February 15, 2015

Manusia


Hohoho, lamanya tak update blog. O Em Ji!!! Pyka dah nampak ada bebayang sawang labah-labah dah . Eh, labah-labah, jangan kacau Pyka nak menaip ni. Lately ni Pyka agak busy. Even I'm not a school student anymore (yeay!), Pyka busy macam-macam. Tak larat nak sebut satu-satu.

Okey, topik hari ini ialah :
                MANUSIA       

Siapa pernah dengar pepatah "Banyak udang banyak garam, banyak manusia banyak ragam". (Saya! Saya!). Sedar tak, makin lama kita hidup, makin banyak jenis orang yang kita jumpa. To be honest, sepanjang hampir 18 tahun Pyka hidup ni, memang Pyka jumpa ramai jenis manusia. So, Pyka nak senaraikan orang-orang yang Pyka pernah jumpa .
    
Orang yang cepat marah
         Huhuhu, memang orang macam ni sangat tak sesuai dengan Pyka. Sebab apa? Sebab Pyka jenis suka buat kepala (Ops, bocor rahsia). Kadang-kadang annoying sikit tau orang macam ni. Ingat lagi masa darjah dua, ada sorang budak baru masuk kelas Pyka dan dia duduk sebelah Pyka. Pyka pinjam colour pensel dia. Dia cakap :
"Pinjam boleh, tapi jangan bagi pendek atau patah"
Okey, kalau fikir balik mana ada pensel warna dah guna tak pendek (mata pensel). Logik tak? Tapi kita yang naif dan innocent ni angguk jelah. Nak dijadikan cerita, patah pulak. Kita punya takut kena marah, menghabiskan waktu rehat dengan mengorek pensel warna tu. (Habis waktu rehat kite. Isk3)Dia pergi rehat sedap-sedap and bila balik kelas dia marah kita pulak (Hei, awak tahu tak kita tak makan sebab korek pensel warna awak yang tak habis-habis patah ni). Sumpah, tak nak pinja pensel warna dia dah

Orang yang pemalu (extreme punya)
Okay, ini kelakor. Kita pernah terfikir yang dia ni bisu. (Sorry, awak). Sebab apa kita assumed dia bisu, sebab sepanjang tiga tahun kita satu kelas dengan dia, dia cuma bercakap menggunakan isyarat kepala. Tapi, bila dengan best friend dia, rancak pula dia bercakap. Sejak tu kita dah tahu awak tak bisu. Betul, kita tak tipu.
Orang yang suka fikir negatif
Ni kes  paling berat. Memang memeningkan. Jujur kita cakap, orang macam ni memang tak boleh ngam dengan Pyka. Sampai Pyka stress dibuatnya. Orang macam ni Pyka jumpa masa umur 17 tahun. Adoii, stress. Hati lembut maca marshmellow. Kita ni pula suka bergurau and cakap lepas. Kadang-kadang kita cakap sesuatu tu tak berniat nak hina atau perkecilkan dia pun, tapi tu yang dia fikir. Macam pada suatu hari:
"Yelah, orang pandai kalau ilmu tak berkat tak kemana juga"
Okey, kita pun niat nak backup orang yang dingumpatkan tu
"Tak apalah, dia pandai. Tak elok cakap dia macam tu. Orang tak pandai macam kita ni pun sama juga"
Tamat. And lepas tu tiba-tiba dia tak melayan kita. Tanya best friend dia, kenapa dia merajuk. Kawan dia cakap :
"Dia cakap kau cakap sesuatu yang membawa maksud dia tak pandai. Dia tahulah..." bla bla bla..
Adakah dia tidak faham 'kita' tu membawa maksud diri Pyka sekali? Ya allah, stress tau menghadap orang yang suka negatif ni.
  Orang yang ego
Hello awak-awak yang ego, best sangat ke jadi ego? Annoyiiiiingggg sesangat!!! Orang macam ni sentiasa fikir dia betul, baik dan sempurna. Tak pernah buat salah. Salah orang sekecil kuman pun dia perasan. Tapi, bila dia buat salah, langsung dia tak perasan. Kita punyalah sabar dengan perangai dia yang entah apa-apa tu. Tapi last-last, bila kita buat salah yang simple dan bak kata orang tak perlu nak terasa pun, terus mengamuk, treat kita macam musuh. Lepas tu, buat salah bukan nak minta maaf. Dia tetap akan anggap kita yang salah. Okey fine, I give up. Dia buatkan Pyka fed up dan malas nak layan dia dah .

Orang yang ingat kita bila susah
Orang macam nilah paling ramai Pyka jumpa. Kita jadi sahabat dia bila dia susah, tapi bila senang dia layan kita macam orang asing. Kadang-kadang rasa macam dah malas nak tolong dia dah. Tapi, kita fikir perasaan dia takut terasa. Last-last, kita bagi dia madu dibalas tuba. (Hahaha, berperibahasa bagai). Takpe, kau ingat kau sorang je kawan aku. Sabor jelah.
 Setakat ni jelah orang yang Pyka pernah jumpa. Tapi, Pyka tak tahulah orang describe Pyka macam mana. Kita manusia tak sempurna. Tapi, untuk orang ketiga, keempat dan kelima ada sikit nasihat. Setiap manusia tak akan faham hati manusia yang lain. Kalau betul terasa atau marah, straight to the point. Bukan pendam dan tup2 nak suruh orang tu minta maaf. Diorang pun tak tahu apa salah diorang. Kita manusia kadang-kadang tak sedar apa yang kita buat tu salah. So, tegur each other. Tak pun, cuba faham gaya orang tu. Insyaallah, kita pun akan tenang nak menghadapi pelbagai jenis manusia.

That's all guys. Bye bye!
 

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!