Hello and hai...
Penat juga rupa-rupanya kerja ni. Even duduk dekat office susun resit je (as my first job), habis pukul 12 Pyka terus kena pergi kelas. Kelas sampai pukul 3. Cakap pasal kerja lupa nak bagitau Pyka kerja apa. Pyka kerja clerk dekat office. Sementara tunggu result, kumpul-kumpul duit dulu sampai bulan 6 ni.
Actually, mesti korang pelik kan kenapa Pyka letak gambar ulat buku tu. Cuba teka, cuba teka. Hehehe (Mintak penampor). Kisahnya macam ni, masa Pyka tengah jalan kaki nak pergi kelas (jalan kaki kot. Kurus mak!), Pyka lalulah deretan-deretan kedai. Lalu punya lalu, Pyka lalu satu kedai nama dia Bookworm. Jet jet nak masuklah nak beli pen. Nasib baik tak sempat masuk lagi sebab dinding kaca. Tengok-tengok kedai tu jual singki. Wait, wait, wait, apa kena mengena bookworm dengan singki???
Okey, seidikit lawak pada hari ini (Lawak ke?)(Lawak kot)
Sekarang, Pyka nak share beberapa tips untuk cari kerja pulak :
Apply dekat banyak tempat. Kalau ada nombor phone untuk jawatan kosong, ambillah. Apply je semua tempat. Kalau ada rezeki, salah satu mesti tersangkut. Kalau takde rezeki, TLDM lah jawabnya. Kalau Allah nak bagi rezeki lebih, you'll be like:
Dalam situasi ini anda boleh berbangga kerana semua mahukan anda. (Angkat-angkat kening sikit)
Next, fokuskan dekat shopping complex. Okeylah walaupun nak kena saing dengan ramai 'Bangladesh Workers' even bila kita tanya perjabat dekat mana pun dia tak tahu nak jawab apa (kena speaking kot). Di samping korang punya possibility tinggi untuk dapat kerja (sebab shopping complex memang nak ramai pekerja), korang juga boleh polish korang punya speaking skill. Tu kelebihan yang susah korang nak dapat dekat tempat lain. Hehehe.
Masa nak apply tu, buatlah muka comel, muka cute korang yang selalu korang buat masa selfie tu (Uhuks!). Tapi berpada-pada sikit. Takut daripada dia sukacita nak melayan korang, jadi menyampah pulak. (Uhuks!) Tak pun bajet muka budak baik. Dah dapat kerja baru lah tayang tanduk ke, taring ke, ekor ke, tak kisahlah.
Tak pun kalau susah-susah sangat, kerja dengan family. Contohnya jadi maid dekat rumah sendiri ke. Tak pun ambil upah tandakan buku sekolah anak murid parents ke (Kalau parents korang cikgu). Or else korang berniaga je. Macam dadih ke, muffin ke, kek ke. Gelang yang guna getah warna-warni kecik tu pun takpe (Hobi baru Pyka ;-) Modal sikit je, pulangan besar tau. Jangan risau, Pyka dah pernah jual. Tapi, pastikan marketnya strategik. acam gelang tu, jangan pulak jual dekat pejabat orang kerja (Kalau rezeki ade kot orang nak beli. Perhaps).
Hui, peluh dekat dahi dah boleh kumpul segelen (exaggerate). Ni tips ni Pyka taip based on my experience masa cari kerja. Alhamdulillah, sekarang Pyka dah tak menganggur. So, cubalah kalau sudi. Pyka cuma share sebagai buah fikiran (hehehe). Selamat mencuba dan Semoga berjaya!)
No comments:
Post a Comment
Jangan Lupa Komen!!