Ah ,
kenapa perempuan tu yang jadi pilihan
ibu . Selubung sana , selubung sini , tak ada life langsung . Mesti aku kena
gelak lah dengan member-member aku . Argh , stress ! laung Fakhri di dalam hatinya . Hatinya langsung
tidak berminat untuk menyertai ahli keluarganya yang sedang asyik berborak
dengan ‘isterinya’ . What ! Isteri . No , aku tak akan terima dia sebagai
isteri aku . Dia tu kolot . Bertudung konon . rimas aku tengok .
Perlahan-lahan pintu dibuka dari luar . Fakhri mengeluh .
Minah kolot tulah agaknya .
Lea menghampiri suaminya yang sedang duduk di birai katil .
Hairan juga apabila suaminya tidak menyertai mereka di bawah . Fakhri langsung tidak berkalih untuk
memandang isterinya yang masih dalam persalinan perkahwinan mereka .
“Assalamualaikum , abang . Abang tak tidur lagi?”sapa Lea
lembut . Sejak dia sah menjadi isteri kepada lelaki ini , dia bertekad untuk
menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya . Dia sudah berjanji
untuk menempatkan arwah ibunya di syurga dengan kebajikan yang dia lakukan
terhadap suaminya .
Fakhri jadi meluat sebaik mendengar suara lembut milik
isterinya . Suara lembut itu umpama halilintar yang mampu memecahkan gegendang
telinganya . Tanpa memandang wajah isterinya , Iskandar bingkas berdiri .
“Aku nak cakap sikit dengan kau”,tegas suara itu di
pendengaran Lea . Tanpa bantahan Lea duduk di birai katil .
“Abang nak cakap apa?”soal Lea lembut setelah lama Fakhri
membisu . Belakang tubuh suaminya dipandang lama menantikan jawapan .
Seraya Fakhri berpaling . Terkesima Lea seketika . Baru kini
dia dapat meneliti raut wajah suaminya yang tampan . Alhamdulillah , Allah
telah mengurniakan aku seorang suami yang sempurna fizikalnya . Sementara itu ,
Fakhri merenung tajam ke dalam mata isterinya yang sedang duduk memerhatikannya
. Fakhri langsung tidak dapat melihat wajah isterinya yang terlindung di
sebalik purdah yang dipakainya .
“First , stop calling ‘abang’ . Annoying tahu tak”,Fakhri memulakan
bicara . Suaranya sengaja ditekankan agar kedengaran tegas di pendengaran Lea .
Lea terkedu . Mengapa suaminya perlu mempersoalkan panggilan hormatnya kepada
Fakhri , suaminya yang sah .
“Tapi abang , Lea kena panggil suami Lea dengan panggilan tu
sebagai tanda hormat Lea pada abang”,ujar Lea lembut . Walaupun hatinya gentar
dengan ketegasan Fakhri , tapi dia harus menegakkan tindakan yang dilakukannya
. Lea tetap dengan pendiriannya . Walau apa pun yang akan terjadi , Lea tetap
akan memanggil Fakhri dengan panggilan abang !
“Nurul Iman Azalea , do you hear what I told you just now?
If I said I don’t want you to call me ‘abang’ , so you must obey it .
Faham?”suara Fakhri sedikit meninggi . Lea menelan liur . Ketegangan yang
sengaja dicipta oleh suaminya membuatkan dia kecut perut . Lea sekadar
mengangguk tanpa sebarang suara keluar
dari ulas bibirnya .
“Next , aku nak kau tahu yang aku benci kau sangat-sangat .
That’s the main point yang kau perlu sematkan dalam kepala otak kau sampai kau
mampus”,ucap Fakhri sambil menunjal kepala Lea yang masih berbalut tudung .
Lea tergamam . Mengapa lelaki ni tiba-tiba melafazkan benci
sebaik mereka diijabkabulkan ? Mengapa Fakhri tidak menolak perkahwinan mereka
kalau dia membenci? Nampaknya , nasibnya telah terletak dalam genggaman seorang
suami yang membencinya . Hati Lea bagaikan ditoreh dengan belati sebaik
mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir suaminya .
“And , bila aku benci kau , that’s mean aku benci setiap apa
yang ada pada kau . Dan kau kena ingat , selagi kau serumah dengan aku , jangan
kau berani-berani nak tunjuk muka kau tu dekat aku . Aku meluat nak tengok muka
kau , dan aku nak kau berpurdah dalam rumah ni”,Fakhri menyambung sebaik
melihat kebisuan Lea . Lea sekadar menunduk , membina benteng kesabaran
setinggi mungkin menerima setiap kata hinaan daripada suaminya .
Fakhri tersenyum melihat Lea yang sedang menunduk . Sengaja
dia mendekatkan bibirnya di sebelah telinga Lea .
“Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau nak kahwin dengan
aku sebab bapak kau hasut kau kan? Huh , orang kampung macam kau dengan bapak
kau semua sama je . Ambil kesempatan atas kesenangan orang lain”,bisik Fakhri
rapat di telinga kanan isterinya . Empangan air mata yang dibina Lea runtuh
juga akhirnya . Setitis demi setitis air mata Lea gugur menimpa lantai bilik .
Fakhri tersenyum puas apabila melihat air mata Lea kerana itu bermakna dia
telah berjaya melukai hati isterinya dengan luka yang paling dalam .
Tanpa sebarang pamitan , Fakhri meninggalkan isterinya keseorangan
di dalam bilik dengan linangan air mata . Ah , perempuan yang suka mengambil
kesempatan atas kesenangan orang lain macam tu memang patut dilayan sebegitu
rupa . Huh , perempuan murah !
********************
Lea mengelap peluh di dahi . Panas terik pada hari itu begitu menduga kesabaran Lea . Fakhri telah menyuruh Lea membasuh keretanya , sedangkan boleh sahaja Fakhri menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta . Jika dikira dari segi kewangan , Fakhri sudah lebih daripada mampu . Apalah sangat sekadar RM15.00 sekali cucian . Fakhri memang sengaja menyeksa hidup Lea . Sudah 3 bulan perkara sebegini berlarutan . Namun begitu , Lea tetap menurut walaupun hatinya sering dilukai kerana dia tidak mahu arwah ibunya diseksa kerana dia menderhaka kepada suaminya .
Lea mengelap peluh di dahi . Panas terik pada hari itu begitu menduga kesabaran Lea . Fakhri telah menyuruh Lea membasuh keretanya , sedangkan boleh sahaja Fakhri menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta . Jika dikira dari segi kewangan , Fakhri sudah lebih daripada mampu . Apalah sangat sekadar RM15.00 sekali cucian . Fakhri memang sengaja menyeksa hidup Lea . Sudah 3 bulan perkara sebegini berlarutan . Namun begitu , Lea tetap menurut walaupun hatinya sering dilukai kerana dia tidak mahu arwah ibunya diseksa kerana dia menderhaka kepada suaminya .
Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi sebuah kereta di
parkir di hadapan rumahnya . Lea berpaling untuk melihat siapa gerangannya .
Kelihatan Fakhri turun daripada kereta itu dari tempat penumpang manakala
seorang wanita seksi sedang berjalan menghampiri Fakhri . Mereka berlaga-laga
pipi sebelum berpelukan . Lea mengalihkan pandangannya . Lea beristighfar di
dalam hati .
Kedengaran pintu pagar dibuka . Tiba-tiba , dua ekor kucing
berkejaran melompat ke atas kereta
Fakhri yang sudah siap dicuci . Akibat daripada pijakan kucing itu , kereta
Fakhri dilumuri lumpur dan sedikit calar .
Sebaik kereta wanita tadi berlalu , Fakhri telihat sesuatu
tompokan berwarna coklat di atas keretanya . Fakhri dengan pantas menghampiri
Lea yang sedang berada dalam kekalutan .
“Woi , apa kau dah buat dekat kereta aku?”Fakhri bertanya
kasar . Tubuh Lea ditolak sehingga gadis itu jatuh terduduk . Lea mengerang
kesakitan .
“Bu…bukan saya bang , tadi a… ada kucing…”,ucap Lea gugup ,
namun belum sempat Lea menghabiskan ayatnya , Fakhri mencelah .
“Kau ingat kereta ni bapak kau punya ke . Eei , sedarlah
sikit . Kereta ni mahal kau tahu tak? Kau boleh ganti ? Kau boleh bayar calar
yang ada pada kereta aku ni ? Dasar tak boleh harap”, ucap Fikhri seraya
mengangkat sebaldi air sabun yang digunakan Lea untuk mencuci kereta . Air
sabun itu kemudian dijirus ke atas kepala Lea .
“Puas hati aku”,ucap Fakhri sinis seraya masuk ke dalam
rumah . Lea teresak-esak menahan tangis . Sampai hati Fakhri melayannya
sebegini . Apa salah saya pada awak Fakhri? Kenapa awak sangat membenci saya
Fakhri walaupun saya isteri awak ? Betapa sakitnya apabila dibenci suami
sendiri , rintih Lea di dalam hati dengan sendu yang berpanjangan .
***********
“Assalamualaikum”,ucap Lea dari luar . Tiada balasan .
Sekali lagi Lea memberi salam beserta ketukan di pintu . Tidak lama selepas itu
, muncul Mak Ngah yang sedang tersenyum memandang Lea .
“Waalaikumsalam”,ucap Mak Ngah seraya membuka pagar bagi
membenarkan Lea masuk . Lea segera menyalami mak ngahnya yang telah dianggap
macam ibu sendiri .
“Ibu sihat?”soal Lea mesra .
“Alhamdulillah , sihat . Ni Lea ni , mak ngah tengok makin
kurus ni . Diet ke?”soal Mak Ngah ingin tahu . Wajah Lea yang sedikit pucat
juga menggusarkan hati tuanya .
“Penat sikit mak ngah . Maklumlah , dah jadi isteri
orang”,Lea cuba menyembunyikan kerapuhan rumah tangganya . Dia tidak mahu
sesiapa risau akannya .
“Mak ngah ,ayah ada?”ujar Lea , kembali ke tujuan asalnya
iaitu mahu berjumpa dengan ayahnya . Ayahnya telah 8 tahun tinggal di rumah mak
ngahnya sebaik ayahnya lumpuh kesan daripada kemalangan. Ibunya pula telah meninggal dunia ketika dia
berumur 1 tahun kerana sakit kanser pancreas .
Mak Ngah mempelawa Lea masuk . Lea dibawa ke bilik yang
menempatkan ayahnya . Ayahnya kelihatan sedang nyenyak tidur di atas tilam yang
dibentang di atas lantai .
“Assalamualaikum , abah”,ucap Lea hormat . Pak Hasan
berpisat-pisat bangun . Pak Hasan meraba-raba mencari tangan anaknya .
“Abah apa khabar , sihat?”ucap Lea sambil menyalami tangan
ayahnya . Kemudian , Pak Hasan mengucup ubun-ubun kepala anaknya . Sudah lama
anaknya tidak datang menjenguknya semenjak anaknya bernikah dengan anak sahabat
baiknya . Bahagiakah anaknya ini?
“Abah sihat , Lea . Lea kenapa ni , Lea sedih semacam je ni?”Pak Hasan mengusap-usap pipi Lea seolah-olah memujuk . Walaupun dia tidak dapat melihat dengan mata kasarnya , tapi dia dapat melihat dengan mata hati . Mengikut telahannya , Lea sedang mengalami tekanan perasaan . Ya allah , lindungilah anakku daripada manusia-manusia yang ingin menganiayanya .
“Abah sihat , Lea . Lea kenapa ni , Lea sedih semacam je ni?”Pak Hasan mengusap-usap pipi Lea seolah-olah memujuk . Walaupun dia tidak dapat melihat dengan mata kasarnya , tapi dia dapat melihat dengan mata hati . Mengikut telahannya , Lea sedang mengalami tekanan perasaan . Ya allah , lindungilah anakku daripada manusia-manusia yang ingin menganiayanya .
Lea tersentak . Dia sudah agak yang ayahnya akan dapat
menebak apa yang tersirat di hatinya . Takkan dia mahu menceritakan perkara
yang berlaku sepanjang kehidupan rumah
tangganya dengan Fakhri . Dia risau kesihatan ayahnya terganggu dek kerana
risau akannya .
“Lea okey je abah . Lea cuma rindu dekat abah je . Maaf abah
tak dapat jenguk abah , Abang Fakhri busy . Baru hari ni dia dapat hantar Lea”.
Banyak kali Lea memohon maaf di dalam hati kepada ayahnya kerana membohongi orang
tuanya . Hakikatnya , hari itu Lea terpaksa keluar secara senyap-senyap tanpa
pengetahuan suaminya . Semenjak berkahwin , Fakhri langsung tidak membenarkan
dia keluar ke mana-mana . Dia berani keluar pada hari itu pun kerana Fakhri
outstation dan hanya akan pulang pada esok hari
.
“Tak apa , abah faham . Anak abah yang cantik ni kan dah
jadi isteri orang , jadi tak bolehlah Lea keluar sesuka hati lagi”,ucap Pak
Hasan sambil mengusap-usap kepala anaknya . Walaupun dia telah disahkan buta 8
tahun lalu , namun dia yakin anaknya membesar menjadi seorang gadis yang cantik
.
Air mata yang hampir gugur ditahan . Lea terus duduk di
sebelah ayahnya sambil memeluk pinggang ayahnya , erat . Pelbagai cerita yang
Lea kongsikan kepada ayahnya . Rasa rindu yang menggunung hilang serta-merta
diganti dengan rasa bahagia berada di samping orang yang amat disayanginya .
*********
Saat pintu rumah dibuka , keadaan rumah gelap-gelita .
Sebaik mengunci pintu , belum sempat suis ruang tamu dibuka , ruang tamu rumah
itu telah terang-benderang . Lea menelan liur . Adakah suaminya sudah pulang
lebih awal daripada yang sepatutnya . Lea berpaling . Dia dapat melihat
suaminya sedang memandangnya dengan pandangan yang bengis .
Fakhri
terkaku seketika . Melihat wajah isterinya buat pertama kali setelah 3 bulan
mereka bernikah membuatkannya terpukau . Lea lebih cantik dari apa yang
dibayangkan , dan Lea cantik dengan keaslian wajahnya yang tidak dicalit
sebarang solekan seperti wanita yang lain yang pernah dia kenal dulu . Namun ,
satu perasaan halus yang cuba mencuri masuk ditepis segera . Dia tidak mahu
jatuh cinta dengan wanita di hadapannya .
“Kau dari mana?”soal Fakhri kasar sambil menghampiri
isterinya yang sedang memandangnya dengan pandangan ketakutan . Lea tahu apa yang
bakal diterimanya jika arahan lelaki ini dilanggar .
“Sa…saya baru balik dari jumpa ayah”,ucap Lea cuba menerangkan
perkara yang sebenar .
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi mulus Lea . Lea jatuh terduduk
. Tidak semena-mena air matanya gugur . Pipinya terasa pijar . Dia dapat
rasakan ada cecair likat yang mengalir dari hujung bibirnya . Lea mengusap-usap
pipinya yang sakit .
Tanpa sebarang ehsan , Fakhri mencengkam pula dagu isterinya
. Lea mengerang kesakitan .
“Hei , aku dah warning kau awal-awal kan . Jangan keluar
rumah tanpa izin aku . Kau faham tak?” jerkah Fakhri . Air mata yang mengalir
dari tubir mata Lea langsung tidak meraih simpatinya , sebaliknya dia rasa
gembira melihat air mata itu semakin galak keluar .
“Saya minta maaf . Saya cuma rindu dekat abah . Saya janji
saya tak buat lagi . Sakit , bang”,rayu Lea . Fakhri sekadar tersenyum sinis
sebagai balasan .
“Rindu tak rindu . Mulai saat ni , aku akan kunci rumah ni
dari luar . Aku akan pastikan kau takkan dapat keluar dari rumah ni sesuka hati
lagi . Faham?!”terus kepala isterinya dilepaskan kasar . Lea yang sedang
terhinjut-hinjut bahu menghamburkan tangis ditinggalkan keseorangan di ruang
tamu .
*************
Lea duduk menanti suaminya di ruang tamu . Jam sudah
menunjukkan pukul 2 pagi , namun kelibat Fakhri langsung tidak kelihatan . Lea
mengambil keputusan untuk menelefon suaminya . Walaupun dia tidak dilayan
selayaknya seorang isteri , namun dia langsung tidak pernah melupakan
tanggungjawabnya sebagai seorang isteri . Lea masuk ke dalam biliknya untuk
mengambil telefon bimbit . Tudung dan purdah yang dipakai ditanggalkan .
Belum
sempat Lea mendail nombor telefon bimbit Fakhri , pintu rumah telah diketuk
bertalu-talu. Hasrat untuk memakai semula tudung dan purdahnya terpaksa diabaikan dek jeritan Fakhri yang bagaikan
orang sasau memanggilnya untuk membuka pintu .
Pintu dibuka . Bau arak kuat menerjah rongga hidungnya sebaik pintu dibuka .
“Lembab”,ucap Fakhri sambil terhuyung-hayang masuk . Tubuh
Lea yang sedang mengunci pintu ditolak kasar . Nasib baik Lea sempat
mengimbangi tubuhnya .
Lea mengejar suaminya untuk membantu suaminya berjalan
mendaki tangga . Lea memapah Fakhri sehingga ke bilik suaminya itu . Fakhri
dibaringkan di atas katil . Dengan pantas , Lea mengambil tuala kecil seraya
masuk ke bilik air untuk mengambil segayung air untuk mengelap wajah suaminya
agar Fakhri lebih segar .
Wajah suaminya yang sedang memejamkan mata dilap . Beberapa
kali Lea beristighfar di dalam hati mengenangkan suaminya telah meneguk air yang
diharamkan Allah itu . Bau arak yang masih melekat pada badan suaminya kuat
mengganggu deria bau hidungnya .
Selesai mengelap wajah suaminya , Lea berura-ura untuk
bangun . Belum sempat Lea berdiri , serasa ada tangan yang memegang lengannya .
Lea terkaku . Jantungnya berdegup kencang . Risau dia jika Fakhri memarahinya
kerana tidak bertudung dan berpurdah seperti selalu . Desah nafas Fakhri serasa
hangat menampar-nampar pipi mulusnya . Beberapa kali Lea menelan liur .
“Kau tahu tak , kau nampak cantik sangat malam ni . Baru aku
sedar , rupa-rupanya dalam rumah ni ada perempuan cantik macam kau”,rambut Lea
dibelai-belai . Lea memejamkan matanya . Dengan beraninya , Fakhri memusingkan
badan Lea agar memandangnya . Lea membuka mata . Dia dapat melihat jelas wajah
Fakhri yang semakin hampir dengannya . Akhirnya bibir mereka bertaut . Dengan
rela hati , Lea melaksanakan tanggungjawabnya yang satu itu sebagai seorang
isteri .
**************
Kepala
Fakhri serasa memberat . Kepalanya berdenyut-denyut . Fakhri seraya duduk .
Keadaan bilik dipandang . Sejak bila pula aku sampai rumah ni , fikir Fakhri .
Setahunya , dia sedang duduk berborak-borak dengan Sally , wanita yang baru
dikenalinya selama sebulan . Namun , tiba-tiba sahaja kepalanya pusing sebaik
meminum air yang diberi oleh Sally .
Tubuh Lea yang bergerak mengiring memandangnya membuatkan
Fakhri melihat ke sebelah . Alangkah terkejutnya Fakhri apabila melihat seorang
wanita yang berselubung dengan selimut sedang berbaring di sebelahnya . Wajah
itu diamati . Tak mungkin Lea .
Tubuhnya dibelek . Keadaannya yang tidak berbaju dan Lea
yang sedang berselubung di sebalik gebar menyedarkan Fakhri . Kepala Fakhri
tiba-tiba sakit . Terlayar segala insinden yang berlaku semalam . Tak mungkin !
Wajah Lea yang masih lena tidur dipandang lama .
Satu-persatu milik isterinya ditilik . Kening yang elok terbentuk , hidung yang
sedikit mancung , bibir yang merekah kemerah-merahan dan dagu yang berlekuk
menyerlahkan kecantikan semula jadi milik isterinya . Inilah kali kedua Fakhri
dapat melihat wajah isterinya yang selama ini terlindung di sebalik purdah .
Rambut Lea yang ikal itu kembali mengocak naluri lelakinya . Wajah Fakhri
semakin mendekati wajah isterinya . Dia teringin sekali untuk memagut bibir
merah itu . Fakhri lantas tersedar . Dia tidak boleh lalai . Aku tak boleh
mencintai wanita seperti ini , akal Fakhri menegah .
Fakhri bingkas bangun . Baju miliknya dikutip sebelum dia
berlalu ke bilik air , meninggalkan Lea yang masih lena .
***************
Sekeping
roti diambil lalu disapu dengan kaya . Sebaik melihat suaminya turun dari
tingkat atas dengan lengkap berkemeja , Lea pantas menuangkan air kopi buat
suaminya . Kerusi ditarik dan beg bimbit suaminya diletak di kerusi bersebelahan
.
“Abang , minum”,ucap Lea sambil menghulurkan secawan kopi
gula . Fakhri menyambut dingin .
“Aku nak minta maaf pasal semalam”,ucap Fakhri mendatar .
Lea memandang suaminya hairan . Pertama kali mendengar suaminya memohon maaf .
“Semalam?Kenapa?”soal Lea hairan . Dia tahu apa yang Fakhri
maksudkan , namun Fakhri tidak sebarusnya memohon maaf kerana itu adalah
tanggungjawab mereka sebagai suami isteri .
“Perkara semalam tak sepatutnya berlaku . Kita tak saling
mencintai . Aku tak mencintai kau dan aku yakin kau juga terpaksa merelakan
sebab kau terhimpit dengan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri”,ucap
Fakhri sambil memandang tajam kearah Lea . Bergenang air mata Lea . Ya allah ,
khabarkanlah kepada suamiku bahawa aku telah lama menyerahkan hatiku kepadanya
. Perkara semalam itu berlaku dengan kerelaanku , dengan hatiku yang ikhlas
mencintainya , suamiku .
Fakhri bingkas bangun . Dompetnya dikeluarkan . 4 keping not
RM50 dikeluarkan sebelum diletakkan di atas meja makan .
“Ni bayaran untuk kau semalam”,ucap Fakhri seraya berlalu
pergi . Menitis jua air mata Lea . Tubuh Fakhri yang semakin hilang dari
pandangannya dipandang sayu .
Lea terduduk di atas kerusi . 4 keping not RM50 dipandang
sepi . Betapa murahnya nilai cintaku di mata suamiku ya Allah . Kau tiupkanlah
ketabahan dalam jiwakau sepertimana nabi Ayub yang tabah menghadapi setiap
dugaanMu , ya Allah .
*************
Pintu rumah dibuka . Ruang tamu kelihatan gelap-gelita .
Sebaik pintu dikunci, Fakhri bergegas naik ke atas . Dia ingin melepaskan lelah
selepas seharian penat bekerja . Namun , saat melintasi bilik yang dihuni Lea ,
Fakhri berasa terpanggil untuk menjenguk isterinya dari ruang pintu yang
sedikit terbuka . Kelihatan Lea yang sedang bertelekung menadah tangan memohon
doa .
“Ya Allah ya tuhanku , kau ampunkanlah dosaku dan dosa
kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku
sejak aku kecil . Ya allah yang Maha Penyayang , kau tempatkanlah roh ibuku
dalam kalangan orang-orang yang beriman . Pertemukanlah aku dengannya di syurga
kelak .
Ya allah , kau bukakanlah pintu hati suamiku untuk
menerimaku sebagai bidadari di hatinya . Khabarkanlah kepadanya betapa telah
lama aku menyerahkan hatiku kepadanya . Khabarkanlah kepadanya betapa aku amat
mencintainya selayaknya seorang suami . Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku
menjadi bidadari di syurga buatnya ya Allah . Kekalkanlah rasa cintaku untuknya
sampai Jannah . Kau peliharalah suamiku daripada sebarang godaan duniawi . Ya
Allah , makbulkanlah doaku , tuhan yang Maha pengasih dan penyayang”.
Pintu bilik
Lea dirapatkan . Hati Fakhri bagaikan dihempap batu besar yang membebankan . Perlahan-lahan
Fakhri berjalan meninggalkan bilik isterinya . Doa yang dipohon oleh Lea
betul-betul menyentuh ke dasar hatinya . Sedarlah dia kini bahawa Lea
mencintainya selayaknya sebagai seorang suami walaupun telah banyak seksaan
yang diterima oleh Lea .
*************
Lea
menghampiri suaminya di singki yang sedang meluahkan segala isi perutnya .
Belakang tubuh suaminya diusap-usap bagi membantu suaminya . Segelas air
dihulurkan buat Fakhri . Fakhri meneguk air tersebut dengan rakus . Kasihan Lea
melihat suaminya yang kerap kali muntah-muntah sejak kebelakangan ini . Apabila
diajak ke klinik , mentah-mentah Fakhri menolak .
Lea membantu suaminya bergerak ke katil . Fakhri dibaringkan
ke atas katil . Dahi suaminya dirasa dengan belakang tapak tangan . Panas!
Patutlah wajah Fakhri kelihatan pucat . Lea bergegas ke bilik air untuk
mengambil segayung air dan sehelai tuala kering . Tuala itu dibasahkan sebelum
diletakkan ke atas dahi suaminya .
Nombor telefon doktor peribadi keluarga Fakhri didail .
Tidak sampai beberapa minit , Doktor Nizam akhirnya tiba .
“Fakhri , boleh bagitahu saya sejak bila awak muntah-muntah?”soal
Doktor Nizam sambil memeriksa tekanan darah Fakhri .
“Dah nak hampir seminggu
. Badan saya pula lemah semacam je doktor . Kenapa ya?”soal Fakhri ,
lemah . Mendengar penjelasan Fakhri , Doktor Nizam tersenyum .
“Saya rasa Encik Fakhri tak lama lagi akan menjadi
ayah”,ucap Doktor Nizam . Berkerut-kerut dahi Lea dan Fakhri sebaik mendengar
penjelasan Doktor Nizam . Lea memandang Doktor Nizam meminta penjelasan .
“Actually Puan Iman , seorang perempuan m engandung tidak
semestinya akan kena alahan , kadang-kadang suami yang kena . Daripada
penerangan suami puan tadi , saya rasa puan mengandung . Sebab banyak kes macam
ni terjadi”,ucap Doktor Nizam .
Lea memegang perutnya . Perutnya yang masih kempis diusap
sayang . Tiada lafaz yang terluah dari bibirnya selain daripada rasa syukur
yang tak terhingga . Alhamdulillah , jika benar aku sedang mengandungkan zuriat
lelaki yang amat aku cintai , terima kasih ya Allah atas kurniaan ini .
“Tahniah , Encik Fakhri . Tahniah Puan Iman . Jika telahan
saya tepat , terus telefon saya. Jangan lupa buat pemeriksaan untuk pengesahan
yang sebenar . Saya minta diri dulu”,ujar Doktor Nizam seraya bangun. Lea
mengiringi Doktor Nizam sehingga ke muka pintu .
Fakhri termenung sendirian . Apa perasaannya tika ini ?
Adakah dia bahagia sebaik mendengar perkhabaran mengenai kehamilan isterinya
itu ?
Lea masuk
dengan wajah yang ceria . Suaminya yang sedang terbaring lemah dihampiri . Lea
duduk di birai katil , bersebelahan dengan suaminya . Rambut Fakhri diusap
sayang . Wajah Fakhri yang sedang lena dipandang sayang .
“Abang , Lea bersyukur sangat bang . Lea bersyukur sebab
Allah bagi Lea peluang untuk menjadi seorang ibu . Walaupun belum disahkan ,
tapi Lea yakin ada satu benih suci yang tertanam dekat rahim Lea . Abang , Lea
selalu berdoa pada Allah supaya abang buka pintu hati abang untuk Lea .
Walaupun bukan sekarang , tapi Lea yakin dengan adanya anak ni , dia akan
satukan hati kita . Lea nak abang tahu , Lea sayang dan cintakan abang sangat
sangat”,ucap Lea seraya menunduk mengucup dahi suaminya . Bahang dirasakan .
Setitis demi setitis air matanya gugur mengenai dahi suaminya .
Lea bingkas berdiri . Tubuh suaminya yang terbaring lesu
dipandang lama sebelum pintu ditutup .
Perlahan-lahan Fakhri membuka matanya . Tangannya
meraba-raba dahi yang baru dikucup lembut oleh isterinya . Ya allah , betul ke
apa yang aku dengar . Sucinya hati isteriku ya Allah . Aku berdosa terhadapnya
ya Allah , ucap Fakhri di dalam hati .
**************
“Lea , sini
sekejap”,ucap Fakhri , kasar . Lea yang sedang menyusun buku di ruang tamu
pantas memandang suaminya dengan senyuman walaupun senyumannya terlindung di
sebalik purdah yang dipakainya . Suaminya dihampiri .
“Kenapa , bang? Abang okey tak hari ni?”soal Lea lembut .
Wajah suaminya diusap sayang , namun pantas ditepis kasar oleh Fakhri .
Walaupun terasa dengan tindakan suaminya, Lea tidak mengambil hati. Dia tahu
Fakhri masih tidak dapat menerimanya . Perutnya diusap . Kandungannya yang
sudah masuk dua bulan sudah membukit sedikit .
“Aku nak makan laksa”,ucap Fakhri , senada . Mata Lea
terbuntang luas . Laksa ? Mana dia nak
dapatkan laksa malam-malam macam ni .
“Bahan dah habislah bang . Tapi Lea janji, esok Lea masakkan
untuk abang , okey?”ucap Lea lembut . Belum sempat Fakhri membalas , Fakhri
dapat merasakan tekaknya meloya . Dengan pantas Fakhri berlari ke singki . Lea
yang risau melihat tingkah suaminya mengikut suaminya . Belakang Fakhri diusap
.
Lea memapah
suaminya ke sofa di ruang tamu . Fakhri merasakan tubuhnya sangat lemah tika
itu . Segala isi perutnya telah diluahkan tadi . Fakhri dibaringkan di atas
sofa . Lea mengelap-ngelap dahi suaminya yang berpeluh . Fakhri langsung tidak
menepis , apalagi melarang .
“Kesian abang . Tak apalah , biar Lea keluar beli laksa ya .
Abang rehatlah dulu . Nanti Lea balik , Lea bagi laksa tu dekat abang ye”, ucap
Lea . Pipi kanan suaminya pantas dikucup . Fakhri terpana . Tubuh Lea yang
perlahan-lahan hilang dari pandangannya disoroti . Apakah perasaan yang sedang
aku rasakan saat ini?
Lea
mengerling jam ditangan . Sudah pukul 11.00 malam . Lea kegusaran . Dia risau
suaminya menunggu lama . Dia tiba agak lewat kerana terpaksa berjalan kaki
kerana tidak mahu menunggu teksi kerana bimbang suaminya terpaksa menunggu lama
.
Pintu rumah dibuka . Ruang tamu rumah kelihatan gelap
berbanding ketika dia mahu pergi tadi . Lea bergerak ke dapur apabila mendengar
seseorang membuka air di singki . Kelihatan Fakhri sedang membasuh cawan yang
baru digunakan .
“Assalamualaikum , abang . Ni , Lea bawakan laksa untuk
abang . Maaf Lea lambat . Lea jalan kaki tadi sebab Lea risau abang tunggu
lama”, ucap Lea lembut . Hati Fakhri tersentuh mendengar keprihatinan Lea
terhadapnya . Perasaan itu cepat-cepat diusir pergi . Ah , aku tak boleh
terleka !
Fakhri berpaling memandang isterinya dengan wajah yang
bengis . Bungkusan plastic di tangan isterinya dipandang sebelum kembali
memandang wajah isterinya .
“Kau apesal lambat sangat . Aku dah tak ada selera . Dah ,
tepi”, tangan Lea ditepis . Laksa yang dipegang Lea terlepas mengehempas lantai
. Habis pecah plastik kuah laksa yang dipegangnya . Lea menunduk memandang
lantai . Pedih hatinya dirasakan . Segala penat lelahnya berjalan kaki pulang
sia-sia sahaja , langsung tidak dihargai . Lea terduduk melutut . Air matanya
satu-persatu gugur . Ya allah , tabahkanlah hatiku ya Allah untuk mencari redha
suamiku . Janganlah kau seksa ibuku di kubur disebabkan aku menyakiti hati
suamiku .
“Lea minta maaf abang . Lea tahu Lea salah . Lea lambat .
Maafkan Lea ya abang”,ucap Lea tanpa memandang suaminya . Fakhri terhenti . Hatinya tersentuh mendengar
suara lirih Lea . Masakan tidak , jika suami lain , sudah pasti mereka tidak
akan membenarkan isteri mereka keluar lebih-lebih lagi jika isteri mereka
sedang berbadan dua . Dia , isteri berjalan kaki pun masih tidak kisah . Ah ,
pedulikan perempuan tu . Dia yang cari masalah , pandai-pandailah dia nak hidup
, bentak hati Fakhri . Langkahnya kembali diatur kemas ke tanggga .
Lea mengutip mi laksa yang bertaburan dan mengelap kuah
laksa yang berserakan . Air matanya masih tidak jemu-jemu mengalir . Ya Allah ,
bekalkanlah ketabahan kepadaku sepertimana kau bekalkan ketabahan dalam jiwa
Nabi Ayub a.s .
************
Bau harum
dari dapur menggamit Fakhri untuk ke dapur . Lengan kemejanya dibutang . Pagi
itu dia terpaksa bertolak awal kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat bersama
ahli lembaga pengarah . Lea kelihatannya sedang menyusun mangkuk dan menuangkan
air ke dalam cawan .
“Assalamualaikum abang . Abang , jom sarapan . Lea masakkan
laksa untuk abang . Lea tahu abang kempunan nak makan laksa semalam , tapi
sebab Lea lambat selera abang terus mati . Duduklah dulu”,ujar Lea sambil
menarikkan kerusi untuk suaminya duduk . Lea telah keluar rumah seawal 6 pagi
semata-mata mahu membeli bahan untuk memasak laksa buat suaminya . Fakhri
sedaya-upaya mengusir rasa sebak yang hadir .
“Aku dah lambat . Aku ada mesyuarat”,ujar Fakhri berura-ura
mahu pergi , namun Lea lebih pantas menahan . Tangan Fakhri dipegang . Satu
perasaan halus mencuri masuk ke ruang hati Fakhri .
“Abang , kalau abang nak cepat pun janganlah lupa ikat tali
leher ni . Meh , Lea tolong”,ucap Lea sambil lincah mengikat tali leher
suaminya . Fakhri memandang Lea dengan pandangan yang sukar ditafsirkan .
Haruman tubuh Lea bagaikan menggamitnya untuk mendakap Lea .
Lea menentang mata suaminya . Ketampanan Fakhri begitu
terserlah pada pagi itu . Lea tersenyum . Walaupun Fakhri tidak dapat melihat
senyumannya , biarlah . Hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan senyumannya .
“Abang , Lea dah bungkuskan laksa ni untuk abang . Lea tahu
, suami Lea ni workaholic orangya . Nanti , abang jangan lupa makan tau”,ucap
Lea sambil menghulurkan bekas buat suaminya . Bagaikan dirasuk , Fakhri mengambil
terus bekas itu tanpa benyak soal . Lea tersenyum senang . Tangannya dihulurkan
untuk bersalaman . Tanpa sepatah kata , Fakhri turut menghulurkan tangannya .
Lea terus tunduk dan mencium tangan suaminya . “Hati-hati abang”,ucap Lea
lembut .
Fakhri berjalan ke muka pintu dengan perasaan yang bercampur
baur . Fakhri memandang ke belakang . Dia dapat melihat Lea melambai-lambai ke
arahnya sambil sebelah tangan lagi mengusap-usap perutnya yang terkandung anak
mereka .
**************
Fakhri di atas sofa sementara menanti Lea membawa secawan
kopi panas untuknya . Lea berjalan perlahan-lahan menghampiri suaminya .
Perutnya yang memboyot dek usia kandungannya sudah mencecah 9 bulan sedikit
sebanyak menjejaskan pergerakannya . Secawan kopi diletakkan di atas meja
berhadapan suaminya .
“Lea , aku nak cakap dengan kau sikit”,ucap Fakhri dengan
nada yang sengaja dibengiskan , seperti biasa . Tanpa ,menurut tanpa bantahan .
Punggungnya dilabuhkan di kerusi berhadapan suaminya . Melihat kepayahan Lea
berusaha untuk duduk , membuatkan Fakhri terlintas untuk membantu . Namun , ego
yang menghalang telah membatalkan hasratnya . Akhirnya , Lea berjaya juga duduk
.
“Abang nak cakap apa?”soal Lea . Perutnya yang memboyot itu
diusap sayang . Fakhri menarik nafas sedalam-dalamnya .
“Kau bahagia tak jadi isteri aku?”soal Fakhri sambil
memandang tepat ke dalam anak mata isterinya . Lea hairan dengan soalan
suaminya yang tiba-tiba mempersoalkan kebahagiaannya menjadi isteri lelaki itu .
“Alhamdulillah , Lea bahagia dapat bahagiakan abang . Lea
bahagia kerana dapat menyayangi abang selayaknya . Lea bahagia dapat meraih
redha Allah apabila Lea berbuat kebajikan kepada suami Lea . Lea juga bahagia apabila arwah ibu tak perlu
tanggung azab atas dosa saya pada suami saya”,ucap Lea , penuh ketulusan .
Fakhri mengeluh . Bukan itu jawapan yang dia inginkan daripada gadis itu .
Amarahnya tiba-tiba memuncak .
“Hei , kau jangan nak tipu aku . Setelah apa yang aku buat
dekat kau , takkan kau masih bahagia hidup dengan aku”,ujar Fakhri seraya
berdiri . Jari telunjuknya tepat menghala ke arah Lea . Lea terkaku .
“Aku dah seksa jiwa kau . Aku biar kau jalan kaki beli laksa
malam-malam buta , lepastu aku tak hargai pun usaha kau tu . Aku tak bagi kau
tunjuk muka kau dekat aku , aku tak bagi kau keluar rumah sesuka hati . Takkan
kau masih bahagia lagi hidup dengan aku”,Fakhri menengking isterinya .
Satu-persatu mutiara jernih jatuh menimpa pipi Lea . Teresak-esak Lea menahan
tangis . Lea turut berdiri bagi menyamai ketinggian suaminya walaupun dia belum
cukup tinggi .
“Abang , Lea sumpah dengan nama Allah , apa yang Lea cakap tadi
tulus dari hati Lea . Lea tak tipu bila Lea kata Lea bahagia hidup dengan
abang”,ucap Lea . Purdah yang dipakainya dibuka . Tudung yang dipakainya juga
dibuka . Fakhri terkesima melihat isterinya . Cantiknya isteriku!
“Kalau abang nak tahu , wajah ni , muka ni , sentiasa
tersenyum bila bersama dengan abang .Lea tahu abang tak nampak , tapi Lea tak
tipu . Walaupun berkali-kali luka di hati Lea abang toreh , tapi Lea tak kisah
. Walaupun abang tak bagi Lea keluar untuk jenguk abah , Lea tak kisah sebab
Lea tetap dapat tahu khabar abah walaupun dari telefon . Lea tak kisah bang ,
sebab Lea tahu syurga Lea pada abang . Lea nak abang tahu , abang adalah orang
kelima yang ada dalam hati Lea selepas Allah, Rasulullah , ibu dan ayah . Lea
cintakan abang , suami Lea . Lea sayangkan abang”,ucap Lea dalam sendu .
Jari-jemari Lea lembut menyentuh pipi Fakhri . Fakhri terkesima . Pertama kali
melihat sendu yang terukir di wajah isterinya .
“Lea tak pernah menyesal menjadi isteri abang . Lea tahu ,
satu hari nanti Allah akan buka pintu hati abang untuk Lea . Lea yakin dengan
perancangan Allah”,Lea menyambung . Fakhri turut mengalirkan air mata . Untuk
kesekian kalinya , ego ditolak ke tepi .
“Lea , awak terlalu baik untuk saya . Saya tak layak jadi
suami awak . Saya lelaki tak guna . Awak hanya layak untuk lelaki-lelaki yang
baik di luar sana . Saya tekad , saya akan lepaskan awak tak lama lagi . Awak
jangan risau , segala penderitaan awak akan tamat tak lama lagi”,ucap Fakhri
seraya berlalu pergi . Tangan Lea yang bergayut di pipinya ditepis perlahan .
Lea tidak dapat membendung perasaannya lagi . Malam itu menjadi saksi betapa
luluhnya hati seorang wanita bergelar isteri.
*****************
Pintu wad
ditolak perlahan . Lea kelihatannya masih lena akibat ubat bius . Fakhri
perlahan-lahan masuk agar tidak mengganggu isterinya . Lea telah bersalin secara
pembedahan akibat mengalami sedikit komplikasi .
Fakhri menghampiri anak lelakinya yang berada di katil bayi
bersebelahan katil isterinya . Wajah anaknya ditenung lama sebelum anaknya
dikendong . Setelah itu , anaknya diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di
telinga kiri . Setelah itu , anaknya diletakkan semula . Kini , dia bergerak
pula ke katil bayi bersebelahan katil
anak lelakinya . Anak perempuannya dihampiri . Alhamdulillah , Lea berjaya
,melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan . Perkara yang sama juga
dilakukan kepada anak perempuannya .
Fakhri menghampiri isterinya yang sedang lena . Fakhri
melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan isterinya . Tangan isterinya dipegang .
Tangan itu dikucup lama seolah-olah melepaskan rindu yang bersarang di hati .
Wajah pucat isterinya direnung lama .
“Lea , terima kasih sebab dah lahirkan anak-anak abang .
Maafkan abang sebab menyakiti hati Lea dulu . Abang memang bodoh kerana tidak
tahu menghargai isteri sebaik Lea . Abang janji dengan Lea , abang akan
lepaskan Lea nanti . Abang nak Lea bahagia , bukan terseksa hidup dengan
abang”,ucap Fakhri . Setitis demi setitis air matanya gugur . Fakhri ingin
berdiri sebelum tiba-tiba tangan Lea menggenggam tangannya .
“Abang…”,ucap Lea lemah . Perlahan-lahan matanya dibuka .
Suara suaminya bagaikan terngiang-ngiang di telinganya . Lea memandang suaminya
dengan pandangan lemah . Lea mencuba untuk duduk , namun pantas dihalang oleh
Fakhri .
“Lea , Lea baru lepas operation . Lea rehat dulu ye sayang .
Abang dah nak pergi ni . Kalau jodoh kita masih panjang , insyaallah abang akan
kembali semula ke pangkuan Lea”,ucap Fakhri lembut . Dahi Lea dikucup untuk
kesekian kalinya . Air mata Lea menitis . Ya Allah , terima kasih kerana kau
telah membuka pintu hati suamiku untuk menerimaku .
Perlahan-lahan Fakhri menarik tangannya dari genggaman Lea .
Berat hatinya untuk meninggalkan Lea . Esakan Lea semakin kuat kedengaran
sebaik Fakhri melangkah keluar . Abang , jangan tinggalkan Lea , jerit Lea di
dalam hati .
****************
Setahun berlalu….
Hazim dan Hazira yang berlari-lari di laman rumah diperhati
dengan penuh minat dari dalam kereta . Anak-anaknya kelihatan sungguh bahagia
berkejaran sesama mereka . Kelihatan Hazira berlari menyorok di belakang Lea
yang sedang menyiram pokok bunga . Bahagia sungguh wajah Lea saat itu . Cermin
mata hitam kembali dipakai . Keretanya terus dipandu meninggalkan hadapan rumah
Lea .
Lea
meninjau-ninjau di sekeliling rumahnya . Dia merasakan ada seseorang sedang
memerhatikan mereka tiga beranak . Hatinya cepat-cepat disedapkan .
Anak-anaknya yang sedang bermain-main di kakinya diajak masuk ke dalam rumah .
Waktu pula hampir senja .
****************
Mata Lea begitu sukar untuk dilelapkan pada malam itu .
Anak-anaknya sudah lama lena di bilik sebelah. Lea segera bangun seraya bergerak
ke balkoni rumah . Dia seperti ingin menghirup udara segar . Jam baru
menunjukkan pukul 3 pagi . Nafas ditarik sedalam-dalamnya . Tidak lama selepas
itu , Lea dapat menangkap sebuah kereta BMW hitam berhenti di hadapan rumahnya
. Lea pantas masuk ke dalam rumah seraya menyorok di belakang langsir . Dia
seperti mengenali kereta itu . Seorang lelaki turun dari kereta seraya bergerak
masuk ke dalam rumah . Tak mungkin !
Lea membuka sedikit pintu biliknya . Bunyi tapak kaki itu
semakin hampir . Lea dapat menangkap imej seorang lelaki sedang bergerak masuk
ke dalam bilik anaknya . Lea mengekori lelaki tersebut . Lelaki tersebut
kelihatannya sedang mencium dahi kedua-dua anaknya sambil mengusap-usap
ubun-ubun anak-anaknya .
Sebaik
lelaki itu ingin berpaling , Lea pantas menyorok di dalam biliknya . Haruman
tubuh lelaki yang baru sahaja lalu amat dirinduinya . Hati Lea dilanda sebak .
Lea mengekori lelaki itu sehingga ke ruang tamu .
“Abang…”,ucap Lea , lirih . Langkah Fakhri terhenti . Tanpa
menunggu lama , Lea berlari memeluk suaminya dari belakang sambil teresak-esak
menangis . Fakhri turut sama mengalirkan air mata .
“Abang , jangan tinggalkan Lea . Lea tak boleh hidup tanpa
abang . Abang , Lea rayu , jangan tinggalkan Lea lagi”,ucap Lea sambil
tersedu-sedu menangis . Fakhri seraya berpaling memandang isterinya . Wajah
yang amat dirinduinya itu dipandang dengan perasaan yang sarat dengan kerinduan
. Air mata Lea diseka walaupun air mata isterinya masih galak mengalir .
“Maafkan abang Lea , abang tak nak seksa hidup Lea lagi .
Abang nak Lea bahagia . Abang rasa bersalah terhadap Lea dan anak-anak
kita”,ucap Fakhri sayu . Wajah Lea dipandang sayang .
“Apa erti kebahagiaan pada Lea kalau abang tak ada . Lea tak
kisah bang , Lea terima takdir Lea . Lea tak pernah anggap abang seksa Lea .
Lea tahu , tu semua takdir . Lea tak pernah berdendam dengan abang sebab Lea
sayangkan abang , Lea cintakan abang sangat-sangat”,ucap Lea seraya merangkul
erat tengkuk suaminya . Fakhri turut membalas .
Ya allah , terima kasih kerana kau telah kembalikan suamiku kepadaku ,
ucap Lea di dalam hati .
*****************
Lea yang
sedang membaca majalah di atas katil dihampiri . Lea yang ralit membaca majalah
langsung tidak menyedari kehadiran Fakhri disebelahnya . Tiba-tiba serasa
kucupan hangat di pipi kanannya .
“Assalamualaikum sayang”,ucap Fakhri hampir di telinga
isterinya . Lea memandang ke sebelah dengan sebuah senyuman manis ikhlas buat
suaminya yang tercinta .
“Waalaikumsalam . Abang dah siap mandi?”ucap Lea . Fakhri
pantas berbaring di atas paha isterinya . Lea pula mengusap-usap rambut
suaminya .
“Lea , terima kasih sebab terima abang dalam hidup Lea .
Abang bersyukur sangat dikurniakan isteri sebaik Lea . Abang tak tahu macam
mana hidup abang tanpa Lea”,ucap Fakhri sambil bermain-main dengan jari-jemari
Lea sebelum dikucup lembut .
“Lea pun nak ucapkan terima kasih dekat abang sebab sudi
terima Lea . Akhirnya Allah makbulkan doa Lea supaya bukakan pintu hati abang
untuk terima Lea . Alhamdulillah”,ucap Lea . Fakhri pula pantas duduk . Kepala
Lea dilentokkan ke bahu suaminya .
Tidak semena-mena , Fakhri berkalih memandang Lea disebelah
. Lea memandang hairan .
“Sayang manja-manja dengan abang ni , nak goda abang
ek?”Fakhri mengusik . Wajah Lea merona merah . Fakhri bergerak menghampiri Lea
sementara Lea pula semakin mengundur sehingga terhalang dek dinding . Fakhri
semakin mendekatkan wajahnya dengan wajah Lea . Lea merasakan tekaknya
tiba-tiba meloya .
“Uwek!”Lea meluahkan segala isi perutnya di singki .
Belakang tubuh Lea diusap-usap penuh kerisauan . Sebaik berkumur-kumur , Fakhri
membantu isterinya bergerak ke katil . Risau juga dia jika isterinya rebah .
“Sayang okey tak ni ? Muka pucat sangat ni . Jomlah sayang ,
pergi klinik”,ucap Fakhri kerisauan . Lea tersenyum lemah memandang suaminya .
“Tak apalah bang . Biasalah , muntah-muntah sikit”,ucap Lea
penuh dengan maksud tersirat . Fakhri tidak berpuas hati .
“Apa yang biasanya sayang . Muntah-muntah macam ni . Dah
beberapa hari ni Lea asyik muntah-muntah je . Risau abang . Jom, pergi
klinik”,ucap Fakhri seraya berdiri . Tangan isterinya ditarik , namun Lea masih
tidak berganjak .
“Abang , muntah-muntah tu biasalah . Lea kan tengah
mengandung”,ucap Lea . Fakhri terkaku . Wajah Lea dipandang , mahukan kepastian
. Lea mengangguk membalas . Riak risau di wajah Fakhri berganti dengan riak
bahagia.
“Alhamdulillah , dah berapa bulan sayang? Tak cerita dekat
abang pun”,ucap Fakhri . Tidak dapat digambarkan kebahagiaan yang dia rasakan
saat itu . Walaupun dia telah mempunyai dua cahaya mata , namun rasa teruja
untuk menyambut ahli baru dalam keluarga mereka masih dirasai .
“Dah 7 minggu . Ni
semua sebab abanglah ni , gatal sangat . Hazim dengan Hazira belum besar lagi
dah nak dapat adik”,Lea memuncung . Tengkuk Lea dipeluk dari belakang .
“Terima kasih sebab sudi lahirkan anak-anak abang . Terima
kasih kerana mencintai abang . Abang cintakan Lea sangat-sangat”,ucap Fakhri
lembut ke telinga Lea . Lea tersenyum bahagia .
“Sama-sama abang . Lea pun nak ucapkan terima kasih sebab
menghadiahkan sebuah kebahagiaan yang selama ni Lea dambakan . Terima kasih
kerana sudi mencintai Lea . Lea cintakan abang . Dan insyaallah , Lea akan
mencintai abang sampai syurga”,ucap Lea . Alhamdulillah , kebahagiaan kini
berada di pihaknya . Betullah seperti apa yang dikatakan . Allah menghilangkan
matahari lalu menurunkan hujan . Akhirnya , sebuah pelangi yang indah akan
hadir .
********************
Alhamdulillah , tamat sudah cerpen saya . Semoga anda semua
dapat meninggalkan sedikit komen buat pedoman saya untuk penulisan cerpen
seterusnya . Thank you for reading !
Best!! ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum..di sini saya nk tegur skit sebenarnya that's mean maksudnya ianya kejam singkatan dripada that is mean manakala yg betul nye that means yang membawa maksud...ianya bermaksud..jadi saudari boleh guna that means...
ReplyDelete