December 06, 2015

Engkau Cinderella Aku! : Bab 6

BAB 6
Suhaila termenung memandang jarinya yang sudah kemerahan akibat diinai . Betul ke aku nak kahwin dah?Dengan Abang Farhana yang tak bertamadun pula tu . Macam mimpi je . Tapi , Ferhad kata dia akan usahakan supaya kekasih dia balik . Baru dia tahu rupa-rupanya kekasih Ferhad adalah kakak tirinya . Yelah , kakak tirinya seorang model yang cantik , dia ni apa je ada . Dahlah selekeh , kasar pula tu , siapa je nak . Nasib baiklah dia suruh mak long dan pak longnya merahsiakan siapa bakal suaminya . Cukuplah Puan Faridah tahu yang dia bakal berkahwin .
Telefon bimbitnya tiba-tiba menyanyi riang . Nama yang terpapar di skrin membuatkan Suhaila mengeluh berat . Apa pula yang mamat ni nak lagi . Tak sah kalau sehari tak kacau aku . Tak tahulah macam mana aku nak hidup sebumbung dengan mamat ni pula .
“Hello Ella , aku nak jumpa kau sekejap”,ucap Ferhad tanpa memberi salam terdahulu .
“Waalaikumsalam”,Suhaila memerli . Ferhad kegeraman . Sempat lagi tu nak perli orang .
“Okay fine . Assalamualaikum”,Ferhad malas mahu bertegang urat dengan bakal isterinya yang akan dinikahi 2 hari lagi . Di saat-saat genting begini , sedetik pun tidak boleh disia-siakan .
“Waalaikumsalam . Kenapa ek telefon-telefon ni? Mengganggu anak dara orang je”,ucap Suhaila kasar . Ferhad mengejek percakapan Suhaila di hujung talian . Apa , kau ingat aku ni dah kemaruk sangat ke nak telefon kau? Kalau diikutkan hati , aku legi rela call ayam daripada call kau . Menyakitkan hati , ucap Ferhad di dalam hati .
“Aku nak jumpa kau . Ada hal yang perlu dibincangkan”,Amboi , macam selalu dengar je ayat ni . Macam dalam drama telivisyen pula . Suhaila menahan tawanya daripada meletus dek geli hati dengan lawaknya sendiri . Tak pasal-pasal dicop tidak siuman pula oleh Ferhad . Cukuplah sekadar ayam sewel menjadi nama sandarannya .
“Okey , dekat mana?”laju sahaja Suhaila bersetuju . Bukan apa , pasti ada sesuatu yang lelaki itu bincangkan dengannya . Lebij-lebih lagi tidak sampai 48 jam dari sekarang mereka bakal diijabkabulkan sebagai suami isteri .
“Kau tunggu aku . Nanti aku ambil kau”,ucap Ferhad seraya memutuskan talian . Suhaila memandang telefon bimbitnya dengan riak terkejut . Tak ada salam tak ada apa , main matikan je . Memang manusia tak bertamadun .

Suhaila mengetuk-ngetuk kedua-dua jari terlunjuknya sambil memandang ke luar tingkap sebelum berkalih memandang Ferhad yang sedang khusyuk memandu . Di sebalik kaca hitamnya , Ferhad kelihatan lebih serius . Suhaila mula dilanda kebosanan . Punat radio ditekan . Suara juruhebah radio mula kedengaran berceloteh menghiburkan para pendengar . Tidak sampai beberapa minit radio dipasang , Ferhad menekan semula punat radio .
Suhaila memandang Ferhad kegeraman . Punat radio ditekan semula sebelum Ferhad menekan punat radio itu semula bagi mematikan radio tersebut . Suhaila berdecit geram .
“Apesal kau tutup radio tu?”soal Suhaila sambil berpeluk tubuh .
“Apesal kau buka radio tu?”soalan berbalas soalan . Suhaila tidak berpuas hati . Inilah sebabnya kenapa aku tak suka cakap dengan mamat ni . Aku tanya soalan , dia bagi aku soalan balik . Agaknya , kalau repeat ambil paper SPM memang fail semua subjek .
“Eh , kalau aku bagi soalan , cuba kau bagi aku jawapan . Annoying kau tahu tak”,Suhaila menyuarakan ketidakpuasan hatinya . Ferhad sekadar tersenyum sinis mendengar ayat yang baru kaluar dari ulas bibir Suhaila . Dia suka membuat gadis itu kerana dia dapat merasakan semacam kepuasan dalam hatinya apabila gadis itu mula mendongkol geram . Yelah , siapa tak suka sakitkan hati musuh nombor satu Negara kan .
“Okey , aku akan jawab . Yang pertama , disebabkan kau hanya menumpang dalam kereta aku , kau kena ikut peraturan ketika berada dalam kereta aku . Yang kedua , untuk memandu aku perlukan konsentrasi yang cukup untuk mengelakkan segala kemungkinan yang tidak diingini . Yang ketiga , aku tak suka orang sentuh semua benda yang ada dalam kereta aku , lebih-lebih lagi kau”. Suhaila secara drastiknya berpaling memandang Ferhad yang lancar menyusun kata-kata bagi menyakitkan hatinya . Lampu isyarat berukar merah . Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau , Ferhad mematah-matahkan jari-jemarinya yang lengah dek asyik menggeggam stereng sedari tadi .
“Okey , fine . Kalau macam tu , aku pun ada satu dua tiga juga tau . Apa , kau ingat kau bagus sangat kan . Pertama , aku bukan sengaja tumpang kau dan kalau diikutkan hati aku ni memang aku lebih rela tunggang kerbau daripada naik kereta kau . Kedua , lain kali kalau nak sangat konsentrasi tu , cabut je radio dekat kereta kau ni . Ketiga , apa maksud kau dengan ‘lebih-lebih lagi kau’ tu , huh?”ucap Suhaila senafas . Tahap kemarahannya telah mencapai tahap yang tidak mampu dibendung lagi . Sebaik lampu isyarat bertukar hijau , pedal minyak terus ditekan . Kereta Mercedez Benz milik Ferhad terus menderum laju membelah jalan .
“Kau kan ayam sewel , so aku takut kalau kereta aku ni sampai kena beli baru pula kau kerjakan. Yelah , haritu dah calarkan kereta aku . Mana tahu hari ni meletop pula kereta aku kau kerjakan . Siapa tahu , kan?”ucap Ferhad sinis . Terbuntang mata Suhaila demi mendengarkan jawapan yang keluar dari bibir Ferhad . Suhaila tidak berputus asa . Punat radio ditekan lalu dikuatkan hingga pada tahap yang maksimum . Nak sangat kan tengok ayam sewel ni meletopkan kereta kau , ambil ni .
Ferhad yang sedang memandu terkejut bagai nak gila dengan tindakan Suhaila itu terus memberhentikan kereta di bahu jalan . Brek ditekan secara mengejut sehingga kedua-duanya terdorong ke depan . Nasib baiklah kedua-duanya memakai tali pinggang . Kalau tak , nauzubillah .
“Kau gila apa?”ucap Ferhad separuh menjerit melawan bunyi radio yang bagaikan berusaha memecahkan gegendang telinganya . Suhaila kelihatan sengaja menggoyang-goyangkan badannya mengikut rentak lagu yang dimainkan . Ferhad yang sedang memandang geram kepadanya langsung tidak dihiraukan . Suhaila asyik dengan dunia yang sengaja diciptakannya .
Ferhad mendengus geram . Tangannya dihulurkan untuk memperlahankan bunyi radio . Namun , tangan Suhaila pantas memukul tangannya . Ferhad menanggalkan cermin mata hitamnya . Matanya sengaja dikecilkan menandakan yang dia sedang marah . Eleh , sekadar kecilkan mata , ingat aku budak-budak ke nak takut . Poyo!
“Eh , kau bukan kata aku mampu memeletopkan kereta kau ke?Alang-alang dah calarkan kereta kau , baik aku meletopkan je terus . Baru berbaloi . Tak ke gitu!”Suhaila turut menguatkan suaranya bagi melawan bunyi radio yang berdentum menerobos masuk ke dalam gegendang telinganya . Dia bukannya jenis yang suka memasang radio kuat-kuat pun . Cuma , keadaan yang memaksa dia melakukan sesuatu yang di luar lakunya . Sesedap ajinomoto dia je nak mengutuk aku . Apa , ingat aku ni patung cendana dekat kedai kain apa?!
Ferhad mencari peluang untuk menutup radio tersebut . Setelah mendapati Suhaila sedang asyik menari , Ferhad terus mematikan radio . Tangan Suhaila yang ingin menekan semula punta radio pantas dipegang .
Suhaila tidak berpuas hati . Tangannya digoyang-goyangkan bagi meleraikan pegangan kemas di pergelangan tangannya .
“Hei , apa ni pegang tangan anak dara orang ni . Aku bukan isteri kau lagilah”,ucap Suhaila geram . Pantang dia bila ada lelaki yang sengaja mengambil kesempatan menyentuhnya biarpun hanya di pergelangan tangan . Masalahnya , yang ‘hanya’ tu je dah boleh buat syaitan ketawa tak ingat dunia . Dosa pun tambah lagi . Dahlah tak berlapik ni , boleh pegang pula , desis hati Suhaila geram .
Ferhad masih tidak melepaskan pergelangan tangan Suhaila , sebaliknya dia memegang lengan gadis itu pula . Dia tahu mengapa gadis itu begitu marah apabila dia memegang pergelangan tangannya tadi .
“And , sekarang ni dah berlapik . So , duduk diam . Aku cuma akan lepaskan tangan kau bila kita sampai sahaja”.
“Tapi…”
“Nope , I said stay still or else kau turun dekat sini”,ugut Ferhad sekaligus mematikan segala ayat yang terangka di benak Suhaila . Seraya Suhaila berpeluk tubuh . Ferhad pula kembali menarik brek tangan sebelum kereta perlahan-lahan bergerak dari bahu jalan .

Beberapa kali Hafizul memandang jam yang terletak elok di pergelangan tangannya . Seorang gadis yang sedang memilih-milih pakaian dipandang . Apesallah semua awek yang aku try , sama je spesis . Pilih baju macam nak pakai baju tu untuk selama-lamanya . Memang semua perempuan sama agaknya .
Tiba-tiba , dia teringatkan Suhaila . Teringat lagi bagaimana pertemuan pertama dia dengan gadis yang pada pengamatannya sewaktu kali pertama mereka bertemu adalah gadis yang kasar walaupun bertudung .
“Eh bro , sorry . Tapi , ni tempat aku”. Hafizul yang baru mendafatar di situ terus memandang gadis yang mengenakan baju kurung dengan tudung yang hanya disilangkan . Tanpa dipelawa , Suhaila terus meletakkan air yang ditatangnya ke atas meja . Tanpa segan silu , dia melabuhkan duduk di hadapan Hafizul .
Perwatakan Suhaila itu telah menarik hati Hafizul untuk lebih mengenali gadis yag tidak diketahui namanya itu .
“Hai , saya Hafizul . Paggil Zul”. Hafizul menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan . Suhaila yang sedang ralit menyedut minuman sekadar menjeling sahaja lelaki yang tidak diketahui mana asal-usulnya itu . Tanpa secalitpun senyuman , Suhaila memerhati pula orang yang lalu lalang di kafe itu .
“Kenapa tak bangun lagi?”soal Suhaila , langsung tidak menggambarkan sebuah kemesraan . Hafizul tersentak . Amboi, garangnya!
“Maaflah . Tapi , tempat duduk lain semua dah penuh . Jadi , kalau saya duduk sini tak salah kan?”Hafizul masih lagi berusaha mencipta suasana mesra diantara mereka . Pertama kali dia berjumpa dengan gadis sebegini rupa . Selama ini , jika dia memulakan perkenalan , pantas sahaja gadis itu menyambut . Namun , tidak pula pada gadis yang baru dikenalinya itu .
“Hmm”.Suhaila masih lagi ralit melayan minumannya . Sekali-sekala , matanya melilau ke sekeliling . Manalah tahu lelaki ni sengaja je nak cipta alasan supaya dapat duduk depan aku . Lelaki sekarang bukannya boleh percaya sangat!
“Saya Hafizul . Panggil Zul . Awak?”Hafizul menghulurkan salam perkenalan sekali lagi sementelah salam perkenalannya awal tadi tidak bersambut .
Suhaila mengangkat wajahnya memandang tangan yang dihulurkan buatnya . Suhaila tersenyum segaris sebelum kembali membuat muka serius . “Aku Suhaila . Panggil Ella . Sorry , aku tak salam dengan orang yang bukan muhrim . And , tak payahlah bersaya awak dengan aku , tak selesa”,ucap Suhaila , tepat mengenai jantung Hafizul . Tersentak Hafizul jadinya . Memang tak payah nak bertapis-tapis dah . Straight to the point je cakap . Memang sentap , beb!
Hafizul menarik kembali tangannya . Air yang berada di depannya diteguk bagi menghilangkan kegugupan yang tiba-tiba menyerangnya . Namun , ada satu tarikan buatnya untuk mengenali gadis yang sangat ‘jujur’ orangnya .
“Aku ambil course pengurusan perniagaan . Kau?”Hafizul mula menukar bahasa panggilannya kepada Suhaila . Suhaila mendengus kuat . Apalah mamat ni nak agaknya . Menyemak jelah !
“Sama”,ucap Suhaila sepatah .
“Oh , kalau macam tu , bolehlah kita jadi kawan”,ucap Hafizul , cuba untuk menceriakan suasana . Sebuah jelingan maut dihadiahkan buat Hafizul . Bibirnya dinaikkan sebelah . Menyampah je aku dengar . Nak berkawan-kawan pula . Apa dah nak pupus ke lelaki dekat kolej ni .
Suhaila sekadar memberikan sebuah senyuman tawar yang entah ikhlas entah tidak . Namun , Hafizul langsung tidak terasa hati dengan perilaku Suhaila , malah dia menjadi lebih tertarik untuk mengenali gadis kasar yang bernama Suhaila itu .
“Baby!”,ucap Farisya separuh menjerit , membuatkan Hafizul tersedar daripada lamunan panjangnya . Farisya yang sedang berpeluk tubuh seolah-olah merajuk dengannya dipandang hairan . Hafizul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . Hairan dengan perilaku kekasih yang baru dikenalinya selama dua hari .
“Kenapa ni , you?”soal Hafizul sambil memegang kedua-dua belah bahu Farisya yang sedang merajuk . Farisya sengaja menggoyangkan bahunya dengan kasar bagi meleraikan pegangan Hafizul di bahunya . Hafizul tersenyum di dalam hatinya . Alah , setakat perempuan macam ni ayat sikit je gerenti cair punya , ucap Hafizul di dalam hati .
“Sayang , janganlah merajuk . Okey , lepas ni kalau you dah tak merajuk lagi dengan I , I akan belikan apa sahaja yang you nak”,ujar Hafizul sambil bermain-main dengan hujung rambut Farisya . Farisya yang sedari tadi merajuk terus mengukirkan senyuman manja demi mendengarkan tawaran keemasan daripada Hafizul . Untung dia kerana berkekasihkan lelaki kaya . Segala yang ingin dimilikinya akan dapat dimiliki dengan mudah .
Hafizul sekadar tersenyum sinis di dalam hati . Huh , perempuan semua sama je . Jenis yang mengikis harta orang kaya sahaj , sindir Hafizul di dalam hati . Tiba-tiba akalnya teringatkan Suhaila dan Farhana , dua orang sahabat perempuannya yang sangat dia percaya bukan jenis sama seperti perempuan-perempuan yang pernah menjadi kekasihnya .
Tangannya tiba-tiba dipaut mesra oleh Farisya sambil tersenyum manja ke arahnya . Senyuman kekasihnya itu dibalas sebelum mereka beriringan berjalan ke sebuah gedung pakaian berjenama yang terletak jauh daripada tempat mereka berdiri tadi .

Straw yang berada di dalam gelas yang berisi air teh ais dimain-mainkan . Sesekali mata Suhaila tertancap ke arah Ferhad yang sedang tersenyum membalas mesej daripada kekasih hati , mungkin . Suhaila membuat muka bosan . Jari telunjuknya pula diketuk-ketukkan ke atas meja dengan penuh rasa bosan . Memang aku ni hanyalah patung cendana buatmu , Ferhad!
Selesai membalas mesej daripada mamanya , Ferhad memandang ‘bakal isteri’nya yang tidak pernah dicintai langsung . Lakonan yang sekadar mahu menghentikan tindakan mamanya menikahkan dia dengan anak kawan mamanya telah menjerat dirinya bilaman dia terpaksa juga berkahwin dengan seseorang yang langsung tidak dicintainya malah dibenci lagi .
Suhaila yang perasan akan pandangan Ferhad ke arahnya terus menopangkan dagu dengan kedua-dua belah tangannya sambil matanya dikerdip-kerdipkan . Berkerut seribu dahi Ferhad memandang tindakan ‘comel’ Suhaila itu . Muntah hijau ni macam dah berlumba-lumba dalam tekak aku ni nak keluar .
“Hei , kau fikir kau comel?”ujar Ferhad , menyampah . Suhaila mengangkat-angkat sebelah keningnya sebelum matanya disepetkan sambil tersenyum comel . Matanya masih setia dikerdip-kerdipkan bagi menambah persa kecomelannya yang sememangnya comel itu . Perasan!
“Memang aku comel . Sebab tu lah aku buat macam ni”,ujar Suhaila . Ferhad memandang malas gadis di hadapannya itu .
“Okey , aku straight to the point je lah apa yang aku nak cakap dekat kau”,ujar Ferhad mulai serius .
“Ha , aku ingat kau dah amnesia sampai lupa tujuan asal kau bawa aku datang sini . Aku ingat kau sengaja jadikan aku sebagai model patung cendana antarabangsa kau . Okey , proceed”,Suhaila juga mulai serius walaupun terselit kata-kata sindiran yang keluar dari ulas bibir mungilnya .
Ferhad mendengus geram . Sempat lagi nak menyindir aku ayam sewel ni . Tak apa , aku simpan sindiran kau .
“Aku tak cintakan kau dan begitu juga kau tak cintakan aku , right? So, this nonsense  marriage should not happen and we did not deserve to live together as husband and wife”,ucap Ferhad panjang lebar . Suhaila mencebik . Amboi , tak layak ye . Okey , biar aku menyampuk sikit .
“Yeah , you’re right . Absolutely right , Mr.Ferhad”,ucap Suhaila sambil membuat gaya yang begitu menyokong hujah Ferhad . Ferhad tersenyum kemenangan . Pada tanggapannya , Suhaila langsung tidak menyedari maksud ‘not deserve to live together as husband and wife’ yang diucapkannya sebentar tadi . Lembap!
“Yelah , aku yang cantik jelita lagi anggun bergaya ni mana sesuai dengan manusia tak bertamadun macam kau ni”,sambung Suhaila lagi membuatkan Ferhad mengetap giginya geram . Suhaila pula yang merampas pergi senyuman kemenangan yang terukir di bibir Ferhad sebentar tadi .
Ferhad menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menghembuskannya kasar . Sabar, sabar . Eei , kalau kau ni kaum sejenis aku memang dah lebam sebelah biji mata , hilang gigi sebatang aku kerjakan . Secubit rasa sesedap selera je nak kata aku manusia tak bertamadun . Ayam sewel tak sedar diri!
“Okey , sekarang ni aku nak kemukakan beberapa syarat sebelum kita berkahwin . Pertama , selepas kita bergelar suami isteri , tak ada sesiapa boleh masuk campur urusan hidup sesiapa antara kita . Yang kedua , sebagai seorang isteri kepada lelaki hebat macam aku , kau kena sentiasa menjaga nama baik aku sebagai suami kau . Yang ketiga , aku tak nak ada sesiapa pun tahu tentang perkahwinan kita except keluarga kita dan kawan terdekat sahaja . Tidak dibenarkan sebar kepada orang luar . And aku nak kau tahu aku sebenarnya dah ada kekasih hati sendiri”,ucap Ferhad panjang lebar . Suhaila terangguk-angguk mendengar ucapan Ferhad yang panjang lebar itu . Ceh , ada kekasih hati konon . Ingat aku nak frust menonggeng tergolek-golek ke bila tahu dia ada kekasih . Tapi , kenapa hati aku rasa lain macam ek?
“Baiklah Encik Ferhad . Perintah dijunjung , tuanku . Patik menerimanya dengan sukacitanya tanpa sebarang bantahan”.Suhaila menyatukan kedua-dua belah telapak tangannya lalu diletakkan ke dahi , seperti sedang menyembah raja .
Hafizul terperasankan kelibat seorang yang sangat dikenalinya . Cukup lama belakang tubuh itu diperhatikan , tanpa menghiraukan Farisya yang sedang berceloteh di sebelahnya . Setelah mendapati gadis itu benar-benar Suhaila , pautan di tangannya seraya dileraikan .
“Sayang , I nak pergi sana ye . You balik sendirilah”,ujar Hafizul selamba . Terkejut beruk Farisya mendengarnya . Mulutnya terkumat-kamit mahu membalas .
“Habistu , siapa nak hantar I balik?”soal Farisya tidak berpuas hati lebih-lebih lagi apabila mendapati kawan yang dimaksudkan oleh Hafizul ialah seorang wanita .
Tanpa menghiraukan Farisya , Hafizul terus menghampiri pasangan yang seperti membincangkan hal yang serius . Farisya menghentak-hentakkan kakinya tidak berpuas hati apabila ditinggalkan terkotak katik di tengah-tengah pusat beli-belah itu . Langkah diatur laju ke luar .
“Ella?”ujar Hafizul . Suhaila yang hairan mendengar namanya dipanggil dari arah belakang tersentak . Takkan mamat ni panggil nama aku kot , dari belakang pula tu? Ferhad memandang jejaka yang berada di belakang Suhaila dengan pandang hairan . Aik , takkan jeles kot?!
Suhaila berpaling . Senyuman kegembiraan terus terukir di wajahnya sebaik melihat Hafizul . Hafizul terus menarik kerusi dari meja berdekatan sebelum melabuhkan duduk di sebelah Suhaila . Rasa teruja bertemu dengan Suhaila tidak dapat digambarkan setelah hampir dua minggu tidak bersua muka .
“Siapa ni?”soal Ferhad , serius . Suhaila tersentak mendengar nada serius Ferhad . Takkanlah mamat ni jeles kot . Kalau dia jeles , maksudnya kucing nak bertanduklah tu .
“Oh , sorry aku lupa . This is Hafizul , my friend and this is Ferhad , my…”Suhaila serba-salah . Wajah Ferhad dipandang meminta bantuan , namun Ferhad sekadar menayangkan muka bersahaja . “fiancée”,ujar Suhaila perlahan . Melihat wajah Ferhad yang langsung tidak menunjukkan muka marah membuatkan Suhaila mula menarik nafas lega .
Hafizul tersentak . Adakah aku bermimpi atau aku tersalah dengar?
“Your … what?”Hafizul mahu sekali lagi Suhaila mengulang cakapnya bagi memastikan yang dia tidak bermimpi ataupun sedang mengelamun . Suhaila menarik nafas berat seraya memandang sekilas Ferhad yang masih dengan muka bersahajanya .
“My fiancée”,ucap Suhaila sekali lagi . Hafizul mengangguk-angguk faham . Namun , hatinya dirasakan bagai sedang menanggung sakit yang teramat pedih . Sebuah senyuman separa ikhlas dihulurkan buat Suhaila .
“Oh , kau bercinta sorok-sorok daripada aku ye . Bila nikah?”suaranya sengaja diceriakan bagi mengelak kekecewaannya daripada dikesan oleh Suhaila . Walaupun begitu , Suhaila dapat mengesan sesuatu di sebalik mata bundar Hafizul . Bagaikan sedang menanggung luka yang dalam , namun tidak dihiraukan .
“Lusa”,ucap Suhaila serba-salah . Hafizul tersentak . Mengapa hatinya dirasakan sedang berdarah demi mendengar pengakuan Suhaila . Wajah Ferhad yang dilihat sedang memandang serius ke arahnya ditatap lama . Patutlah Suhaila boleh jatuh suka pada lelaki hebat di depannya . Kacak dan dari penampilannya , lelaki itu bukan calang-calang orang .
Suhaila menjeling pada Ferhad yang sedang duduk di hadapannya . Hurm , asal pula mamat ni pandang Hafizul lain macam je ni . Dari gaya dia pandang Hafizul , macam Hafizul tu nak dicekik-cekik sampai mati je gayanya . Takkan jeles kot . Hish , perasanlah kau , Suhaila!
Suhaila tiba-tiba mendapat idea . Sengaja dia cuba menguji Ferhad . Tiba-tiba dia berdiri . Ferhad dan Hafizul masing-masing memandang hairan ke arahnya .
“Zul , awak boleh hantar saya balik tak . Saya dah penat . Ad , kau tak kisah kan?”Suhaila cuba sedaya-upaya menayangkan muka yang sepenat mungkin . Hafizul semakin hairan mendengar panggilan Suhaila terhadapnya yang tiba-tia berubah . Sejak dia mengenali Suhaila , gadis itu tidak pernah memanggil mana-mana lelaki dengan panggilan awak saya . Tapi hari ini , dia sedikit hairan . Masakan Suhaila hanya ber ‘aku-engkau’ dengan tunangannya sendiri sedangkan dengan sahabatnya ber ‘saya-awak’.
Ferhad tersentak namun cuba disembunyikan agar tidak terlalu nyata . Tidak tahu mengapa dia rasa tercabar dengan Hafizul sedangkan dia dengan Suhaila langsung tidak mempunyai apa-apa hubungan hati .
“Apasal kau balik awal sangat? Dah penat sangat ke sampai tak boleh tunggu sekejap”,ucap Ferhad bernada tegang . Hafizul semakin hairan jadinya . Dari gaya Suhaila dan tunangnya berkomunikasi langsung tidak menggambarkan pasangan yang sudah mengikat tali pertunangan dan akan diijabkabulkan tidak kurang daripada 48 jam dari sekarang .
Suhaila membuat muka hairan memandang Ferhad .
“Aku dah penatlah tadah telinga dengar peraturan-peraturan karut kau . Kalau kau nak bagi aku peraturan banyak-banyak , baik kau jadi warden asrama je . Telinga aku pun tahu penat . Ke , kau jelous?”Suhaila mengecilkan matanya sambil keningnya diangkat-angkat . Ferhad gugup . Eh , nampak sangat ke aku jelous?Tapi … aku jelous ke? Hish , mimpilah aku nak jelous dengan kau ayam sewel .
“Hei , sebagai ayam sewel kau dinasihatkan supaya tidak mudah perasan yang aku akan cemburu semata-mata kau nak balik dengan kawan kau ni . Baliklah . Kalau korang nak lari sampai Thailand pun aku tak halang . Silakan”.Ferhad menghalakan tangan kanannya ke arah pintu keluar . Suhaila mengetap bibir geram . Beg silangnya disangkutkan semula ke bahu . Terus Suhaila berjalan laju meninggalkan Hafizul yang bingung dengan drama sebabak yang dibentangkan di hadapan matanya .
Hafizul lantas tersedar sebelum turut menyaingi langkah Suhaila yang sudah jauh ke hadapan .
Di dalam kereta , mulut Suhaila tidak henti-henti menyumpah seranah bakal suaminya . Sekali-sekala Hafizul memandang ke sebelah tempat pemandu . Kadang-kadang dilihatnya Suhaila sedang meletakkan penumbuk di atas tapak tangannya lalu dihenyak-henyakkan di atas tapak tangannya itu . Hairan Hafizul dengan perilaku Suhaila itu .
“Ella , kau ni kenapa . Aku tengok kau dengan tunang kau tu tak macam tunang je . Kasar semacam je”,ujar Hafizul mengutarakan soalan yang tidak dapat ditahan-tahan lagi di benaknya .
“Mana tak kasarnya , Zul . Aku bukannya bercinta sakan dengan dia tu . Aku benci adalah . Dahlah panggil aku ayam sewel . Buat salah , tak reti minta maaf . Tahu nak arah orang itu ini . Sombong gila nak mampus . Hish , aku tak suka betullah mamat tu . Ya allah , macam manalah aku nak menatap muka mamat poyo tu hari-hari . Silap hari bulan , bukan setakat periuk belanga tau terbang , dengan sofa peti sejuk pun boleh ikut melayang sama”,bebel Suhaila bagaikan tidak mahu berhenti . Hafizul memperlahankan bunyi radio bagi mendengar segala omelan Suhaila dengan lebih jelas . Bibir Suhaila bergerak-gerak sambil dahinya berkerut seribu akibat marah yang teramat .
“Dah korang saling membenci , macam mana boleh bertunang . Dah nak kahwin pula tu?”
“Tu mamat poyo tu punya pasallah . Aku baling kasut je pun dekat kereta mahal dia tu , tapi calar mengalahkan kena hempap dengan lori . Dah tu , minta ganti rugi berlakon jadi awek dia . Aku buatlah . Dah tu , mak dia boleh pula suka dekat aku . Entah sudut mana entah Datin Seri tu  tengok sampai dia boleh minat dekat aku”,omel Suhaila . Hafizul tiba-tiba meledakkan ketawa lepas . Suhaila memandang Hafizul di sebelahnya dengan riak hairan . Jangan cakap kau tiba-tiba kena sawan kereta pula , Zul .
“Woi , asal kau gelak . Aku tak buka cerita Maharaja Lawak Mega pun tau”,Suhaila kegeraman .
“Tak adalah . Aku pun pelik juga ada orang boleh berkenan dengan kau nak dibuat menantu”,ucap Hafizul dengan tawa yang masih bersisa . Suhaila berpeluk tubuh kegeraman . Tak patut betullah kawan aku sorang ni . Dibantainya gelakkan aku sampai nak tercabut anak tekak dia dibuatnya . Hish , geram pula aku , omel Suhaila dalam hati .

Namun , Suhaila tidak tahu apa yang dirasakan Hafizul saat itu . Tawa itu sekadar menutup kesedihan hatinya yang masih terasa selepas mengetahui bahawa gadis yang dicintainya dalam diam itu bakal mendirikan mahligai dengan lelaki lain . Hafizul menghembuskan sebuah keluhan berat . Tawanya sudah berhenti . Matanya fokus memandang ke arah jalan raya .

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!