10
TAHUN BERLALU,,,
Pejam
celik, pejam celik, dah sepuluh tahun berlalu.Rasa macam cepat sangat je.Sebaik
sahaja tamat tingkatan tiga, Alisa telah mendapat tawaran bersekolah di sebuah
sekolah berasrama penuh disebabkan keputusan yang cemerlang dalam Peperiksaaan
Menengah Rendah yang dia duduki.Dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia
yang agak memberangsangkan, Alisa mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya
di sebuah universiti tempatan.
Pada suatu
hari yang indah permai, Alisa seperti biasa menaiki keretanya ke universiti
tempatnya belajar bersama Sakinah.Mereka bertemu semula di situ pada hari
pendaftaran.Lalu, mereka mengambil keputusan untuk menjadi rakan serumah
disebabkan mereka pernah kenal dan menjadi rakan baik sebelum ini.Pada hari
Selasa, kebiasaannya Alisa yang memandu keretanya. Mahu menjimatkan minyak,
kata Sakinah.Hari Rabu mereka menaiki kereta Sakinah pula.Begitulah dengan
hari-hari yang berikutnya.
Ketika Alisa mahu memarkir kenderannya, tiba-tiba sebuah
kereta mencelah masuk ke ruangan parkir tersebut.
Alisa jadi berang.Haisy, tak nampak ke aku dah cop tempat ni
dulu.
Alisa dan Sakinah keluar dari kereta tersebut untuk bersua
muka dengan pemandu kereta yang mencelah itu.
Dengan lagaknya, pemandu kereta tersebut keluar sebaik
sahaja melihat Alisa dan Sakinah meluru ke
arah keretanya.
“Patutlah lembab semacam, rupa-rupanya perempuan yang
pandu”,sinis pemuda di hadapannya bersuara.Ceh, nak salahkan aku pulak.Dia yang
mencilok.
“Assalamualaikum sedara, awak yang mencilok tiba-tiba,
jangan nak salahkan saya”,Alisa bersuara membalas sindiran pemuda
tersebut.Berang juga bila berdepan dengan lelaki macam ni.Berlagak!
“Ye ke, maaf cik.Saya tak perasan pun cik nak parkir dekat
petak tu.Ingat ke, nak parkir dekat luar petak tu je”,pedas pemuda tersebut
membalas.
“Orang kaya memang biasanya tak tahu adab ye”,Alisa membalas
juga pedas.Dah bagi aku api, tak kan
aku nak balas dengan api juga.Mestilah balas dengan minyak tanah.Makin membara
dia.
Kaca mata yang dipakainya ditanggalkan.Matanya tajam
merenung Alisa dan Sakinah silih berganti.Matanya terhenti sebaik sahaja
terpandangkan Sakinah yang hanya menunduk.
“Wei, kau jangan nak sedap-sedap cakap aku tak ada
adab.Masalahnya sekarang ni, aku tak nampak pun nama kau dekat petak parkir ni.So,chiow”,ucap pemuda tersebut sebelum
berlalu pergi.Alisa semakin berang.Kalau diikutkan, mahu sahaja pemuda tersebut
disiat-siat.Tangan Alisa menjadi sejuk.Pintu keretanya dibuka sebelum dihempas.
“Tak guna punya lelaki.Dia fikir dia
siapa.Mentang-mentanglah bawa kereta Mercedez, fikir aku takut”,ucap Alisa
geram.
“Alisa, sabarlah.Orang kaya, mana nak fikir orang
lain’,Sakinah memujuk sambil mengusap-usap belakang Alisa.Alisa semakin
tenang.Nasib baiklah Sakinah ada, kalau tak haru jadinya.
Sebelum kelas
bermula, Alisa dan Sakinah bergerak bersama-sama ke kafe di universitinya.
“Alisa, mamat tadi tu hensem juga kan”,Sakinah membuka cerita.
“Mamat mana pulak ni Kinah?”,Alisa mulai hairan.Takkanlah…
“Alah, yang gaduh dengan kau tadilah”,Sakinah memberi
hint.Bukan hint lagi, dah lebih kepada jawapan.
“Betul tu.Hensem gilalah kot, sebijik macam beruk dekat
belakang rumah aku”,Alisa membalas sambil membuat muka teruja.Memanglah hensem,
tapi hensem untuk Sakinahlah.
“Kau ni”,marah Sakinah.Lelaki hensem macamtu dikatakan
sebijik macam beruk.Buta ke apa?
“Kalau kau nak, kau ambik.Aku tak ingin”,Alisa membuat gaya menaympah.Sakinah
hanya menggeleng-gelengkan kepala.Nak buat macam mana, kawan aku ni dah macam
anti sangat dekat lelaki, atau lebih tepat lagi CINTA.
Di saat mereka berdua melalui sebuah meja untuk ke kaunter
pesanan, Alisa terdengar satu suara yang amat dibencinya bermula pagi tadi.
“Eh, Kal.Anak tuan punya tempat parkir lalulah”,selamba
pemuda yang bertengkar dengan Alisa pagi tadi bersuara sebaik sahaja dia
terpandangkan kelibat Alisa melalui meja yang dia duduki.Alisa menoleh ke arah
suara tersebut.Hish, apa kena dengan mamat ni.
“Hei, awak ni kenapa?Masih tak puas lagi nak sakitkan hati
saya”,Alisa memarahi pemuda tersebut.Sedap-sedap je cakap aku anak tuan punya
tempat parkir.
“Eh, kau terasa ke?Sorrylah, aku tak tahu pulak bapak kau owner tempat parkir tu”,pemuda tersebut
tajam memandang Alisa tanpa kaca mata hitamnya.Baru nampak muka yang sebenar.
“Awak memang tak bayar insurans mulut ke?Awak tak mampu ke
nak bayar?Setahu saya, orang kaya macam awak ni memang tak ada masalah nak
bayar duit insurans”,ucap Alisa sinis sambil berpeluk tubuh.Pemuda tersebut
kelihatan semakin membara nampaknya.
“Kau, jangan nak sesedap mulut je cakap”,ucap pemuda itu
sambil menuding jari ke arah Alisa.
“Oh, awak terasa ke?Sorrylah,
saya tak tahu pulak awak tak bayar insurans mulut”,dengan beraninya Alisa
memulangkan paku buah keras.Tulah, nak kenakan orang, terkena diri sendiri
pulak.Tulah yang dinamakan senjata makan tuan.
“Eeei, perempuan ni kan…”,ucap
pemuda di hadapan Alisa geram sambil menggenggam penumbuk.
“Kenapa?!”Alisa membalas sambil menjengketkan kakinya supaya
menyaingi tinggi pemuda itu.
Masing-masing merenung dengan tajam seperti mahu mencari
gaduh.Bukan lagi mencari, dah nak gaduh dah.Nasib baik kawan masing-masing
dekat sebelah.Kalau tak…
“Kawan, dahlah tu.Perempuan ni beb”,rakan pemuda itu yang
dikenali sabagai Haikal.
“Entah, kau ni dahlah tu.Kau tu perempuan.Agak-agaklah pun
nak gaduh”,Sakinah memujuk Alisa.Kalau dibiarkan ni, boleh jadi free show.
“Lelaki ni yang cari pasal dulu.Takkanlah aku nak
berhenti”,Alisa mulai berang.Semua siswa dan siswi mula berkerumun di tempat
Alisa dan pemuda tersebut.
“Apa pulak aku?”Pemuda tersebut mulai berang.
Tiba-tiba satu suara menegur.
“Kamu semua, apa yang kamu semua buat.Bukan ke waktu kuliah
dah nak mula.Pergi balik ke kelas masing-masing.Sekarang”,arah suara
tersebut.Rupa-rupanya Encik Muadzim, salah seorang pensyarah yang kebetulan
melalui kafe tersebut.Semua yang ada di situ bergegas mengemas barang
masing-masing.Begitu juga dengan Alisa,Sakinah, Haikal dan pemuda yang bertekak
dengan Alisa tadi.Mereka pergi dengan dendam yang mambara di dalam hati.
Tapi, itu semua kisah empat tahun dahulu, ketika dia masih
menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.Kini, dia telah pun bekerja di
sebuah syarikat hiasan dalaman yang terletak di kota metropolitan itu.Syarikat itu merupakan
milik ibu saudaranya.
Syukuri apa yang ada,
Hidup adalah
anugerah,
Tetap Jalani hidup
ini,
Melakukan yang
terbaik,,,
Bunyi nada dering telefon bimbit Alisa menyentak
lamunannya.Hish telefon ni, buat aku sakit jantung je, marah Alisa dalam hati
sambil mengurut-urt dadanya.Baru nak berangan.
Telefon bimbitnya dilihat bagi mengetahui gerangan pemanggil
yang berjaya menyentak lamunannya.
Sakinah ni, masa aku tengah beranganlah dia nak call, desis hati kecil Alisa.
“Assalamualaikum”,Sakinah memberi salam sebaik sahaja Alisa
mengangkat telefon bimbitnya.
“Waalaikumsalam.Apa hal kau telefon aku masa tengah kerja
ni”,Alisa bertanya.Tak pernah pulak Sakinah ni buat hal call waktu kerja.Buang tebiat agaknya kawan aku ni.
“Alisa, kau nak tahu tak, syarikat aku dapat bos
baru”,Sakinah memulakan bicara.Apa kena pulak minah ni, ada bos baru pun tak
menyempat-nyempat nak jumpa waktu lunch
nanti.
“So, tak boleh kau
tunggu waktu lunch nanti”,Alisa mulai
geram.Baik aku sambung kerja aku yang tergendala tadi sebab berangan.
“Kau nak tahu bos aku siapa?”Sakinah memberi soalan.Nak main
teka-teki pulak minah ni.
“Bos kau, manalah aku tahu.Siapa bos kau tu sampai kau tak
menyempat-nyempat nak call aku?Anak
raja ke?”Alisa semakin geram jadinya.Cakap jelah siapa, nak main teka-teki
pulak.
“Bos aku tu budak satu universiti dengan kita dulu.Kau
pernah gaduh dengan dia dulu”,Sakinah membalas ceria.
Alisa terkedu.Baru fikir pasal dia,tup-tup jadi bos Sakinah
pulak.Memang kecillah dunia ni.
“Kau nak tahu nama dia tak?Tak silap aku, kau dengan dia
kalau jumpa memang mulut tu macam machine
gun menyerang.Nama langsung tak tanya”,Sakinah mengambil kesempatan
berbicara atas kebisuan Alisa di hujung talian.
“Siapa?”Alisa pura-pura excited.Terujalah
konon.
“Muhammad Aris Sofian bin Muhammad Saiful”.Kan dah,
sekaligus nama panjang dia sebut.
Alisa terdiam sekali lagi.Macam…
“Wei, nama dia dah nak dekat sama dengan kaulah.Nama kau Nur
Alisa Sofia, nama dia Muhammad Aris Sofian.Entah-entah dia jodoh kau kot”,Sakinah
mahu menyakat.Betul jugak tu.Tapi, nama tu macam pernah dengar.
“Banyaklah kau punya jodoh.Tak nak aku berjodoh dengan
sedara beruk”,Alisa mula menyampah.Kalau nak jodoh sangat, baik aku kahwin je
dengan beruk dekat belakang rumah aku tu.
“Hish, apalah kau ni.Nak bergurau pon tak boleh.Apa-apa pon,
nanti kau datang office aku
tau”,Sakinah memberi peringatan.Alisa ni kadang-kadang pelupa jugak.
“Yelah sayang.Aku ingat.Okeylah, kau sambung buat kerja
tu.Aku busy ni.Assalamualaikum”,Alisa
memutuskan talian sebelum menyambung kerjanya yang tergendala.
Sakinah tersenyum sendirian.Kawan aku ni, dari dulu sampai
sekarang anti sangat dengan cinta.Jatuh cinta pon tak nak.
Sebaik sahaja
waktu makan tengah hari tiba, Alisa terus mencapai kunci kereta dan bergerak
memandu ke pejabat Sakinah.Tidak dinafikan, syarikatnya sering sahaja berurusan
dengan syarikat tempat Sakinah bekerja.Ibu saudaranya merupakan kawan karib
isteri pemilik syarikat tersebut.Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu masuk
Syarikat AZ, perut Alisa tiba-tiba memulas.Buat hal pulak perut ni.
Pantas sahaja Alisa turun dari kereta sebelum mendapatkan
Sakinah yang berjalan ke arahnya..
“Kinah, aku nak pergi toilet
sekejap.Kau tunggu aku dalam kereta”,Alisa memberi arahan dengan satu
nafas.Memang sakit perut tahap gaban tu.Sebaik sahaja menyerahkan kunci kereta
kepada Sakinah, laju sahaja Alisa berjalan sampai tak ingat dunia.Ketika lalu
di hadapan lif, seorang pemuda keluar dari lif tersebut.Tanpa melihat ke kiri
dan kanan, Alisa laju sahaja berjalan.Pemuda yang baru keluar dari lif tersebut
pula galak membalas mesej.Tanpa sedar…
Buk! Aksiden berlaku.
Alisa jatuh terduduk, manakal pemuda tersebut masih sempat
mengimbangi badannya walaupuntelefon bimbitnya jatuh ke lantai.Alisa jadi
kalut.Kalau rosak telefon orang ni macam mana, niaya je kalau kena ganti.
“Maaf encik.Saya tak sengaja.Saya…”,ucap Alisa seraya
mendongak memandang pemuda di hadapannya.Masing-masing tergamam.
“Awak…”,ucap Alisa sambil menuding jari ke arah pemuda di
hadapannya, juga dikenali sebagai Aris.
“Kau…kau buat apa dekat sini?”kasar Aris bertanya.Kenapalah
dalam banyak-banyak perempuan, perempuan ni jugak yang aku kena jumpa, desis
hati Aris.
“Saya pergi jemput kawan saya.Awak buat apa dekat
sini?”Alisa bertanya walaupun dia sudah tahu jawapannya.
“Ni syarikat ayah aku.Yang kau ni buta ke,main langgar je
aku”,Aris membalas tegang.E’eh, macam nak gaduh je.
“Encik Aris, encik yang mesej tak tengok kiri kanan nak kata
saya pulak yang buta.Ke, cermin mata hitam Encik Aris tu dah gelapkan
permandangan encik”,Alisa membalas.Sakit perutnya terus menghilang apabila
berhadapan dengan lelaki seperti Aris.
Cermin mata hitam yang dipakai Aris dibuka.Matanya tajam
merenung Alisa.
Alisa membalas renungan Aris, berani.Macam nak makan orang
je gayanya.
“Kau, memang suka cari pasal ye”,ucap Aris sambil
mengunjukkan jari telunjuknya hampir dengan hidung Alisa.Tahulah tinggi.
“Awak yang buat saya cari pasal”,ucap Alisa sambil menepis
jari Aris.
Tiba-tiba lagu Jangan Menyerah nyanyian kumpulan D’Masiv
berlagu.Telefon bimbit Alisa berbunyi.Talian disambung.
“Hello...Tak
adalah, dah terbantut dah….Ye, kejap lagi…Okey, bye”,Alisa mematikan talian.
“Dahlah, yang awak tecegat dekat sini buat apa?”Alisa
bertanya garang.Tak reti-reti nak blah.
“Handphone
saya”,ucap Aris sambil memakai cermin mata hitamnya semula.
Alisa mulai bengang.Ops, terkena.
“Eleh…ingat saya lupa ke?Saya…Cuma nak uji ingatan awak je”,dengan rasa bengangnya Alisa
membalas.Nak tutup benganglah tu.
Telefon bimbit jenama Blackberry yang berada di tangannya dipulangkan
kepada si pemilik.
“Nasib baik tak rosak.Kalau rosak, tahulah nasib kau”,ucap
Aris sebelum bergerak meninggalkan Alisa.Hati Alisa semakin panas.Bencinya!
Sebaik sahaja kelibat Aris hilang dari pandangan, Alisa
bergerak laju ke keretanya.
Pintu kereta dihempas.Kalau diikutkan, nak pecahkan terus
je.
“Kau ni kenapa Alisa.Kalau nak pecahkan kereta ni,
cakap”,Sakinah memarahi Alisa yang emo tidak semena-mena.
“Sakinah, bos kau teruk betul.Eeei, geramnya.Dari dulu
sampai sekarang menyakitkan hati je tahunya.Berlagak!”,Alisa melampiaskan
kemarahannya.Siapa tak geram bila diperli macam tu.
“Okey, okey, aku dah lapar.Kalau layan marah kau, mati
kebulur aku dekat sini”,Sakinah meredakan kemarahan rakannya.
Brek tangan diturunkan.Minyak ditekan.Kereta tersebut
dipandu dengan hati yang membara.
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!