August 16, 2012

Bab 11


Seperti yang dijanjikan, Alisa dan Aris harus ke rumah lama Encik Saiful untuk membersihkan rumah tersebut.Seminggu bukanlah satu jangka masa yang pendek.Cukuplah membuatkan A       lisa dan Aris mengeluh saban hari.
“Wei, kau tak rasa macam nak cabut keluar dari sini ke?Aku dah rasa macam 10 tahun dekat sini walaupun baru 4 hari”,Aris mengibas-ngibaskan bajunya kerana kepanasan.Mana taknya, kipas langsung tak ada.Paip tak ada.Mandi dekat telaga belakang rumah tu.Nasib baik moden jugaklah rumah bapak aku ni.Ada lampu.
“Sabarlah Aris, lagi tiga hari”,Alisa yang sedang memakai baju kurung kedah dan berkain batik berjalan menghampiri Aris yang sedang duduk di tangga.
“Aku dah cukup sabar ni.Daripada sarang labah-labah penuh atas siling tu sampailah dah tak ada benda nak buat kita dekat sini”,Aris mengeluh lagi.
Alisa menggeleng-geleng.Orang kaya biasalah.Selalunya pasang air-cond.Sekarang ni, pakai angin jelah bila kipas pun tak ada.
“Saya ada idea”,tiba-tiba Alisa mengangkat jari telunjuknya.Pantas sahaja Aris menoleh ke sebelah.
“Kenapa, kau nak kita gali lubang bawah tanah ke nak balik rumah?”Aris menyindir.Kadang-kadang idea minah ni bukannya logik sangat.
“Hisy, saya bukannya macam awak, fikir nak lari je.Saya cadangkan kita pergi sawah jalan-jalan atas batas”,Alisa mengutarakan idea bernasnya.
Bukan senang nak sampai dekat tempat ada sawah bendang ni.Rumah aku dekat selatan.
“Hei Alisa, kau dah gila.Dengan lumpur-lumpur tu kau nak suruh aku jalan atas batas”,Aris kebengangan.Dia nak suruh aku jalan atas batas tu.Dia bukannya tak tahu aku mana biasa pergi tengah-tengah lumpur tu.
“Encik Aris, awak jangan jadi perempuan.So, kita akan pergi jalan atas batas lepas ni.Muktamad”,ucap Alisa seraya bangun.Rencana-rencana nakal mula terangka di minda.
Tak biasa dengan lumpur ye.Tak apa, aku akan pastikan kau akan mandi lumpur  lepas ni!



      Dengan hanya memakai seluar lusuh dan t-shirt lusuh berwarna hijau taik lembu, Alisa berjalan ke sawah bendang.Aris pula memakai t-shirt pagoda berwarna putih.
       Pada mulanya, Aris teragak-agak untuk menyertai Alisa.Namun, setelah dipujuk dan disindir Alisa dengan sindiran-sindiran yang  maha pedas tahap membunuh, Aris hanya tabahkan hati.Lantaklah, apa nak jadi, jadilah.
Aris dapat menghidu rencana nakal di benak Alisa.Apa yang dia nak buat ni?!
“Aris, kenapa awak termenung tu.Cepatlah sikit”,teriak Alisa yang sudah jauh di hadapan.
Aris yang sedang mengelamun tersedar.
Minah ni, apasal semangat sangat?
“Sabarlah”,Aris cuba berjalan pantas di atas batas bagi menyaingi langkah Alisa yang sudah jauh meninggalkannya.
Sampai di satu kawasan yang lapang, Alisa berhanti berjalan di atas batas.Aris yang tidak sempat mengimbangi badannya, akhirnya menjadi mangsa ‘banjir lumpur’.
Yes, berjaya, teriak Alisa di dalam hati.
Alisa ketawa terbahak-bahak melihat Aris yang bersusah-payah mahu bangun akibat Lumpur yang sangat licin.
“Wei, tolonglah aku”,marah Aris yang jatuh terduduk akibat hilang keseimbangan ketika mahu bangun.
Air mata dikesat.Ketawa tak ingat dunia betul.
“Okey, okey, saya tolong”,Alisa menghulurkan tangan kanannya bagi membantu Aris bangun.
Tangannya disambut.
Tanpa apa-apa persediaan, Aris terus menyentap tangan yang ada di genggamannya.
Sudahnya, Alisa turut menjadi mangsa ‘banjir lumpur’.
“Aris!”,teriak Alisa yang sudah basah akibat direndam di dalam lumpur.
Aris melepaskan tawanya tanpa sedikit pun perikemanusiaan terhadap Alisa yang ditariknya.
“Serve you right!Tadi syok sangat gelakkan aku.Sekarang, rasakan betapa nikmatnya berendam dalam Lumpur.Hahaha”,Aris menyambung tawanya.
Alisa berusaha untuk bangun.Tanpa disedari, dia terjelopok sekali lagi ke dalam lumpur.
Apa lagi, semakin galaklah Aris ketawa.
Aku nak kenakan dia, aku yang terkena, omel Alisa sambil berusaha lagi untuk bangun.
Go, Alisa!Usaha tangga kejayaan, Alisa memberi kata-kata semangat buat dirinya sendiri.
Akhirnya, berjaya juga Alisa naik semula ke atas batas.Begitu juga dengan Aris.Kalau tak berjaya juga, nampaknya kena bertapalah dalam Lumpur tu.Jadi kerbau jadian, boleh jadi kawan.
“Apalah awak ni Aris.Saya tengah baik hati nak tolong awak naik atas, awak boleh tarik saya suruh join sekali awak dengan kerbau-kerbau tu.Tengok, saya dah kotor”,Alisa mengibas-ngibaskan baju yang dipakainya.Nasib baiklah ni baju lama, kalau baju aku, aku suruh dia basuh kasi sama macam baru beli.Baru dia tahu tahap ‘kemaktirian’ aku.
“Kau fikir kau punya kotor jelah ye.Habis, aku punya kotor, kau tak fikir.Yang kau saja-saja nak kenakan aku tu kenapa.Siap pakej lagi, gelakkan aku sampai nak terputus urat gelak, siapa suruh”,bidas Aris.Kan dah dapat paku buah keras.
 Alisa ketandusan idea.Memang salah aku pun, tapi aku mana boleh kalah dengan Aris.You go girl!
“Mana ada saya kenakan awak.Saya memang nak berhenti, yang awak tu jalan tak cek brek elok ke tak siapa suruh”, Alisa membangkang.Aku kena menang perdebatan ni.
“Suka hati kaulah Nur Alisa Sofia”,Aris mendekatkan wajahnya dengan wajah Alisa.
Hangat nafas Aris yang menyapa wajahnya membuatkan Alisa kaku.Hati Alisa tiba-tiba sahaja berdetak hebat walaupun Aris sudah jauh meninggalkannya di hadapan.
“Wei, yang kau termenung pergi Bangladesh apehal.Kau nak jadi kawan kerbau-kerbau tu ke?”teriak Aris yang sudah semester jauhnya.
Alisa yang tengah mengelamun tersentak.
Aku termenung pun sebab kau jugak, Aris!
Langkah diatur kemas bagi menyaingi Aris di hadapan.
Sebaik sahaja menyaingi langkah Aris, pantas sahaja tangannya dipegang.Aris di sebelah dikerling.Kelihatannya, Aris langsung tidak mengendahkan pegangannya di tangan Alisa…ataupun dia buat-buat tak perasan?
Ah, mimpilah kau Alisa.Dia tak sedar tu.Jangam berharap sangat!
         Hatinya tersayat pedih.Aris, jangan buat aku macam ni.Jangan buat aku terlalu berharap pada engkau sedangkan harapan aku tak mungkin terlaksana walau cuma dalam mimpi, Alisa bermonolog sendirian.
Duhai air mata, janganlah kau gugur di saat ini.Aku mohon!



              Sejak balik dari sawah bendang tadi, Alisa langsung tidak bersuara.Aris kehairanan.Takkan merajuk kot.Aku cuma tolak dia masuk lumpur je, fikir Aris.
Alisa yang sedang asyik memerhati bulan purnama mengambang di langit dihampiri seraya duduk di sebelah gadis yang mengenakan baju kurung Kedah dan kain batik itu.
“Kau terngok apa tu?”teguran Aris menyentak lamunan Alisa terhadap kenangan lalunya.
Alisa menoleh ke sebelah seraya menhadiahkan senyuman semanis mungkin buat si jejaka yang sudah lama menambat hatinya.
“Saya tengah tengok bulan.Cantik, kan?”Alisa mengalihkan pandangannya semula menala ke langit.
Aris turut berbuat demikian.
“Yup, bulan memang cantik”,Aris membalas. ‘Macam kau’,sambungnya di dalam hati.
Aris akui, Alisa memang seorang gadis yang cantik.Sejak bila dia mula mengagumi gadis itu, tidak diketahui.Hatinya pernah terdetik, mungkinkah dia sudah jatuh cinta dengan si isteri yang sudah dinikahinya sebulan lamanya?
Kan bagus kalau jadi bulan”,Alisa menyuarakan angan-angannya.
“Kenapa kau nak jadi bulan?Sebab bulan cantik?”Aris menyoal.Kalau itulah jawapannya, pasti aku mahu sahaja mengatakan bahawa engkau lebih cantik dari bulan itu.Bukan sekadar luaran, dalaman juga secantik wajah yeng terpamer di hadapanku ini.
“Bukan.Sebab, dia sentiasa ada yang merindui.Sebab dia ada si pungguk yang sentiasa merinduinya”,Alisa berbicara seolah-olah seorang ahli falsafah.Bersama Aris, membuatkan dia ingin meluahkan segala-galanya.Ya, aku mahu segala-galanya dikongsi bersama si pujaan hati.Tapi, mahukah dia?
“Kenapa ayat kau macam orang baru putus cinta je?”Aris cuba mengusir suasana romantis di antara mereka.Aku tak akan terjebak lagi dengan percintaan bersama insane bergelar wanita.Itu janji aku!
Alisa tertawa halus.
“Saya bukan putus cinta.Cuma saya mengharapkan cinta daripada ‘seseorang’.Cinta yang sekian lama saya pendam.Nak tahu tak siapa?”Alisa menoleh ke sebelah, melihat Aris yang juga berkalih memandang Alisa.
Mata mereka bertatapan.
“Awak ingat tak saya pernah tanya awak ingat saya ke tak waktu kita kemas stor dulu?”soal Alisa dengan penuh pengharapan.
Aris mengangguk sebagai balasan.
“Dialah orangnya”,hampa suara Alisa kedengaran.Sebuah keluhan maha berat dilepaskan.Aris, kenapa kau tak pernah faham apa yang cuba aku sampaikan.10 tahun aku cuba lupakan kau, tapi kau sentiasa ada di fikiran dan di hati aku.Semua cinta yang hadir aku tolak disebabkan cinta yang tak pernah berbalas untuk kau.Kenapa kau tak pernah cuba selami mata hati aku sedalam-dalamnya?
“Bodoh betulkan orang yang tolak cinta kau tu.Dia dah tolak cinta orang yang betul-betul setia pada dia”,Aris membuat andaian.Alisa tersenyum.
“Awaklah yang bodoh tu”,sebaris ayat lancar Alisa tuturkan.
Aris yang mendengar berpaling 360° secara drastiknya.
“Kenapa pulak aku yang bodoh?”Aris kebingungan.
Alisa menekup mulutnya.Alamak, aku dah terlepas cakap!
“Aaa…Habistu, awak kata pakwe saya bodoh.Ma…mana boleh”,Alisa berpura-pura marah.Janganlah dia detect yang aku salah cakap tadi.Ya allah, selamatkanlah hambamu ini.
“Marah betul”,sinis Aris membalas.
Alisa menarik nafas lega.Nasib baiklah dia tak perasan apa-apa. 
Alisa hanya tersenyum mendengar sindiran Aris.
Kepalanya ditalakan kembali menghadap ke langit.
Hatinya mengeluh berat.Aris, kenapa kau tak pernah faham dan tak pernah nak faham.
“Aris…”,suara Alisa memecah kesunyian selama beberapa minit itu.
“Hmm…”,Aris membalas sambil khusyuk menikmati keindahan malam ciptaan Yang Maha Esa.
“Boleh…saya minta sesuatu tak?”teragak-agak Alisa bersuara.Hatinya kurang yakin dengan penerimaan Aris.
“Apa?”sebaris ayat keluar dari bibir Aris.Matanya masih lagi menghadap ke langit.
Kenapa hati aku berdebar-debar semacam je ni?Aris, kau kena kuat.Kau tak boleh jatuh cinta.Kau ingatkan janji kau, Aris bermonolog sendirian.
Alisa ketandusan kata-kata buat seketika.Apa aku nak cakap ni?Ya allah, situasi macam ni membuatkan aku lemah.Aku jadi Alisa yang sebenar-benarnya.Alisa yang selama ini memendam perasaannya, bukan Alisa yang sentiasa ceria walau apa jua yang terjadi.
“Alisa…boleh kau letakkan kepala kau dekat bahu aku?”,lancar sahaja permintaan itu keluar dari peti suara Aris yang sekian lama membisu.
Permintaan itu membuatkan Alisa tersentak.Aku salah dengar ke dia yang salah cakap?
“Awak….suruh saya…”.
“Ya…mungkin kau rasa aku ada masalah anak tekak, atau otak aku dah mereng.Tapi sekali ni, aku minta kau letakkan kepala kau atas bahu aku je.Boleh kan?”seraya Aris menghadap Alisa di sebelahnya.Ya allah, perasaan apa yang sedang aku rasakan ini?!
Lentokan kepala Alisa di atas bahu Aris membuatkan Aris berasa tenang buat seketika.
Mata dipejam buat seketika.
Ya allah, ketenangan ini sudah lama tidak aku kecapi dengan seseorang yang bergelar lelaki.Salahkah aku mencintai suamiku sendiri?Salahkah aku berharap pada sesuatu yang tak pasti?Aku cuma berharap dapat bersama dengan dia untuk seumur hidupku, itu saja.
Air mata yang mengalir diseka pantas.
Duhai angin, kau khabarkanlah pada si dia yang ku cinta bahawa dia bisa mengerti perasaan ku.Agar dia tahu, aku amat mencintai dirinya sepenuh hatiku.Agar seandainya kami berpisah, dia tahu bahawa hatiku telah dibawa pergi olehnya.