BAB 14
Pagi itu,
Alisa tidak seceria seperti selalunya.Sarapan langsung tidak dijamah.Dia juga
bertolak ke tempat kerja lebih awal dari biasa.Kalau kebiasaannya, lagi seminit
nak mula waktu pejabat baru batang hidung Alisa kelihatan.Hari ini, dia
terpaksa berbuat demikian untuk mengelakkan soalan-soalan ‘wartawan’ mengenai
matanya yang sembab akibat menangis seharian semalam.
Sebaik sahaja
sampai di pejabat, Alisa bergegas ke pantri.Dia terlihat satu susuk tubuh
seorang jejaka sedang membancuh air minum.Lantaklah, kalau pencegah maksiat
datang pun, Jamilah ada dekat kaunter.
Tanpa mengendahkan orang disebelah, serbuk perasa Horliks
dicapai sebelum di cedok masuk ke dalam cawan.
“Alisa…”,sapa suara di sebelahnya.
Alisa sudah ketakutan.Siang-siang pun ada hantu ke.Siap
panggil nama aku lagi.
“Alisa, sayalah.Haikal”,ujar suara itu.Sambil berpaling,
Alisa berfikir.Jangan dia menyamar jadi Haikal sudahlah.
Haikal tersenyum memandang Alisa yang tersenyum
takut-takut.Hari ni aku serabai sangat ke sampai boleh dianggap hantu, fikir
Haikal.
“Saya oranglah”,ujar Haikal sambil tertawa geli hati.Penakut
jugak si Alisa ni.
“Hantu pun boleh mengaku orang apa”,lega sikit rasa hatinya
apabila menyedari itu adalah Haikal yang sebenar.Nasib baik bukan hantu raya,
kalau tak aku tak ada ayam nak bagi.Matilah aku kalau dia makan aku.
“Kenapa mata sembab ni?Menangis lagi?”soal Haikal sebaik
terperasankan mata Alisa yang membengkak akibat terlalu banyak menangis.
Terus bertukar rona wajah Alisa.Air Horlicks diteguk bagi
menghilangkan rasa sedihnya.Dengan harapan, perasaan sedih akan mengalir sekali
bersama-sama air Horlicks yang diteguknya.Boleh ke?
“Hei, kenapa murung ni?Tak apalah, kalau Alisa tak boleh
cerita, tak payah cerita.Saya tak kisah”,Haikal berusaha memujuk.
Alisa mengeluh.Kan bagus kalau yang berdiri di sebelahnya
adalah Aris.
“Tak adalah.Saya…memang perlukan rakan bercerita sekarang
ni”,Alisa berjeda seketika.
“Semalam, dia minta tolong saya dapatkan Sakinah, kawan baik
saya untuk dia”,sambung Alisa lagi.Nafas ditarik sedalam-dalamnya demi mencari
sebuah ketenangan.Empangan air mata dibina setinggi-tingginya.
Hati Haikal menjadi ehsan apabila melihat mata si gadis yang
sudah digenangi dengan air mata.Belakang gadis itu diusap untuk menenangkannya.
Topik lain dicari bagi mengubah topic yang sedang mereka
bicarakan.Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu apabila nama Sakinah disebut.
“Boleh saya tanya sesuatu?”pinta Haikal.
Kepala Alisa mendongak daripada merenung lantai.
“Awak dulu belajar dekat UKM ke?”soal Haikal.Kalau ye,
patutlah macam….
“Ye.Kenapa?”Alisa kehairanan.Wajah di hadapannya diamati.Macam pernah nampak.Ingatannya kabur.
“Ye.Kenapa?”Alisa kehairanan.Wajah di hadapannya diamati.Macam pernah nampak.Ingatannya kabur.
“Hei, saya Haikal lah.Kawan Aris”,Haikal mengingatkan
Alisa.Mana mungkin dia lupakan Alisa yang pada satu masa dahulu pernah menjadi
‘seteru’ sahabat karibnya sendiri.
“Awak kawan Aris.Ya allah, kecilnya dunia”,Alisa seperti
tidak percaya.Sangkanya, Haikal masih menetap di luar Negara seperti yang dia
ketahui.
Haikal tersenyum melihat perubahan wajah Alisa.
“Ha, kan
manis senyum macam tu”,puji Haikal.Alisa memang seorang gadis yang cantik.Cuma,
cara dia melayan lelaki harus diubah sedikit.
“Manis?Hahaha.Persatuan hantu gigi pun tak sanggup nak ambil
saya sebagai member.Manis sangatlah tu”,Alisa menidakkan pujian Haikal yang
dirasakannya berlebihan.
Tiba-tiba, Haikal ketawa lepas.Kecut perut Alisa jadinya.Dia
ni, dah kena sampuk hantu gigi ke?Janganlah, aku tak sengaja panggil tadi.
“Hai…Haikal, awak okey?Ke, awak dah sampai dunia lain”,tanya
Alisa teragak-agak.
Tawa Haikal masih bersisa.
“Hei, saya okeylah.Saya masih ada lagi dekat dunia nyata
ni.Apalah awak ni”,geli hati dia mendengar soalan Alisa yang tak berapa nak
munasabah tu.
“Habistu, awak ketawa macam dah kena sampuk dengan pontianak je”,ucap Alisa.
“Alisa, mak saya cakap jangan disebut-sebut sepsis tu.Nanti,
datang hantu gigi dengan pontianak
sekaligus, padan muka awak”,bisik Aris di telinga.Dari cara percakapan Aris
boleh membuatkan bulu roma Alisa berdiri tegak.
“Haikal, jangan main-mainlah”,marah Alisa.Aku ni Nampak je berani,
tapi penakut tau.
Terlepas juga tawa yang Haikal sembunyikan.Mata Alisa
merenung tajam Haikal yang sedang galak ketawa.Lengan jejaka itu dicubit persis
ketam batu yang tak ada perikemanusiaan.
“Adui”,tangan kiri Haikal mengusap-usap bekas cubitan Alisa
di lengannya.Keturunan ketujuh ketam batu ke apa Alisa ni.
“Padan muka.Dahlah, saya nak buat kerja.Layan awak, sampai
tulat pun dah habis.Assalamualaikum”,ucap Alisa seraya berlalu meninggalkan
Haikal.
Haikal tersenyum memandang tubuh Alisa yang semakin
menghilang.
“Waalaikumsalam”,jawab Haikal dengan senyuman yang tidak
lekang di bibir.Jangan kata kau dah jatuh cinta, Haikal!
“How’s life, Alisa?”soal Aunty Farah, merangkap adik kepada
bapanya.Ketika ini, Alisa sedang berada di dalam pejabat ibu saudaranya.Sebaik
sahaja menerima panggilan interkom daripada ibu saudaranya, pantas sahaja Alisa
bergegas ke bilik ibu saudaranya yang juga merupakan bos di tempat dia bekerja.
“Maksud aunty?”Alisa kehairanan.Macam mana hidup?Tu ke
maksud aunty?
“Maksud aunty, selepas menjadi wife orang”,ucap Aunty
Farah.Macam tahu-tahu jelah apa yang aku fikir, desis hati Alisa.
Alisa tersenyum.
“Macam biasa.Alisa makan, tidur, buang air, pergi
kerja”,terang Alisa satu-persatu.
Aunty Farah menggeleng.Ada ke itu yang dijawabnya.
“Alisa, Alisa.Maksud aunty, kamu bahagia?”soal Aunty Farah,
menghentikan segala bicara anak saudaranya yang boleh dikatakan agak rapat
dengannya.
Mata Alisa membuntang memandang Aunty Farah.Perlu ke aku
menipu mengatakan bahawa aku bahagia.
“Mestilah bahagia.Ada suami tercinta dekat rumah”,Alisa
berpura-pura tersenyum.Janganlah nampak macam senyuman tiruan sudahlah.
“Alisa tipu aunty?”duga Aunty Farah.Senyuman Alisa langsung
tidak kelihatan asli.Keceriaan Alisa, jelas dibuat-buat.
Alisa terpempam mendengar soalan Aunty Farah yang tepat
mengenai batang hidungnya.Aunty Farah ni belajar psikologi ke dulu?Habistu,
kenapa buka business hiasan dalaman, soal Alisa sendirian.
“Buat apa Alisa nak tipu, aunty.Tak ada untungnya.Bukannya
dapat naik gaji pun”,gurau Alisa, cuba menutup penipuannya.
Aunty Farah tersenyum mendengar gurauan Alisa.Anak sedara
aku ni, kalau orang tengah serius pun boleh lagi bergurau.
“Alisa, please tell me the truth sayang.Aunty dapat rasakan
sesuatu yang Alisa cuba
sembunyikan dari kami semua”,Aunty Farah menggunakan kaedah psikologi.Ini semua
berkat ajaran suaminya yang juga bekerja sebagai doktor psikologi di sebuah
hospital terkemuka.
Wajah Alisa berubah serta-merta.Aku belum bersedia untuk
bercerita.Aku takut air mata aku tumpah Aku tak nak.
“Aunty, Alisa bukan nak kurang ajar.Cuma, Alisa tak boleh
cerita sekarang.Alisa, minta maaf”,ujar Alisa sambil tersenyum tawar memandang
ibu saudaranya.
“Tak apa, aunty faham.Tapi, aunty nak nasihatkan Alisa.Kalau
perlu menangis, menangislah.Kalau perlu menjerit, menjertilah.Jangan pendam
dalam hati.Sakit, nak”,pesan Aunty Farah.
Alisa tersenyum manis memandang ibu saudaranya.
“Terima kasih, aunty.Alisa akan ingat pesan aunty tu’,ujar
Alisa sebelum bangun bergerak ke arah pintu.
Kepalanya dijegulkan dari luar.
“Aunty…”,panggil Alisa.
Mata Aunty Farah terus beralih memandang anak saudaranya
itu.Ingatkan dah pergi tadi.
“Cakap dengan uncle, tahniah.Dia dah didik aunty menjadi
phsycologist dengan jayanya”,ucap Alisa sebelum cepat-cepat menutup pintu.
Aunty Farah tersenyum sendirian.Alisa, Alisa, tengah
bersedih pun boleh lagi nak bergurau yang bukan-bukan.
Tingkap
dibuka agar udara segar dapat memenuhi ruang kerjanya.Aris termenung menghadap
permandangan kota
yang dipenuhi dengan hutan-hutan batu.Kepalanya berputar ligat.
Kalau dulu, dia dengan Alisa adalah seteru yang pantang
berjumpa pasti akan ada machine gun meletus.Tapi sekarang, dia terlah meminta
bantuan seterunya untuk mendapatkan Sakinah setelah mendapat tahu gadis itu
sudah putus dengan kekasihnya.
Aris
tersenyum sendirian.Di saat-saat bosan seperti ini, hatinya masih lagi
mengingat wajah Alisa.Wajah si gadis yang tersenyum, ketawa, murung, sedih,
kecewa, segalanya tentang Alisa.
Betul ke aku tak cintakan dia?Betul ke aku sukakan Sakinah,
bukan Alisa?Ah, serabut!
Aku dah janji tak akan melibatkan diri lagi dengan cinta.Aku
cuma nak permainkan perasaan perempuan aje.Aku tak boleh jatuh cinta!
Tanpa disedari, punat call ditekan setelah nama Alisa
tertera di skrin.
“Assalamualaikum”,ucap Alisa.
“Waalaikumsalam.Apahal kau call ni?”tanya Aris senada.
“Saya nak tanya, awak nak join tak lunch saya dengan
Sakinah?”,kecewa sungguh bunyi suara Alisa.Mana taknya, orang telefon dia jawab
macam harimau tak makan setahun je.Aku mana boleh kalau lelaki cakap macam nak
marah, aku sedih.
“Hurm, boleh jugak.Nanti biar aku ambil kau”,terus talian
dimatikan.
Alisa mengeluh.Tanpa salam atau pamit, terus tutup telefon.Kawan
konon, kawan apa kalau kawan sendiri telefon macam nak marah je.Agaknya, dia
sibuk kot.
“Hai Alisa.Call siapa tu?”tanya Haikal yang kebetulan
melalui mejanya.Wajah Alisa kelihatannya murung sahaja setelah mematikan
talian.
“Suami saya”,pendek sahaja jawapannya.
Hati Haikal kecewa tiba-tiba.Kecewakah kau, Haikal?
“Oh, suami…Habistu, takkanlah muka macam budak-budak tak
dapat kereta control je?”gurau Haikal, cuba menutup kekecewaannya.
“Awak nak tahu, dialah yang buat saya menangis dekat tasik
hari tu”,jelas Alisa.Aku tak tahulah kenapa senang je aku nak buka mulut kalau
dengan Haikal.Agaknya, sebab aku perlukan rakan bercerita kot, fikir Alisa.
Haikal terdiam.Suami dia buat Alisa menangis macam tu
sekali.
“Suami saya tu adalah kawan awak, Aris”,sambung Alisa lagi
setelah berjeda buat beberapa ketika.
Haikal ceria semula apabila mendengar nama sahabat baiknya.
“Alisa, saya nak join lunch awak nanti boleh?”pinta Haikal
tiba-tiba.Alisa memandang pelik.Kena rasuk dah ke mamat ni?
“Dah lama saya tak jumpa Aris”,terang Haikal apabila melihat
muka pelik Alisa.
Alisa mengangguk-angguk.
“Pukul satu.Dia ambil”,ucap Alisa.
Haikal tersenyum sebelum meninggalkan Alisa dengan
tugasnya.Tujuannya tadi adalah untuk ke tandas.Dah alang-alang terserempak
dengan Alisa, tergurlah sekali.
Restoran Bulan Terang merupakan restoran pilihan Aris untuk
mereka makan tengah hari.Sakinah duduk di sebelah Alisa manakala di hadapan
mereka berdua adalah Haikal dan Aris.
“Tak sangka kan ,
dulu kau dengan Alisa ni seteru paling top dekat u.Tak alih-alih, korang
kahwin”,ucap Haikal sambil mengambil air yang baru dihantar oleh pelayan ke
meja mereka.
Aris yang sedang meneguk air kopi susu tersedak apabila
mendengar bicara Haikal.
“Hei, kau ni kenapa bro”,Haikal menghulurkan tisu kepada temannya.
“Kitorang kahwin atas perancangan keluargalah.Apalah kau
ni”,ucap Aris sambil mengesat air yang membasahi bibirnya.Nak cakap pun
tunggulah aku habis minum air.Apa punya kawanlah.
“Oh.Aku terfikir jugak, bila masa lah korang ni
bercinta.Manalah tahu, korang bercinta masa aku dekat laur negara dulu”,usai
Haikal sambil memandang Alisa yang sedang tersenyum tawar.Tersirat makna
disebalik senyuman si gadis.
Sebaik sahaja makanan tiba, persoalan tadi terus sahaja
lenyap.Semuanya makan dengan berselera sekali kecuali Alisa.Makanan Alisa
langsung tidak berusik.Namun, hanya Haikal sahaja yang prihatin.Alasan yang
diberikan hanyalah tiada selera.
“Aris, aku dengan Alisa naik teksi jelah.Kau dengan kitorang
bukannya satu jalan”,ucap Haikal sebaik sahaja Aris selesai membuat pembayaran.
“Eh, tak menyusahkan ke?”soal Aris.Hatinya menjadi tidak
keruan apabila Alisa akan berduaan dengan Alisa di dalam teksi.Cemburukah dia?
“Tak apa.Aku tak nak menyusahkan kau.Alisa tak kisah kan ?”soal
Haikal.Kenapalah Haikal terlalu prihatin terhadap aku.
Alisa tersenyum sebagai balasan.
“Okeylah kalau macam tu.Aku dengan Sakinah pergi
dulu.Assalamualaikum”,ucap Aris sebelum berlalu pergi bersama Sakinah.Mereka
kelihatannya sedang berbual mesra.
Alisa dan Haikal pula bergerak ke tempat menunggu teksi.
Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya sebuah teksi merah
putih berhenti di hadapannya.
Yang anehnya, Haikal tiba-tiba menyuruh pemandu itu berhenti
sebaik sahaja melalui sebuah taman rekreasi.
Kami memilih untuk duduk di atas rumput di bawah sebatang
pokok yang rendang.
“Boleh awak ceritakan pada saya perkara yang
sebenarnya”,ucap Haikal setelah beberapa minit mendiamkan diri.
“Perkara sebenar?”soal Alisa hairan.
“Ya, tentang semua perkara.Kenapa awak begitu sedih
sedangkan awak berkahwin atas perancangan keluarga?Kenapa awak bazirkan air
mata awak untuk satu perkahwinan tanpa cinta?Cuba awak jelaskan”,nada suara
Haikal meninggi.Alisa seperti mahu menangis apabila dimarahi sebegitu.Tapi, aku
tak boleh duduk diam.
“Apa hak awak nak masuk campur?Kita baru kenal semalam,
tiba-tiba awak nak korek segala cerita tentang saya.Apa kena dengan awak,
huh?”Alisa jadi berang tiba-tiba.tak alih-alih nak marah aku.Nak kena
pelangkong apa.
“Sebab saya cintakan awak.Dari dekat kolej lagi, awak tahu
tak?Saya tak boleh tengok awak menangis.Saya tak nak tengok awak macam terbeban
sangat je dengan masalah awak.Hati saya sakit, awak tahu tak”,mata Haikal
kemerahan.Segalanya telah diluahkan.
Alisa terpempam.Kepalanya ditundukkan.
“Boleh kan
awak terima saya?”ucap Haikal dengan suara yang semakin mengendur.
Air mata Alisa kembali mengalir.
“Haikal, kalau perasaan cinta saya ni boleh beralih pada
awak, saya dah lama buat.Tapi, saya tak boleh.Awak tahu dah berapa lama saya
cuba.10 tahu saya cuba lupakan dia.Tapi, tetap tak boleh.Awak ingat, saya nak
sangat menangis macam ni.Saya nak sangat sakitkan hati saya ni.Masalahnya
sekarang, saya tak boleh langsung lupakan dia.Awak faham tak?”lancar sahaja
pertuturan Alisa walaupun sedang menangis.Haikal terkedu mendengar luahan hati
Alisa.Sesungguhnya, hati Alisa memang sedang menahan sakit yang teramat
dahsyat.
“Alisa, saya janji pada awak.Saya tak akan buat awak
menangis lagi.Saya akan bahagiakan awak”,pujuk Haikal yang kebingungan.Tangisan
Alisa semakin menjadi-jadi.
“Macam mana awak nak bahagiakan saya sedangkan hanya Aris
yang buat saya bahagia, Kal.Saya…tak…boleh…Saya…minta maaf”,ucap Alisa sebelum
dia terkulai layu dalam pelukan Haikal.Tubuhnya dicempung Haikal untuk dibawa
ke hospital.
“Pak cik, cepat sikit.Kawan saya demam”,ucap Haikal sebelum
teksi menderum laju membelah jalan.Tujuan aku hanya untuk pujuk dia.Tapi, macam
mana boleh jadi macam ni.
Rambutnya diraup ke belakang.Sesalan bertamu dalam hatinya.
Aku dekat
mana ni.Ni bukan bilik aku.Pandangan aku beralih pada sesusuk tubuh yang sedang
duduk di atas sofa.
“Alisa, kau dah sedar?”cemas Aris mendapatkan Alisa.Sebaik
sahaja mendapat panggilan daripada Haikal, Aris terus bergegas ke hospital yang
menempatkan Alisa.
Alisa hanya tersenyum.Sakinah juga turut berada di situ.
“Alisa, kau okey?”tanya Sakinah risau.
“Tolong ambilkan air”,suara Alisa serak-serak
kedengaran.Belum sempat Sakinah menuangkan air untuk Alisa, Aris sudah
memintas.
Alisa ditegakkan agar selesa untuk minum air.
“Terima kasih datang melawat”,ucap Alisa ikhlas.
“Alisa, doktor kata kau demam panas.Kenapa kau tak cakap
dekat aku yang kau sakit?”prihatin Aris bertanya.Hatinya risau jika ada sesuatu
terjadi pada Alisa.
“Saya tak nak susahkan awak”,ikhlas Alisa menjawab.Hatinya
bahagia apabila melihat betapa ambil beratnya Aris terhadap dirinya.Tapi,
adakah sebab tanggungjawabnya sebagai suamiku dan atas alasan itu dia prihatin
terhadapku?
“Alisa, kau sakit.Takkanlah itu pun menyusahkan aku”.
Alisa hanya tersenyum.Mendapat perhatian Aris sudah membuat
dia bahagia.
“Alisa, aku balik dulu.Esok aku melawat
dulu.Assalamualaikum”,ucap Sakinah tiba-tiba.Dia mahu memberi ruang untuk
pasangan di hadapannya berbual.
“Biar saya hantarkan”,tawar Aris.Sakinah hanya tersenyum
sembil menggeleng.
Akhirnya, Aris terus mendapatkan Alisa yang sedang terbaring
di atas katil.
“Kau tahu tak, aku risau bila dengar kau pengsan”,terpapar
kerisauan di wajah Aris.
Alisa tersenyum.Kalau macam tu, masuk hospital hari-hari pun
tak apa, fikir Alisa.Haisy, sempat lagi tu.
“Kau nak apa-apa tak?”ujar Aris.
“Belikan saya roti.Saya laparlah”,tanpa segan silu Alisa
meminta.Siapa suruh main kuis-kuis nasi je tengah hari tadi.Dah pengsan sebab
tak ada tenaga.Padan muka.
Pantas sahaja Aris keluar untuk membelikan roti seperti yang
dipinta.
Alisa tersenyum sekali lagi.Ya allah, kau bukakanlah pintu
hati suamiku agar dia dapat menerimaku sebagai teman hidupnya.Aku mohon padamu,
kau hentikanlah waktu buat seketika agar dapat menikmati indahnya rasa
disayangi oleh orang yang aku sayangi.Ameen.
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!