March 24, 2013

Sahabat vs Cinta Bab 15


BAB 15

             Tiga hari berada di hospital membuatkan Alisa kebosanan.Setiap hati, ibu bapa dan ibu bapa mertuanya tidak jemu-jemu melawat.Macam aku ni sakit apalah sangat.Cuma demam je pun.Yang doktor ni pun satu, aku dah sihatlah.Yang sampai dua tiga hari duduk sini buat apa.Kesian pesakit-pesakit lain tak ada tempat, aku dah rembat.Alasan doktor, aku demam sebab kehilangan banyak air.Mana taknya, aku asyik menangis je.Takkanlah terlebih buang air kecik pulak.Tak logik betullah.Kesudahannya, jadi ‘mayat hiduplah’ aku dekat hospital ni.

           Kelibat Aris dicari.Lupa pulak, dia pergi kerjalah.Habistu,  dah selama tiga hari dia sentiasa ada teman aku.Rindulah pulak, Alisa tersenyum sendirian.Tanpa disedari, pintu ditolak dari luar.Terjegul wajah Haikal dengan sekuntum senyuman.Sejambak bunga mawar diletakkan di meja berdekatan.
“Assalamualaikum”,ucap Haikal sebelum melabuhkan punggungnya di atas kerusi bersebelahan dengan katil Alisa.Senyumannya dibalas.
“Waalaikumsalam.Awak tak kerja ke?”soal Alisa prihatin.Jam dikerling, nak kata waktu makan tengah hari baru pukul 11 pagi.Takkanlah Aunty Farah buang tebiat bagi lunch awal.
“Saya baru balik dari outstation.Tu yang singgah sekejap jenguk awak.Awak apa khabar?”tanya Haikal.
“Macam yang awak tengok.Saya rasa macam saya ni sakit lepas bersalin je.Duduk hospital punyalah lama”,omel Alisa.Bibirnya dijuihkan seperti Donald duck.Comel sangatlah tu.
“Awak tu kekurangan air.Tulah, asyik menangis je.Kan dah dapat ‘rumah sewa’ sementara”,usik Haikal.Semakin mendepa bibir Alisa dijuihkan.
“Mana ada.Saya cuma terlebih buang air kecik jelah.Pandai-pandai je awak cakap saya banyak menangis”,ucap Alisa dengan riak bersahaja.Haikal menggeleng-gelengkan kepalanya.Tengah sakit pun sempat lagi nak mengusik orang.
“Alisa, Alisa, nak tipu bukan dengan saya.Saya ni keturunan ketujuh Nujum Pak Belalang lah.Ingat saya tak tahu ke awak banyak menangis.See the leg lah”,Haikal membalas usikan Alisa dengan usikan juga.Tangannya menepuk-nepuk dada dengan bangganya.
“Jap, jap, saya tengok kaki awak ada lima jari je.Kalau sepasang, maknanya 10 jari.Sama je macam kaki saya.Tak adalah hebat sangat kaki awak tu.Nak berlagak keturunan Nujum Pak Belalang konon.Sebijik lah dengan awak, kaki temberang”,balas Alisa bersahaja sambil berpeluk tubuh.Haikal tertawa girang dengan nada suara yang dikawal.Agak-agaklah, ni hospital.
Alisa juga tertawa apabila melihat insan di hadapannya galak ketawa.Hatinya digeletek kalucuan melihat gaya Haikal ketawa.Macam budak-budak.
Tanpa disedari, sepasang mata sedang memandang dari luar bilik melalui ruangan kaca di pintu tersebut.
Hati Aris tiba-tiba dibakar api cemburu.Beria-ia aku ambil half day, rupa-rupanya ada kekasih hati meneman, desis hati Aris yang gelisah.Cemburukah itu?
Sedang asyik Aris melayan cemburunya, pintu dibuka dari dalam.Mata Aris terus berkalih menghadap dinding.
“Hei, bro”,tegur Haikal yang baru keluar dari bilik yang menempatkan Alisa.
Tubuhnya dipalingkan menghadap Haikal.
“Hei bro.Dah lama kau sampai.Kau kata kau kena pergi Perancis untuk uruskan barang-barang dari sana.Baru balik?”ramah Aris menyapa, cuba menyembunyikan kegelisahan hatinya.
“A;ah, aku baru balik.Terus aku datang sini.Apa-apa pun, take care of your wife.Aku chiow dululah, nak rehat.Assalamualaikum”,ucap Haikal sambil bersalaman dengan Aris sebelum berlalu meninggalkan Aris.
“Waalaikumsalam”,jawab Aris sambil bergerak masuk ke bilik Alisa.
Senyuman semanis mungkin dihulurkan buat si suami yang sudah lama bertakhta di hati.Cuma belum diluahkan sahaja.
“Ambil half day ke?”sapa Alisa ramah setelah menjawab salam yang dihulurkan oleh Aris.
“Hurm…”,lemah sahaja Aris membalas.Segala yang baru dipertontonkan terlayar diingatannya.
Alisa terdiam melihat perlakuan Aris yang serasanya dilakukan tanpa perasaan itu.Dari gaya dia meletakkan briefcase sehingga dia membuka kot yang tersarung ditubuhnya, semuanya tanpa perasaan.Dah kena sumpah agaknya suami aku ni.
“Mesra betul kau dengan Haikal tadi.Macam pasangan kekasih je”,perli Aris.Mendengar soalan Aris membuatkan Alisa berfikir sejenak.Cemburukah dia.
“Kami kawan jelah.Dia buat lawak bodoh tadi, tu yang saya gelak sampai tak ingat dunia”,balas Alisa sambil tersenyum geli hati mengingat kembali apa yang dibualkan mereka tadi.
“Bahagia betul”,sindir Aris sekali lagi.
Alisa buat muka pelik.Yang dia ni tak habis-habis sindir aku ni kenapa.
“Cemburu ek?”usik Alisa tanpa sengaja.Mulut ditekup.Aku nak cakap dalam hati je, macam mana boleh terlepas.Haisy mulut, berapa bulan kau tak bayar insurans ni.
Aris menjadi kalut tiba-tiba.Aku cemburu ke?
“Aku bukannya cemburu.Cuma, aku takut kalau mak ayah kita datang, apa diorang akan cakap.Aku takut je diorang kata bukan-bukan”,Aris cuba menutup silapnya mencemburui Alisa dengan Haikal.
Wajah Alisa menjadi kelat.Ingatkan cemburu tadi.
“By the way, doktor cakap kau boleh keluar esok”,sambung Aris setelah berjeda beberapa saat.
“Alhamdulillah, terselamat juga saya daripada bahana ‘rumah sewa’ ni”,ucap Alisa sambil meraup wajahnya menandakan syukur.
“So, lepas ni tak payahlah aku susah-susah nak melawat kau”,Aris melabuhkan punggungnya di atas sofa.Matanya masih tetap pada Alisa yang sedang mengikat rambut yang serabai mengalahkan Hantu Kak Limah itu.
“Eleh, tak ikhlas cakap.Tak apa, lain kali saya suruh Haikal je temankan saya.Tak menyusahkan awak, kan?”Alisa berjauh hati.Nampak sangat Aris tak ikhlas membantunya.Aku tak minta pun.Kalau aku tahu menyusahkan kau, aku tak payah minta tolong kau, sambung Alisa di dalam hati.Selipar disarung sebelum bergerak ke luar.Ingatkan nak minta tolong belikan air tadi.Habistu orang dah kata menyusahkan, beli sendirilah gamaknya.
“Alisa, kau nak pergi mana tu.Tandas dekat dalam ni je kan”,tanya Aris sebaik sahaja terperasankan Alisa sedang memegang tombol pintu untuk ke luar.
“Saya nak beli air”,seperti merajuk sahaja suara Alisa kedengaran.Pantas sahaja Alisa keluar tanpa mengendahkan Aris yang mengejar dirinya.
“Hei, biar aku yang belikan.Kau masuk bilik balik”,arah Aris setelah menyaingi langkah Alisa yang meninggalkannya.Lengan Alisa dicapai bagi menghentikan langkah gadis itu.
“Tak apalah.Saya dah sihat.Saya boleh beli sendiri”,balas Alisa sambil menyentak tangannya supaya Aris melepaskan pegangannya.
“Okey, aku minta maaf.Aku tak tahu pulak kau merajuk.Sorry”,mahu tak mahu sahaja Aris meminta maaf.Bibirnya dicebir.Kalau tak ikhlas, tak payah minta maaf Encik Aris!
“Awak ni faham ke tak.Saya kata saya nak beli sendiri, biarkan jelah.Saya masih kuat lagi.Saya cuma demam je”,Alisa menjadi emosional tiba-tiba.Hatinya sakit mengenangkan ayat yang baru sahaja dituturkan oleh Aris.
Aris terpempam.Bukan dia tidak biasa dengan kemarahan Alisa, tapi kini dia betul-betul terasa dengan tindakan Alisa terhadapnya.Teruk sangat ke apa yang aku cakap?
“Saya minta maaf.Saya tak sengaja.Cuma, kali ni saya tak nak susahkan awak.Awak kan penat kerja, jadi awak pergilah berehat dekat rumah.Saya boleh beli sendiri.Awak balik je.Lagipun esok saya dah boleh keluar”,ujar Alisa sambil menundukkan wajahnya.Suara Alisa perlahan sahaja.
Kedua-dua belah tangan Aris diangkat bagi menandakan yang dia  sudah mengalah. Tubuhnya diundurkan beberapa tapak sebelum berpaling ke belakang meninggalkan Alisa.
Hatinya terluka.Terluka dengan perilaku Alisa.Tapi, tak seharusnya aku terluka.Dia cuma isteri yang terpaksa aku kahwini, itu saja.
Alisa berpaling semula untuk membeli air.Aris maafkan aku, aku cuma…
Ah! Kenapa aku emosional tiba-tiba.Mungkin kerana hati aku yang terguris, aku melepaskan kemarahanku.Maafkan aku!



          Beg dibuka.Hurm, rasanya semua dah ada.Berus gigi, ubat gigi, sabun, baju, seluar, cukup!Yeay, hari pembebasan aku ke dunia luar!!Selamat tinggal rumah sewa, Alisa nak keluar dah ni.Mesti aku akan rindukan bau ubat-ubat dekat sini, tak pun katil yang separa batu ni.Mana taknya, keras semacam je katil ni.
“Assalamualaikum”,sapa Aris yang baru tiba.
Muka Alisa berubah serta-merta.Baru plan nak naik teksi.Potong stim betul lah.
“Waalaikumsalam.Awak…buat apa dekat sini?”soal Alisa kehairanan.
“Aku nak tinggal dekat sini”,dengan selambanya Aris membalas sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa yang berhampiran.
Alisa buat muka pelik.
“Awak nak tinggal sini buat apa?Awak sakit ke?”dengan ‘lurusnya’ Alisa bertanya.Janganlah sakit Aris, aku risau  ni.
“Entah, aku nak merasa jugak katil separa batu kau tu”,balas Aris sambil bergerak ke sebelah Alisa.Pemegang beg itu dicapai.
“Kejap, awak nak buat apa dengan beg saya ni?”pemegang beg ditarik kembali.Macam tak ada beg lain je nak rembat.Kot ye pun, takkanlah beg dapat percuma dari petronas ni juga yang dia nak.
“Kau ni nak balik ke tak?”dengus Aris.Berhentilah blur Alisa, penat nak layan.
“Saya memang nak balik.Tapi, saya naik teksi je kalau awak nak tinggal dekat sini.Buat penat awak je ulang alik”,jelas Alisa.
Aris menepuk dahi.
“Kau ni perli aku ke?”ucap Aris sambil menyentap beg yang mereka rebutkan mengakibatkan pegangan Alisa terlerai.
“Aris, kalau awak nak tinggal sini, tinggal jelah dekat sini”,marah Alisa.
“Alisa, are you here with me now?Bangunlah, aku datang sini nak jemput kau balik.Bukannya nak merasa tidur atas katil separa batu kau tu”,tegur Aris.Mata Alisa terkebil-kebil memandang jejaka di hadapannya.Adoi, kenapalah aku ni blur sangat, Alisa menepuk dahi.
Senyuman si kerang busuk diberikan buat si jejaka.
Aris pantas sahaja meninggalkan Alisa yang masih kaku di diriannya.Langkah diatur kemas bagi menyaingi langkah Aris.
“Aris, kalau ye pun bosan layan saya, tak payahlah tinggalkan saya.Nanti kalau nurse ingat saya pesakit baru nak masuk kang,terpaksalah saya tinggal lama lagi.Tak nak saya tinggal dekat ‘rumah sewa’ tu”,pantas sahaja lengan Aris dipegang kemas tanpa disedarinya.
Pandangan Aris dialihkan memandang tangan yang kemas memegang lengannya.
Menyedari pandangan Aris, tangannya diturunkan daripada terus memegang lengan jejaka itu.Apesal mamat ni bad mood je?
Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, sekeliling kenderaan tersebut diperhati bagi menghilangkan kebosanan.Hurm, cakaplah sesuatu Aris.Aku tengah bosan ni!
“Yang kau ni kenapa, macam tak pernah nampak kereta aku je”,tutur bicara Aris bermula sebaik sahaja berhenti di lampu merah.Ingatkan dah bisu tadi, fikir Alisa.
“Saya bosanlah.Habistu, awak tu bad mood semacam je.Cara cakap pun macam nak menengking”,ulas Alisa.Macam pengkritik professional gitu.Tapi, yang lainnya aku pengkritik tanpa gaji.
Aris menyambung kebisuannya.Punat radio ditekan.Lagu Pujaan Hati nyanyian kumpulan Wali diperdengarkan.Bait-bait lirik dihayati.Macam perli aku je.Terasa tau!
       
            Sedang asyik Alisa melayan anganannya, kereta sudah pun terpakir di garaj.Tinggal keluar kereta je.Pintu dibuka sementara Aris mengambil beg Alisa di bonet.
Nasib baiklah mak ayah kitorang ada.Kalau tak, kerja dia mendera akulah.Tak ada maknanya dia nak angkatkan beg aku.

           Sampai sahaja di bilik ‘kami’,aku terus merebahkan katil di atas badan.Maksud aku, badan di atas katil.Nikmatnya setelah tiga hari tidur atas katil separa batu.Terasa semua tulang-belulang aku sedang ‘memanjakan’ diri, sebab tulah malas semacam je nak bangun.
“Hei Alisa, yang kau sedap-sedap baring dekat situ buat apa.Tolonglah aku bawak beg kau yang macam guni beras 1 tan ni”,dengus Aris yang baru tiba di muka pintu.
Mata yang baru sahaja mahu melabuhkan sauh terbuka semula.Tubuhnya didudukkan.
“Alah, awakkan lelaki.Takkanlah angkat guni 1 tan pun tak boleh”,selamba Alisa membalas.
Sesampai sahaja Aris di hadapan almari, beg Alisa dihempas ke lantai.
Ni yang buat aku marah ni, dengus Alisa.
“Yang awak ni kenapa, tak alih-alih nak bad mood dengan saya pulak.Kalau ye pun ada masalah, tak payahlah nak lepaskan pada saya.Tak pun, kalau awak rasa terpaksa untuk ambil saya, fine, saya akan bayar gaji awak walaupun tak dapat nak tandingi gaji awak sebagai bos”,sembur Alisa dengan machine gun nya.Tubuhnya dibaringkan semula.
Tanpa disedari, Aris juga menghempaskan tubuhnya di atas katil.Hati Alisa tiba-tiba bagaikan mahu luruh.Dah buang tebiat apa mamat sebelah aku ni.Tidur pun tak pernah sekatil, tak alih-alih baring sebelah aku.
“Sorry, aku cuma tertekan”,terpancar keikhlasan di sebalik nada suara jejaka itu.Aris memalingkan wajahnya menghadap Alisa di sebelah.Begitu juga dengan Alisa.
Jarak wajah mereka hanya satu jengkal sahaja.
“Kenapa?”soal Alisa perihatin.Aris mendengus halus sebelum memalingkan wajahnya semula menghadap siling.
“Sakinah tak nak dating dengan aku sebab dia kata kau isteri aku”,jelas Aris.Hati Alisa menjadi sayu.Sebab Sakinah ke dia bad mood?
“Saya ingat kenapa tadi”,perlahan sahaja suara Alisa.Wajahnya dipalingkan semula menghadap siling.Hancur hatiku.Bagaikan pasu kaca dihentam ke batu, begitulah hati ku.Cehh, berjiwang karat pulak minah ni.
“Kau fikir?”soal Aris.
“Saya ingat awak kena saman 3 juta sebab belum bayar insurans mulut, cakap main lepas”,selamba Alisa membalas membuatkan Aris berpaing secara drastiknya menghadap Alisa.Alisa membalas pandangan Aris dengan senyuman mengejek terukir di bibir.
“Sedap-sedap je kau cakap macam tu.Aku cium kang”,ugut Aris.Hati Alisa kangsung tidak gentar mendengar ugutan Aris.Ingat aku takut ke?
“Buatlah, kalau berani.Saya tak…”
Cup!Kucupan di bibir membuatkan Alisa terdiam seketika.Setelah beberapa detik berlalu, barulah bibir Alisa dilepaskan.
Pantas sahaja Aris bangun dari pembaringannya.Dia sendiri tidak sedar mengapa dia bertindak sedrastik itu.Padahal, pada Aris, dia langsung tidak mempunyai perasaan terhadap Alisa.
Bibir bawah digigit.Betul ke Aris baru….
“Itulah, lain kali jangan cabar aku”,sinis Aris bersuara bagi menutup debaran di hatinya.Memang betullah dia tak bayar insurans mulut lagi.
Wajah Alisa merah padam menahan malu.Lidah dah keras macam kena simen.Aku nak balas apa.Hidup-hidup dia terima cabaran aku.Aku ingat nak main-main.Wajah hanya ditundukkan.
Aris tidak mampu berkata apa-apa lagi.Tombol pintu dipulas.
“Aris…”,tiba-tiba suara Alisa terkeluar dari peti suara.Aris berpaling menghadap Alisa.
“Nanti…saya akan tolong awak rapat dengan Sakinah”,ucap Alisa tanpa memandang wajah si jejaka.Hatinya masih berdebar-debar dengan tindakan drastik Aris.
“Thanks”,ucap Aris sebelum berlalu pergi.
Hati Alisa tersayat pedih.Kenapa kau tak nak terima aku sedangkan aku bila-bila boleh terima kau, Aris.Kau tahu tak aku sayang kau.Cuma kau je tak pernah perasan apa yang aku dah buat pada kau.Kau langsung tak nampak perasaan aku dalam mata aku ni.Aris…Aku sayangkan kau, teriak Alisa dalam ruangan hatinya yang tidak ada sesiapa boleh dengar.

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!