Kereta dipandu
menuju ke rumah ibu bapanya sebaik sahaja Alisa mendapat panggilan daripada ibu
bapanya di Ayer Hitam.Katanya ada hal mustahak.Selepas cutinya diluluskan, Alisa
segera pulang ke rumahnya.
Sebaik sahaja sampai di rumah ibu bapanya, Alisa
terpandangkan dua buah kereta di hadapan rumahnya.Kereta siapa pulak tu?
Setelah memberi salam, Alisa masuk ke dalam.Dia begitu
terkejut apabila melihat pasangan yang duduk dihdapan ibu bapanya.Mereka kelihatan
tidak kurang jarak umurnya.
“Alisa, ni mak kenalkan.Ni Encik Saiful, yang ni isteri dia,
Puan Maimunah”,ucap Puan Aminah sebaik sahaja terpandangkan kelibat Alisa
melintasi mereka.Tangan Encik Saiful dan Puan Maimunah disalami.
“Wah, dah besar dah anak kau ye, Nah.Cantik orangnya”,Puan
Aminah memuji sambil mengusap-usap tangan Alisa.Alisa hanya tersenyum
malu.Bangga pun ada sebenarnya.
Selepas tangannya dilepaskan, Alisa mengambil tempat di
sebelah Puan Aminah.
“Anak kau mana, Min.Lama bebenor dekat tandas tu”,Puan
Aminah bertanya.
“Alah, anak akak tu katanya sakit perut.Tu yang lama
sikitnya”,jelas Puan Maimunah.Alisa yang masih tidak memahami maksud kedatangan
Puan Maimunah dan Encik Saiful hanya mendiamkan diri.Takkan tiba-tiba nak
menyampuk.
“Alisa…”,Lembut suara Puan Maimunah menerjah pendengaran
Alisa.Alisa tersenyum memandang sebagai balasan.
“Mama datang sini sebenarnya ada hajat…”,ucap Puan
Maimunah.Alisa terkedu.Apa maksud perkataan ‘mama’ yang digunakannya itu.
“Hajat apa ma…mama?”Alisa gugup sendiri.
“Mama sebenarnya datang nak merisik Alisa jadi menantu
mama.Alisa sudi kan?”Puan
Maimunah lembut memujuk.Dia berharap agar hasrat murni hatinya tidak ditolak.
Alisa terkedu sekali lagi.Jadi…menantu!
“Mama merayu sangat dekat Alisa.Anak mama dia akan jadi
peneraju syarikat papa kamu ni.Jadi, mama ingat nak jadikan dia lebih
bertanggungjawab.Manalah tahu bila dah ada isteri, dia akan cuba menjadi lebih
bertanggungjawab.Lagipun, mama nak ubah dia Alisa”,sayu suara Puan Maimunah
membuatkan Alisa serba salah.Kalau aku terima, aku bukan pun kenal
orangnya.Kalau tolak, kesian dekat…papa dengan mama.
“Mama tahu semangat Alisa kuat.Mama tahu Alisa baik
orangnya, jadi mama memang berharap sangat Alisa dapat ubah anak mama.Alisa terima
ye?”Puan Maimunah masih tidak jemu memujuk.Suara lembut Puan Maimunah
meresahkan Alisa.Nak buat macam mana ni?!
Pandangan dikalihkan memandang ibunya di sebelah pula,
meminta pertolongan.
“Alisa, mak kenal siapa bakal suami Alisa tu.Dia cuma perlu
diubah sikit je.Mama pun terima”,Puan Aminah pula memujuk anak gadisnya.Dia
yakin dengan kcekalan anak gadisnya itu.
“Alisa, papa harap sangat budi baik Alisa untuk ubah anak
papa”,Encik Siaful yang sedari tadi hanya mendiamkan diri mula memujuk.
Alisa serba salah jadinya.Dia tidak mahu menghampakan
permintaan mereka-mereka di hadapannya.Dengan teragak-agak, Alisa
mengangguk.Mana mungkin dia menghampakan orang.
“Alisa, betul ke nak?”Puan Maimunah seakan tidak percaya.
“Betul, mama”,Alisa bersuara sambil tersenyum.Di dalam
hatinya, moga niat hatinya ingin mengubah anak Puan Maimunah mudah terlaksana
dengan adanya restu daripada kedua-dua belah pihak.
Puan Maimnah dan Encik Saiful berpandangan sambil tersenyum
lega.Mereka memang berharap Alisa menerima.
“Hmmm, Alisa pergi dapur dulu ye”,sopan Alisa meminta diri.
Setelah mendapat persetujuan, Alisa bergerak ke dapur.
Secawan air dipegang.Sambil berjalan, dia termenung.
Betul ke keputusan aku ni?Boleh ke aku ubah anak Puan
Maimunah bila kami berkahwin nanti?Patut ke aku jaga hati mereka tanpa
mengendahkan kata hati sendiri?Ah, serabutnya!
Walau apapun, persetujuan telah diberi.Tak mungkin Alisa
menarik balik.Bak kata peribahasa ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata…’.
Huh, Alisa mengeluh.Tanpa sempat Alisa mengelak, seseorang
keluar dari tandas.Air di tangan tertumpah di atas baju pemuda di hadapannya.
“Saya minta maaf.Saya…”,seraya Alisa mendongak.Kedua-dua
mereka terpana.
“Awak…”,Alisa seakan tidak percaya.Takkanlah dia anak Puan
Maimunah dan Encik Saiful.
“Kau…”,Aris pula menyuarakan ketidakpercayaannya.Takkanlah
dia perempuan yang mama dengan papa nak jodohkan.
“Takkanlah…”,serentak mereka bersuara sebelum orang tua
mereka bergerak ke dapur.
“Haa…sini biar mama perkenalkan.Ni anak mama, Sofian”,Puan
Maimunah bersuara.Dengan muka pura-pura dimaniskan, Alisa bersalam dengan
Aris.Buat-buat tak kenal konon!
“Ni anak mak…Alisa”,giliran Puan Aminah pula memperkenalkan
anak gadisnya.
“Hai, Aris”,Aris berpura-pura memperkenalkan diri.
“Alisa…”,ucap Alisa sambil membuat muka teruja.Terujakah
dia?
“Sofian, kenapa baju kamu basah tu?”Puan Aminah bertanya
hairan.Takkanlah bakal menantunya itu mandi.
“Tadi ada eksiden sikit.Tak kisahlah, basah sikit je”,Aris
membalas sopan.Ceh, agak-agaknya kalau mak ayah aku dengan kau tak ada, mesti
dia hentam aku ni.Tak kisah konon, desis hati Alisa.
“Aris, kamu pergilah naik atas tukar baju.Pinjam baju abah
kamu”,Puan Aminah memberi arahan. “Alisa, pergi temankan Aris.Ambilkan baju
untuk dia”,sambung Puan Aminah.Aris dan Alisa hanya menurut.
Setibanya di
tingkat atas, lengan Alisa terasa dicengkam.Mata Alisa tajam memandang Aris.
“Apa dia?”tegas suara Alisa.Sedap-sedap je nak pegang orang.
“Kau setuju ke tak jadi isteri aku?”garang Aris
bertanya.Tanya elok-elok tak boleh ke?!
“Saya mana tahu awak yang nak dijodohkan dengan saya.Saya
setuju jelah.Lagipun, diorang dah merayu dengan saya.Takkanlah saya buat bodoh
je”,Alisa membalas berang.Kalau bercakap tak boleh lepaskan tangan ke.Aku tak
larilah!
“Apasal kau setuju?”mata Aris mencerlung memandang Alisa,
seperti mahu sahaja ditelannya gadis yang bernama Nur Alisa Sofia itu.
“Encik Aris, awak
ingat saya nak kahwin sangat dengan awak.Kalau saya tahu awak yang nak
dijodohkan dengan saya, saya tolaklah.Habistu, yang Encik Aris setuju tu kenapa?”,Alisa
membalas geram.Fikir aku nak sangat kahwin dengan kau.
“Kau ingat aku saja-saja setuju.Papa aku ugut aku tak nak
bagi aku terajui syarikat dia, terpaksalah aku terima.Lagipun, aku bukannya
tahu perempuan tu kau”,sinis Aris membalas.
Dengan hati yang panas, Alisa masuk ke bilik bagi mengambil
baju untuk dipakai oleh Aris.Sebaik sahaja keluar dari bilik ibu bapanya, baju
itu terus sahaja dicampak kepada Aris.Nasib baik sempat disambut oleh Aris.
“Yang kau ni kenapa campak-campak.Tak boleh bagi elok-elok
sikit”,marah Aris.Nama je tetamu, tapi dilayan macam anjing kurap.
“Eloklah saya dah ambilkan.Cerewet betul”,omel Alisa.Orang
dah tolong, bukannya nak cakap terima kasih.
Pantas sahaja Aris masuk ke bilik air untuk menyalin
pakaian.
Alisa pula turun ke bawah, menyertai ibu bapa dan
tetamu-tetamunya.
“Alisa, mana Aris?”Puan Aminah seraya bertanya.
“Oh, Aris dekat atas.Tengah salin baju”,jawab Alisa.
“Hmm…Alisa, hari ni Alisa tidur rumah ye.Aris dengan mak
ayah dia tumpang satu malam.Tak eloklah kalau tinggalkan tetamu macam tu
aje”,pinta Puan Aminah.Alisa terpaku.Jumpa seminit pun asyik bergaduh, ni jumpa
satu malam.Takkan kerja aku asyik bergaduh je satu malam ni.
“Tapi mak, nanti Sakinah…”,Alisa cuba merangka alasan.Belum sempat
alasannya dihabiskan, Puan Aminah membidas.
“Mak dah telefon dah Sakinah.Dia kata dia tak kisah.Dia
tumpang rumah kawan kamu, Najwa”,Puan Aminah menyampuk.Mak ni, tahulah nak
sambut bakal menantu, tak payahlah beria-ia sangat.
“Habistu mak, Aris nak tidur mana?”Alisa masih mencari
alasan untuk mengelak.
Puan Aminah mengeluh.Dah lupa dekat adik tiga orang yang
belajar tu ke.
“Alisa sayang, kamu lupa ke bilik adik-adik kamu.Ada dua
kosong.Haisy, perasan anak tunggal lah tu”,Puan Aminah menyindir.Kepala yang
tidak gatal digaru-garu.Lupa pulak ada adik.
“Dah, dah Alisa.Pergi mandi.Nanti Alisa masak.Biar bakal
mentua rasa air tangan kamu tu”,Puan Aminah semakin galak mengusik.
Dengan longlainya Alisa masuk ke biliknya untuk mandi.Apa
kena pulak aku kena masak untuk Aris ni, desis hati Alisa geram.
Sebaik sahaja
membersihkan diri dan menunaikan solat asar, Alisa segera bergerak ke bawah
untuk menyediakan juadah makan malam. Puan Aminah, Encik Rosman, Puan Maimunah
dan Encik Saiful kelihatan mesra berbual di ruang tamu.Alisa mengeleng.Mak ni,
kalau dah jumpa kawan tu sampai tak ingat anak memasak dekat dapur, omel Alisa.
Sedang ralit Alisa membasuh ayam, tiba-tiba terdengar
seseorang mengambil minuman.
“Memasak ke?”sinis Aris bertanya sambil memegang cawan
berisi air.
“Tak adalah, saya tengah menyanyi.Tak dengar ke suara saya
yang merdu ni”,sinis juga Alisa membalas.Buta ke, buat-buat tak nampak.
“Engkau menyanyi basuh ayam ye.Bagus betullah engkau
ni.Sebijik macam sedara kau dekat belakang tu”,Aris menyindir.Nak kenakan aku
sangat, ambik sebijik!
Alisa mula blur.Sedara aku?Aku ada bawak sedara ke datang
sini?
“Saya mana ada sedara dekat sini.Sedara saya semua dekat
rumah diorang.Mak saya tak cakap pun sedara saya nak datang”, dengan blurnya
Alisa membalas.
Aris terpempam.Dia ni perli aku ke memang blur?
“Aku tak kata sedara-mara kau tu.Sedara yang aku maksudkan
tu ialah beruk”,Aris memberi penjelasan.
Alisa semakin hairan.Aku mana ada sedara beruk.
“Saya rasa sedara saya tak ada yang namanya Beruk”,Alisa
masih dengan blurnya.
Aris menepuk dahi.Biar betul bakal isteri aku ni!
Sekejap!Bakal isteri ke?
“Nur Alisa Sofia binti Rosman, beruk yang aku maksudkan itu
adalah binatang.Aku gelarkan beruk tu, sedara engkau”,Aris semakin hilang
sabar.
Tiba-tiba, Alisa tersedar.Jadi, dia nak kata aku ni…
“Jadi, awak kaitkan saya dengan beruk dekat hutan tu?”Alisa
mahukan kepastian.Dia masih lagi ‘mamai’ ketika itu.
Aris mengangguk laju.
“Ops, sorry.Saya
blur sekejap tadi”,Alisa tersenyum sumbing.Terserlah lesung pipit di pipi
kirinya.Aris terpaku melihat senyuman itu.Macam pernah nampak senyuman tu, tapi
bila?
“ Encik Aris!”sergah Alisa.
Aris tersedar.Matanya dikebil-kebilkan.
“Awak menungkan apa tu?”Alisa kehairanan.Tadi galak sangat
memerli orang, sekarang dia pulak yang termenung.
“Tak…tak ada apa-apalah.Aku nak pergi depan”,Aris cuba
menutup menungannya terhadap Alisa.Tak pasal-pasal kena ‘sembur’ dengan machine gun nanti.
Dengan langkah ala-ala machonya Aris bergerak ke ruang
tamu.Alisa mencebir.Macholah tu, konon!
Setelah setengah
jam memerah keringat di dapur, selesai juga Alisa memasak.Sebaik selesai
menunaikan solat maghrib, masing-masing duduk di meja makan untuk menjamu
masakan Alisa.
Aris mengerling Alisa yang sedang menghidangkan makanan.
Satu-persatu diperhatikan.
Alisa cukup menjaga auratnya.Ketika
keberadaannya di situ, Alisa tetap memakai tudung walaupun di dalam rumah.
Tanpa disedari, terbit rasa kagum terhadap personaliti Alisa
itu.
Saat nasi di hidangkan di hadapan mata, terbit idea nakal
Aris untuk mengenakan Alisa.
Sebaik sahaja Alisa duduk di sebelah Aris, lakonannya
bermula.
Dia mencedok lauk ikan masak asam pedas di hadapannya.
Baru suapan pertama, tiba-tiba Aris mengipas-ngipas lidahnya
yang dijelir keluar.
“Kenapa Aris?”Puan Aminah bertanya kerisauan.
“Pedas, mak”,ringkas jawapan yang diberikan Aris.Gayanya
seperti sedang menahan kepedasan tahap gaban.
Alisa di sebelah hanya menjeling.Pedas sangat ke, baru satu
suap dah macam kena bakar je lidah tu, gimmick
je lebih, omel Alisa.
“Alisa, kamu masak pedas sangat tak?”Puan Aminah tiba-tiba
mengajukan soalan ‘cepu emas’ kepada Alisa.Mata Alisa membuntang.Last-last, aku yang memasak juga
dipersalahkan.
“Alisa tak tahu pulak Aris tak tahan pedas.Alisa cuma masak
macam biasa je”,Alisa mahu membela diri.Dia nampak Aris sedang menyambunyikan
senyum walaupun tidak nyata.
“Dah, dah, kamu pergi ambilkan Aris air.Aris, pergi ikut Alisa”,arah Puan Aminah yang nampaknya menuturkannya dengan satu nafas sahaja.
“Dah, dah, kamu pergi ambilkan Aris air.Aris, pergi ikut Alisa”,arah Puan Aminah yang nampaknya menuturkannya dengan satu nafas sahaja.
Dengan jelingan maut tahap membunuh kepada Aris, Alisa bangun
lalu bergerak ke dapur.
Aris yang sedang kepedasan tahap tak tahan hanya
mengikut.Sampai sahaja di dapur, Alisa berdiri di hadapan tong air seraya
berpaling menghadap Aris.
“Kenapa kau berhenti ni?Kau tak tahu ke aku tengah pedas
ni?”Aris berpura-pura kepedasan.
“Awak ni kenapa, nak pura-pura pedas pulak.Tak payahlah,
saya dah tahu”,ucap Alisa sambil berpeluk tubuh.
“Macam mana kau tahu ni?Alamak, kantoi”,dengan selambanya
Aris membalas.Alisa semakin geram.
“Kalau ye pon tak nak makan, tak payahlah buat saya malu
sampai macam tu sekali”,marah Alisa.Muka Aris masih seperti tadi, selamba.
“Kau malu ke?Aku ingat kau jenis yang tak tahu malu.Apa-apa
pon, tepi aku nak ambil air”,ucap Aris sambil menolak perlahan bahu Alisa.Tanpa
menghiraukan permintaan Aris, Alisa kaku berdiri di hadapan tong air tersebut.
“Kau ni pekak ke tuli?”Aris jadi berang.Aku sekeh kang minah
ni!
“Saya tak cakp pun awak tak boleh ambil air.Jadi,
silakan”,ucap Alisa sambil berpeluk tubuh.
Tanpa berfikir panjang, Aris menjangkaukan kedua-dua belah
tangannya di kiri dan kanan Alisa.Tangan kanannya digunakan untuk mengambil air
manakala tangan kirinya sengaja dijadikan ‘kepungan’ untuk Alisa.
Alisa terpempam.Berani betul mamat ni!
“Kau ingat aku tak berani?Ni Aris lah”,bangga sungguh kedengaran
nada suaranya.
“Saya dah agak dah awak nak buat macam ni.Saya cuma nak uji
awak je.Patutlah mak ayah awak jodohkan kita semata-mata nak ubah awak”,sinis
Alisa membalas.Tenang suara gadis itu langsung tidak sama dengan rentak
jantungnya yang berdegup kencang.
Setelah air penuh di dalam gelas, barulah Aris meleraikan
‘kepungannya’.
“Aku akan buat kau menyesal sebab setuju dengan penjodohan
ni bila kita bernikah nanti.Kau belum kenal lagi siapa aku.Aku tak akan
senang-senang berubah dan tunduk di kaki kau”,bisik Aris hampir di telinga
Alisa seraya ingin berlalu.Alisa pantas sahaja berdiri di hadapan Aris bagi
menghalang langkah pemuda tersebut.
“Awak jangan ingat saya takut dengan ugutan awak.Saya akan
pastikan awak bukan setakat tunduk, tapi sujud dekat kaki saya.Tanggungjawab
saya adalah untuk mengubah awak dan saya tak akan lari daripada tanggungjawab
yang telah diamanahkan kepada saya.Saya tak akan mungkir janji”,Alisa membalas
ugutan yang dilemparkan oleh Aris sebentar tadi.
“Okay, we’ll see.Kita
akan tengok siapa yang akan tunduk, kau atau aku”,dengan selambanya Aris
membalas membuatkan Alisa semakin membara.
Bahu mereka dilagakan oleh Aris sebelum pemuda itu berlalu
meninggalkan Alisa.
Sebaik sahaja Alisa melalui meja makan, terus telinganya
dihujani dengan;
‘Kenapa Aris tak makan lagi?’
Dan;
‘Alisa dah tak nak makan?’
Juga,
‘Kenapa lama sangat ambil air tadi?’
Alisa yang
sedang panas hati mengeluh.Ni semua mamat tu punya pasal, dongkol Alisa.
Soalan-soalan tersebut hanya dijawab dengan senyuman sebelum
dia naik masuk ke biliknya.
Hisy, geramnya, teriak Alisa di dalam hati.Kau memang selalu
sakitkan hati aku, Aris!
Mcm x logik lak bile kne g amik air kt dapur.... Dh jamu tetamu, 4 sure la kne siap hidang sgn air skali...then mak alisa tuh..mcm x kne lak suh laki tu ikut ank die g amik baju kt dlm bilik....cm x sesuai la.... Datz my komen.....trpulang pd awk...sb ni citer awk..gud try....
ReplyDelete