March 13, 2012

Sahabat vs Cinta 7

Suasana pagi itu amat tenang, dengan hembusan angin yang sepoi-sepoi bahasa, fikiran Alisa menjadi tenang.Tujuan dia ke situ bukan untuk berjogging, tapi untuk mengambil angin.
Fikir aku rajin sangat ke nak berjogging-jogging ni.Hari itu, terpaksalah Alisa berseorangan kerana Sakinah pulang ke kampong halamannya kerana abangnya mahu berkahwin.Sekejap lagi, aku pulaklah yang kahwin, dengus Alisa.
       Bunyi mesej dari telefon bimbitnya membuatkan lamunan Alisa terlerai.Segera dikeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar.Mesej daripada Sakinah rupanya.
Sambil berjalan, satu-persatu mesej Sakinah dibalas.Tanpa disedari, seseorang yang sedang bejogging bertentangan arah dengannya pula sedang asyik menangkap gambar sekeliling.Sebaik sahaja pemuda tersebut mahu berpusing, Alisa pula berada di belakang.
Crack!!
Kulit telefon bimbit Alisa pecah dua di samping cermin telefonnya pula pecah. Kalau tak pecah, sahlah handphone kalis jalan!
“Handphone aku”,teriak Alisa sambil mengutip serpihan-serpihan telefon bimbitnya.
Pemuda itu membantu Alisa mengutip telefon bimbitnya yang hancur.Nasib baiklah kameranya digantung di leher, kalau tak mestilah kamera aku senasib dengan handphone minah ni.
Mata mereka bertantangan seketika.
“Kau!”,ucap mereka serentak.Serentak mereka berdua bangun.
“Hei, mata awak letak mana ek?Tengok apa awak dah buat dengan phone saya. Saya nak awak ganti balik”,Alisa memulakan pertikaman lidah.Ingat aku beli phone ni pakai daun pisang apa, mahal tahu tak?!
“Sedap-sedap je nak Tanya aku letak mata dekat mana.Kau tu, mata pandang mana bila berjalan.Mengadaplah phone tu sambil berjalan.Tulah padahnya”,Aris pula membalas.Tanpa menghiraukan Alisa, dia menyambung aktiviti mengambil gambarnya.Ditangkapnya gambar seekor angsa sedang terbang berlatarbelakangkan tasik yang luas.Ditambah pula dengan pepohon hijau yang merimbun, menambahkan lagi pesona pada gambar itu.
Alisa keberangan. Dia fikir aku ni tugu Negara ke untuk di annoying?  
Satu idea nakal tiba-tiba terlintas di benak Alisa.Kebetulan, kamera di tangan Aris sudah dilepaskan dari gantungan di leher Aris.Sedang asyik Aris membelek gambar yang diambilnya, Alisa pantas merenggut kamera yang berada di tangan Aris.Aris cuba merampas balik kameranya, tetapi tidak berhasil.
“Apa yang bestnya ek tangkap gambar?E’eh, ada angsa terbanglah.Pandainya awak tangkap gambar”,ucap Alisa bernada sinis.Aris menjeling geram.
“Bak sini balik kamera aku”,sekali lagi Ari scuba merampas kameranya, masih tidak berhasil.
Alisa mengambil peluang untuk mengambil gambar sekelilingnya.Aris berpeluk tubuh.Buat harta nampak.
“Sudah-sudahlah tu.Rosak kamera aku kang”,sindir Aris.
Tanpa menghiraukan Aris, Alisa mengambil gambar dirinya sendiri.Setelah itu, dia berdiri di sebelah Aris dan menangkap gambar mereka berdua.Walaupun tanpa secebis senyuman di bibir Aris, Alisa tetap berpuas hati dengan hasil kerjanya.Yelah kan, first time dapat pegang kamera photographer, tu yang jakun sikit.
“Bila kau nak pulangkan kamera aku ni”,Aris mendengus kebosanan.
“Sampai awak rasa nak ganti phone saya yang dah berkecai ni”,pandangan dikalihkan menghadap Aris.Ingat juga pada aku yang disebelah ni, desis hati kecil Aris sambil tersenyum.Bibir kanan Alisa dinaikkan.
“Awak ni dah kenapa senyum tiba-tiba.Apa, awak fikir awak hensem sangat ke nak senyum macam tu sampaikan saya boleh cair dengan harapan saya akan pulangkan kamera awak.Sorry sikit, not even once”,panjang lebar Alisa berbicara.Senyuman Aris semakin melebar.
Kepala digaru-garu sambil membuat muka fed up.Ni apahal makin lebar ni, aku nak kenakan dia, aku yang terkena balik.
“La, kenapa tak sambung lagi.Sambunglah lagi sampai kau semput”,sindir Aris.Alisa mendengus kegeraman.Amboi, sesedap dia je nak perli aku.    
“Cepatlah, ganti phone, pulang kamera”,pantas sahaja Alisa berlalu meninggalkan Aris.Langkah Alisa dikejar bagi menyamai langkah mereka.
Pantas sahaja Alisa mengatur langkahnya.
“Ni nak naik kereta siapa ni?”soal Aris sambil cuba mengumpul nafas.Kalau ye pun, berhentilah sekejap, sekurang-kurangnya bagi aku hirup oksigen dulu.
“Alang-alang awak nak belanja beli phone, baik awak belanja duit minyak sekali kan”,langkah dihantikan.Senyuman secomel mungkin dilemparkan buat Aris.Behenti jugak minah ni akhirnya, fikir Aris.
“Fikir comel sangatlah senyum macam tu”,selamba Aris menuturkannya.Senyuman dilebarkan.
“Sebab comellah saya buat”,seraya Alisa berlalu meninggalkan Aris di belakang.Langkahnya dilajukan.
Aris tersenyum sambil menggeleng-geleng.Perasan, desis hati kecilnya sebelum menyaingi langkah Alisa.

Mereka berdua memilih sebuah kedai telekomunikasi yang terletak berhampiran dengan pasar raya Giant.Alisa berjalan-jalan di sekeliling kedai untuk memilih model-model yang berkenan di hati.Alang-alang orang nak ‘belanja’ , apa salahnya ambil kesempatan kan.Hahaha(ketawa kejam).
“Alisa, ni telefonnya”,ucap Aris sambil mengunjukkan sebuah telefon bimbit yang sebiji dengan telefon bimbitnya yang pecah.
“Apalah awak ni.Bagilah yang moden sikit.Ni phone cap ayam yang awak nak belanja saya.Ikhlaslah sikit”,Alisa berpeluk tubuh.Nampak sangatnya tak ikhlas.
“Cik Alisa, sejak bila aku kata nak belanja.Aku bawak kau dating sini pun sebab nak ganti phone kau.Dan yang kedua, sebab aku nak kamera aku balik”,jelas Aris, membertulkan tanggapan Alisa.Fikir aku ni baik hati sangat ke nak berlanja kau, huh?!
“Nama je anak CEO, tapi kedekut.Please, belanjalah.Ayah saya bukannya CEO macam ayah awak.Please”,dengan muka penuh mengharap Alisa merayu.Haraplah muka aku ni cukup comel untuk buat dia belanja aku.
Aris mengangkat keningnya.Fikir comellah tu.
“Yelah, yelah”,Aris menglah juga akhirnya.
“Yes”,Alisa terus sahaja menunjukkan telefon bimbit yang berkenan di hati.Aris menggeleng-geleng.Silap aku jugak mengalah dengan dia, sekali dia tunjuk Blackberry.Materialistik betul!
Akhirnya, wang dan telefon bimbit bertukar tangan.Di dalam kereta, Alisa begitu ralit membelek telefon bimbit barunya.Aris memberhentikan kereta di tempat mereka bejumpoa tadi.
Kamera Aris masih di tangan Alisa.Dah dapat phone baru, terus lupa kamera aku ya.
“Mana kamera aku”,tegang saja nada suara jejaka berbaju biru tua itu.Pandangan dikalihkan daripada menghadap telefon baru.Ops, lupalah pulak.
“Kamera.Kejap ye”,kemera tersebut ditanggalkan dari gantungan di lehernya.Pantas sahaja Alisa berdiri di sebelah Aris.
“Hmm, dik, dik, sini kejap”,Alisa memanggil seorang remaja yang sedang berjogging.
“Ada apa kak?”ramah budak itu bertanya.
“Tolong ambilkan gambar akak dengan abang ye”,pinta Alisa sambil menghulurkan kamera Aris kepada remaja tersebut.
Alisa membuat gaya peace dengan senyuman menghiasi raut wajahnya.Aris pula menyelukkan tangan kiri dan kanannya ke dalam kocek seluar sambil tersenyum macho.
Remaja tersebut tersenyum melihat gambar yang ditangkapnya.
“Akak dengan abang ni sweet lah.Sorang comel, sorang hensem.Sesuai sangat”,puji budak itu.
Alisa tersenyum sambil mengucapkan terima kasih.Kamera dipulangkan semula kepada Aris.
“Jangan memandai-mandai padam gambar yang saya tangkap.Kalau saya cek lepas ni, tak ada gambarnya, siap awak”,ugut Alisa.
Aris mencebir bibir tanpa menghiraukan ugutan Alisa.
“Insya-Allah”,ucap Aris sambil meninggalkan Alisa.Alisa memandang kosong.
Telefon bimbit barunya dibelek sekali lagi.Untunglah, phone rosak, dapat yang mahal punya, Alisa tersenyum sendirian.

       Selesai menunaikan solat isyak, kameranya dibelek.Satu-persatu gambar terpampang di skrin kamera.Tiba di gambar dia dan Alisa, tangannya berhenti menekan punat di sebelah kanan.Gambar Alisa yang sedang membuat gaya peace diusap perlahan.Dia tersenyum sendirian.
Alisa, Alisa, kau ni kadang-kadang seorang yang keanak-anakan, tapi kau ni keras kepala.Kau ni suka buat lawak bodoh, tapi cepat emosional.Kau selalu blur, tapi ada je yang nak dibalas kalau aku lawan cakap dia.
Punat ditekan lagi.Terpampang gambar Alisa sedang tersenyum manis di skrin kameranya.Mungkin, inilah gambar yang diambil sendiri oleh Alisa.
Comel, desis hati Aris.Entah sejak bila Aris mula mengakui yang Alisa seorang gadis yang sedap mata memandang, entah bila.Yang dia tahu, dia suka memandang raut wajah tenang Alisa.Dia senang mendengar suara Alisa yang sedang marah.Dia suka mendengar tawa Alisa yang keanak-anakan itu.Alisa tidak pernah menyorokkan dirinya yang sebenar.Dia sentiasa terbuka.Sifatnya begitu spontan.Mencuit hati sesiapa sahaja yang berdampingan dengannya.
Aduhai Muhammad Aris Sofian, jangan kau jatuh cinta sudah! 
     


No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!