Sejak daripada kejadian ‘bocornya’ rahsia mengenai perasaan
Alisa terhadap Aris, Alisa sudah jarang melawat ke kelas Sakinah.Apa yang Alisa
tahu, Aris sudah berkapel dengan Hamira. Sakinah semakin hari kelihatan semakin
mesra dengan Aris.Mungkin sahaja Alisa sudah tidak melawat kelas Sakinah, namun
setiap perkembangan yang berlaku telah dibeitahu oleh rakan satu dorm Alisa
yang bernama Wafa.
Entah apa mimpi Wafa pada suatu hari, dia mula membuka
cerita tentang Aris.
“Alisa, aku ada berita baik untuk kau”,tiba-tiba Wafa
bersuara sebaik sahaja Alisa meletakkan punggungnya di atas lantai berhadapan
dengan Wafa.Ketika itu, mereka baru sahaja balik dari sekolah.
“Berita baik apa?”Alisa sudah mula berdebar-debar.Jika Wafa
membuka cerita, mesti ada kaitannya dengan Aris kerana mereka berdua sekelas.
“Hamira dengan Aris dah putus”,jelas Wafa.Alisa membuat muka
seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.Dia ni tengah bermimpi di siang hari ke?
”Alisa, kau dengar tak?”Wafa mulai geram dengan reaksi sahabatnya.
”Alisa, kau dengar tak?”Wafa mulai geram dengan reaksi sahabatnya.
“Dengarlah.Aku ingat apalah baik sangatnya cerita tu”,Alisa
bersuara dengan muka bosan.
“Habistu, kau nak berita baik macam mana lagi?”Wafa
kehairanan.Takkanlah dia tak suka kalau Aris dah putus dengan Hamira.Hati batu
apa?
“Aku ingat Aris ajak aku kahwin ke, ajak kapel ke?Kau ni
buat gimik lah, Wafa”,selamba Alisa membalas.Wafa terpana mendengar jawapan
Alisa.Haisy, mengidam ke tu?
“Kau ni dah kenapa mengidam tengah hari buta ni?Dah pergi
kursus kahwin apa?”Wafa bersuara.Tangannya memukul ‘kasar’ bahu Alisa.
“Sakitlah.Engkau ni, aku bergurau je.Habistu kau nak aku
buat apa?Terjun bangunan lima
tingkat?Jerit dekat bawah aku happy
gila gaban?”Alisa tidak berpuas hati.Dia nak aku buat semua benda alah tu ke?
“Aku ingat kau ni hati batu.Rupa-rupanya ada perasaan juga
kau ni”,Wafa menepuk-nepuk bahu Alisa.Alisa tersenyum sumbing.
“Kenapa diorang putus?”Alisa balik ke topik asal.
“Hamira dah kantoi dengan mak dia”,Wafa mula bercerita.
“Habistu kenapa?Mak dia nak serang rumah Aris ke?”Alisa mula
berminat untuk mendengar cerita yang lebih lanjut.
“Tak, tapi kalau mak dia tahu diorang masih kapel, mak dia
akan tukarkan sekolah Hamira”,Wafa memberi penjelasan.
“Takkan mak dia buat macam tu sekali?”Alisa kehairanan.Mak
dia betul-betul peka ni.
“Betullah”,Wafa menegakkan pendiriannya.
“Tapi, kenapa putus?Kalau akulah kan,
aku akan try cover selagi mampu”,Alisa
membentangkan hujahnya pula.Ada bernasnya juga,kan?
“Habistu kalau kantoi lagi sekali, kau nak mak dia suruh
pindah?Kalau kau jadi Aris, kau nak ke orang yang kau sayang pindah?”Wafa mulai
berang.Hati batu betullah kawan aku ni.
Alisa terdiam.Dia bukan terdiam sebab dimarahi, namun sebab
mendengar perkataan orang yang kau ‘sayang’.Betul ke Aris sayangkan Hamira?
“Alisa…”,Wafa serba salah apabila melihat rakannya terdiam.
Alisa memandang ke wajah Wafa sebaik sahaja mendengar
namanya disebut.
“Sorry kalau kau
terasa.Aku bukannya marah kau.Aku cuma bagi hujah je”,Wafa menerangkan duduk
perkara sebenar.
“Hah, tak ada apa-apalah.Aku tak kisah pun.Kau ni pon, aku
mana pernah serius”,Alisa cuba
menceriakan kembali keadaan yang semakin tegang.Sebenarnya, tak adalah tegang
mana.
“Wafa, kau dah solat?”Alisa mula mengubah topik.
“Belum, kau dah?”Wafa bertanya pula.
“Belum juga.Okeylah, jom pergi ambil air sembahyang”,Alisa
mengajak Wafa bersama.Kewajipan tersebut harus dilaksanakn dengan segera.Wafa
dan Alisa mula ‘bersurai’.Sepanjang perjalanan ke bilik air, Alisa menyibukkan
fikirannya dengan perkara-perkara lain supaya akalnya tidak terbeban dengan
masalah orang yang Aris ‘sayang’.Kecewanya aku.
Semakin hari Sakinah dengan Aris semakin rapat.Alisa yang
memerhati dari jauh hanya memendam perasaan kecewa.Kekecewaan Alisa semakin
bertambah apabila ada suatu kejadian yang begitu mencabar tahap kesabaran
Alisa.
“Korang ni kenapa masing-masing.Muka macam orang berak kapur
je”,Alisa bertanya kehairanan apabila Ila, Farah dan Jiha tersengih-sengih.
“Tak ada apa-apalah”,Jiha mula berdalih.Fikir aku tak tahu
korang ada sorokkan sesuatu dari aku, desis hati Alisa.
“Tak apakan korang.Kawan gitu kan”,Alisa sengaja membuat mereka serba-salah.Kelihatan
mereka bertiga sudah memandang sesama sendiri.
“Hmm, tak apalah kalau korang tak nak beritahu aku.Okeylah,
aku balik dorm dulu”,Alisa berura-ura mahu pergi.Aku nak tengok, sampai mana
korang punya serba salah tu, desis Alisa sambil ketawa ‘kejam’ dalam hati.
“Ala Alisa, janganlah merajuk.Okey, okey, kitorang
baritahu”,tiba-tiba Ila bersuara.Aku dah agak dah, mesti diorang panggil aku
punya.
“Okey, kenapa?”Alisa memberi soalan ‘cepumas’.Diorang
tersenyum.
“Kitorang main ‘keberanian atau kejujuran’”,Jiha membalas.
“So,perlu ke
korang tersengih-sengih?”Alisa kehairanan.Permainan biasa je kot.
“Tapi, kitorang punya permainan lain sikit”,Farah bersuara
pula.Macam tahu-tahu je apa yang aku fikir.
“Apa yang lainnya?Korang kena buat depan orang ramai
ke?”Alisa semakin ingin tahu.Tapi, kenapa hati aku berdebar-debar semacam je
ni?
“Kitorang punya permainan cuma keberanian je”,Jiha membalas.
“So?”Alisa semakin
hairan.
“Kitorang ada cabaran masing-masing.Ila kena hantar surat cinta dekat Alif, Jiha kena cakap dekat Safwan yang
dia suka Safwan, aku kena hantar surat
dengan hadiah dekat Naim dan…”,Farah sengaja menggantungkan ayatnya.Hati aku
semakin berdebar-debar.
“Sakinah kena cakap dekat Aris yang dia suka Aris”,Ila
menyambung ayat Farah yang tergantung.Alisa terpana.Hatinya semakin kecewa.Ya
allah, apa dah jadi ni!
Tiba-tiba terdengar suara memberi salam.Serentak mereka
berempat membalas.
“Korang tengah cerita pasal apa ni?”Sakinah bertanya.
“Kitorang cerita pasal keberanian tu”,Jiha membalas
pertanyaan Sakinah.
Pada mulanya, Sakinah memandang Alisa lama.Alisa hanya
menundukkan wajahnya.
“Oh, kau dah tahulah ni Alisa”,Sakinah bersuara sambil duduk
di sebelah Alisa.Alisa hanya mengangguk, menanti reaksi Sakinah yang
selanjutnya.
“Kau nak main sekali?”Sakinah bertanya.Alisa mengeluh.Aku
ingat dia nak cakap maaf ke, sorry
ke, apa ke, ni dia ajak aku main sekali.Takkan nak suruh aku kongsi pula.
“Main?Tak naklah.Kau nak suruh aku bagi surat laying dekat siapa, Akmal?”Alisa
membalas.Geram di dalam hati cuba
disembunyikan.
“Boleh juga.Kau bagi surat
cinta dekat Akmal, nak?”Farah membalas.Haisy, kenapa semua orang tak faham apa
yang aku rasa ni!
“Tak naklah.Korang jelah main”,Alisa membidas.
“Kalau kau nak tahu, Farah kena laksanakan esok, Ila lusa,
Sakinah tulat, dan aku esoknya lagi”,Jiha memberi penerangan.Alisa buat muka
‘gembira’.
“Habislah korang”,Alisa menceriakan suaranya bagi
menyembunyikan kegeraman di dalam hati.Ya allah, tabahkanlah hatiku.
Akhirnya hari
yang dinanti-nanti tiba.Kini, tibalah giliran Sakinah untuk melaksanakan
‘keberanian’ nya.Pada hari tersebut, Sakinah harus melaksanakannya di hadapan
kami berempat.
Pada waktu pulang sekolah, Sakinah menanti Aris untuk
keluar.Aris yang merupakan ketua kelasnya terpaksa memeriksa setiap tingkap ditutup.Setelah
itu, aku dapat melihat Aris dan Sakinah keluar bersama dan berdiri di tepi
tembok.
Alisa dapat melihat Sakinah ada berkata-kata tentang
sesuatu, namun dia tidak dapat mendengar butirnya dengan jelas.
Tiba-tiba sahaja kelihatan Sakinah melarikan dirinya.Mereka
berempat pergi mendapatkan Sakinah.Aris yang seakan kaku turut mengejar Sakinah
apabila tersedar.Mereka berempat memberikan laluan buat Aris mengejar
Sakinah.Alisa memandang sayu.Langkahnya sengaja diperlahankan walaupun
rakan-rakannya yang lain sudah mara di hadapan.Hatinya merintih.Serasa seperti
mahu menangis sahaja pada waktu itu.
Tangga yang terakhir lemah sahaja dituruni oleh Alisa.
Sebaik sampai di tingkat paling bawah, Alisa mengajak Ila
menemaninya memulangkan baju yan dia pinjam dari sekolah, namun langssung tidak
diendahkan.Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, mereka semua sibuk dengan
Sakinah.
Alisa yang serasa seperti dipinggirkan akhirnya mengambil
keputusan pergi seorang diri.
“Alisa”,panggil Nabilah yang sebaik sahaja lalu di situ.
Panggilan Nabilah tidak diendahkan.Langkahnya laju diatur ke
bilik Kadet Remaja Sekolah yang terletak di blok B sekolahnya.Dia mahu segera
memulangkan baju tersebut.
Sebaik memulangkan baju tersebut, Alisa pulang
sendirian.Langkahnya diatur laju.Panggilan Farah dan Jiha yang memanggil supaya
menyaingi mereka tidak diendahkan.Alisa dapat melihat betapa tekunnya Ila
memujuk Sakinah yang pada pandangannya sedang menangis.Kenapa diorang kisah
pada Sakinah , tapi tidak pada aku?Kenapa diorang langsung tak faham perasaan
aku bila diorang buat cabaran tu?Bukan diorang tak tahu perasaan aku pada Aris,
Alisa bermonolog sendiri di dalam hati.Hatinya merintih sekali lagi.Inikah yang
dinamakan sahabat di kala susah dan senang?
Alisa akhirnya memujuk Sakinah yang pada pendapatnya sedang
melayan perasaannya.Hati yang luka dibiarkan tidak terpujuk.
“Sakinah, sabarlah”,terdengar suara Ila memujuk sebaik
sahaja Alisa menyaingi langkah mereka berdua.Sakinah yang sedang sibuk melayan
perasaan hanya mendiamkan diri.
“Sakinah, kau tahu kan Aris
tu macam mana.Dia pemalu sikit dengan perempuan”,Alisa cuba memujuk.Benar apa yang
dikatakannya, Aris memang seorang yang pemalu sejak dari pertama kali dia
memasuki sekolah kami, aku dapat mengecam sikap pemalunya itu.
Sakinah hanya mendiamkan diri sehingga sampai di
asrama.Betul ke apa yang aku buat?Aku pujuk dia sedangkan hati aku tak ada
siapa nak pujuk.
Ya Allah, tabahkanlah hatiku!
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!