December 22, 2012

BAB 13



BAB 13

      Selama seminggu bercuti sempena Tahun Baru Cina, semua orang sudah kembali bekerja.Begitu juga dengan Alisa.Menurut ibu saudaranya, mereka mempunyai staf baru.Ingat aku kisah.
Menurut pekerja-pekerja di sini, pekerja baru itu mempunyai rupa paras yang kacak.Bibir Alisa dijuihkan.Lantaklah, hensem ke tak.Bukan dalam urusan hidup aku.
         
          Waktu makan tengah hari sudah hampir.Seperti kebiasaan, Alisa akan menelefon Sakinah sama ada dia sudi untuk keluar makan tengah hari bersama.Almaklumlah, Sakinah dah ada kekasih hati.Kenalah tanya empunya badan dulu.
Telefon bimbit dicapai.Tiba-tiba;
Syukuri apa yang ada;
Hidup adalah anugerah;
Tetap jalani hidup ini;
Melakukan yang terbaik…

         Telefon bimbit yang dipegang terlepas dari pegangan.Dada diurut berulang-ulang kali.Cuba bayangkan, tengah sunyi dalam hutan tiba-tiba bunyi harimau mengaum pulak.Tak terkejut ke namanya?!
Telefon bimbit dicapai sebelum panggilan bersambut.
“Assalamualaikum”,sapa Sakinah.
“Waalaikumsalam.Kau tahu tak aku baru nak call kau?”laju sahaja Alisa berbicara sebelum sempat Sakinah berkata apa-apa.Sakinah menggeleng-geleng.Baru lepas terkejutlah tu!
“Kita makan tengah hari sama-sama tau.Bye”,itu sahaja yang dituturkan oleh Sakinah sementelah dia malas mahu melayan omelan sahabt karibnya itu.
Telefon dipandang seakan tembus.Kalau pecah handphone aku tadi, free-free je.Dia nak cakap ayat yang berapa patah tu je kut, omel Alisa di dalam hati.
Telefon bimbit diletakkan kembali di dalam laci meja.Jam tangan dikerling.Bolehlah aku pergi jemput Sakinah ni.Kunci kereta dicapai sebelum bergerak ke lobi.


       Setelah mematikan talian, Sakinah termenung seketika.Tiba-tiba, satu suara menyentak lamunannya mengenai kenangan-kenangan manis dia bersama Alisa.
Pandangan dikalihkan ke kiri.
“You telefon siapa tadi?”ramah Aris bertanya.
Sakinah tersenyum.
“I telefon Alisa tadi, Encik Aris”,lembut Sakinah membalas.Jujur dia katakana, Aris memang seorang jejaka yang tampan.
“Tak payahlah encik-encik dengan I.Kan sekarang waktu lunch.So, not office time, right?”,gurau Aris.Sakinah tertawa halus.
“You tak pergi lunch ke?”Sakinah bertanya ramah.Pikat hati bos.Mana tahu boleh naik pangkat ke, hehehe.
“You tak lunch dengan boyfriend ke?”usik Aris.Dia suka melihat Sakinah melepaskan tawanya.
“Kitorang dah putus”,perlahan suara Sakinah kedengaran.
“Sorry”,serba salah Aris jadinya.
“Small matter”,Sakinah menyedapkan hati Aris.
“Boleh I join lunch you dengan Alisa?”soal Aris.Dia tahu, jika Sakinah menelefon Alisa pasti mahu mengajak ke mana-mana.
“Of course, Alisa kan isteri bos”,ramah Sakinah membalas.
Aris terkaku sebentar.Lupa pula tentang status Alisa sebagai isterinya.
“So, shall we?”Aris mempersilakan Sakinah berjalan dahulu.Sakinah tersenyum melihat perlakuan Aris.Untungnya Alisa dapat suami macam Aris.

Mata Alisa terpaku pada pasangan yang sedang berbual mesra yang berjalan menghampiri keretanya.
“Alisa, tengok siapa aku bawa.Suami kau”,Sakinah bersuara ceria.Alisa tersenyum tawar.
“Alisa, biar aku yang pandu”,selamba sahaja Aris berbahasa sebegitu.
Sakinah kehairanan.Mana mungkin suami isteri berbahasa sekasar itu.
Alisa hanya keluar dari tempat pemandu.
Belum sempat Alisa membuka pintu hadapan, Aris sudah membukakan pintu untuk Sakinah.
Dengan pandangan serba-salah, Sakinah memandang Alisa.Alisa sekadar mengangguk memberi kebenaran.
Akhirnya, Alisa duduk seorang di belakang.Sakinah dan Aris berbual mesra seolah-olah Alisa tidak wujud.
“Sakinah, you nak makan dekat mana?”tanya Aris dengan senyuman semanis mungkin.
“Entahlah.Cuba tanya wife you”,sedar juga Sakinah akan kehadiran Alisa.
Aris terdiam mendengar jawapan Sakinah.
“Kau nak makan dekat mana?”kasar sahaja bunyi suaranya.
“Saya tak kisah”,pendek Alisa membalas sebelum menghalakan pandangannya ke luar.Hatinya sakit melihat kemesraan mereka berdua.
Sakinah semakin hairan.Kenapa Aris layan aku macam aku ni isteri dia.Sedangkan Alisa yang berhak dilayan sebegini.
Akhirnya, Aris mengambil keputusan untuk makan di sebuah restoran yang terletak berhadaan dengan sebuah pusat beli-belah .
Makanan langsung tidak disentuh walaupun perutnya berkeroncong melagukan irama rock kapak.
Seleranya langsung hilang apabila melihat pasangan yang sedang berbual di hadapannya.
“Sakinah, Aris…”,perbualan mereka terhenti.
“Saya…nak pergi ladies sekejap”,pinta Alisa sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua.


Pintu bilik air dihempas kuat.Lantaklah, pintu restoran ke, kedai mamak ke, yang pasti aku nak hempas jugak!
Empangan air mata yang dibina akhirnya runtuh jua.Hati Alisa tersayat pedih lagi.Ya allah, kau tabahkanlah hatiku.Kenapa aku yang ditimpa ujian sebegini.Ujian yang begitu mendera perasaanku.Ujian yang begitu menguji kekentalan jiwaku.Kau, berikanlah kekuatan padaku!
Telefon bimbit dikeluarkan.Nombor Sakinah didail.
Panggilan bersambut.
“Sakinah, aku balik office naik teksi.Cakap dengan Aris, kereta aku suruh dia bawak balik.Kereta dia nanti aku tolong bawa balik.Suruh dia tinggalkan kunci dekat dalam office dia….Aku ada hal….Aku tak nak ganggu korang.Aku tahu korang busy…Please, Sakinah.Give me time”,tertekan sungguh suara Alisa kedengaran.Talian serta-meta dimatikan.
Air mata semakin galak keluar.Aris, tolonglah telefon aku.Aku mohon, telefon aku.Pujuk aku, pinta Alisa di dalam hati.
Tapi, penantiannya hampa.Tiada langsung panggilan diterima daripada Aris , membuktikan yang Aris langsung tidak mengambil berat tentangnya . Sekurang-kurangnya, tolonglah hantar mesej dekat aku.Tu dah cukup, hati Alisa merintih pilu.
Tandas ditinggalkan.Tempat duduk mereka bertiga sedari tadi kosong.Ah, aku sudah berharap pada sesuatu yang tak pasti.
Teksi ditahan sebelum Alisa memboloskan diri masuk ke dalam.Apa yang dia tahu, dia mahu menenangkan diri di tempat yang tenang.Tasik yang jauh daripada umum yang menjadi pilihan.
Sesampai sahaja di hadapan tasik, suara teriakan Alisa kedengaran.
“Aris, kenapa kau buat aku macam ni.Kau tahu tak aku cintakan kau.Kenapa kau tak pernah faham, huh?Kenapa kau tak pernah fikir tentang perasaan aku.Aku sayangkan kau.Kau dengar tak?!Aku sayang kau”,teriak Alisa seolah-olah Aris berada di seberang tasik.Air matanya galak mengalir keluar.Alisa terduduk di atas rumput.Kedua-dua belah lututnya dipeluk. Kepalanya diletakkan di atas pahanya . Teresak –esak Alisa menahan tangis .
“Dah, jangan menangis”,sapa satu suara sambil menghulurkan sapu tangan.Kepala Alisa didongakkan.Selamba sahaja pemuda itu duduk di sebelahnya.
“Awak…siapa”,gugup Alisa jadinya.Orang zaman sekarang bukannya boleh percaya sangat.Macam-macam terjadi sekarang ni.
“Saya?Saya adalah pekerja baru di syarikat ibu saudara awak”,jelas pemuda itu. Pada awalnya ,dia hanya ingin mengambil angin di situ sebelum balik ke pejabat . Namun , sebaik terdengar suara seorang gadis menjerit , hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk memujuk gadis itu . Lagipun , dia pernah berjumpa dengan Alisa di pejabat tempat kerja barunya . Nama sahaja yang dia tidak tahu .
Alisa menjadi ragu-ragu.
“Janganlah buat muka macam tu.Betullah saya tak tipu.By the way, nama saya Haikal”,pemuda itu menghulurkan salam tanda perkenalan.Hulurannya tidak bersambut.
“Apa bukti saya boleh percayakan awak?”Alisa sangsi.Ya allah, jauhkanlah aku daripada sebarang kemungkinan. Tubuhnya dijarakkan sedikit daripada Haikal yang sedang merenungnya dengan pandangan seribu makna . Tak payah nak pandang aku macam tu sekalilah kut .
“Cik, kalau saya nak apa-apakan cik, saya dah buat dah.Buat apa bazir masa dekat sini.Lagipun, bukannya susah sangat.Cik sebelah saya je,kan?”Haikal cuba meyakinkan Alisa.
Alisa tersenyum.Lega hatinya. Mungkin dia boleh mempercayai jejaka yang baru dikenalinya itu . Haikal kelihatannya seperti jejaka yang baik .“Alisa…”,Alisa hanya tersenyum . Salam Haikal tidak disambut . Haikal yang sedar akan kesilapannya segera menarik tangannya semula .
“Kan manis kalau awak senyum macam tu”,usik Haikal.Alisa tertawa halus.Hatinya menjadi lapang serta-merta. Hilang sudah masalah yang telah membuat dia menangis tadi .
“Kenapa awak menangis?”mereka berbalik kepada topik asal.
Mengenang kembali apa yang sudah berlaku, air mata Alisa kembali mengalir. Akalnya bagaikan terlalu sensitif untuk mengingat semua yang berlaku .
“Alisa, so…sorry.Saya tak bermaksud…”
“It’s okay.Bukan salah awak.Saya cuma…”,ucapan Alisa terhenti akibat tangisannya yang tertahan-tahan.Bahu Alisa dipeluk.Tidak pula gadis itu menolak.Mungkin dia lagi memerlukan seorang teman untuk berkongsi duka.
“Memang sakitkan bila cinta tidak berbalas”,Alisa seolah-olah bercakap pada dirinya sendiri.Haikal membiarkan Alisa untuk menyambung bicara.
“Kenapa dia tak pernah faham?Kenapa dia tak pernah nak faham?10 tahun, Kal.10 tahun bukan jangka masa yang pendek.Hati saya, jiwa saya, terseksa.Tak pernah ke dia cuba untuk fahami saya.Banyak kali saya sampaikan, tapi dia tak pernah dan tak nak faham”,Alisa bercakap seolah-olah Haikal adalah Aris. Matanya merah memandang Haikal . Haikal hanya mampu memandang dengan pandangan sayu .
Haikal cuba memahami isi hati gadis di sebelahnya.Apa yang dia tahu, gadis ini sangat terluka jiwanya akibat seorang jejaka yang amat dia cintai.
“Alisa…saya harap awak tabah.Saya tak mampu nak buat apa-apa.Saya cuma mampu bagi nasihat.Cinta adalah anugerah, tapi kadang-kadang cinta juga mampu menjadi penyeksaan.Mencintai adalah sesuatu yang membahagiakan jika berbalas.Jika tidak, ia akan menjadi sebaliknya…”,Haikal berjeda sebentar.
“Kal, 10 tahu saya cuba lupakan dia.Bila saya cuba, dia yang hadir dalam angan saya, dalam mimpi saya, dalam hati saya.Bila kami berjumpa semula, perasaan tu semakin kuat.Awak tak faham.Dan, tak akan sesiapa pun faham”,Alisa melampiaskan kemarahannya terhadap Haikal.Mungkin pada hematnya, Aris yang ada bersama.
         Haikal ditinggalkan termanggu sendirian.Melihat wajah si gadis yang kemerahan membuatkan hati lelakinya sayu.Sabarlah duhai gadis, pasti ada kebahagiaan menantimu.
          Sebaik sahaja sampai di rumah, badannya terus sahaja dihempas ke atas katil.Siling dipandang.Kipas yang sedang berputar ligat diperhati.Alisa mengeluh.Akhirnya, Haikal yang baru dikenalinya yang menjadi mangsa kemarahannya.Hati yang sedih membuatkan akalnya kurang membuat pertimbangan rasional.Pada fikirannya, Haikal adalah Aris.Maafkan aku, Haikal.Aku tertekan, desis hati kecil Alisa yang serba salah.
          Alisa, sia-sia air mata kau mengalir untuk dia lagi.Dia tak pernah sedar kehadiran cinta kau.Buktinya sekarang, dia masih lagi bersama Sakinah.Belum lagi pulang ke rumah.Nasib baik mak, ayah, mama dengan papa tak ada.Kalau tak, kau yang kena, akal mula menghasut.

         Tapi, hati aku cintakan dia.Kalau boleh dilupakan semua perasaan ni, dah lama aku buang jauh-jauh.Tapi, aku tak boleh.Aku…

Tiba-tiba, pintu bilik dibuka.Air mata yang baru sahaja mahu mengalir diseka agar tidak dapat dikesan oleh Aris.

“Awal awak balik?”sindir Alisa.Muka yang sedari tadi hiba di ceriakan.Mukanya seolah-olah seorang pendakwa raya yang akan menang kes sahaja.
“Tu ayat perli ke ayat prihatin?”,sinis juga Aris membalas.Briefcasenya diletakkan di meja kerja yang terletak di sudut bilik.Di situlah, segala barang yang ‘berharga’ akan disimpan.Tidak kira, telefon bimbit, kertas kerja, duit syiling yang baru dijumpai, pensel 2B yang lebih kontot dari jari kelingking dan sebagainya.Itulah punca pagi-pagi kelam kabut mencari telefon bimbit.Letak bersepah-sepah . Nanti Alisa juga yang kena bebel .
“Awak tak tahu ke saya ni punyalah prihatin dekat awak.So, kenapa balik lambat?”suaranya dilembutkan.Wajahnya bertukar daripada seorang pendakwa raya mahu menang kes kepada wajah seorang peguam bela yang sedang bertanya anak guamnya.
Tiba-tiba sahaja Aris tersenyum ceria.Alisa mengangkat kedua-dua belah keningnya.Aku tanya yang dia senyum mengalahkan hantu gigi tu kenapa?
“Aku dating dengan Sakinah”,sebaris ayat yang menusuk dalam hati Alisa.Wajahnya terus bertukar rona. Patutlah balik happy semacam .
“Awak…suka dia ke?”perlahan soalan itu ditujukan buat Aris.Tolonglah cakap, tak.
“Yes, definitely yes.Alisa, kau tolong aku untuk dapatkan dia.Kau tahu kan dia dah putus dengan kekasih dia.So, help me please?”dengan muka yang ceria tangan Alisa dicapai.Begitu mendayu-dayu Aris merayu kepada Alisa.
Alisa tersenyum.Tidak tahulah bagaimana perasa senyuman Alisa.Tawar, pahit, manis, masin, masam manis, kelat, entah macam-macam lagi.
“Of course.Saya akan tolong”,tutur Alisa dengan muka yang sengaja dimaniskan agar kesayuan hatinya tidak dapat dikesan. Biarlah hatinya terluka asalkan orang yang dicintainya bahagia . Cinta tidak seharusnya memilik,bukan ?
“Thank you.Kaulah sahabat aku Alisa”,tangan Alisa yang berada dalam genggaman dilepaskan.Aris berlalu meninggalkan Alisa sambil berlagu riang.Langsung tidak menyedari kesedihan hati si isteri.
Alisa bangun masuk ke bilik air.Sahabat?Hanya sahabat?
Ya allah, apa lagi yang kau cuba lakukan?Jiwa aku tersangat sakit Ya Allah.Bantulah hambamu ini, Alisa bermohon di dalam hati agar kekuatan jiwa diberikan kepadanya.
Air mata mengalir deras sekali lagi.   

No comments:

Post a Comment

Jangan Lupa Komen!!