August 29, 2017

Engkau Cinderella Aku! : BAB 8



BAB 8
Bangunan 20 tingkat di hadapannya dipandang dari bawah sehingga ke atas . Ni baru bangunan kondominium 20 tingkat , belum lagi KLCC yang ada 83 tingkat tu . 83? Betullah kot .
Nasib baiklah ada lif telah tercipta . Kalau tak , orang yang obesity pun boleh underweight . Mendaki tangga , lebih-lebih lagi yang tinggal dekat tingkat 20 . Tiba-tiba dia teringatkan Datin Seri Dahlia yang tinggal keseorangan di rumah agam miliknya . Nasib baiklah ada Mak Jah teman . Kalau tak , makin bertambah-tambahlah sunyi . Ferhad nak balik kondo , Farhana dekat oversea . Aku , terpaksa ikut Ferhad balik kondo . Yelah , kata isteri mithali . Kesian Datin Seri .
“Aku nak bincang sikit dengan kau”,ujar Ferhad yang baru keluar dari bilik air . Suhaila yang sedang merapi-rapikan rambutnya ke bahu kanan di hadapan cermin bingkas berdiri . Bimbang jadi bahan gelak Ferhad . Aku pakai bedak dekat muka pun dia gelakkan , nikan pula kalau aku berlagak macam gadis melayu terakhir main-main rambut . Katanya , kalau dah buruk tu buruk juga . Tapi aku tak makan hati , setakat kena perli dengan manusia hati kering tu , dah immune dah . Tak jalan punya .
“Kau nak bincang apa lagi? Tak cukup ke bincang dengan aku”,Suhaila berpeluk tubuh . Tidak berkelip Ferhad memandang isterinya dari atas ke bawah . Suhaila mengerutkan dahinya . Apa yang dia tengok . Nak kata seksi , mana datang seksinya . Aku pakai baju longgar dengan seluar tidur warna pelangi je pun . Dua-dua longgar .
Ferhad lantas tersedar . Bukan apa , Suhaila nampak cantik dengan rambut yang elok terletak di atas bahu kanannya . Selama ni , dia langsung tidak dapat melihat Suhaila dengan jelas kerana wanita itu selalu sahaja menutup rambutnya .
“Kau nak bincang ke tak?”soal Suhaila kegeraman . Nak bincang apa ke bendanya kalau dia je dari tadi .
Ferhad tersedar . Akal warasnya sudah mampu mencerna terjahan Suhaila . “Esok kita akan pindah ke kondo aku”,ucap Ferhad lancar , tiada sebarang kesalahan tatabahasa . Suhaila tersentak . Ni bukan bincang , tapi lebih kepada arahan kuasa veto .
“Buat apa . Kesian mama , kena tinggal sorang-sorang . Rumah mama dah cukup besar kan”,Suhaila tidak berpuas hati . Lagipun , kalau mereka tinggal berdua , lagi galaklah Ferhad membulinya nanti . Kalau dekat rumah mama , bulian Ferhad hanya termaktub di dalam bilik je .
“Bukannya apa…”,Ferhad menapak perlahan-lahan menghampiri Suhaila . Jantung Suhaila berdetak hebat . Kalau nak cakap pun tak payahlah dekat-dekat . Bukannya aku pekak badak .
“Bukannya apa , apanya? Diri jelah dekat situ”,Suhaila berang . Walaupun geram dengan sikap Ferhad , dia masih lagi berundur . Step taekwondo yang dipelajarinya langsung tidak berguna jika bersama dengan Ferhad .
“Aku rasa , bila kita berdua sahaja , hubungan kita akan jadi lebih dekat”,ucap Ferhad , masih terus menapak .
“Kau nak dekat macam mana lagi?”ucap Suhaila . Persis seperti dalam filem , langkah Suhaila terhalang dek dinding yang terletak elok di belakangnya . Mampus aku . Ya allah , kenapa aku tak ingat langsung even satu pun step taekwondo yang aku belajar .
“Macam ni…”,Kedua-dua belah tangan Ferhad mula mengepung laluan Suhaila . Suhaila kalut . Tanpa persediaan , bibirnya dipagut lembut oleh Ferhad . Suhaila kaku . Kedua-dua belah tangannya menggenggam kuat seluarnya . Tidak lama selepas itu , bibir Suhaila dilepaskan . Turun naik dada Suhaila menahan sesak nafas yang tiba-tiba menerjah . Ferhad menentang lama anak mata milik isterinya . Tanpa menunggu lama , Ferhad keluar dari bilik .
Suhaila meletakkan tangan kanannya di dada , berusaha menenangkan jantungnya yang bagaikan mahu pecah . Ninth day of marriage , and bibirku telah ternoda . Ferhad pula tidak tahu mengapa dia tidak mampu menahan nafsunya tadi . Suhaila pula tidak menolak . Nasib baiklah dia sempat tersedar . Kalau tidak…
“Oi , kau berangankan apa . Dah cepat , ambil beg kau dalam bonet kereta . Naik tingkat 11 , nombor 11”, Ferhad mengarah sebelum berjalan meninggalkan Suhaila . Amboi-amboi , tahulah bawa beg sandang je . Main tinggal je .
Sebaik mengeluarkan beg dari bonet kereta , kereta dikunci . Dua buah bagasi miliknya ditarik malas . Bukannya bagasi aku pun , pinjam bagasi mama . Kalau nak harapkan mamat tu bagi pinjam , memang takkan dibaginya . Taik hidung masin mengalahkan air laut . Kedekut!
Mata Suhaila terbuntang luas melihat kertas yang ditampal di pintu lif . Bagai mahu luruh jantungnya .
‘ROSAK’
Siapa lah yang rosakkan lif ni . Matilah aku macam ni . Suami tercinta aku tu awal-awal lagi dah tinggalkan aku . Tak berperikemanusiaan langsung . Dibiarkan je aku yang perempuan ni angkat barang sorang-sorang . Ingat dua bagasi ringan ke .
Nak tak nak , terpaksa juga Suhaila membawa bagasinya naik ke atas . Tingkat 1… tingkat 2… tingkat 3… and finally …. Tingkat 11 .  Ya allah , seksanya kahwin dengan manusia hati kering tu . Tak gentleman langsung . Dah tahu lif rosak , tolonglah aku angkat satu bagasi . Satu pun jadilah .
Kedua-dua bagasi ditarik sehingga di hadapan rumah bernombor 11 . Cantik , 11-11 . Tapi , orangnya hati buruk . Loceng ditekan . Terjegul muka Ferhad di hadapan muka pintu . Melihatkan Suhaila yang kebasahan berpeluh , Ferhad tersenyum sinis . Padan muka kau . Rasakan kesengsaraan jadi isteri aku .
Suhaila melangkah malas masuk ke dalam rumah . Macam nak terjabut je tangan ni . Suhaila pantas duduk di meja makan sebelum meletakkan kepalanya ke atas meja . Tangannya pula dibiarkan terkulai ke bawah . Kalaulah aku mati hari ni , memang tak hairanlah . Ada ke patut seorang suami biar isteri dia angkat dua bagasi yang sarat dengan barang seorang diri .
“Woi pemalas , pergi kemas baju kau cepat . Bilik kau dekat hujung sekali . Yang tengah tu bilik bacaan , yang depan sekali bilik aku . Dah , pergi masuk bilik”,arah Ferhad sebelum masuk ke dalam bilik bacaan dengan semug air di tangan .
“Mampus aku kahwin dengan mamat ni . Hati kering”,omel Suhaila sendirian .
“Ulang sekali lagi”,ucap Ferhad dekat di telinga Suhaila . Suhaila memalingkan mukanya memandang Ferhad . Jarak wajah mereka tidak sampai sejengkal . Suhaila meneguk liur .
Suhaila terus duduk tegak .
“Tak…tak ada apa-apa . Okey , bye”,Suhaila pantas berdiri dan menarik bagasinya ke bilik yang dimaksudkan oleh Ferhad . Sambil tu , mulutnya tidak henti-henti mengomel . Nasib baiklah laki aku , kalau tak memang tak lamalah mamat ni hidup dekat dunia .
Suhaila pantas merebahkan dirinya di atas katil . Ya allah , nikmatnya . Perlahan-lahan , matanya terkatup rapat .

Ferhad mengeringkan rambutnya menggunakan tuala . Tualanya dikesat di kepalanya bagi mengeringkan air yang ada di rambutnya . Bau harum yang menerjah masuk ke dalam hidungnya menggamit Ferhad untuk masuk ke dapur .
Berkali-kali mata Ferhad dipejam celikkan . Biar betul apa yang aku nampak ni . Seorang perempuan yang berbaju t-shirt longgar , berkain batik dengan rambut yang disepitkan ke belakang . Aku ada upah orang gaji ke? Setahu aku tak adalah pula .
Apabila menyedari gadis itu akan berpaling ke belakang , Ferhad pantas bersembunyi di sebalik dinding . Suhaila menyanyi-nyanyi riang sambil meletakkan ikan asam pedas yang selesai dimasaknya .
“Kau Ella ke?”soal Ferhad sebaik Suhaila berpaling . Suhaila mengerutkan dahinya . Mimpi ngeri agaknya mamat ni petang tadi .
“Akulah Ella . Kau tanya soalan cepu emas sangat ni apehal?”soal Suhaila pelik .
“Tak ada apa-apalah”,ucap Ferhad seraya berlalu pergi meninggalkan Suhaila terkulat-kulat keseorangan . Lantaklah , dia yang tak betul bukan aku .

              Sesekali mata Ferhad mengerling ke arah Suhaila yang sedang enak menjamu makanan sendiri . Tidak tahu mengapa , bagaikan ada satu tarikan magnet yang memaksa matanya terus-menerus melirik ke arah isterinya .
Suhaila nampak bersahaja dalam pakaian hariannya . Nampak lebih neutral . Keasliannya lebih terserlah . Entah-entah kau dah jatuh cinta dekat minah tu tak?!
“Uhuk!uhuk!”Ferhad tersedak dengan tekaan rambang akalnya . Suhaila yang menyedari suaminya tersedak pantas ke dapur dan mengambil segelas air masak untuk suaminya . Sedap sangat kut sampai tersedak bagai .
“Pedas sangat ke , Ad?”soal Suhaila lembut . Sekali lagi Ferhad terkejut . Betul ke yang sedang mengusap belakang aku ni Suhaila . Ke , minah ni dah kena sampuk dengan mana-mana jembalang . Seram pula aku .
Suhaila melabuhkan duduk di sebelah Ferhad . Matanya tidak lepas daripada memandang wajah kacak suaminya yang sedang meneguk air dengan rakus . Aku pasti , suami aku mesti tersangat pelik dengan tingkah ku hari ini . Well , banyak rahsia yang tersembunyi .

Selesai mandi , Suhaila membuka bagasinya . Niat di hati ingin mengemas barang-barang yang dibawa . Sebuah almari kosong dibuka . Tak adalah kosong sangat sebenarnya . Banyak album gambar yang terletak elok di satu sudut sebelah kiri almari . Walaupun pada asalnya Suhaila ingin membuat tidak endah terhadap almari tersebut , namun ada sebuah album yang tertulis ‘My Beloved One’ menarik hati Suhaila .
            Sebaik dibuka , terpampang gambar seorang gadis sedang berdiri mengenakan sepasang dress labuh berwarna putih sedang tersenyum manis . Lama gambar itu diperhati . Nama yang terpampang jelas di bawah gambar tersebut tertulis ‘NUR JULIANA QISTINA-MY LOVE’ .
Nama yang jelas tertera sebagai description gambar tersebut begitu menarik minat Suhaila untuk terus meneroka album gambar tersebut . Seterusnya kelihatan gambar Ferhad dan wanita itu di hadapan pancuran air di sebuah taman rekreasi . Tak mungkin !
Gambar yang menunjukkan gadis itu memperagakan pakaian di atas pentas peragaan menguatkan lagi tekaan Suhaila . Gadis dalam gambar ni Kak Ju ke? Maksudnya , Kak Ju kekasih Ad .
Album itu disimpan kembali ke tempat asalnya . Suhaila duduk termenung di atas katil . Takkanlah aku nak biarkan Kak Ju rasa dia menang . Ad suami aku . Aku tak naklah suatu hari nanti kalau Ad ceraikan aku , Ad ceraikan aku sebab Kak Ju .
Tiba-tiba terlintas idea nakal di benak Suhaila . Apa kata aku cuba goda dia . Walaupun terpaksa goda manusia hati kering , aku akan berjuang . Aku tak nak Kak Ju rampas benda yang memang hak aku sesuka hati .
Ferhad membelek-belek wajahnya . Lama betul tengok muka aku . Buang tebiat dah perempuan ni . “Aku ni hensem sangat ke sampai tak berkelip pandang?”Ferhad menyindir di sebalik soalan yang ditanyakan . Suhaila tersenyum lebar .
“Mestilah hensem . Awak kan suami saya”,ucap Suhaila . Kata ganti nama kau-aku juga berubah menjadi saya-awak secara tiba-tiba . Ferhad menjadi seram tiba-tiba . Jembalang mana pula yang dah sampuk ayam sewel ni .
Suhaila bingkas bangun . Rambutnya sengaja dibiarkan lepas . Sengaja kedua-dua tangannya berada di kiri dan kanan kepala Ferhad . Bau haruman dari rambut Suhaila mampu membuatkan Ferhad menelan liur buat beberapa kali . Suhaila pula sengaja melambat-lambatkan kerjanya . Walaupun berdebar juga apabila terpaksa menggoda mamat hati kering ni , tapi demi kemenangan di pihaknya , dia sanggup melakukan apa sahaja .
Sebaik selesai menyusun semua pinggan di atas meja , Suhaila mengangkatnya ke sinki . Ferhad terpinga-pinga . Mana Suhaila yang gangster bagai nak gila tu . Mimpi agaknya aku ni . Pipinya ditampar perlahan . Hmm , sakit . Habistu , siapa perempuan tadi?

Itinerary Lombok-Bali-Lombok : 1st Day

Hai semua. Seperti yang dijanjikan, Pyka akan ceritakan dengan lebih detail perjalanan Pyka dari Malaysia ke Lombok ke Bali ke Lombok semula. Jadi untuk hari pertama, flight dari Malaysia pada pukul 2.35 petang. Asalnya tiket pukul 12.35, delay dua jam.

Perjalanan dari Malaysia ke Lombok ambil masa 3 jam. Tiket masa ni Pyka dapat dalam RM434 return include luggage, meal in flight and insurans. Insurans ni depends korang. Tapi pendapat Pyka, kalau pergi oversea ambiklah.

Sampai Lombok dalam pukul 5.35 petang. Bila kami keluar dari airport, dah pukul 6.00 petang. Memang dah gelap dah Lombok masa ni. Dekat Lombok ni, masa sama cuma waktu solat dekat sini cepat sejam dari Malaysia. Macam dekat Lombok, 5.15 dah Subuh huhu.

Lepas beberapa minit, pak supir datang jemput. Nama dia Pak Zaidi. Pak Zaidi terus bawak kitorang pergi kedai untuk makan malam.

Gambar kami berempat depan kedai makan masa first day.

Selepas habis makan, Pak Zaidi bawak kami ke kedai untuk beli sim. Kami ambik seorang satu sim, Rp 35,000, dapat free 3GB internet (palin penting). Lombok ni bukan tempat yang mesra wifi tau. Jadi, kalau jenis yang suka upload instagra, lepastu suka buat live, belilah sim card anda sendiri. 3GB untuk Pyka cukup je. Setakat whatsapp, memang cukup lah kan.

Selesai semua urusan, kami dibawa ke rumah Pak Abi untuk mandi dan solat. Rumah Pak Abi ni bila masuk, memang rasa masuk kampung betul. Kelebihan ambik perkhidmatan Pak Abi ni salah satunya korang dapat tengok suasana kampung dekat Lombok. Memang kampung yang zaman dulu-dulu punya (Diorang tak pakai kipas tau, sebab sejuk.)

Seterusnya kami bertolak ke pelabuhan (tak ingat nama) untuk naik feri ke Bali pada pukul 11.00 malam. Tepat pukul 12.00 pagi, kami selamat naik feri. Asalnya kami naik feri tanpa bilik, tapi mungkin Pak Abi ni kesian tengok kitorang semua perempuan, dia carikan bilik. Kalau ikutkan harga naik feri dengan bilik ni lagi mahal, tapi Pak Abi tak charge pun. Memang pakai duit dia. Pergi balik. Bilik satu malam dalam Rp150 000 tak silap. Kitorang terharu sangat-sangat masa ni. Pak Abi sangat menjaga kitorang sebab dia je one and only lelaki yang kitorang boleh percaya en huhu.

Gambar tiket feri.

Gambar feri yang kami akan naik.

Naik je feri, kami terus masuk ke bilik. Bermulalah perjalanan kami selama 7 jam menuju Bali. Siapa yang mabuk laut tu, siap-siap lah makan ubat ye hehe. Hari seterusnya, Pyka akan cerita dekat next post. Tunggu jangan tak tunggu.

August 27, 2017

Itinerary Lombok-Bali-Lombok 6 hari 5 malam : Budget Summary & Itinerary

Hai semua. Allahu, lamanya Pyka tak update blog. Boleh nampak dah sawang labah-labah dekat penjuru blog ni (gurau gurau). So hari ni, Pyka nak share perjalanan Pyka ke Lombok baru baru ni.

         Pyka ke Lombok pada 14 Ogos sampai 19 Ogos 2017. Ini memang dah lama rancang. Pyka pergi dengan 3 lagi kawan Pyka (semua perempuan). Masa bagitahu mak nak pergi Lombok, mak punyalah risau sebab yelah macam-macam kes tak elok kita dengar pasal Lombok kan? Tapi tak tahu kenapa, dalam banyak-banyak tempat, Lombok juga yang kitorang pilih untuk pergi bercuti. Semua perempuan pulak tu.

         Korang semua tak payahlah risau (especially yang perempuan). Orang Lombok ni kelebihan dia, diorang sangatlah peramah. Lagi-lagi bila dapat tahu kita dari Malaysia. Memang kering air liur berborak. Ada beberapa tu boleh cakap bahasa Malaysia lagi, sebab mostly (yang lelaki) pernah kerja dekat Malaysia. Ada juga yang pernah kerja dekat Singapura. Tak heranlah boleh dibawak berborak ye tak?

         Pyka dengan kawan-kawan Pyka pergi tanpa travel agency. Almaklumlah, nak murah lah kata kan. Pyka ambik driver dan itinerary driver tu yang suggest. Lagipun kitorang bukannya tahu sangat tentang tempat-tempat dekat Lombok ni.

         Driver Pyka ambik dengan Abiati Lombok. Boleh tengok facebook dengan instagram dia. Search je Abiati Lombok, tau. Pyka memang puas hati dengan servis Pak Abi ni (nama driver). Dia banyak tolong kitorang. Dia jaga kitorang macam ayah kitorang pulak (umur dia baru 28 tahun padahal). Banyak yang dia tolong. And, memang rasa selamat lah bila dia ada sebab dia betul-betul jaga kitorang.
Budget ni exc makan dengan souvenire tau.
Ini itinerary roughly. Banyak juga tempat tak pergi, tapi puas hati. Masa memang banyak habis dekat perjalanan.


Untuk budget tu, Pyka memang tak include kan makan dengan souvenire sebab tu atas bajet masing-masing lah kan. Pyka memang banyak jugak habis dekat shopping. Makan Pyka punya bajet dalam RM20.00 sehari ataupun kurang dari Rp 100 000 sehari. Tu Pyka lah. Lagipun sarapan memang free kecuali masa dekat Bali.

          Sesiapa yang nak ke Lombok dan nak cari pemandu, boleh contact Pak Abi ni through whatsapp. Memang recommended sangat. Even masa kitorang borak dengan sorang pak cik ni yang jugak supir, dia kata murah. Dan kitorang pun memang rasa murah sebab 6 hari kitorang dekat sana, inc hotel and tiket feri. No hidden charge. Parking, tiket masuk semua included. And Pak Abi ni jenis masuk air macam kitorang jugak (umur pun tak jauh mana). Memang kecoh kereta tu huhu.
Ni nombor nye :

Abiati Lombok
+62 878 65133728 (Pak Abi)
Setakat ni je summary perjalanan Lombok-Bali-Lombok Pyka. Lepas ni Pyka akan update itinerary lagi detail ikut hari pulak eh. Stay tune!