March 15, 2012

Sahabat vs Cinta 9

Sudah tiga hari aku dan Aris tinggal di rumah ibu bapa Aris . Hari ini, terlepaslah Aris dari penderitaannya selama tiga hari itu . Terlepaslah kau daripada sofa 'empuk' bilik kau . Hahaha(ketawa kejam).
   
Segala barang diperhatikan . Hurm, rasanya semua dah selesai, desis Alisa .

"Alisa, cepatlah sikit . Kau ni kemas barang ke buat barang",sindir Aris dari muka pintu bilik .
Alisa memandang geram . Tak bertamadun langsung . Cubalah sekali-sekala tu belajar bagi salam . Manalah tahu, aku ni ada penyakit jantung ke, darah tinggi ke . Ni tak, semedang je serang .
"Sabar boleh . Saya dah siaplah ni",Alisa membetul-betulkan tudung yang tersarung di kepala .
Aris menggeleng-geleng seraya ingin berlalu . Tiba-tiba;
"Aris, takkanlah awak nak suruh saya yang bawak beg ni?"soal Alisa .
Aris tersenyum sambil mengangkat bahunya.Terus sahaja dia berlalu meninggalkan Alisa .
Dahi Alisa dikerutkan . Teruk punya orang.Ada ke dia suruh aku yang perempuan ni angkat benda-benda berat macam ni . Aku ni cuma diciptakan dari satu tulang rusuk je . Dia yang tulang berusuk-rusuk tu pun nak berkira.
Lengan baju kurung diangkat setinggi mungkin . Siap kau Aris !


        Tubuhnya disandarkan ke pintu kereta . Jam dikerling . Padan muka kau, angkutlah barang tu . Baru kau rasa akibatnya bawa barang banyak-banyak, desis Aris .
Alisa kelihatan sedang memerah keringat mengangkat begnya .
Tiba-tiba Aris menghampiri . Alisa buat-buat tidak perasan .
"Sini aku tolong",ucap Aris perlahan .
Tangan Alisa dicekakkan ke pinggang .
"Tak payah.Gedik je lebih",ujar Alisa berang.Tadi, waktu aku turun tangga macam panjat gunung Everest dia tak nak tolong . Dah nak sampai kereta, baru ada perikemanusiaan .
"Sayang, biar abang tolong",lembut sungguh suara Aris, dekat di telinga Alisa .
Mata Alisa membulat memandang Aris di hadapannya . Dia panggil aku sayang ke, aku yang berangan .
Dalam asyik Alisa meneglamun, begnya terus diangkat oleh Aris masuk ke dalam kereta .
"Kan bagus macam tu, Aris . Kesian mama tengok menantu mama yang sorang ni angkat barang sendiri",ujar Puan Maimunah di belakang Alisa.Alisa yang sedang mengelamun tersentak . Patutlah ayat jiwang tiba-tiba, rupa-rupanya mama dekat belakang . Tak guna!
"Ala, Alisa ni yang mengada-ngada nak angkat sendiri . Aris nak tolong, tapi dia tak nak sebab katanya tak nak susahkan Aris",ucap Aris sambil memandang Alisa dengan pandangan sinis .
Mulut Alisa terkumat-kamit tak puas hati . Dia yang tak nak tolong, kata orang mengada-ngada . Amboi, amboi amboi ...
"Apa salahnya, ma . Nanti Abang Aris nak drive lagi . Kesian dia",ujar Alisa seraya memandang Puan Maimunah di belakangnya sambil tersenyum manis .
Aris pula datang menghampiri lalu berdiri di sebelah isterinya itu .
"Untung kamu Aris, dapat isteri memahami macam Alisa ni.Kalau kamu tak reti bersyukur juga, tak tahulah mama",ucap Puan Maimunah sambil mengusap-usap kepala menantunya .
Aris tersenyum . Kalau mama nak tahu, Alisa lah orang paling 'memahami' dalam dunia ni .
Alisa tersenyum manis kepada Puan Maimunah . Orang tengah kembang ni kena puji .
"Cantik, baik, pandai, semua ada pada Alisa . Mama harap, kamu jagalah isteri kamu ni dengan baik, Aris",sambung Puan Maimunah . Semakin kembang Alisa dipuji, semakin kembang tekak Aris akibat meluat .
"Baiklah,ma.Aris  akan jaga Alisa dengan baik . Aris kan sayang Alisa",ucap Aris sambil memaut bahu Alisa .
Bulu tengkuk Alisa meremang serta-merta . Oh, ambil kesempatan dalam kesempitan ye!
Bahu digerak-gerakkan untuk menurunkan tangan Aris dari bahunya .
"Sayang, kenapa ni . Lengah ye?"soal Aris prihatin .
Alisa mengangkat bibir kanannya, bengang . Prihatinlah sangat.Ingat aku tak tahu ke yang dia nak perli aku .
Puan Maimunah tersenyum memandang Alisa . Dia yakin, Alisa mampu membuat Aris lupa pada kisah lalunya .
"Okeylah, ma . Aris dengan Alisa balik dulu . Assalamualaikum",seraya tangan tua Puan Maimunah dicapai .
Alisa juga turut melakukan sedemikian .
Mereka berdua melambai-lambai dari dalam kereta . Setelah mengucapkan bismillahirrahmanirrahim, Aris menekan minyak . Semoga mereka selamat sampai ke destinasi .

;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~:~;~;~:~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
   
         Jam menunjukkan 5.30 petang . Akhirnya sampai juga aku, desis hati Aris.
Alisa di sebelah dipandang . Haish minah ni, dari aku start enjin, sampai sekarang tak jaga lagi . Teruk betul perangai, Aris menggeleng-geleng.
Pintu kereta dibuka . Cermin pntu Alisa diketuk-ketuk bagi mengejutkan gadis itu . Alisa berpisat-pisat bangun . Namun, Alisa kembali menyambung tidurnya.
Dengan rasa geram, Aris membuka pintu Alisa .
Alisa yang sedang enak bersandar di pintu, terus terjatuh dalam dakapan Aris .
Jantung Alisa berdetak hebat . Macam baru lepas lari 100 meter je gayanya.
Aris terkaku sebentar . Tak tahu pulak dia sandar dekat pintu.Nasib baiklah aku tahan, kalau tak maunya Alisa mati terkejut.
Tubuh Alisa ditolak kasar ke dalam.
"Bangunlah",ucap Aris kasar .
Alisa memandang geram . Dia ni memang suka ke kalau aku mati muda!
Tali pinggang ditanggalkan kasar .
Aris kelihatannya sudah meninggalkan Alisa dengan beg yang terjinjing di tangan .
Beg dikeluarkan dari bonet kereta dengan kasar . Tak gentleman langsung . Tadi dah lah buat kejutan tak semena, sekarang ni main tinggal je aku dekat luar . Kalau aku kena culik macam mana, omel Alisa .
Termengah-mengah Alisa mengangkut beg masuk ke dalam . Sampai di hadapan tangga, beg di tangan diletakkan ke atas lantai . Tangan dikibas-kibas umpama mengipas diri .
Mana lah Aris ni, tolonglah aku wei !Maunya patah riuk aku angkat beg ni, teriak Alisa di dalam hati .
Kepala didongakkan ke atas apabila mendengar derap tapak kaki menuruni anak tangga .
"Kesian mak cik sorang tu, penat ye",sindir Aris sambil bersandar pada pemegang tangga .
Alisa mengerutkan dahi .
"Sorry sikit, saya belum cukup tua untuk terima gelaran tu dengan sebulat hati, okey.Saya masih muda",balas Alisa geram .
Aris membuat muka menyampah.Yelah, 'muda'!
"Habistu, angkat beg macam umur dah sepuluh abad tu apasal.Tulah akibatnya kalau orang tak suka bersenam",Aris mendekatkan wajahnya dengan wajah Alisa, tidak kurang sejengkal.
Masing-masing memandang dengan emosi masing-masing.Alisa dengan pandangan geram, Aris pula dengan pandangan sinis+macho.Macholah sangat !
Beg Alisa dicapai sebelum dibawa naik ke atas .
Alisa memandang langkah Aris dengan pandangan yang geram . Suka cari pasallah Aris ni.Tapi, nasib baiklah dia ada sikit hati dengan perut dia yang tertinggal untuk tolong aku angkat barang .
Alisa mengikut langkah Aris ke satu bilik yang berada betul-betul di hadapan tangga .
"Ni bilik kau",ucap Aris, acuh tak acuh je.
Kalau tak ikhlas, tak payah bagi aku bilik . Aku check in hotel lagi bagus!
Sebaik sahaja Aris masuk ke biliknya, Alisa terus menutup pintu.
Tubuh dihempaskan ke atas katil . Wah, nikmatnya dapat baring atas katil !Tarik baliklah nak check in hotel . Hehe...
Tanpa disedari, akhirnya Alisa terlelap juga setelah beberapa minit menikmati kenikmatan berbaring di atas katil .



         Pintu bilik diketuk beberapa kali . Haisy, Alisa ni tidur mati ke apa?
Aris mundar-mandir di hadapan pintu bilik Alisa . Nak buat apa ni?Kalau aku pecah masuk karang, dia tuduh aku nak mengambil kesempatan pulak . Kalau aku tak kejut, dia memekak sampai malam macam mak nenek . Dah nak pukul 6.00 dah ni .
Aris mendapat satu idea . Tombol pintu dipulas . Bagus, dia tak kunci!
Sebiji bantal diambil dari biliknya . Pintu bilik Alisa dibuka . Dengan gaya seperti mahu melontar peluru;
bermula dengan fasa persediaan, fasa lontaran, fasa ikut lajak dan...
Sepuluh markah!
Alisa yang terkejut sampai terduduk jadinya .
"Woi, bangunlah!"jerkah Aris.Alisa memandang ke muka pintu dengan perasaan geram . Sekali lagi dia terkejut setelah bangun tidur . Nampaknya, tak lamalah kau hidup Alisa !
"Awak ni kenapa?Tak sabar-sabar ke nak tunggu saya mati",marah Alisa .
Aris tersenyum tawar . Pintu bilik Alisa ditutup . Nanti dia membebel, maunya aku pekak .
Dengan kepala yang pening, Alisa gagahi diri ke bilik air untuk membersihkan diri .

;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~:~;~;~:~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;

         Cerita yang ditayangkan di televisyen begitu menarik minat Alisa untuk menonton . Mana taknya, cerita 'Santau Merasuk' . Penakut tu, penakutlah jugak . Tapi, tengok jelah . Bukannya apa-apa pun .
Aris melabuhkan punggung di sebelah Alisa . Maksudnya, dekat tengah-tengah ada pemidang, okey !
"Wei, alihlah cerita lain",ucap Aris .
Alisa tidak mengendahkan permintaan Aris . Aku dapat dulu tv ni, sedap-sedap je kau suruh aku alih .
"Saya nak tengok cerita ni lah",ucap Alisa dengan mata yang bagaikan melekat di skrin televisyen .
Remote dipegang kuat-kuat.Persediaan supaya Aris tak rampas .
Aris menghempas kasar badannya ke sofa  .Apalah menariknya cerita hantu ni.Tengok cerita Inggeris lagi bagus .
Tanpa disedari ;
Bum !(bunyi petir)
Secara drastiknya , tangan kanan Alisa memegang lengan Aris di sebelah .
"A...Aris, bunyi...apa tu?"Alisa gugup serta-merta .
Aris tersenyum sinis .
"Penakut, tapi tengok cerita hantu",ujar Aris .
Alisa berpaling memandang Aris .
"Mana ada saya takut",Alisa cuba menafikan, walaupun sebenarnya dia memang penakut .
"Tangan aku...",Aris berkalih memandang televisyen yang sedang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang memandang sekeliling rumah dengan ketakutan . Kalau aku lah kan, aku lari menyorok dalam selimut je, desis hati Aris .
Membuntang Alisa memandang tangannya yang berpegang erat pada tangan jejaka itu . Dengan kelajuan 100 km sejam, tangan Aris dilepaskan .
"Saya tak takutlah.Saya takut awak yang takut",ucap Alisa bagi menutup bengang . Dari panas sudah naik ke muka .
"Suka hati kaulah",seraya Aris bangun untuk naik ke atas . Alisa kalut sendirian . Janganlah tinggalkan aku!
Suis tv dimatikan . Setelah menghampiri Aris, hujung baju lelaki itu dipegang . Gayanya macam takut hilang jejak je.
Alisa tersenyum geli hati . Ni ke namanya tak takut ?Alisa, Alisa...

       Malam itu, Alisa tidak dapat melelapkan mata . Ni semua gara-gara cerita hantu tadilah ni . Penakut, tapi ada hati nak tengok cerita hantu malam-malam buta .
Segala gaya dah dicuba . Menelentang, meniarap, mengiring,duduk,diri,cangkung, menonggeng dan macam-macam gayalah, tapi mata Alisa msih tetap berdegil . Kenapalah malam ni mata ni degil sangat !
Sedang asyik Alisa melayan perasaan, tiba-tiba pintu bilik diketuk .
Jantung Alisa berdegup kencang.Ni dah macam scene dalam cerita tadi dah ni . Ya Allah, apa aku nak buat ni .
Perlahan-lahan Alisa mengatur langkah ke pintu bilik . Bantal di tangan dipegang bagi dijadikan perisai kalau si hantu mahu menyerang .
Satu ...dua ...tiga ...
"Ba!",terjah Aris dari depan pintu setelah pintu dibuka .
"Argh",teriak Alisa ketakutan . Bantal ditangan di pukul-pukul ke arah Aris .
Aris menghalang dengan tawa yang galak .
"Alisa, Alisa, ni akulah",ucap Aris dalam tawa .
Mata yang tertutup dibuka . Pukulan yang dikenakan terhadap Aris dihentikan .
"Bingit tahu tak",ucap Aris dengan tawa yang semakin galak .
"Aris!Awak tak guna!",Alisa memukul kuat tubuh jejaka itu .
"Eeei, penakut",ucap Aris mengejek . Dibuat gaya seperti kanak-kanak berusia lima tahun mengejek rakannya .
"Kalau saya mengigau malam ni, siap awak",Alisa memberi amaran .
"Prnakut, penakut, penakut...",ucap Aris berulang-ulang kali . Bantal di tangan, Alisa lempar ke arah Aris . Lemparan itu sempat ditangkap oleh Aris .
Pintu bilik dihempas sekuat hati .
Tak guna!Macam mana aku nak tidur ni?!Taubat, tak nak tengok cerita hantu malam-malam buta . Mak, kakak takut!!
Alisa berbaring di atas katil seraya berselubung dengan selimut .

Semoga lena tidurmu, Alisa !
    
;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~:~;~;~:~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
p/s:sorry kalau cerita terlalu membosankan atau tak dapat memenuhi citarasa anda semua.Harap dapat memberikan komen!                

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!