November 12, 2019

Penang Trip 2 Days 1 Night Ala Backpacker

Hai semuaaaa...
So, baru-baru ni kami dekat Kelantan dapat cuti 5 hari, from 8/11 - 12/11/19 sempena cuti Maulidur Rasul dan Hari Keputeraan Sultan Kelantan. Jadi, kami yang student takleh duduk diam ni apa lagi cari lah peluang melancong kan. Lagi2 bila ambik course yang susah nak cuti panjang ni.

          Setelah melalui proses perbincangan (ececeh), kami pun bersepakat untuk melancong ala backpacker ke Penang!!! So, Pyka share sikit sedikit perjalanan dan perbelanjaan Pyka sepanjang dekat Penang sebagai rujukan korang dan rujukan Pyka sendiri di masa akan datang.

          Kami gerak ke Penang pada malam 7/11/19 pukul 10 malam. Harga bas pergi-balik Kelantan-Penang total RM88.00.

Bas Kelantan - Penang - Kelantan = RM88.00
Kami sampai di Penang Sentral aroung pukul 5 pagi. So sementara tunggu feri pertama sampai, kami mandi, solat Subuh dan breakfast nasi kandar yang disponsor oleh ibu kepada salah seorang kawan kami yang memang orang Penang. Jadi apa lagi, breakfast free lah iolls  hehe.

           Around pukul 7.30 pagi, kami bergerak ke jeti untuk menaiki feri.
Tiket feri Butterworth - Georgetown = RM1.20
Sampai je terminal feri Georgetown, kami berpecah kepada 2 group. 1 group pergi ke Escape Park, Penang, group Pyka berempat geng food hunt dan jalan2 untuk first day. Kami berempat terus ke Tune Hotel untuk check in lah asalnya. Tapi nak dijadikan cerita, orang yang duduk bilik before kitorang tak check out lagi, nak tak nak kitorang kena tunggu. Untuk mengelakkan masa terbuang begitu saja, kami naik Grab ke Bukit Bendera. Beg kami tinggal je dekat hotel. Dekat Bukit Bendera, kami beratur beli tiket untuk naik keretapi ke atas pulak.

Grab Jeti - Tune Hotel = RM1.50/pax
Grab Tune Hotel - Bukit Bendera = RM2.50/pax
Tiket kereta api Bukit Bendera = RM12.00
Sampai atas masa tu tengah gerimis, memang sejuk masa tu. Bak kata kawan-kawan Pyka, suasana atas tu macam dekat Kundasang. Pemandangan cantik sangat. Lepastu dengan ada dua orang photographer yang memang tangkap gambar lawanya, memang galak lah kitorang berposing ala ala model gituwww.

Pemandangan dari atas Bukit Bendera.
                                   
Yang single makin terasa single haha.
    
 
One of our dedicated photographer, Si Sufi haha.
Ni lah hasil gambar kami. Best jadi model ni haha.
                                      
Geng tak pergi Escape Park.
 
Bagi can lah nak acah2 model sikit haha.
 
One of the colonial house dekat atas Bukit Bendera. Architecture dia memang cantik. Siyes.
 
Memodel lagi sissss

Acah model lagi jangan muntah yee.
 
Walaupun aku tutup mata, nak jugak letak gambar ni haha.

 Kitorang turun dari Bukit Bendera around pukul 11.30 pagi. Suggestion untuk tak nak beratur panjang, pergi awal pagi kalau musim cuti sekolah. Kalau macam Pyka, Pyka pergi hari Jumaat, so tak ramai sangat. Tapi around pukul 11.00 pagi dah start ramai orang dah. Buat2 lah rajin bangun awal yee haha.

          Trip seterusnya, kami ke Tajuddin Hussain Nasi Kandar untuk berjumpa dengan dua orang lagi geng tak pergi Escape Park. Diorang sampai lambat sikit sebab diorang drive kereta.

Grab Bukit Bendera - Tajuddin Hussain = RM3.00/pax (RM12.00 one trip)
Sampai sana around pukul 12.30 macam tu. Apa lagi, makannnnnn lah haha.

Ni makanan orang, tapi sebab gambar ni nampak tempting, sis letak lah haha.

Nampak tak muka bahagia kitorang. Mana tak bahagia oii pekena nasi kandaq kottt...

Gue order nasi putih sama ayam goreng. Umphhh... Personal rating 9/10, kuah banjir 9.5/10 haha.
Makan di Restoran Tajuddin Hussain - RM7.00 (Nasi Putih + ayam goreng)

Then bila dah kenyang, kitorang nak tunggu pukul 2 tu, kami pergi ke Teo Chew Chendul yang orang dok kata sedap tu kan. Masa kami pergi tu around pukul 1 lebih, tak ramai sangat orang. Tapi still dah ada orang beratur hmmm. Masatu perut kenyang lagi, tapi disebabkan nafsu saka masing2, melantak lagi cendol pulak haha.

Cendol lah pulekkk kiteee
Chendul dari dekat.
Other than cendol, macam2 lagi korang boleh try. Laksa penang, Cheng Choo Fan, Mochi and banyak lagi.

Harga Cendol biasa - RM3.20/bowl
 Habis makan, baru kitorang check in ke Tune Hotel. Solat, rehat, mandi, around 4.30 petang kitorang ke street art.

Geng gegirls haha. Best kan ada photographer nih.

Ice ball
Gigih gak sebenarnya nak makan ice ball ni haha
Ada sorang YB tumpang basikal jap eh dik.

Tiang lampu pon boleh haha.

Playing tourists
Kesungguhan photographer kedua, Alip.

Hasilnya, tadaaaaa.

 Disebabkan Pyka punya apartment dekat area street art kitorang decide untuk singgah melawat ke teratak humble Pyka. Pyka tak duduk Tune Hotel sekali sebab Pyka join geng pegi Escape Park untuk tempat tinggal. Street art ke tempat tinggal Pyka 2 minit je, dekat Beach Street.

Kawasan luar rumah kedai.

Bahagian lobby.

Ruang Tamu

Bahagian dapur

Model tak berbayar haha
Rumah ni terletak di no 396, Beach Street. Interior design sangat wow. Memang cantik. Book je dekat airbnb. Satu malam around RM300, tapi sebab dapat off first time user, dapat lah RM200/night.

Bilik Airbnb - RM34/pax (6 person)
 Ice ball = RM5.00
 Then dalam 300 m from my house, kitorang jalan kaki ke Tan Jetty. Masa tu around 6.30 petang. Cantik, tapi sebab masa tu tengah mendung tak nampak sangat sunset.

Pemandangan senja Tan Jetty

Dari jauh...

Cantik kannnn

Bagi can fotografer masuk blog iolss haha

 Seterusnya, kami naik kereta ke Gurney Drive untuk cari pasemboqqqq. Yang femes dekat Gurney Drive ni stall no.9, atau dipanggil pasemboq disco. Memang pakcik kt situ bukak lagu macam2, boleh menari sekali haha.

Antara pilihan yang ada.
Tangkapan pasemboq haha
Mi goreng mamak kawasan Gurney Drive. Rating 7/10.

Kitorang terserempak lagi dua orang student USM. Nasib baik diorang ada, kalau tak kitorang takde seat kot haha.

Hmmm aku jadi third wheeler pun ada orang tangkap gambar. Dengki betul hmmm.


Pasemboq - RM7.50/pax
Mi goreng - RM5.00

Dah kenyang, kami ke Penang Secret Avatar, kawasan banyak lampu lawa2. Dari Gurney Drive ke sana dalam 20 minit drive plus jem. Parking RM5.00 gaisss, tapi masuk free je. Boleh bergambar sesuka hati. Kalau ada photographer lagi best haha.

Pintu Masuk

Mengacah ver 1.0

*single*


Mengacah ver 2.0
Puas bergambar, kami decide untuk balik. Penat kot dari pagi tak berhenti  berjalan. Sebelum balik, kita selfie dulu. Last dah jumpa, esok masing2 ada itinerari masing2. Best gila jalan dengan diorang ni, happening.

Bye geng....
Day 2

Seawal 8.30 pagi, kami bergerak ke Roti Canai Transfer Road menaiki Grab. Siyes, kalau nak makan cepat, sila lah datang awal. Kalau tak korang kena beratur umpama esok baru boleh makan. Dengan takde seat nya lagi. Siyes, datang lah awal.

Sesi pembuatan roti canai haha


Sempat selfie sementara tunggu roti canai sampai. Nampak tak, hari ni geng baru pulakk..
Ni lah roti canainya. Sedap sangat sampai terasa-rasa lagi sekarang huhu. Rating 100/10, aci tak??
Grab ke Roti Canai Transfer Road = RM1.20/pax (6 persons)
Roti Canai ayam = RM9.00
Air teh tarik = RM2.00

Next stop, Street Art. Walaupun Pyka dah pergi, tapi bila dengan geng lain dia punya suasana lain. So, still rasa best walaupun kali kedua datang.

Entah pokok mana entah kitorang rembat haha.

Actually ni gambar dua orang budak naik basikal tu. Tapi, kitorang tutup semua dah dengan basikal basikal sekali aiyoo 
Panas gak pergi waktu pagi ni. Better pergi petang, redup sikit. Disebabkan panas melampau, kitorang duduk lepak dekat satu kedai nama dia Fruitmade. Jual air buah. Sedap gilerrr.

Nama air ni Vampire menda tah haha. Tapi sedap gilerrr. Rating 9.5/10
Sambil2 sightseeing tu, tengok2 gak souvenire. Adalah beli fridge magnet, 3 RM10, bolehlah.

Fruitmade juice = RM9.90
Fridge magnet = RM10.00
Grab ke Street Art = RM1.30/pax (6 persons)

Then kitorang balik bilik untuk checkout. Disebabkan bas kitorang pukul 10 malam, kitorang decide untuk jalan2 lagi of course. Masa ni sorang dah balik, tinggal lah kami berlima. So, kitorang cari tempat simpan luggage. Search je kt google, keluar satu laman web ni, bagbnb.com. Sangat membantu. Banyak tempat korang boleh simpan luggage ikut preferred tempat korang nak pergi. Satu luggage locker sangat besar, satu locker RM25 for whole day. Dari hotel kami, kami bergerak ke kawasan George Town.

Grab ke George Town - RM1.60/pax (5 persons)
Luggage locker - RM5.00/pax (5 persons, 1 locker)
Lepas letak luggage, kami pergi mencari makanan pulak. Kami pergi ke Restoran Hameediyah. On the way tu, singgah beli air sirap tingkap pulak. Air sirap di hari yang panas, ulala haha. Best duduk hotel area sini, semua dekat. Kami jalan kaki je. Korang search area Padang Kota punya hotel. Kat area ni lah ada chendul tu, air sirap tingkap, museum2 etc.

Macam2 jenis air sirap ade, order je tinggal haha

Nasi putih + kubis goreng + ayam berempah + papadom + telur masin. Rating 9.9/10 haha
Restoran Hameediyah = RM14.50
Air sirap lemon bungkus = RM3.50 

Lepas lunch, kitorang pergi Upside Down Museum. Saja je nak menghabiskan masa kann. Dalam ni ada free photographer, so korang buatlah aksi gimnastik yang diorang suruh supaya gambar korang jadi haha.

Entrance fee with MyKad = RM19.00








 Then, kami ke TeoChew Chendul, saya order Cheng Cho Fan pulekkk. Then shopping jeruk madu Pak Ali.

ChengChoFan = RM5.00
Jeruk Madu Pak Ali = RM10.00 (3 packs) + RM3.90 (dodol kecik) 
 Around pukul 6.00, kami gerak ke Hameed Pata Mi Sotong menaiki Grab. Kami bungkus je sebab nak kejar feri. Then, kami naik Grab ke jeti. Masa ni tak payah bayar RM1.20 dah, tak tahu kenapa.

Hameed Pata Mi Sotong. Rating 9.9/10

Grab ke Hameed Pata Mee Sotong = RM1.80/pax (5 persons)
 Mee sotong goreng = RM5.00
4fingers Penang Sentral = RM16.00
Grab ke jeti = RM3.00/pax (2 persons)

 All in all, trip kali ni best gila. Sangat happening, banyak tempat dapat cover, travel mate yang best. So, to summarize my belanjawan for this trip:

Bas Kelantan - Penang - Kelantan = RM88.00
Grab + Feri = RM15.50/pax
Makan = RM92.60
Souvenires = RM23.90
Bilik = RM34.00/pax
Museum = RM19.00
Others = RM19.80
Total App. = RM292.80

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!