May 24, 2016

Aku ni bukannya baik pun.....

Alhamdulillah, now untuk sesi bahasa rojak. Saja je, asyik tulis English je nanti Bahasa Melayu tak reti pulak (bajet). Okey, now Pyka terpanggil pulak untuk kongsi satu benda. Actually, ini juga hasil daripada perkongsian seorang sahabat Pyka.

Dia baru-baru ni dianugerahkan Anugerah Tatasusila. Which means yang ada tatasusila yang tinggi, hormat cikgu, sopan. Ya, Pyka admit dia memang layak dapat anugerah tu. Jadi, tak habis-habislah kami semua puji dia. Lebih-lebih lagi ramai budak lelaki sangkut pulak kat dia. Nak tahu tak dia cakap apa? Dia cakap ;

Kita ni bukannya baik pun Pyka. Pyka lagi baik. Sebenarnya, Allah tutup keburukan dan aib kita. Sebab tu semua orang nampak kita baik.
Pyka mula bermuhasabah diri. Selama ni, orang puji aku baik aku iyakan je. Tapi, hari ni aku baru sedar sesuatu. Apa yang terlahir dari diri kita adalah sebenarnya apa yang Allah rasa terbaik untuk kita tonjolkan. Setiap keburukan Pyka Allah tutup dengan beribu-ribu kebaikan. Ya Allah, betapa aku selalu lupa kepadamu.

Orang yang mencuri, kenapa kita kata dia jahat? Sebab Allah bukak aib dia. Kalau Allah tutup aib dia, tak ada siapa akan tahu dia jahat betul tak? 
Alhamdulillah, Allah kurniakan Pyka sahabat-sahabat yang kebanyakkannya banyak mengajar Pyka yang dangkal sangat ilmu keagamaan ni. Tapi, perlahan-lahan Pyka belajar.

Jadi, kalau kita nak Allah tutup aib kita di dunia mahupun di akhirat, kita sepatutnya mula belajar menutup aib saudara kita. Allah itu Maha Adil. Tidak ada manusia sempurna dekat dunia ni. Bila orang puji kita baik, ingatlah Allah masih melindungi keaiban dan keburukan kita. Bersyukurlah kerana Allah itu Maha Penyayang.

Thank you for reading. Setakat ni je yang mampu Pyka kongsikan. In shaa Allah, ada masa Pyka akan update lagi post-post yang memberi kesedaran untuk kita semua. Da da!

1 comment:

  1. Xada manusia yg super suci. Semua nampak baik sbb allah tolong 'cover' kan untuk kita. Andai allah bukak satu persatu. Maka berjalanlah kita atas muka bumi ni dengan 10001 rasa malu dan hina sbb satu persatu aib terpantul jelas atas muka kita

    ReplyDelete

Jangan Lupa Komen!!