March 24, 2013

Sahabat vs Cinta bab 18


BAB 18

       Sudah seminggu perang dingin berlaku antara Aris dengan Alisa.Alisa kelihatannya sentiasa menjauhkan diri.Waktu pagi, seawal 6 pagi dia keluar.Tapi, kalau balik kerja, selewat 1.00 pagi baru dia sampai rumah.Dia macam sengaja nak elakkan diri daripada aku.Sakinah pula susah mahu diajak keluar jika Alisa tidak ikut serta.
Hari ini hari minggu.Aris bagaikan cacing kepanasan di dalam bilik.Suhu pendingin hawa sudah diturunkan sehingga 18 darjah celcius.Panas lagi.
Entah kenapa, sikap dingin Alisa terhadapnya begitu berbekas di hati lelakinya.Aris merencana satu rancangan.Haraplah Alisa masih prihatin dekat aku.Kalau tak, sia-sia je lah.

          Alisa sedang membaca novel sambil mendengar lagu.Tubuhnya dibaringkan di atas katil.Wah, nikmatnya hari minggu.Wahaha!
Tiba-tiba , prang!
Bunyi kaca terhempas kedengaran dari dapur.Mana taknya, dapur dengan bilik aku manalah jauh sangat.
“Ouch!”kedengaran suara Aris mengerang kesakitan.
Alisa mulai risau.Dah kenapa pulak mamat ni?Terpaksalah aku tolong.Tak akanlah nak buat tuli je dalam situasi macam ni.Apa punya housemate lah!
Sampai sahaja di dapur, Aris kelihatan memegang pergelangan tangan kirinya yang tercedera.Loya ditahan.Nasib baiklah tekak aku dah tak buat hal macam masa kecik-kecik dulu.Kalau tak, pantang nampak darah, tak kira tempat, keluarlah isi perut.
“Kenapa ni Aris?”Alisa bertanya risau sambil menyapu kaca yang berterabur.Setelah kaca dibuang, pantas sahaja Alisa mendapatkan Aris.Tangan lelaki itu dibelek.
“Kenapa ni Aris?Panjang ni luka awak.Nasib baiklah tak dalam”,soal Alisa sambil membawa lelaki itu duduk di atas kerusi.Penatlah kot mencangkung.
“Tadi, aku cuma nak susun pinggan.Terlepas pulak.Aku nak kutip, tu yang sampai terluka tu”,jelas Aris dengan muka berkerut-kerut.
First-aid kit dicapai.Cecair Dettol disapu bagi membunuh kuman yang berada dalam luka Aris.Setelah itu, sehelai kapas ditekapkan dengan menggunakan plaster.
Segala peralatan yang digunakan disimpan semula.Belum sempat Alisa bangun, tangannya tiba-tiba digenggam erat oleh Aris menyebabkan Alisa terduduk semula.Wajah jejaka yang dirinduinya dipandang lama bagi melepaskan rindu.
“Kenapa kau jauhkan diri daripada aku?”senada sahaja Aris bertanya.Alisa menundukkan wajahnya.
“Saya tak menjauhkan diri daripada awak.Saya cuma melaksanakan janji saya untuk buat hal sendiri dan tak masuk campur dalam urursan peribadi awak.Tu aje”,senyuman hambar dihadiahkan buat si jejaka.Yes, aku dah tak nangis!Hoorey!
Tiba-tiba sahaja Aris melutut di hadapan Alisa.Alisa terkedu.Kenapa dia buat semua ni untuk aku?
“Alisa, aku merayu pada kau jangan annoying aku lagi.Aku tak tahu kenapa, hidup aku kosong Alisa bila kau annoying aku.Muka aku langsung kau tak nak pandang.Aku minta maaf kalau kata-kata aku dah menyakitkan hati kau.Aku minta maaf.Yang pasti, buat kali ni aku mencemar duli mintak maaf pada kau dan tolong jangan annoying aku”,dengan muka yang begitu mengharap Aris merayu.
Serba salah Alisa jadinya.Dah orang minta maaf, takkanlah aku nak buat macam tugu Negara je.
“Saya…saya…saya tak tahu lah nak kata apa.Saya tak nak disebabkan saya hubungan awak dengan Sakinah yang baru bermula tu jadi hambar.Saya tak nak Sakinah fikir yang kita ni saling menyayangi.Saya tak nak…”,tiba-tiba jari telunjuk Aris mendarat di bibir Alisa.Alisa terdiam serta-merta.
“Alisa, sahabat dan cinta sama-sama penting bagi aku.Aku tak kisah kalau hubungan aku yang baru bermula tu hambar, tapi aku sangat kisah kalau hidup aku yang hambar.Sakinah tu mungkin kekasih hati aku, tapi kau housemate aku.Kau kawan aku, Sakinah cinta aku.Dua-dua sama penting.Jadi, aku tak nak kehilangan salah satu daripadanya”,panjang berjela Aris berucap.Seraya jarinya turun daripada bibir Alisa.
Buat penat jelah kau berhujah Aris, satu habuk pun aku tak faham.Yang aku faham, kau tak nak aku annoying kau.
“Aris, tak payahlah jadi Dr.Love pulak, saya tak faham pun apa maksud awak.Saya tak main bahasa tersirat tau, saya cuma faham bahasa yang straight to the point je”,selamba Alisa membalas.Muka blur sehabis mungkin dia tayangkan buat Aris.
Tiba-tiba Aris ketawa geli hati.Mata Alisa semakin membulatlah gamaknya memandang Aris.
“Sempat lagi tu datang blur dia”,Aris mencubit hidung Alisa.Alisa mengesat hidungnya yang kemerah-merahan.Comel sangatlah tu!
“Sakitlah.Tak pasal-pasal nak cubit hidung orang”,ucap Alisa dengan nada merajuk.
Aris menggeleng-geleng.Manalah aku tak rasa kosong.Aku rindu dengan telatah dia yang kadang-kadang macam budak-budak tak cukup hormon tu.Dengan muka yang blur-blur dia tu, lagilah mencuit hati aku, omel Aris dalam hatinya.
“So, boleh kawan dengan aku balik?”Aris berbalik pada topik asal.Alisa mengeluh perlahan.Manalah aku sanggup nak hampakan kau Aris, desis hati Alisa.
“Aris…saya tak nak awak buat ni sebab awak nak jaga hati saya.Saya tak kisah Aris.Saya dah biasa”,perlahan suara gadis itu.Namun, wajah itu sehabis mungkin cuba dimaniskan.Tak kira, gula kasar, gula halus, gula pasir, gula-gula pun Alisa tambah supaya lebih manis.
Aris dapat mengesan kepalsuan senyuman itu, namun dia hanya berdiam.
Tangan Alisa dicapai.Tindakan itu sedikit sebanyak membuat Alisa tersentak.
“Aku bukan setakat nak jaga kau, tetapi aku sayang kau.Kau sahabat aku.Aku tak nak kehilangan satu-satunya kawan perempuan aku yang tinggal serumah dengan aku.Aku nak kita gaduh macam dekat kampus dulu.Bukannya asyik menjauhkan diri je.Kau tahu tak bosan”,dengan penuh kelembutan Aris memujuk.Dia tahu, hati gadis itu bukannya keras sangat.Hati Alisa sangat lembut sebenarnya jika kena dengan cara.
Alisa tersenyum lagi.Mendengar perkataan sayang, hati Alisa berbunga riang.Okeylah dia sayang aku sebagai kawan, daripada dia tak ada rasa apa-apa pada aku.
“Baiklah, mulai hari ni kita berkawan a.k.a kawan bergaduh.Deal”,jari kelingking dihulurkan.Aris menyambut huluran Alisa dengan jari kelingkingnya pula.Mereka dua-dua tersenyum gembira.Doa mereka agar persahabatan yang terjalin berkekalan, amin.



           Sudah seminggu kejadian itu berlalu.Alisa dengan Aris sudah berbaik a.k.a. bertekak seperti sedia kala.Masing-masing mencari topik untuk bergaduh.Biasanya, salah seorang akan mengalah.Sampaikan, nak isi minyak pun bergaduh nak dekat mana.Sorang nak dekat Shell, sorang lagi Petronas.Saja je cari masalah.

Pengunjung yang lalu-lalang satu-satu diperhatikan.Ada yang jalan sambil pegang briefcase, ada yang telefon tak lekang di tangan, ada yang melayan ragam anak-anak, yang dengar mp3, macam-macam jenis oranglah yang ada dekat pasar raya ni.
Air di hadapan disedut.Sakinah pula sedang sibuk membelek barang-barang yang dibeli.
“Woi, berangan!”sergah Sakinah.
Air ditelan rakus.Nak kena sembur apa minah ni.Main cak ba, cak ba, pulak.
“Kau nak kena sembur ke, nak kena jirus?”soal Alisa garang.Dibuatnya aku tersembur tadi, jatuhlah saham aku yang meningkat naik ni.
“Tak ada pilihan jawapan yang lain ke?”gurau Sakinah.Jawapan yang diberi membawa maksud yang sama iaitu dibasahi dengan air teh ais.
Ada, kau mandi.Nak?”cabar Alisa.Sakinah menggoyang-goyangkan kedua-dua belah telapak tangannya sambil tersenyum ngeri. “Tahu takut”,Alisa menyambung tegukannya.Matanya melilau sekali lagi.
“Kau dengan Aris macam mana, better?”Sakinah memulakan soalannya yang tergendala sebentar tadi.
“Betterlah, kitorang dah bertekak macam dulu.Best”,Alisa tersenyum bangga.Macam orang lain ketandusan kasih sayang je gayanya.
Sakinah menggeleng-geleng.
“A’ah, better sangatlah tu.Dah kahwin pun macam tu jugak.Alisa, Alisa”,Sakinah meneguk air yang dipesannya tadi.Mata Alisa memandang Sakinah dengan kepiluan.Nak better macam mana kalau dia mencintai kau, bisik hati Alisa.
Sakinah seperti mendengar sesuatu.
“Kau cakap apa tadi?”soal Sakinah.Aku rasa macam aku ada dengar something tadi.
Alisa tersentak.Macam mana dia boleh tahu aku ada berkata-kata dalam hati aku ni.
“Aku mana ada cakap apa-apa.Benda ghaib je”,Alisa mahu berdalih.Sakinah hanya mengangkat bahu sambil Alisa menarik nafas lega.Bahaya betullah kawan aku ni, dia boleh dengar benda ghaib!
“Kau cakap apa tadi?”Sakinah tiba-tiba bertanya sekali lagi.Yang Sakinah ni kenapa, asal telinga dia peka sangat hari ni.
Belum sempat Alisa membalas, telefonnya berlagu riang.
Apasal pulak Haikal telefon ni, soal Alisa sendirian.
“Assalamualaikum, Haikal.Kenapa call?”.
“Boleh tolong hantar saya pergi workshop ambil motor saya dekat sana?”ujar Haikal.
“Hmm…okay, nanti saya datang.Bye”,talian dimatikan.
Sakinah memandang Alisa dengan seribu persoalan.
“Haikal minta tolong hantarkan dia pergi workshop.Haritu dia accident, tu yang motor masuk workshop tu”,jelas Alisa tanpa dipinta.Sakinah hanya mengangguk.
“Okeylah, aku blah dulu”,Alisa bangun seraya meninggalkan Sakinah.Sakinah hanya tersenyum memandang sahabatnya berlalu pergi.Alisa, Alisa.


         Sampai sahaja di hadapan sebuah rumah berpagar biru, kelihatan Haikal sedang menunggu di pintu pagar.Sebaik sahaja kereta diberhentikan, terus sahaja Haikal membolosi perut kereta.
Alisa tersenyum menyapa Haikal di sebelah.
“Macam mana tangan, dah okey?”soal Alisa prihatin.
“Okeylah sikit.Nasib baik tak patah, cuma terseliuh je”,Haikal membalas.
Alisa memulakan pemanduan setelah membaca kalimah suci Allah.Semoga perjalanan mereka sentiasa dilindungi di mana juga mereka berada, itu pinta Alisa.Hidup tanpa keberkatan Allah, macam-macam boleh berlaku.

          Setelah membuat pembayaran, Haikal mengajak Alisa ke sebuah warung berhampiran.Tak payah cakap naik apa, depan bengkel je pun.Jalan kaki cukup.
Mereka memesan  dua cawan teh tarik kurang manis.Takut pulak kena potong kaki kalau manisnya lebih.Biar manis dalam senyuman, bukan manis dalam minuman.Hihihi.
Mereka berbual kosong sambil menikmati burger daging special.
“Awak dengan Aris, okey?”soal Haikal.Alisa berfikir sejenak, kenapa semua orang nak tahu pasal aku dengar Aris.Muka aku nampak macam tertekan sangat ke?
“Okey je.Kenapa, muka saya nampak tertekan sangat ke?”soal Alisa pula.
“Saya Cuma tanya je”,seringkas mungkin Haikal menjawab.Aku memang harapkan jawapan tu pun, Haikal.Kenapa tak jawab ‘I’m just asking’, kan ada lah sikit speakingnya.Apa daa…
Alisa menyambung suapannya.Tak sedar pun sos terpalit pada pipinya.
“Bos, tisu”,panggil Haikal tiba-tiba.Alisa meneruskan suapannya.Lantaklah, dia nak panggil bos ke, tuan ke, encik ke, pengetua ke, bukan hal aku.
Sedang asyik Alisa melayan kunyahannya, tiba-tiba Haikal mengesat pipinya.
Mata mereka bertatapan seketika.Haikal tersenyum memandang gadis di hadapannya.Comel betul muka dia yang blur-blur tu.
“Makan macam budak-budak.Pipi pun join sekaki”, perli Haikal.
Tisu di tangan Haikal beralih tuan.Alisa mengesat sendiri pipinya.Wajahnya merona merah.Nak berjiwang karat pulak Haikal ni.
“Terima kasih”,Alisa tidak lupa mengucapkan sebaris ayat yang telah diajar oleh ibunya sejak kecil lagi.
Haikal menyambung suapannya.
Tanpa mereka sedari, satu mata memerhati dengan hati yang berbelah bahagi.Aris mengeluh.Perlu ke aku cemburu sedangkan dia langsung tak menghalang aku bersama Sakinah?Aku keliru!



          Pintu rumah dibuka.Tiada sesiapa  di dalam.Rumah gelap gelita.Takkanlah Aris lupa bayar bil eletrik, fikir Alisa.
Suis lampu dipetik.Alisa mengurut-urur dadanya.Aris ni dah biasa duduk dalam gelap agaknya.
“Baru jumpa jalan balik rumah ke?”sindir Aris.Alisa terpana sendirian, lain macam je bunyi suara dia.
“Kenapa tak tidur?”soal Alisa kembali.Malaslah nak balas sindiran Aris tu, penat.
“Kau keluar dengan siapa sampai balik pukul 10.30 malam ni?”soal Aris berang.Apa, ingat ni sesi soal tak berjawab ke.Aku tanya dia, dia tanya aku balik.
Alisa tersentak sekali lagi.Apahal pulak nak emo malam-malam buta ni, datang bulan apa?!
“Yang awak ni kenapa nak emo pulak”,Alisa mulai berang.Sedap-sedap je nak marah aku.
“Kau keluar dengan Haikal kan tadi.Oh, kau ingat aku buta.Bukan main mesra lagi kau dengan dia.Kau kena ingat kau masih bini aku”,Aris semakin membara mengingatkan hal petang tadi.
“Oh, sekarang ni awak nak kata saya ni isteri awak.Habis, awak tu bukan suami saya.Awak dengan Sakinah saya tak kisah, kenapa pulak awak nak kisah saya dengan Haikal”,Alisa membalas tajam.
Aris kehilangan kata-kata.Aku tak mampu nak lawan dia.
“Awak ingat ye Aris.Kita hanya berkawan.Saya cuba nak ingatkan sekali lagi, kita cuma BERKAWAN!Awak nak keluar dengan Sakinah, awak keluarlah.Walau apapun, saya minta maaf sebab tak beritahu awak yang saya keluar dengan Haikal.Saya lupa awak masih lagi suami saya.Tanpa redha awak, tak adalah redha Allah untuk saya.Saya harap, awak maafkan saya”,Alisa kembali berlembut.Hatinya yang luka ditoreh sekali lagi.
Mendengar kata-kata Alisa, Aris terasa seperti dirinya begitu kerdil.Kerdil kerana hanya Alisa yang sedar akan tanggungjawabnya sedangkan dia…
Alisa berlalu meninggalkan Aris.
“Alisa…”,ucap Aris.
Alisa tersenyum memandang Aris walaupun hatinya sakit.
“Aku minta maaf.Aku sedar aku bukan seorang suami yang bertanggungjawab.Aku janji dengan kau, tak lama lagi aku akan lepaskan kau.Kau boleh kahwin dengan orang lain”,ucap Aris sambil berlalu pergi.Ya allah, kenapa aku serasa macam tak sanggup nak lepaskan dia!
Alisa kaku di diriannya.Sebutir mutiara jernih mengalir di pipi mulusnya.
Aris, jangan ceraikan aku.Aku…sayangkan kau! 

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!