March 13, 2012

Sahabat vs Cinta 1

       Orang tua berkata, cinta pada zaman remaja hanyalah cinta sementara, cinta yang bila-bila masa sahaja akan berubah.Betul ke?Tapi, kenapa aku tidak merasa begitu? Hati aku sentiasa ada padanya.Kisahku bermula apabila seorang pelajar lelaki berpindah ke sekolahku ketika aku di tingkatan satu. Pada ketika itu, aku dan rakanku, Sakinah sentiasa memperlekehkan budak lelaki itu dalam diam.

“Wei Kina, aku tak suka betul cara dia ketawa.Menjengkelkan, betul tak?”ucap Alisa pada suatu masa ketika mereka sedang mengulang kaji pada waktu study.
“Betul tu.Macam nak minta makan kasut saiz lima je”,Sakinah membalas.Mereka berdua tertawa.
“Kau takkan tak tahu yang dia tak pernah merasa lagi makan kasut.Tu yang nak minta kita sedekahkan tu”,Alisa membalas dengan ketawa yang masih bersisa.
Like 100 kali”,Sakinah membalas sebelum menyambung tawanya.
Kehadiran budak lelaki tersebut begitu membuatkan Alisa dan Sakinah cukup mengumpul ‘dosa’ dan mendermakan pahala kepada budak lelaki tersebut.Bagi Sakinah, itu hanyalah umpatan biasa sahaja.Namun, tidak bagi Alisa. Baginya, bercerita mengenai budak lelaki itu amat menyenangkan hatinya. Seperti ada satu perasaan halus yang hadir.
Pernah satu ketika Alisa bersuara.
“Wei Kina, kita ni kutuk-kutuk dia.Kang tersuka karang, niaya je”,Alisa berkata.
“Aku nak suka dekat dia, jangan haraplah.Sakai semacam je aku tengok mamat tu.Tak tahulah kalau engkau”,sinis Sakinah membalas.
“E’eh, apa pula aku”,jawab Alisa dengan teragak-agak.Alisa terfikir, betul ke aku tak suka dia?



      Semakin lama menjadi rakan sekelas, hati Alisa semakin tertarik kepada pelajar lelaki tersebut. Apa yang menjadi tarikan kepada  pelajar lelaki tersebut, tidak diketahui. Malahan, sikap pemalu pelajar lelaki tersebut terhadap pelajar perempuan menyukarkan mereka untuk lebih rapat.
Kali pertama mereka bertegur, adalah ketika di kelas sewaktu kelas Geografi.
“Alisa”,tegur pelajar lelaki tersebut.
Aku yang sedang ‘blur’ mencari-cari pemanggil namaku. Siapa yang panggil ni, fikir Alisa.
“Wei Alisa, Aris lah yang panggil”,ucap Amirul yang duduk di sebelah Aris.
Alisa memandang Aris dengan pandangan yang pelik.Tak alih-alih nak panggil aku ni kenapa pula, Alisa bersoal sendirian.Namun, hati Alisa berdebar-debar. Apa kena dengan aku ni.
“Panggilkan Alif”,arahnya.Alisa menurut sahaja permintaannya sebelum menyambung semula kerjanya.Aku terdengar mereka bercakap-cakap sesuatu namun aku malas mahu mencampuri perbualan mereka sambil cuba menenangkan hatiku.
“Alisa, tolong bagi air ni dekat Aris”,ujar Alif di belakang.Alisa menyambut botol yang dihulurkan sebaik sahaja dia menoleh ke belakang.Sebaik menoleh ke hadapan, Alisa menghulurkan botol air tersebut kepada Aris sebelum Aris menyambutnya tanpa sesaat pun memandang wajahnya.
Aku buruk sangat ke hari ni, Alisa kehairanan.
Aku menyambung semula tugasku.Tidak sampai seminit, tiba-tiba Alif di belakangku bersuara.
“Alisa, ambilkan air dekat dia”,arah Alif.
Tanpa menoleh ke belakang, Alisa menyambut huluran Aris.Dengan secalit senyuman terukir di bibir Alisa, Alisa menyambut huluran tersebut.Tanpa membalas senyuman Alisa, Aris pantas membuat kerjanya.
Aku senyum macam hantu gigi ke, Alisa berfikir  lagi.
Bahunya diangkat tanda tidak mengerti sebelum membuat tugasnya semula.


Tamat sahaja waktu persekolahan, Alisa dan Sakinah berjalan seiring.
“Wei Alisa, aku tengok mesra betul kau dengan Aris”,Sakinah menegur.
“Mana ada mesra, dia cuma minta air.Aku mintakan je. Itupun kau kata mesra. Kenapa, kau jeles?”Alisa mengusik. Sengaja mahu menduga hati sahabatnya. 
“Eleh, buat apa aku nak jeles. Aku dah ada Irsyad”, Sakinah membalas usikan sahabatnya.Alisa sekadar mencebir bibir.Sambil berjalan, mereka ketawa menggambarkan keriangan hati mereka.



        Sudah masuk tahun baru dan segalanya nampak baru.Begitu juga dengan Muhammad Aris Sofian. Pelajar lelaki itu tidak lagi kelihatan ‘sakai’ seperti dulu. Perasaan Alisa terhadap Aris masih sama. Hatinya tidak pernah berubah walaupun mereka berlainan kelas. Sifat tanggungjawab Aris begitu terserlah ketika dia dilantik menjadi ketua tingkatan di kelasnya. Alisa selalu sahaja ‘melawat’ ke kelas Aris dengan alasan mahu berjumpa dengan Sakinah. Setiap kali waktu rehat, Alisa akan ke kelas Sakinah dengan harapan berjumpa Aris.
Pernah satu ketika, Alisa seperti biasa akan ‘melawat’ kelas Sakinah atau lebih tepat lagi kelas Aris.Ketika dalam perjalanan ke kelas Aris, mata Alisa telah disajikan dengan sebuah drama. Drama di mana Aris sedang berbual dengan Suzzy, pelajar perempuan yang agak terserlah kegedikkannya.
Pantas sahaja Alisa masuk ke kelas Sakinah dengan hati yang membara.
“Wei, kenapa tu?”Alisa cuba mengawal nada suaranya. Giginya diketap.
“Entah, dia datang kelas ni. Lepastu, dia ajak Aris keluar. Bila Aris nak keluar, dia halang. Gedik gila perempuan tu”, Sakinah meluahkan ketidakpuasan hati.
Hati Alisa semakin dibakar api cemburu.Aik, dah pandai cemburu nampak.
“Orang waktu rehat makan dekat kantin. Yang diorang, dah kenyang berdating”, perli Alisa dengan suara yang sengaja dilantangkan.
“Entah, tak tahu ke cikgu kata jangan dating. Dahlah dating depan kelas aku”, Hamira menyokong. Setahu Alisa, Hamira juga merupakan peminat Aris. Mungkin hatinya juga sedang dibakar api cemburu seperti Alisa.
“Wei, dah-dahlah dating tu. Banyak-banyaklah taubat”, Amirul pula bersuara.
Alisa tersenyum ke arah Amirul.Bagus juga. Ramai betul yang sokong aku, bisik hati Alisa.
Aku dapat melihat Hafiz yang kebetulan lalu di situ sengaja lalu di tengah-tengah antara mereka membuatkan mereka terdiam seketika.
Sorry, tak ada jalan lain”,ucap Hafiz selamba.
“Kejap-kejap, rehat, rehat”,ucap Suzzy.
Aris yang tidak senang dengan perbuatan Suzzy cuba melarikan diri bergerak untuk masuk ke kelas namun pantas sahaja dihalang oleh Suzzy. Alisa semakin geram.
“Wei, rehat dah habislah. Orang rehat sampai pukul 9.50, diorang rehat sampai balik”, Alisa mula menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Tangannya menjadi sejuk akibat terlalu marah.
Dia memegang tangan Sakinah di sebelahnya.
“Marah betul”, Sakinah bersuara. Alisa hanya memandang kosong.
“Dahlah, aku nak bla. Buat sakit hati aku aje dekat sini”, ucap Alisa seraya meninggalkan kelas Aris itu.
Buku yang ada di atas mejanya dihempas.
Beberapa pasang mata tertumpu ke arahnya.
“Mengamuk apa?” Athirah bertanya.Alisa terus duduk dengan perasaan geram yang tidak berkesudahan.


Malam itu, Alisa pergi ke dorm Sakinah pada ketika semua pelajar sedang menunaikan solat maghrib di surau. Kebetulan mereka tidak boleh melaksanakan kewajipan tersebut.
“Alisa, kenapa kau marah sangat pagi tadi?” Sakinah bertanya kehairanan. Alisa hanya mendiamkan diri. Malu untuk mengaku tentang perasaannya.
“Alisa, jawablah. Kenapa?” Sakinah semakin mendesak. Alisa menarik nafas dalam-dalam. Mengumpul segala kekuatan yang dia ada.
“Kau nak tahu kenapa aku marah sangat pagi tadi?” Alisa mengajukan soalan.
Sakinah mengangguk laju.
“Sebab…aku…suka dia”,Alisa membalas.
Ina yang kebetulan terdengar ucapan Alisa tiba-tiba menyampuk.
“Apa Alisa? Kau suka Aris ke? Biar betul”, Aimi seakan tidak percaya. Sakinah mengangguk-angguk menyokong pendapat Ina.
“Betul. Aku dari tahun lepas suka dia”, Alisa mula membuka pekung di dada.
“Alisa, bukan kita selalu kutuk dia ke tahun lepas?” Sakinah bertanya pula. Dia ragu-ragu dengan kenyataan rakannya itu.
“Betul, aku tak tipu. Aku kutuk dia sebab aku suka bercerita tentang dia. Nak tahu kenapa aku selalu datang kelas kau, sebab aku nak jumpa dia. Aku nak tengok dia selain daripada berjumpa dengan kau”,Alisa cuba menegakkan hujahnya agar rakan-rakan di hadapannya mempercayai kata-katanya.
Sakinah dan Ina sama-sama terdiam.
“Aku dah lama suka dia. Nampaknya mulut aku masin”, ucap Alisa sambil tersenyum sendirian.
“Apa yang masin pula mulut kau tu Alisa?” Sakinah bersuara kembali setelah beberapa saat mendiamkan diri.
“Aku ingat lagi aku ada kata yang kita kutuk-kutuk dia, kang tersuka karang, niaya je”,Alisa membalas sambil ketawa halus.Sakinah semakin hairan.
“Nampaknya, mulut kau memang masin. Habislah, kawan kita dah ‘sangkut’”,Ina tiba-tiba bersuara.Alisa hanya tersenyum. Doanya, semoga Ina dan Sakinah merahsiakan hal ini.



        Hubungan persahabatan antara Aris dan Alisa semakin rapat. Namun, persahabatn mereka menjadi renggang sebaik sahaja Alisa mendapat tahu tentang hubungan Hamira dengan Aris. Lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu bahawa Aris sudah mengetahui tentang perasaannya terhadap Aris.
Pernah satu ketika Sakinah bercerita kepada Alisa.
“Alisa, kau nak tahu tak. Aku terperasan something waktu kau lalu depan kelas aku waktu rehat tadi. Aris asyik tunjuk kau je dekat Hamira”, Sakinah mula membuka cerita.
Aku agak terkejut mendengarnya.Jangan-jangan…
“Lepastu, Hamira kata lantaklah perempuan tu. Aku tanyalah kenapa. Dia kata kau suka Aris. Aku pun peliklah juga mula-mula macam mana dia boleh tahu. Aku tanya dia. Dia cakap Ina beritahu dia”, jelas Sakinah menyambung ceritanya semula.
“Kenapa…Ina beritahu…Aris”,Alisa seolah-olah bercakap dengan dirinya sendiri.
“Alisa, sabar ye”,Sakinah cuba menenangkan sahabatnya.
“Aku percayakan dia kau tahu tak?Kenapa dia bocorkan rahsia aku?Aku tahu dia dah pindah Sabah, tapi aku tak rasa dia perlu bocorkan rahsia aku”,Alisa bersuara meluahkan kekecewaannya.Sakinah buntu.Dia tidak menyangka kawan yang disangka boleh menjaga rahsia telah mengkhianati mereka.Sakinah turut berasa terkilan.
Alisa melepaskan sebuah keluhan berat.
Kalau kau ada dekat sini, dah lama aku kerat 16, Aimi, bisik hati amarah Alisa.Rasanya seperti mahu disembelih sahaja si Ina tu buat sup tulang ‘special’.   

 

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!