April 18, 2015

Engkau Cinderella Aku!: BAB 5

BAB 5

Suhaila termenung di birai katil . Kasut hadiah pemberian Farhana dibelek lama . Pertama kali dia memakai kasut semahal itu . Puas dia memujuk Farhana untuk memulangkan kasut tersebut kepada Farhana . Namun ,Farhana menyuruhnya mengambil kasut tersebut sebagai hadiah pemberiannya sebelum mereka berpisah .

Tapi , sayangnya kasut ni tinggal sebelah . Yang aku ni bengong sangat baling dekat manusia tak bertamadun tu buat apa . Kalau sampai dekat mamat tu , memang sampai kiamat pun belum tentu dia pulangkan balik . Aku tekad , aku mesti dapatkan balik kasut tu . No matter what , aku mesti jaga hadiah yang Farhana bagi baik-baik .

Suhaila bergerak ke ruang tamu lalu terperasankan Raziqah yang sedang bersiap-siap untuk ke kedai runcit membeli barang dapur . Raziqah dihampiri .

“Eh , Su . Kenapa tiba-tiba datang jumpa aku ni? Takkan dah rindu kot”,ucap Raziqah sambil memakai helmetnya .

“Banyaklah kau punya rindu . Sekarang ni aku nak kau bawa aku pergi rumah yang haritu tu”,ucap Suhaila sambil tekocoh-kocoh memakai helmet di kepalanya . Raziqah memandang pelik sepupunya .

“Apesal?”soal Raziqah ingin tahu .

“Adalah . Dah , jom cepat”,ucap Suhaila sambil pantas membonceng di belakang Raziqah . Raziqah sekadar menurut . Tidak lama kemudian , bunyi motor Raziqah menderum membelah jalan .


Ferhad mundar-mandir di ruang tamu rumah . Beberapa kali wajahnya diraup . Sesekali nombor telefon Julia didail , mengharapkan talian bersambung . Namun hampa . Hanya suara operator yang menyambut panggilanya . Ferhad mengeluh berat . Telefon bimbit Julia bagaikan sengaja dimatikan untuk mengelak daripada menjawab panggilannya .

Ferhad menghempaskan telefon bimbitnya ke atas sofa . Lantas , dia menghempaskan punggungnya ke atas sofa sambil menongkat dagunya .

Adakah betul apa yang Johari katakan dahulu bahawa Julia sekadar mencintai rupa dan hartanya sahaja . Julia tidak ikhlas mencintainya .  Teringat Ferhad akan pergaduhannya dengan Johari 3 hari lepas . Pada waktu itu Johari datang melawatnya di bilik pejabatnya .
Johari terperasan akan wajah serabut sahabatnya . Fail yang terbuka di atas meja ditutup setelah perbincangan ditamatkan . Namun , Johari masih tidak berganjak daripada tempatnya . Sesekali Ferhad kelihatan mendail-dail nombor seseorang sebelum mengeluh berat .

Dari wajah hampa Ferhad , Johari dapat mengagak yang nombor Julia yang didail Ferhad . Johari turut sama menghembuskan keluhan berat . Dia menggeleng-gelengkan kepalanya melihat Ferhad yang sekali lagi berusaha menghubungi Julia .

“Masih berusaha call kekasih hati ke?”soal Johari , menyembunyikan kesinisan soalannya . Ferhad memandang Johari dengan sebuah pandangan kosong . Dia tahu , Johari sengaja cuba membakar hatinya dengan soalan yang ditujukan .

Johari tersenyum sinis . “Dah dah lah tu . Kau telefon dia seribu kali pun , dia takkan angkat punya . Dia tak ikhlas cintakan kau dan dia tak ambil tahu pun pasal kau . Entah-entah dia tengah syok bergembira dekat Paris tu , kau dekat sini dail nombor dia bagai nak gila”,ucap Johari . Ferhad naik berang . Terus dia berdiri sambil mempamerkan muka bengis .

“Hei Jo , kau patutnya bantu aku . Bukan sakitkan hati aku . Aku peliklah dengan kau ni , apa yang kau tak suka sangat huh dengan Julia tu . Dia kekasih aku . Kau kata akan support aku . Tapi , mana buktinya . Kau makin menaikkan darah aku adalah”,ucap Ferhad kegeraman .

“Ad , kau kawan baik aku Ad . Aku tak nak kau kecewa sebab mencintai perempuan yang langsung tak layak untuk lelaki sebaik kau . Dekat luar sana ramai lagi perempuan yang baik untuk kau , but not Julia . Dia tak ikhlas mencitai kau”,Johari masih cuba bersabar menghadapi amarah Ferhad . Ferhad sangat pantang apabila nama Julia diburukkan . Dia bukan sengaja tidak menyukai Julia . Tetapi , ada sesuatu yang membuatkan dia cukup tidak suka akan Julia . Lebih-lebih lagi kekasih Julia adalah sahabat yang sudah dia anggap sebagai saudara kandung sendiri .

“Apa yang tak baiknya Ju pada kau?Aku rasa Julia dah cukup baik pada aku . Apa lagi yang kurang dekat mata kau”,Ferhad masih dengan amarahnya sedangkan Johari langsung tidak menunjukkan rasa untuk bergaduh . Johari naik germ . Meja Ferhad ditepuk kuat .

“Ad , kau memang dah buta . Dia curang belakang kau pun kau tak tahu .Ad , dia tu perempuan murah Ad . Dia tak layak untuk kau . Dia keluar masuk hotel dengan jantan lain , kau boleh tak nampak Ad . Maruah dia sama macam perempuan-perempuan jalang dekat luar sana”.

Buk!

Johari memegang pipi kirinya yang serasa sakit . Bibirnya pecah . Johari memandang Ferhad yang masih menggenggam penumbuknya . Johari berdiri sambil tangannya masih memegang pipi kirinya yang serasa kebas akibat ditumbuk oleh Ferhad sebentar tadi .

Ferhad serba salah . Namun , demi membela kekasih hatinya , ditahan rasa serba salah itu . Johari tidak selayaknya meghina Julia sebegitu rupa .

“Kau tumbuk aku semata-mata demi perempuan jalang tu Ad?”

“Stop calling her perempuan jalang , Jo”,ucap Ferhad dengan amarah yang semakin membuak-buak dalam hatinya . Johari mengangguk-angguk . Wajah sahabatnya dipandang lama .

“Fine , fine . Kau lebih sayangkan perempuan tu daripada persahabatan kita Ad . Okey , kau rasa nilai cinta Julia lagi tinggi daripada nilai persahabatan kita kan . Baik , kau teruskanlah . Tapi , bila kau rasa menyesal nanti , jangan cakap yang aku tak pernah bagi amaran dekat kau”.Johari terus mengatur langkahnya ke pintu . Pintu dihempas kasar . Sia-sia sahaja dia menasihati Ferhad , namun semuanya bagai tidak terkesan langsung di hati Ferhad . Sahabatnya itu masih lagi mahu membela Julia yang dianggap sangat setia dengan cinta mereka .

Ferhad meraup wajahnya buat ke sekian kalinya . Sudah tiga hari mereka beraduh dan mereka hanya akan bercakap ketika membincangkan soal kerja sahaja . Tamat sahaja perbincangan , mereka akan terus menyambung membuat hal masing-masing . Kini , dia tidak dapat meminta bantuan daripada sesiapa lagi . Satu-satunya sahabat karibnya telah bergaduh degannya .

             Datin Seri Dahlia memandang anaknya yang kelihatan kusut dari jauh . Dia tahu apa yang sedang mengusutkan fikirannya . Lebih-lebih lagi tempoh Ferhad mencari calon isteri akan tamat esok dan anak terunanya terpaksa berkahwin dengan pilihan hatinya . Bukan dia sengaja memaksa Ferhad , tapi dia lakukan semua itu demi kebaikan satu-satunya anak terunanya . Hal ini telah pun dia bincangkan bersama arwah suaminya dahulu . Dia tahu anaknya seorang yang kuat bekerja sehinggakan lupa menguruskan diri sendiri . Jadi penyelesaiannya , hanya seorang isteri yang mampu menguruskan keperluan hariannya .

Ferhad dihampiri . Anak terunanya kelihatan sedang menelefon seseorang sebelum mencampakkan telefon bimbitnya ke atas sofa dan mengeluh . Datin Seri Dahlia menggeleng-geleng melihat telatah Ferhad . Punggugnya dilauhkan bersebelahan dengan anaknya . Ferhad berkalih memandang ibunya .

“Macam mana bakal menantu mama , dia jadi datang tak?”soal Datin Seri Dahlia . Ferhad buntu . Aduh , mama ni tak menyempat-nyempat . Duduk je terus bagi soalan maut tu . Ferhad kematian kata-kata . Ideanya juga bagaikan kering untuk merangka ayat .

Ting tong!

Kedua-duanya memandang ke arah pintu . Ferhad tiba-tiba mendapat satu idea . “Mama , Ad pergi buka pintu dulu ye . Mungkin , bakal menantu mama dah sampai kut”.Ferhad bingkas bangun bergerak ke pintu rumah .

Suhaila melihat ke sekeliling rumah banglo itu . Cukup besar dan kelihatan cantik pada pandangan matanya . Masakan tidak , bunga-bungaan yang berwarna-warni menambahkan lagi seri di laman rumah agam itu .

Pintu dibuka . Terbuntang mata Suhaila melihat sesusuk tubuh jejaka yang membuka pintu . Terbuntang matanya memandang Ferhad yang turut sama mempamerkan reaksi terkejut sebaik terpandang akannya yang sedang berdiri di muka pintu .

“Kau nak apa ni datang rumah aku?”soal Ferhad sambil berpeluk tubuh . Ceh , mentang-mentang rumah besar nak sombong dengan aku . Suhaila memandang ke kiri , bagaikan tidak mahu memandang wajah berlagak Ferhad .

“Aku nak kasut aku balik”,ucap Suhaila senada .Ferhad tersenyum sinis memandang Suhaila .

“Wahai ayam sewel yang budiman lagi beriman , kau dah calarkan kereta aku dan sekarang kau minta balik kasut kau . Kau ingat aku nak bagi , huh?”soal Ferhad sinis . Suhaila memandang Ferhad geram . Hei , kecik besar kecik besar je wa nampak lu ni . Nasib baik kau ni lelaki tau tak.

“Hei Abang Farhana , saya baling kasut jelah . Bukannya saya baling parang pun sampai calar teruk sangat pun”,Suhaila membuat muka tidak berpuas hatinya . Tidak semena-mena , lengan Suhaila ditarik kasar ke keretanya .

“Hei , kau nak tarik aku pergi mana huh?”soal Suhaila kegeraman . Mana tidaknya , sedap-sedap je tarik lengan anak dara orang . Nasib baik berlapik tau . Kalau tak , memang aku keluarkan segala benda yang aku belajar waktu kelas taekwondo dulu . Apa , ingat aku ni patung cendana ke?

“Ni , kau tengok kereta aku betul-betul . Kau nampak macam murah ke nak cat balik?”ujar Ferhad . Terbuntang mata Suhaila melihat kesan calar akibat rejaman kasut tumitnya . Serius ke ni kesan balingan kasut aku .

Suhaila membelek-belek bonet kereta mewah itu . Ish , takkan aku baling kuat sangat kot . Dari gaya calarnya , nampak macam kesan calar terhiris benda keras dan besar . Tumit kasut tu pun tak adalah besar sampai 10 inchi . Hish , peliknya .

Ferhad tersenyum geli hati melihat Suhaila yang terbongkok-bongkok melihat kesan calar di keretanya . Sebenarnya , kesan calar itu bukanlah akibat daripada balingan kasut gadis itu . Kesan calar itu adalah kesan daripada perlanggarannya dengan sebuah motosikal yang terparkir elok di belakang keretanya semalam . Dia yang tergesa-gesa itu terus mengundur tanpa menyedari motor itu berada di belakangnya . Nasib baik pemilik motor tak ada di situ . Kalau tidak , niaya je penunggang motor itu turut tercedera .

Suhaila menggaru-garu kepalanya . Ferhad menghelakan nafas kemenangan .Percaya juga minah ni rupa-rupanya . Hei , memang ayam sewel .

“Abang Farhana , betul ke ni kesan calar aku baling kasut tu . Macam tak logik je”,Suhaila mula meragui kenyataan daripada Ferhad . Ferhad cuba menyembunyikan kenyataan yang sebenar . Mukanya diriakkan selamba .

“Apa aku dapat kalau aku tipu kau?”Ferhad sengaja menimbulkan persoalan di benak Suhaila . Suhaila mengetuk-ngetuk dagunya dengan jari telunjuknya seolah-olah sedang berfikir sesuatu . Terdetik sesuatu di hati Ferhad . Comel!

“Ha , entah-entah kau sengaja tipu aku supaya aku yang kena bayar untuk cat balik kereta kau ni sebab kau nak jimat duit kau , kan?”Suhaila tiba-tiba terfikir sesuatu . Ferhad tertawa halus . Suhaila memandang jejaka itu hairan . Ketawa pula . Aku tak buat lawak pun kot , desis Suhaila di dalam hati .

“Buat apa aku nak gunakan kau pula . Aku banyak duit lah . Kalau aku suruh kau bayarkan pun bukannya kau mampu”,Ferhad makin membuatkan Suhaila ketandusan idea . Aduh , macam mana ni!

“Okey , fine . Kau nak aku buat apa supaya kau pulangkan balik kasut aku tu?”Suhaila berputus asa . Ferhad bersorak kemenangan di dalam hati .

“Okey , aku boleh pulangkan kasut kau balik . Tapi , kau kena ikut syarat yang aku bagi”.Suhaila memandang Ferhad dengan kerutan di dahi , menanti syarat yang bakal keluar dari ulas bibir Ferhad .
Datin Seri Dahlia memandang lama pasangan yang sedang bercakap-cakap di garaj rumahnya . 

Akibat menanti Ferhad terlalu lama , Datin Seri Dahlia mengambil keputusan untuk keluar menjenguk siapa yang datang . Mungkinkah bakal isteri Ferhad?Dia dapat melihat seorang gadis bertudung dengan hanya memakai baju kurung .

Ferhad yang terperasankan ibunya tiba-tiba mendapat satu idea . “Aku nak kau berlakon jadi kekasih aku”,ujar Ferhad , membuatkan Suhaila terkejut .

“Hei , idea gila mana kau rembat ni . Tak nak aku , geli-geleman aku . Aku cuma nak kasut aku je . Bukannya aku nak ambil kereta kau ni pun”,ucap Suhaila tidak berpuas hati . Ferhad mencari idea sebaik menyedari ibunya semakin menghampiri .

“Okey , aku janji dengan kau kalau kau berlakon jadi kekasih aku untuk tak sampai 2 jam pun aku akan pulangkan kasut kau”,ujar Ferhad , mengharapkan persetujuan Suhaila . Setelah beberapa saat berfikir , Suhaila mengangguk setuju .

“Okey , bila mak aku sampai kita terus mulakan lakonan”,ujar Ferhad . Datin Seri Dahlia sudah berdiri tegak di belakang Suhaila .

“Tengah bincang apa ni . Macam khusyuk sangat je mama tengok”,tegur Datin Seri Dahlia . Kedua-duanya pantas berpaling . Suhaila mengukirkan sebuah senyuman tawar kepada wanita ayu di belakangnya .

“Oh , mama . Tak ada bincang apa-apa . Mama , ni kenalkan bakal isteri Ad , Suhaila”,ujar Ferhad . Nasib baiklah dia ada bertanyakan nama Suhaila sewaktu di majlis adiknya kelmarin . Jika tidak , makin huru-haralah lakonan mereka . Pasti nampak sedikit canggung .

Datin Seri Dahlia menghulurkan tangannya untuk bersalaman . Suhaila yang blur-blur alam itu mengerutkan dahinya memandang tangan Datin Seri Dahlia . Ferhad menyiku Suhaila menyuruh gadis itu menyalami ibunya . Dengan pantas Suhaila menunduk mencium tangan tua Datin Seri Dahlia yang pada amatannya berusia sekitar lewat 50-an . Tidak semena-mena , dahinya dikucup mesra oleh Datin Seri Dahlia . Kedua-dua belah tangannya dipegang .

“Jadi , inilah gadis yang berjaya curi hati anak lelaki mama . Manis je orangnya . Sejuk hati mama tengok bakal menantu mama macam ni . Bertudung , sopan berbaju kurung , pandai Ad pilih bakal isteri”,puji Datin Seri Dahlia . Suhaila tersenyum seraya mengangguk . Bukannya dia jenis yang berbaju kurung pun . Kebetulan , dia ingin ke kenduri kahwin jirannya selepas pulang daripada rumah Ferhad . Tidak sangka pula ini jadinya . Kebiasaannya , memang dia hanya memakai baju t-shirt berlengan panjang longgar dengan jeans lusuh .

“Biasa-biasa je , Datin”,Suhaila merendah diri . Ferhad tersenyum di dalam hati . Pandai juga minah ni berlakon . Tak nampak kekok pun .

“Apa datin-datinnya . Panggil mama je”,ujar Datin Seri Dahlia , mula senang dengan Suhaila . Suhaila terasa kekok . Masakan wanita hebat seperti Datin Seri Dahlia ingin dirinya dipanggil mama oleh orang sepertinya . Ternyata , sangkaannya tentang orang kaya semua bersikap sombong salah sama sekali . Tetapi , tanggapannya sangat tepat untuk Ferhad .

“Ad , jom masuk dalam . Mama banyak benda nak borak dengan bakal menantu mama ni”,Datin Seri Dahlia berpapasan bahu dengan Suhaila masuk ke dalam rumah . Ferhad sekadar mengikut dari belakang .

Suhaila melihat ke segenap ruang di dalam rumah itu . Ferhad begitu khusyuk bermain-main dengan telefon bimbitnya . Suhaila bagaikan langsung tidak wujud di hadapannya . Tiba-tiba , seorang wanita yang kelihatan sebaya dengan Datin Seri Dahlia menatang sedulang gelas dan jug  sebelum diletakkan ke atas meja .

“Suhaila , boleh tak kalau mama minta tolong sikit”,ujar Datin Seri Dahlia . Suhaila sekadar mengangguk sekadar balasan . Ferhad terus mengalihkan pandangannya memandang Datin Seri Dahlia . Risau pula permintaan mama keterlaluan .

“Suhaila boleh tolong mama masak tak? Sebab , mama tadi tengah masak . Tiba-tiba kaki mama kebas semacam je . Terus tak jadi masak”,Datin Seri Dahlia mereka alasan . Pada hakikatnya , kakinya langsung tidak terasa kebas . Dia sengaja mahu menguji Suhaila sebelum gadis itu menjadi isteri anak lelakinya . Ferhad gelisah . Aduh , pandai ke minah ni masak .

“Oh , mama dengan Ad tak makan lagilah ni . Tak apa , Su boleh tolong”,ujar Suhaila , bingkas bangun dari duduknya seraya bergerak ke dapur . Datin Seri Dahlia tersenyum senang melihat bakal menantunya yang sudah mula bangun . Dia terus berpindah duduk di sebelah Ferhad yang turut sama menyoroti langkah Suhaila ke dapur .

“Pandai Ad pilih bakal isteri . Mama suka dia . Nampak baik , lembut , sopan . Mama yakin dia boleh jaga anak mama ni dengan baik”,ujar Datin Seri Dahlia . Ferhad tergelak di dalam hati . Baik , lembut , sopan ? Hahaha , memang 360 darjah berbeza dengan Suhaila yang sebenar . Ayam sewel tu bukan setakat selekeh , kasar , sewel , senget , semua dia lah . Entah boleh masak ke tidak tu . Entah-entah , baru makan satu suap dah cirit-birit .

“Kalau macam nilah , lagi dua minggu mama nak kamu nikah dengan dia”,ujar Datin Seri Dahlia ceria . Tiba-tiba Ferhad terbatuk-batuk . Datin Seri Dahlia yang risau akan keadaan anaknya mengurut-urut lembut belakang tubuh anaknya . Aduh , nikah dengan ayam sewel tu? Aku rela kahwin dengan beruk daripada kahwin dengan ayam sewel tu .

“Awalnya mama . Sempat ke nak buat persiapan semua”,Ferhad masih lagi cuba berdalih . Masakan dia harus menamatkan zaman bujangnya secepat itu , dengan wanita yang dibencinya . No way!

“Mama dah lama dah buat persiapan . Sebab , kan mama dah cakap mama nak nikahkan Ad dua minggu selepas tempoh yang mama berikan . Jadi , Ad tetap akan kahwin lagi dua minggu even Ad tak bawa Su jumpa mama . Lagipun , kan kamu dengan dia dah kenal lama . Dah 2 tahun bercinta kan , jadi buat apa tunggu lama-lama”,ujar Datin Seri Dahlia tanpa menyedari ketidakselesaan anaknya . Hish , aku tipu je pun . Kalau jumpa je bergaduh , bila masanya nak bercinta . Menyesal pula kelentong mama .

Ferhad kematian kata-kata . Dia termenung panjang . Datin Seri Dahlia pula kelihatannya bergerak ke dapur . Mahu menjenguk telatahn bakal menantunya bekerja di dapurlah tu! 


             Bau harum dari meja makan menggamit Ferhad untuk ke sana . Pelbagai juadah terhidang di atas meja . Baunya begitu menyelerakan . Datin Seri Dahlia kelihatannya sudah melabuhkan punggung di atas kerusi . Ferhad turut melabuhkan duduk di atas kerusi . Suhaila keluar dari dapur sambil membawa sejag air sirap .

Setelah meletakkan air sirap itu ke atas meja , kerusi bersebelahan Datin Seri Dahlia ditarik . Belum sempat dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi , Datin Seri Dahlia mula bersuara “Kamu tak duduk sebelah Ad ke?”soal Datin Seri Dahlia kehairanan . Suhaila menggigit bibir . Aduh , macam manalah aku boleh lupa yang aku tengah berlakon jadi kekasih abang Farhana ni .

Suhaila dengan pantas menyorongkan semula kerusi dan berpindah duduk di sebelah Ferhad . Dengan terpaksanya , nasi dicedokkan ke pinggan Datin Seri Dahlia dan juga pinggan Ferhad . Dia dapat melihat Ferhad sedang tersenyum sinis memandangnya . Lauk ayam masak merah turut dicedokkan ke dalam pinggan Ferhad .

Sebaik mengaminkan doa yang dibaca Ferhad , masing-masing memulakan suapan . Hmm , boleh tahan , puji Ferhad di dalam hati . Namun , tidak ditunjukkan di hadapan Suhaila . Bimbang , gadis itu akan berlagak pula dengannya .

Alhamdulillah , ucap Suhaila perlahan . Pertama kali dia berasa puas menjamah air tangannya sendiri . Selama dia tinggal bersama keluarga tirinya , dia langsung tidak dapat menjamah makananan yang dimasaknya . Hanya tinggal sisa sahaja . Di rumah Pak Long Hamid pula , mak longnya yang selalu memasak . Dia langsung tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke dapur .

“Pandai Su masak , kan Ad?”ujar Datin Seri Dahlia .

“Bolehlah”,Ferhad membalas , acuh tak acuh sahaja bunyinya . Eleh , makan sampai tiga pinggan , komennya bolehlah je . Ingat aku tak perasan ke yang kau makan dengan penuh berseleranya masakan aku . Nak tunjuk egolah tu , Suhaila mencebir di dalam hati .

“Takkan bolehlah je , Ad . Nanti bila dah kahwin nanti , hari-hari kamu makan air tangan Su ni . Betul tak Su?”.Suhaila yang sedang meneguk air sirap tersedak-sedak . Ferhad yang ingin memantapkan lakonannya , terus mengurut-urut belakang Suhaila .

“Sayang , kenapa ni? Sampai tersedak minum air . Minum tu elok-eloklah sayang”,ujar Ferhad , penuh kasih sayang . Suhaila yang elok hanya terbatuk , rasa ingin termuntah pula dengan keprihatinan Ferhad . Nasib baiklah Datin ada , kalau tak memang sebaldi aku muntah .

“Ha , mama ingat nak risik Su lusa , lepastu dua minggu lagi nikah”,ujar Datin Seri Dahlia . Suhaila membuntangkan matanya memandang Datin Seri Dahlia .

“Nikah?”ucap Suhaila dengan riak terkejutnya . Suhaila berpaling menoleh memandang ‘bakal suaminya’.

Ferhad dan Datin Seri Dahlia sama-sama memandang Suhaila .

“Ops , maksud Su , cepatnya . Mana sempat nak buat persediaan”,Suhaila menyembunyikan keterlanjurannya tadi . Datin Seri Dahlia tersenyum , sudah mengagak reaksi Suhaila . Pasti reaksinya sama dengan reaksi anaknya .

“Su , sebenarnya mama buat macam ni sebab wasiat arwah suami mama . Arwah wasiatkan supaya Ad berkahwin sebelum usianya 27 tahun , sebelum Ad diberikan kuasa sepenuhnya menerajui syarikat keluarga kami . Yelah, papa tahu yang Ad ni kuat sangat bekerja sampai diri sendiri pun terabai. Kalau ada isteri, terjaga sikit kebajikan dia. Jadi , mama tak sanggup nak biarkan amanah suami mama terabai macam tu je”,ujar Datin Seri Dahlia berterus-terang . Suhaila memandang Ferhad yang bagaikan sengaja tidak mahu bertentang mata dengannya .
Aduh , mampus aku!

“Tapi mama…”

“Su, mama harap sangat Su terima. Mama betul-betul nak Su jadi menantu mama”,ucap Datin Dahlia, penuh merayu. Suhaila serba-salah. Aduh, aku bab-bab menghampakan orang tua ni bukan bidang aku. Suhaila memandang Ferhad yang sekadar tersenyum sinis ke arahnya. Tak guna betul malaun ni. Dia nak selamat, aku yang terperangkap.

“Baiklah, Su setuju”,ujar Suhaila terpaksa. Senyuman Datin Dahlia melebar. Mata dia dan mata Ferhad bertembung menyimpan seribu makna.

         Ferhad mengiringi Suhaila ke luar rumah . Sebaik melihat kelibat Datin Seri Dahlia menghilang , Suhaila dengan pantas memegang kolar baju Ferhad . Ferhad menunjukkan muka selambanya . Suhaila langsung tidak gentar dengan tubuh tegap Ferhad .

“Hei , kau sengaja kan perangkap aku?”Suhaila tidak berpuas hati . Sebelah tangannya menunjuk ke arah Ferhad . Ferhad menurunkan tangan Suhaila . Ferhad mengukirkan senyuman sinis . Setapak demi setapak dia melangkah ke depan . Tangan yang memegang kolar bajunya juga telah dilepaskan . Suhaila berundur setapak demi setapak sehinggalah Suhaila terhalang dengan dinding di belakangnya .

“Hei , kau dengar sini baik-baik . Aku tak hadaplah kalau setakat kahwin dengan perempuan macam kau . Setakat perempuan macam kau , aku boleh kutip tepi jalan jelah”,ujar Ferhad sinis . Suhaila kegeraman .

“Kau ingat kau bagus sangat ke? Hei , lelaki macam kau ni tak layak jadi suami tau”,ujar Suhaila, segaja membakar hati Ferhad .

Turun naik nafas Ferhad menahan amarah . Lengan Suhaila digenggam kuat sehinggakan Suhaila mengaduh kesakitan . Namun , gadis itu langsung tidak menunjukkan rasa gentar di wajahnya sedangkan dalam hatinya Allah sahaja yang tahu . Sekasar-kasar dia pun , dia belum mampu menandingi tenaga seorang lelaki .

“Kau ingat kau bagus sangat ke , huh?Kau pun tak layak untuk jadi isteri aku”,ujar Ferhad geram . Suhaila kalut . Wajah Ferhad semakin menghampiri wajahnya . Bunyi hon motor menyedarkan mereka . Ferhad pantas melepaskan Suhaila seraya masuk ke dalam rumah . Suhaila terus mendapatkan Raziqah . Soalan yang ditanya Raziqah langsung tidak berjawab malah dibiarkan berlalu dibawa angin lalu .


Mak Long Roziah menatang sedulang air oren ke ruang tamu lalu diletakkan ke atas meja . Datin Seri Dahlia mengucapkan terima kasih . Mak Long Roziah melabuhkan duduk di sebelah suaminya . Dari penampilan wanita di hadapannya , bukan calang-calang orang tetamunya itu . Pasti daripada golongan yang berada dan mewah kehidupannya . Hairan juga apabila ada orang seperti wanita itu sudi menjejakkan kaki ke rumahnya .

“Ada apa hajat Datin ke rumah kami ni?”soal Mak Long Roziah merendah diri . Dia terdengar pemandu wanita itu menggelarnya datin . Pasti wanita di hadapannya berpangkat datin .

“Kak , tak payahlah nak berdatin-datin dengan saya . Paggil Kak Lia je”,Datin Seri Dahlia pula jadi segan dengan keluarga Suhaila . Mak Long Roziah mengangguk-angguk . Sekarang ini susah mahu jumpa dengan orang kaya yang merendah diri seperti Datin Seri Dahlia ini . Senang hatinya dengan keramahan Datin Seri Dahlia .

“Apa hajat Kak Lia datang ke mari?”Mak Long Roziah mengulangi semula soalannya . Datin Seri Dahlia tersenyum .

“Saya datang ni nak merisik Suhaila . Nurul Suhaila”,ujar Datin Seri Dahlia jujur . Mak Long Roziah dan Pak Long Hamid mengangguk-angguk memahami tujuan kedatangan Datin Seri Dahlia ke rumah mereka .

“Sebenarnya , kelmarin anak saya ada bawa Suhaila datang rumah saya . Jadi , kami dah bincang untuk nikahkan mereka berdua dua minggu dari sekarang”,ujar Datin Seri Dahlia . Mak Long Rozaih dan Pak Long Hamid memandang sesame sendiri .

“Tak cepat sangat ke Kak Lia?”Mak Long Roziah kehairanan .

“Mereka pun cakap macam tu . Tapi , ini semua daripada wasiat arwah suami saya yang inginkan anak saya berkahwin sebelum berusia 27 tahun sebelum dia menerajui syarikat keluarga kami . Bukan apa , anak saya tu jenis kuat kerja . Jadi , kalau dah ada isteri nanti adalah orang nak tengok-tengokkan dia”,Datin Seri Dahlia tenang menerangkan duduk perkara sebenar .

“Mereka setuju?”soal Pak Long Hamid pula .

“Mereka setuju . Lagipun , mereka dah lama berkawan . Apa salahnya nikahkan cepat-cepat . Apa kata orang , benda yang baik jangan dilengah-lengahkan . Tak ke gitu”,ucap Datin Seri Dahlia sebelum kedua-duanya ketawa .

“Kak Lia , sebenarnya kami ni bukan mak ayah Suhaila”,ujar Mak Long Roziah tiba-tiba . Datin Seri Dahlia mengerutkan dahi . Habistu , mengapa alamat yang Suhaila berikan ialah alamat rumah ini .

“Kami ni mak long dan pak long dia . Suhaila tu anak yatim piatu . Dia ada mak tiri , tapi dia baru lepas kena halau , tak cukup sebulan . Jadi , sebab tulah dia tinggal dengan kami”.Datin Seri Dahlia tiba-tiba berasa kasihan akan Suhaila . Langsung dia tidak tahu perihal itu . Makin menggunung kasihnya buat anak gadis yang telah menambat hati tuanya sejak kali pertama dia bertemu empat mata dengan gadis itu .

Tiba-tiba , kedengaran suara seorang gadis memberi salam . Ketiga-tiga pasang mata memandang ke arah pintu . Kelihatan seorang gadis yang sangat comot dengan tudung dan topi yang tersarung di kepala . Suhaila tersenyum sambil menunjukkan seikat rambutan yang dipegangya .

“Astaghfirullahalazim Su , kamu ni pergi kerja ke pergi berperang?”Mak Long Roziah menggeleng-gelengkan kepalanya melihat keadaan Suhaila yang penuh berselut satu badan . Suhaila menggaru-garu kepalanya . Sebuah senyuman manis dihulurkan buat Datin Seri Dahlia .

“Balik kerja tadi , Su pergi singgah kebun belakang rumah sekejap nak kait rambutan . Tengah syok kait rambutan , terjatuh pula dalam lopak . Tu yang berselut tu . Mama , sorry tak dapat salam . Nanti kotor pula tangan mama”,ucap Suhaila .

“Tak apa . Dah , Su pergi mandi bersihkan diri . Mama pun nak balik dah ni”,ucap Datin Seri Dahlia . Suhaila berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga .


“Macam tulah budaknya kak . Lasak bebenor”,ujar Mak Long Roziah sebelum ketawa mereka kembali meletus , menggamatkan suasana yang sunyi di rumah itu . 

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!