March 13, 2012

Sahabat vs Cinta 6

Jika kebiasaannya, hari Ahad merupakan hari rehat bagi Alisa.Tapi, sebaliknya yang berlaku.Hari ini, Alisa terpaksa keluar dengan Aris untuk mencari baju perkahwinan mereka yang bakal berlangsung dua minggu lagi.Segala persiapan telah disediakan.
Mereka tidak bertunang seperti kelazimannya, tetapi mereka terus bernikah.Kata Puan Maimunah, menjimatkan.Lagipun, perkara yang baik buat apa ditangguh-tangguh, bukan?
             Mengikut kata Puan Maimunah, dia lebih suka menempah sahaja baju perkahwinan mereka.Namun, hasratnya telah dibantah oleh ibu Alisa sendiri.Katanya, baju sewaktu akad nikah sahaja ditempah, selebihnya beli sahaja.
Kesudahannya, terpaksalah Alisa meluangkan masa bersama Aris hari ini.Nasib baiklah Sakinah keluar dengan kekasihnya, kalau tidak cair telinganya mendengar usikan-usikan Sakinah yang langsung tidak munasabah.
Alisa berdiri di hadapan cermin bagi merapikan diri.Alisa hanya memakai blaus panjang berwarna merah jambu dan seluar slack putih, dipadankan dengan selendang berwarna putih.Wajahnya hanya ditempek dengan bedak untuk menghilangkan kepucatan wajahnya.
Penampilan seringkas itu sudah mampu menarik mata-mata untuk memandang ke arah Alisa.Mana tidaknya, dengan wajah yang begitu keanak-anakkannya begitu cantik pada mata yang memandang.Alisa juga terkenal dengan kecomelannya ketika di universiti dulu.
Sedang Alisa ralit meneliti sesusuk tubuhnya di hadapan cermin, telinganya tiba-tiba diterjah dengan bunyi hon kereta.Siapa lagi kalau bukan Muhammad Aris Sofian.Memang tak reti bersabar!

       Setelah mengunci pintu pagar, Alisa pantas sahaja menghampiri kereta Honda City milik Aris.Alisa mengambil tempat di sebelah pemandu.
Tanpa dia sedari, mata Aris galak memerhati ke arah Alisa sebelum dia masuk tadi.Mana tidaknya, Alisa nampak begitu ayu berpakaian sebegitu.
“Apasal kau lambat sangat?”Tanya Aris bagi menyembunyikan debaran yang sedang dirasainya.
“Hmm, saya rasa tak adalah lambat sangat.Lagipun, memang tujuan saya untuk melatih awak menjadi penyabar sikit”,ucap Alisa sambil menkankan perkataan ‘penyabar’ dalam ucapannya.
“Kalau dah nama perempuan tu, memang perempuanlahkan”,sinis ucapan Aris sambil menarik brek tangan.
“Memanglah perempuan, takkanlah pondan pulak”,selamba Alisa membalas.Kelewatanku tidak ada kena-mengena isu-isu jantina ni, okey!Sensitif betul aku bila ada orang komplen tentang jantina aku.
Aris hanya mendiamkan diri.Kalau bertekak dengan minah ni, sampai tahun depan pun belum tentu senyap lagi.Ada je nak menjawabnya.Nasiblah badan dapat bakal isteri macam ni.

             Sepanjang perjalanan, telinga mereka hanya disajikan dengan lagu-lagu yang diutarakan di corong radio.Sesampai sahaja di hadapan sebuah pusat beli-belah, Aris mengajak Alisa turun dari kereta.
Masuk sahaja ke dalam pusat beli-belah tersebut, langkah kaki Alisa terhenti.
“Aris, kita buat apa datang sini?”Alisa kehairanan.Bukan kata nak ambil baju ke?
“Makan”,ringkas jawapan yang diberi Aris.Alisa semakin bingung.
“Bukan kita nak pergi pilih baju ke?”dengan lurusnya Alisa bertanya.
Aris menepuk dahi.Dah mula dah blur minah ni!
“Alisa Sofia, kita datang sini nak pilih bajulah.Apa hal dengan kau ni.Lurus semacam je”,Aris menyindir.Minah ni kalau tengah lurus, betul-betul lurus.
“Oh, habistu yang awak kata makan tu buat apa?”Alisa bertanya.Tak sedar lagi tu.
“Aku sindir engkaulah, ngok”,Aris berang jadinya.Sedarlah cepat wahai Alisa Sofia.Berbelit otak aku.
Tanpa menunggu lebih lama, Aris meninggalkan Alisa yang sedang termanggu-manggu.Aris sindir aku?
“Aris, tunggulah saya”,seraya dia menyamakan langkah dengan Aris.

“Eh, Aris”,tiba-tiba sahaja Alisa bersuara sebaik sahaja keluar dari sebuah butik pengantin.
“Apa?”tanpa intonasi Aris membalas.
“Tadi awak perli saya ke?”pertanyaan Alisa berbalik pada ‘kelurusannya’ sebentar tadi.
“Alisa Sofia, lambat betul engkau pick up kan?” ucap Aris sambil menunduk memandang wajah Alisa yang lebih rendah daripadanya.
“Ops, sorry lah.Saya ni kadang-kadang memang tersangatlah lambat pick up nya”,Alisa tersenyum sumbing, malu pada diri sendiri.Macam manalah boleh terblur pulak dengan Aris ni!
“Suka hati engkaulah.So, kita masuk butik ni”,ucap Aris seraya menarik tangan Alisa tanpa dia sedari.Alisa yang kehairanan dengan tindakan Aris hanya membontoti Aris.Sampai sahaja di dalam butik tersebut, tangan Alisa masih tidak dilepaskan.
“Aris…”,Alisa tiba-tiba bersuara sementelah Aris sedang ralit memerhati pemilik butik tersebut melayan pelanggannya.
“Hmm…”,tanpa menoleh, itu sahaja reaksi yang diberi.
“Tangan saya…”,ucap Alisa, membuatkan Aris terus menoleh memandangnya.
Alisa menjuihkan bibirnya ke arah tangannya yang sedang digenggam kemas oleh Aris.Secara drastiknya tangan Alisa dilepaskan.
“Aku cuma takut kau hilang je.Engkau tu kalau tengah blur, lain macam sikit”, jelas Aris tanpa dipinta.Alisa hanya mengangkat bahu sebagai respons.Alasan!
Mata Alisa dan Aris rambang memerhati baju-baju yang dipamerkan.Semuanya cantik-cantik.
“Aris, saya rasa baju ni okey kot.Warna dia tak begitu terang, hiasan pun tak terlalu crowded”,ucap Alisa sambil membelek-belek sepasang kebaya pendek berwarna biru laut.
“Tak, aku rasa yang hijau tadi lagi cantik.Warna hijau tenang mata memandang.Labuci-labuci dekat baju tu menyerlahkan lagi tarikan padanya”,Aris pula mengutarakan pendapatnya.
“Encik Aris, awak cuma pakai baju melayu.Saya yang kena pakai baju tu.Labuci-labuci tu akan buat saya gatal”,adu Alisa.Dia memang tidak gemar baju sebegitu, rimas!
“Masalahnya Cik Alisa, baju yang kau tunjuk tadi tu nampak macam orang tua.Nampak kuno, tahu tak”,Perang mulut hampir meletus.Itu baru mukaddimah tu.
“Macam orang tua?Hei Encik Aris, saya perempuan jadi saya lebih arif dalam pemilihan baju ni, tahu tak?”Alisa mulai berang.Ada ke patut dia cakap taste aku taste orang tua, siapa tak marah.
“Aku tahulah standard kau standard orang tua, tapi tak payahlah nan tunjuk sangat waktu bersanding nanti”,Aris membidas.Dia sebenarnya tidak kisah apa pun baju yang akan mereka pakai nanti, tapi bersama Alisa membuatkan dia lebih gemar mengusik.Rasa rindu pula mahu bertekak seperti ini.
Tiba-tiba, mereka dihampiri oleh pemilik butik tersebut.
“Encik, Cik, dah buat pilihan?”Tanya pemilik butik tersebut yang dikenali sebagai Puan Haina.Tujuannya hanya satu, untuk menghentikan pergaduhan itu.
Aris dan Alisa berpandangan sesame sendiri.
“Macam mana?”Alisa meminta pendapat Aris.Takkanlah depan Puan Haina pun nak bergaduh.
“Okey, kita buat deal.Baju kurung awak yang pilih, nanti baju untuk persandingan waktu malam biar saya yang pilih”,tutur Aris lembut.Panggilan yang diberikan kepada Alisa juga berubah.Pandai ye berlakon!
“Okey, baiklah”,Alisa setuju.Takkanlah aku nak pakai baju yang penuh dengan labuci satu badan tengah-tengah hari buta.Nanti, tak pasal-pasal x payah tempah air, minum air peluh aku je.Cukup pakej, ada rasa, masin.
“Baguslah tu.Setiap pasangan mesti ada persefahaman, barulah bahagia”,puji Puan Haina.Dia tak tahu lagi, kalau kitorang berperang macam mana.Runtuh butik dia nanti.Gulung tikarlah gamaknya.
Setelah urus beli selesai, Aris membawa Alisa ke sebuah butik yang terkemuka di Bandar itu.Memang tidak boleh dinafikan, pilihan pakaian di butik tersebut semua cantik-cantik.Termasuklah harga dia.Boleh buat aku makan setahun ni.Mana taknya, harga paling murah tiga ribu ringgit.Orang kaya memang kerjanya makan baju agaknya.
“Alisa!”terjah Aris tiba-tiba.Alisa yang sedang melabuhkan sauh di tengah hari tersedar.
“Hei, awak ni kalau nak terjah pun bagi salam tak boleh ke?”marah Alisa.Nak bagi aku mati muda apa.
“Masalahnya, kau ni kalau tak terjah boleh terlajak sampai London kau tahu.Aku punya panggil kau, kau boleh termenung pandang baju dekat depan tu.Boleh tembus ke kalau pandang lama-lama”,peril Aris.Nasib kaulah kalau nak terkejut pun, yang berangan tak kena tempat tu apehal!
“Ye ke?Sorrylah, saya tengah fikir orang kaya memang kerjanya makan baju ke?”selamba Alisa bertanya.Kalau baru kena terjah, tulah jadinya.Main cakap je apa yang dia rasa nak cakap.
“Apa, makan baju?Wei,kau ni sedar tak apa yang kau cakap.Dahlah kau cakap macam nak bagi satu Malaysia dengar”,ucap Aris separuh berbisik.Keadaan butik yang agak senyap membuatkan banyak mata pengunjung di situ.Nak buat macam mana, dah semua yang datang tu orang kaya, mestilah terasa.
Alisa memandang sekeliling.Kenapa semua pandang aku ni?
“Kenapa awak tak cakap saya cakap kuat sangat”,Alisa berbisik dekat di telinga Aris.Buat bengang aku je.
“Dah kau tu main cakap je apa yang kau rasa nak cakap siapa suruh”.Nak salahkan aku pulak!
Alisa memberi senyuman semanis mungkin.Buat muka tak bersalah.
“Hurm…Aris, cantiklah baju ni.Awak tak rasa ke?”tiba-tiba Alisa memgang sehelai gaun berwarna hitan yang berhampiran dengan tempat dia berdiri.Saja nak ubah topik.
“Betul tu.Lagi cantik kalau sayang yang pakai”,Aris memainkan peranan pula.Takkanlah nak buat tak kenal pulak.
Alisa yang mendengar perkataan ‘sayang’ menahan anak tekak.Kang habis terkeluar semua isi perut.Buat penat je makan tengah hari tadi.
Mata pengunjung butik tersebut masih galak memandang.
“Aris, kenapa semua orang pandang kita?”Alisa bertanya, pura-pura tak tahu.
Mata mereka sudah beralih.Tak pasal-pasal kena sembur pulak sebab pandang orang.
Alisa mengurut dada.Buat bengang je.
“Okey, kita dah boleh pilih baju”,Alisa memulakan pencariannya.Dah tak sabar ni!
“Eh, eh, Alisa.Kau dah lupa ke baju untuk persandingan malam aku yang pilih”,Aris memberi peringatan.Ingatkan dah lupa tadi.Saja je nak uji.
“Memanglah awak yang pilih.Saya cuma ajak pilih je”,Alisa menutup kebengangannya.
Minah ni kan, ada je nak cover bengang, omel Aris dalam hati.
“Okey, cepatlah pilih”,Alisa sekadar berpeluk tubuh.Geramnya tengok baju-baju ni!
Satu-persatu dibelek Aris.Matanya tertancap di sehelai gaun berwarna pic.Sungguh menarik pada pandangan Aris.
“Wei, cuba kau test yang ni”,arah Aris tiba-tiba.Alisa yang sedang berangan menjadi model bagi memperagakan pakaian-pakaian di butik itu tersedar.Kacau daun betullah!
“Apa?”Alisa bertanya.Dia langsung tidak menumpukan perhatiannya ke sekeliling.
“Kau cuba pakai baju ni”,Aris memberi arahan sekali lagi.
Tanpa sebarang bantahan, Alisa mengambil baju itu dan bergerak ke bilik persalinan.Aris pula mengambil sepasang baju yang dipadankan dengan gaun yang dicuba oleh Alisa.


       Tubuhnya diperhatikan dicermin.Boleh tahan  jugalah test Aris ni.Tak adalah teruk macam dekat butik tadi, Alisa bermonolog sendirian.Ada ke dia suruh aku pakai baju kebaya yang penuh labuci satu badan tu.Mengelip-ngelip.
Setelah menyarungkan tudungnya, Alisa keluar untuk ditunjukkan kepada Aris.
Kelihatan Aris sedang memperkemaskan bajunya.
“Aris, macam mana, okey?”Alisa meminta pandangan Aris.Nak buat macam mana, aku cuma ikut aje apa yang dia pilih.
Pandangan Aris dialihkan menghadap Alisa.Terkaku sebentar anak matanya melihat Alisa.Cantik, puji Aris walaupun Cuma dalam hati.
“Aris…”,ucap Alisa sambil melambai-lambai tangan kanannya di hadapan Aris.
Aris tersedar.
“Awak kena bayar untuk apa yang awak tengok tadi”,Alisa mengugut.Tahulah aku ni lebih cantik dari Miss Universe, tak payahlah pandang macam nak tembus.
So, apa pendapat awak?”
“Bolehlah”,Aris cuba menyembunyikan kekagumannya terhadap kecantikan wanita di hadapannya itu.
Alisa mencebir.Tadi tengok macam nak terjojol biji mata.Komennya, bolehlah aje.
So,baju ni?”Alisa bertanya.
Aris mengangguk sebelum menyuruh Alisa menyalin pakaiannya semula.Tanpa banyak songeh, Alisa menyalin pakaiannya.
Baju yang dicubanya sebentar tadi diserahkan kepada Aris untuk membuat bayaran.
Saat harga tertera di skrin, terus membulat mata Alisa.Kelihatan Aris sedang mengeluarkan kad kredit dari dompetnya.
Aris di sebelah di senggol.
“Aris, awak tahu tak harga baju ni buat makan tujuh keturunan tak habis, tahu tak?”bisik Alisa.Terpaksalah menjingkit sikit sebab diri tu pendek.
“Kau makan untuk tujuh keturunan, aku tak kisah”,dengan berlagaknya Aris membalas.Alisa yang terngah menjingkit dah menjejakkan kaki di lantai.Ceh, berlagak betul.Nak aku suruh makan baju tu ke?
Sebaik sahaja selesai membuat bayaran, mereka terus bergerak untuk makan tengah hari.
“Orang kaya memang makan seribu ke sebulan?”Alisa tiba-tiba bertanya.
Aris yang sedang khusyuk memandu memandang ke sebelah.Tak habis lagi ke topik tadi?
“Yang kau ni tak habis-habis pasal ‘makan baju’ tu kenapa?Buat bengang aku je dekat butik tadi”,omel Aris.
“Saya Cuma cakap yang terlintas je tadi”,Alisa membela diri.Betul apa, buat makan boleh untuk setahun.Ni beli baju, pakai sekali.Lepastu, buat ‘hiasan’ almari.Kan membazir tu!
“Kau cakap yang terlintas tu tak kira tempat.Semua orang dekat situ orang kaya, kau tahu tak?”Aris membalas.Cakap tak pernah ada insuranslah minah ni.
“Hurm, saya nak cabar awak sesuatu boleh tak?”tiba-tiba terlintas idea nakal di benak Alisa.Dia mesti pantang dicabar ni.
“Apa dia?”garang Aris bertanya sebelum memberhentikan kertanya di bahu jalan atas arahan Alisa.
“Apa kata kita makan dekat restoran mamak hari ni?Saya belanja”,dengan gembiranya Alisa mengemukakan idea bernasnya.
What?!Restoran mamak?!Kau ni dah kenapa?”terkejut beruk Aris dibuatnya.Makan dekat kedai mamak, bukan Arislah namanya.
“Oh, saya ingat semua lelaki pantang dicabar.Maknanya, awak dah mengalah sebelum berjuanglah ni.Tak apalah, makanlah dekat restoran ‘lima bintang’ awak tu”,Alisa sengaja mahu mecabar ego Aris.Dia yakin, Aris pasti menyahut cabarannya.
Aris terasa dicabar.Ego lelakinya mendesak menyahut cabaran Alisa.
Fine, awak nak makan dekat kedai mana?”brek tangan diturunkan.
That’s my boy.Okey, lepas simpang ni awak belok kanan,…”,dan Alisa terus menunjukkan jalan ke kedai yang dia maksudkan.
Sesampai sahaja di sebuah restoran yang diberi nama Rsetoran Halijah, Alisa mengarahkan Aris memberhentikan keretanya.
Mereka mengambil tempat duduk untuk dua orang.
“Hisy, panasnya”,ucap Aris sambil mengibas-ngibas bajunya.Alisa menjeling geram.Macam tak jumpa kipas setahun.
Tiba-tiba, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“Menu tak ada?”Aris bertanya sebelum sempat Alisa memesan minuman.
Mamak yang datang untuk mengambil pesanan mereka memandang Alisa.
Alisa terpana mendengar soalan Aris.Dah berapa tahun dia tak makan dekat restoran macam ni?
“Bagi saya teh ais satu, awak?”Alisa bertanya Aris di hadapannya.
Cappucino shake, satu”,tanpa rasa bersalahnya Aris membuat pesanan.
Mamak di sisi Aris sudah terkedu.
“Mamak, teh ais dua lah”,Alisa membuat pesanan bagi pihak Aris.
“Wei, aku order cappuccino shake, bukan teh ais”,ucap Aris sebaik sahaja pelayan berbangsa mamak itu meninggalkan mereka.
“Cik abang sayang, tempat macam ni tak ada semua jenis air shake tu.Yang ada Cuma tarik-tarik je”,Alisa membalas.Orang kaya, memang tak tahu apa pun pasal tempat macam mana.
“Yang kau ni pulak, pilih tempat makan macam ni.Carilah tempat sejuk sikit.Sekarang ni kita nak makan apa”,ucap Aris sambil melihat ke sekeliling.
Mata Alisa membuntang.Segalanya dilupakan.
“Encik Aris Sofian, pilihan banyak dekat situ”,Alisa menunjuk ke arah deretan makanan.
“Bukan sepatutnya kena order ke?”Aris kebingungan.Kepalanya digaru-garu bagaikan dihuni oleh tujuh keturunan kutu.
“Encik Aris Sofian, orang macam kami ni rajin.Makanan ambil sendiri, bukan macam orang kaya cuma sebut dan tunggu je.Kami kalau nak makan perlu ada usaha”,Alisa membalas.
Sebaik sahaja Alisa bangun dari duduknya, Aris mengikut.Segala apa yang dibuat oleh Alisa diikut.Lauk-lauk yang Alisa pilih juga dituruti.Persis kerbau dicucuk hidung.
“Yang awak ni kenapa macam beruk masuk kandang kambing je?”Alisa bertanya sebaik melabuhkan punggungnya di kerusi.Selalunya aku yang straight, ni dia pulak.Takkan virus tu dah berjangkit dekat mamat ni?
“Ada ke peribahasa macam tu?”Aris mula mengejek.Air di hadapannya diteguk rakus.Agaknya dah seabad kot tak minum teh ais.
“Mestilah ada.Saya Bahasa Melayu A plus, plus tau”,Alisa membangga diri.Konon!
“Okey, sekarang saya nak makan.Sudu dengan garpu mana?”Tanpa segan silunya Aris bertanya.Alisa menepuk dahi.Boleh benjol kalau aku tepuk selalu ni.
“Encik Aris Sofian, macam yang saya cakap.Kami orang biasa berusaha untuk makan.So, ada tangan, guna tangan.Masuk mulut jugak”,Alisa memerli jejaka di hadapannya.
Disebabkan perut yang kelaparan, Aris hanya menurut.
Belum lagi habis makanan di pinggan Alisa, Aris sudah menjilat jari.Selama ni dia tinggal dekat Somalia ke?

     Seperti yang dijanjikan, Alisa pergi membuat bayaran di kaunter.Dah janji nak belanja, terpaksalah.

           Keempukan katil sudah terlayar di depan mata.Cepatlah duhai kereta, aku dah penat tahap 10 tan batu-bata ni.
Sesampai sahaja di rumah sewaku, aku terus masuk ke bilik untuk menunaikan solat asar sebelum melabuhakn sauh di kamar.Wah!
Mimpi yang indah-indah ye Alisa!

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!