang.Khairina hanya menunduk.Air matanya mengalir lesu.
“Hei perempuan, kau dengar tak?”tengking Hani pula.
Khairina mendongak.Bibirnya digagahkan untuk tersenyum.Aku
harus bela nama baik keluarga aku.
“Oh, ye ke macam tu.Saya minta maaflah sebab ada perasaan
pada awak.Saya tak minta pun untuk suka awak, tapi dah takdir saya tak boleh
halang.Kalau saya tahu perangai awak macam ni, saya tak akan pernah menyukai
awak, saya jamin”,lembut nada suaranya tidak menggambarkan getar di
hatinya.Sebak di dada ditahan agar tidak nyata di hadapan Amir.
Amir dan Hani terkedu melihat ketenangan Khairina.
“Ada apa dengan status Amir, Hani.Boleh bawa masuk syurga
ke.Dekat dunia ni, kita semua sama je di sisi Allah.Tak ada bezanya kaya dengan
miskin tu.Yang berbeza hanyalah amalan dan takwa je.Jadi, korang berdua tak ada
hak nak hina keluarga saya.”,tegas Khairina dengan nada suara yang kian
meninggi.
Amir dan Hani kedua-duanya terkedu.
“Sekali lagi saya minta maaf kalau perasaan saya ni telah
membuat hubungan korang berdua renggang atau hancur”,beg digalas kasar ke
bahu.Jelingan maut dihadiahkan buat mereka berdua.
Langkahnya diatur kemas.Aku kena selesaikan perkara ni
dengan Hanif.
Hanif kelihatannya sedang rancak berborak dengan Haikal,
rakan karibnya.
Lengan Hanif ditarik kasar.Hanif yang terkejut dengan
tindakan Khairina hampir terjatuh.
“Hei Hanif, apa kau dah cakap dekat diorang, huh?”tengking
Khairina.Semua mata tertumpu ke arah
mereka berdua.
“Kejap-kejap.Siapa yang kau maksudkan ni?Aku tak
fahamlah”,Hanif cuba menenangkan hati isterinya.
“Eei, tolonglah.Jangan buat-buat tak faham.Memang tujuan kau
kan nak buat aku malu.Kau berdendam dengan aku kan”,terjah Khairina sekali
lagi.Hatinya penuh dengan lahar yang membuak-buak mahu keluar.
Hanif terdiam melihat kemarahan Khairina.Mana pernah
Khairina marah macam ni.
“Sukalah kau bila Hani dengan Amir hina aku.Aku tak pernah
berdendam dengan kau, tapi kenapa kau hebohkan tentang perasaan aku pada orang
lain.Aku percayakan kau, tapi kau dah mengkhianati aku”,suara Khairina semakin
mengendur.Mata orang sekeliling masih tertumpu ke arah mereka.
Hanif terkedu.Bila masa aku bagitahu semua orang ni?!
Khairina sudah mengatur satu langkah ke hadapan untuk
meninggalkan Hanif.Tanpa disedari, pantas sahaja Hanif memegang tangan
Khairina.
Pandangan orang sekeliling tidak dia hiraukan.Kau tak boleh
pergi Khairina.
“Sumpah, Ina, aku tak pernah bagitahu sesiapa.Aku…”.
“Enough, tak perlu bermain dengan sumpah kalau apa yang kau
kata tu just mainan bibir je.Kau penipu.Sebab kau, Amir dengan Hani hina
keluarga aku.Amir semakin benci dekat aku”,Lahar kemarahan Khairina semakin
membuak-buak.
“Tak, Ina.Aku…”.
“Sudah, cukup.Mulai hari ni, tak payah hantar dan ambil aku
lagi.Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Sekarang, lepaskan tangan aku”,ucap
Khairina perlahan.
Tangan yang berada dalam genggamannya serasa berat Hanif
mahu lepaskan.Seandainya kau tahu Ina, aku sayangkan kau.Kenapa kau berharap
pada yang membenci.Aku ada untuk kau!
“Lepaskan tangan aku”,suara Khairina menunggu.Hanif tersedar
dari lamunannya.
Tangan Khairina perlahan-lahan dilepaskan.Mata Hanif sudah
memerah.Lantaklah apa yang mereka semua kata, aku dah tak kisah.Aku sayangkan
kau Khairina!
“Baiklah, kalau itu yang kau nak.Aku akan turutkan.Cuma, aku
berdoa kita akan kembali seperti sediakala nanti”,Hanif terus berlalu
meninggalkan Khairina sendirian.Setitik air mata lelakinya gugur mengalir di
pipi.
Khairina terpaku sendirian.Terngiang-ngiang lagi ucapan
terakhir Hanif.‘Cuma, aku berdoa kita akan kembali seperti sediakala nanti’.Apa
maksud dia?Bukankah kita saling membenci?
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
3 bulan
kemudian…
Sekeliling kafe diperhatikan lama.Mana Ina ni, desis hati
kecil Hanif.
Nak tahu tak kenapa Hanif tunggu Khairina.Bukan hari ni je,
dah tiga bulan, sejak Khairina ambil keputusan untuk tinggal dengan aku.Kenal
tak siapa aku?Akulah, Intan.Cuma aku sorang je tahu hubungan Hanif dengan
Khairina.
Selalu aku perhatikan Hanif.Ingat aku tak nampak ke dia
jelling-jeling Khairina.Rindu binilah tu.
Kelibat Khairina melintas di hadapan Hanif.Surat khabar di
tangan diangkat setinggi mungkin.Nak coverlah tu.
“Apasal lambat?”Intan berpura-pura tidak Nampak Khairina.
“Sorry, aku jumpa Puan Ainon tadi.Almaklumlah, jadi student
‘favorite’, nak buat macam mana”,Khairina tersenyum manis.Hanif yang memerhati
terpaku seketika dengan senyuman si gadis.
“Hmm, untunglah”,Intan menggeleng-gelengkan kepala.Ada je
masalah Khairina dengan Puan Ainon ni.Suka sangat cari pasal dengan ‘burung
murai’ yang satu tu.
“Cepatlah, kata nak pergi Pesta Buku.Jomlah”,Khairina sudah
tidak sabar-sabar mahu ke pesta buku.Mengumpul novel adalah hobiku, siapa tak
tahu.
“Hmm, kau tunggu dalam kereta.Aku nak pergi ladies
kejap”.Khairina mengangguk seraya bangun dari duduknya.
Sebaik sahaja Khairina melintasi meja Hanif, cepat-cepat
Hanif menutup mukanya dengan surat khabar.
Intan mengambil
kesempatan itu untuk menegur.
“Ehem, ehem”,kedengaran satu suara berdehem.Hanif
mendongakkan mukanya.Ingat ke polis datang
sebab aku skodeng anak dara orang, rupa-rupanya Intan.
“Hmm, dah puas tengok bini?”soal Intan, straight to the
point.
Hanif kalut seketika.Mana dia tahu.
“Ma…mana ada.Kebetulan je kot”,Hanif memandang ke arah
lain.Dia takut kalau Intan tahu tentang aktivitinya sepanjang tiga bulan
itu.Habislah kalau Intan tahu.
“Ye ke kebetulan, takkanlah selama tiga bulan ni asyik
kebetulan je.Jujur jelah dengan aku, aku dah lama perhatikan kau”,ujar Intan,
cuba memujuk Hanif membocorkan rahsianya.
Hanif kembali memandang Intan.
“Jadi, kau dah tahulah ye?”Hanif mahukan kepastian.
Intan mengangguk laju.Riak muka Hanif berubah serta-merta .
“Intan, aku merayu pada kau, tolong jangan bagitahu
Khairina.Aku takut, lepas ni dia marah-marah aku lagi.Aku dah tak sanggup,
Tan.Aku sayang dia”,pengakuan Hanif itu menyentuh hati perempuan Intan.Sayang
betul Hanif dekat Khairina ye.
“Okey, aku akan tolong kau.Lepas ni, kau ikut kitorang pergi
pesta buku.Kau tolong bayarkan, okey.Kita mulakan perlahan-lahan .Aku akan
tolong kau”,bahu Hanif ditepuk perlahan.Seraya Intan bangun dari duduknya.
Pantas sahaja Hanif mengenakan cermin mata hitamnya dan
bergerak ke kereta.
“Apasal lama sangat?”soal Khairina di dalam kereta.
“Buang air besar”,ringkas jawapan Intan sebelum dia
memulakan pemanduan.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Buku-buku di rak sangat menarik perhatian Khairina dan
Intan.Semua pelusuk kedai diperhatikan mereka.Ruangan novel menjadi pilihan
mereka berdua.
“Intan, macam best je buku ni.Aku nak belilah”,ujar Khairina
kegirangan.
Intan menggeleng melihat telatah rakannya.Kalau dah jumpa
novel, terus gian minah ni.
“Belilah Ina, asal kau bahagia”,balas Intan sambil mengambil
buku yang terletak bersebelahan dengan novel yang Alisa pilih.
Telefon bimbit dicapai dari poket seluar jeansnya.Jaraknya
dijarakkan sedikit dari Khairina yang sedang galak membaca sinopsis novel yang
dipilihnya.
Semuanya RM32.30 , Nif
Telefon bimbit Hanif bergetar menandakan ada mesej masuk.Intan!
Mahal gila!
Apasal mahal sangat
Mesej daripada Hanif dibaca.Intan tersenyum menunjukkan giginya.
Campur dengan aku
punyalah.Hihi.=p
Hanif menggeleng-geleng.Menangguk di air keroh betul.
Hurm, patutlah pun.Tapi, tak apa,
disebabkan kau dah tolong aku, aku belanja.=)
Intan ketawa kegembiraan.Nilah untungnya kalau jadi orang
tengah.Rezeki jangan ditolak, ma..
“Intan, jom kita bayar”,tegur Khairina.Telefon bimbit di tangan
terus dimasukkan ke dalam poket.
“Jom”,seraya Intan mengikut Khairina ke kaunter pembayaran.
Dompet telah dikeluarkan dari poket.Not RM50 dihulurkan. Tapi;
“Kak,tadi ada sorang abang
ni dah bayarkan”,ujar seorang remaja yang berada di kaunter pembayaran.
“Dah bayarkan?Adik salah orang kot”,ujar Khairina.Intan cuba
menyembunyikan tawanya.Haraplah Khairina tak Nampak.
“Tapi tadi dia tunjuk dekat akak”,jelas remaja itu lagi.
Khairina hanya tersenyum kehairanan.Dia nak buat amal jariah
kot, itu sahaja yang terlintas di benak Khairina.
“Terima kasih dik…”,
“Kak, ni ada nota untuk akak”,panggil remaja itu lagi.
Dengan teragak-agak Khairina menyambut huluran remaja itu.
Di dalam kereta, nota yang berlipat kemas itu dibuka, lalu
di baca.
Enjoy your book.I always by your side, dear.
-Mr.Nobody-
“Ehem, ehem, secret admirer ke”,tegur Intan di sebelah.
Khairina hanya tersenyum tawar.Siapalah agaknya yang belanja aku
dangan Intan tadi.Tulisan ni, macam aku kenal.Tak mungkin…
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Gambar di tangan, dibelek satu-persatu.Hanif tersenyum menatap
gambar di tangannya.Semuanya gambar Khairina.Gambarnya berduaan dengan Khairina
di selitkan di dalam buku notanya.Semoga gambar ni akan mengubati rindu aku
pada kau Khairina.
…….
Beg diletakkan di atas kerusi.Badannya disandar lesu ke
kerusi.Penat je aku cari Hanif, rupa-rupanya dia tak datang.Kenapa lah agaknya
Hanif tak datang?
Tiba-tiba, Khairina terperasankan sepucuk sampul surat di bawah
mejanya.Sampul surat itu diambil, lalu dibuka.
Terdapat beberapa keping gambar di dalamnya.Semua ni gambar aku,
desis hati Khairina.
Satu keping gambar begitu mencuit hati Khairina.Ni gambar yang aku
ambil sendiri dengan kamera…
“Takkanlah…”,ucap Khairina seraya memandang ke belakang, melihat
di tempat duduk Hanif.
Takkanlah nota-nota yang sebelum ni, Hanif yang bagi, desis hati
kecil Khairina.
Sekeping nota dikeluarkan dari sampul berwarna putih itu.
Gambar-gambar ini merupakan segala
kenangan
Kita yang telah mengubat rinduku padamu.
Semoga kenangan kita tersemat kukuh di
fikiran Mu.
-Hanif-
Tiba-tiba telefon bimbit Khairina bergetar.Telefon bimbitnya
dikeluarkan dari beg sandangnya.
Khairina, saya minta tolong
sangat dekat awak.Saya tak larat ni.Tolong datang ke rumah.Saya perlukan awak.
Telefon bimbitnya disimpan kembali ke dalam beg.Hanif, tunggu saya
datang.
Khairina berlari ke pagar.Sebuah teksi ditahan sebelum diarahkan
bergerak ke rumah Hanif.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Pintu rumah dibuka.Nasib baiklah mama bagi kunci pendua rumah
Hanif, kalau tak, tak tahulah macam mana aku nak masuk.
Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, kelihatan sesusuk tubuh suaminya
sedang berbaring lesu di atas sofa.
Dahi Hanif disentuh perlahan membuatkan Hanif terjaga.
“Maaf, ganggu tidur awak”,ucap Khairina.
Hanif tersenyum memandang Khairina.
“Awak sihat?”soal Hanif.
Khairina tersenyum geli hati.Dia yang sakit, dia boleh tanya aku
sihat ke tak.
“Sihat”,jawab Khairina sepatah.
“Hanif, saya pergi buat bubur, awak tidurlah dulu”,seraya Khairina
menuju ke dapur.Hatinya belas melihat keadaan Hanif yang tidak terurus itu.
Hanif tersenyum sebelum dia kembali melelapkan mata.Mimpi yang
indah-indah ye!
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Khairina membantu suaminya duduk agar mudah untuk dia menyuapkan
Hanif makan.Sadikit-sedikit bubur disuakan ke dalam mulut Hanif.Akhirnya, habis
juga bubur yang dibuatnya.
Kemudian, Khairina membantu Hanif untuk minum air pula.Sayang
betul!
Belum sempat lagi Khairina mengangkat cawan dan mengkuk, kedua-dua
belah bahunya tiba-tiba dipegang Hanif.
Mata mereka bertatapan lama.
Bahasa mata masing-masing member isyarat cinta walaupun
masing-masing buat tidak faham.
“Thank you for everything,Khairina.Thank you for the happiness you
gave, thank you for the missness you gave, thank you for the sadness you gave
and…”,Hanif berjeda seketika.Jantung Khairina berdetak hebat.
“Thank you for this love feeling you gave”,ucap Hanif dekat ke
telinga Khairina.
Bibir Khairina diketap.Dia…cintakan aku ke.
“Awak, tak rasa apa yang saya rasa ke?”soal Hanif perlahan.
Setitik air mata jatuh ke pipi.
“Betul apa yang awak cakap, saya tak rasa apa yang awak
rasa.Cuma…”
Jantung Hanif bagaikan berhenti berdegup.Nampaknya, usaha aku
selama ni sia-sialah.
“Thank you for the happiness you had, thank you for the miss you
had, thank you for the sadness you had,thank you for the love you had for me,
and…”.
“I love you, too”,ucap Khairina perlahan.
Bunga-bunga cinta kembali memutik di dalam hati Hanif.
“Betul ke?”Hanif bertanya lagi.
“Tak betullah.Nak saya tarik balik ke?”Khairina cuba bergurau.
Pantas sahaja tubuh si gadis yang berada di hadapannya dipeluk
erat.Pelukan itu dibalas Khairina.
“Thank you, love”,ucap Hanif di tepi telingan Khairina.
“Your welcome”,Khairina membalas.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Meja makan sudah siap dikemas.Nak tahu sebab apa?Hari ni birthday
Hanif, suamiku yang tersayang.Hehe.
Disebabkan terlalu penat, Khairina masuk ke bilik lebih awal.Hanif
pula masih mencuci pinggan di dapur.
Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.Kepalanya pening.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.
“Sayang..”,tegur Hanif.
Khairina memberikan senyuman semanis mungkin buat suaminya.
“Sayang tak tidur lagi?”Hanif melabuhkan punggung di sisi
isterinya.Alhamdulillah, hubungan mereka sudah baik seperti pasangan suami
isteri yang lain.
“Tunggu abang”,lembut Khairina membalas.
Hanif hanya tersenyum bahagia.Dia bahagia telah mendapat isteri
yang sebaik Khairin.Khairina begitu sempurna di matanya.
“Abang, maaf bagi hadiah lambat.Ina nak jadi orang yang terakhir
bagi abang hadiah”,seraya Khairina menghulurkan sekotak kecil yang berbalut
kemas.
Tiba-tiba tekaknya meloya.Dia berlari ke sinki di dalam bilik air.
Hanif mengurut-urut belakang tubuh Khairina.
“Sayang okey tak?”Hanif bertanya risau.Memang sejak kebelakangan
ini Khairina kelihatan kurang bermaya.
“Abang, bukalah hadiah yang Ina bagi.Please”,Khairina bersuara
setelah berkumur-kumur.
Hanif hanya menurut.
Sebaik sahaja dibuka, kelihatan Pregnancy Test Kit di dalamnya.
Hanif melihatnya dengan debaran di dada.
“Sayang, sayang mengandung?”soal Hanif kegembiraan.
Khairina mengangguk kebahagiaan apabila melihat senyuman manis di
bibir suaminya.Tanpa disedari, tubuhnya dipeluk erat.Bahagia kini sudah berada
di pihak mereka.Doanya, semoga hubungan mereka akan berkekalan hingga ke akhir
hayat, dan insya-Allah, biar sampai syurga.
-Tamat-
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
p/s:Maaf kalau cerita ni terlalu serabut atau jalan ceritanya
pendek.Ini adalah cerpen saya yang pertama.Harap semua puas hati dengan karya
sulung saya ni.Komen anda semua amat saya hargai.Tinggalkanlah satu dua kata
yang boleh memperbaik penulisan saya.tq
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!