BAB 10
Surat khabar di
tangan dibelek-belek . Suhaila dari pagi lagi tidak kelihatan . Manalah agaknya
permpuan tu pergi . Sebaik sahaja dia bangun pagi tadi , sehelai sticky note
elok melekat di pintu peti ais .
‘Ad , aku pergi kedai sekejap .
Beli
barang dapur sikit’
Dah tak ada orang yang nak dikacau .
Kalau dapat kacau Ella , bagus juga . Dapatlah dengar juga minah tu membebel
mengalahkan mak itik jual kuih . Disebabkan dia sudah terbiasa dengan jadual
yang padat , apabila tidak ada apa yang ingin dilakukan dia akan cepat bosan .
Tiba-tiba pintu
dibuka . Kelihatan Suhaila sedang berhempas pulas mengangkat barang yang dibeli
masuk . Punggung dilabuhkan di atas kerusi meja makan sebelum kepalanya
diletakkan di atas meja . Memang penat . Lif tengah dibaiki . Asyik rosak jelah
lif ni . Baik tak payah ada lif , omel Suhaila dalam hati . Asal aku nak guna
je rosak .
Ferhad menghampiri
isterinya yang sedang keletihan . Plastik berwarna pink dan merah dibelek-belek
. Mana minah ni pergi . Takkan shopping kompleks pakai plastik macam ni kot .
“Kau pergi mana
tadi?”soal Ferhad . Suhaila memicit-micit kakinya yang lengah akibat terpaksa
mendaki 11 tangga yang setiapanya mempunyai 20 anak tangga .
“Pasar”,ucap
Suhaila senada . Tudung yang tersarung di kepala ditanggal . Rambut yang diikat
dilepaskan bagi memberi udara kepada rambutnya untuk bernafas . Tak adalah
rambut berkelemumur nanti .
Ferhad membuat
muka pelik . Pergi pasar ?
“Kau pergi pasar ,
tak berbau ke?”soal Ferhad . Suhaila mengangkat kepalanya sebelum mengalihkan
pandangan memandang Ferhad dengan pandangan pelik . Lelaki pun fikir pasal
bau-bau ni segala ke ? Ke , dia je yang nampak macam geli je dengan bau pasar .
“Kalau fikir
berbau , memang peti ais tu kosonglah gamaknya”,Suhaila membalas .
Barang-barang yang baru dibeli diletakkan di dapur . Barang-barang sejuk beku
semua disimpan di dalam peti . Suhaila membelek-belek barang yang dibelinya .
Macam ada yang kekurangan .
“Alamak , lupa nak
beli daging”, Suhaila menepuk dahi . Macam manalah aku boleh lupa listkan nak
beli daging . Macam mana nak buat kari daging kalau daging pun tak ada . Tak
kan nak makan kari je . Tiba-tiba , tercetus idea bernas di kepalanya .
“Ad , petang nanti
teman aku pergi pasar nak?”soal Suhaila sambil mengangkat-angkat kedua-dua belah
keningnya . Ferhad mengerutkan dahinya . Apa kena pula minah ni . Nampak macam
nak kenakan aku je dari gaya dia angkat-angkat kening tu .
“Malaslah aku .
Aku banyak kerja nak buat”. Walaupun pada hakikatnya dia tak tahu nak buat apa
dekat rumah .Duduk melongo , bukan kepakaran dia . Tengok tv , tak ada yang
menarik . Jogging , takkan nak jogging seharian kot .
“Macam
perempuan”,ucap Suhaila , sengaja menguatkan suaranya supaya dapat didengar
oleh Ferhad . Serasa ego Ferhad tercabar . Ferhad lantas menghampiri Suhaila
yang berdiri di pintu peti ais . Suhaila berpeluk tubuh sambil menghadiahkan
sebuah pandangan sinis buat suaminya .
Ferhad menggigit
bibir bawahnya akibat geram . Hei , ingat aku ni bapok ke takut nak pergi pasar
segala . Ferhad mengangkat sebelah keningnya .
“Kau cabar aku
ke?”Ferhad turut berpeluk tubuh . Pantang betul aku kalau kena cabar ,
lagi-lagi kena cabar dengan perempuan .
“Yup , aku cabar kau
. Jadi , buktikan kau lelaki sejati”,Suhaila semakin rasa yang dia akan menang
. Ferhad mengerutkan dahinya seperti nak tak nak sahaja mengikutnya pergi ke
pasar . Tiba-tiba Ferhad tersenyum . Suhaila pula yang berkerut dahi . Virus
kerutan dahi sudah berpindah tuan .
Ferhad meletakkan
kedua-dua belah tangannya di atas pintu peti ais, sekaligus menghalang laluan
Suhaila ke kiri dan ke kanan . Suhaila mengundurkan wajahnya apabila menyedari
jarak wajah mereka tidak sampai seinci .
“Kau nak bukti aku
lelaki sejati ke?”soal Ferhad , sinis . Suhaila mengangguk pantas .
“Kalau macam
tu…”,ucap Ferhad sebelum Suhaila dapat merasakan yang dia sedang berada di
awangan . Suhaila kaget . Tubuhnya dicempung masuk ke dalam bilik Ferhad .
Setelah itu, dia dicampak ke atas katil sebelum pintu bilik dikunci .
“Kau nak buat apa
ni?”ucap Suhaila sambil menyelimuti dirinya agar dirinya berasa selamat .
Walaupun tak adalah selamat mana pun , tapi cukup syarat je lah tutup badan .
Ferhad merangkak
naik ke atas katil , perlahan-lahan menghampiri isterinya yang sudah menutup
separuh wajahnya dengan gebar .
“Aku nak tunjukkan
dekat kau yang aku ni lelaki sejatilah”,ucap Ferhad dekat di telinga Suhaila .
Mata Suhaila terbuntang luas demi mendengarkan ucapan Ferhad itu . Adoi , mulut
ni kalau berfikir dulu sebelum cakap tak boleh ke .
Wajah Ferhad semakin
menghampiri wajahnya . Dada Suhaila turun naik menahan detakan jantungnya yang
tidak sekata . Fikir Suhaila , fikir !
Terus tubuh Ferhad
ditolak kasar . Ferhad yang tidak bersedia apa-apa tertolak jatuh dari katil .
Ferhad mengurut-urut punggungnya yang sakit . Adui , nasib baiklah ada karpet .
Tak adalah aku jatuh direct .
Suhaila dengan
pantas turun dari katil . Dia pantas berlari ke arah pintu lalu keluar . Ferhad
masih lagi menggosok-gosok punggungnya yang sakit . Namun , sempat lagi
bibirnya mengukirkan senyuman geli hati . Tak padan dah tua , ucap Ferhad di
dalam hati diiringi dengan tawa kecil .
Ferhad mengipas-ngipaskan tubuhnya
dengan baju yang dipakai . Sesekali dia berlaga bahu dengan orang yang berjalan
arah bertentangan dengannya . Suhaila pula kelihatan ralit melihat senarai
barangan di telefon bimbitnya . Ingatkan perempuan boros dengan shopping
complex je , dekat pasar malam pun sama juga rupa-rupanya . Padahal pagi tadi
dah puas shopping .
Sekali-sekala
Suhaila berhenti di hadapan gerai yang menjual daging . Namun tidak lama
selepas gadis itu membelek-belek daging , Suhaila sambung perjalanannya . Arah
perjalanan mereka bagaikan tiada penguhujung . Tadi kata nak beli daging , ni
memilih macam nak beli kasut , keluh Ferhad di dalam hati .
Peluh yang merenik
di dahi dikesat dengan sapu tangan yang dibawa bersama . Tak apa Ferhad , kau
kena sabar kalau tak nak kena gelak dengan minah ni , pujuk Ferhad pada diri
sendiri . Sekali lagi lagi Suhaila berhanti di hadapan sebuah gerai menjual
daging .
Apabila Suhaila
berura-ura mahu menyambung perjalanannya , lengan gadis itu terus dicapai .
“Ni bukan daging
ke?”soal Ferhad . Suaranya dikuatkan sedikit bagi melawan bunyi bising di pasar
tersebut .
“Memanglah daging
. Tapi , daging tu dah lah tak fresh , mahal pula tu . Jadi kita survey dulu
mana tahu ada kedai jual daging fresh dan murah . Kenapa , dah fed up ke?”soal
Suhaila sinis .
“Eh , tak adalah .
Aku tanya je”. Suhaila meneruskan perjalanannya . Ferhad mengeluh berat .
Sebenarnya , hidungnya teramatlah terganggu dengan bau hanyir dari gerai
menjual daging , ikan dan ayam . Memang kalau ada baldi depan mata , dah
terluah dah semua isi perut .
Ferhad berjalan malas di
belakang Suhaila . Akhirnya , mereka berhenti di sebuah gerai menjual daging .
Suhaila kelihatannya terangguk-angguk .
“Pak cik , 1
kg”,ujar Suhaila . Ferhad mengeluh sekali lagi . Beli daging satu kilo pun nak
survey sampai cari hujung dunia .
“Apa yang
specialnya daging ni sampai kau tertarik nak beli?”soal Ferhad sambil menanti
penjual itu membungkuskan daging yang diminta . Suhaila mengalihkan
pandangannya memandang si suami yang sedang berpeluh sakan .
“Daging ni segar
dan murah”,ucap Suhaila .
“Macam mana kau
tahu daging ni segar ke tak . Aku tengok sama ke dengan daging yang lain”,ujar
Ferhad , masih memerlukan penerangan yang lebih jelas . Suhaila menggeleng-geleng
. Ni mesti tak pernah beli daging . Selama ni suruh orang gaji je lah tu . Tu
yang bila ajak beli dan pilih daging , habuk pun tak tahu .
“Jom , aku ajar kau
pilih daging segar”,pelawa Suhaila . Tangannya terus mencapai cebisan daging
kecil yang sudah terpotong lalu disuakan kepada Ferhad .
“Cuba kau pegang .
Tengok , warnanya merah terang , tekstur daging kenyal , bau pun tak hanyir
sangat . That’s mean , daging ni segar”,ujar Suhaila sebelum mengambil daging
yang dipegang Ferhad dan diletakkan semula ke tempat asalnya . Ferhad
menghembuskan nafas lega . Payah betul nak kena tahan nafas sepanjang pegang
daging . Kalau aku tak pegang , kena gelak dekat rumah nanti . Terpaksalah aku
berkorban tangan .
Duit dan plastik
berisi daging bertukar tangan . Mereka akhirnya berjalan ke kereta . Suhaila
tiba-tiba menghulurkan plastik yang dipegangnya kepada Ferhad . Ferhad membuat
muka hairan.
“What?”
“Pegang”,ujar
Suhaila selamba .
“Tapi…”
“Nope ,
pegang”,ucap Suhaila , menggunakan kuasa veto yang jarang dapat dia gunakan
kecuali pada waktu-waktu membuli suaminya . Nak tak nak , terpaksa juga Ferhad
pegang . Suhaila tersenyum kemenangan . Ferhad memegang daging tersebut hanya
pada hujung pemegang plastik . Suhaila yang memandang tergelak besar . Ferhad
tidak mengendahkan Suhaila , sebaiknya terus berjalan meninggalkan gadis itu
yang sudah terbahak-bahak ketawa .
Sehingga ke dalam
kereta , kelihatan muka Suhaila berkerut-kerut menahan tawa . Bonet dibuka
sebelum daging yang dibeli diletak di dalam bonet . Selamat sahaja punggung
mereka mendarat di atas kerusi , Suhaila pantas menghamburkan tawanya . Memang
bantai gelak habis .
“Gelakkan aku
sampai putus urat gelak”,ucap Ferhad geram . Suhaila cuba untuk berhenti ketawa
, namun dia tidak mampu . Maaf suamiku!
“Memang urat gelak
aku dah nak putus pun sebab gelakkan kau . Apalah, badan je tough , pegang
daging dalam plastik pun geli . Belm aku suruh sembelih lembu lagi”,Suhaila
menyambung tawanya . Ferhad tidak mengendahkan tawa isterinya yang masih lagi
galak seperti pada waktu dia mula ketawa . Nampaknya macam dah tak nak surut
minah ni ketawakan aku . Tak apa, hari ni hari kau . Esok , lusa dan selamanya
akan jadi hari aku .
Ferhad memakirkan kereta .
Suhaila yang sudah terlena di sebelah dipandang . Selesai sahaja makan malam
tadi , Suhaila terus terlena sebaik kereta selamat beregerak . Terlentok-lentok
kepala isterinya . Tidak semena-mena , kepala Suhaila selamat mendarat di atas
bahu Ferhad . Ferhad terkedu . Wajah isterinya yang sedang tidur ditilik dari
tepi .
Mesti penat sangat
gelakkan aku ni , fikir Ferhad di dalam hati . Pantas , bahu Suhaila dicuit
bagi mengejutkan gadis itu bangun .
“Ella”,Bahu
Suhaila digoncang perlahan . Mata Suhaila masih lagi terkatup rapat , malahan
tangannya sempat pula memaut lengan suaminya . Ini sudah lebih ni , teriak
Ferhad di dalam hati.
“Ella”,kali ni
suaranya dikuatkan . Suhaila masih lagi lena di atas bahu Ferhad . Siap lap
mulut segala .
“Suhaila”,suara
Ferhad semakin meninggi . Suhaila terkejut sehingga dia melompat sedikit .
Kepalanya terhantuk mengenai pemegang di bahagian kepala tempat penumpang
sebelah pemandu . Dada Suhaila turun naik dengan laju . Gila tak terkejut ,
macam ada gempa bumi .
“Adui”,Suhaila
mengusap-usap kepalanya yang sakit akibat terhantuk tadi .
Kali ini , Ferhad
pula bantai gelakkan Suhaila yang terkejut sakan . Tulah , aku kejut elok-elok
tak reti nak bangun . Kan dah kena jerkah . Mahunya tak tercabut jantung minah
ni . Silap hari bulan , aku jadi duda meletop agaknya .
Suhaila menjeling
geram suaminya di sebelah . Ketawa sambil keluar air mata , siap tekan-tekan
perut bagai . Senak perutlah tu ketawakan aku .
“Tu air liur
basi”,ucap Ferhad sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah bibir Suhaila .
Suhaila mengesat kasar bibirnya sambil matanya tidak lepas daripada memandang
geram suaminya .
“Tak sabar sangat
dah ke nak jadi duda”,marah Suhaila . Pintu kereta pantas dibuka sebelum dia
berjalan keluar . Walaupun tidak mampu untuk berhenti gelak , dia turut turun
daripada kereta . Langkah isterinya disaingi . Hai , memang tak matang langsung
, ucap Ferhad di dalam hati .