Hai semua....
Kenapa Pyka tiba2 nak buat post pasal benda ni? Sebab Pyka rasa tak ada lagi yang buat pasal interview perubatan di USM yang latest punya. Tak tahulah kalau tahun depan cara nya berubah, tapi ini yang latest.
Korang semua tahu kan, semua universiti akan buat interview untuk mana-mana pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan terutamanya universiti awam. Hal ini kerana mereka mahu pelajar yang betul-betul berminat dalam bidang ni, bukan yang main ikut kawan atau mak ayah paksa.
So, USM punya style interview lain sikit. Setiap kali sesi interview, akan ada 4 bahagian interview tapi dalam bangunan yang sama. Kami telah dibawa ke HUSM untuk sesi interview. Pyka dapat interview di bahagian C. 9 orang akan diagih-agihkan mengikut bahagian masing-masing. Dekat satu-satu bahagian tu, akan ada 9 stesen. 5 merupakan stesen aktif, manakala lagi empat merupakan stesen rehat.
Stesen aktif merupakan stesen di mana interview dijalankan sementara stesen rehat adalah stesen untuk berehat/tanpa interview. Sampai je dekat bahagian yang telah ditetapkan, kami boleh memilih untuk pergi ke mana-mana stesen yang ada kekosongan. Macam Pyka, Pyka orang pertama dalam barisan, jadi Pyka boleh pilih mana-mana pun stesen yang Pyka suka. Pyka pilih stesen yang kedua.
Sebelum masuk ke dalam bilik interview, kami diberikan dua minit di luar bilik untuk membaca soalan dan rangka jawapan. Dua minit tu kalau boleh guna sebaik mungkin. Susun ayat, fikir jawapan, fikirkan diri kita sebagai penemuduga, apa yang kita nak daripada jawapan.
Soalan pertama (Di stesen kedua- boleh pilih bahasa):
'Ali mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang animasi komputer, tetapi ibu bapa Ali mahu Ali menyambung pelajaran dalam bidang perubatan. Ali mahu memberitahu tentang cita-citanya kepada ibu bapanya, tapi Ali takut menyinggung perasaan mereka. Ali meminta bantuan anda sebagai sahabat Ali untuk berjumpa ibu bapanya dan menerangkan hal itu kepada mereka'.
Pengalaman : Untuk soalan ni, Pyka gelarkan interviewer tu sebagai pak cik and Pyka tekankan tentang minat. Kalau boleh bagi contoh. Macam soalan ni, Pyka bagi contoh Bo boi boy yang dapat berjuta-juta dalam masa beberapa hari. And, kalau boleh act naturally. Dia nak tengok kebolehan kita interaksi dengan orang dan yakinkan mereka. And, yakin dengan jawapan anda.
*Stesen ni Pyka keluar lambat sikit. Masa akhir tu interviewer tu cakap 'awak nampak lagi kenal Ali daripada saya je, nak jadi menantu saya ke?' Hahaha. Pyka pun jawab, 'Boleh jugak, apa salahnya'.
Soalan kedua (Di stesen keempat. Stesen ketiga stesen rehat - boleh pilih bahasa):
'Ahmad berusia 15 tahun dan menghidapi kanser. Doktor kata Ahmad ada hanya beberapa bulan untuk hidup. Ibu Ahmad pula merupakan ibu tunggal yang hanya ada Ahmad. Suami dia dah meninggal. Terangkan perasaan semua individu yang ada dalam situasi di atas'
Pengalaman : Nilah stesen paling speechless sekali. First sebab interviewer nya memang tak banyak tanya, dia nak dengar kita cakap je. Second, individu tu bukan pada ali dengan mak ali je, tapi doktor, jiran, orang sekeliling.
Soalan ketiga (Di stesen keenam. Stesen kelima rehat - bahasa melayu):
'Terangkan tentang diri anda'.
Pengalaman : Nasihat Pyka ialah jadi diri sendiri dan kalau boleh setiap keperibadian kita tu biar ada bukti.
Soalan keempat (Di stesen kelapan. Stesen ketujuh rehat - bahasa inggeris) :
'What do you know about Medical School of USM?'
Pengalaman : Janganlah lupa baca pasal benda ni, kalau tak tahu tak boleh nak goreng. Tekankan pada integrated curriculum dengan objective.
Soalan kelima (Di stesen pertama. Stesen kesembilan rehat - boleh pilih bahasa) :
'Anda dan rakan anda berjalan-jalan. Tiba-tiba, seorang lelaki bermotor meragut rakan anda. Rakan anda terjatuh dan kepala dia berdarah. Peragut pulak terlanggar tiang dan dia cedera di kepala. Orang ramai mula memukul peragut. Apa tindakan anda?'
Pengalaman : Stesen ni pada pandangan Pyka antara benda yang dia uji ialah our common sense dan tindakan kita dalam situasi mengejut. Jawablah dari hati, supaya lancar jawapan kita nanti.
And, setelah hampir sejam, akhirnya selesai juga interview. Jangan risau, setengah jam sebelum interview akan diadakan sesi ceramah tentang proses interview. Boleh lah tanya apa-apa yang korang tak faham dekat penceramah.
Harap sangat post ni dapat membantu adik-adik yang nak mohon medic USM ni. In shaa Allah tahun depan konsep dia lebih kurang je. Tapi soalan tak sama lah. So, good luck to you!
Soalan kedua akak jawab mcm mna yer?
ReplyDelete