Dua minggu sudah
berlalu meninggalkan Alisa.Alisa berfikir-fikir sendiri, betul ke aku nak
kahwin dengan dia?Macam mana aku nak hidup sebumbung dengan dia kalau ayik
melancarkan ‘perang dunia ketiga’ je?Boleh ke aku ubah dia menjadi lebih baik?
Sedang ayik Alisa
berfikir, pintu bilik dikuak.
“Boleh mak masuk?”Puan Aminah meminta kebenaran.
Alisa hanya mengangguk membenarkan.
“Macam mana anak mak, takut?”Puan Aminah mahu mengusik anak
sulungnya itu.Alisa jugalah merupakan harapan dan contoh bagi adik-adiknya.Alhamdulillah,
Alisa sudah menjadi contoh yang baik buat adik-adiknya yang bertiga itu.
“Buat apa nak takut?Abang Aris tu manusia jugak, bukannya
harimau belang”,usikan ibunya dibalas dengan usikan.Kalau Aris harimau,
sah-sahlah aku tak jadi kahwin dengan dia.
Alisa berfikir sejenak.Aku panggil dia Abang Aris ke?..Wek, wek…
“Anak mak dah jadi isteri orang dah sekarang.Tunggu suami
kamu datang sarungkan cincin je tinggal”,sayu suara Puan Aminah.Mana tidaknya, anak
gadisnya harus diserahkan kepada lelaki yang akan bertanggungjawab terhadap
anaknya.
Alisa terpempam.Lupa pulak aku dah siap make up, dress up, segala
jenis ‘up’ lah.
“Mak, janganlah sedih.Nanti Alisa pun sedih”,seraya Alisa
merangkul tubuh ibunya yang telah dimamah
usia ke dalam pelukannya.Benteng air mata dibina setinggi dan
sekukuhnya.
Pelukan dieraikan.Puan Aminah mengusap kasih pipi anaknya
yang bergelar raja sehari itu.Dulu, cuma pergi kenduri kahwin orang je.Sekarang
ni, anak aku yang kahwin, desis hati kecil Puan Aminah.
“Alisa, tanggungjawab sebagai seorang isteri tak kurang
beratnya dengan tanggungjawab suami.Seorang isteri yang solehah akan taat dan
patuh perintah si suami selagi tidak membawa kepada kesesatan.Seorang isteri
yang solehah juga akan mengutamakan suami dalam segala hal, menjaga maruahnya
serta maruah diri sendiri, menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri,
dan yang paling penting menghormati suaminya selagi dia layak dihormati”,kudus
sekali nasihat Puan Aminah di pendengaran Alisa.
“Insyaallah, mak.Alisa akan buat yangterbaik”,janji Alisa
pada ibunya.
Sedang mereka melayan perasaan, kompang dipalu menandakan
pengantin lelaki sudah tiba.
“Ingat pesan mak tu, sayang”,ucap Puan Aminah sebelum
meninggalkan puteri sulungnya itu untuk menyambut tetamu yang hadir.
Alisa tersenyum halus.Alisa akan buat yang terbaik!
Selesai sahaja
majlis pembatalan air sembahyang, Alisa dan Aris bergandingan bersama untuk
upacara makan beradab.Terpaksalah Alisa dan Aris saling bersuapan bagi memenuhi
permintaan jurukamera.Macam dia je yang kahwin!
Mereka
bersuapan umpama pasangan yang sangat bahagia.Ha ha ha!Cerita lawak mana yang
aku borong ni?!
Bahagialah sangat dapat suami pencari masalah macam ni.
Tetamu yang hadir kelihatan semakin kurang dan kurang.
Alisa dan Aris mengambil keputusan untuk meninjau
sekeliling.
Kalau kami ni pasangan bahagia, mungkin aku dengan Aris dah
bercengkerama dalam bilik dah ni.Tapi, sebab kami ni terlampau ‘bahagialah’
kami ronda-ronda sekeliling khemah ni.
Aku dekat belakang, Aris dekat depan.Ada nampak tak gambaran
pasangan ‘bahagia’ macam ni?
Tiba-tiba idea nakal terlintas di benak Alisa.Nak suruh Aris
buat ‘kebajikan’ sekejaplah.Hehe.
“Aris, kasut saya nak tertanggallah”,ucap Alisa
tiba-tiba.Siapa suruh dia suruh aku pakai kasut tinggi sampai tak ingat dunia
ni.Tumit kalau boleh dia nak letak lidi je.Punyalah halus.Dah macam penguin dah
aku rasa.
“Kau tak boleh pasang sendiri ke?”tajam pandangan Aris
memandang Alisa di sebelah.Fikir mata kau cantik sangat nak pandang aku macam
tu.
“Susahlah nak tunduk, tak stabil”,Alisa mereka alasan.Kata
sayang bini kan,
hehehe.
Tanpa banyak songeh, Aris menunduk untuk memasang kasut
Alisa.
Nak tertanggallah sangat, elok je, desis hati Aris
kegeraman.
Tiba-tiba sahaja, tanjak di kepala Aris dijatuhkan.Memang
nak kenalahkan!
“Apa kena dengan kau ni?”berang Aris jadinya.Aku tengah
penat-penat, dia boleh cari pasal dengan aku.
Alisa buat muka blur.
“Saya buat apa?”Alisa pura-pura tidak tahu.Padahal dia
sengaja mencari masalah.Rindu pula nak bergaduh dengan suami terchenta.
“Apasal kau jatuhkan tanjak aku?”berang betul Aris bila
berdepan orang yang tak mengaku salah ni.
“Sedap-sedap je awak nak tuduh saya jatuhkan.Saya tak
sengaja lah”,Alisa membalas sambil merenung tepat wajah Aris yang sedang
kemerahan.Dengan cuaca yang panas, digaul pula dengan hati yang panas hingga
sebati.Memang hot!
“Habistu, kalau bukan sengaja, apa?”nada suara dinaikkan
sedikit.Mata tetamu yang masih ada tertumpu ke arah pasangan pengantin baru itu.Aksi
yang julung-julung kalinya dipertontonkan ketika majlis perkahwinan.
“Saja-saja”,selamba Alisa membalas sambil berpeluk tubuh.
Aris memandang Alisa seperti seekor pemangsa yang akan
menyerang mangsanya pada bila-bila masa sahaja.
Kening diangkat bagi memberitahu ‘ingat aku takut sangat
dengan kau’.
Mata Aris dikecilkan seolah-olah membawa makna ‘siaplah kau
aku kerjakan nanti’.
Mata berbalas mata sehingga Puan Aminah menghampiri mereka.
“Alisa, Aris, yang kamu berdua bergaduh dekat sini
kenapa.Dah, Alisa masuk bilik.Aris, mama kamu ajak balik”,arah Puan Aminah
pantas.Gaya seorang warden sahaja.
Alisa dan Aris berpisah.
Malam itu mereka akan menghadiri majlis resepsi di sebuah
hotel.
Menantu orang kaya, macam nilah jadinya.Tak cukup dengan
majlis persandingan, majlis resepsi pun diadakan supaya orang kenal.Dah nasib
badan…
Kebiasaannya, malam pertama adalah malam paling bermakna bagi
pasangan-pasangan pengantin yang lain.Bagi Alisa, bermakna juga.Malam yang
sangat bermakna di mana dia akan berebut katil dengan suaminya sendiri.
Seusai sahaja makan malam, Alisa terus masuk ke bilik
sementara Aris sedang asyik berborak dengan saudara-maranya yang hadir.
Selesai sahaja Alisa menunaikan solat isyak, pintu dikuak
dari luar.Alisa sudah mengetahui gerangan yang masuk.Dah tentu-tentulah Aris,
suaminya.
Selesai menggantungkan telekung di tempat gantungan, Alisa
menyisir rambutnya di hadapan sebuah cermin.
Dia dapat melihat betapa asyiknya Aris ‘menelentangkan’ diri
di atas katil yang empuk itu.
Tak boleh jadi ni!
Aris yang sedang enak berbaring terasa ada sesuatu
dilemparkan ke arahnya.Kacau daun betullah minah ni!
Mata dibuka.Terpempam Aris seketika.Melihat rambut Alisa
buat pertama kalinya membuatkan Aris diam-diam mengagumi gadis itu.Alisa memang
seorang gadis yang cantik.Ops, terpuji musuh pulak!
“Wei, awak tidur ke?”Alisa melambai-lambaikan tangannya di
hadapan Aris.Macam lepas nampak pontianak
aje gayanya.
Aris menggeleng-geleng laju bagi membawa dirinya ke alam
nyata.
“Yang awak tu kaku macam lepas nampak pontianak kenapa?”marah Alisa.
“Nak buat macam mana, aku baru nampak pontianak tadi”,Aris memulakan ‘operasi’nya
mengenakan Alisa yang agak lurus itu.Bukan agak lah, tapi memang.
Alisa sudah ketakutan.
“Pon…pontianak?Betul ke…awak
nampak pontianak?”Alisa
bertanya ketakutan.Tup…tup…dekat belakang aku macam mana.Boleh jadi jenazah aku
dekat sini.Tak pun, tetiba dia buat gimmick
hisap darah aku.Lagilah aku takut!
Muka Alisa yang ketakutan membuat Aris serasa ingin
ketawa.Minah ni kalau mood lurus dia datang, mulalah meraban entah apa-apa.
“Yang kau ni takut sangat kenapa?”sambil menahan tawa Aris
bertanya.Dalam beberapa detik sahaja lagi, pasti lahar gelak Aris akan meletus!
“Mestilah saya takut.Macam mana kalau dia tiba-tiba cuit
bahu saya.Tak pun, dia jadi vampire pulak hisap darah saya.Takutlah saya”,Alisa
mengusap-usap tengkuknya.Bulu roma sudah berdiri!
“Pontianak
tu engkaulah”,Aris sudah tergelak.Besar lagi gelak boleh?!
“Aris, jangan main-main.Saya belum mati lagilah, macam mana
saya nak jadi pontianak.Aris, saya takutlah”,Alisa seperti mahu
menangis.Janganlah takutkan aku!
Melihat muka Alisa yang seperti mahu menangis membuatkan
Aris semakin galak mentertawakan Alisa.
Ya allah, kenapalah dia ni kalau tengah blur susah sangat nak pick up
nya.
“Saya tengah takut, awak boleh gelak pulak.Kang pontianak tu serang awak,
tak nak saya jadi suspek pulak”,berang betul Alisa.Orang tengah feel takut, dia boleh gelak macam dah
terputus urat gelak.
“Nur Alisa Sofia, aku perli engkaulah”,ucap Aris dengan tawa
yang masih bersisa.
Perli?Dia perli aku?Alisa berfikir sejenak bagi mencerna
maklumat yang baru Aris sampaikan.
Akhirnya, setelah ligat otak Alisa berputar, baru dia faham
maksud kata-kata Aris.
“Jadi, awak maksudkan saya ni macam pontianak?”,nada suara Alisa dinaikkan
sedikit.Aris terangguk-angguk.
“Cerita hantu mana awak tengok sampaikan saya yang comel ni
dikatakan pontianak”,marah
Alisa.Muka sendiri macam jenglot tak sedar!
“Engkau comel?Mati hidup semula pun aku tak akan ngaku kau
comel.Sedara kau lagi comellah”,Aris menyindir walaupun dia tahu Alisa tidak
kurang cantiknya.Alisa berpeluk tubuh.Dia tahu maksud ‘sedara’ Aris tu.Beruk!
“Dahlah, saya bukannya nak gaduh pasal comel tu.Saya nak
tanya, awak sudi tidur atas sofa tak?”terus mereka berbalik kepada tujuan asal
Alisa memberi ‘balingan’ tahap nak rejam lembing kepada Aris.
“Apa pulak kau tanya aku soalan budak tadika 3 tahun
tu.Sah-sahlah aku jawab tak sudi”,Aris kehairanan.Soalan pasar borong manalah
yang minah ni rembat untuk tanya pada aku?
“Habistu, takkan kita nak tidur satu katil?”Alisa
kegusaran.Takkanlah aku nak kena tidur sebelah mamat ni.Buatnya aku jatuh
tergolek macam nangka nanti macam mana?
“Kalau macam tu, engkau jelah yang tidur atas sofa.Sakit
tulang belakang aku”,Aris tak mahu mengalah.
“Awak ni tak gentleman lah.Sepatutnya, lelaki kena mengalah
dengan perempuan.Macam dalam novel”,Alisa membentangkan hujahnya.
“Tak ada maknanya aku nak gentleman kejadah haram dengan
kau.Kau bukannya awek aku”,sinis Aris membidas.Fikir aku nak sangat
gentleman-gentleman ni.
“Kalau macam tu, kita undi.Siapa menang, tidur atas
katil”,Alisa mengutarakan cadangan.Inilah masanya untuk menunjukkan bakat aku.
Setelah tiga kali cabutan dibuat, akhirnya Alisa yang
mendapat katil yang mereka rebutkan.
“Yahoo, Alisa is the
winner!Lain kali, jangan lawan dengan gadis osom!”Alisa menepuk-nepuk dadanya.Betapa bangganya dia menjadi
pemenang.
Aris hanya menjeling pelik.Macam baru menang loteri je
gayanya.
“Tak payahlah bangga sangat.Dapat katil je pun”,Aris
membalas senada.Kalau dah jadi budak kecik, memang tak serupa orag tua dah.
“Selamatlah saya hari ni.Kalau tak, membongkok jelah saya
bila tua nanti”,Alisa masih dalam keadaan tadi.
“Masalahnya, takkanlah setiap hari aku nak tidur atas sofa”,Aris
mula menyuarakan ketidakpuasan hatinya.Kalau ye pun aku ni lelaki, janganlah
dera aku.
“Relaks bang, tiga hari je.Nanti dah balik rumah sendiri,
tidurlah bilik asing”,Alisa berusaha memberikan kata-kata ‘semangat’ buat suami
yang baru dinikahinya kerana terpaksa itu
Aris mengeluh.Tiga hari?Kalau dalam tiga hari tu aku
mebongkok macam mana?Tak macholah.Jatuhlah saham aku!
“Tiga hari?Kau bolehlah, tidur atas katil.Aku, tidur atas
sofa”,Aris semakin tidak puas hati apabila mengenangkan dia mungkin
‘membongkok’ dalam masa tiga hri itu.
Alisa menguap.
“ Suka hati awaklah, yang penting mata saya dah berat tahap
batu bata dah ni.Good night”,Alisa
merebahkan badannya di atas katil yang empuk itu.
Wah, nikmatnya hidup.First
time tidur atas katil spring!
Aris masih kaku di duduknya.Minah ni tak ada belas ehsan
langsung.Kalau ye pun nak suruh aku tidur atas sofa yang ‘empuk’ ni, bagilah
aku bantal ke, selimut ke.Ni, dia nak suruh aku mati kesejukan apa?!
Mata yang sedang menahan kantuk itu akhirnya terlelap
jugak.Lantaklah, mati kesejukan ke, beku ke, aku tak kisah.Asalkan aku dapat
rehat!
Keadaan
bilik yang sejuk, menyedarkan Alisa dari lenanya.
Hisy, baru mimpi keluar air
port dekat London,
dengus Alisa dalam mamainya.
Alisa bangun dari baringnya.Dia terlihat sekujur tubuh sedang
berbaring di atas sofa bertentangan dengan katilnya.
Alisa memutar kembali memori ingatannya.Baru dia teringat
bahawa itu adalah Aris, suaminya.
Alisa bergerak ke sofa tempat suaminya beradu.Alisa
tersenyum halus.Tenang sikit tengok dia tengah tidur.Kalau tak, muka berlagak
je sepanjang masa.
Alisa mengeleng-geleng apabila Aris tidur tanpa diselimuti
apa-apa.Terbit rasa kasihan di hatinya.
Selimut dicapai sebelum menyelimuti tubuh Aris yang
kesejukan.
Jam baru
menunjukkan pukul 4.30 pagi.Aris tersedar sebaik sahaja terasa tubuhnya
diselimutkan.Matanya melihat ke atas katil.
Aik, mana minah ni pergi, fikir Aris sebaik sahaja melihat
katil tidak dihuni oleh sesiapa pun.
Matanya tertancap di balkoni bilik.Alisa sedang ayik melayan
angin yang enak membelai tubuhnya.Nafasnya di tarik dalam-dalam bagi mencari
ketenangan.
Aris yang sudah tidak mampu melelapkan mata, bergerak ke
arah balkoni bilik.
“Kau, tak tidur?”Aris bertanya.Tubuhnya berdiri betul-betul
di sebelah Alisa.
“Saya tak boleh tidur”,ucap Alisa sambil menguakkan
rambutnya ke belakang.Matanya sedang galak mengira bintang di langit.Aris juga
turut mendongakkan wajahnya bagi menyertai aktivit ‘mengira’ bintang itu.
“Kenapa?”Aris kehairanan.Malam semalam, nampak macam
mengantuk sangat.
“Entah, saya terfikir tentang awak”,telus pengakuan Alisa.
“Tentang aku?”ucap Aris sambil memalingkan wajahnya
menghadap Alisa di sebelah.
“Ya, tentang awak”,Alisa membalas pandangan Aris.Muka Aris
dalam samar cahaya membuatkan Aris kelihatan lebih tampan.
“Kenapa pulak fikir pasal aku?”semakn hairan Aris jadinya.
“Awak mengingatkan saya…pada seseorang”,akui Alisa.Ya,
‘seseorang’ itu aku amat rindui.Segala yang ada pada Aris kelihatan tidak ubah
seperti ‘seseorang’.
“Seseorang?”Aris kehairanan.Aku ni ada iras-iras David
Beckham ke?
“Entahlah Aris.Saya tak tahu sama ada ‘seseorang’ tu masih
ingat saya atau saya je yang masih teringatkan dia”,Alisa mengeluh.
Aris terdiam.Mesti seseorang tu sangat istimewa buat Alisa.
“Dia cinta pertama saya Aris.Walaupun kami berkenalan dalam
usia yang sangat muda”,sambung Alisa lagi.
“Oh, cinta pertama.Aku ingat kau ni hati batu”,perli Aris, cuba
mengusir suasana sayu di antara mereka.Dari suara Alisa, Aris sudah mengetahui
kesedihan Alisa.
“Saya serius, awak boleh perli saya”,marah Alisa.Nampaknya,
Aris tidak ada kelayakan menjadi pendengar yang baik.Entah-entah, orang tengah
menangis, dia boleh ketawa tergolek-golek.
“Sorrylah.Bukannya
apa, aku tak sukalah feel-feel
ni”,jelas Aris.
Alisa mengeluh sayu.Tiada sesiapa yang mampu perasaannya
termasuk rakan baiknya sendiri.Aku ni terlalu complicated ke sampai orang langsung tak mampu memahami hati aku
ni?
“Aku ada idea cara nak hilangkan rasa sedih”,tiba-tiba Aris
memintas, meleraikan lamunan Alisa.
Mata Alisa membulat memandang Aris.
“Kau tengok bintang tu, kau bayangkan yang ‘seseorang’ yang
kau maksudkan tu sedang memandang ke arah bintang yang sama”,Aris sudah
berfalsafah.
“Saya harap macam tulah”,seraya kepalanya dilentokkan ke
bahu Aris.Terubat rindunya terhadap ‘seseorang’ itu.Hatinya terasa tenang.Ya
allah, bagilah aku ketenangan sekali ini sahaja di samping seseorang bernama
lelaki.Aku tidak pernah menikmati ketenangan ini selepas ‘seseorang’ itu pergi
dariku.
Aris terpana.Dia begitu terkejut apabila Alisa tiba-tiba
melentokkan kepalanya di bahu.Jantungnya berdetak hebat seperti baru lepas
menamatkan larian 100 meter.Duhai jantung, janganlah kau gugur, detik hati
Aris.
Tanpa disedari, setitis air mata jatuh ke bahu Aris.Air
hangat itu membuatkan Aris pantas memandang Alisa di sebelah.
“Kau menangis?”Aris bertanya.Alisa tersentak.Pantas sahaja
Alisa mengesat air matanya.
“Aaa…Aris, maaf menyusahkan awak.Saya…ke bilik air
dulu”,Alisa jadi gugup.Macam manalah aku boleh menangis depan mamat ni pulak.
Sebaik Alisa berpaling, tangannya tiba-tiba dipegang.Alisa
memandang Aris, terkejut.Aris juga terkejut dengan tindakan drastiknya.Pada
hematnya, Alisa harus dipujuk walau dengan apa cara sekalipun.
“Alisa…”,Aris tiba-tiba bersuara.Terasa tengan Alisa yang
dingin.
Alisa menunduk ke bawah.Aris, jangan buat aku macam ni.Aku
keliru, Aris.
“Kau jangan pendam kalau tak boleh”,tulus pesanan lahir dari
bibir Aris.Alisa mendongak memandang jejaka di hadapannya.Inikah sifat Aris
yang sebenarnya?
Alisa tersenyum tawar.Tangannya dilepaskan perlahan-lahan sebelum
dia berlalu ke bilik air.Aris berpaling menghadap langit yang ditaburi jutaan
bintang.
Kenapa aku rasa…mahu sahaja aku memeluk tubuh yang baru
sahaja melentokkan kepalanya di bahuku tadi?Adakah aku sudah…jatuh cinta?
Aris meraup rambutnya ke belakang.Ah, mungkin itu kerana
sikap kelelakiannya tersentuh apabila melihat air mata yang mengalir tadi.Aku
kena pegang pada prinsip aku.Cinta tak akan pernah bertapak dalam hatiku.Itu
janji Aris yang tak akan dimungkiri.
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!