BAB 3
Sebaik
menamatkan bacaan ayat Al-Quran , Suhaila menanggalkan telekungnya dan melihat
jam di tangannya . Pukul 12.15 . Hujam yang membasahi bumi sejak petang tadi
masih lagi belum reda . Tiba-tiba kedengaran pintu diketuk . Terus Suhaila
mencapai tuala lalu dilitkan di atas kepalanya . Mana tahu , mungkin abang
tirinya yang mengetuk pintu biliknya .
Jangkaannya
tepat sekali. Faizal kelihatan sedang tersenyum di muka pintu , namun padangan
Faizal terhadapnya bagai tersirat seribu makna . Namun , disedapkan hatinya
supaya hanya memikirkan yang baik-baik sahaja tentang abang tirinya walaupun
mata Faizal bagaikan asyik merenungnya dari atas ke bawah . Walaupun rimas
dengan pandangan Faizal , Suhaila tetap mengukirkan senyuman buat abang tirinya
. Pegangan di tualanya diperkemas .
“Abang Faizal
nak apa?”soal Suhaila . Faizal yang ralit memerhatikan Suhaila tersedar .
Sebuah senyuman tawar dihulurkan buat tatapan adik tirinya .
“Abang cari
stoking hitam abang . Sorrylah abang ganggu Su , tapi abang memang saja prepare
awal-awal supaya senang esok . Lagipun semalam abang basuh stoking tu , but
abang dah cari tapi tak jumpa”,ucap Faizal , cuba menyembunyikan niat
sebenarnya daripada dihidu oleh Suhaila . Walaupun Suhaila agak hairan dengan
permintaan abangnya itu , namun diturutkan jua . Manalah tahu abangnya
benar-benar mahu membuat persediaan awal untuk bekerja esok .
Faizal berdiri
di muka pintu , mempersilakan Suhaila masuk ke dalam biliknya . Tanpa sebarang
ragu , Suhaila terus bergerak masuk ke dalam bilik abang tirinya lalu terus
bergerak ke almari pakaian Faizal . Kesempatan itu diambil oleh Faizal untuk
menutup pintu biliknya . Suhaila yang sedang mencangkung di hadapan almarinya
dipandang penuh bernafsu .
Suhaila
dihampiri . Suhaila yang terasa bahunya disentuh terus berpaling ke belakang .
Perlahan-lahan Suhaila berdiri , berhadapan dengan abang tirinya yang begitu
rapat sekali dengannya . Pintu bilik yang tertutup rapat mencemaskan Suhaila .
Namun , hatinya disedapkan . Mungkin angin yang tiup kot , fikir Suhaila .
“A…abang nak apa
lagi?”soal Suhaila gugup sebaik menyedari pandangan Faizal yang semakin liar .
Pegangan di tualanya diperkemas . Faizal
semakin menghampiri sementara Suhaila semakin berundur . Jantungnya berdegup
pantas .
Kedua-dua belah
bahu Suhaila dipegang kemas sehinggakan walau sekuat mana pun Suhaila meronta ,
masih tidak dapat dileraikan . “Abang sebenarnya , dah lama sukakan Su . Cuma
Su je tak tahu . Jadi , malam ni , abang teringin sangat untuk…”,bibirnya didekatkan
ke bibir Suhaila . Wajah Suhaila semakin mengundur . Suhaila berusaha semampu
mungkin untuk melepaskan dirinya . “Layan abang”,ucap Faizal dengan penuh
bernafsu . Mendengar sahaja perkataan yang keluar dari bibir Faizal , Suhaila
bagaikan mendapat satu tenaga yang luar biasa . Dengan sekali rentapan sahaja ,
Suhaila berjaya melepaskan diri .
Belum sempat
Suhaila mencapai tombol pintu , lengannya ditarik kasar . Tuala yang terletak
elok di atas kepalanya melorot jatuh ke atas lantai . Tubuhnya dipeluk erat
oleh Faizal daripada belakang . “Lepaslah”.Suhaila meronta-ronta minta
dilepaskan , namun tidak berhasil .
“Kan cantik kau
macam ni . Kenapa kau nak sorok-sorok daripada aku?Aku janji dengan kau , aku
akan jaga kau dengan sepenuh kasih sayang aku lepas kau layan aku malam ni”,ucap
Faizal seraya menolak tubuh Suhaila dengan kasar ke atas katil .
Belum sempat Suhaila
bangun , tubuhnya telah ditindih oleh Faizal yang sedang tersenyum sinis
memandangnya . “Lepaslah . Tolong!”,Suhaila berteriak , berharap ada yang
mendengar jeritannya . Cepat-cepat mulut Suhaila ditutup dengan telapak
tangannya . Suhaila masih lagi meronta-ronta minta dilepaskan .
“Takkan siapalah
akan dengar kau”,ucap Faizal . Butang baju yang dipakainya dibuka satu –persatu
. Peluang yang ada digunakan sebaik mungkin . Tangan Faizal yang terletak elok
di mulutnya digigit lalu celah kelengkang Faizal ditendang . Faizal terjatuh
dari katil sambil mengepit celah kelengkangnya yang terasa senak . Faizal
mengerang kesakitan .
Suhaila cepat-cepat
berdiri untuk melarikan diri . Bajunya yang terlondeh sedikit diangkat .
Tiba-tiba , pintu dibuka dari luar . Terjegul wajah Puan Faridah yang sedang
memandang ke arahnya dengan bengis sekali . Anak terunanya dihampiri .
“Faizal , kenapa
ni sayang?”soal Puan Faridah . Risau sungguh hatinya sebaik melihat Faizal yang
sedang terbaring lemah di atas lantai .Wajah anaknya dipegang, menilik
kalau-kalau ada kecederaan pada wajah anaknya.
“Mak , Su paksa
Ijal mak . Ijal tak nak . Dia goda Ijal . Bila Ijal tolak , dia marah Ijal .
Dia pukul Ijal , dia tendang Ijal . Sakit mak”,Faizal mereka cerita .Perutnya
sengaja ditekan menandakan kesakitan yang teramat. Terbuntang mata Suhaila
mendengar segala cerita yang sengaja direka Faizal . Suhaila menggeleng-geleng
sebaik Puan Faridah memandang bengis ke arahnya .
“T…tak , bukan
saya goda dia . Dia yang cuba…”
“Cuba apa?Cuba
rogol kau, huh!”ucap Puan Faridah garang . Rambut anak tirinya ditarik sekuat
hati . Berair mata Suhaila kerana menahan sakit . Suhaila ditarik keluar
daripada bilik anaknya .
“Hei , kau
dengar sini baik-baik . Anak aku , tak hadaplah setakat perempuan kolot macam
kau ni . Kau ingat aku nak percaya cakap kau , huh? Hei , kau dengan mak kau
sama je , perempuan sundal”,ucap Puan Faridah sambil jari telunjuknya
menunjal-nunjal kepala Suhaila .
Allahuakbar!laung
Suhaila di dalam hati . Pedih hatinya mengenangkan ibunya yang dianggap sesuci
embun pagi dikatakan perempuan sundal . “Maaf Cik Idah , saya minta maaf . Tapi
, mak saya bukan perempuan sundal Cik Idah . Jangan salahkan mak saya .
Salahkan saya . Saya yang goda Abang Faizal”,ucap Suhaila teresak-esak .
Walaupun dia telah mengaku atas kesalahan yang tidak dilakukannya , namun dia
rela daripada ibunya dihina sebegitu rendah sekali .
Tanpa menghiraukan
tangisan Suhaila , Puan Faridah menarik Suhaila ke luar rumah . Bunyi
guruh yang sabung-menyabung membuatkan
Suhaila ketakutan . Suhaila ditolak keluar sehingga gadis itu jatuh bersimpuh .
“Malam ni , kau
tidur luar”,ucap Puan Faridah seraya menutup pintu . Suhaila bingkas bangun
untuk masuk ke dalam rumah . Bum!
“Astaghfirullahalazim”,Suhaila
terduduk sambil meraup wajahnya . Dahinya berpeluh-peluh . Bagaimanalah aku
boleh mimpi kejadian empat tahun lepas . Beberapa kali Suhaila beristighfar di
dalam hatinya .
Suhaila
termenung sebentar , mengenangkan semula mimpi yang dialaminya . Sejak
peristiwa itu, Suhaila terus berubah menjadi seorang yang kasar dan tidak mudah
mempercayai orang lain terutama ahli keluarga tirinya . Gaya percakapan dan
pakaiannya sengaja diubah menjadi sedikit ‘tomboy’ supaya dia tidak dibuli
sesuka hati . Jika dulu dia tidak pandai melawan , namun pengalaman telah
mengajarnya untuk menjadi lebih berani menegakkan kebenaran .
Suhaila mengerling jam di tangannya
. Pukul 4.00 pagi . Mungkin mimpi tadi adalah petanda bahawa Allah telah
mengejutkannya untuk bangun beribadah . Suhaila terus bangun dari tilamnya lalu
ke bilik air . Dia ingin menunaikan solat Taubat dan solat Tahajjud sebelum
masuk Subuh . Dengan melakukan banyak ibadah sunat , insyaAllah ketenangan hati
mampu diperoleh . Alhamdulillah , amalan sunat itu telah menjadi salah satu
rutin hariannya . Semoga dia sentiasa istiqamah melakukan ibadah sunatnya .
Penampilannya
dirapikan di hadapan cermin . Sesekali tali leher yang tergantung elok di kolar
bajunya diperbetulkan . Setelah memastikan dirinya kelihatan kemas , Ferhad
terus mengatur langkah untuk turun bersarapan di bawah . Bau harum yang menusuk
rongga hidungnya betul-betul menarik seleranya .
“Assalamualaikum
, mama”,ucap Ferhad dari atas tangga . Puan Seri Dahlia memandang anak
terunanya yang sudah segak mengenakan pakaian pejabatnya dengan sebuah senyuman
.
“Waalaikumsalam
. Ni anak mama happy semacam ni kenapa?Nak jumpa bakal menantu mama ke?”soal
Puan Seri Dahlia ,sekadar mengusik . Ferhad melabuhkan duduk di atas kerusi di
meja makan . Puan Seri Dahlia pantas menuangkan air teh o ke dalam sebuah cawan
kosong lalu melabuhkan duduk di hadapan anaknya .
“Apalah mama ni
. Bukan Ad memang hari-hari macam ni ke?”Ferhad menyuakan sesudu mihun goreng
ke dalam mulutnya . Puan Seri Dahlia tersenyum memandang anak terunanya .
“Ad , mama nak
tanya boleh?”soal Puan Dahlia tiba-tiba .
“Tanyalah , ma .
Sejak bila mama pandai minta izin Ad sebelum tanya ni?”Ferhad mengusik ibunya .
Memang itulah hobinya . Dia begitu akrab dengan Puan Seri Dahlia sebaik
kematian arwah bapanya yang terlibat dalam kemalangan 2 tahun lalu . Ibunyalah
tempat dia mengadu segala masalah dan tempat bermanja .
“Tahun ni , Ad
27 tahun kan?”soal Datin Seri Dahlia . Ferhad mengangguk-angguk sebelum meneguk
air teh o yang telah terhidang untuknya .
“Ad dah ada
calon menantu untuk mama?”soal Datin Serri Dahlia secara tiba-tiba , membuatkan
Ferhad tersedak . Dahinya berkerut memandang Datin Seri Dahlia yang
kelihatannya begitu ingin tahu apa yang bakal dijawab oleh Ferhad . Ferhad
tersenyum tawar .
“Ma…mama ni
kenapa pula?Tiba-tiba je tanya pasal bakal menantu”,ucap Ferhad teragak-agak .
Datin Seri Dahlia mengeluh berat .
“Ad dah lupa lah
ni”,Datin Seri Dahlia berpeluk tubuh sambil menjeling geram anaknya . Ferhad
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal . Baru dia teringat . Sewaktu
pembacaan wasiat ayahnya 2 tahun lepas , dia akan dilantik menjadi CEO ketika
berusia 27 tahun , itupun sekiranya dia berkahwin sebelum masuk usianya 27
tahun . Jika tidak , syarikat keluarganya akan berpindah milik kepada pewaris
lain . Aduh , dua bulan lagi aku masuk 27 tahun . Mampus , macam mana aku boleh
lupa ni!
“Ad dah ingat
dah”,ucap Ferhad selamba . Datin Seri Dahlia memukul kuat bahu anak terunanya .
Ferhad mengusap-usap tempat tamparan ibunya . Ferhad mengaduh perlahan .
“Ha , dah tu ,
dah tak nak jadi bos dekat syarikat keluarga kita ke?”ujar Datin Seri Dahlia ,
geram dengan tingkah anaknya yang kelihatan tidak mengambil berat akan perihal
wasiat Dato’ Seri Hishamuddin yang dibacakan tiga bulan selepas pemergian arwah
suaminya .
“Bukan macam tu
mama . Ad cuma…”
“Dah , tak ada
cuma cuma . Mama bagi tempoh 2 minggu untuk Ad bawa calon menantu mama jumpa
mama . Kalau tak , mama kahwinkan je dengan mana-mana anak kawan mama or else
jawatan CEO tu akan berpindah milik”,ujar Datin Seri Dahlia tegas sebelum
bangun meninggalkan Ferhad terkulat-kulat di meja makan . Aduh , kalau dah
datang tabiat tegas mama , memang tak dapat tidak . Kalau mama kata hitam ,
hitamlah . Kalau kata putih , putihlah . Tak ada siapa boleh membantah kalau
Datin Seri Dahlia sudah memberi arahan .
Sudu dan garpu
yang berada di tangan beberapa kali dimain-mainkan . Sebuah keluhan berat
dilepaskan sekali lagi . Johari memandang hairan sahabatnya . Makanan yang
sudah lama terhidang langsung tidak terusik . Melepaskan keluhan berat bagaikan
telah menjadi hobi buat sahabatnya yang seorang itu . Makanan yang tadinya
berasap tipis sudah tidak kelihatan lagi asapnya .
Hei , dah parah
kawan aku ni . “Woi , Ad!”Johari menepuk meja . Ferhad tersedar . Wajah Johari
dipandang sekilas sebelum kembali mengelamun . Johari kebingungan . Rimas juga
dia apabila melihat sahabatnya sebegitu rupa . Bagaikan mayat hidup sahaja gayanya
.
“Ad , lama-lama
aku pun boleh join jadi biul juga macam kau tahu tak . Apa yang berat sangat
masalah kau ni Ad? Cuba share sikit dengan aku”,akhirnya Johari mengalah dek
kebisuan sahabatnya . Sudu dan garpu di tangan diletakkan ke atas pinggan , sedia
mendengar luahan hati sahabatnya .
“Mati aku
Jo”,ucap Ferhad tiba-tiba .
“Apesal kau mati
pula?”soal Johari hairan .
“Mak aku bagi
aku dua minggu je untuk cari calon bini . Kalau tak dia akan kahwinkan aku
dengan anak-anak kawan dia . Mati aku Jo”,ucap Ferhad . Daripada riak wajah
yang ditunjukkan Ferhad , nampaknya jejaka itu betul-betul tertekan .
“La , apa guna
Julia di saat-saat macam ni . Dia kan kekasih kau . Bukan kau memang merancang
nak kahwin dengan dia ke?”ucap Johari . Terselit nada sinis di sebalik
kata-katanya . Namun begitu , Ferhad langsung tidak menyedarinya .
“Julia pergi
Paris dua bulan . Dia ada kursus dekat sana”,ucap Ferhad , bagaikan berputus
asa . Johari menarik nafas dalam . Dia betul-betul tidak menyukai kekasih hati
sahabatnya , Julia . Dia pernah terserempak dengan Julia yang dalam keadaan
mabuk sedang berjalan sambil berpapasan bahu ke sebuah bilik hotel bersama
seorang lelaki . Ketika itu dia baru selesai bertemu dengan klien . Sejak itu ,
dia mula hilang kepercayaan terhadap Julia yang pada tanggapannya tidak ikhlas
mencintai sahabatnya . Julia hanya mencintai kekayaan yang dimiliki Ferhad
sahaja .
“Kau cubalah
call dia . Kau bagitahu hal yang sebenar . Kalau betul dia sayangkan kau , dia
akan balik Malaysia sebab dia tak nak kau kahwin dengan orang lain”,ucap Johari
tulus . Walaupun , jauh di sudut hatinya dia begitu berharap yang Julia tidak
akan pulang ke Malaysia dan Ferhad terpaksa berkahwin dengan orang lain .
Biarlah Ferhad berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya daripada dia
berkahwin dengan orang yang dia cintai namun tidak ikhlas membalas cintanya .
Biarlah , bukankah orang-orang tua mengatakan bercinta selepas kahwin itu lebih
indah .
“Entahlah , Jo .
Jo , aku nak pergi toilet kejap”,ujar Ferhad seraya berdiri tanpa perasan
seorang pelayan wanita sedang berjalan di belakangnya . Tanpa disengajakan ,
Ferhad terlanggar wanita itu . Air yang dibawa wanita itu telah tertumpah di
atas baju gadis itu .
Suhaila melihat
bajunya yang telah kebasahan akibat tertumpah air yang dibawanya . Aduh ,
malaun mana yang main reverse je kerusi dia ni . Habis baju aku basah . Suhaila
mengangkat wajahnya daripada memandang bajunya .
“Kau!”ucap
mereka serentak . Johari yang menjadi penonton terkaku . Dari gaya diorang
cakap kau tu dah macam saling mengenali je .
Ferhad memandang
gadis di depannya dengan pandangan geram . Rasa serba salahnya terus bertukar
dengan rasa amarah sebaik mengetahui gerangan wanita yang dilanggarnya . Hish ,
memang bernasib malang je aku setiap kali jumpa dengan ayam sewel ni !
“Kau kalau nak
bangun tengoklah kiri kanan depan belakang dulu . Ni , main bangun je . Habis
basah baju aku . Ni semua sebab kau”,ucap Suhaila kasar sambil jari telunjuknya
tepat menunjuk ke arah Ferhad yang sedang memandang Suhaila dengan pandangan
geram .
Turun naik dada
Ferhad menahan amarah . Hei minah ni , besar kecik besar kecik je aku nengok.
Nasib baik kau ni perempuan . Kalau tak , dah lama rasa penumbuk sulung aku ni
. “Hei ayam sewel , kau yang tengah berjalan dekat belakang aku tak pandai
mengelak ke?Aku mana nampak belakang lah , sewel”,ucap Ferhad pedas . Suhaila
naik geram . Sewel dia panggil aku .
Terus kolar baju
Ferhad dicapai sambil mengacukan penumbuk . Johari yang menjadi penonton sedari
tadi bingkas berdiri . Risau juga dia jika perkara kecil akan menjadi lebih
besar . Salah seorang daripada staf di restoran tersebut pantas memanggil
pengusaha restoran .
“Hei , kau kalau
dah buat salah tu pandai-pandailah minta maaf . Ni mulut macam longkang . Kau
belum kenal aku siapa”,ucap Suhaila kasar . Ferhad dengan beraninya menentang
mata sepet Suhaila .
Ferhad tersenyum
sinis . “Kau ingat aku takut . Tumbuklah aku kalau berani”,Ferhad sengaja
mencabar amarah Suhaila . Dia tahu, palah sangat wanita macam Suhaila mampu
lakukan . Semakin membara amarah di dalam dadanya . Suhaila berura-ura mahu
menumbuk Ferhad sebelum Johari dengan pantas meleraikan pergaduhan .
“Bro , dahlah tu
. Benda kecil je . Tak payahlah gaduh . Cik , saya minta maaf bagi pihak kawan
saya”,ucap Johari . Pengurus restoran menghampiri . Kolar baju Ferhad
dilepaskan dengan kasar. “Nasib baik kawan kau ada , kalau tak nahas kau”,ucap
Suhaila seraya berlalu pergi . Mata perngunjung restoran yang lain kembali
memandang hidangan masing-masing .
Ferhad
membetulkan kolar bajunya kasar . Hilang terus moodnya untuk makan . Suhaila
yang beransur pergi ke dapur restoran dipandang dengan amarah yang membuak-buak
di dada . Pengurus restoran yang masih tidak tahu duduk perkara sebenar semakin
keliru sebaik melihat Ferhad meletakkan sekeping not RM50 di atas meja .
Johari memandang
Ferhad di tempat duduk pemandu dengan muka yang berkerut . Jarang dia melihat
Ferhad marah sebegitu rupa . Ferhad nampak betul-betul marah dengan gadis tadi
.
“Wei Ad , jarang
aku tengok kau marah macam ni . Tup-tup , hari ni angin kau gila betul . Kau
kenal ke dengan perempuan tu?”ucap Johari kehairanan .
“Dahlah Jo . Dia
tu kawan baik adik aku . Aku tak tahulah macam mana perempuan sewel tu boleh
jadi kawan adik aku . Nampak je bertudung , baju sopan , tapi perangai macam
jantan . Setiap kali aku jumpa dia , mesti malang nasib aku . First aku jumpa
dia , aku terlanggar dia . Lepastu , esoknya Julia terus tak layan aku macam
merajuk . And then hari ni , baju aku basah . Malang betul siapa yang jadi suami
ayam sewel tu . Eh , ada ke orang nak dekat ayam sewel tu? Orang gila nak
kut”Ferhad meluahkan ketidkpuasan hatinya kepada Johari . Johari
menggeleng-gelengkan kepalanya . Benci betul Ferhad kepada gadis itu .
“Apa pula tak ada
orang nak , dia comel apa . Dengan lesung pipit sebelah dia tu . Jangan benci
sangat Ad , nanti jadi sayang”,Johari mengusik .
Ferhad tersenyum
senget . Aku nak sayang dia , tunggu ikan berjanggut dululah . “Comel , eh Jo , kau patut buat pemeriksaan matalah
. Minah sakai macam tu comel , huh kucing dekat rumah nenek aku lagi comellah .
Nak jatuh cinta dengan dia , silap besarlah . Kalau aku jatuh cinta dengan dia
, aku berani hantuk kepala dekat batulah”,ucap Ferhad dengan lagaknya . Johari
hanya mampu tersenyum . Berlagaknya kau Ad . Kau jangan menyesal pula cakap
macam tu kalau satu hari nanti kau betul-betul jatuh cinta dekat dia .
Suhaila
meletakkan bajunya yang basah dek terkena air yang dibawanya ke dalam plastik
dengan perasaan geram . Multnya tidak sudah-sudah mengomel mengata Ferhad . Dah
langgar orang , tak minta maaf . Lepastu nak marah-marah aku . Padahal baju aku
yang lencun . Lpeas tu , kena marah dengan manager . Kena sound dengan customer
. Aduh , malang betul nasib aku . Setiap kali aku jumpa mamat tu , nasib malang
datang bertimpa-timpa .
Selesai solat
asar , Suhaila terus menunggu sahabatnya . Suhaila beria-ia menyuruhnya ke
tempat kerja menaiki teksi , siap sponsor duit teksi lagi semata-mata mahu dia
menemani gadis itu membeli-belah . Katanya , pulang sahaja Suhaila dari kerja ,
dia akan jemput . Siap tawarkan untuk hantar pulang lagi . Hei , pelik betullah
.
Sebuah kereta
Honda Preve berhenti betul-betul di hadapannya . Suhaila terus masuk di tempat
duduk sebelah pemandu . Kereta Farhana terus menderum laju , membelah jalan
raya .
Suhaila
ternganga . Minah ni , kalau shopping bukan dekat Pavilion tak sah agaknya .
Dah memang resmi anak-anak orang berada agaknya . Lepastu , kalau shopping
kalau tak cecah RM3000 memang tak sah . Penat dah dia membebel , katanya
membazir , namun Farhana macam tak kisah sahaja walaupun duit mengalir laju
macam air terjun . Siap tawarkan diri nak belanja sekali . Hei , kalau aku tak
tolak , memang makin bertambahlah bajet untuk shopping dia . Farhana
menggeleng-geleng .
“Ana , kau ni
kalau shopping ingat-ingatlah sikit dekat dunia nyata ni . Ni , hulur kad
kredit je kerjanya . Saya ni bukan apa ,
saya risaulah tengok awak . Nanti kesian suami awak”,ucap Suhaila . Farhana
mendengar endah tak endah sahaja . Tangan Suhaila ditarik .
“Jom , makan .
Saya laparlah . Saya belanja awak ye”,ucap Farhana tanpa mengendahkan Suhaila .
Mereka sama-sama masuk ke dalam Restoran Secret Recipe . Kan! Makan pun dekat
kedai macam ni . Sekali makan kalau tak cecah RM100 tak sah . Aku yang
serba-salah .
“Ella , awak nak
makan apa?”soal Farhana sebaik seorang pelayan mengambil pesanan . Suhaila
teragak-agak .
“Adik , makanan
apa yang paling murah?”soal Suhaila tanpa segan silu . Budak lelaki yang
kelihatannya baru lepasan SPM tersenyum tawar sambil menggaru-garu kepalanya .
Hish akak ni , paling murah mestilah sky juice . Pandangan ditalakan kepada
Farhana , meminta bantuan .
“Apa awak ni
Ella . Okeylah , spaghetti meatballs satu , lasagna satu , lepas tu starter
saya nak seafood spring roll satu dan dessert saya nak tiramisu cake two slices
. Air bagi chocolate shake dua”,ucap Farhana . Ternganga Suhaila mendengar
semua makanan yang dipesan Farhana . Badan je nampak kecil , tapi selera besar
mengalahkan selera gorilla . Budak lelaki yang mengambil pesanan mereka
beransur pergi . Suhaila memandang sahabatnya dengan pandangan pelik .
“Kenapa awak
pandang saya macam tu?”soal Farhana . Sempat lagi dia membetulkan rambutnya.
Mana tahu ada yang tidak kena pada rambutnya . Suhaila mengangkat bibirnya ke
kiri . Apa kalau orang pandang pelik kena cek rambut dulu ek?Nasib baik aku ni
bertudung . Kiranya aku kena cek tudung akulah .
“Pertama , awak
ni anak gajah ke anak manusia ? Kenapa awak tak order je semua makanan yang ada
dekat kedai ni . Yang kedua , kenapa awak beria-ia ajak saya teman awak
shopping? Apa motif awak?”soal Suhaila . Farhana mengangguk-angguk , persis
seseorang mendengar soalan interview kerja yang bertubi-tubi .
“Okey , pertama
saya anak manusia . Cuma hari ni saya memang teringin nak belanja awak . Kedua
, saya tak ada motif . Cuma…”ucap Farhana , sengaja membuat Suhaila
ternanti-nanti . Suhaila begitu setia menanti ayat Farhana yangs seterusnya .
“Saya kena pergi
London hujung bulan ni . Jadi , saya nak habiskan masa saya dengan awak Ella.
Sebab saya tahu saya takkan jumpa kawan sebaik awak dekat sana . Saya tak tahu
berapa lama saya dekat sana sebab saya kena tolong uruskan syarikat keluarga
saya dekat sana . Mungkin , bila anak saudara papa graduate , barulah saya
balik Malaysia”,ucap Farhana sayu . Suhaila memandang sahabatnya dengan sebuah
pandangan sedih . Tangan Farhana dipegang . Aku pun yakin yang aku takkan jumpa
kawan sebaik kau bila kau tak ada nanti, ucap Suhaila di dalam hati .
“Ana , tak boleh
ke awak tukar position dengan abang awak . Awak handle syarikat papa awak dekat
sini”,Suhaila berharap . Farhana menggeleng-geleng . Bukan dia tidak mahu .
Cuma , dia ada alas an tersendiri .
“Bukan saya tak
nak . Saya dah cakap dekat mama saya . Tapi , mama saya kata abang saya bakal
CEO syarikat di Malaysia sebab arwah datuk dah amanahkan syarikat di Malaysia
kepada ayah , dekat London kepada adik ayah . Lagipun , abang akan jadi CEO dua
bulan dari sekarang”,ucap Farhana sayu .
“Jadi , lama lah
saya tak jumpa awak”, ucap Suhaila bernada sedih .
“So , kali ni
awak tak menolak bila saya nak belikan awak baju . Boleh?”Farhana menyelitkan
nada memujuk di sebalik percakapannya .
“Okey , boleh .
Tapi bukan dekat sini”,Suhaila membalas . Farhana memuncung sekejap sebelum
kembali tersenyum . Bukan dia tidak tahu niat sebenar Suhaila . Dia tahu
sahabatnya itu tidak mahu mengambil kesempatan atas kesenangannya . Sebab itu
dia senang berkawan dengan Suhaila dek keperibadian Suhaila begitu menarik
walaupun Suhaila lebih kasar jika nak dibandingkan dirinya yang lembut .
Turun sahaja
daripada kereta Farhana , Suhaila terus menjenguk ke dalam rumah untuk
memastikan sama ada Puan Faridah ataupun Faizal memerhatikannya pulang menaiki
kereta mewah . Kalau tak , mampus aku . Maunya Puan Faridah minta aku pau si Farhana
yang baik gila macam malaikat tu . Farhana pun mestilah ikut punya . Tak nak
aku .
Tapi , ada
sesuatu yang menghairankannya . Scooternya yang elok terparkir di garaj rumah
tidak kelihatan . Pintu pagar rumah dibuka . Pantas Suhaila bergerak ke belakang
rumah untuk mencari scooternya , manalah tahu dia tersalah letak . Namun ,
tidak dijumpai . Suhaila ke garaj rumah semula untuk mencari sekali lagi .
Namun hampa .
Tiba-tiba , dia
melihat Faizal yang baru turun dari sebuah teksi sambil mengira-ngira not RM50
di tangannya . Suhaila tidak sedap hati . Terus Faizal dihampiri .
“Ijal , kau
nampak motor aku tak?”soal Suhaila dengan gaya yang sengaja di ‘gangster’kan .
Faizal masih lagi ralit mengira duit di tangan tanpa menghiraukan soalan
Suhaila . Suhaila tidak berpuas hati . Bahu kanan Faizal terus ditolak kasar .
“Woi , kau nak
apa?”soal Faizal garang . Panas hati Suhaila mendengar pertanyaan Faizal .
“Scooter aku
mana?”soal Suhaila sekali lagi . Faizal tiba-tiba tersenyum sinis . Wajah
Suhaila yang membahang dipandang sinis .
“Aku dah
jual”,ucap Faizal , membuatkan darah Suhaila terus menggelegak .
“Kurang ajar
kau”, terus pipi kiri Faizal ditumbuk kasar . Terduduk jejaka itu dibuatnya .
Bibir Faizal pecah . Tidak sia-sia dia belajar silat di sekolahnya dulu . Terus
pipi Faizal membiru .
Suhaila masih
tidak berpuas hati . Kolar baju Faizal ditarik agar jejaka itu berdiri .
Walaupun dia seorang perempuan , namun dia tidak gentar untuk berhadapan dengan
lelaki seperti Faizal . Baginya , Faizal perlu diajar cukup-cukup .
“Hei , kau
jantan tak guna . Asal kau jual scooter aku , huh?!Apa salah aku dekat kau?
Cakap!”,ucap Suhaila bagaikan orang histeria . Puan Faridah yang dengar suara
orang bergaduh di laman rumahnya terus keluar .
Dia dapat
melihat dengan jelas Suhaila sedang memegang kolar baju anaknya sambil
mengacukan penumbuk . Kesan lebam di wajah anak terunanya jelas dilihat .
Darahnya terus naik . Lebih-lebih lagi apabila melihat bibir anaknya yang
berdarah . Suhaila dihampiri .
“Kurang
ajar”.Pang! Sebuah tamparan hinggap di pipi Suhaila sehinggakan Suhaila
tertolak ke tepi lalu kepalanya terhantuk di bucu tembok . Kepalanya berdarah .
Suhaila memegang kepalanya yang sakit . Cecair likat merah telah mengotori
tudung putih yang dipakainya . Puan Faridah dipandang .
Puan Faridah
sibuk membelek-belek wajah anaknya sambil bertanyakan kenapa . Faizal yang
penuh dengan tipu dayanya mula mereka-reka cerita . Katanya , Suhaila
menumbuknya kerana dia tidak mahu menyerahkan duit gajinya kepada Suhaila .
Suhaila yang geram dengan kenyataan yang baru keluar daripada mulut Faizal
terus berusaha untuk berdiri walaupun kepalanya masih lagi sakit . Dahinya
dipegang bagi menghentikan daripada darah menitik mengenai bajunya .
“Perempuan tak
guna , kau memang tak sedar dek untung kan . Kau ingat kau bagus sangat . Hei ,
mak bapak kau tak ajar kau ke, huh?”soal Puan Faridah kasar . Suhaila semakin
geram jadinya . Memang pantang dirinya jika ibu bapanya turut dilibatkan sama .
Dia cukup tidak boleh jika ibu bapanya dihina sesuka hati . Padanya , ibu
bapanya adalah manusia paling suci di dunia ini dan insyaAllah di sana juga .
“Sudahlah Cik
Idah . Suruhlah anak kesayangan Cik Idah ni sumbat duit haram tu dalam perut
dia bagi kembung sikit . Tak apa , Allah tu Maha Adil . Allah lagi tahu mana
yang hak dan mana yang batil”,ucap Suhaila seraya berlalu . Tergamam Puan
Faridah mendengar jawapan anak tirinya . Begitu juga Faizal . Cukup tidak
percaya anak tiri yang selama ini sekadar menurut segala yang disuruh kini
telah pandai melawan . Suhaila sudah jauh berubah .
“Kau jangan
kurang ajar dengan aku , Suhaila . Kau keluar dari rumah ni sekarang . Aku tak
nak tengok muka kau lagi . Kau pergi dari sini. Kau berambus”,ucap Puan Faridah
. Suhaila tersenyum sinis . Memang itu yang dia mahukan sejak dulu lagi . Kecil
tapak tangan , rumah banglo aku tadahkan. Aku pun tak nak lah hadap muka kau
lagi !
Air kencing syaitan yang terhidang
di hadapannya diteguk rakus . . Sesekali Julia melambai-lambai ke arah Michael
yang sedang menari-nari di pentas tarian di bawah lampu berwarna-warni .
Tiba-tiba , telefon bimbitnya berbunyi . Julia memerhatikan nama yang tertera
di skrin . Huh , Ferhad !
Telefon
bimbitnya dibiarkan bernyanyi untuk beberapa saat sebelum kembali diam . Julia
tersenyum sinis . Huh , lelaki membosankan ! Kau ingat aku betul-betul cintakan
kau ke bodoh! Dasar lelaki buta . Aku cuma cintakan duit kau je . Tak lebih
daripada tu . Telefon bimbitnya kembali mengalunkan lagu ‘Slow Down’ nyanyian
Selena Gomez . Julia menarik nafas dalam sebelum berpura-pura mesra menyambut
panggilan Ferhad .
“Ju , I miss you
baby”,ucap Ferhad di hujung talian . Nak termuntah Julia mendengar nada menja
Ferhad . Nasib baiklah kau ni kaya dan hensem , kalau tak dah lama aku
tinggalkan kau .
“I miss you tu .
Kenapa you tiba-tiba telefon I ni sayang? I tengah ada rehearsal untuk show
esok”,ucap Julia berbohong . Ferhad mengangguk-engguk . Mungkin bunyi bingit di
hujung sana adalah bunyi orang bercakap-cakap membuat kerja .
“Ju , I need
you”,ucap Ferhad , lirih . Sengaja memancing simpati Julia .
“Why ni
sayang?Sedih je I dengar”,Julia meneruskan lakonannya .
“You balik esok
kalau you betul-betul sayangkan I”,ucapan Ferhad betul-betul membuatkan Julia
terkejut . Gila apa mamat ni . Show aku esok , boleh dia suruh aku balik esok .
No way , bayaran lumayan beb . Takkan aku nak balik semata-mata sebab kau ,
jantan .
“Kenapa
ni?”Julia cuba berpura-pura prihatin .
“You kena balik
. Kalau tak I kena kahwin dengan pilihan mama I”,ucap Ferhad , begitu berharap
yang Julia faham akan masalah yang dihadapinya . Namun , jawapan yang keluar
dari mulut Julia seterusnya begitu menghampakan .
“You , you told
your mom , tunggu lagi tiga bulan . Nanti I balik”,ucap Julia . Ferhad mengeluh
nafas berat .
“How come
tiba-tiba boleh jadi lagi tiga bulan . Bukan you kata you ada dekat sana cuma
dua bulan je ke?”Ferhad mula ragu-ragu . Julia menggigit bibir . Aduh , macam
mana aku boleh terlepas cakap ni . Cabai betul mulut aku ni .
“Tak , memang I
dekat sini dua bulan . Lagi sebulan I pergi Bali untuk show dekat sana
pula”,ucap Julia , mula mereka-reka cerita
. Ferhad pula , percaya bulat-bulat kata-kata Julia . Pada hakikatnya ,
Julia akan ke Australia kerana Michael ingin bercuti bersamanya . Peluang sudah
terbentang di depan mata , takkan dia mahu menolak kerana segala perbelanjaan
ditanggung sepenuhnya oleh Michael . Michael adalah anak kacukan Cina-Inggeris
yang tinggal di situ untuk menguruskan syarikat ayahnya walaupun dia sebenarnya
seorang rakyat Malaysia dan seorang yang beragama Islam kerana ibu bapanya
telah memeluk Islam . Namun begitu , cara hidupnya langsung tidak menggambarkan
seorang muslim . Sebaliknya , dia lebih rela menggunakan nama bukan Islamnya
Franzese Michael daripada menggunakan nama Islamnya , Mikail Franseze . Sudah
lama Michael tersasar daripada jalan yang sepatutnya dek telah lama terdedah
dengan kehidupan barat .
“But…”
“Ad , line tak
clearlah . I’ll call you back . Bye , love you”,ucap Julia sebelum mematikan
talian . Michael menghampiri Julia . Tubuh Julia yang terdedah dipeluk .
Haruman dari rambut Julia betul-betul menggetarkan jiwa lelakinya .
“Sayang , who
are you talking to?”soal Michael manja .
“Wrong numberlah
sayang”,Julia mengusap-usap pipi kekasih gelapnya . Michael tersenyum mendengar
ucapan Julia . Tubuh Julia dipandang penuh ghairah .
“Sayang , you
ikut I balik ye malam ni?”ucap Michael , dekat di telinga Julia . Julia
mengukirkan senyuman menggoda .
“You ni , nakal
tau”,ucap Julia sambil mencuit hujung hidung Michael sebelum mereka sama-sama
ketawa bagaikan dunia milik mereka malam itu
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!