August 29, 2017

Engkau Cinderella Aku! : BAB 8



BAB 8
Bangunan 20 tingkat di hadapannya dipandang dari bawah sehingga ke atas . Ni baru bangunan kondominium 20 tingkat , belum lagi KLCC yang ada 83 tingkat tu . 83? Betullah kot .
Nasib baiklah ada lif telah tercipta . Kalau tak , orang yang obesity pun boleh underweight . Mendaki tangga , lebih-lebih lagi yang tinggal dekat tingkat 20 . Tiba-tiba dia teringatkan Datin Seri Dahlia yang tinggal keseorangan di rumah agam miliknya . Nasib baiklah ada Mak Jah teman . Kalau tak , makin bertambah-tambahlah sunyi . Ferhad nak balik kondo , Farhana dekat oversea . Aku , terpaksa ikut Ferhad balik kondo . Yelah , kata isteri mithali . Kesian Datin Seri .
“Aku nak bincang sikit dengan kau”,ujar Ferhad yang baru keluar dari bilik air . Suhaila yang sedang merapi-rapikan rambutnya ke bahu kanan di hadapan cermin bingkas berdiri . Bimbang jadi bahan gelak Ferhad . Aku pakai bedak dekat muka pun dia gelakkan , nikan pula kalau aku berlagak macam gadis melayu terakhir main-main rambut . Katanya , kalau dah buruk tu buruk juga . Tapi aku tak makan hati , setakat kena perli dengan manusia hati kering tu , dah immune dah . Tak jalan punya .
“Kau nak bincang apa lagi? Tak cukup ke bincang dengan aku”,Suhaila berpeluk tubuh . Tidak berkelip Ferhad memandang isterinya dari atas ke bawah . Suhaila mengerutkan dahinya . Apa yang dia tengok . Nak kata seksi , mana datang seksinya . Aku pakai baju longgar dengan seluar tidur warna pelangi je pun . Dua-dua longgar .
Ferhad lantas tersedar . Bukan apa , Suhaila nampak cantik dengan rambut yang elok terletak di atas bahu kanannya . Selama ni , dia langsung tidak dapat melihat Suhaila dengan jelas kerana wanita itu selalu sahaja menutup rambutnya .
“Kau nak bincang ke tak?”soal Suhaila kegeraman . Nak bincang apa ke bendanya kalau dia je dari tadi .
Ferhad tersedar . Akal warasnya sudah mampu mencerna terjahan Suhaila . “Esok kita akan pindah ke kondo aku”,ucap Ferhad lancar , tiada sebarang kesalahan tatabahasa . Suhaila tersentak . Ni bukan bincang , tapi lebih kepada arahan kuasa veto .
“Buat apa . Kesian mama , kena tinggal sorang-sorang . Rumah mama dah cukup besar kan”,Suhaila tidak berpuas hati . Lagipun , kalau mereka tinggal berdua , lagi galaklah Ferhad membulinya nanti . Kalau dekat rumah mama , bulian Ferhad hanya termaktub di dalam bilik je .
“Bukannya apa…”,Ferhad menapak perlahan-lahan menghampiri Suhaila . Jantung Suhaila berdetak hebat . Kalau nak cakap pun tak payahlah dekat-dekat . Bukannya aku pekak badak .
“Bukannya apa , apanya? Diri jelah dekat situ”,Suhaila berang . Walaupun geram dengan sikap Ferhad , dia masih lagi berundur . Step taekwondo yang dipelajarinya langsung tidak berguna jika bersama dengan Ferhad .
“Aku rasa , bila kita berdua sahaja , hubungan kita akan jadi lebih dekat”,ucap Ferhad , masih terus menapak .
“Kau nak dekat macam mana lagi?”ucap Suhaila . Persis seperti dalam filem , langkah Suhaila terhalang dek dinding yang terletak elok di belakangnya . Mampus aku . Ya allah , kenapa aku tak ingat langsung even satu pun step taekwondo yang aku belajar .
“Macam ni…”,Kedua-dua belah tangan Ferhad mula mengepung laluan Suhaila . Suhaila kalut . Tanpa persediaan , bibirnya dipagut lembut oleh Ferhad . Suhaila kaku . Kedua-dua belah tangannya menggenggam kuat seluarnya . Tidak lama selepas itu , bibir Suhaila dilepaskan . Turun naik dada Suhaila menahan sesak nafas yang tiba-tiba menerjah . Ferhad menentang lama anak mata milik isterinya . Tanpa menunggu lama , Ferhad keluar dari bilik .
Suhaila meletakkan tangan kanannya di dada , berusaha menenangkan jantungnya yang bagaikan mahu pecah . Ninth day of marriage , and bibirku telah ternoda . Ferhad pula tidak tahu mengapa dia tidak mampu menahan nafsunya tadi . Suhaila pula tidak menolak . Nasib baiklah dia sempat tersedar . Kalau tidak…
“Oi , kau berangankan apa . Dah cepat , ambil beg kau dalam bonet kereta . Naik tingkat 11 , nombor 11”, Ferhad mengarah sebelum berjalan meninggalkan Suhaila . Amboi-amboi , tahulah bawa beg sandang je . Main tinggal je .
Sebaik mengeluarkan beg dari bonet kereta , kereta dikunci . Dua buah bagasi miliknya ditarik malas . Bukannya bagasi aku pun , pinjam bagasi mama . Kalau nak harapkan mamat tu bagi pinjam , memang takkan dibaginya . Taik hidung masin mengalahkan air laut . Kedekut!
Mata Suhaila terbuntang luas melihat kertas yang ditampal di pintu lif . Bagai mahu luruh jantungnya .
‘ROSAK’
Siapa lah yang rosakkan lif ni . Matilah aku macam ni . Suami tercinta aku tu awal-awal lagi dah tinggalkan aku . Tak berperikemanusiaan langsung . Dibiarkan je aku yang perempuan ni angkat barang sorang-sorang . Ingat dua bagasi ringan ke .
Nak tak nak , terpaksa juga Suhaila membawa bagasinya naik ke atas . Tingkat 1… tingkat 2… tingkat 3… and finally …. Tingkat 11 .  Ya allah , seksanya kahwin dengan manusia hati kering tu . Tak gentleman langsung . Dah tahu lif rosak , tolonglah aku angkat satu bagasi . Satu pun jadilah .
Kedua-dua bagasi ditarik sehingga di hadapan rumah bernombor 11 . Cantik , 11-11 . Tapi , orangnya hati buruk . Loceng ditekan . Terjegul muka Ferhad di hadapan muka pintu . Melihatkan Suhaila yang kebasahan berpeluh , Ferhad tersenyum sinis . Padan muka kau . Rasakan kesengsaraan jadi isteri aku .
Suhaila melangkah malas masuk ke dalam rumah . Macam nak terjabut je tangan ni . Suhaila pantas duduk di meja makan sebelum meletakkan kepalanya ke atas meja . Tangannya pula dibiarkan terkulai ke bawah . Kalaulah aku mati hari ni , memang tak hairanlah . Ada ke patut seorang suami biar isteri dia angkat dua bagasi yang sarat dengan barang seorang diri .
“Woi pemalas , pergi kemas baju kau cepat . Bilik kau dekat hujung sekali . Yang tengah tu bilik bacaan , yang depan sekali bilik aku . Dah , pergi masuk bilik”,arah Ferhad sebelum masuk ke dalam bilik bacaan dengan semug air di tangan .
“Mampus aku kahwin dengan mamat ni . Hati kering”,omel Suhaila sendirian .
“Ulang sekali lagi”,ucap Ferhad dekat di telinga Suhaila . Suhaila memalingkan mukanya memandang Ferhad . Jarak wajah mereka tidak sampai sejengkal . Suhaila meneguk liur .
Suhaila terus duduk tegak .
“Tak…tak ada apa-apa . Okey , bye”,Suhaila pantas berdiri dan menarik bagasinya ke bilik yang dimaksudkan oleh Ferhad . Sambil tu , mulutnya tidak henti-henti mengomel . Nasib baiklah laki aku , kalau tak memang tak lamalah mamat ni hidup dekat dunia .
Suhaila pantas merebahkan dirinya di atas katil . Ya allah , nikmatnya . Perlahan-lahan , matanya terkatup rapat .

Ferhad mengeringkan rambutnya menggunakan tuala . Tualanya dikesat di kepalanya bagi mengeringkan air yang ada di rambutnya . Bau harum yang menerjah masuk ke dalam hidungnya menggamit Ferhad untuk masuk ke dapur .
Berkali-kali mata Ferhad dipejam celikkan . Biar betul apa yang aku nampak ni . Seorang perempuan yang berbaju t-shirt longgar , berkain batik dengan rambut yang disepitkan ke belakang . Aku ada upah orang gaji ke? Setahu aku tak adalah pula .
Apabila menyedari gadis itu akan berpaling ke belakang , Ferhad pantas bersembunyi di sebalik dinding . Suhaila menyanyi-nyanyi riang sambil meletakkan ikan asam pedas yang selesai dimasaknya .
“Kau Ella ke?”soal Ferhad sebaik Suhaila berpaling . Suhaila mengerutkan dahinya . Mimpi ngeri agaknya mamat ni petang tadi .
“Akulah Ella . Kau tanya soalan cepu emas sangat ni apehal?”soal Suhaila pelik .
“Tak ada apa-apalah”,ucap Ferhad seraya berlalu pergi meninggalkan Suhaila terkulat-kulat keseorangan . Lantaklah , dia yang tak betul bukan aku .

              Sesekali mata Ferhad mengerling ke arah Suhaila yang sedang enak menjamu makanan sendiri . Tidak tahu mengapa , bagaikan ada satu tarikan magnet yang memaksa matanya terus-menerus melirik ke arah isterinya .
Suhaila nampak bersahaja dalam pakaian hariannya . Nampak lebih neutral . Keasliannya lebih terserlah . Entah-entah kau dah jatuh cinta dekat minah tu tak?!
“Uhuk!uhuk!”Ferhad tersedak dengan tekaan rambang akalnya . Suhaila yang menyedari suaminya tersedak pantas ke dapur dan mengambil segelas air masak untuk suaminya . Sedap sangat kut sampai tersedak bagai .
“Pedas sangat ke , Ad?”soal Suhaila lembut . Sekali lagi Ferhad terkejut . Betul ke yang sedang mengusap belakang aku ni Suhaila . Ke , minah ni dah kena sampuk dengan mana-mana jembalang . Seram pula aku .
Suhaila melabuhkan duduk di sebelah Ferhad . Matanya tidak lepas daripada memandang wajah kacak suaminya yang sedang meneguk air dengan rakus . Aku pasti , suami aku mesti tersangat pelik dengan tingkah ku hari ini . Well , banyak rahsia yang tersembunyi .

Selesai mandi , Suhaila membuka bagasinya . Niat di hati ingin mengemas barang-barang yang dibawa . Sebuah almari kosong dibuka . Tak adalah kosong sangat sebenarnya . Banyak album gambar yang terletak elok di satu sudut sebelah kiri almari . Walaupun pada asalnya Suhaila ingin membuat tidak endah terhadap almari tersebut , namun ada sebuah album yang tertulis ‘My Beloved One’ menarik hati Suhaila .
            Sebaik dibuka , terpampang gambar seorang gadis sedang berdiri mengenakan sepasang dress labuh berwarna putih sedang tersenyum manis . Lama gambar itu diperhati . Nama yang terpampang jelas di bawah gambar tersebut tertulis ‘NUR JULIANA QISTINA-MY LOVE’ .
Nama yang jelas tertera sebagai description gambar tersebut begitu menarik minat Suhaila untuk terus meneroka album gambar tersebut . Seterusnya kelihatan gambar Ferhad dan wanita itu di hadapan pancuran air di sebuah taman rekreasi . Tak mungkin !
Gambar yang menunjukkan gadis itu memperagakan pakaian di atas pentas peragaan menguatkan lagi tekaan Suhaila . Gadis dalam gambar ni Kak Ju ke? Maksudnya , Kak Ju kekasih Ad .
Album itu disimpan kembali ke tempat asalnya . Suhaila duduk termenung di atas katil . Takkanlah aku nak biarkan Kak Ju rasa dia menang . Ad suami aku . Aku tak naklah suatu hari nanti kalau Ad ceraikan aku , Ad ceraikan aku sebab Kak Ju .
Tiba-tiba terlintas idea nakal di benak Suhaila . Apa kata aku cuba goda dia . Walaupun terpaksa goda manusia hati kering , aku akan berjuang . Aku tak nak Kak Ju rampas benda yang memang hak aku sesuka hati .
Ferhad membelek-belek wajahnya . Lama betul tengok muka aku . Buang tebiat dah perempuan ni . “Aku ni hensem sangat ke sampai tak berkelip pandang?”Ferhad menyindir di sebalik soalan yang ditanyakan . Suhaila tersenyum lebar .
“Mestilah hensem . Awak kan suami saya”,ucap Suhaila . Kata ganti nama kau-aku juga berubah menjadi saya-awak secara tiba-tiba . Ferhad menjadi seram tiba-tiba . Jembalang mana pula yang dah sampuk ayam sewel ni .
Suhaila bingkas bangun . Rambutnya sengaja dibiarkan lepas . Sengaja kedua-dua tangannya berada di kiri dan kanan kepala Ferhad . Bau haruman dari rambut Suhaila mampu membuatkan Ferhad menelan liur buat beberapa kali . Suhaila pula sengaja melambat-lambatkan kerjanya . Walaupun berdebar juga apabila terpaksa menggoda mamat hati kering ni , tapi demi kemenangan di pihaknya , dia sanggup melakukan apa sahaja .
Sebaik selesai menyusun semua pinggan di atas meja , Suhaila mengangkatnya ke sinki . Ferhad terpinga-pinga . Mana Suhaila yang gangster bagai nak gila tu . Mimpi agaknya aku ni . Pipinya ditampar perlahan . Hmm , sakit . Habistu , siapa perempuan tadi?

1 comment:

Jangan Lupa Komen!!