January 08, 2015

Kenapa kita perlu Senyum

Senyum Semuanya!!!


 Assalamualaikum and Good Afternoon...

I'm really happy today because finally I can take some time to update you, my bubbly boo blog.

Hai cutie! Okay, today I feel like to change my subject from my life story to some 'beneficial'

article. Not really an article actually. Just I'd like to share about 'Senyum'. Okay, aku start guna

Bahasa Melayu then. Firstly, siapa tak suka senyum, angkat tangan . (Saya! Saya!) . Hihi.

Let's start our topic for today:
                           Kenapa kita Perlu Senyum

As a Muslim, semua orang tahu yang senyuman tu satu sedekah. But why? Pada pandangan saya, senyuman ini mampu memberikan satu kesan yang positif kepada orang lain. For example, cuba bvandingkan antara muka tersenyum dengan tak. Mana yang menenangkan ? Semestinya muka orang yang tersenyum. Orang yang serabut pun akan tenang jika kita senyum kepada mereka. Secara tidak langsung, kita sudah membantu mereka mengurangkan tekanan dan membantu akan mendapat ganjaran pahala.

Senyum buat orang jadi awet muda. (Hehe, let smile right now. Smile!) Fakta? Untuk tersenyum, banyak otot muka akan bekerja. Jadi, otot muka tidak akan menjadi lesu sekaligus membuatkan wajah kita kelihatan sentiasa tegang. Ala, macam orang muda gitu. (By the way, aku muda lagi)

Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.(Tapi jangan terlebih ketawa pula, gelap hati nanti)

Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).(Wooo, aku pun baru tahu kehebatan senyum ni)

Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.                           

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!