December 05, 2013

CERPEN : Cinta Sampai Syurga

            Ah , kenapa perempuan tu  yang jadi pilihan ibu . Selubung sana , selubung sini , tak ada life langsung . Mesti aku kena gelak lah dengan member-member aku . Argh , stress ! laung  Fakhri di dalam hatinya . Hatinya langsung tidak berminat untuk menyertai ahli keluarganya yang sedang asyik berborak dengan ‘isterinya’ . What ! Isteri . No , aku tak akan terima dia sebagai isteri aku . Dia tu kolot . Bertudung konon . rimas aku tengok .
Perlahan-lahan pintu dibuka dari luar . Fakhri mengeluh . Minah kolot tulah agaknya .
Lea menghampiri suaminya yang sedang duduk di birai katil . Hairan juga apabila suaminya tidak menyertai mereka di bawah  . Fakhri langsung tidak berkalih untuk memandang isterinya yang masih dalam persalinan perkahwinan mereka .
“Assalamualaikum , abang . Abang tak tidur lagi?”sapa Lea lembut . Sejak dia sah menjadi isteri kepada lelaki ini , dia bertekad untuk menjadi seorang isteri yang taat dan patuh kepada suaminya . Dia sudah berjanji untuk menempatkan arwah ibunya di syurga dengan kebajikan yang dia lakukan terhadap suaminya .
Fakhri jadi meluat sebaik mendengar suara lembut milik isterinya . Suara lembut itu umpama halilintar yang mampu memecahkan gegendang telinganya . Tanpa memandang wajah isterinya , Iskandar bingkas berdiri .
“Aku nak cakap sikit dengan kau”,tegas suara itu di pendengaran Lea . Tanpa bantahan Lea duduk di birai katil .
“Abang nak cakap apa?”soal Lea lembut setelah lama Fakhri membisu . Belakang tubuh suaminya dipandang lama menantikan jawapan .
Seraya Fakhri berpaling . Terkesima Lea seketika . Baru kini dia dapat meneliti raut wajah suaminya yang tampan . Alhamdulillah , Allah telah mengurniakan aku seorang suami yang sempurna fizikalnya . Sementara itu , Fakhri merenung tajam ke dalam mata isterinya yang sedang duduk memerhatikannya . Fakhri langsung tidak dapat melihat wajah isterinya yang terlindung di sebalik purdah yang dipakainya .
“First , stop calling ‘abang’ . Annoying tahu tak”,Fakhri memulakan bicara . Suaranya sengaja ditekankan agar kedengaran tegas di pendengaran Lea . Lea terkedu . Mengapa suaminya perlu mempersoalkan panggilan hormatnya kepada Fakhri , suaminya yang sah .
“Tapi abang , Lea kena panggil suami Lea dengan panggilan tu sebagai tanda hormat Lea pada abang”,ujar Lea lembut . Walaupun hatinya gentar dengan ketegasan Fakhri , tapi dia harus menegakkan tindakan yang dilakukannya . Lea tetap dengan pendiriannya . Walau apa pun yang akan terjadi , Lea tetap akan memanggil Fakhri dengan panggilan abang !
“Nurul Iman Azalea , do you hear what I told you just now? If I said I don’t want you to call me ‘abang’ , so you must obey it . Faham?”suara Fakhri sedikit meninggi . Lea menelan liur . Ketegangan yang sengaja dicipta oleh suaminya membuatkan dia kecut perut . Lea sekadar mengangguk tanpa sebarang suara  keluar dari ulas bibirnya .
“Next , aku nak kau tahu yang aku benci kau sangat-sangat . That’s the main point yang kau perlu sematkan dalam kepala otak kau sampai kau mampus”,ucap Fakhri sambil menunjal kepala Lea yang masih berbalut tudung .
Lea tergamam . Mengapa lelaki ni tiba-tiba melafazkan benci sebaik mereka diijabkabulkan ? Mengapa Fakhri tidak menolak perkahwinan mereka kalau dia membenci? Nampaknya , nasibnya telah terletak dalam genggaman seorang suami yang membencinya . Hati Lea bagaikan ditoreh dengan belati sebaik mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari bibir suaminya .
“And , bila aku benci kau , that’s mean aku benci setiap apa yang ada pada kau . Dan kau kena ingat , selagi kau serumah dengan aku , jangan kau berani-berani nak tunjuk muka kau tu dekat aku . Aku meluat nak tengok muka kau , dan aku nak kau berpurdah dalam rumah ni”,Fakhri menyambung sebaik melihat kebisuan Lea . Lea sekadar menunduk , membina benteng kesabaran setinggi mungkin menerima setiap kata hinaan daripada suaminya .
Fakhri tersenyum melihat Lea yang sedang menunduk . Sengaja dia mendekatkan bibirnya di sebelah telinga Lea .
“Kau jangan ingat aku tak tahu yang kau nak kahwin dengan aku sebab bapak kau hasut kau kan? Huh , orang kampung macam kau dengan bapak kau semua sama je . Ambil kesempatan atas kesenangan orang lain”,bisik Fakhri rapat di telinga kanan isterinya . Empangan air mata yang dibina Lea runtuh juga akhirnya . Setitis demi setitis air mata Lea gugur menimpa lantai bilik . Fakhri tersenyum puas apabila melihat air mata Lea kerana itu bermakna dia telah berjaya melukai hati isterinya dengan luka yang paling dalam .
Tanpa sebarang pamitan , Fakhri meninggalkan isterinya keseorangan di dalam bilik dengan linangan air mata . Ah , perempuan yang suka mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain macam tu memang patut dilayan sebegitu rupa . Huh , perempuan murah !
********************
Lea mengelap peluh di dahi . Panas terik pada hari itu begitu menduga kesabaran Lea . Fakhri telah menyuruh Lea membasuh keretanya , sedangkan boleh sahaja Fakhri menghantar keretanya ke tempat mencuci kereta . Jika dikira dari segi kewangan , Fakhri sudah lebih daripada mampu . Apalah sangat sekadar RM15.00 sekali cucian . Fakhri memang sengaja menyeksa hidup Lea . Sudah 3 bulan perkara sebegini berlarutan . Namun begitu , Lea tetap menurut walaupun hatinya sering dilukai kerana dia tidak mahu arwah ibunya diseksa kerana dia menderhaka kepada suaminya .
Tidak lama kemudian , kedengaran bunyi sebuah kereta di parkir di hadapan rumahnya . Lea berpaling untuk melihat siapa gerangannya . Kelihatan Fakhri turun daripada kereta itu dari tempat penumpang manakala seorang wanita seksi sedang berjalan menghampiri Fakhri . Mereka berlaga-laga pipi sebelum berpelukan . Lea mengalihkan pandangannya . Lea beristighfar di dalam hati .
Kedengaran pintu pagar dibuka . Tiba-tiba , dua ekor kucing berkejaran  melompat ke atas kereta Fakhri yang sudah siap dicuci . Akibat daripada pijakan kucing itu , kereta Fakhri dilumuri lumpur dan sedikit calar .
Sebaik kereta wanita tadi berlalu , Fakhri telihat sesuatu tompokan berwarna coklat di atas keretanya . Fakhri dengan pantas menghampiri Lea yang sedang berada dalam kekalutan .
“Woi , apa kau dah buat dekat kereta aku?”Fakhri bertanya kasar . Tubuh Lea ditolak sehingga gadis itu jatuh terduduk . Lea mengerang kesakitan .
“Bu…bukan saya bang , tadi a… ada kucing…”,ucap Lea gugup , namun belum sempat Lea menghabiskan ayatnya , Fakhri mencelah .
“Kau ingat kereta ni bapak kau punya ke . Eei , sedarlah sikit . Kereta ni mahal kau tahu tak? Kau boleh ganti ? Kau boleh bayar calar yang ada pada kereta aku ni ? Dasar tak boleh harap”, ucap Fikhri seraya mengangkat sebaldi air sabun yang digunakan Lea untuk mencuci kereta . Air sabun itu kemudian dijirus ke atas kepala Lea .
“Puas hati aku”,ucap Fakhri sinis seraya masuk ke dalam rumah . Lea teresak-esak menahan tangis . Sampai hati Fakhri melayannya sebegini . Apa salah saya pada awak Fakhri? Kenapa awak sangat membenci saya Fakhri walaupun saya isteri awak ? Betapa sakitnya apabila dibenci suami sendiri , rintih Lea di dalam hati dengan sendu yang berpanjangan .
***********
“Assalamualaikum”,ucap Lea dari luar . Tiada balasan . Sekali lagi Lea memberi salam beserta ketukan di pintu . Tidak lama selepas itu , muncul Mak Ngah yang sedang tersenyum memandang Lea .
“Waalaikumsalam”,ucap Mak Ngah seraya membuka pagar bagi membenarkan Lea masuk . Lea segera menyalami mak ngahnya yang telah dianggap macam ibu sendiri .
“Ibu sihat?”soal Lea mesra .
“Alhamdulillah , sihat . Ni Lea ni , mak ngah tengok makin kurus ni . Diet ke?”soal Mak Ngah ingin tahu . Wajah Lea yang sedikit pucat juga menggusarkan hati tuanya .
“Penat sikit mak ngah . Maklumlah , dah jadi isteri orang”,Lea cuba menyembunyikan kerapuhan rumah tangganya . Dia tidak mahu sesiapa risau akannya .
“Mak ngah ,ayah ada?”ujar Lea , kembali ke tujuan asalnya iaitu mahu berjumpa dengan ayahnya . Ayahnya telah 8 tahun tinggal di rumah mak ngahnya sebaik ayahnya lumpuh kesan daripada kemalangan.  Ibunya pula telah meninggal dunia ketika dia berumur 1 tahun kerana sakit kanser pancreas .
Mak Ngah mempelawa Lea masuk . Lea dibawa ke bilik yang menempatkan ayahnya . Ayahnya kelihatan sedang nyenyak tidur di atas tilam yang dibentang di atas lantai .
“Assalamualaikum , abah”,ucap Lea hormat . Pak Hasan berpisat-pisat bangun . Pak Hasan meraba-raba mencari tangan anaknya .
“Abah apa khabar , sihat?”ucap Lea sambil menyalami tangan ayahnya . Kemudian , Pak Hasan mengucup ubun-ubun kepala anaknya . Sudah lama anaknya tidak datang menjenguknya semenjak anaknya bernikah dengan anak sahabat baiknya . Bahagiakah anaknya ini?

“Abah sihat , Lea . Lea kenapa ni , Lea sedih semacam je ni?”Pak Hasan mengusap-usap pipi Lea seolah-olah memujuk . Walaupun dia tidak dapat melihat dengan mata kasarnya , tapi dia dapat melihat dengan mata hati . Mengikut telahannya , Lea sedang mengalami tekanan perasaan . Ya allah , lindungilah anakku daripada manusia-manusia yang ingin menganiayanya .
Lea tersentak . Dia sudah agak yang ayahnya akan dapat menebak apa yang tersirat di hatinya . Takkan dia mahu menceritakan perkara yang  berlaku sepanjang kehidupan rumah tangganya dengan Fakhri . Dia risau kesihatan ayahnya terganggu dek kerana risau akannya .
“Lea okey je abah . Lea cuma rindu dekat abah je . Maaf abah tak dapat jenguk abah , Abang Fakhri busy . Baru hari ni dia dapat hantar Lea”. Banyak kali Lea memohon maaf di dalam hati kepada ayahnya kerana membohongi orang tuanya . Hakikatnya , hari itu Lea terpaksa keluar secara senyap-senyap tanpa pengetahuan suaminya . Semenjak berkahwin , Fakhri langsung tidak membenarkan dia keluar ke mana-mana . Dia berani keluar pada hari itu pun kerana Fakhri outstation dan hanya akan pulang pada esok hari  .
“Tak apa , abah faham . Anak abah yang cantik ni kan dah jadi isteri orang , jadi tak bolehlah Lea keluar sesuka hati lagi”,ucap Pak Hasan sambil mengusap-usap kepala anaknya . Walaupun dia telah disahkan buta 8 tahun lalu , namun dia yakin anaknya membesar menjadi seorang gadis yang cantik .
Air mata yang hampir gugur ditahan . Lea terus duduk di sebelah ayahnya sambil memeluk pinggang ayahnya , erat . Pelbagai cerita yang Lea kongsikan kepada ayahnya . Rasa rindu yang menggunung hilang serta-merta diganti dengan rasa bahagia berada di samping orang yang amat disayanginya .
*********
Saat pintu rumah dibuka , keadaan rumah gelap-gelita . Sebaik mengunci pintu , belum sempat suis ruang tamu dibuka , ruang tamu rumah itu telah terang-benderang . Lea menelan liur . Adakah suaminya sudah pulang lebih awal daripada yang sepatutnya . Lea berpaling . Dia dapat melihat suaminya sedang memandangnya dengan pandangan yang bengis .
            Fakhri terkaku seketika . Melihat wajah isterinya buat pertama kali setelah 3 bulan mereka bernikah membuatkannya terpukau . Lea lebih cantik dari apa yang dibayangkan , dan Lea cantik dengan keaslian wajahnya yang tidak dicalit sebarang solekan seperti wanita yang lain yang pernah dia kenal dulu . Namun , satu perasaan halus yang cuba mencuri masuk ditepis segera . Dia tidak mahu jatuh cinta dengan wanita di hadapannya .
“Kau dari mana?”soal Fakhri kasar sambil menghampiri isterinya yang sedang memandangnya dengan pandangan ketakutan . Lea tahu apa yang bakal diterimanya jika arahan lelaki ini dilanggar .
“Sa…saya baru balik dari jumpa ayah”,ucap Lea cuba menerangkan perkara yang sebenar .
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi mulus Lea . Lea jatuh terduduk . Tidak semena-mena air matanya gugur . Pipinya terasa pijar . Dia dapat rasakan ada cecair likat yang mengalir dari hujung bibirnya . Lea mengusap-usap pipinya yang sakit .
Tanpa sebarang ehsan , Fakhri mencengkam pula dagu isterinya . Lea mengerang kesakitan .
“Hei , aku dah warning kau awal-awal kan . Jangan keluar rumah tanpa izin aku . Kau faham tak?” jerkah Fakhri . Air mata yang mengalir dari tubir mata Lea langsung tidak meraih simpatinya , sebaliknya dia rasa gembira melihat air mata itu semakin galak keluar .
“Saya minta maaf . Saya cuma rindu dekat abah . Saya janji saya tak buat lagi . Sakit , bang”,rayu Lea . Fakhri sekadar tersenyum sinis sebagai balasan .
“Rindu tak rindu . Mulai saat ni , aku akan kunci rumah ni dari luar . Aku akan pastikan kau takkan dapat keluar dari rumah ni sesuka hati lagi . Faham?!”terus kepala isterinya dilepaskan kasar . Lea yang sedang terhinjut-hinjut bahu menghamburkan tangis ditinggalkan keseorangan di ruang tamu .
*************
Lea duduk menanti suaminya di ruang tamu . Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi , namun kelibat Fakhri langsung tidak kelihatan . Lea mengambil keputusan untuk menelefon suaminya . Walaupun dia tidak dilayan selayaknya seorang isteri , namun dia langsung tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri . Lea masuk ke dalam biliknya untuk mengambil telefon bimbit . Tudung dan purdah yang dipakai ditanggalkan .
            Belum sempat Lea mendail nombor telefon bimbit Fakhri , pintu rumah telah diketuk bertalu-talu. Hasrat untuk memakai semula tudung dan purdahnya terpaksa  diabaikan dek jeritan Fakhri yang bagaikan orang sasau memanggilnya untuk membuka pintu .
Pintu dibuka . Bau arak kuat menerjah rongga  hidungnya sebaik pintu dibuka .
“Lembab”,ucap Fakhri sambil terhuyung-hayang masuk . Tubuh Lea yang sedang mengunci pintu ditolak kasar . Nasib baik Lea sempat mengimbangi tubuhnya .
Lea mengejar suaminya untuk membantu suaminya berjalan mendaki tangga . Lea memapah Fakhri sehingga ke bilik suaminya itu . Fakhri dibaringkan di atas katil . Dengan pantas , Lea mengambil tuala kecil seraya masuk ke bilik air untuk mengambil segayung air untuk mengelap wajah suaminya agar Fakhri lebih segar .
Wajah suaminya yang sedang memejamkan mata dilap . Beberapa kali Lea beristighfar di dalam hati mengenangkan suaminya telah meneguk air yang diharamkan Allah itu . Bau arak yang masih melekat pada badan suaminya kuat mengganggu deria bau hidungnya .
Selesai mengelap wajah suaminya , Lea berura-ura untuk bangun . Belum sempat Lea berdiri , serasa ada tangan yang memegang lengannya . Lea terkaku . Jantungnya berdegup kencang . Risau dia jika Fakhri memarahinya kerana tidak bertudung dan berpurdah seperti selalu . Desah nafas Fakhri serasa hangat menampar-nampar pipi mulusnya . Beberapa kali Lea menelan liur .
“Kau tahu tak , kau nampak cantik sangat malam ni . Baru aku sedar , rupa-rupanya dalam rumah ni ada perempuan cantik macam kau”,rambut Lea dibelai-belai . Lea memejamkan matanya . Dengan beraninya , Fakhri memusingkan badan Lea agar memandangnya . Lea membuka mata . Dia dapat melihat jelas wajah Fakhri yang semakin hampir dengannya . Akhirnya bibir mereka bertaut . Dengan rela hati , Lea melaksanakan tanggungjawabnya yang satu itu sebagai seorang isteri .
**************
             Kepala Fakhri serasa memberat . Kepalanya berdenyut-denyut . Fakhri seraya duduk . Keadaan bilik dipandang . Sejak bila pula aku sampai rumah ni , fikir Fakhri . Setahunya , dia sedang duduk berborak-borak dengan Sally , wanita yang baru dikenalinya selama sebulan . Namun , tiba-tiba sahaja kepalanya pusing sebaik meminum air yang diberi oleh Sally .
Tubuh Lea yang bergerak mengiring memandangnya membuatkan Fakhri melihat ke sebelah . Alangkah terkejutnya Fakhri apabila melihat seorang wanita yang berselubung dengan selimut sedang berbaring di sebelahnya . Wajah itu diamati . Tak mungkin Lea .
Tubuhnya dibelek . Keadaannya yang tidak berbaju dan Lea yang sedang berselubung di sebalik gebar menyedarkan Fakhri . Kepala Fakhri tiba-tiba sakit . Terlayar segala insinden yang berlaku semalam . Tak mungkin !
Wajah Lea yang masih lena tidur dipandang lama . Satu-persatu milik isterinya ditilik . Kening yang elok terbentuk , hidung yang sedikit mancung , bibir yang merekah kemerah-merahan dan dagu yang berlekuk menyerlahkan kecantikan semula jadi milik isterinya . Inilah kali kedua Fakhri dapat melihat wajah isterinya yang selama ini terlindung di sebalik purdah . Rambut Lea yang ikal itu kembali mengocak naluri lelakinya . Wajah Fakhri semakin mendekati wajah isterinya . Dia teringin sekali untuk memagut bibir merah itu . Fakhri lantas tersedar . Dia tidak boleh lalai . Aku tak boleh mencintai wanita seperti ini , akal Fakhri menegah .
Fakhri bingkas bangun . Baju miliknya dikutip sebelum dia berlalu ke bilik air , meninggalkan Lea yang masih lena .
***************
            Sekeping roti diambil lalu disapu dengan kaya . Sebaik melihat suaminya turun dari tingkat atas dengan lengkap berkemeja , Lea pantas menuangkan air kopi buat suaminya . Kerusi ditarik dan beg bimbit suaminya diletak di kerusi bersebelahan .
“Abang , minum”,ucap Lea sambil menghulurkan secawan kopi gula . Fakhri menyambut dingin .
“Aku nak minta maaf pasal semalam”,ucap Fakhri mendatar . Lea memandang suaminya hairan . Pertama kali mendengar suaminya memohon maaf .
“Semalam?Kenapa?”soal Lea hairan . Dia tahu apa yang Fakhri maksudkan , namun Fakhri tidak sebarusnya memohon maaf kerana itu adalah tanggungjawab mereka sebagai suami isteri .
“Perkara semalam tak sepatutnya berlaku . Kita tak saling mencintai . Aku tak mencintai kau dan aku yakin kau juga terpaksa merelakan sebab kau terhimpit dengan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri”,ucap Fakhri sambil memandang tajam kearah Lea . Bergenang air mata Lea . Ya allah , khabarkanlah kepada suamiku bahawa aku telah lama menyerahkan hatiku kepadanya . Perkara semalam itu berlaku dengan kerelaanku , dengan hatiku yang ikhlas mencintainya , suamiku .
Fakhri bingkas bangun . Dompetnya dikeluarkan . 4 keping not RM50 dikeluarkan sebelum diletakkan di atas meja makan .
“Ni bayaran untuk kau semalam”,ucap Fakhri seraya berlalu pergi . Menitis jua air mata Lea . Tubuh Fakhri yang semakin hilang dari pandangannya dipandang sayu .
Lea terduduk di atas kerusi . 4 keping not RM50 dipandang sepi . Betapa murahnya nilai cintaku di mata suamiku ya Allah . Kau tiupkanlah ketabahan dalam jiwakau sepertimana nabi Ayub yang tabah menghadapi setiap dugaanMu , ya Allah .
*************
Pintu rumah dibuka . Ruang tamu kelihatan gelap-gelita . Sebaik pintu dikunci, Fakhri bergegas naik ke atas . Dia ingin melepaskan lelah selepas seharian penat bekerja . Namun , saat melintasi bilik yang dihuni Lea , Fakhri berasa terpanggil untuk menjenguk isterinya dari ruang pintu yang sedikit terbuka . Kelihatan Lea yang sedang bertelekung menadah tangan memohon doa .
“Ya Allah ya tuhanku , kau ampunkanlah dosaku dan dosa kedua-dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak aku kecil . Ya allah yang Maha Penyayang , kau tempatkanlah roh ibuku dalam kalangan orang-orang yang beriman . Pertemukanlah aku dengannya di syurga kelak .
Ya allah , kau bukakanlah pintu hati suamiku untuk menerimaku sebagai bidadari di hatinya . Khabarkanlah kepadanya betapa telah lama aku menyerahkan hatiku kepadanya . Khabarkanlah kepadanya betapa aku amat mencintainya selayaknya seorang suami . Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku menjadi bidadari di syurga buatnya ya Allah . Kekalkanlah rasa cintaku untuknya sampai Jannah . Kau peliharalah suamiku daripada sebarang godaan duniawi . Ya Allah , makbulkanlah doaku , tuhan yang Maha pengasih dan penyayang”.
         Pintu bilik Lea dirapatkan . Hati Fakhri bagaikan dihempap batu besar yang membebankan . Perlahan-lahan Fakhri berjalan meninggalkan bilik isterinya . Doa yang dipohon oleh Lea betul-betul menyentuh ke dasar hatinya . Sedarlah dia kini bahawa Lea mencintainya selayaknya sebagai seorang suami walaupun telah banyak seksaan yang diterima oleh Lea .
*************
            Lea menghampiri suaminya di singki yang sedang meluahkan segala isi perutnya . Belakang tubuh suaminya diusap-usap bagi membantu suaminya . Segelas air dihulurkan buat Fakhri . Fakhri meneguk air tersebut dengan rakus . Kasihan Lea melihat suaminya yang kerap kali muntah-muntah sejak kebelakangan ini . Apabila diajak ke klinik , mentah-mentah Fakhri menolak .
Lea membantu suaminya bergerak ke katil . Fakhri dibaringkan ke atas katil . Dahi suaminya dirasa dengan belakang tapak tangan . Panas! Patutlah wajah Fakhri kelihatan pucat . Lea bergegas ke bilik air untuk mengambil segayung air dan sehelai tuala kering . Tuala itu dibasahkan sebelum diletakkan ke atas dahi suaminya .
Nombor telefon doktor peribadi keluarga Fakhri didail . Tidak sampai beberapa minit , Doktor Nizam akhirnya tiba .
“Fakhri , boleh bagitahu saya sejak bila awak muntah-muntah?”soal Doktor Nizam sambil memeriksa tekanan darah Fakhri .
“Dah nak hampir seminggu  . Badan saya pula lemah semacam je doktor . Kenapa ya?”soal Fakhri , lemah . Mendengar penjelasan Fakhri , Doktor Nizam tersenyum .
“Saya rasa Encik Fakhri tak lama lagi akan menjadi ayah”,ucap Doktor Nizam . Berkerut-kerut dahi Lea dan Fakhri sebaik mendengar penjelasan Doktor Nizam . Lea memandang Doktor Nizam meminta penjelasan .
“Actually Puan Iman , seorang perempuan m engandung tidak semestinya akan kena alahan , kadang-kadang suami yang kena . Daripada penerangan suami puan tadi , saya rasa puan mengandung . Sebab banyak kes macam ni terjadi”,ucap Doktor Nizam .
Lea memegang perutnya . Perutnya yang masih kempis diusap sayang . Tiada lafaz yang terluah dari bibirnya selain daripada rasa syukur yang tak terhingga . Alhamdulillah , jika benar aku sedang mengandungkan zuriat lelaki yang amat aku cintai , terima kasih ya Allah atas kurniaan ini .
“Tahniah , Encik Fakhri . Tahniah Puan Iman . Jika telahan saya tepat , terus telefon saya. Jangan lupa buat pemeriksaan untuk pengesahan yang sebenar . Saya minta diri dulu”,ujar Doktor Nizam seraya bangun. Lea mengiringi Doktor Nizam sehingga ke muka pintu .
Fakhri termenung sendirian . Apa perasaannya tika ini ? Adakah dia bahagia sebaik mendengar perkhabaran mengenai kehamilan isterinya itu ?
       Lea masuk dengan wajah yang ceria . Suaminya yang sedang terbaring lemah dihampiri . Lea duduk di birai katil , bersebelahan dengan suaminya . Rambut Fakhri diusap sayang . Wajah Fakhri yang sedang lena dipandang sayang .
“Abang , Lea bersyukur sangat bang . Lea bersyukur sebab Allah bagi Lea peluang untuk menjadi seorang ibu . Walaupun belum disahkan , tapi Lea yakin ada satu benih suci yang tertanam dekat rahim Lea . Abang , Lea selalu berdoa pada Allah supaya abang buka pintu hati abang untuk Lea . Walaupun bukan sekarang , tapi Lea yakin dengan adanya anak ni , dia akan satukan hati kita . Lea nak abang tahu , Lea sayang dan cintakan abang sangat sangat”,ucap Lea seraya menunduk mengucup dahi suaminya . Bahang dirasakan . Setitis demi setitis air matanya gugur mengenai dahi suaminya .
Lea bingkas berdiri . Tubuh suaminya yang terbaring lesu dipandang lama sebelum pintu ditutup .
Perlahan-lahan Fakhri membuka matanya . Tangannya meraba-raba dahi yang baru dikucup lembut oleh isterinya . Ya allah , betul ke apa yang aku dengar . Sucinya hati isteriku ya Allah . Aku berdosa terhadapnya ya Allah , ucap Fakhri di dalam hati .
**************
 “Lea , sini sekejap”,ucap Fakhri , kasar . Lea yang sedang menyusun buku di ruang tamu pantas memandang suaminya dengan senyuman walaupun senyumannya terlindung di sebalik purdah yang dipakainya . Suaminya dihampiri .
“Kenapa , bang? Abang okey tak hari ni?”soal Lea lembut . Wajah suaminya diusap sayang , namun pantas ditepis kasar oleh Fakhri . Walaupun terasa dengan tindakan suaminya, Lea tidak mengambil hati. Dia tahu Fakhri masih tidak dapat menerimanya . Perutnya diusap . Kandungannya yang sudah masuk dua bulan sudah membukit sedikit .
“Aku nak makan laksa”,ucap Fakhri , senada . Mata Lea terbuntang  luas . Laksa ? Mana dia nak dapatkan laksa malam-malam macam ni .
“Bahan dah habislah bang . Tapi Lea janji, esok Lea masakkan untuk abang , okey?”ucap Lea lembut . Belum sempat Fakhri membalas , Fakhri dapat merasakan tekaknya meloya . Dengan pantas Fakhri berlari ke singki . Lea yang risau melihat tingkah suaminya mengikut suaminya . Belakang Fakhri diusap .
         Lea memapah suaminya ke sofa di ruang tamu . Fakhri merasakan tubuhnya sangat lemah tika itu . Segala isi perutnya telah diluahkan tadi . Fakhri dibaringkan di atas sofa . Lea mengelap-ngelap dahi suaminya yang berpeluh . Fakhri langsung tidak menepis , apalagi melarang .
“Kesian abang . Tak apalah , biar Lea keluar beli laksa ya . Abang rehatlah dulu . Nanti Lea balik , Lea bagi laksa tu dekat abang ye”, ucap Lea . Pipi kanan suaminya pantas dikucup . Fakhri terpana . Tubuh Lea yang perlahan-lahan hilang dari pandangannya disoroti . Apakah perasaan yang sedang aku rasakan saat ini?

         Lea mengerling jam ditangan . Sudah pukul 11.00 malam . Lea kegusaran . Dia risau suaminya menunggu lama . Dia tiba agak lewat kerana terpaksa berjalan kaki kerana tidak mahu menunggu teksi kerana bimbang suaminya terpaksa menunggu lama .
Pintu rumah dibuka . Ruang tamu rumah kelihatan gelap berbanding ketika dia mahu pergi tadi . Lea bergerak ke dapur apabila mendengar seseorang membuka air di singki . Kelihatan Fakhri sedang membasuh cawan yang baru digunakan .
“Assalamualaikum , abang . Ni , Lea bawakan laksa untuk abang . Maaf Lea lambat . Lea jalan kaki tadi sebab Lea risau abang tunggu lama”, ucap Lea lembut . Hati Fakhri tersentuh mendengar keprihatinan Lea terhadapnya . Perasaan itu cepat-cepat diusir pergi . Ah , aku tak boleh terleka !
Fakhri berpaling memandang isterinya dengan wajah yang bengis . Bungkusan plastic di tangan isterinya dipandang sebelum kembali memandang wajah isterinya .
“Kau apesal lambat sangat . Aku dah tak ada selera . Dah , tepi”, tangan Lea ditepis . Laksa yang dipegang Lea terlepas mengehempas lantai . Habis pecah plastik kuah laksa yang dipegangnya . Lea menunduk memandang lantai . Pedih hatinya dirasakan . Segala penat lelahnya berjalan kaki pulang sia-sia sahaja , langsung tidak dihargai . Lea terduduk melutut . Air matanya satu-persatu gugur . Ya allah , tabahkanlah hatiku ya Allah untuk mencari redha suamiku . Janganlah kau seksa ibuku di kubur disebabkan aku menyakiti hati suamiku .
“Lea minta maaf abang . Lea tahu Lea salah . Lea lambat . Maafkan Lea ya abang”,ucap Lea tanpa memandang suaminya .  Fakhri terhenti . Hatinya tersentuh mendengar suara lirih Lea . Masakan tidak , jika suami lain , sudah pasti mereka tidak akan membenarkan isteri mereka keluar lebih-lebih lagi jika isteri mereka sedang berbadan dua . Dia , isteri berjalan kaki pun masih tidak kisah . Ah , pedulikan perempuan tu . Dia yang cari masalah , pandai-pandailah dia nak hidup , bentak hati Fakhri . Langkahnya kembali diatur kemas ke tanggga .
Lea mengutip mi laksa yang bertaburan dan mengelap kuah laksa yang berserakan . Air matanya masih tidak jemu-jemu mengalir . Ya Allah , bekalkanlah ketabahan kepadaku sepertimana kau bekalkan ketabahan dalam jiwa Nabi Ayub a.s .
************
            Bau harum dari dapur menggamit Fakhri untuk ke dapur . Lengan kemejanya dibutang . Pagi itu dia terpaksa bertolak awal kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat bersama ahli lembaga pengarah . Lea kelihatannya sedang menyusun mangkuk dan menuangkan air ke dalam cawan .
“Assalamualaikum abang . Abang , jom sarapan . Lea masakkan laksa untuk abang . Lea tahu abang kempunan nak makan laksa semalam , tapi sebab Lea lambat selera abang terus mati . Duduklah dulu”,ujar Lea sambil menarikkan kerusi untuk suaminya duduk . Lea telah keluar rumah seawal 6 pagi semata-mata mahu membeli bahan untuk memasak laksa buat suaminya . Fakhri sedaya-upaya mengusir rasa sebak yang hadir .
“Aku dah lambat . Aku ada mesyuarat”,ujar Fakhri berura-ura mahu pergi , namun Lea lebih pantas menahan . Tangan Fakhri dipegang . Satu perasaan halus mencuri masuk ke ruang hati Fakhri .
“Abang , kalau abang nak cepat pun janganlah lupa ikat tali leher ni . Meh , Lea tolong”,ucap Lea sambil lincah mengikat tali leher suaminya . Fakhri memandang Lea dengan pandangan yang sukar ditafsirkan . Haruman tubuh Lea bagaikan menggamitnya untuk mendakap Lea .
Lea menentang mata suaminya . Ketampanan Fakhri begitu terserlah pada pagi itu . Lea tersenyum . Walaupun Fakhri tidak dapat melihat senyumannya , biarlah . Hanya Allah sahaja yang tahu keikhlasan senyumannya .
“Abang , Lea dah bungkuskan laksa ni untuk abang . Lea tahu , suami Lea ni workaholic orangya . Nanti , abang jangan lupa makan tau”,ucap Lea sambil menghulurkan bekas buat suaminya . Bagaikan dirasuk , Fakhri mengambil terus bekas itu tanpa benyak soal . Lea tersenyum senang . Tangannya dihulurkan untuk bersalaman . Tanpa sepatah kata , Fakhri turut menghulurkan tangannya . Lea terus tunduk dan mencium tangan suaminya . “Hati-hati abang”,ucap Lea lembut .
Fakhri berjalan ke muka pintu dengan perasaan yang bercampur baur . Fakhri memandang ke belakang . Dia dapat melihat Lea melambai-lambai ke arahnya sambil sebelah tangan lagi mengusap-usap perutnya yang terkandung anak mereka .
**************
Fakhri di atas sofa sementara menanti Lea membawa secawan kopi panas untuknya . Lea berjalan perlahan-lahan menghampiri suaminya . Perutnya yang memboyot dek usia kandungannya sudah mencecah 9 bulan sedikit sebanyak menjejaskan pergerakannya . Secawan kopi diletakkan di atas meja berhadapan suaminya .
“Lea , aku nak cakap dengan kau sikit”,ucap Fakhri dengan nada yang sengaja dibengiskan , seperti biasa . Tanpa ,menurut tanpa bantahan . Punggungnya dilabuhkan di kerusi berhadapan suaminya . Melihat kepayahan Lea berusaha untuk duduk , membuatkan Fakhri terlintas untuk membantu . Namun , ego yang menghalang telah membatalkan hasratnya . Akhirnya , Lea berjaya juga duduk .
“Abang nak cakap apa?”soal Lea . Perutnya yang memboyot itu diusap sayang . Fakhri menarik nafas sedalam-dalamnya .
“Kau bahagia tak jadi isteri aku?”soal Fakhri sambil memandang tepat ke dalam anak mata isterinya . Lea hairan dengan soalan suaminya yang tiba-tiba mempersoalkan kebahagiaannya menjadi isteri lelaki itu .
“Alhamdulillah , Lea bahagia dapat bahagiakan abang . Lea bahagia kerana dapat menyayangi abang selayaknya . Lea bahagia dapat meraih redha Allah apabila Lea berbuat kebajikan kepada suami Lea .  Lea juga bahagia apabila arwah ibu tak perlu tanggung azab atas dosa saya pada suami saya”,ucap Lea , penuh ketulusan . Fakhri mengeluh . Bukan itu jawapan yang dia inginkan daripada gadis itu . Amarahnya tiba-tiba memuncak .
“Hei , kau jangan nak tipu aku . Setelah apa yang aku buat dekat kau , takkan kau masih bahagia hidup dengan aku”,ujar Fakhri seraya berdiri . Jari telunjuknya tepat menghala ke arah Lea . Lea terkaku .
“Aku dah seksa jiwa kau . Aku biar kau jalan kaki beli laksa malam-malam buta , lepastu aku tak hargai pun usaha kau tu . Aku tak bagi kau tunjuk muka kau dekat aku , aku tak bagi kau keluar rumah sesuka hati . Takkan kau masih bahagia lagi hidup dengan aku”,Fakhri menengking isterinya . Satu-persatu mutiara jernih jatuh menimpa pipi Lea . Teresak-esak Lea menahan tangis . Lea turut berdiri bagi menyamai ketinggian suaminya walaupun dia belum cukup tinggi .
“Abang , Lea sumpah dengan nama Allah , apa yang Lea cakap tadi tulus dari hati Lea . Lea tak tipu bila Lea kata Lea bahagia hidup dengan abang”,ucap Lea . Purdah yang dipakainya dibuka . Tudung yang dipakainya juga dibuka . Fakhri terkesima melihat isterinya . Cantiknya isteriku!
“Kalau abang nak tahu , wajah ni , muka ni , sentiasa tersenyum bila bersama dengan abang .Lea tahu abang tak nampak , tapi Lea tak tipu . Walaupun berkali-kali luka di hati Lea abang toreh , tapi Lea tak kisah . Walaupun abang tak bagi Lea keluar untuk jenguk abah , Lea tak kisah sebab Lea tetap dapat tahu khabar abah walaupun dari telefon . Lea tak kisah bang , sebab Lea tahu syurga Lea pada abang . Lea nak abang tahu , abang adalah orang kelima yang ada dalam hati Lea selepas Allah, Rasulullah , ibu dan ayah . Lea cintakan abang , suami Lea . Lea sayangkan abang”,ucap Lea dalam sendu . Jari-jemari Lea lembut menyentuh pipi Fakhri . Fakhri terkesima . Pertama kali melihat sendu yang terukir di wajah isterinya .
“Lea tak pernah menyesal menjadi isteri abang . Lea tahu , satu hari nanti Allah akan buka pintu hati abang untuk Lea . Lea yakin dengan perancangan Allah”,Lea menyambung . Fakhri turut mengalirkan air mata . Untuk kesekian kalinya , ego ditolak ke tepi .
“Lea , awak terlalu baik untuk saya . Saya tak layak jadi suami awak . Saya lelaki tak guna . Awak hanya layak untuk lelaki-lelaki yang baik di luar sana . Saya tekad , saya akan lepaskan awak tak lama lagi . Awak jangan risau , segala penderitaan awak akan tamat tak lama lagi”,ucap Fakhri seraya berlalu pergi . Tangan Lea yang bergayut di pipinya ditepis perlahan . Lea tidak dapat membendung perasaannya lagi . Malam itu menjadi saksi betapa luluhnya hati seorang wanita bergelar isteri.
*****************
           Pintu wad ditolak perlahan . Lea kelihatannya masih lena akibat ubat bius . Fakhri perlahan-lahan masuk agar tidak mengganggu isterinya . Lea telah bersalin secara pembedahan akibat mengalami sedikit komplikasi .
Fakhri menghampiri anak lelakinya yang berada di katil bayi bersebelahan katil isterinya . Wajah anaknya ditenung lama sebelum anaknya dikendong . Setelah itu , anaknya diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kiri . Setelah itu , anaknya diletakkan semula . Kini , dia bergerak pula ke katil bayi  bersebelahan katil anak lelakinya . Anak perempuannya dihampiri . Alhamdulillah , Lea berjaya ,melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan . Perkara yang sama juga dilakukan kepada anak perempuannya .
Fakhri menghampiri isterinya yang sedang lena . Fakhri melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan isterinya . Tangan isterinya dipegang . Tangan itu dikucup lama seolah-olah melepaskan rindu yang bersarang di hati . Wajah pucat isterinya direnung lama .
“Lea , terima kasih sebab dah lahirkan anak-anak abang . Maafkan abang sebab menyakiti hati Lea dulu . Abang memang bodoh kerana tidak tahu menghargai isteri sebaik Lea . Abang janji dengan Lea , abang akan lepaskan Lea nanti . Abang nak Lea bahagia , bukan terseksa hidup dengan abang”,ucap Fakhri . Setitis demi setitis air matanya gugur . Fakhri ingin berdiri sebelum tiba-tiba tangan Lea menggenggam tangannya .
“Abang…”,ucap Lea lemah . Perlahan-lahan matanya dibuka . Suara suaminya bagaikan terngiang-ngiang di telinganya . Lea memandang suaminya dengan pandangan lemah . Lea mencuba untuk duduk , namun pantas dihalang oleh Fakhri .
“Lea , Lea baru lepas operation . Lea rehat dulu ye sayang . Abang dah nak pergi ni . Kalau jodoh kita masih panjang , insyaallah abang akan kembali semula ke pangkuan Lea”,ucap Fakhri lembut . Dahi Lea dikucup untuk kesekian kalinya . Air mata Lea menitis . Ya Allah , terima kasih kerana kau telah membuka pintu hati suamiku untuk menerimaku .
Perlahan-lahan Fakhri menarik tangannya dari genggaman Lea . Berat hatinya untuk meninggalkan Lea . Esakan Lea semakin kuat kedengaran sebaik Fakhri melangkah keluar . Abang , jangan tinggalkan Lea , jerit Lea di dalam hati .
****************
Setahun berlalu….
Hazim dan Hazira yang berlari-lari di laman rumah diperhati dengan penuh minat dari dalam kereta . Anak-anaknya kelihatan sungguh bahagia berkejaran sesama mereka . Kelihatan Hazira berlari menyorok di belakang Lea yang sedang menyiram pokok bunga . Bahagia sungguh wajah Lea saat itu . Cermin mata hitam kembali dipakai . Keretanya terus dipandu meninggalkan hadapan rumah Lea .
           Lea meninjau-ninjau di sekeliling rumahnya . Dia merasakan ada seseorang sedang memerhatikan mereka tiga beranak . Hatinya cepat-cepat disedapkan . Anak-anaknya yang sedang bermain-main di kakinya diajak masuk ke dalam rumah . Waktu pula hampir senja .
****************
Mata Lea begitu sukar untuk dilelapkan pada malam itu . Anak-anaknya sudah lama lena di bilik sebelah. Lea segera bangun seraya bergerak ke balkoni rumah . Dia seperti ingin menghirup udara segar . Jam baru menunjukkan pukul 3 pagi . Nafas ditarik sedalam-dalamnya . Tidak lama selepas itu , Lea dapat menangkap sebuah kereta BMW hitam berhenti di hadapan rumahnya . Lea pantas masuk ke dalam rumah seraya menyorok di belakang langsir . Dia seperti mengenali kereta itu . Seorang lelaki turun dari kereta seraya bergerak masuk ke dalam rumah . Tak mungkin !
Lea membuka sedikit pintu biliknya . Bunyi tapak kaki itu semakin hampir . Lea dapat menangkap imej seorang lelaki sedang bergerak masuk ke dalam bilik anaknya . Lea mengekori lelaki tersebut . Lelaki tersebut kelihatannya sedang mencium dahi kedua-dua anaknya sambil mengusap-usap ubun-ubun anak-anaknya .
             Sebaik lelaki itu ingin berpaling , Lea pantas menyorok di dalam biliknya . Haruman tubuh lelaki yang baru sahaja lalu amat dirinduinya . Hati Lea dilanda sebak . Lea mengekori lelaki itu sehingga ke ruang tamu .
“Abang…”,ucap Lea , lirih . Langkah Fakhri terhenti . Tanpa menunggu lama , Lea berlari memeluk suaminya dari belakang sambil teresak-esak menangis . Fakhri turut sama mengalirkan air mata .
“Abang , jangan tinggalkan Lea . Lea tak boleh hidup tanpa abang . Abang , Lea rayu , jangan tinggalkan Lea lagi”,ucap Lea sambil tersedu-sedu menangis . Fakhri seraya berpaling memandang isterinya . Wajah yang amat dirinduinya itu dipandang dengan perasaan yang sarat dengan kerinduan . Air mata Lea diseka walaupun air mata isterinya masih galak mengalir .
“Maafkan abang Lea , abang tak nak seksa hidup Lea lagi . Abang nak Lea bahagia . Abang rasa bersalah terhadap Lea dan anak-anak kita”,ucap Fakhri sayu . Wajah Lea dipandang sayang .
“Apa erti kebahagiaan pada Lea kalau abang tak ada . Lea tak kisah bang , Lea terima takdir Lea . Lea tak pernah anggap abang seksa Lea . Lea tahu , tu semua takdir . Lea tak pernah berdendam dengan abang sebab Lea sayangkan abang , Lea cintakan abang sangat-sangat”,ucap Lea seraya merangkul erat tengkuk suaminya . Fakhri turut membalas .  Ya allah , terima kasih kerana kau telah kembalikan suamiku kepadaku , ucap Lea di dalam hati .
*****************
           Lea yang sedang membaca majalah di atas katil dihampiri . Lea yang ralit membaca majalah langsung tidak menyedari kehadiran Fakhri disebelahnya . Tiba-tiba serasa kucupan hangat di pipi kanannya .
“Assalamualaikum sayang”,ucap Fakhri hampir di telinga isterinya . Lea memandang ke sebelah dengan sebuah senyuman manis ikhlas buat suaminya yang tercinta .
“Waalaikumsalam . Abang dah siap mandi?”ucap Lea . Fakhri pantas berbaring di atas paha isterinya . Lea pula mengusap-usap rambut suaminya .
“Lea , terima kasih sebab terima abang dalam hidup Lea . Abang bersyukur sangat dikurniakan isteri sebaik Lea . Abang tak tahu macam mana hidup abang tanpa Lea”,ucap Fakhri sambil bermain-main dengan jari-jemari Lea sebelum dikucup lembut .
“Lea pun nak ucapkan terima kasih dekat abang sebab sudi terima Lea . Akhirnya Allah makbulkan doa Lea supaya bukakan pintu hati abang untuk terima Lea . Alhamdulillah”,ucap Lea . Fakhri pula pantas duduk . Kepala Lea dilentokkan ke bahu suaminya .
Tidak semena-mena , Fakhri berkalih memandang Lea disebelah . Lea memandang hairan .
“Sayang manja-manja dengan abang ni , nak goda abang ek?”Fakhri mengusik . Wajah Lea merona merah . Fakhri bergerak menghampiri Lea sementara Lea pula semakin mengundur sehingga terhalang dek dinding . Fakhri semakin mendekatkan wajahnya dengan wajah Lea . Lea merasakan tekaknya tiba-tiba meloya .
“Uwek!”Lea meluahkan segala isi perutnya di singki . Belakang tubuh Lea diusap-usap penuh kerisauan . Sebaik berkumur-kumur , Fakhri membantu isterinya bergerak ke katil . Risau juga dia jika isterinya rebah .
“Sayang okey tak ni ? Muka pucat sangat ni . Jomlah sayang , pergi klinik”,ucap Fakhri kerisauan . Lea tersenyum lemah memandang suaminya .
“Tak apalah bang . Biasalah , muntah-muntah sikit”,ucap Lea penuh dengan maksud tersirat . Fakhri tidak berpuas hati .
“Apa yang biasanya sayang . Muntah-muntah macam ni . Dah beberapa hari ni Lea asyik muntah-muntah je . Risau abang . Jom, pergi klinik”,ucap Fakhri seraya berdiri . Tangan isterinya ditarik , namun Lea masih tidak berganjak .
“Abang , muntah-muntah tu biasalah . Lea kan tengah mengandung”,ucap Lea . Fakhri terkaku . Wajah Lea dipandang , mahukan kepastian . Lea mengangguk membalas . Riak risau di wajah Fakhri berganti dengan riak bahagia.
“Alhamdulillah , dah berapa bulan sayang? Tak cerita dekat abang pun”,ucap Fakhri . Tidak dapat digambarkan kebahagiaan yang dia rasakan saat itu . Walaupun dia telah mempunyai dua cahaya mata , namun rasa teruja untuk menyambut ahli baru dalam keluarga mereka masih dirasai .
 “Dah 7 minggu . Ni semua sebab abanglah ni , gatal sangat . Hazim dengan Hazira belum besar lagi dah nak dapat adik”,Lea memuncung . Tengkuk Lea dipeluk dari belakang .
“Terima kasih sebab sudi lahirkan anak-anak abang . Terima kasih kerana mencintai abang . Abang cintakan Lea sangat-sangat”,ucap Fakhri lembut ke telinga Lea . Lea tersenyum bahagia .
“Sama-sama abang . Lea pun nak ucapkan terima kasih sebab menghadiahkan sebuah kebahagiaan yang selama ni Lea dambakan . Terima kasih kerana sudi mencintai Lea . Lea cintakan abang . Dan insyaallah , Lea akan mencintai abang sampai syurga”,ucap Lea . Alhamdulillah , kebahagiaan kini berada di pihaknya . Betullah seperti apa yang dikatakan . Allah menghilangkan matahari lalu menurunkan hujan . Akhirnya , sebuah pelangi yang indah akan hadir .
********************
Alhamdulillah , tamat sudah cerpen saya . Semoga anda semua dapat meninggalkan sedikit komen buat pedoman saya untuk penulisan cerpen seterusnya . Thank you for reading !