May 13, 2012

BAB 10


BAB 10

       Meniti kehidupan selama sebulan bersama Aris langsung tidak mengubah hidup Alisa.Mereka tetap seperti ‘machine gun’ yang tidak akan pernah habis pelurunya.
 Namun, Aris dan Alisa kini sudah boleh berbual sehingga salah seorang mengeluarkan senjata masing-masing.
          Sebaik sahaja pulang dari tempat kerja, Alisa terus membersihkan diri dan menunaikan solat Asar.Aktiviti seterusnya, dia akan duduk di buaian yang terdapat di taman mini yang ditanam oleh Aris.Tak tahu pulak mamat macam Aris ni pencinta alam.Ingatkan dia ni tak ada perikemanusiaan langsung, desis hati kecil Alisa.
Tanpa disedari, bahu Alisa serasa dicuit.Wajah Alisa berubah serta-merta.Petang-petang dah ada hantu ke?
Penyapu yang disandarkan di buaian tersebut dicapai sebelum dia bangun dan berpaling ke belakang.
Aris yang sudah lengkap berbaju t-shirt memandang hairan.Dia nak ajak aku lawan penyapu ke?
“Awak, terkejut saya tahu tak?”marah Alisa.Penyapu di tangan diletakkan di tempat asalnya.
“Yang kau ni pucat macam baru nampak jenglot kenapa?”Aris bertanya hairan.
“Saya ingat hantu mana tadi”,Alisa duduk kembali di buaian.
Tiba-tiba Aris melabuhkan punggungnya di sebelah Alisa.Jantung Alisa tiba-tiba berdegup pantas.Kenapalah buai ni ada satu kerusi je.
Tubuh Alisa menjarak sedikit.
“Kenapa kau duduk jauh-jauh ni?Kau takut dengan aku ye”,Aris mengusik sambil menudingkan jarinya ke wajah Alisa.Tangan Alisa kesejukan.
“Nak buat apa takut dengan awak.Manalah tahu tiba-tiba awak nak bertukar jadi vampire ke, drakula ke, senang sikit saya nak lari”,Alisa mereka alasan.Jujur jelah Nur Alisa Sofia!
“Vampire dengan drakula…”,Aris mengurut-urut dagunya sambil tersenyum nakal.
Alisa kehairanan.Otaknya berputar ligat.
Vampire dengan drakula biasanya akan hisap darah manusia.Dan, dia biasanya gigit dekat…
“Aris, apa yang awak fikir hah?!”Bahu Aris ditepuk kuat.
Ketawa Aris dilepaskan.
“Aris, kenapa awak ketawa”,suaranya dikuatkan.Muka Alisa memerah.
“Aku ingat kau blur.Rupa-rupanya kau ni cepat pick up jugak ye bab-bab macam ni.Dasar otak kuning”,Aris menjelir lidah ke arah Alisa persis kanak-kanak baru lepas tahap mumaiyiz.
Alisa yang kegeraman mencapai getah paip di sebelah.Pili dibuka sebelum mancung getah dihalakan ke arah Aris.Aris yang sedang melarikan diri walaubagaimanapun kebasahan.
Tiba sahaja di garaj, Aris terhenti membuatkan Alisa galak mahu mennyimbah Aris.Dah penatlah tu.
Simbahan Alisa terhenti seketika.Getah paip dinyorokkan ke belakang.
“Mama, papa”,Alisa bersuara.Dia begitu terkejut apabila melihat Puan Maimunah dan Encik Saiful berdiri di hadapan mereka.
“Mak, abah”,Aris pula bersuara sebaik sahaja  terlihat Puan Aminah dan Encik Rosman yang baru keluar dari kereta.Mereka ni dah berpakat ke?
“Ya allah Aris, kenapa basah kuyup ni?”Puan Aminah bertanya sebaik terlihatkan pakaian yang tersarung di tubuh Aris kuyup.Getah paip yang dinyorokkan dilepaskan.
“Tadi Aris siram pokok, tersiram diri sendiri pulak.Tu yang basah kuyup tu”,Aris menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Alisa menjeling Aris di sebelah.Kau peril aku ke?
“Aris ni, kesian menantu mama nak kena basuh baju kamu nanti”,Puan Maimunah membela Alisa pula.
Aris memandang ke sebelah.Sukalah kau ada peguam bela.
“Tak apalah mak, abang Aris memang selalu macam ni.Dah biasa”,lakonan dimulakan.Panggilan juga secara automatik berubah.
Pinggang Alisa dirangkul bagi merapatkan tubuh mereka.
“Alisa ni jenis tak kisah, mak.Betul kan sayang?”Aris juga memulakan lakonannya.
Alisa tersenyum membawa makna ‘basahlah baju aku!’.
Aris membalas senyuman Alisa juga yang bermakna ‘ada aku kisah?’.
“Mak, abah, papa, mama, jomlah masuk dulu.Kami tukar baju dulu”,Alisa mempelawa ibu bapa dan mertuanya masuk.Beg pakaian mereka dicapai oleh Aris.
Mereka beriringan naik ke atas.Segala barang Alisa dipindahkan ke bilik Aris.Bilik itu akan menjadi bilik Puan Maimunah dan Encik Saiful sementelah bilik kosong di bawah akan menjadi bilik Puan Aminah dan Encik Rosman.
Selesai menyalin pakaian, Alisa turun ke bawah.Kelihatan Aris sedang rancak berbual dengan orang tua mereka.
Alisa menghidangkan air sebelum melabuhkan punggung rapat di sebelah Aris.Jantungnya tiba-tiba berdegup laju.
“Kamu sihat Alisa?”,Puan Maimunah sekadar berbasa-basi.
“Sihat, mama”,sopan Alisa membalas.Sikap itulah yang menarik minat Puan Maimunah dan Encik Saiful mahu bermenantukan Alisa.
“Tak ada apa-apa lagi ke, Aris”Puan Aminah tiba-tiba bersuara.
Aris dan Alisa berpandangan sesama sendiri.   
“Ada apa, mak?”Aris kehairanan.
Puan Maimunah dan Puan Aminah tersenyum memandang sesama sendiri.
“Mama dengan mak kamu ni dah tak sabar nak timang cucu”,Encik Saiful tiba-tiba mencelah.
Wajah Alisa merona merah menahan malu.Aris pula kalut jadinya, merangka ayat yang sesuai.
“Belum rezeki”,tutur Aris.Ayat yang biasa dituturkan oleh pasangan-pasangan yang belum mempunyai cahaya mata.
“Sebenarnya, kami datang sini ada hajat”,Encik Saiful menyambung setelah kedua-dua anak dan menantunya mendiamkan diri.Tumpuan mereka pantas sahaja beralih pada Encik Saiful.
“Mulai lusa, kamu dan isteri kamu akan duduk dekat rumah lama papa selama seminggu.Tujuannya supaya rumah tu terjaga sikit.Selalunya, papa upah orang dekat sana bersihkan rumah tu.Tapi, dia tak dapat jaga rumah tu minggu depan sebab dia nak berkahwin.Jadi, papa nak minta tolong kamu berdua tolong bersihkan rumah tu”,jelas Encik Saiful.Alisa dan Aris begitu tekun mendengar.
“Lagipun, kamu berdua belum bulan madu lagi kan?”Encik Rosman pula mencelah.
Aris dan Alisa sama-sama tersenyum.
Mereka berdua memang tidak pernah merancang langsung untuk berbulan madu.
“Tapi, papa dah tetapkan syarat”,Encik Saiful serius sahaja menuturkannya.
“Apa dia, pa?”Aris cuak jadinya.Serius semacam je ayah aku ni.
“Kamu pergi sana tak payah bawa apa-apa”,Encik Saiful membalas.
Alisa dan Aris sama-sama terlopong.
“Baju?Kami nak pakai apa?”Aris kehairanan.
“Baju dah tersedia di sana.Tujuan papa tetapkan syarat ni adalah supaya kamu belajar hidup sederhana dan tidak menyombong.Itu juga merupakan tujuan kamu berkahwin, bukan?”tegas kedengaran Encik Saiful.Mana tidaknya, Encik Saiful pernah menjadi pegawai tentera pada zaman mudanya.
Aris dan Alisa berpandangan sesama sendiri.Kalau dah Encik Saiful tegas macam tu, siapa berani melawan.
“Baiklah, pa.Kami ikut aje”,Alisa bersuara.Encik Saiful tersenyum mendengarnya.Nampaknya, rancangannya bakal berjalan lancar.Mungkin dengan cara ini Aris lebih menghargai orang miskin sebelum menggantikan tempatnya kelak.Aris pada ketika ini masih lagi dalam pantauannya.
“Mama ,papa, mak dengan abah duduk sini berapa lama?”Alisa mengubah topik.
“Kami ingat nak tinggal sini tiga hari . Sementara nak tunggu pergi haji, kami tinggal sini.Nanti, kamu berdua boleh hantar kami ke lapangan terbang”,Puan Aminah membalas.Alisa sekadar mengangguk-angguk.
“Alisa, kami nak masuk bilik dulu.Kamu berdua ada apa-apa ke lepas ni?”Puan Maimunah bersuara.
“Tak…tak adalah mama . Kami nak mandi lepas ni ”,Alisa tersenyum manis.
Aris juga turut tersenyum .
“Kami berdua ingat nak kemas bilik stor tadi”,Alisa membalas sebelum sempat Aris berkata apa-apa.
Tiba-tiba, Aris menyenggol siku Alisa.
“Apa maksud kau dengan ‘kami berdua’ huh?”bisik Aris.Sejak bila pulak aku janji dengan dia nak kemas stor sama-sama
“Suami mithali kena tolong osteri”,Alisa membalas dengan bisikan.Pandangan hairan daripada  orang tua mereka dibalas dengan senyuman.
“Kalau macam tu, kamu berdua pergilah kemas.Kami masuk bilik dulu.Nak rehat”,ucap Puan Maimunah seraya bangun.
Setelah beberapa minit, Alisa turut bangun untuk membersihkan meja.
“Woi, tolonglah saya angkat cawan ni”,ucap Alisa sambil menampar paha Aris.
”Sakitlah”,ucap Aris seraya bangun membantu.Kang dapat lagi tamparan paling berbisa kalau tak tolong.
Cawan-cawan dan pinggan-pinggan dibasuh sebelum mereka naik ke atas .
Pintu bilik ditutup dan dikunci. Barang yang bertaburan di atas katil dipandang lama . Itulah akibatnya kalau main campak je baju . Kalau lama-lama nanti mak dengan ayah kitorang syak apa pulak .
“Wei Alisa, kau nak suruh aku tidur atas baju ke?”Aris menggaru-garu kepalanya.
Alisa lantas melabuhkan punggung di atas katil.
“Boleh juga kalau awak nak”,Alisa membalas.
Baju-bajunya diambil dan dilipat satu-persatu.
“Alisa, semalam kau kata kau nak kemas stor . Jadi tak ?” soal Aris tiba-tiba . Alisa menepuk dahi . Lupa pulak .
“Ha , yelah, lepas saya kemas stor ni”, ucap Alisa sambil menyambung lipatannya .
Aris melabuhkan tubuhnya di atas katil . Penatnya !

Stor di belakang rumah dibuka.
“Ya allah, dah keturunan keberapa labah-labah dalam ni”,Alisa menutup hidungnya diikuti oleh Aris.Mana tidaknya, stor itu kelihatan seperti sarang labah-labah dah.
“Keturunan ketujuh kot”,gurau Aris.
Alisa menggeleng-geleng.
“Dah berapa abad awak tak kemas stor ni?”Alisa memandang Aris di sebelah.
“Last sekali waktu mula-mula saya beli rumah ni”,jujur Aris membuat pengakuan.Muka macam betul sangatlah apa yang dia buat.
“Patutlah pun, dah lima bulan awak tak kemas.Beranak-pinaklah labah-labah dalam ni”,Alisa menggeleng lagi.Apa nak jadi dengan lelaki zaman sekarang ni.
So, kita nak buat apa?”Aris sudah malas mahu melayan bebelan Alisa.Boleh cair taik telinga!
“Mula-mula, kita kena keluarkan semua barang.Lepastu, baru kita kemas”,arah Alisa.
Aris hanya menurut.Segala kotak yang berada di dalam stor dikeluarkan.
Mata Alisa tertancap di sebuah kotak yang tertulis ‘Sekolahku’.
“Aris, saya tengok kejap ye kotak ni”,ucap Alisa.Aris yang sedang mengangkat sebuah kotak berdiri di sebelah Alisa.
Satu-persatu dikeluarkan.Dia mencapai senaskah majalah sekolah.
‘Ni majalah sekolah lama aku.Macam mana dia boleh ada?’fikir Alisa.
“Aris, macam mana awak ada majalah sekolah ni?”Alisa bertanya sebaik sahaja Aris duduk di sebelahnya untuk sama-sama membelek ‘harta’ yang baru sahaja Alisa jumpa.
“Mestilah ni majalah sekolah aku.Takkanlah aku beli dekat kedai 24 jam pulak”,Aris membalas bengang.Nama pun majalah sekolah.
“Awak sekolah dekat SMK Pasir Puteh ke?”Alisa mahukan kepastian.Tolonglah kata ‘tak’!
“Yup, itu sekolah lama aku sebelum aku pindah ke KL”,Aris memberi penjelasan.
Penjelasan daripada Aris membuatkan Alisa terpana.Jadi, betullah tekaan aku selama ni!
Alisa berdiri betul-betul di hadapan Aris.
Tanpa disedari, kedua-dua belah tangan Aris dipegang.Mata Aris direnung sedalam-dalamnya.
“Aris, awak tak ingat saya?”perlahan Alisa menuturkannya.
Aris kehairanan.Dahlah tangannya dipegang, soalan yang dilemparkan kepadanya membuatkan Aris semakin hairan.
“Apa maksud kau?Ingat kau?”Aris bertanya kehairanan.
“Awak tak ingat saya ke?”semakin hiba nada suara Alisa kedengaran.Soalan yang sama dilemparkan kepada Aris.
Aris terdiam.Kehibaan hati Alisa dapat dikecamnya.Kenapa pulak minah ni sedih semacam je?
“Apa yang kau merepek ni?Yang aku tahu, Sakinah adalah classmate aku sebelum aku berpindah”,Aris membalas.
Air mata sudah bertakung ditubir mata.Jelaslah yang Aris langsung tidak mengingati dirinya.
Aris, aku je ke yang ingatkan kau.Kau…tak ingat dekat aku langsung ke, desis hati Alisa yang kehibaan.
Tangan Aris perlahan-lahan dilepaskan.Air mata, janganlah gugur sekarang!
Senyuman ditujukan buat Aris yang kebingungan.
“Aris, saya pergi tandas sekejap.Awak sambung dulu apa yang patut”,tutur Alisa sebelum berlalu pergi.
Aris ditinggalkan kebingungan.Pertama kali melihat Alisa sebegitu.
Hati lelakinya tiba-tiba serasa ingin memujuk.Kecewakah aku melihat kesedihannya?

           Cermin di sudut bilik air ditenung bagaikan ingin tembus.Wajah Alisa sudah lencun dibasahi dengan air mata.
           Kenapa aku jadi selemah ini bila berhadapan dengan Aris?Dari dahulu, aku tak pernah berhenti mengharapkan dia.
Bangunlah kau wahai Alisa.Aris langsung tak ada apa-apa perasaan pada kau.Cukuplah air mata kau untuk dia.Jangan terlalu berharap.Buktinya, dia langsung tak ingat kau, akal berbicara.
Tapi aku sayangkan dia.Aku tak dapat mengelak kalau aku jatuh cinta pada dia buat kali kedua.Mengenali dia membuatkan aku menyenangi dia walaupun kami sentiasa dingin, hati pula membidas kata-kata akal.
Alisa mengeluh.Air matanya diseka sebelum membasuh muka agar tangisannya tidak dapat dikesan.

        Sesampainya di stor, terus kelibat Aris dicari.
Mana pulak Aris ni?Dalam, luar, semua tempat digeledah bagi mencari Aris.
Tiba-tiba,
“Ba!!!”,sergah Aris dari belakang.Alisa yang sedang ralit mencari Aris ke sana ke mari automatik berpaling.Retina matanya terus menangkap imej Aris yang galak mentertawakannya.
“Aris, kenapa dengan awak ni?Nak suruh saya mati muda ke?”ucap Alisa sambil mengurut-urut dadanya.
Aris masih lagi dengan tawanya.
“Aris, jangan ketawalah”,Alisa bercekak pinggang.Kalau aku mati tadi macam mana?Tak nak aku mati katak kena sergah.
Yes, Alisa dah marah”,ujar Aris sambil membuat gaya kanak-kanak tak cukup umur baru menang perlawanan kereta control.Dah terbelit kot urat otak dia ni.
“Apasal awak suka sangat saya marah ni?”Alisa kehairanan pula.Segala sedihnya hilang begitu sahaja.
So, kau dah tak sedihlah kan?”ujar Aris tiba-tiba sebaik sahaja tawanya berhenti.
Alisa tersenyum.
“Kenapa kau macam nak menangis tadi?”Aris bertanyakan soalan yang tidak mahu Alisa dengar.
Alisa terkedu.
“Macam nak menangis?Tak adalah.Aku berlakon je tadi”,Alisa tertawa halus.Harap tak adalah nampak palsu sangat ketawa aku ni.
“Berlakon je ke?Terbantut niat aku nak belikan kau lollipop 20 sen”,selamba Aris membalas.
“Awak ingat saya ni budak-budak ke?”berang Alisa jadinya.Apalah, nak pujuk aku pakai lollipop 20 sen.Sekurang-kurangnya bagilah yang RM2.00 punya.Apa punya oranglah.
Tawa Aris kedengaran membuatkan Alisa tertawa sama.
Duhai waktu, berhentilah seketika agar aku dapat bersama dengan si dia yang selama ini ku rindu.