February 02, 2017

Projek Atkins SR : Day 30

Hai dear readers, lamanya Pyka tak update blog. Almaklumlah dah start ada kelas, busy sokmo. Ni pun sekarang tengah cuti semester, 2 minggu je lah. Nak buat macam mana, nak jadi doktor kan masa memang banyak habis dekat uni je lah, ye tak?

Sedar tak sedar dah sebulan Pyka beratkins, tapi baru dapat update. Bila dekat rumah ni, macam-macam resepi atkins Pyka boleh cuba. Macam-macam Pyka try masak. Nyum! Nyum! Tapi, disebabkan dekat uni makanan tak clean sangat, Pyka decide untuk reinduction. So, this is my first reinduction day. Yeay!

So, bawah ni Pyka sertakan menu dengan resepinya sekali :

Breakfast : Scramble egg ikan bilis

Bahan2 :
Ikan bilis (ikut banyak mana)
Telur 2 biji
Bawang kecil sebiji (dihiris halus)
Bawang putih seulas (dihiris halus)
Cili api 6 biji (dihiris halus)
Garam
Cara2 :
1. Goreng garing ikan bilis. Ketepikan.
2. Tumis bawang kecil, bawang putih dan cili api. Biarkan seketika agar cili masak.
3. Sudah masak, pecah dua biji telur dan taburkan garam secukup rasa.
4. Kacau telur dan bahan tumis bagi menjadikan telur hancur. Bila telur dah masak, masukkan ikan         bilis yang digoreng garing tadi.
5. Selepas tu, angkat dan sedia dihidang. Makan panas-panas memang umph!
Lunch : Daging Blackpepper (mak masak) + tom yam ayam atkins

Tom yam ayam Atkins
Bahan2 :
Sebiji bawang besar (diblend halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 inci lengkuas (diketuk)
2 batang serai (dititik)
4 biji cili api (ditumbuk halus dan ditambah air sedikit)
Sayur (brokoli, kubis bunga, saderi, cendawan enoki)
Ayam dipotong kecil-kecil
3 helai daun limau purut (dibuang urat)
4 keping asam keping (ikut tahap kemasaman)
Garam
Cara2 :
1. Campurkan bawang besar yang telah di blend, bawang putih, lengkuas, serai, cili api lalu ditambah     4 cawan air (ikut kesesuaian).
2. Bila telah mendidih masukkan ayam dan asam keping. Tunggu sehingga ayam masak.
3. Bila ayam dah masak, masukkan garam secukup rasa. Dah sedap, tutup api dan masukkan daun           limau purut.
4. Hidang panas-panas.
 Dinner : Ayam bakar + Tom yam atkins

Perapan Ayam
Bahan2 :
Ayam 15 ketul
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
2 batang serai*
2 sudu kecil lada hitam**
1 sudu kecil ketumbar**
1 sudu kecil jintan manis**
3 sudu besar serbuk paprika
Garam secukup rasa
Bahan bertanda * diblend sekali. Boleh ditambah air.
Bahan bertanda ** diblend sekali menggunakan blender kering.
Cara2 :
1. Bahan yang diblender menggunakan blender basah dicampurkan dengan bahan yang diblender           menggunakan blender kering.
2. Tuang pada ayam.
3. Masukkan serbuk paprika dan lumurkan garam pada ayam. Bahan2 perapan dilumurkan pada ayam     sehingga sebati.
4. Perap selama beberapa jam sebelum dibakar. Walla!!!
Gigih tak gigih Pyka masak. Memang raya 2017 Pyka dah tekad nak pakai kebaya. Memang dah determine habis ni. Doakan Pyka ye kawan-kawan, and doakan juga kawan-kawan Pyka yang sama-sama tengah berdiet ni agar kami diberi ketabahan menghadapi godaan makanan luar ni. Sekian sahaja, jumpa lagi. Thanks for reading!!


 
  

Engkau Cinderella Aku! : BAB 7

BAB 7
            Suhaila tersengguk-sengguk menahan kantuk . Penat juga menjadi raja sehari ni . Dari pagi sampai ke malam kerjanya senyum je . Semua orang nak tangkap gambar macam aku ni artis .
Ya , akhirnya hanya dengan sekali lafaz Suhaila telah sah menjadi isteri kepada Putra Nizamil Ferhad bin Dato’ Seri Putra Al-Farish . Baru aku tahu kenapa nama suami dengan arwah bapa mertua aku ada putra . Rupa-rupanya kerabat diraja . Yang datang , bukan main bergaya lagi . Baju labuci penuh satu badan , kalah aku yang pengantin ni .
Suhaila membetulkan pegangan pada kain yang terletak elok di atas kepalanya yang hampir terlorot jatuh ke bahu . Aduh , mana mamat poyo ni . Aku dah ngantuk ni! Tanpa dirancang , Suhaila sudah tersengguk-sengguk sehinggakan tualanya telah jatuh melorot ke atas lantai .
Ferhad membuka pintu biliknya . Matanya terus tertancap ke arah Suhaila yang sedang tertunduk tidur . Rambut separa bahu gadis itu telah melindungi separuh wajah isterinya daripada dilihat . Hurm , tak sangka aku kahwin dengan ayam sewel ni ! Nak menyesal pun tak guna juga . Dah kahwin pun .
Tiba-tiba fikirannya teringatkan peristiwa pada malam sehari sebelum pernikahannya . Banyak kali nombor Julia didail , namun tidak bersambut . Dia sangat berharap Julia yang menjadi pengantinnya dan bukannya Suhaila . Jika Julia tiba awal , tempat Suhaila akan digantikan dengan Julia . Lantaklah apa kata keluarganya , asalkan dia tidak perlu menghawini wanita yang langsung tidak dicintainya .
Setelah banyak kali berusaha , akhirnya talian bersambut . Kedengaran suara Julia malas menjawab panggilan telefon . Mungkin terjaga daripada tidur kot . Yelah , jarum jam telah menunjukkan ke angka 3 tetapi dia masih belum mahu terlelap kerana runsing memikirkan perkahwinannya yang bakal berlangsung esok .
“Sayang , kalau betul you sayangkan I baik you balik Malaysia sekarang juga”,ucap Ferhad tanpa salam . Julia menggaru-garu rambutnya sehingga rambutnya menjadi kusut . Mengganggu jelah mamat ni . Pagi-pagi buta call aku . Gila!
“Apa you merepek ni sayang?I mengantuk ni . Dah jangan ganggu I”,ucap Julia , berang .
“But , kalau you tak balik I akan….”. Ferhad hampa . Talian diputuskan begitu sahaja sebelum sempat Ferhad menjelaskan segala-galanya . Telefon bibmbitnya dicampakkan ke atas sofa dengan sebuah keluhan berat .
             Suhaila yang telah tertidur sambil menongkat dagu dihampiri . Punggungnya dilabuhkan di sebelah Suhaila . Rambut ikal isterinya disangkutkan di telinga isterinya sehingga dia dapat melihat wajah isterinya . Satu-persatu milik isterinya ditilik . Pertama kali dia dapat melihat mahkota yang selama ini dijaga isterinya dan pertama kali juga dia dapat melihat wajah Suhaila dengan jarak yang begitu dekat sehingga dapat dirasa panas hembusan nafas isterinya menampar lembut pipinya .
Suhaila tiba-tiba terasa ada tangan sedang membelai-belai rambut ikalnya . Mata yang berat dipaksa juga dibuka . Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Ferhad yang sedang membelai-belai lembut rambutnya .
“Eh , eh , eh , kau buat apa ni”. Suhaila bingkas berdiri sambil mencari-cari tuala yang sepatutnya melindungi rambutnya dilihat Ferhad , suaminya sendiri . Memanglah tak logik nak tutup kepala depan suami sendiri , tetapi perkara itu tidak akan pernah menjadi pelik apabila suami yang dimaksudkan adalah si Abang Farhana .
“Aduh , manalah pula tuala aku ni”,Suhaila mengomel sandirian . Ferhad terangguk-angguk. Cari tuala dia rupa-rupanya . Patutlah macam kucing hilang anak je . Mata Ferhad tiba-tiba tertancap pada sehelai tuala yang terlindung di sebalik gebar . Idea nakalnya tiba-tiba datang mengetuk mindanya . Tuala tersebut diambil .
“Kau cari ni ke?”soal Ferhad selamba . Suhaila berkalih memandang Ferhad . Retina matanya dengan pantas dapat menangkap imej tuala putih miliknya . Suhaila cuba mengambil tuala tersebut daripada suaminya namun Ferhad sangaja mengangkat tinggi tuala isterinya . Suhaila akhirnya berputusa asa sebaik segala usahanya merampas tuala itu dari tangan Ferhad tidak berhasil . Suhaila duduk di birai katil sambil berpeluk tubuh .
Ferhad tidak berpuas hati . Masakan gadis ego seperti Suhaila akan mengalah begitu sahaja . Hatinya belum puas menyakat isteri yang baru dinikahinya tengah hari tadi . Punggungnya sengaja dilabuhkan rapat di sebelah isterinya . Suhaila tidak senang duduk . Pantas , dia berganjak sedikit . Ferhad bagaikan sengaja menghimpitnya sehingga Suhaila tidak mampu untuk berganjak lagi dek dirinya telah berada betul-betul di hujung katil . Jantungnya berdegup kencang .
          Suhaila bingkas berdiri sebelum tangannya dengan pantas disambar Ferhad . Suhaila berusaha menarik tangannya dari pegangan Ferhad namun genggaman Ferhad di tangannya begitu kemas sehingga dia tidak mampu meleraikan pegangan itu .
“Kau nak pergi mana , hurm?”soal Ferhad , romantik. Walaupun menggunakan kata ganti nama kau-aku , namun nada suara yang serak-serak basah itu bagaikan sengaja dilontarkan bagi menggoda dirinya . Suhaila meneguk liur sebaik melihat Ferhad perlahan-lahan bangun dan berdiri di hadapannya . Sebuah pandangan yang tidak mampu ditafsir Ferhad hadiahkan buat isterinya yang sedang berlawan dengan perasaannya .
“A…aku nak pergi tan…tandas”. Suhaila gugup . Ferhad tersenyum nakal . “Aku teman”, Ferhad membalas . Satu-persatu langkahnya diatur menghampiri Suhaila . Suhaila pula turut mengundur bagi menjauhkan diri daripada suaminya .
Suhaila semakin mengundur sehingga sofa yang terletak di belakangya dilanggar lalu menyebabkan dia terjatuh . Belum sempat Suhaila bangun , Ferhad dengan pantas menindih tubuh isterinya . Suhaila kalut . Wajah Ferhad semakin hampir dengan wajah Suhaila .
“Kau…kau nak buat apa ni?”soal Suhaila cemas . Ferhad dengan sengaja membuka butang bajunya di bahagian dada sehingga dadanya terdedah . Suhaila sesak nafas . Tidak ada apa yag mampu dia lakukan sementelahan kedua-dua belah tangannya telah terkunci dalam genggaman Ferhad .
“Tonight will be our first night together as husband and wife , dear . I will make sure you will never forget this night forever”,ucap Ferhad lembut ke telinga isterinya . Suhaila hanya mampu memejamkan matanya . Ya Allah , jika malam ini adalah malam aku harus melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang isteri , aku redha ya Allah!
Pintu bilik dibuka dari luar . Datin Seri Dahlia tercengang melihat adegan yang terhidang di depan matanya . Pelahan-lahan bibirnya mengukir senyum . Ferhad memandang ke arah pintu , begitu juga Suhaila . Wajah Suhaila terus disimbahi darah , namun dia lega . Walaupun perasaan malu terpaksa ditanggung , namun dia bersyukur kerana Ferhad masih belum sempat mengapa-apakannya .
Ferhad mengeluh berat . Ya , dia kecewa kerana tidak dapat ‘memiliki’ Suhaila . Ferhad bingkas bangun dari menindih tubuh Suhaila . Bajunya dibutang semula sebelum menghampiri mamanya . Suhaila pula bingkas duduk di atas katil sambil menarik bajunya yang sedikit terselak ke bawah .
“Kenapa mama?”Ferhad cuba menyembunyikan kekecewaan hatinya . Takut dicop terburu-buru pula oleh mamanya . Datin Seri Dahlia masih lagi mengukirkan senyum di muka pintu .
“Mama nak hantar phone , Ad”,ujar Datin Seri Dahlia . Geli hatinya melihat wajah menantunya yang memerah menahan malu .
Ferhad menyambut huluran mamanya . Macam manalah aku boleh tertinggal phone dekat ruang tamu . Rosak plan aku .
“Kenapa atas sofa?Katil kan besar”,ucap Datin Seri Dahlia sebelum berlalu pergi . Darah merah kembali menyerbu wajah Suhaila . Suhaila bingkas mengambil bantal dan menutup mukanya daripada dapat dilihat Ferhad .
Ferhad kembali menghampiri Suhaila yang sedang berselubung di bawah selimut . Sebaik menyedari langkah Ferhad kian menghampiri , Suhaila pentas menggolekkan tubuhnya sehingga terjatuh ke atas lantai . Ferhad cuba menyembunyikan tawanya , namun terlepas juga ketawa yang ditahan dek melihat muka Suhaila yang berkerut sambil menggosok-gosok punggungnya yang serasa sakit mungkin .
Suhaila menjeling geram ke arah Ferhad yang sedang menekan-nekan perutnya . Bantai gelak habis-habisan . Yang aku ni pula , ada tali pinggang hitam konon , depan mamat poyo ni terus menggelabah . Tak patut betul .
“Hei ayam sewel , kau jangan perasan aku teringin sangat dekat kau . Baru acah sikit , dah gelabah . Kalau aku buat lebih tadi , entah-entah menangis terus”,sindir Ferhad . Suhaila berdiri dengan selimut yang masih membaluti tubuhnya . Hidungnya dikesat kasar persis seorang gangster Bukit Ayam .
“Kalau kau buat lebih , memang kau akan jadi orang kedua kena penangan aku . Bukan setakat lebam , sampai koma aku boleh kerjakan kau”,ujar Suhaila , cuba menyembunyikan kegelisahan hatinya Tanpa berminat untuk mengambil tahu siapa mangsa pertama yang terkena penangan Suhaila ,Ferhad menapak perlahan-lahan ke arah isterinya . Ferhad tersenyum nakal .
Jantung Suhaila kembali berdegup laju . Pantas Suhaila berlari ke sofa lalu menyelubungkan dirinya di atas sofa . Ferhad mendengus sambil tersenyum sinis . Nak kerjakan aku sampai koma konon . Aku baru jalan sikit dah berkelubung satu badan . Nak tunjuk gangster konon . Dah nama pun perempuan , perempuan jugalah .
Ferhad membaringkan dirinya di atas katil . Dek penat yang masih terasa , sekejap sahaja matanya terlelap .

            Suhaila menjenguk ke dapur . Tiada sesiapa kelihatan di dapur . Peti sejuk dibuka . Dia merancang untuk memasakkan sarapan untuk penghuni rumah itu . Suhaila membelek-belek ayam yang berada di tempat sejuk beku sebelum melihat nasi yang tidak habis semalam . Hurm , cukup ni kalau dibuat nasi goreng .
Suhaila terus menyarungkan apron ke tubuhnya . Lincah tangannya mencuci ayam . Ayam itu kemudia direndamkan di dalam air di dalam sebuah besen kecil. Tanpa disedari seseorang sedang melangkah perlahan-lahan . Suhaila sedang galak mengerinkan sudip untuk digunakan nanti .
“Oi”, pinggang Suhaila dicucuk , serentak dengan suara garaunya yang lantang .
“Opocot aku bini orang”, serentak itu Suhaila berpaling sambil menghayunkan sudipnya ke bawah untuk memukul orang yang cuba mengganggunya .
“Aduh”, ujar Ferhad sambil mengusap dahinya .Suhaila menekup mulutnya akibat terperanjat sebaik melihat muka Ferhad yang berkerut-kerut menahan sakit . Memang cari nahas betul aku ni . Cepat sangat melatah . Last-last , suami sendiri pun boleh jadi mengsa sudip .
“Sorry Ad , aku terkejut sangat . Aduh , macam mana ni?”kepala yang tidak gatal digaru- garu . Rasa serba salah mencengkam hatinya . Macam bengkak je . Habis jatuh saham mamat poyo ni kang , aku yang kena sembur kaw-kaw punya .
“Apa yang kau garu-garu tu . Pergilah cari minyak gamat cepat”, ucap Ferhad sambil mengusap-usap dahinya yang terasa perit . Memang sah pemenang wushu dunia . Pukul kepala orang macam pukul batu-bata . Kalu kuat lagi sikit tu , dah pecah berederai dah kepala aku ni .
Tanpa berfikir panjang , Suhaila terus bergerak ke dalam stor mencari first aid kit yang tersimpan minyak gamat di dalamnya . Ferhad pula terus melabuhkan duduk di atas kerusi meja makan . Tidak lama kemudian , Suhaila muncul bersama first aid kit di tangan . Tanpa teragak-agak , Suhaila mabuhkan duduk di sebelah Ferhad lalu menuangkan minyak gamat di atas tangannya . 
Sambil menyapu minyak gamat di dahi suaminya yang agak membiru , Suhaila meniup-niup lembut tempat bengkak itu . Di kesempatan itu , Ferhad mencuri-curi menilik setiap milik wajah isterinya . Tidak kurang cantiknya Suhaila . Semuanya elok terletak .
Huh , cantik ke? Entahlah , akalnya tidak lokek memuji . Hatinya pula , beria-ia menolak . Entah kenapa dia begitu membenci wanita yang telah sah menjadi isterinya itu .
“Kenapa pula ni , Su?”soal Datin Seri Dahlia sebaik terpandangkan anak menantunya di meja makan . Suhaila meneguk liur . Mampus aku .
“Ad terhantuk dekat pintu gerobok tadi”,ucap Ferhad sebelum sempat Suhaila menjawab . Aik , baik pula mamat ni tiba-tiba . Ferhad agak terkejut dengan jawapannya . Baik pula aku ni , dah gila agaknya aku membela ayam sewel ni .
“Ad , Ad , buat kerja tu lain kali hati-hati sikit . Ni baru sehari kahwin , kalau dah setahun nanti , tak tahulah mama”, nasihat Datin Seri Dahlia . Ferhad hanya tersengih bak kerang busuk demi mendengarkan nasihat mamanya . Pada hakikatnya , dia betuk-betul menyumpah seranah Suhaila di dalam hati . Disebabkan kaulah aku kena bebel dengan mama aku !
“Ma , sorry Su tak dapat nak masak sarapan . Su nak kena ubatkan abang ni”. Huh , aku berjaya . Tahniah Suhaila! Mahu tergeliat lidah ni nak panggil mamat ni abang . Datin Seri Dahlia tersenyum mendengar panggilan menantunya terhadap anaknya . Sedap telinganya mendengar .
“Yelah , mama pergi sambung apa kamu nak masak . Kamu jagalah laki kamu ni baik-baik”,ujar Datin Seri Dahlia seraya berlalu .
Suhaila menyambung tugasnya .
“Ad , aku betul-betul minta maaf . Aku tak sengaja . Aku ni berdarah gemuruh , senang terperanjat . Kau boleh tak jangan main sergah-sergah aku macam tu . Nanti bukan setakat kau masuk hospital sebab kena pukul dengan sudip , dengan aku-aku sekali masuk hospital sebab sakit jantung . Kau ingat apa aku cakap ni . Aku sorry sangat-sangat….”ucap Suhaila panjang lebar .
“Tak tergeliat ke lidah kau panggil aku abang?”soal Ferhad sinis . Suhaila berhenti menyapu minyak gamat ke dahi suaminya . Senyuman sinis Ferhad walaupun tidak ditunjukkan , namun Suhaila dapat meihatnya disebalik mata Ferhad yang redup . Penutup minyak gamat dicapai lalu botol minyak gamat diletakkan semula ke dalam first aid kit .
“Huh , kalau nak fikir tergeliat lidah , sampai lembu beruban pun belum tentu tau aku nak panggil kau abang . Perasan”,ucap Suhaila lalu berdiri untuk menyimpan semula first aid kit di dalam stor . Mata Ferhad menyoroti langkah Suhaila sehingga ke dalam stor .

               Sudah lima belas minit Johari menanti , namun batang hidung Ferhad tidak juga kelihatan . Ferhad , bab-bab tepati masa memang failed . Main ikut sedap je nak datang pukul berapa pun . Janji pukul 3.15 , ni dah 3.30 tak muncul-muncul juga . Nasib baiklah Johari ni seorang yang penyabar , jika tidak sudah lama Ferhad disembur dengan machine gun .
Tidak lama kemudian , kelihatan seorang lelaki memakai t-shirt biru tua berjalan melintas jalan ke arah restoran yang didudukinya sekarang . Ferhad menanggalkan cermin mata hitamnya . Sebuah senyuman dihadiahkan buat Johari yang sedang meneguk air yang dipesannya .
“Sorry bro , lambat . Jalan jammed”,ucap Ferhad . Johari hanya mengangguk . Kalau dengan Ferhad , hari-hari dan setiap masa jammed . Tak pernahnya tak jammed .
“Yelah  Ad , aku dah kenal kau lama . Nak order apa-apa tak?”soal Johari .
“Tak payahlah , dah minum petang dekat rumah tadi”,ucap Ferhad sambil memandang ke sekeliling .
Restoran ini merupakan tempat melepak dia dengan Johari . Bukan apa , restoran itu begitu menenangkan lebih-lebih lagi jika baru pulang dari tempat kerja .
“Untunglah , dah ada bini . Boleh layan dia tiap masa”,ucap Johari sambil mengalihkan pandangan ke arah jalan raya . Jalan raya begitu sesak pada masa itu walaupun pada hari cuti . Almaklumlah , itulah jalan utama yang digunakan untuk ke mana-mana . Jalan itu tidak akan pernah lekang dengan kenderaan yang bersimpang-siur saban hari .
“Dahlah Jo , aku malas nak ingat pasal ayam sewel tu . Baru second day kahwin dah kena pukul dengan sudip . Dah setahun nanti , entahlah . Bukan setakat kena pukul dengan sudip, dengan periuk nasi pun jadi tau”,ucap Ferhad , mengundang tawa Johari . Apalah , nampak je macho . Kena pukul dek bini dengan sudip pun deh bengang . Payah , payah sahabatku .
Ferhad buat tidak peduli sahaja dengan gelakan Johari terhadapnya . Johari ni memang pantang dapat bahan , dibantainya gelak sampai tak ingat dunia . Agaknya , kalau tak gelakkan aku , membusung perut tu agaknya .
“Ala Ad , ayam sewel pun bini kau juga . Tapi aku peliklah , macam manalah kau rembat Suhaila tu jadi bini kau Ad?”soal Johari tiba-tiba . Ferhad mengeluh . Malas dia mahu mengingat semula detik ‘percintaannya’ dengan Suhaila .
“Aku mula-mula suruh dia berlakon jadi awek aku . Tup-tup mama berkenan , and nak nikahkan kitorang lagi dua minggu . Kalau aku tahu , aku tak ambil dia jadi pelakon tambahan aku . Seksa bro”,ucap Ferhad . Air yang terhidang depan mata diteguk rakus . Selama setahun duduk dekat padang pasir agaknya .
“Ad , kau patut bersyukur tau dapat bini kau tu . Menutup aurat , sopan , lemah-lembut, comel lagi . Bini ekspres pun , tetap mengikut ciri-ciri isteri idaman jejaka abad ini”,tanpa sedar Johari memuji Suhaila di hadapan Ferhad . Ferhad tak senang duduk . Jeles ke? Bukan jeles , cuma rasa-rasanya pujian tu tak layak untuk Suhaila . Lagi-lagi bab comel tu, langsung dia tak setuju . Beruk dekat hutan belakang rumah lagi comel tau .

Ferhad meneguk minumannya . Perbincangan mereka tentang Suhaila tamat di situ . Selebihnya , perbincangan mereka lebih menjurus ke arah kerjaya masing-masing . Yelah , kalau difikirkan sangat tentang perempuan tak betul tu , lama-lama orang lain pun boleh turut tak betul sekali .