BAB 10
Meniti
kehidupan selama sebulan bersama Aris langsung tidak mengubah hidup
Alisa.Mereka tetap seperti ‘machine gun’
yang tidak akan pernah habis pelurunya.
Namun, Aris dan Alisa
kini sudah boleh berbual sehingga salah seorang mengeluarkan senjata
masing-masing.
Sebaik
sahaja pulang dari tempat kerja, Alisa terus membersihkan diri dan menunaikan
solat Asar.Aktiviti seterusnya, dia akan duduk di buaian yang terdapat di taman
mini yang ditanam oleh Aris.Tak tahu pulak mamat macam Aris ni pencinta alam.Ingatkan
dia ni tak ada perikemanusiaan langsung, desis hati kecil Alisa.
Tanpa disedari, bahu Alisa serasa dicuit.Wajah Alisa berubah
serta-merta.Petang-petang dah ada hantu ke?
Penyapu yang disandarkan di buaian tersebut dicapai sebelum
dia bangun dan berpaling ke belakang.
Aris yang sudah lengkap berbaju t-shirt memandang hairan.Dia
nak ajak aku lawan penyapu ke?
“Awak, terkejut saya tahu tak?”marah Alisa.Penyapu di tangan
diletakkan di tempat asalnya.
“Yang kau ni pucat macam baru nampak jenglot kenapa?”Aris
bertanya hairan.
“Saya ingat hantu mana tadi”,Alisa duduk kembali di buaian.
Tiba-tiba Aris melabuhkan punggungnya di sebelah
Alisa.Jantung Alisa tiba-tiba berdegup pantas.Kenapalah buai ni ada satu kerusi
je.
Tubuh Alisa menjarak sedikit.
“Kenapa kau duduk jauh-jauh ni?Kau takut dengan aku ye”,Aris
mengusik sambil menudingkan jarinya ke wajah Alisa.Tangan Alisa kesejukan.
“Nak buat apa takut dengan awak.Manalah tahu tiba-tiba awak
nak bertukar jadi vampire ke, drakula ke, senang sikit saya nak
lari”,Alisa mereka alasan.Jujur jelah Nur Alisa Sofia!
“Vampire dengan drakula…”,Aris mengurut-urut dagunya sambil
tersenyum nakal.
Alisa kehairanan.Otaknya berputar ligat.
Vampire dengan drakula biasanya akan hisap darah
manusia.Dan, dia biasanya gigit dekat…
“Aris, apa yang awak fikir hah?!”Bahu Aris ditepuk kuat.
Ketawa Aris dilepaskan.
“Aris, kenapa awak ketawa”,suaranya dikuatkan.Muka Alisa
memerah.
“Aku ingat kau blur.Rupa-rupanya kau ni cepat pick up jugak
ye bab-bab macam ni.Dasar otak kuning”,Aris menjelir lidah ke arah Alisa persis
kanak-kanak baru lepas tahap mumaiyiz.
Alisa yang kegeraman mencapai getah paip di sebelah.Pili
dibuka sebelum mancung getah dihalakan ke arah Aris.Aris yang sedang melarikan
diri walaubagaimanapun kebasahan.
Tiba sahaja di garaj, Aris terhenti membuatkan Alisa galak
mahu mennyimbah Aris.Dah penatlah tu.
Simbahan Alisa terhenti seketika.Getah paip dinyorokkan ke
belakang.
“Mama, papa”,Alisa bersuara.Dia begitu terkejut apabila
melihat Puan Maimunah dan Encik Saiful berdiri di hadapan mereka.
“Mak, abah”,Aris pula bersuara sebaik sahaja terlihat Puan Aminah dan Encik Rosman yang
baru keluar dari kereta.Mereka ni dah berpakat ke?
“Ya allah Aris, kenapa basah kuyup ni?”Puan Aminah bertanya
sebaik terlihatkan pakaian yang tersarung di tubuh Aris kuyup.Getah paip yang
dinyorokkan dilepaskan.
“Tadi Aris siram pokok, tersiram diri sendiri pulak.Tu yang
basah kuyup tu”,Aris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Alisa menjeling Aris di sebelah.Kau peril aku ke?
“Aris ni, kesian menantu mama nak kena basuh baju kamu
nanti”,Puan Maimunah membela Alisa pula.
Aris memandang ke sebelah.Sukalah kau ada peguam bela.
“Tak apalah mak, abang Aris memang selalu macam ni.Dah
biasa”,lakonan dimulakan.Panggilan juga secara automatik berubah.
Pinggang Alisa dirangkul bagi merapatkan tubuh mereka.
“Alisa ni jenis tak kisah, mak.Betul kan sayang?”Aris juga memulakan lakonannya.
Alisa tersenyum membawa makna ‘basahlah baju aku!’.
Aris membalas senyuman Alisa juga yang bermakna ‘ada aku
kisah?’.
“Mak, abah, papa, mama, jomlah masuk dulu.Kami tukar baju
dulu”,Alisa mempelawa ibu bapa dan mertuanya masuk.Beg pakaian mereka dicapai
oleh Aris.
Mereka beriringan naik ke atas.Segala barang Alisa
dipindahkan ke bilik Aris.Bilik itu akan menjadi bilik Puan Maimunah dan Encik
Saiful sementelah bilik kosong di bawah akan menjadi bilik Puan Aminah dan
Encik Rosman.
Selesai menyalin pakaian, Alisa turun ke bawah.Kelihatan
Aris sedang rancak berbual dengan orang tua mereka.
Alisa menghidangkan air sebelum melabuhkan punggung rapat di
sebelah Aris.Jantungnya tiba-tiba berdegup laju.
“Kamu sihat Alisa?”,Puan Maimunah sekadar berbasa-basi.
“Sihat, mama”,sopan Alisa membalas.Sikap itulah yang menarik
minat Puan Maimunah dan Encik Saiful mahu bermenantukan Alisa.
“Tak ada apa-apa lagi ke, Aris”Puan Aminah tiba-tiba
bersuara.
Aris dan Alisa berpandangan sesama sendiri.
“Ada
apa, mak?”Aris kehairanan.
Puan Maimunah dan Puan Aminah tersenyum memandang sesama
sendiri.
“Mama dengan mak kamu ni dah tak sabar nak timang cucu”,Encik
Saiful tiba-tiba mencelah.
Wajah Alisa merona merah menahan malu.Aris pula kalut
jadinya, merangka ayat yang sesuai.
“Belum rezeki”,tutur Aris.Ayat yang biasa dituturkan oleh
pasangan-pasangan yang belum mempunyai cahaya mata.
“Sebenarnya, kami datang sini ada hajat”,Encik Saiful
menyambung setelah kedua-dua anak dan menantunya mendiamkan diri.Tumpuan mereka
pantas sahaja beralih pada Encik Saiful.
“Mulai lusa, kamu dan isteri kamu akan duduk dekat rumah
lama papa selama seminggu.Tujuannya supaya rumah tu terjaga sikit.Selalunya,
papa upah orang dekat sana
bersihkan rumah tu.Tapi, dia tak dapat jaga rumah tu minggu depan sebab dia nak
berkahwin.Jadi, papa nak minta tolong kamu berdua tolong bersihkan rumah
tu”,jelas Encik Saiful.Alisa dan Aris begitu tekun mendengar.
“Lagipun, kamu berdua belum bulan madu lagi kan?”Encik Rosman pula
mencelah.
Aris dan Alisa sama-sama tersenyum.
Mereka berdua memang tidak pernah merancang langsung untuk
berbulan madu.
“Tapi, papa dah tetapkan syarat”,Encik Saiful serius sahaja
menuturkannya.
“Apa dia, pa?”Aris cuak jadinya.Serius semacam je ayah aku
ni.
“Kamu pergi sana
tak payah bawa apa-apa”,Encik Saiful membalas.
Alisa dan Aris sama-sama terlopong.
“Baju?Kami nak pakai apa?”Aris kehairanan.
“Baju dah tersedia di sana.Tujuan papa tetapkan syarat ni
adalah supaya kamu belajar hidup sederhana dan tidak menyombong.Itu juga
merupakan tujuan kamu berkahwin, bukan?”tegas kedengaran Encik Saiful.Mana
tidaknya, Encik Saiful pernah menjadi pegawai tentera pada zaman mudanya.
Aris dan Alisa berpandangan sesama sendiri.Kalau dah Encik Saiful
tegas macam tu, siapa berani melawan.
“Baiklah, pa.Kami ikut aje”,Alisa bersuara.Encik Saiful
tersenyum mendengarnya.Nampaknya, rancangannya bakal berjalan lancar.Mungkin
dengan cara ini Aris lebih menghargai orang miskin sebelum menggantikan
tempatnya kelak.Aris pada ketika ini masih lagi dalam pantauannya.
“Mama ,papa, mak dengan abah duduk sini berapa lama?”Alisa
mengubah topik.
“Kami ingat nak tinggal sini tiga hari . Sementara nak
tunggu pergi haji, kami tinggal sini.Nanti, kamu berdua boleh hantar kami ke
lapangan terbang”,Puan Aminah membalas.Alisa sekadar mengangguk-angguk.
“Alisa, kami nak masuk bilik dulu.Kamu berdua ada apa-apa ke
lepas ni?”Puan Maimunah bersuara.
“Tak…tak adalah mama . Kami nak mandi lepas ni ”,Alisa
tersenyum manis.
Aris juga turut tersenyum .
“Kami berdua ingat nak kemas bilik stor tadi”,Alisa membalas
sebelum sempat Aris berkata apa-apa.
Tiba-tiba, Aris menyenggol siku Alisa.
“Apa maksud kau dengan ‘kami berdua’ huh?”bisik Aris.Sejak
bila pulak aku janji dengan dia nak kemas stor sama-sama
“Suami mithali kena tolong osteri”,Alisa membalas dengan
bisikan.Pandangan hairan daripada orang
tua mereka dibalas dengan senyuman.
“Kalau macam tu, kamu berdua pergilah kemas.Kami masuk bilik
dulu.Nak rehat”,ucap Puan Maimunah seraya bangun.
Setelah beberapa minit, Alisa turut bangun untuk
membersihkan meja.
“Woi, tolonglah saya angkat cawan ni”,ucap Alisa sambil
menampar paha Aris.
”Sakitlah”,ucap Aris seraya bangun membantu.Kang dapat lagi tamparan paling berbisa kalau tak tolong.
”Sakitlah”,ucap Aris seraya bangun membantu.Kang dapat lagi tamparan paling berbisa kalau tak tolong.
Cawan-cawan dan pinggan-pinggan dibasuh sebelum mereka naik
ke atas .
Pintu bilik ditutup dan dikunci. Barang yang bertaburan di
atas katil dipandang lama . Itulah akibatnya kalau main campak je baju . Kalau
lama-lama nanti mak dengan ayah kitorang syak apa pulak .
“Wei Alisa, kau nak suruh aku tidur atas baju ke?”Aris
menggaru-garu kepalanya.
Alisa lantas melabuhkan punggung di atas katil.
“Boleh juga kalau awak nak”,Alisa membalas.
Baju-bajunya diambil dan dilipat satu-persatu.
“Alisa, semalam kau kata kau nak kemas stor . Jadi tak ?”
soal Aris tiba-tiba . Alisa menepuk dahi . Lupa pulak .
“Ha , yelah, lepas saya kemas stor ni”, ucap Alisa sambil
menyambung lipatannya .
Aris melabuhkan tubuhnya di atas katil . Penatnya !
Stor di belakang rumah dibuka.
“Ya allah, dah keturunan keberapa labah-labah dalam
ni”,Alisa menutup hidungnya diikuti oleh Aris.Mana tidaknya, stor itu kelihatan
seperti sarang labah-labah dah.
“Keturunan ketujuh kot”,gurau Aris.
Alisa menggeleng-geleng.
“Dah berapa abad awak tak kemas stor ni?”Alisa memandang
Aris di sebelah.
“Last sekali waktu mula-mula saya beli rumah ni”,jujur Aris
membuat pengakuan.Muka macam betul sangatlah apa yang dia buat.
“Patutlah pun, dah lima
bulan awak tak kemas.Beranak-pinaklah labah-labah dalam ni”,Alisa menggeleng
lagi.Apa nak jadi dengan lelaki zaman sekarang ni.
“So, kita nak buat
apa?”Aris sudah malas mahu melayan bebelan Alisa.Boleh cair taik telinga!
“Mula-mula, kita kena keluarkan semua barang.Lepastu, baru
kita kemas”,arah Alisa.
Aris hanya menurut.Segala kotak yang berada di dalam stor
dikeluarkan.
Mata Alisa tertancap di sebuah kotak yang tertulis
‘Sekolahku’.
“Aris, saya tengok kejap ye kotak ni”,ucap Alisa.Aris yang
sedang mengangkat sebuah kotak berdiri di sebelah Alisa.
Satu-persatu dikeluarkan.Dia mencapai senaskah majalah
sekolah.
‘Ni majalah sekolah lama aku.Macam mana dia boleh ada?’fikir
Alisa.
“Aris, macam mana awak ada majalah sekolah ni?”Alisa
bertanya sebaik sahaja Aris duduk di sebelahnya untuk sama-sama membelek
‘harta’ yang baru sahaja Alisa jumpa.
“Mestilah ni majalah sekolah aku.Takkanlah aku beli dekat
kedai 24 jam pulak”,Aris membalas bengang.Nama pun majalah sekolah.
“Awak sekolah dekat SMK Pasir Puteh ke?”Alisa mahukan
kepastian.Tolonglah kata ‘tak’!
“Yup, itu sekolah lama aku sebelum aku pindah ke KL”,Aris
memberi penjelasan.
Penjelasan daripada Aris membuatkan Alisa terpana.Jadi,
betullah tekaan aku selama ni!
Alisa berdiri betul-betul di hadapan Aris.
Tanpa disedari, kedua-dua belah tangan Aris dipegang.Mata
Aris direnung sedalam-dalamnya.
“Aris, awak tak ingat saya?”perlahan Alisa menuturkannya.
Aris kehairanan.Dahlah tangannya dipegang, soalan yang
dilemparkan kepadanya membuatkan Aris semakin hairan.
“Apa maksud kau?Ingat kau?”Aris bertanya kehairanan.
“Awak tak ingat saya ke?”semakin hiba nada suara Alisa
kedengaran.Soalan yang sama dilemparkan kepada Aris.
Aris terdiam.Kehibaan hati Alisa dapat dikecamnya.Kenapa
pulak minah ni sedih semacam je?
“Apa yang kau merepek ni?Yang aku tahu, Sakinah adalah classmate aku sebelum aku
berpindah”,Aris membalas.
Air mata sudah bertakung ditubir mata.Jelaslah yang Aris
langsung tidak mengingati dirinya.
Aris, aku je ke yang ingatkan kau.Kau…tak ingat dekat aku
langsung ke, desis hati Alisa yang kehibaan.
Tangan Aris perlahan-lahan dilepaskan.Air mata, janganlah
gugur sekarang!
Senyuman ditujukan buat Aris yang kebingungan.
“Aris, saya pergi tandas sekejap.Awak sambung dulu apa yang
patut”,tutur Alisa sebelum berlalu pergi.
Aris ditinggalkan kebingungan.Pertama kali melihat Alisa
sebegitu.
Hati lelakinya tiba-tiba serasa ingin memujuk.Kecewakah aku
melihat kesedihannya?
Cermin di
sudut bilik air ditenung bagaikan ingin tembus.Wajah Alisa sudah lencun
dibasahi dengan air mata.
Kenapa aku jadi selemah ini bila
berhadapan dengan Aris?Dari dahulu, aku tak pernah berhenti mengharapkan dia.
Bangunlah kau wahai Alisa.Aris langsung tak ada apa-apa
perasaan pada kau.Cukuplah air mata kau untuk dia.Jangan terlalu
berharap.Buktinya, dia langsung tak ingat kau, akal berbicara.
Tapi aku sayangkan dia.Aku tak dapat mengelak kalau aku
jatuh cinta pada dia buat kali kedua.Mengenali dia membuatkan aku menyenangi
dia walaupun kami sentiasa dingin, hati pula membidas kata-kata akal.
Alisa mengeluh.Air matanya diseka sebelum membasuh muka agar
tangisannya tidak dapat dikesan.
Sesampainya di
stor, terus kelibat Aris dicari.
Mana pulak Aris ni?Dalam, luar, semua tempat digeledah bagi
mencari Aris.
Tiba-tiba,
“Ba!!!”,sergah Aris dari belakang.Alisa yang sedang ralit
mencari Aris ke sana
ke mari automatik berpaling.Retina matanya terus menangkap imej Aris yang galak
mentertawakannya.
“Aris, kenapa dengan awak ni?Nak suruh saya mati muda
ke?”ucap Alisa sambil mengurut-urut dadanya.
Aris masih lagi dengan tawanya.
“Aris, jangan ketawalah”,Alisa bercekak pinggang.Kalau aku
mati tadi macam mana?Tak nak aku mati katak kena sergah.
“Yes, Alisa dah
marah”,ujar Aris sambil membuat gaya kanak-kanak tak cukup umur baru menang
perlawanan kereta control.Dah terbelit kot urat otak dia ni.
“Apasal awak suka sangat saya marah ni?”Alisa kehairanan
pula.Segala sedihnya hilang begitu sahaja.
“So, kau dah tak
sedihlah kan?”ujar
Aris tiba-tiba sebaik sahaja tawanya berhenti.
Alisa tersenyum.
“Kenapa kau macam nak menangis tadi?”Aris bertanyakan soalan
yang tidak mahu Alisa dengar.
Alisa terkedu.
“Macam nak menangis?Tak adalah.Aku berlakon je tadi”,Alisa
tertawa halus.Harap tak adalah nampak palsu sangat ketawa aku ni.
“Berlakon je ke?Terbantut niat aku nak belikan kau lollipop
20 sen”,selamba Aris membalas.
“Awak ingat saya ni budak-budak ke?”berang Alisa
jadinya.Apalah, nak pujuk aku pakai lollipop 20 sen.Sekurang-kurangnya bagilah
yang RM2.00 punya.Apa punya oranglah.
Tawa Aris kedengaran membuatkan Alisa tertawa sama.
Duhai waktu, berhentilah seketika agar aku dapat bersama
dengan si dia yang selama ini ku rindu.
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!