March 13, 2012

Sahabat vs Cinta 3

Hari meluahkan perasaan tersebut betul-betul mengubah hubungan Sakinah dan Aris.Sakinah semakin rapat dengan Aris.Mereka selalu bersama ke mana sahaja tidak kira ke makmal, ke bengkel, ke perpustakaan mahupun ke surau untuk sesi sembahyang zuhur berjemaah.Pernah satu ketika, Alisa ke kelas Sakinah pada waktu rehat.Sebaik sahaja masuk ke kelas tersebut, mata Alisa disajikan dengan perbualan mesra Sakinah dan Aris di dalam kelas.Hati Alisa sekali lagi tersayat pedih.Ya, mungkin tidak layak bagi seorang pelajar sekolah ‘bercinta’.Namun, apakan daya hati bila dah suka, tak dapat dibendung lagi.Nasib baik pelajaran Alisa tidak mencorot sebaliknya semakin meningkat dan boleh dikatakan agak cemerlang. 
       Ketika waktu study petang, kebiasaannya pelajar asrama akan ‘mengulang kaji’ cerita-cerita hangat bersama rakan-rakan masing-masing.Begitu juga dengan Alisa dan rakan-rakannya.
“Wei, korang nak tahu tak?” Sakinah tiba-tiba memecah kesunyian.Haisy, aku baru nak layan perasaan.Apa seyh!
“Kau ni kenapa Kinah?Buat aku jadi beruk je.Terkejut tahu tak?”Alisa bersuara.Yang lain cuma mengangguk.Sekilas pandang macam woodpecker, dua kilas pandang dah macam ayam patuk jagung je.
Sorry, aku lupa nak bagi mukadimah dulu”,Sakinah membalas teguran Alisa sambil menggaru-garu kepala yang rasanya dah ada keturunan raja kutu kot.
“Apa cerita kau?”Jiha mencelah.
“Tadi, Aris marah gila budak-budak tak hantar buku yang Cikgu Zahra minta.First time aku tengok dia marah.Kelas senyap sangat”,Sakinah memulakan cerita.Yang lain begitu tekun mendengar.Macam cerita Harry Potter pulak aku nengok.Khusyuk betul!
“Pergh, pakwe kau marahlah Alisa”,Jiha mula mengusik Alisa.Eleh, dah tahu aku minat dia apasal bagi cabaran luahakan perasaan dekat Sakinah.Diorang ni faham Bahasa Melayu ke nak suruh aku cakap Bahasa Tamil?
“Apa pula pakwe aku, bukan pakwe Kinah ke?”Alisa membidas.Hurm, sabar jelah duhai hati…
“Okey, okey, kalau cerita pasal pakwe siapa memang sampai tulat aku rasa tak habis.So, apa kena mengena pula dengan kau?”Ila cuba menghentikan ‘perdebatan’ lima minit yang sedang berlangsung.
“Aku pujuk dia tau.Lepastu, aku balik dengan dia tadi”, Sakinah membalas.Alisa yang tidak berapa khusyuk mendengar mencari idea untuk tukar topik.Macam nak menangis pun ada juga ni.
“Oh, sebab tulah kau tinggalkan aku ye. Ape seyh kawan macam ni”,Alisa mengutarakan idea mengubah topiknya itu.Memang petang tadi sebaik sahaja pulang dari sekolah Alisa langsung tidak melihat kelibat Sakinah.Rupa-rupanya…
“Sorry Lisa, kelas aku tadi dari makmal Sains, lagipun kelas kau dekat tingkat tiga.Aku ingat kau dah balik”,Sakinah cuba menutup salahnya.Sebenarnya, Sakinah akan menunggu kebiasaannya.Tapi, kini…
“Tak apalah, aku balik dengan Wafa tadi”,Alisa menyedapkan hati Sakinah yang entah rasa bersalah atau tak.Memang diakui selama mereka berkawan Alisa yang banyak menjaga hati Sakinah, namun kekadang Sakinah merupakan seorang kawan yang begitu memahami dan menjadi rakan pendengar yang baik.Mungkin, itulah kekurangan yang ada pada Sakinah.Aku sebagai kawan, harus terima kekurangan dia.
“Wei, aku naik dululah. Aku nak buat taik mata sekejap kat atas”, ujar Alisa mahu lari dari keadaan tersebut.Cerita Sakinah tu umpama minyak tanah dan Alisa sebagai api. Jika makin Sakinah ‘mencurahkan’ ceritanya kepada Alisa, makin terbakar Alisa jadinya.Jadi, jalan yang terbaik ialah menjauhkan diri daripada menerima ‘curahan’ cerita daripada Sakinah.
Dalam pada langkah Alisa naik ke atas, fikirannya menerawang jauh.Kenapa aku mesti sukakan dia?Kenapa aku langsung tak boleh terima yang dia langsung tak boleh terima aku?Kenapa aku masih sanggup menyakitkan hati aku sendiri walaupun sakitnya tidak ada siapa boleh ubati?Argh!Alisa menjerit dalam hati.Kenapa mesti dia yang aku suka?!


         Sudah sebulan berlalu dan Sakinah kelihatan semakin hari semakin rapat dengan Aris.  Walaupun Alisa sudah lama tidak melawat ke kelas Sakinah, segala perkembangan ada dalam genggamannya kerana pemberita tidak bertauliahnya sentiasa menyampaikan segala perkembangan yang terjadi. Setiap apa yang diceritakan, pasti akan disusuli dengan pujukan. Ye, pujukan walaupun langsung tidak memujuk hatinya. Menangis dalam hati, menjerit dalam hati, lukakan hati, memang dah jadi rutin harian bagi Alisa.Sabar jelah…

              Hari Raya Aidilfitri hanya tinggal seminggu sahaja lagi.Oleh itu, pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah. Yeay, inilah saat yang dinanti-nanti pelajar asrama seluruh Malaysia! Segala masalah dilupakan, berkaitan Aris, berkaitan Sakinah dan segala-galanya yang ‘berkaitan’. Tapi, tak lama pun.Pada hari raya yang kedua, di saat Alisa sedang ber ‘chatting’ di laman sesawang Facebook ataupun Muka Buku dalam bahasa melayu bersama Ila, hati Alisa tersayat lagi.Tangan Alisa tiba-tiba menjadi sejuk. Benarkah ini? Sakinah dah… berkapel dengan Aris. Ya  Allah, hancurnya hati!
Dengan jantung yang berdebar-debar semacam, Alisa ber’chatting’ pula dengan Aris. Tak bertemu pandang bolehlah cakap, kalau tak…Lidah tu kelu macam kena simen je. Berat semacam.Malu konon!
Dan, jawapan yang Alisa terima ialah;
‘Mana kau tahu ni?’
Ceh, jawapan dia.Memang dinanti-nanti betul. Dah tahu dah. Maaak, sedihnya.Isk, isk. Nak nangis, tapi aku mana boleh nangis sebab lelaki. No men, no cry.Tapi masalahnya, Aris tu kan lelaki. Jadinya has men, has crylah.Tak ke gitu?
Tapi, ada juga baiknya bila Sakinah kapel dengan Aris. Aris jadi rapat dengan kawan-kawan Sakinah. Kan ke aku ni kawan Sakinah, kira tumpang dua kaki lah.
Kitorang , kumpulan kawan-kawan Sakinah membuat pakatan membuli Aris. Dia kan sayang Sakinah. Jadi, kawan-kawan Sakinah ni cucuk jarumlah. Memang bestlah dapat coklat free , tapi tak adillah Aris. Dia bagi kitorang yang kecik, Sakinah dapat besr punya. Ceh, tahulah sayang awek…Tak aci punya minachi.
Jeles sangat tengok coklat dia. Tapi, aku jeles bila dia bagi kitorang something dia mesti cakap;
‘Jangan lupa bagi Sakinah sikit’
Padahal awek dia punya coklat besar sekali ganda dengan kitorang punya. Tahulah kaya, kalau boleh setiap hari dia nak bagi coklat.
Tak tahu ke coklat tu upah sakit hati aku? Memanglah aku tak pernah menangis. Yelah, diorang dah kapel pun kan.Tak akanlah aku nak menangis sampai keluar air mata darah, tak ke jadi Kasim Selamat moden?
             Niaya je aku buta nangis sebab lelaki.Aku tak nangis, tapi aku cuba gelak sampai tak ingat dunia. Release tensyen sekejap, lepastu sakit hati balik. Tu yang aku sengaja tebalkan muka lapan inci buat lawak bodoh dekat dalam kelas. Tapi, pandai lah cover.
Tup, tup, dah dua bulan Sakinah dengan Aris kapel. Kalau nak kira lama, ambil lapan minggulah, lama sikit.
           Budak lawa, bolehlah tukar-tukar pakwe.Sakinah pun dah tawar hati dengan Aris.Dia kata dia bosan sebab Aris tu caring sangat.Mestilah caringkan, siapa tak sayang awek? Tapi nak buat macam mana, Sakinah tu ramai peminat. Tak macam aku, sorang pun tak nak. Satu hari ni, dia memang dah fed up gila dengan Aris, dia call Aris.
Aku ada dekat situ masa dia minta putus dengan Aris. Aku sendiri dengar apa yang dia cakap.Hati aku sakit sangat bila dia buat Aris macamtu.Tapi, aku sebagai kawan mestilah kena sokong dia.Aku tak tahu nak buat apa masa tu.Yang aku buat ialah cakap dengan dia;
‘Aris, kau sabar ye’.
Tu jelah yang aku mamapu cakap. Aku dengar suara dia sedih sangat.Aku kesian sangat dengar suara dia. Aku tahu dia sayang sangat dekat Sakinah.Tapi nak buat macam mana, orang dah tak nak, kan?


        Setelah kami naik sekolah pada tahun hadapan, kami dapat tahu yang Aris sudah berpindah ke Kuala Lumpur atas tuntutan kerja ayahnya di sana.
Alisa mengeluh.Pandai kau simpan rahsia ye, Aris. Banyak kali aku tanya, engkau tak pernah jawab.Kalau kau jawab pun, kau akan jawab;
‘Mana kau dapat khabar angin ni?’
Atau;
‘Entahlah’.
Aris memang perahsia sangat. Tapi dengan aku je. Aku tak tahu kenapa dia jadi perahsia sangat dengan aku.Dengan Jiha, Ila, dan yang lain-lain dia ada beritahu yang dia akan pindah.Mungkin sebab dia tahu yang aku suka dekat dia, dia jadi pemalu dengan aku.Sedihnya.
“Alisa, kau sabar ye”,Sakinah tiba-tiba memecah ‘keheningan’ waktu study petang yang tak berapa nak hening sangat tu.Alisa yang sedang mengelamun tersentak.Memanglahkan, minah ni nak bagi aku jadi jenazah dekat sini.
“Sakinah, kau ni kalau nak cakap tu bagilah mukadimah dulu”,Alisa memarahi Sakinah.
“Alisa ku sayang, mukadimah aku dah tak macam mukadimah dah.Dah masuk bab satu dah.Kau, kalau nak mimpi malam nanti.Alisa, Alisa”,Sakinah membalas teguran Alisa.Dia yang mengelamun, nak salahkan orang, desis hati Sakinah.
“Ye ke?”Alisa tersenyum sumbing.Aku tidur mata terbuka ke tadi?
“Kau dah sampai mana, planet ke-10?”Ila menyampuk.Kadang-kadang perangai blur Alisa tak boleh dilayan sangat.
“Wei, planet ada sepuluh ke?”Alisa keliru. Setahunya, planet ada sembilan je.
Yang lain tepuk dahi.Dah mula dah blur dia!
“Alisa, Ila tu perli engkau.Planet ada sembilan je”,Jiha memukul bahu Alisa yang sedikit gebu itu.
Alisa tersenyum sambil menggaru-garu kepala.Memang sahlah, kalau dah blur tu nampak sangat baru lepas berangan.
Jiha, Ila dan Sakinah sudah naik ke atas masuk ke dorm masing-masing.     Hanya tinggal Alisa seorang yang masih di bawah bersama rakan-rakannya yang sibuk bergosip.Kalau tak bergosip, bukan perempuan namanya.Alisa mengeluh berat.
Sampai hati kau Aris!


No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!