March 24, 2013

Sahabat vs Cinta bab 17


BAB 17

          Seperti yang dijanjikan, pagi-pagi lagi Aris sudah bersiap-siap untuk pergi ke temu janji dengan Sakinah.Berlainan pula dengan Alisa, dia langsung tak ada hati nak ikut.Mana taknya, kalau diikutkan hati Aris, Alisa tak akan dibawa.Buat apalah dating kalau ada orang ketiga.
Tapi, bagus juga.Lebih baik ada orang ketiga yang nyata, daripada yang ghaib.
Pintu bilik diketuk berkali-kali.Gayanya macam aku ni tak korek telinga setahun je.Sabarlah sikit.
“Alisa, cepatlah sikit.Nanti kesian Sakinah menunggu”,ucap Aris lantang dari luar.
Telinga kanan digosok-gosok.Masalah betul.Orang nak pakai tudung pun tak senang.
“Sabar boleh tak.Saya nak pakai tudung ni.Mengganggu betul”,ucap Alisa separuh menjerit.Jangan tak tahu, aku pernah berlakon jadi tarzan tau dulu.Cuma, aku just jadi bini dia je.Tarzan nya orang lainlah.Sejak bila pulaklah tarzan pergi Pejabat Pendaftaran cakap nak tukar jantina dekat i/c dia.Apa lah.
“Tak payah nak lawa sangatlah.Aku yang nak dating, bukan kau”,seraya Aris turun ke bawah bagi memanaskan enjin.Dengar radio dalam kereta lagi best dari dengar minah ni membebel.
Alisa mendengus kasar.Kalau ikutkan hati sayang dia, tak ada maknanya dia nak ajak aku sekali.Kata pun dating, mana ada tiga orang.
Pintu bilik dihempas kasar sebaik sahaja kakinya menjejak ke luar bilik.
“Betullah kajian diorang”,ucap Aris sambil melihat ke arah di pergelangan tangannya.
Ni ucapan menyambut orang ke apa,fikir Alisa.
“Apa pulak yang betulnya?”Alisa kehairanan.
“Perempuan mengambil masa lebih lama untuk bersolek daripada memakai baju”,ucap Aris selamba.Bibir Alisa dimuncungkan.
“Entah betul, entah tak.Ataupun, awak cuma buat teori awak yang tak berapa nak betul tu”,Alisa bergerak ke sebelah tempat duduk pemandu.Punggungnya dihempaskan di atas kerusi.Nasib kaulah kerusi.Siapa suruh kau diciptakan untuk orang duduk.Untunglah!!
“Saya bukan buat teori yang tak betul.Saya cuma buat teori berdasarkan pemerhatian saya je”,Aris membalas sambil menghidupkan enjin kereta.Suhu pendingin hawa di dalam kereta dinaikkan.Macam tinggal setahun dekat gurun Sahara je.
“Hello Encik Aris, awak ni waktu belajar ambil course peguam ke course business.Ada je yang nak dijawabnya”Alisa memasang tali pinggang keledar untuk memastikan keselamatan.Aris ni kalau bawak kereta, macam tengah drive dekat litar F1 pulak.Lupe terus aku dekat sebelah.
Cuba kalau Sakinah ada, romantiknya dia drive.Langgar lembu pun tak mati.
“Suka hati kaulah nak kata apa pun.Yang penting, aku nak ketenangan.So, senyap”,pantas sahaja Aris memasang radio.Volume dinaikkan.Dia ni pekak kea pa?
Tangan kanan Alisa mengurangkan volume radio agar tidak memecahkan gegendang telinganya.
“Kenapa apahal pulak kau slowkan volume tu?”Aris menaikkan semula volume radio.
Kedua-dua belah tangan Alisa menekup telinganya.Volume radio dikurangkan.
“Gegendang telinga awak tu tak rasa macam nak pecah ke?”Alisa cuba melawan volume radio yang telah dikuatkan semula oleh Aris.Pekak betul.
Kereta tiba-tiba diberhentikan di bahu jalan.Dah kenapa pulak ni, takkanlah minyak kering.
“Kenapa berhenti?”soal Alisa.
“Kalau kau rasa tak selesa, kau turun”,arah Aris. “Tak pun, kau nak aku yang angkat kau turun, dengan senang hati aku tawarkan diri”,sambung Aris.
Mulut Alisa terkunci rapat.Melihat kebisuan Alisa, Aris menggerakkan semula keretanya dengan iringan muzik yang hamper memecahkan gegendang telinga.
Kedua belah telapak tangan ditekapkan ke telinga.Sengaja cari pasal.


          Setelah menjemput Sakinah, Aris memandu ke sebuah pusat beli-belah terkemuka yang terletak di tengah-tengah kota.Alisa di belakang umpama tak wujud.Pelikkan macam mana boleh sampai belakang?Ni semua Aris punya pasal.Disebabkan Sakinah, aku kena turun pindah ke belakang.Ingatkan nak buat pakatan mogok, tapi kalau fikir-fikir, langsung tak ada faedah buat mogok lebih.Fikir Aris nak layan, buang masa, buang tenaga.

Dari dalam kereta hinggalah ke tempat yang dituju, Alisa sentiasa dibiarkan di belakang.Sakinah pun macam dah lupa yang aku ni ada dekat belakang.
Twisties yang sebentar tadi baru dibeli dikoyakkan pembungkusnya.Sebatang- sebatang tiwsties dikunyah.Tengok tu, nak masuk kedai Pacific pun tak bagitahu aku.Nasib baik aku tak terbabas masuk Greenpoint tadi.Dasar orang nak bercinta, seluruh alam ni dia lupa.
Kelihatan sehelai baju berwarna hijau lembut yang begitu memikat hati Alisa.Baju tersebut dibelek-belek.Baju ni dahlah cantik, kalau aku paai mesti lagi cantik, Alisa mula perasan sendiri.
Nak buat macam mana, tak ada orang yang nak memuji.Terpaksalah angkat bakul sendiri naik.
“Aris, cantikkan baju ni.Boleh belikan tak?”pinta Alisa.Aris memandang melihat gadis itu memadankan baju itu ditubuhnya.
“Kau beli sendirilah.Aku tak cukup duit”,Aris seraya meninggalkan Alisa apabila Sakinah memanggil.Walaupun sebenarnya Sakinah panggil Alisa.Salah dengar apa?
Hati Alisa begitu kecewa.Tak apalah, dia tak ada duit tu.Nanti-nanti boleh beli, Alisa memujuk hatinya.
Sakinah kelihatannya sedang membelek sehelai baju berwarna merah jambu.        
“Alisa, cantikkan baju ni?”soal Sakinah.Ingat juga dia dekat aku.Aku fikir dia dah lupa.
“Memang cantik”,balas Alisa dengan hati yang tawar.
“Awak nak beli ke Sakinah?Saya boleh belanja”,Aris menawarkan diri.Mata Sakinah membuntang memandang Aris sebelum memandang Alisa semula.
Alisa mengangguk sambil tersenyum.Sakinah nak beli, siap tawarkan diri nak belanja lagi.Aku yang meminta ni, sebelah mata pun tak pandang.
“Tak menyusahkan awak ke?”Sakinah serba salah.Nanti apa pula kata Alisa.Luaran tersenyum, mana tahu hati menangis.
“Memang tujuan saya nak belanja pun hari ni.Lagipun, saya yang ajak awak keluar”,lembut Aris membalas.Hati Alisa semakin sakit.Kalaulah kau tahu, Aris…
Belum sempat Sakinah membalas, baju ditangan terus diambil oleh Aris untuk dibawa ke kaunter.
“Alisa, kau tak nak beli apa-apa ke?Kau isteri dia pun tak beli apa-apa, aku je yang melebih”,serba-salah Sakinah jadinya.Apa pulak kawan aku fikir nanti?
“Tak apa lah.Cuma, kau boleh tolong aku tak?”pinta Alisa sambil mengerutkan mukanya.
“Tolong apa?”.
“Cakap dengan Aris, aku balik dulu.Rasa tak sihatlah.Okey, aku balik dulu.Bye”,pantas sahaja Alisa meninggalkan Sakinah terpinga-pinga.Tadi punyalah sihat walafiat, ni tiba-tiba je muka berkerut seribu.
Aris menghampiri Sakinah dengan beg plastic yang berisi baju.
“Mana Alisa”,soalan Aris yang pertama.Risau ke bang?
“Dia kata dia tak sihat.Dia balik dulu”,ujar Sakinah.
“What, dia balik dulu?Dia naik apa?Kenapa tak suruh saya hantarkan?Kalau jadi apa-apa nanti, siapa yang susah”,gawat Aris jadinya.Hatinya begitu risau.Sakinah di sebelah dilupakan terus.
“Ehm…ehm…risau Nampak.Sayang betul awak dekat Alisa ye”,Sakinah mengusik.Nampak sangat Aris ambil berat pada Alisa.
Aris tersedak.Betul ke aku sayangkan Alisa?
“Bukan apa, kalau ada apa-apa jadi dekat dia nanti mak dengan ayah saya mesti salahkan saya”,Aris membetulkan tanggapan Sakinah.
“Yelah tu.Kalau dah sayang tu, mengaku jelah”,Sakinah meninggalkan Aris.Langkah diatur laju bagi menyaingi Sakinah.Hari ni aku mesti buat Sakinah terpikat dekat aku, itu tekad aku!



         Televisyen dipasang bagi menghilangkan kebosanan.Sebaik sahaja sampai di rumah tengah hari tadi, Alisa terus masuk ke bilik.Bila dah bosan,tu yang tengok tv cerita entah apa-apa tu.Ingat ke nak bagitahu Aris aku dah selamat sampai rumah, tapi bateri kong pulak.Jadi, biarkan jelah.Entah Aris kisah, entah tak.Al maklumlah, dah ada kekasih hati, buat apa fikir pasal aku,Buat serabut kepala je.
Bunyi deruman enjin kereta menyedarkan Alisa dari lamunan.Jam tangan dikerling.Pukul 10.30 malam baru jumpa jalan balik rumah apa?
Baru sahaja Alisa bangun untuk membuka pintu, pintu telah dibuka.Terus sahaja Aris menerpa kea rah Alisa seraya memegang kedua-dua belah bahunya.
“Alisa, kau okey?Kau dah sihat ke?Kenapa balik tak tunggu aku?Kenapa tak call bila sampai rumah?Kau tahu tak aku risau”,bertalu-talu Aris mengajukan soalan.Alisa hanya terdiam sambil merenung mata bundar di hadapannya, mencari keikhlasan kata-kata jejaka itu.
“Kenapa kau diam?Kau tahu tak, temu janji aku dengan Sakinah hambar disebabkan Sakinah anggap aku sayangkan kau.Kenapa kau buat macam tu?Kau sengaja nak buat Sakinah jauhkan diri daripada aku, kan?Kau nak Sakinah anggap aku sayangkan kau?Kau dah lupa perjanjian kita, kau akan tolong…”
“Enough, Aris”,pegangan di bahu Alisa terlerai.Ayat Aris terhenti di situ sahaja.Pandangan tajam dihadiahkan buat jejaka di hadapannya.Kolam mata sudah mula dibanjiri air.
“ Jadi awak nak salahkan saya lah ni.Awak Cuma nak tuding jari ke arah saya.Awak tak Tanya pun kenapa saya balik.Yang awak tahu, tuduh saya macam saya ni jahat sangat je”,Alisa berjeda seketika.Kekuatan dikumpul bagi meneruskan ayatnya.
“Saya tahu saya tak adalah baik sangat.Tapi, saya tak akan memusnahkan kebahagiaan orang lain.Saya sanggup lakukan apa sahaja terutama untuk orang yang saya sayang”,bola mata Alisa bergerak-gerak bagi menahan air matanya daripada mengalir.Empangan air mata dibina sekukuh-kukuhnya agar kelemahannya tidak ditunjukkan di hadapan Aris.
“Oh, ye ke?Aku tak rasa kau orang yang jenis macam tu.Yang aku tahu, kau memang berdendam pada aku kan?Kau sengaja nak buat aku dengan Sakinah berpisah,kan?”tuduhan Aris begitu tajam menikam jantung Alisa.Jahat sangat ke aku di mata Aris.
Alisa memberikan senyuman sesinis mungkin buat Aris.
“Oh, awak rasa saya macam tu kan?Fine, saya memang tak boleh nak tolak pandangan orang lain pada saya.Saya minta maaf kalau saya membuatkan temu janji awak dengan Sakinah menjadi hambar.Saya minta maaf kalau saya balik tak tunggu awak.Saya minta maaf kalau saya balik tak call awak sebab bateri handphone saya kong.Saya minta maaf sebab pura-pura sakit semata-mata nak tinggalkan korang berdua.Cuma, saya nak awak tahu.Saya balik pun sebab saya kecil hati dengan awak.Awak boleh belikan Sakinah baju yang lebih mahal daripada harga baju yang saya minta.Saya tahu saya tak berhak rasa macam tu sebab kita kahwin bukan atas dasar cinta pun.Kita kahwin sebab terpaksa.Sedangkan awak lebih mencintai Sakinah.Saya minta maaf.Mulai hari ni, saya tak nak masuk campur dalam urusan peribadi awak, dan awak jangan sesekali masuk campur dalam urusan hidup saya.Maybe kita serumah, tapi hati kita berlainan.Awak adalah awak, saya adalah saya.Awak tak akan faham saya, dan saya tak akan pernah cuba memahami awak’,begitu panjang sekali ucapan Alisa buat Aris.Begitu dalam makna kata-kata gadis itu.Kata-kata itu umpama tersirat seribu perasaan sakit.Buat pertama kalinya, Aris melihat Alisa semarah dan senekad itu.Gadis itu kelihatan begitu kecewa sekali.Nasib baiklah ibu bapa mereka sedang berada di tanah suci Makkah.Kalau tak, mereka tentu risau melihat hubungan Aris dan Alisa yang semakin memburuk.
Pintu bilik dihempas kuat.Tubuhnya disandarkan ke pintu.Air mata yang mengalir perlahan pantas sahaja diseka.Aku tak akan sekali-kali menangis buat seorang lelaki.Cukuplah air mata aku tumpah.Air mata aku terlalu mahal untuk tumpah kerana seorang lelaki.

Lain pula keadaan Aris di ruang tamu.Beberapa kali rambutnya dikuak ke belakang.Melulu sangat ke tuduhan aku sampaikan Alisa nekad buat hal masing-masing.Ya allah, kenapa aku risau macam ni.Aku tak nak kami bagaikan orang asing.Aku nak kami berbaik-baik seperti sedia kala.Aku sayangkan…persahabatan kami.Dia seorang sahabat yang baik.
Aris mendengus.Kepala diletakkan di atas sofa.Moga esok mereka kembali berbaik semula, pinta Aris di dalam hati.



           Jam dinding dipandang lama bagi memastikan pukul berapa dia terjaga.Baru pukul 3.00 pagi.Hauslah pulak.
Pintu bilik dibuka.Matanya melilau melihat pintu bilik Aris yang tertutup rapat.Lena betul dia tidur.
Setelah meminum segelas air masak, Alisa melalui ruang tamu untuk ke bilik.Tiba-tiba, matanya menangkap sekujur tubuh berbaring di atas sofa.Kelihatan Aris sedang tidur sambil berpeluk tubuh.Mesti sejuk.
Selimut diambil bagi menyelimuti tubuh jejaka itu.Buat tak tahu jelah pasal aku cakap nak buat hal sendiri tu.Nanti, mati kesejukan pulak.Siapa yang merana, aku jugak.        
Wajah jejaka yang sedang lena itu dipandang lama.Kacaknya suami aku.Untung aku dapat jadi bini dia.Tapi, dia beruntung ke dapat aku sebagai isteri?Aku tak adalah lawa sangat kalau nak dikatakan sepadan dengan dia yang kacak tu.Tak ada iras pinang dibelah dua pun.
Alisa bermain-main dengan anak rambut suaminya.Air mata yang baru mengalir diseka pantas.
Alisa, kau kena kuat!Kau dah tekad untuk lupakan dia.Salah satu caranya, kau kena jauhkan diri daripada dia.Kau kena berkorban, desak hati Alisa.
Alisa tersenyum tawar.Aku nak orang yang aku sayang bahagia, dan aku akan pastikan kau bahagia di samping Sakinah.Itu janji aku, Aris.
Dahi jejaka itu dikucup lama tanpa dia sedari.Kali ini, air matanya dibiarkan mengalir.Mungkin, inilah kali terakhir aku dapat serapat ini dengan Aris sebab lepas ni aku akan cari ruang untuk sentiasa jauhkan diri daripada dia.Sedihnya aku!
Tapi, Alisa mesti kuat.Bukan ke cinta memerlukan pengorbanan.Chaiyok!Chaiyok!

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!