September 16, 2017

Engkau Cinderella Aku! : Bab 9


BAB 9

Ferhad mengurut-urut belakang tengkuknya yang lenguh . Sudah lama dia menghadap komputer di hadapannya . Batang hidungnya diurut-urut bagi menghilangkan ngantuk yang dirasai . Ferhad berdiri bagi meregangkan urat-urat yang tegang .Ferhad berdiri di tepi cermin . Keadaan jalan raya agak sesak ketika ini . Masing-masing berpusu-pusu hendak pulang sementelah waktu pejabat telah lama tamat . Namun , dia terpaksa menyiapkan tugasnya untuk berjumpa dengan klien pada esok hari .
Sedar tak sedar , hari ni genap sebulan setengah usia perkahwinannya dengan Suhaila . Entah apalah yang minah tu tengah buat sekarang ni . Mesti dia tengah bosan gila dekat rumah kondo . Nak bergosip , tak ada geng . Duduk terperap jelah dekat rumah . Tapi , apa yang menghairankannya ialah apabila Suhaila dengan sengaja cuba untuk menggodanya . Daripada panggilan Suhaila sehinggalah kepada tingkah lakunya yang menggoda . Kalau diikutkan tak kuat iman , memang dah lama dah Suhaila kena ‘terkam’. Mana ada kucing tolak ikan, kan?
Ferhad ralit menghadap computer ribanya . Banyak lagi kerja yang harus dia siapkan sebelum esok . Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar . Ferhad pantas membuka pintu . Suhaila dilihat terjegul di muka pintu . Rambut dibiarkan lepas . Bau harum menerjah kuat menusuk hidungnya . Beberapa kali Ferhad menelan liur .
Tanpa disuruh , Suhaila masuk ke dalam bilik Ferhad . Ferhad langsung tidak menghalang walaupun Suhaila dengan beraninya mengunci pintu . Dengan langkah menggoda , Suhaila berjalan ke arah katil milik suaminya . Kontrol Suhaila , kau boleh , akalnya memberi semangat kepada tuannya .
Air liur yang ditelan serasa kesat . Melihat baju tidur yang dipakai Suhaila , betul-betul menguji tahap keimanannya . Baju tidur yang nipis berwarna putih dengan seluar pendek betul-betul separas peha . Ferhad berusaha sedaya-upaya menahan nafsunya . Suhaila duduk bersilang di birai katil , menampakkan betisnya yang putih melepak .
“Cantiknya bilik awak , luas , kemas . Tapi sayang , mesti awak sunyi kan”,ucap Suhaila seraya berdiri menghampiri suaminya . Ferhad terkaku . Kakinya betul-betul bagaikan dipaku di lantai biliknya .
“Apa yang kau nak cakap ni sebenarnya?”Ferhad cuba menyembunyikan kegugupannya . Suhaila tersenyum penuh menggoda . Suaminya dihampiri . Dengan perbezaan ketinggian yang hampir 5 inci , terpaksalah Suhaila mendongak . Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke atas bahu Ferhad . Ferhad pula langsung tidak menolak .
“Mesti awak sunyi kan duduk dalam bilik besar ni sorang-sorang . Nak saya temankan , tak?”ucap Suhaila , menggoda . Suhaila mendekatkan wajahnya dengan suaminya . Ferhad lantas tersedar . Kenapalah aku biarkan diri aku terbuai . Apa kata aku gunakan kelemahan darah gemuruh isteri aku untuk buat dia putus asa , fikir idea nakalnya .
Suhaila pula berhenti mendekatkan wajahnya ke wajah suaminya sebaik melihat senyuman nakal di bibir suaminya . Suhaila gemuruh tiba-tiba . Kedua-dua belah tangannya diletakkan ke bawah sebelum Ferhad memaut pinggangnya dari hadapan . Jarak antara mereka didekatkan .
“Kalau macam tu , kau temankan aku malam ni boleh?”soal Ferhad pula , juga dengan suara yang menggoda . Suhaila menelan liur . Aduh , perangkap dah makan diri .
“Aku ada permintaan untuk kau”,ucap Ferhad perlahan .
“A…apa dia?”Suhaila gugup . Ferhad semakin bergerak ke hadapan sedangkan dia terpaksa mengundur mengikut jejak kaki Ferhad .
“Aku nak kau”,Ferhad terus menolak Suhaila ke atas katil . Belum sempat Suhaila bangun , Ferhad sudah menindih tubuh isterinya . Mata Suhaila terbuntang memandang suaminya yang begitu dekat sekali dengannya . Bunyi guruh di luar tiba-tiba berdentum kuat . Suhaila memejamkan matanya . Terbayang wajah bengis abang tirinya di layar mata .
Segala insiden abang tirinya ingin merogolnya dulu kembali terlayar satu-persatu di retina matanya .
“Pergi , pergi , lepaskan aku . Lepaskan aku!”ucap Suhaila sambil menangis . Ferhad kaget . Watak penggoda Suhaila tiba-tiba berubah sebaik dia memperlakukan sebegitu terhadap isterinya. Ferhad serba salah .
“Suhaila , ni aku ni . Aku Ferhad , suami kau”,ucap Ferhad sambil memegang bahu isterinya .
“Lepaskan aku . Jangan apa-apakan aku . Lepaskan aku”,Suhaila masih lagi meracau-racau .  Ferhad terus memegang kedua-dua belah pipi isterinya bagi menenangkan gadis itu .
“Ella , pandang aku . Aku ni Ferhad , aku suami kau”,ucap Ferhad lantang . Perlahan-lahan Suhaila membuka mata . Sebaik terlihat wajah Ferhad , Suhaila terus bingkas memeluk Ferhad . Teresak-esak Suhaila menangis di bahu suaminya .
“Ad , saya takut . Saya takut Ad . Dia datang . Dia nak apa-apa kan saya”,ucap Suhaila teresak-esak . Ferhad serba-salah . Niatnya hanya ingin bergurau , tetapi tak sangka pula macam ni jadinya .
“Siapa dia tu?Tak apa Ella , aku ada ni”,Ferhad mengusap-usap bahu isterinya. Menggeletar bibir Suhaila akibat ketakutan. Suhaila meringkuk dalam pelukan suaminya . Dia berasa selamat tika itu .
“Ad , saya nak tumpang tidur sini boleh tak? Saya takut”,ucap Suhaila dengan sisa tangisnya . Ferhad mengangguk , serba-salah .
Bunyi jam telefon bimbitnya menyedarkannya dari lamuan . Ferhad melihat jam di dinding . Sudah pukul 6.00 petang . Pantas Ferhad mengemaskan barang-barangnya . Dia harus pulang segera kerana dia risaukan keselamatan isterinya . Aik , dah pandai risau nampak . Heh, risau kalau minah tu tunggang-terbalikkan rumah aku. Tu je!
Pintu bilik dibuka . Keadaan di luar gelap-gelita . Tanpa mengendahkan suasana gelap di luar , Ferhad menutup pintu biliknya .
“Happy birthday to you , happy birthday to you , happy birthday to Ferhad , happy birthday to you”,keadaan ruang pejabat yang tadinya senyap bergema dengan nyanyian selamat hari lahir daripada staf pejabatnya . Johari menghulurkan kek yang dinyalakn lilin di atasnya untuk ditiup . Ferhad meniup lilin di atas kek tersebut . Setelah itu , bunyi tepuk tangan yang gemuruh bergema dalam ruang pejabat itu pula .
Semua staf pejabatnya tidak lekang mengucapkan selamat hari lahir . Orang yang terakhir sekali mengucapkan selamat ialah Johari , sahabat karibnya .
“Mesti kau lupa hari ni birthday kau , kan?”ucap Johari . Dia tahu , sahabatnya terlalu sibuk bekerja sehingga lupa tarikh kelahiran sendiri .
“Biasalah bro , busy”,ucap Ferhad . Lupa terus dia tentang kerisauannya terhadap Suhaila .
“Okey , disebabkan hari ni birthday kau , aku belanja kau okey”,ucap Johari seraya memaut bahu sahabatnya keluar dari pejabatnya . Staf-staf yang lain turut membuntuti mereka berdua .

            Suhaila tersenyum sendiri melihat hasil tanganny. Kek coklat yang sudah dihias cantik diletakkan ke atas meja . Suhaila memandang lama tulisan di atas kek itu .
SELAMAT HARI LAHIR,
SUAMIKU
Entah mengapa , dia teringin sekali untuk menjadi orang yang istimewa di dalam hati suaminya . Cinta? Ya , aku dah mula jatuh cinta dekat suami aku sendiri . Mungkin selama ni aku tak sedar . Tapi , sejak semalam , aku sangat yakin yang aku perlukan dia lebih dari sebagai seorang kawan . Tapi , aku perlukan dia untuk jadi pelindung , orang yang menyayangi dan mencintai aku setulus hatinya . Sejak bila aku jatuh cinta , itu aku tak pasti . Yang pasti , rasa sayang terhadap suamiku semakin mekar saban hari .
Suhaila merapikan diri di hadapan cermin . Okey , cantik .
Suhaila duduk di hadapan televisyen , mencari rancangan yang ingin ditonton . Jam di dinding telah menunjukkan angka 9.45 malam . Suhaila mengeluh . Ferhad pasti akan pulang pukul 10.00 nanti . Masa terus belalu . Suhaila terlelap menanti suaminya .

             Pintu rumah dibuka . Keadaan rumah gelap-gelita . Namun , dia dapat mendengar bunyi daripada televisyen . Ferhad bergerak ke ruang tamu . Jam sudah menunjukkan pukul 12.13 malam . Ferhad dapat melihat sekujur tubuh sedang berbaring di atas sofa . Televisyen dimatikan .
Ferhad menghampiri Suhaila yang terlena di atas  sofa . Wajah isterinya yang sedang tidur ditilik . Baru dia sedar kini yang dia memilik seorang isteri yang rupawan . Cantik dengan gayanya tersendiri . Dari kening , mata , hidung dan bibir . Suhaila kelihatan polos dalam tidurnya .
Pipi Suhaila diusap lembut . Dek merasa gerakan di pipinya , Suhaila perlahan-lahan membuka mata . Bagi mengelakkan tingkahnya diketahui Suhaila , Ferhad menarik tangannya daripada pipi Suhaila .
Suhaila pantas duduk . Suhaila berpisat-pisat bangun .
“Awak baru balik?”soal Suhaila lembut . Terserlah sifat kelembutan di sebalik pertanyaannya .
“Ha’ah . Kau buat apa tidur sini . Pergilah masuk bilik”,ucap Ferhad bernada kasihan . Takkan dia tunggu aku kut . Memanglah aku pulang lambat kalau Johari belanja .
“Awak pergi mana?”Suhaila berdiri . Bersedia untuk mengambil kek yang dibuatnya khas buat Ferhad , suaminya yang sudah mula bertapak di dalam hatinya .
“Aku celebrate birthday aku dengan member”,ucap Ferhad . Langkah Suhaila terhenti di hadapan meja yang terletak kek Ferhad di atasnya . Hmm , susah-susah kau buat kek untuk dia , last-last dia dah celebrate dulu .
Ferhad menghampiri Suhaila yang terkaku di hadapan meja makan . Ferhad terkaku melihat kek yang elok terletak di atas meja . Suhaila mencapai kek tersebut . Terus dia membawa kek tersebut ke dapur .
“Kau nak bawa pergi mana tu?”soal Ferhad serba-salah . Kalaulah dia tahu Suhaila ada membuatkan kek untuknya , dia takkan pulang lewat. Pasti isterinya kecewa
“Bagi tong sampah makanlah . Semut-semut pun kalau nak join, mehlah join sekaki”,ujar Suhaila senada . Akhirnya , kek tersebut selamat mendarat ke dalam perut tong sampah . Suhaila menghampiri suaminya . Ferhad memandang lama wajah isterinya yang kelihatan sayu .
Suhaila menentang anak mata suaminya . Ya allah , aku dah jatuh cinta pada orang yang salah . Suamiku takkan pernah dapat membalas rasa hatiku ini ya allah . Kedua-dua tangan suaminya dipegang .
“Mungkin saya bukan yang pertama dalam hidup awak , dan saya yakin saya takkan jadi yang terakhir dalam hidup awak”, Suhaila berjeda . Ferhad ragu-ragu . Anak matanya bergerak-gerak cuba memahami apa yang tersirat di sebalik ucapan Suhaila . Seraya , Suhaila memeluk Ferhad .
“I’ve be the last person who wish you happy birthday, abang”,ucap Suhaila perlahan seraya melepaskan pelukannya . Ferhad terpaku . Betul ke apa yang aku dengar tadi . She called me ‘abang’ just now .  Langkah Suhaila masuk ke dalam bilik dipandang lama . Setiap langkah isterinya bagaikan diiringi dengan sebuah kesayuan .
        
       Suhaila ralit membaca novel yang baru dibelinya. Pintu bilik tiba-tiba dibuka. Suhaila memandang ke arah pintu yang sudah terbuka luas. Wajah Farhad yang terjegul di muka pintu membuatkan Suhaila kembali mengalihkan matanya daripada memandang suaminya.
Ferhad menghampiri isterinya. Entah, semakin dia cuba melupakan wajah hampa isterinya sebentar tadi, semakin dia serba salah. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menemui isterinya itu.
“Kau buat apa tu?”soal Ferhad, sekadar berbasa-basi. Suhaila menjulingkan matanya ke atas. Soalan tadika mana entah mamat ni rembat.
“Tengah buat dorayaki”,Suhaila membalas selamba. Terbuntang mata Ferhad mendengarnya. Demi melihatkan reaksi Ferhad, Suhaila berusaha menyembunyikan senyum. Entah mengapa, dalam banyak-banyak makanan dorayaki juga yang keluar di mindanya pada masa itu. Otak aku ni kalau dah tak berkembang, memang tak berkembang. Lebih-lebih lagi pada waktu malam.
“Baca novellah . Apasal tiba-tiba datang ni?”Suhaila memberikan pandangan kegeraman buat suaminya. Ferhad mengukirkan senyum, terus cair hati Suhaila melihatnya.
“Aku nak minta maaf pasal tadi”,ucap Ferhad lancar.
“Tak apa, I don’t take it to the heart pun. Relaks okey”,Suhaila kembali menyambung pembacaannya.Ferhad mula merangka-rangka ayat yang seterusnya. Risau dia akan menyakiti hati isterinya sekali lagi.
“And, aku tak naklah kau jadi macam sekarang ni. Aku nak kau yang dulu, yang gangster. Aku rasa uncomfortable lah kalau kau asyik goda aku je. Boleh?”ucap Ferhad. Suhaila tercengang. Wajah suaminya dipandang. Sebaik melihatkan wajah mengharap suaminya, Suhaila mengangguk.
“Yelah, aku dah tak goda kau lagi. Aku pun geli nak goda kau. Meremang bulu roma aku. Dah, kau blah dari bilik aku ni. Aku nak tidur”,ucap Suhaila seraya meletakkan novel yang dipeganggnya di atas meja.

“Thanks, Ella”,ucap Ferhad seraya berdiri. Langkar diatur ke muka pintu.  Suhaila memandang belakang tubuh suaminya sehingga hilang daripada pandangan matanya. Tidak lama kemudian, matanya semakin memberat dan akhirnya terlelap . 

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!