January 06, 2015

Engkau Cinderella Aku! : Bab 1



Matahari pagi menerobos masuk memenuhi ruang bilik sebaik tingkap dibuka . Udara pagi yang nyaman mengalir masuk ke rongga hidung yang setia menghirup oksigen untuk meneruskan hidup. Nurul Suhaila binti Mohd Ayob . Yes , that’s my name! Tapi orang sekeliling lebih senang kalau memanggil aku Ella . Alah , macam ratu rock Malaysia tu . Sebab diorang kata , sesuai sebab aku yang ala-ala rock kapak ni . Apalah , aku punya ayu bak gadis Melayu kedua terakhir ni dikatakan rock .
Asalnya , diorang panggil aku Su . Tapi , tiba-tiba tukar sebab diorang kata ayu sangat nama tu . Bak kata sahabat karib akulah , Jamie . Nama dia Jamilah , tu yang panggil Jamie tu . Kang aku panggil Milah , marah pula minah tu . Kampung sangat katanya . Eleh , bajet budak bandar sangat . Menyampah mak!
“Woi , yang kau pagi-pagi buta buka tingkap ni pehal . Aku nak tidurlah”,ucap Julia sambil mengesat matanya yang pedih dek terkena  pancaran matahari . Ha , tulah Julia , kakak tiri kesayangan aku . ‘Kesayangan’lah sangat . Ada ke matahari dah nak tegak boleh kata pagi buta . Entah-entah dia yang buta tak !
“Apa kau cakap?”ucap Julia tidak semena-mena . Suhaila menelan liur . Adeh , dia dengar ke kata hati aku ni?Apa hati aku cakap kuat sangat ke ? Bukan takut tau . Aku cuma malas nak dengar minah tu berleter mengalahkan lecturer aku dekat kolej tu . Dia kalau dah membebel , gegendang aku pecah pun dia tak sedar .
“Tak ada apa Kak Ju . Mimpi kot”,ucap Suhaila separa menyindir . Hambik kau , bermimpi di siang hari . Tanpa menunggu masa yang lama , Suhaila menapak keluar daripada bilik kakak tirinya . Julia memandang Suhaila dengan pandangan tidak puas hati . Namun , dek rasa mengantuk yang teramat sangat Suhaila kembali menyelubungkan dirinya di bawah selimut .
Suhaila meletakkan seteko teh o yang baru sahaja dibancuhnya . Mi goreng yang  masih berasap tipis diletakkan di atas meja . Tugas harian aku dah selesai . Suhaila terus ke muka pintu untuk memakai kasut. Baru beberapa tapak melangkah ke muka pintu , Suhaila terserempak dengan abang tirinya yang baru pulang ke rumah . Suhaila mengeluh . Abang tiri aku ni , rumah dia dengan rumah kawan dia pun dah tak dapat nak beza . Kadang-kadang sampai sebulan tak balik rumah . Cik Idah pula buat tak tahu je . Ni kalau balik ni mesti ada sebablah ni . Nak duitlah tu .
“Su , aku nak duit”,ucap Faizal . Suhaila membuat muka menyampah . Dah agak dah . Terus dompetnya dikeluarkan lalu sekeping not RM20.00 dihulurkan kepada Faizal . Sebaik menyambut huluran Suhaila , Faizal membuat muka tak puas hati .
“Wei , mana cukup . Kau ni kedekutlah . Dengan aku pun nak berkira . Bak sini dompet kau”,ucap Faizal sambil cuba merampas dompet yang berada di tangan Suhaila . Suhaila sedaya-upaya mengangkat dompetnya tinggi-tinggi walaupun pada hakikatnya Faizal lagi tinggi beberapa inchi daripadanya .
“Habis tu abang nak berapa? 20 ribu?”ucap Suhaila , masih lagi berusaha  mengelakkan dompetnya daripada dicapai oleh Faizal . Sedang asyik Suhaila mengangkat dompetnya daripada gapaian Faizal , Puan Faridah telah menarik dompet Suhaila daripada belakang gadis itu . Suhaila tersentak .
Puan Faridah membuka dompet Suhaila . Terdapat empat keping not RM50 di dalam dompet anak tirinya . Puan Faridah tersenyum sinis seraya mengeluarkan keempat-empat keping not RM50 itu sebelum ditayangkan di hadapan Suhaiala dan Faizal . Suhaila menunduk sebaik perasan akan perubahan riak wajah ibu tirinya yang membengis .
“Ni bukan duit ke?Ke kau nak aku ajar duit tu apa?”Puan Faridah mengherdik Suhaila , sekaligus membuatkan bahu Suhaila terangkat sedikit dek herdikan ibu tirinya . Faizal pula memandang dua keping not RM50 itu dengan penuh ghairah . Tangannya sedaya-upaya cuba untuk mengambil duit di tangan Puan Faridah .
“Yang kau ni Ijal , dari mana?”soal Puan Faridah garang . Anak lelakinya dipandang atas bawah . Faizal kelihatan begitu serabai di matanya . Sudah hampir 5 hari tidak pulang ke rumah . Ke mana anak terunanya pergi langsung tidak dia ketahui . Faizal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih sebaik menyedari pandangan tajam ibunya terhadapnya .
“Ala , orang tidur rumah kawan . Orang kerja syif malam , mak apa tahu”,ucap Faizal . Tangannya dengan pantas menyambar wang yang ada di tangan ibunya . Tanpa persediaan , rentapan Faizal telah berjaya membuatkan wang di tangannya bertukar tangan . Puan Fridah memandang anaknya yang sedang berjalan dengan senang hati sambil mencium empat keping not RM50 tersebut .
Suhaila sempat lagi mencebik . Eleh , kerja syif malam konon .Entah
kerja apa entah mamat ni buat malam-malam. Kalau kerja , tak ada maknanya minta duit orang je kerjanya . Apa selama dua tahun dia kerja , tak dapat gaji lagi ke .
“Yang kau ni , apesal tak bagi anak aku duit tu?Mentang-mentanglah dia cuma abang tiri kau , kau dah pandai kedekut ye?”ucap Puan Faridah sambil jari telunjuknya tepat menghala ke kepala Suhaila . Suhaila menggigit bibir . Rasa hormat yang masih bersisa terhadap ibu tirinya itu menghalang dia untuk dia bersikap kurang ajar dengan wanita yang berusia hampir 50-an itu .
“Su…Su…”,Suhaila gugup . Terselit perasaan gementar di dalam hatinya terhadap Puan Faridah . Mungkin , kenangan silam yang mengajar dia untuk lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan Puan Faridah .
“Su apa?”Puan Faridah sekali lagi mengherdik Suhaila . Hish , cukup hari bulan , boleh gugur jantung aku ni . Telinga aku ni pun agaknya kalau boleh bercakap , dah lama Puan Faridah ni kena maki . Sabar Su , sabar .
“Su nak bayar duit skuter ”,ucap Suhaila lambat-lambat . Terbuntang mata Puan Faridah memandang Suhaila . Terus telinga Suhaila ditarik kuat . Suhaila menyeringai sakit .
“Hei , kau ingat aku kisah ke kau nak bayar duit skuter kau ke , kau nak mampus ke?Dasar tak kenang budi . Senang-senang , kau jual je skuter buruk kau tu . Muka kau dengan skuter tu dah nak sama dah aku tengok”,telinga Suhaila dilepas kasar seraya Puan Faridah berlalu meninggalkan anak tirinya yang sedang mengusap-usap telinganya yang masih terasa dengan piatan ibu tirinya . Suhaila membuat muka menyampah . Ada ke muka aku dengan skuter tu disamakan . Tak patut betul .
Dompet di atas lantai dicapai . Suhaila mengeluh berat . Masuk bulan ni , dah tiga bulan bayaran skuternya tertunggak . Hampir RM600 ringgit dia berhutang dengan Bang Mail . Nasib baiklah Bang Mail memahami apa yang berlaku . Tapi , kesian juga dekat Bang Mail . Dia pun nak guna duit . Dia bukannya kaya mana . Suhaila tiba-tiba teringatkan sesuatu . Tangannya diselukkan ke dalam poket . Suhaila tersenyum . Nasib baiklah dia terlintas untuk menyimpan sekeping not RM50 di dalam kocek seluarnya . Kalau tidak habis duitnya nanti .
Jam tangan dikerling . Suhaila menepuk dahi . Aku dah lambat! Mati aku kena bebel dengan Prof.Madihah . Aku ni pula , pandai betul pilih masa . Dah lah final paper hari ni . Terus topi keledar dicapai sebelum tidak lama kemudian motornya menderum laju meninggalkan perkarangan rumah .
Beberapa kali Suhaila menilik jam di tangannya . Aduh , pagi-pagi macam ni jammed lah pula . Ah , tak ada jalan lain . Aku kena cilok juga !
Sebaik tiba di perkarangan kampus , skuternya diparkir sebelum Suhaila terus berlari ke kawasan kampus . Suasana begitu hening disebabkan semua pelajar telah masuk ke dewan kuliah masing-masing kecuali dia .
Tanpa menoleh kiri dan kanan , Suhaila melintas tanpa menyedari sebuah kereta Mercedez Benz sedang bergerak ke arahnya . Sangkanya , kawasan kampus telah lengang selengang-lengangnya . Suhaila memandang ke arah kereta tersebut namun dia tidak sempat mengelak . Kaki kirinya dilanggar sedikit oleh kereta tersebut , menyebabkan kaki Suhaila terseliuh sedikit . Dahi Suhaila berkerut-kerut menahan sakit . Dahlah lambat , kaki terseliuh . Apalah malang nasib aku hari ni .
“Woi , buta ke?”ucap suara garau milik si pemandu . Suhaila memandang kereta di hadapannya geram . Sedaya-upaya Suhaila memaksa dirinya untuk berdiri . Pemandu yang kelihatannya sedang ralit memandangnya dari dalam kereta dipandang geram .
“Encik , kalau ye pun mintalah maaf . Encik tu pun satu , macam jalan dekat kampus ni bapak encik yang punya je . Dahlah encik , saya chow dulu”,ucap Suhaila sambil terhincut-hincut berjalan . Putera Nizamil Ferhad memandang gadis itu dengan pandangan tidak percaya . Nampak je bertudung , tapi gangster beb . Tengok dari gaya pemakaian gadis itu , bolehlah dikatakan ayu disebabkan gadis itu berbaju kurung. Mungkin kerana belajar di universiti itu menuntut gadis itu untuk berbaju kurung . Tapi , gaya pertuturannya langsung tidak menggambarkan seorang gadis bertudung dan berbaju kurung .
Ferhad memakai kaca mata hitamnya semula . Soal gadis tadi telah jauh-jauh ditolak ke tepi . Tanpa menunggu masa yang lama , keretanya pantas menderum laju meninggalkan perkarangan kampus adiknya .

Julia memandang jamnya . Sesekali matanya tidak lepas daripada memerhati sesiapa sahaja yang masuk ke restoran tersebut . Hish , mana dia ni . Janji pukul 9.00 , ni dah nak dekat 9.30 dah ni , batang hidung pun tak nampak .
Tiba-tiba , matanya tertancap pada sebatang tubuh yang sedang berjalan ke arahnya sambil membutangkan kotnya agar kelihatan lebih kemas . Dia dapat melihat dengan jelas beberapa orang gadis sedang tertoleh-toleh memandang ke arah kekasih hatinya . Hati Julia tiba-tiba disambar api cemburu .
“Sorry sayang , I lambat”,ucap Ferhad serba salah . Wajah Julia yang kelihatan seperti merajuk bertul-betul merunsingkan hatinya . Ferhad melabuhkan duduk di hadapan Julia sambil cuba meraih tangan gadis itu . Julia dengan pantas menepis . Sengaja dimuncungkan bibirnya bagi menambah perisa rajuknya . Ferhad serba salah jadinya .
“Okay , I minta maaf . Tadi , mummy I ajak I bincang dengan dia pasal projek dekat Ampang tu sekejap . Tu yang I lambat . Sorry ye sayang”,tangan Julia kembali diraih . Namun kali ini , Juliya tidak menolak sebaliknya wajahnya dipalingkan memandang Ferhad yang sedang mencium lembut tangannya . Hati Julia yang panas sedari tadi sejuk serta-merta kerana yakin hati Ferhad hanya untuknya .
“Betul ni , you pergi bincang dengan mummy?”,Julia bertanya lagi mahukan kepastian . Ferhad mengangguk sambil tersenyum ke arah gadis kesayangannya , menampakkan dua lesung pipit yang elok terletak di pipinya . Julia turut membalas senyuman Ferhad .
Tiba-tiba , seorang pelayan lelaki datang ke meja mereka untuk mengambil pesanan . Mereka sekadar memesan secawan minuman panas dan roti bakar sebagai sarapan . Setelah mengucapkan terima kasih , pelayan lelaki tersebut pantas beredar .
“Sayang , I nak bagitahu ni , I akan pergi Bali selama dua bulan”,ucap Julia ceria . Ferhad memandang kekasihnya dengan pandangan terkejut .
“Buat apa you pergi Bali lama-lama sayang?”Ferhad tidak berpuas hati . Tangan Julia masih setia dalam genggaman tangannya . Julia tersenyum sambil mengusap-usap pipi Ferhad tanpa segan-silu .
“I ada show dekat sana . Lepastu , ada kursus sekali . Tu yang I stay dekat sana sampai 2 bulan tu”,Julia cuba memujuk Ferhad . Tidak semena-mena tangan Julia dilepaskan . Ferhad mengeluh berat . Tidak pernah mereka tidak bejumpa selama 2 bulan . Paling lama pun sebulan , itu pun jika Ferhad atau Julia pergi kursus . Berat hatinya untuk melepaskan Julia pergi . Pasti dia akan merindui gadis itu kelak .
“Sayang , I janji lepas dua bulan I balik . Promise”,Julia mengunjukkan jari kelingkingnya . Walaupun hatinya masih berat , Ferhad hanya bersetuju . Julia tersenyum senang melihat telatah kekasih hatinya . Terkenang pula dia kepada detik perkenalan mereka .
Pada ketika itu , dia baru sahaja selesai membuat peragaan di atas pentas untuk majlis amal yang dianjurkan oleh syarikat Ferhad untuk mengutip dana bagi disedekahkan kepada badan-badan kebajikan . Sedang asyik dia bersiap-siap untuk pulang , seorang lelaki tampan tiba-tiba menyapanya . Mereka bertukar kad perniagaan . Hubungan yang pada asalnya hanya hubungan sebagai seorang kawan akhirnya bertukar menjadi hubungan kekasih . Kebaikan dan sifat budiman Ferhad begitu menambat hati Julia . Tidak pernah Julia menyayangi mana-mana lelaki sepertimana dia menyayangi Ferhad . Jikalau sebelum ini hati lelaki bagaikan sampah buat Julia , namun kini hati Ferhad bagaikan kaca yang sangat rapuh yang perlu dijaga dengan elok . Sungguh , hatinya betul-betul tertambat dengan empunya badan yang bernama Putera Nizamil Ferhad . Tidak dapat dia bayangkan jika suatu hari nanti ada perempuan lain yang mampu memenangi hati Ferhad . Tidak , dia tidak akan biarkan perkara tersebut berlaku , Julia bersumpah di dalam hati .

               Suhaila menarik nafas lega sebaik keluar daripada dewan kuliah . Tamat juga peperiksaan yang berlangsung selama tiga jam tadi . Kini , Suhaila sudah mampu menarik nafas lega kerana semua kertas telah berjaya dijawabnya . Kini dia cuma betawakal agar keputusannya setanding dengan usahanya selama ini .
Farhana terjingkit-jingkit menghampiri sahabatnya . Satu , dua, tiga…
“Ba”,Suhaila memandang ke belakang sambil menjerkah Farhana . Farhana terjerit sedikit , lantas mengurut-urut dadanya akibat terlalu terkejut . Orang nak terkejutkan dia , dia pula yang terkejutkan kita . Tak patut betullah Ella ni .
Terkekek-kekek Suhaila ketawa melihat wajah sahabatnya yang pucat tak berdarah bagaikan baru sahaja nampak Pontianak melintas je gayanya . Farhana menyumbingkan bibirnya ke atas sambil mengecilkan mata . Bahu Suhaila dipukul bagi melepaskan garamnya .
“Ella , awak nak bagi saya mati muda ke?”Farhana berpeluk tubuh , geram . Suhaila masih lagi galak mentertawakan sahabatnya . Melihatkan Suhaila yang masih tidak mahu berhenti tertawa , Farhana menendang pula kaki kiri Suhaila . Tawa Suhaila yang berhenti diganti pula dengan teriakan kesakitan sahabatnya .
“Aduh!”Suhaila mengaduh sakit . Tak patut betullah kawan aku ni , ada ke kaki aku yang terseliuh ni dia pergi tendang . Farhana menggigit bibir bawahnya , serba salah dia sebaik melihat wajah Suhaila yang berkerut-kerut menahan sakit . Hafizul yang kebetulan lalu seraya menghampiri dua orang sahabat wanitanya . Walaupun Hafizul terkenal dengan perangai playernya , namun dia senang berkawan dengan mereka berdua .
“Wei , apehal kecoh-kecoh ni”,Hafizul menghampiri Suhaila dan Farhana . Farhana kelihatannya sedang membelek-belek kaki Suhaila yang kelihatan membengkak .
“Saya tertendang kaki Ella , manalah saya tahu kaki dia terseliuh”,ucap Farhana serba salah . Hafizul mengangguk-angguk lalu mengarahkan Farhana memapah Suhaila ke kerusi berhampiran . Dia membantu membawa beg Suhaila kerana dia tahu batas-batasnya apabila bersama dengan seorang gadis yang bukan mahramnya . Suhaila didudukkan di atas kerusi yang terletak beberapa langkah daripada tempat mereka berdiri tadi . Sebaik Suhaila didudukkan di atas kerusi , Farhana dengan pantas menyelak sedikit kain Suhaila untuk melihat bengkak di kaki sahabatnya . Tangan Farhana dipukul kuat .
“Ana , kan Zul ada dekat sini . Janganlah memandai-mandai selak kain saya”,marah Suhaila . Farhana mengangkat kedua-dua belah tangannya , menandakan yang dia tidak akan mengangkat lagi kain sahabatnya . Hafizul tersenyum . Dia faham perasaan gadis seperti Suhaila yang sentiasa menjaga auratnya apabila auratnya cuba ditunjukkan kepada lelaki bukan mahramnya .
“Tak apa , Ella . Kan tengah darurat ni . Lagipun , aku tak tengoklah”,ucap Hafizul sambil menyibukkan diri memandang wanita yang lalu-lalang di hadapannya . Walaupun dia seorang kasanova di kampusnya, dia amat menghormati pegangan Farhana dan Suhaila yang sangat menjaga batas mereka sebagai seorang perempuan . Namun begitu , pegangan mereka langsung tidak menjadi masalah buat hubungan persahabatan mereka bertiga . Hafizul senang berkawan dengan Suhaila dan Farhana .
“Kalau kau tengok , lebam sebelah mata kau nanti”,sempat lagi Suhaila memberikan amaran dalam keadaannya yang sedang kesakitan sambil mengajukan penumbuk ke mata Hafizul . Farhana kembali membelek-belek bengkak di kaki Suhaila .
“Ella , kaki awak dah bengkak teruk ni . Jom , saya hantar awak pergi klinik”,ujar Farhana kegusaran . Dia serba salah sebenarnya . Pasti kesan tedangannya tadi telah menambahkan lagi bengkak di kaki Suhaila . Farhana meniup-niup kaki Suhaila bagaikan sedang berusaha mengurangkan bengkak di kaki sahabatnya. Hampir tergelak Suhaila melihat telatah Farhana yang keanak-anakan itu . Siapa sangka yang Puteri Farhana Najwa merupakan seorang kerabat diraja . Daripada penampilan Farhana , dia yakin tiada siapa dapat menebak status Farhana yang sebenarnya . Hanya dia dan Hafizul sahaja yang tahu status Farhana , itupun secara tak sengaja . Itupun setelah mereka melawat ke rumah Farhana semasa gadis itu sedang sakit . Dia senang berkawan dengan Farhana .
“Tak payahlah . Saya okey je . Saya boleh jalan lagi ni , kira okeylah ni”,Suhaila cuba menolak . Dia tidak mahu menyusahkan Farhana dan Hafizul yang telah banyak membantunya sepanjang dia menuntut di situ . Tidak tahulah dia bagaimana kehidupannya tanpa mereka berdua selepas ini .
“Pergi jelah . Nanti tambah teruk lagi kaki kau , siapa susah . Kau juga , kan”,Hafizul tiba-tiba mencelah . Suhaila serba-salah . Jika dia pergi , takut menyusahkan Hafizul dan Farhana . Jika tidak pergi , susah pula dia mahu membuat kerja-kerja di rumah . Keluarga tirinya bukannya kisah apa yang terjadi padanya , asalkan semua tugas dilaksanakan tanpa sebarang bantahan .
Akhirnya , Suhaila sekadar bersetuju . Farhana tersenyum lega .
“Tapi , siapa nak bawa balik skuter saya?”,ucap Suhaila , masih lagi berusaha menolak hasrat Farhana untuk menghantarnya ke klinik . Farhana kelihatan sedang berfikir sesuatu .
“Tak apa , aku boleh tolong hantarkan”,Hafizul menawarkan diri .
“Tak menyusahkan ke?”soal Suhaila serba salah .
“Tak apa , nanti aku suruh driver papa aku tolong bawa balik kereta aku . Nanti aku suruhlah driver papa aku tu ambil aku dekat rumah kau”, Hafizul membalas panjang tanpa dipinta . Ha , lupa nak bagitahu . Hafizul ni pun bukan calang-calang orang tau . Anak CEO syarikat jual kereta BMW tau . Bukan nak bangga ke apa , mungkin jodoh aku agaknya kawan dengan orang-orang berada yang baik . Bukan senang nak jumpa orang kaya yang ikhlas dalam persahabatan . Kalau cari dekat dalam lubang cacing pun belum tentu jumpa . Tapi aku , Alhamdulillah Allah kurniakan dua orang sahabat yang begitu memahami masalah aku . Mereka sentiasa bersama aku tika senang ataupun susah . Terima kasih ya Allah kerana telah mengurniakan dua orang sahabat yang sangat luhur hatinya !

               Hafizul terhendap-hendap memandang ke dalam rumah Suhaila yang kelihatan sunyi sepi . Beberapa kali salam dilaungkan , namun masih tidak berjawab . Sebaik Hafizul mahu melangkah pergi , dia terdengar bunyi grill dibuka sekaligus membatalkan hasrat Hafizul untuk berlalu pergi .
Puan Faridah memandang jejaka yang begitu asing di matanya dengan pandangan kurang senang . Namun begitu , Hafizul tetap menghulurkan senyuman buat wanita seoaruh abad itu .
“Huh , kenapa?”soal Puan Faridah , garang . Skuter yang ada bersama jejaka itu dipandang lama. Bukan skuter buruk tu milik Suhaila ke , fikir Puan Faridah .
“Aunty , saya Hafizul , kawan Suhaila . Saya nak hantar skuter Ella’,ucap Hafizul dengan sopan . Ibunya telah banyak mengajarnya untuk sentiasa bersopan apabila sedang bercakap dengan orang yang lebih dewasa . Pesanan keramat ibunya tidak akan sesekali lenyap daripada mindanya .
“Mana budak tak guna tu?Apesal kau yang hantarkan?”soal Puan Faridah sambil berpeluk tubuh . Hafizul yang tersentak dengan panggilan Puan Faridah terhadap Suhaila hanya mampu tersenyum . Untuk melawan , Puan Faridah lebih tua daripadanya . Hanya senyuman sahaja yang mampu dihulurkan buat Puan Faridah yang kelihatannya tidak menyenangi kehadiran Hafizul di rumahnya .
“Kaki dia terseliuh . Jadi , kawan Suhaila tolong hantarkan pergi klinik . Dia accident sikit tadi . Nasib baik terseliuh je , aunty tak payah risau”,ucap Hafizul lembut .
“La , apasal terseliuh je . Kenapa tak mampus terus”,ucap Puan Faridah selamba . Tersentak Hafizul mendengar ucapan selamba Puan Faridah . Apa yang sedang berlaku sebenarnya di rumah ini? Berat hatinya mengatakan bahawa Suhaila tidak dilayan selayaknya di rumah ini . Suhaila seorang yang begitu perahsia , langsung tidak pernah menceritakan masalahnya walaupun kepada sahabat karibnya sendiri , Farhana .
“Hah , kau apesal lagi tercegat dekat situ . Baliklah”,garang sungguh tutur bicara Puan Faridah terhadap Hafizul , langsung tidak menghormatinya sebagai tetamu . Hafizul menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal melihat Puan Faridah yang berura-ura ingin masuk ke dalam rumah namun Hafizul cepat-cepat menghalang Puan Faridah untuk terus melangkah .
“Aunty , takkan saya nak biar skuter Suhaila dekat sini . Nanti kena curi”,ujar Hafizul . Puan Faridah sekadar tersenyum sinis mendengar soalan Hafizul .
“Kau letak jelah dekat situ . Pandailah aku tengok-tengokkan skuter buruk tu”,ujar Puan Faridah seraya berlalu pergi meninggalkan Hafizul terkulat-kulat di luar rumah . Dengan teragak-agak Hafizul meninggalkan perkarangan rumah Suhaila dengan persoalan yang sarat di benaknya .
Farhana membantu sahabatnya untuk berjalan . Kaki Suhaila yang berbalut telah menyukarkan gadis itu untuk berjalan . Walaupun dengan bantuan tongkat , Suhaila masih merasakan betapa sukarnya untuk berjalan dengan kaki yang terseliuh sebegitu rupa .
Sesekali Ferhad melihat tingkah adiknya yang sedang membantu sahabatnya berjalan melalui cermin pandang belakangnya . Wajah sahabat adiknya yang terlindung dek tiang eletrik langsung tidak kelihatan. Sayang betul adiknya kepada gadis itu . Sanggup adiknya menaiki teksi semata-mata tidak mahu sahabatnya menunggu lama dan bimbang kaki sahabatnya yang terseliuh semakin melarat .
Farhana membukakan pintu untuk sahabatnya masuk ke dalam kereta abangnya . Sebelum masuk , sempat lagi Suhaila melihat kereta yang bakal dinaikinya . Kenapa aku rasa macam kenal je kereta ni? Ala , apalah kau ni Ella , macam satu je kereta ni dekat dunia . Tapi , kenapa aku rasa macam baru nampak je kereta ni .
“Awak okey tak?”soal Farhana daripada tempat duduk pemandu . Suhaila yang sedang ralit berfikir tersentak . Ferhad yang sedari tadi memandu langsung tidak berminat untuk mengenali sahabat karib adiknya yang pastinya daripada golongan biasa-biasa sahaja . Lantaklah dengan siapa pun adiknya mahu berkawan , asalkan sahabat adiknya bukan seorang yang liar . Dia percaya yang adiknya tidak akan berkawan dengan mereka yang kaki sosial kerana dia cukup kenal dengan sikap ketimuran adiknya walaupun mereka banyak didedahkan dengan budaya barat . Pegangan Islam dan adat ketimuran masih lagi menjadi amalan keluarga mereka .
“Saya okey je , Ana . Cuma sakit sikit je . Ala , biasalah tu , nama pun terseliuh”,ucap Suhaila lembut . Sebenarnya dia serba salah kerana telah menyusahkan abang Farhana yang terpaksa bersusah payah menghantarnya pulang ke rumah . Melihat akan pakaian yang tersarung di tubuh tegap jejaka itu , pasti jejaka itu baru pulang dari pejabat .
“Tapi kan Ella , saya peliklah . Macam mana awak boleh terseliuh ek?”ucap Farhana sambil jari telunjuknya mengetuk-ngetuk hujung dagunya . Suhaila langsung tidak bercerita apa-apa mengenai kakinya yang terseliuh .
“Oh , pagi tadi accident sikit . Saya terlambat pagi tadi . Tu yang masa nak melintas tiba-tiba ada kereta Mecedez Benz warna hitam langgar saya . Nasib baik kena sikit je , tu pun dah terseliuh . Dahlah marah saya . Ada ke dia kata saya buta . Hish , kalaulah pagi tadi bukan exam , memang saya dah sembur mamat tu cukup-cukup . Tak bertamadun betul manusia macam tu”,ucap Suhaila tanpa menyedari setiap patah kata yang keluar daripada mulut gadis itu betul-betul membuatkan Ferhad tersentap . Tiba-tiba Ferhad berminat untuk mengetahui siapa gadis itu .
Cermin matanya ditanggalkan . Matanya terbuntang luas . Suhaila yang serasa diri diperhati , turut memandang ke arah cermin pandang belakang . Matanya turut sama terbuka luas .
“Kau!”ucap mereka serentak . Farhana memandang kedua-duanya hairan . Adakah mereka berdua saling mengenali? Mana mungkin kerana sekadar yang dia tahu , abangnya baru pertama kali menghantarnya pagi tadi disebabkan keretanya dihantar servis . Jangan cakap…
“Ana , nilah dia orang yang langgar saya . Tak berhati perut betul . Dia dah buat kaki saya terseliuh , dia tak minta maaf pun . Lepastu panggil saya buta pula tu . Eei , tak percayalah dia abang awak . Macam langit dengan dasar laut”,ucap Suhaila sambil jari telunjuknya elok sahaja menunjuk ke arah Ferhad yang sedang memandu . Ferhad tidak berpuas hati . Dia tidak mahu kelihatan kalah di hadapan mata sahabat adiknya itu .
“Eh , kau yang melintas tak tengok kiri kanan macam ayam . Apesal pula aku yang salah? Allah bagi mata guna untuk melihat , bukan main redah je . Sedap hati dia je kata orang tak bertamadun , habis tu melintas tak tengok kiri kanan tu bertamadunlah sangat . Macam ayam yang melintas , tak reti tengok kiri kanan . Ayam sewel!”,ucap Ferhad , sengaja membakar hati Suhaila yang kelihatannya tidak berpuas hati dengan gelaran yang dia berikan . Turun naik dada Suhaila menahan geram .
“Hei Abang Farhana , sedap hati kau je nak gelar aku ayam sewel . Habistu , kau apa , mamat poyo tak sedar diri”,ucap Suhaila kegeraman . Ferhad sudah mula rasa geram .
“Siapa tak sedar diri? Kau ke aku?Kau yang menumpang kereta aku sekarang ni, kau sedar tak?!”ucap Ferhad geram .
“Hei , kalau bukan sebab kaki aku yang sakit ni dan kalau bukan sebab kau langgar aku pagi tadi , tak ada maknanya aku naik kereta mangkuk kau yang dah langgar aku ni . Tak inginlah aku menghadap muka kau”,Suhaila membalas pedas .
“Eleh , berlagak . Kau ingat aku nak sangat ke tumpangkan perempuan yang tak sedar dek untung macam kau ni . Kalau bukan sebab adik aku , kau tak akan merasa tau naik kereta mewah macam ni seumur hidup kau”,Ferhad membidas .
“Dah , senyap!”Farhana yang mendiamkan diri sedari tadi tiba-tiba berteriak , membuatkan kedua-duanya senyap . Farhana mengusap telinganya kasar , bagaikan begitu terganggu dengan pertengkaran sahabat dan abangnya . “Korang ni apesal bergaduh macam budak kecil ni . Apa kata saling bemaafan , habis cerita”,Farhana cuba menjernihkan hubungan mereka berdua . Seboleh-bolehnya dia mahu mereka berdua berbaik dan menjadi rapat .
“Dia yang salah”,ucap Suhaila dan Ferhad serentak . Suhaila berpeluk tubuh sementara Ferhad meneruskan pemanduannya tanpa memandang ke belakang . Masing-masing dengan amarah yang semakin membara . Farhana tergamam . Akhirnya , Farhana turut berpeluk tubuh sambil memandang ke luar tingkap sebelah kirinya . Farhana telah berputus asa cuba untuk menjernihkan hubungan abang dan sahabatnya .

Farhana membukakan pintu buat Suhaila . Dengan susah payah , Suhaila keluar daripada kereta . Sempat juga Suhaila menjeling ke arah Ferhad yang langsung tidak berminat untuk memandang ke arahnya . Ala , buat apa dia nak pandang musuh Negara dia . Yang aku ni pula , teringin sangat ke mamat ni pandang kau . Simpang malaikat 44 !
Ferhad sekadar memerhati ke hadapan dengan cermin mata hitam yang masih melekat di batang hidungnya . Sesekali Ferhad turut menghalakan pandangnnya ke cermin pandang belakang . Terbit rasa serba salah di dalam hatinya ketika melihat wajah sahabat adiknya berkerut-kerut , mungkin kerana menahan sakit . Hatinya keras ingin membantu namun egonya dengan pantas menghalang . Bukan dia tidak mahu meminta maaf , namun egonya begitu tinggi membentengi perasaan serba salahnya . Akhirnya , dibiarkan sahaja gadis itu menguruskan dirinya sendiri .
“Terima kasih , Ana sebab tolong saya . Ana dah banyak tolong saya . Cakap dekat abang awak , sorry sebab saya dah susahkan dia dan saya ucapkan terima kasih”,ucap Suhaila sambil memegang kedua-dua belah tangan Farhana . Farhana tersenyum memandang wajah polos sahabatnya . Suhaila begitu lurus orangnya , sehinggakan dia tidak sanggup untuk melukai hati sahabatnya .
“Tak apa . Kita kan kawan . Kalau bukan saya yang tolong Ella, siapa lagi kan. And , Ella janganlah layan sangat perangai abang saya tu , dia tu ego je lebih sedangkan hati dia baik . Saya kenal abang saya . Saya minta maaf bagi pihak abang saya”,ucap Farhana sebelum memeluk Suhaila . Suhaila turut membalas .
“Tak apalah , saya tak kisah pun . Salah saya juga sebab melintas tak tengok kiri kanan dulu”,ucap Suhaila seraya meleraikan pelukan . Farhana pantas berlalu masuk ke dalam perut kereta .
Julia memandang ke luar dari dalam rumah . Dia bagaikan cukup kenal dengan kereta tersebut dan juga gadis yang sedang berpelukan dengan Suhaila . Bias empunya kereta dari sebalik tingkap bagai dia kenali. Mungkinkah itu…
Suhaila memerhatikan kereta Mercedez Benz hitam itu berlalu pergi . Sebaik Suhaila berpaling , dia menggeleng-geleng . Scooternya hanya diletakkan di luar . Pasti Puan Faridah yang mengarahkan Hafizul berbuat demikian . Dengan susah payah Suhaila menolak masuk scooternya dengan kaki yang terhincut-hincut . Pintu pagar dikunci sebelum dia masuk ke rumah .
“Woi , kau balik dengan siapa huh?”ucap Julia garang sebaik Suhaila selesai mengunci pintu . Suhaila mengurut dada akibat terkejut dengan jerkahan kakak tirinya . Wajah bengis Julia dipandang . Dia tidak mahu kelihatan seperti seorang yang lemah di mata Julia , jika tidak semakin galaklah Julia mengenakannya .
“Su balik dengan kawan”,ucap Suhaila . Julia tersenyum sinis seraya berpeluk tubuh .
“Kawan , lelaki ke permpuan?Dan , kaki kau ni kenapa pula?”ujar Julia garang .
“Kawan perempuan . Kaki ni pula sebab pagi tadi accident . Yang Kak Ju nak tahu sangat ni kenapa?”Suhaila mula berasa rimas dengan soalan demi soalan yang dilemparkan Julia kepadanya . Julia membuat muka sinis . Sebuah senyuman sinis dihadiahkan buat adik tirinya sebelum mukanya kembali dibengiskan .
“Oh , accident . Apasal tak mampus je . Senang hidup aku . Dan aku nak ingatkan kau , aku sangat pantang hak aku dirampas lebih-lebih oleh orang yang macam kau ni”,ucap Julia sambil menunjal kepala Suhaila seraya berlalu pergi . Suhaila memegang kepalanya selepas ditunjal oleh Julia sebentar tadi . Suhaila memandang Julia hairan . Sejak bila pula skuter tu hak dia?Bukan selama ni dia juga ke yang sesuka hati je mengutuk skuter aku , fikir Suhaila . Hei , apa pula dia nakkan skuter kau , akal Suhaila menegah  . Habistu , apa pula hak dia? Abang Farhana ke?Mungkin . Yelah , Kak Ju kan model , mestilah sesuai dengan lelaki yang kaya dan hensem . Hensem ke?Bolehlah , sempat lagi Suhaila memuji . Tanpa menghiraukan soalan-soalan yang bertimpa-timpa di dalam kepalanya , Suhaila terus bergerak ke stor a.k.a biliknya untuk menunaikan solat asar .     

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!