December 22, 2012

Ceren: Tak Kenal maka Tak Cinta



Jem strawberi disapu ke atas roti . Begitulah rutin sarapan hariannya . Memakan roti disapu jem strawberi dan minum air milo . Nak kata bosan , memang bosanlah hari-hari makan benda yang sama . Tapi , bak kata housemate aku , nak save bajet . Gaji nak kata sikit , tak adalah sikit sangat . Masalahnya sekarang ni , housemate aku tu kedekut . Jadi , aku yang tinggal serumah dengan dia ni terpaksalah jadi kedekut juga . Kalau aku belanja lebih-lebih nanti , mulalah minah tu membebel . Membazirlah , tak pakailah , macam-macamlah .
“Ehm , ehm , termenung nampak . Kutuk aku dalam hati apa”,tegur Hazira , housemate Juliyana . Atau lebih mesra lagi dipanggil Iwa . Jap , jap , mana datang Iwa tu ? Sebenarnya , Hazira ni pelat huruf ‘r’ . Jadi , bila dia sebut nama dia , tu yang dengar macam ‘Haziwa’. Nama tu sebenarnya dah lekat sejak dari sekolah rendah lagi . Bila dia suruh panggil Ira , dengar macam Iwa , jadi orang panggillah Iwa . Jangan terkejut pula kalau telefon mak dia tanya Iwa mana mak dia kata salah nombor .
Auliya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih . Mana dia tahu aku tengah mengutuk dia pagi-pagi ni . Nampak sangat ek? Hazira yang sedang melangkah ke meja makan terus melabuhkan punggungnya di hadapan Auliya yang sedang enak mengunyah roti . Dia pula , mengambil giliran menyapu jem di atas roti . Kemudian , roti itu disua ke dalam mulutnya .
“Iwa , aku bosanlah asyik makan roti je . Kau tak nak…”,Auliya tidak sempat menghabiskan ayatnya sementelah Hazira cepat memintas . Pantang betullah budak ni . Kalau aku buka topik ni je , tak sempat nak telan makanan dalam mulut tu , nak jugak memintas .
“No , no , no . Kita jangan membazir . Membazir tu kan amalan syaitan . Lagipun , kita dahlah makan tengah hari dekat luar , malam je yang kita ada dekat rumah . Tu pun kalau rajin baru masak . Atau kau nak cakap kau nak makan sarapan dekat luar juga . Nope  , kau jangan nak membazir . Cuba kau kira berapa banyak habis kalau…”, mulut Hazira ditutup dengan tapak tangannya sebelum Hazira menyambung . Auliya membuat isyarat menyuruh Hazira berhenti meneruskan ceramah dia . Ni yang aku malas nak cakap dengan dia ni , aku cakap sepatah je , tu pun tak habis cakap , dia dah balas berpatah-patah . Memang pantang betul kalau sentuh isu berbelanja ni . Tapi bagus juga , dengan Hazira aku belajar untuk berjimat-cermat .
Hazira menepis tangan yang terletak elok di atas mulutnya . Dia membuat muka geram .
“Fine, fine . Aku mengalah YB Hazira”,Auliya mengangkat kedua-dua belah tapak tangannya menandakan yang dia sudah mengalah . Hazira masih tidak puas hati kerana syarahannya masih belum selesai lagi . Dia mula membuka mulut mahu berkata sesuatu . Namun , Juliyana mengambil langkah yang bijak dengan mengatakan, “Cadangan ditutup”,seraya Auliya bangun meninggalkan Hazira dengan muka cemberutnya . Juliyana hanya tersenyum nipis melihat gelagat sahabatnya yang sudah munung sedepa itu . Itulah Hazira , yang selalu membuat dia berasa geli hati  .
Namun , Hazira bukannya boleh dilayan sangat . Kalau dilayan , memang  aku lewatlah hari ni . Dahlah hari ni ada meeting penting . Mahunya kena leter dengan bos . Terus kunci kereta dicapai dan bergerak ke tempat kerjanya sementara Hazira baru siap bersarapan . *************************************************************************************
 Satu persatu siaran di televisyen ditukar . Namun , satu pun tidak menarik minatnya . Kepalanya berserabut . Sangkanya , rindu terhadap mamanya akan terubat jika dia pulang ke rumah mamanya . Namun , bukan ketenangan yang dia dapat , makin serabut  adalah . Masih terngiang-ngiang lagi suara ibunya memberi amaran keras kepadanya .
“Mama tak kira . Within this week , mama nak Nuar bawa calon isteri Nuar jumpa mama . Kalau tak , mama kahwinkan kamu dengan anak Datin Fauziah tu”.Begitu tegas mamanya mengugutnya . Kepalanya berserabut . Selama ini , dia tidak pernah berfikir untuk mencari calon isteri , apatah lagi berkahwin . Bukan dia terlalu memilih , cuma dia sangat sibuk . Dalam usia yang baru mencecah 26 tahun , dia terpaksa menggantikan tempat papanya yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya tahun lepas .
             Anuar mengurut belakang tengkuknya seraya kepalanya didongakkan menghadap siling dengan mata yang terpejam . Badrul yang baru keluar dari dapur , memandang pelik sahabatnya . Tak pernah pula nampak Anuar penat macam ni . Tentu ada masalah .
“Woi , tanggung masalah negara ke?”bahu sahabatnya ditepuk kuat , menyentak lamunan Anuar . Anuar memberi ruang kepada Badrul untuk duduk di sebelahnya . Pantas sahaja tangan Badrul mengelih siaran ke rancangan sukan . Memang itu siaran yang diminatinya sejak zaman remaja lagi .
“Bad , kau kena tolong aku . Aku runsing ni”,serabut sungguh muka Anuar memandang Badrul di sisinya . Kedua-dua belah bahu Badrul dicengkam kuat lalu tubuh Badrul digoncang-goncang . Kedua-dua belah tangan Anuar yang berada di bahunya ditolak ke tepi . Dari gaya Anuar ni , macam nak cabut je bahu Badrul yang memakai baju tanpa lengan itu . Terserlah bahunya yang berotot-otot itu . Dah kerja gym trainer , mana badan tak tough .
“Masalah kau besar sangat ke sampai nak tercabut bahu aku kau goyang”,usik Badrul . Anuar memalingkan tubuhnya mengahadap televisyen . Dia mengeluh berat . Macam mana aku nak cakap dengan Bad ni . Memang dia gelak sakanlah kalau dengar apa aku cakap .
“Mama aku suruh aku bawa calon menantu untuk dia . Kalau tak , dia kahwinkan aku dengan anak Datin Fauziah”,ujar Anuar . Mukanya cuba dikawal daripada terserlah betapa malunya dia menyatakan apa yang membelenggu otaknya . Sangkaannya mengena . Badrul terbahak-bahak mendengar luahan hati sahabatnya sehingga berair-air matanya . Anuar memandang geram sahabatnya yang sedang menekan-nekan perutnya . Tak boleh pakai punya lawan .
“Aku tengah serabut , kau boleh gelak sakan . Baik aku tak payah bagitahu kau , bro”,marah Anuar . Dia berpeluk tubuh . Tengok dari gaya , punyalah macho . Tapi , cepat merajuk .
“Ala bucuk-bucuk , merajuk pulak dia . Tak macholah , bro”,bahu sahabatnya ditepuk kuat sehingga badan Anuar turut terdorong sekali ke tepi . Badrul sudah kembali kepada normal walaupun geli hatinya masih ada . Dia tidak mahu sahabatnya menganggap dia sahabat yang tidak mengambil berat . Hati sahabatnya itu perlu juga dijaga .
“Relakslah bro . Kau kan hensem , semua nak dekat kau . Lagi satu , kau kan kenal anak Datin Fauziah tu . Siapa ? Ha , Qistina . Cun kot awek tu”,Badrul mula mengutarakan hujah-hujahnya . Mata Anuar yang sedang menghadap televisyen terbuntang luas, seraya memandang Badrul di sebelah yang sedang menayangkan muka selambanya bagaikan apa yang baru keluar dari mulutnya tiada salahnya .
“Qistina tu kau kata cantik ? Beb , Qistina tu aku tengok macam jenglot dah . Bedak  dia dah 8 inci tebal , lipstick dia merah gila , baju tak cukup kain . Aku nak cari bini wei , bukan pelakon jadi hantu”,Anuar membuat muka gerunnya . Tak pernah terlintas di benaknya untuk menjadikan Qistina sebagai isterinya . Bukan gadis itu tidak cantik , bahkan Qistina merupakan seorang pramugari . Cuma , Qistina bukanlah jenis isteri idamannya . Dia bukan mahukan isteri yang cantik , dia hanya mahu seorang isteri yang baik dan cukup sempurna tingkah lakunya . Bukannya bersikap liar seperti Qistina .
“Apa kata , kau tarik je mana-mana awek yang kau berkenan . Lepastu , kau bawa dia jumpa mak kau . Kau upahlah dia . Bila dah bawa jumpa mak kau , korang buat lah hal masing-masing”,Badrul memberi cadangan . Secara drastik , Anuar memandang sahabatnya di sebelah . Hatinya berbunga riang . Serasa terbang sudah masalah yang menimpa kepalanya tadi .
“Kenapalah aku tak terfikir ek ? Geliga jugak ek otak kau dalam hal-hal macam ni . Kau memang kawan aku bro”,belakang tubuh Badrul ditepuk-ditepuk . Badrul terangguk-angguk membangga diri . Mukanya penuh dengan kebangaan apabila ideanya diterima terus oleh Anuar . Biasanya , banyak je Anuar nak bidas . Tapi , sekarang terus terima bulat-bulat . Dah buntu sangatlah tu  .
            Tindakan Anuar yang tiba-tiba berdiri membuatkan Badrul hairan . Takkan malam ni terus dia nak rembat awek bawak jumpa mak dia kot . Namun , tekaan melulunya meleset sama sekali . Rupa-rupanya , Anuar bergerak masuk ke dalam bilik . Jam di dinding dikerling . Patutlah , dah pukul 11.30 malam . Badrul meneruskan aktivitinya menonton siaran bola sepak di kaca televisyen . Sesekali terdengar mulutnya melaungkan perkataan ‘gol’ apabila pasukan yang disokongnya menjaringkan gol .
*************************************************************************************
             Telah berkali-kali jam di dashboard kereta dipandang . Alamak , dah pukul 5.30 petang . Mampus aku kena bebel dengan minah ni nanti . Janji pukul 5 , ni dah setengah jam lewat ni . Time-time macam nilah jalan nak jammed . Macam tahu-tahu je yang aku dah lambat . Hish , keluh Juliyana dalam hati .
Hari ini , dia terpaksa pergi ke pejabat Hazira bagi menjemput sahabatnya itu . Bukannya Hazira tidak mempunyai kereta , namun keretanya telah dihantar ke bengkel untuk diservis . Memang Hazira akan menghantar keretanya ke bengkel untuk diservis setiap dua bulan sekali . Yelah , banyak duit . Hantar servis kereta setiap hari pun tak kisah .
Bunyi hon daripada kereta-kereta yang turut tersangkut dalam kesesakan lalu lintas pada petang itu , mengusir lamunan Auliya pergi . Inilah yang paling dia tidak suka jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas , bunyi hon yang membingitkan telinga bagaikan berlawan siapa paling kuat . Auliya mengeluh . Ah , tensionnya !

Kepala yang sedikit berdenyut diurut perlahan . Tubuhnya disandarkan ke kerusi dan memejamkan matanya buat seketika . Runsing  kepalanya memikirkan masalahnya yang satu itu . Sudah hari kelima , namun dia masih belum menemui jalan penyelesaian bagi masalahnya . Serabut!
            Tidak lama kemudian , I Phone 4 miliknya berbunyi nyaring minta diangkat . Matanya terbuka luas mencari-cari mana letaknya I Phone 4 nya . Melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon membuatkan Anuar tidak berminat untuk menjawab panggilan tersebut . Lama telefon bimbitnya dibiarkan , barulah dia menjawab panggilan telefon itu .
“Assalamualaikum , ma . Kenapa telefon Nuar ni?”lemah sungguh nada suara Anuar . Datin Fauziah tersenyum . Dia tahu anak terunanya itu tertekan dengan permintaannya .
“Waalaikumsalam . Ha , macam mana dengan calon menantu mama ? Bila nak bawa jumpa mama ? Dah hari kelima ni”. Amboi , straight to the point mama aku ni . Tak ada benda lain dah , terus je dengan calon menantu dia tu .
“Nantilah , ma . Anuar sibuklah . Nanti mama jumpalah calon menantu mama tu”,Anuar membalas tanpa perasaan . Dia sangat tertekan . Tertekan dengan permintaan mamanya . Ah , mama kadang-kadang seorang yang boleh bertolak ansur . Namun , bila dah buat keputusan , tidak boleh tidak , mesti dilaksanakan . Agaknya , macam manalah arwah papa boleh tahan dengan perangai mama .
“Hurm , kalau macam tu kira jadi jelah . Datin Fauziah tu memang rancang nak jumpa mama malam ni . Bolehlah bincang sekali dengan dia”,Datin Fauziah cuba menggertak anaknya .
“What ?!”membuntang mata Anuar mendengar bicara mamanya . Datin Fauziah tersenyum lagi . Sudah diagak reaksi anak terunanya itu .
“Kalau Nuar tak nak dengan Qistina tu , bawa calon isteri kamu jumpa mama . Ajak dia makan malam sekali dengan kita . Boleh mama kenalkan dekat Datin Fauziah , okey sayang?Okeylah Nuar , mama nak pergi siram pokok bunga ni , jangan lupa tau apa mama pesan . Assalamualaikum”. Talian dimatikan . Anuar menelan liur kelat .
Tanpa berlengah , barang-barangnya dikemas . Hanya satu sahaja di benaknya sekarang , Badrul ! Ya , Badrul harus membantunya . Nombor telefon Badrul didail dan tidak lama selepas itu , Badrul menjawab panggilannya .
                Bunyi isyarat mesej masuk membuatkan Juliyana terus mencari-cari telefon bimbitnya dari dalam tas tangannya . Hish , mana pulak phone aku ni . Habis diselongkar segala isi di dalam handbagnya  . Tanpa disedari sesusuk tubuh sedang berjalan bertentangan arah dengannya sedang galak bercakap di telefon . Yes , berjaya jugak jumpa phone aku , teriak hatinya kegembiraan .      
 Prank!
Berderai handphone yang sedang dipegang . Auliya termanggu seketika . Otaknya sedang mencerna apa yang baru berlaku . Betul ke aku baru pecahkan I Phone 4 orang ni .
Anuar juga sama rekasinya seperti Auliya . Apa yang korang rasa kalau I Phone 4 yang korang baru guna seminggu pecah atas jalan tar .
“Ya allah . Maafkan saya encik . Saya tak perasan”,Auliya yang bagaikan baru tersedar dengan pantas mengutip serpihan-serpihan I Phone 4 milik jejaka di hadapannya . Anuar hanya diam membatu . Dahlah mama suruh bawa calon menantu dia hari ni , I Phone 4 yang baru seminggu guna pecah . Apa lagilah lepas ni .
“Encik , saya betul-betul minta maaf . Saya tak perasan tadi . Nanti saya ganti . Nak ganti sekarang , saya belum dapat gaji lagi . Nanti saya deh gaji , saya janji saya ganti . Encik kerja dekat sini kan? Nanti saya jumpa encik . Okey encik , saya nak cepat ni”.Pantas butir bicara Auliya , langsung tidak memberi peluang kepada jejaka yang tidak dikenalinya bercakap . Sebaik dia ingin berlalu , serasa lengannya ditarik seseorang . Anuar agak terkejut juga dengan tindakan spontannya itu . Auliya berpaling menghadap jejaka yang segak mengenakan kot di tubuhnya .
“Encik , saya nak cepat ni . Kalau encik nak saya ganti juga , bukan hari ni . Kalau tak , saya sanggup buat apa aje untuk encik”.Ops , terlepas cakap . Apa maksud aku dengan sanggup buat apa aje tu . Auliya menggigit bibir . Janganlah lelaki ni minta benda bukan-bukan .
“Kalau macam tu , ikut saya”,terus tangan Juliyana ditarik sehingga terdorong gadis itu mengikutnya . Juliyana kecut perut . Hish , dahlah aku tak kenal mamat ni . Tiba-tiba suruh aku ikut dia pula .
“Encik, encik , encik nak bawak saya pergi mana ni encik ? Jangan encik , saya…dah kecut ni encik”,ujar Auliya jujur . Pegangan kemas di lengannya cuba dilonggarkan . Nasib baik berlapik , kalau tak dah lama aku pelangkung mamat ni . Sedap-sedap je tarik aku .
“Saya takkan apa-apa kan, awak . Jangan risau . Awak cuma ikut saya je . Kalau awak tak percaya saya , keluarkan phone awak . Dail nombor telefon polis , dan pegang phone tu”.Auliya terangguk-angguk . Telefon bimbitnya dikeluarkan dan terus membuka peti mesej . Double what !(okey , terpengaruh dengan cerita Cinta Bersemi Di Putih Abu Abu) . Dia mesej aku just nak beritahu yang dia balik naik teksi dan sebab nak baca mesej dia aku terjebak dengan lelaki entah apa-apa ni . Auliya menguntumkan senyuman kepada Anuar yang sedang memandangnya . Pantas nombor telefon polis didail .
Tanpa menunggu lama , Anuar kembali menarik Auliya masuk ke dalam keretanya . Sesiapa pun mak bapak perempuan ni , harap maaf sebab saya terpaksa culik anak mak cik dengan pakcik . Maafkan saya!
*************************************************************************************
Berkelip-kelip mata Auliya memandang rumah mewah di hadapannya . Matanya dikalihkan pula memandang jejaka di sebelahnya yang sedang menarik dan menghembus nafas . Dia nak ajar aku cara bernafas agaknya , telah Auliya .
“Okey , jom”,terus tangan Auliya ditarik masuk .
“Wait , wait , encik jangan buat yang bukan-bukan . Saya pandai taekwando encik , nanti habis encik saya kerjakan”, ugut Auliya . Tak pernah mana-mana lelaki membawa dia masuk ke dalam rumah dan jika dipelawa pun dia takkan pernah masuk .
“Okey , okey , biar saya cakap perkara sebenar”,Anuar berjeda , sengaja membuat Juliyana ternanti-nanti . Comel juga muka perempuan ni bila buat muka nak tahu dia tu , puji Anuar dalam hati .
“Saya nak awak menyamar jadi kekasih saya untuk hari ini untuk jumpa mak saya dan awak tak perlu ganti I Phone saya dan kita akan buat hal masing-masing lepas ni”,senafas  Anuar meluahkan niatnya membawa gadis itu ke sini . Ternganga mulut Auliya mendengarnya .
“Encik , saya cuma perlu bayar balik harga I Phone encik . Hish , saya tak setujulah kalau kena menyamar jadi kekasih encik segala . Dahlah encik , saya nak balik”, Auliya berura-ura ingin pergi .
“Cik , saya merayu . Cik je yang boleh bantu saya . Saya janji saya takkan kacau cik lagi lepas ni”.Aduh , rayuan Anuar membuatkan aku lemah . Ya , memang kelemahan aku . Tak boleh kalau orang merayu , aku pun akan lembut hati . Susah betul macam ni .
Anuar memandang gadis itu dengan penuh mengharap . Lama Auliya memandang Anuar sebelum akhirnya dia bersetuju . Anuar hanya mampu tersenyum kelegaan melihat anggukan Auliya .
*************************************************************************************
“ Nama siapa ni?”soal Datin Rahimah lembut . Sejuk hatinya melihat calon menantunya itu . Pandai Anuar memilih . Wajah yang lembut , menutup aurat dan sopan santun . Tidak sia-sia dia menggertak Anuar untuk bertemu dengan wanita yang berjaya menghuni hati anaknya itu . Rupa-rupanya , gadis di hadapannya itu yang menjadi kekasih hati anaknya . Hatinya mengucap syukur .
“Nama saya Sharifah Nur Auliya . Panggil Liya”,ucap Auliya sopan . Walaupun dia hanya berlakon , itu tidak memberi tiket kepadanya untuk bersikap kasar terhadap wanita tua di hadapannya . Padanya , orang tua memang wajib dihormati .
Anuar terangguk-angguk , sama seperti mamanya . Sharifah Nur Auliya nama dia . Tulah , main tangkap muat je . Nama pun lupa nak tanya .
“Jadi , Liya nilah calon menantu mama ?”soalan itu diajukan kepada Anuar . Anuar hanya mengangguk sebagai balasan .
“Okeylah , kalau macam tu , Liya lulus jadi menantu mama . Minggu depan kamu berdua kahwin”,selamba sahaja Datin Rahimah menuturkannya .
“Apa?!”Terbuntang dua pasang mata di hadapannya . Kahwin ? Minggu depan ? Wait , wait , aku tak kenal pun siapa mamat ni dan aku akan kahwin dengan dia minggu depan . Langsung tak boleh diterima dek akal .
“Yup , minggu depan . Esok mama jumpa mak Liya , bincang . Benda baik ni buat apa tangguh-tangguh kan ? Okeylah , mama pergi dapur kejap , nak hiding makan malam . Malam ni Liya makan sini je ye . Mama dah masak special”,seraya Datin Rahimah meninggalkan Anuar dan Auliya termanggu-manggu . Kedua-duanya berpandangan . Pandangan masing-masing tersirat seribu makna .
*************************************************************************************
Hish , mana phone aku ni . Bukan aku letak atas meja ke semalam lepas jawab call Anuar . Okey , mesti pelikkan kenapa aku jawab phone call Anuar . Sebenarnya , lepas mama dia cakap nak kahwinkan kitorang minggu depan , Anuar terus decide supaya kitorang kahwin je . Dia kata , mana tahu memang jodoh kami . Jadi , untuk masa seminggu , kitorang cubalah kenal diri masing-masing dulu . Aku dengan dia pun ambil cuti seminggu lebih awal . Dan , aku setuju . Tak salahkan kalau cuba mengenali dia dulu . Bak kata orang tua , tak kenal maka tak cinta . Lagipun , semalam mama Anuar dah pergi rumah aku . Memang tak terkejut pun bila mama Anuar dengan driver dia jemput aku nak pergi rumah aku . Sudahnya , membebellah mak aku kata kenapa tak cakap awal-awal . Nak cakap awal-awal macam mana mak oi , mana  Liya tahu nak kena kahwin meinggu depan .
          Akhirnya , jumpa juga phone aku . Bawah bantal rupanya . Punyalah aku geledeah satu bilik ni , bawah bantal juga kau menyorok ye . Terus telefon bimbitnya dimasukkan ke dalam tas tangannya . Bunyi hon dari luar rumah membuatkan Auliya terus sahaja keluar . Dia tidak mahu Anuar ternanti-nanti .
“So , kita nak ke mana?”soal Anuar sebaik Auliya melabuhkan punggung di tempat penumpang di sebelahnya .
“Awak ajak saya keluar walhal awak tak tahu nak pergi mana”.Senafas ayat itu meluncur laju dari bibir Auliya . Kalau macam tu , baik tak payah bawa aku keluar . Tiba-tiba , terlintas satu idea di benak Auliya . Anuar hanya membuat muka comelnya . Comellah sangat .
“Okey , awak ikut mana saya tunjuk”,arah Auliya . Anuar yang bagaikan lembu dicucuk hidung hanya menurut .
Setelah setengah jam perjalanan , mereka tiba di sebuah taman rekreasi yang tidak ramai pengunjung pada waktu-waktu sebegitu . Tenang sungguh  suasana pada petang itu . Terasa segala masalah yang membelenggu terbang pergi . Nafas ditarik sedalm-dalamnya . Hah , nyamannya  .
“Nice place”,ucap Anuar , turut melakukan perkara yang dilakukan oleh Auliya . Pandai minah ni cari tempat . Kalau perempuan lain , mesti dah ajak pergi shopping complex , habiskan duit aku sebab aku anak Dato’ . Nasib baiklah dia bukan jenis macam tu , Anuar mengucap syukur di dalam hati .
Tiba-tiba lengan bajunya serasa ditarik . Auliya dengan ramah menegur seorang pak cik yang sedang berdiri di tepi motor menjual ais krim .
“Assalamualaikum , pak cik”,tegur Auliya ramah . Dia memang selalu juga ke situ pada hari minggu dan pak cik yang dikenali sebagai Pak Man itu sudah mengenali Auliya . Yang istimewanya di taman rekreasi itu , penjual ais krim di situ adalah orang melayu . Jarang kan jumpa orang melayu jual aiskrim naik motor dekat Malaysia ni . Kan special namanya  tu .
“Waalaikumsalam , Liya . Berdua nampak , siapa lelaki handsome sebelah kamu tu Liya?”Pak Man mengusik . Segak , bergaya dan agak tampan juga lelaki di sebelah Auliya itu . Senyuman yang dihulurkan Anuar dibalas .
“Kenalkan , ini Anuar , bakal suami saya . Anuar , ni Pak Man , pak cik yang jual ais krim paling sedap sedunia”,sempat lagi Auliya mengusik Pak Man . Terbahak-bahak Pak Man ketawa , namun salam yang dihulurkan Anuar tetap juga disambut .
“Pak Man , nak aiskrim biasa dua”,ujar Auliya kepada Pak Man sebaik Pak Man selesai bersalaman dengan Anuar  . Pak Man mengangguk seraya mengeluarkan dua aiskrim mangkuk sederhana besar . Memang ais krim itulah yang akan dipesan oleh Auliya apabila dia membeli ais krim di situ . Padanya , ais krim mangkuk memberikan satu perasaan yang mengujakan apabila menikmatinya . Hiperbola nampak .
          Setelah membayar harga ais krim tersebut , Auliya terus mengajak Anuar duduk di sebuah bangku yang terletak di bawah sebatang pokok yang rendang . Tanpa menunggu masa yang panjang ,  Auliya terus membuka penutup aiskrim mangkuknya diikuti dengan Anuar . Masing-masing diam tanpa bicara . Anuar jadi lemas . Lemas dengan situasi bisu antara mereka .
“Liya , ada something dekat pipi awak”,tegur Anuar , memecahkan kesunyian antara mereka . Auliya memandang Anuar di sebelah dengan mata yang sengaja disepetkan . Hish , kacau daun betullah . Aku baru nak feeling .
Dengan sepantas kilat tangan kanan Auliya menyapu kedua-dua belah pipinya . Setelah itu dia menyambung suapannya .
“Ada lagilah benda tu”,ujar Anuar , serius . Auliya memandang Anuar hairan . Aku dah kesat pun ada lagi ke ? Benda apalah yang melekat dekat pipi aku ni , degil betul nak tanggal .
Kali ini , kedua-dua belah pipinya dikesat sebanyak kali yang mungkin . Ingin sahaja Anuar memuntahkan lahar tawanya pada ketika itu , namun dia terpaksa tahan agar rancangannya untuk mengenakan Auliya .
         Anuar menghulurkan tangan kanannya untuk membantu menghilangkan ‘benda’ yang melekat di pipi Auliya . Namun sebaliknya yang berlaku , Anuar menekupkan penutup aiskrimnya ke pipi Auliya . Tarnganga luas mulut Auliya melihat apa yang dilakukan Anuar . Anuar terus berlari meninggalkan Auliya apabila Auliya ingin membalas balik perbuatannya yang mencomotkan pipi gadis itu dengan ais krimnya .   
Anuar berlari di hadapan manakala Auliya tercungap-cungap cuba mengejar . Sesekali Auliya berhenti seketika untuk mengambil nafas . Agaknya aku main kejar-kejar dengan atlit kebangsaan apa ni . Laju gila lari . Semput mak !
Elok sahaja Auliya menyusun langkah mengejar Anuar , tiba-tiba kakinya terpelecok . Okey , aku lupa aku pakai heels .
“Ouch!”teriakan Auliya itu membuatkan Anuar berhenti berlari dan berpaling ke belakang . Auliya kelihatan terduduk di atas rumput sambil memegang kakinya . Mukanya juga menunjukkan yang dia sedang menahan kesakita . Auliya yang berkerut-kerut mukanya menahan sakit dihampiri . Anuar mencangkung di sebelah Auliya .
“Hish , sakitlah”,tangan Anuar dipukul , melarang jejaka itu membelek-belek kakinya . Anuar memandang Auliya . Wajah Auliya yang sedang berpeluh-peluh itu ditatap lama . Kenapa aku rasa Auliya ni cute ek?
“Awak kena bayar untuk apa yang awak tengok”,ucap Auliya tiba-tiba membuatkan lamunan Anuar tersedar .
“Liya , kaki awak terseliuh ni . Jom pergi klinik , nanti melarat”,Anuar sudah mula memegang celah ketiak Auliya untuk membantu gadis itu bangun .
“No , no , don’t touch me , okey . Saya boleh bangun sendiri”. Anuar hanya mengangkat bahu seraya melepaskan pegangannya di celah ketiak Auliya . Auliya menggunakan seluruh kudratnya untuk bangun . Sebaik dia hampir berdiri , dia terus jatuh terduduk semula . Terbahak-bahak Anuar mentertawakan Auliya yang sedang mencebik .
“Sombong , orang nak tolong tak bagi . Sini saya tolong”, Anuar menghulurkan bantuan . Alahai , comelnya bakal bini aku buat mulut macam tu . Auliya berpeluk tubuh . Tiba-tiba , dia berada di awing-awangan . Aik , Anuar ni bagi aku naik permaidani terbang ke apa?
“Anuar , turunkan sayalah . Turunkan saya”,Auliya menjerit di tepi telinga kanan Anuar . Anuar menjarakkan sedikit kealanya daripada Auliya . Auliya mempamerkan muka tidak puas hati . Sedap dia je angkat anak dara orang . Baru dua hari kenal kut .
Dengan selamba , Auliya digendong masuk ke dalam kereta . Muncungan di bibir Auliya bukan makin berkurangan , malah semakin memanjang adalah . Anuar tertawa kelucuan . Sudah lama dia tidak merasa tenang sebegini . Mungkinkah aku telah jatuh cinta kepada gadis yang baru dua hari aku kenali?
*************************************************************************************
               Hari ni dah hari keempat . Preparation untuk majlis perkahwinan aku dengan Anuar semua mama Anuar dah sediakan . Khemah , pelamin , baju , catering … Ops ,catering tak tempah untuk majlis dekat rumah aku okey . Mak aku kata dia suka kalau orang kampung gotong-royong je . Aku ada juga tanya dekat mama Anuar , kenapa awal sangat kahwinnya . Kata mama Anuar , dia memang nak kahwinkan Anuar juga kalau Anuar tak bawa aku jumpa dia . Tapi , kena kahwin dengan pilihan dia . So , sama ada Anuar bawa calon atau tak , dia tetap akan berkahwin . Dan , bila dia dah bawa aku jumpa mama dia , aku kenalah kahwin dengan dia . Aduhai dunia , jodohku datang bergolek sudah .
Hari ni aku dengan Anuar dating dekat shopping mall . Sambil-sambil ambil baju , kitorang nak bincang tentang diri masing-masing dulu . Nanti , bila dah kahwin tak adalah sorang duduk utara sorang duduk selatan . Malaysia kan terletak di tenggara benua Asia . Ceh …
         Auliya mengajak Anuar pergi ke sebuah kedai yang menjual aneka gula-gula . Bersinar-sinar mata Auliya melihat gula-gula yang berada di hadapan matanya . Gula-gula yang ku cintai . I’m coming my dear !
Auliya terus mengambil bakul yang memang disediakan di situ . Segenggam demi segenggam gula-gula masuk ke dalam bakul yang berada di tangannya . Sesudah membuat pilihan , dia membuat bayaran . Ops , pembetulan , Anuar membuat pembayaran . Pandai-pandailah nak kecek Anuar ni , bukan susah pun .
Mereka duduk di sebuah meja yang terdapat di kedai yang menjual kek . Asyik sungguh Auliya mengunyah gula-gula . Cemburu pula Anuar dengan gula-gula tu . Dia lebih syok agaknya layan gula-gula dia daripada layan aku . Anuar hanya melihat sahaja tingkah Auliya sehinggalah seorang pelayan datang mengambil pesanan mereka .
“Cheese cake satu”, ucap mereka serentak . Mata Auliya bertentangan dengan mata Anuar . Masing-masing dengan riak terkejut .
“Okey , cheese cake dua”,Anuar membuat pesanan . Terangguk-angguk pelayan tersebut mengambil pesanan mereka .
“Chocolate shake satu”,sekali lagi mereka mengucapkannya serentak . Pelayan tersebut memandang hairan kedua-dua meraka . Namun , pesanan tetap diambil . Setelah itu , pelayan tersebut meninggalkan mereka .
Auliya kelihatannya sedang menahan tawa . Kembung pipinya kerana cuba menahan tawanya daripada meletus . Tiba-tiba , Anuar melepaskan tawanya . Mata semua pengunjung memandang tepat ke arah mereka  . Anuar ni dah tak betul agaknya . Niatnya ingin ketawa mati begitu sahaja , berganti pula dengan perasaan malu .
Segumpal plastic gula-gula melayang tepat mengenai dahi Anuar . Sebaik Anuar memandangnya , Auliya terus meletakkan jari telunjuknya ke bibir menyuruh Anuar berhenti . Anuar tersengih malu . Lupa pula yang aku ada dekat  tempat awam . Macam manalah boleh terlepas macam tu sekali .
“Kenapa ek awak ketawa sampai tak ingat dunia?”ujar Auliya dengan mimic mukanya sengaja diseriuskan . Sekali lagi , gelagat Auliya membuatkan tawanya ingin terhambur semula . Kembang kempis hidungnya menahan tawa .
“Kalau awak ketawa lagi , saya sumbatkan gula-gula yang ada dalam mulut saya ni dalam mulut awak”, Auliya mengugut Anuar . Anuar menelan liru . Amboi , tu dah melampau tu .
Auliya kembali asyik dengan dunianya setelah pasti Anuar tidak akan tergelak seperti tadi . Pesanan mereka pun tiba . Mereka menjamu pesanan mereka dengan sungguh berselera .
“Hmm , awak suka makan cheese cake ye?”soal Auliya tiba-tiba . Anuar hanya mengangguk sebagai jawapan sementelah mulutnya sedang penuh dengan cheese cake .
Auliya mengeluh bosan . Cheese cakenya sudah lama habis . Yang Anuar ni pula makan macam makan dengan anak raja je . Kunyah macam kura-kura . Dahlah diam seribu bahasa . Auliya menalakan pandangannya ke sekeliling . Hmm , kedai kemas , bersih dan selesa . Gred A !
“So , now I want to hear a little bit about you”,soalan Anuar membuatkan Auliya memandang jejaka di hadapannya itu . Hensem!
“Tak ada yang menarik . Saya anak sulung daripada empat adik-beradik . Saya bekerja di Syarikat NS Enterprise . Asal Johor . Belajar sampai ijazah . Mak ada sorang , ayah ada sorang . Atuk dengan nenek belah ayah dah meninggal . Kampung diorang dekat Pahang  . Atuk belah mak dah meninggal tapi nenek saya belum . Kampung diorang dekat Johor juga . Anak belum ada . Suami insyaallah satu je”,dengan riak selamba Auliya menuturkannya . Anuar tergamam . Mak aih , siap mana atuk dengan nenek dia tinggal sekali dia sebut . Kenapa tak sebut sekali dulu sekolah mana , pakwe pertama nama siapa , nenek meninggal bila .
“Tak payahlah detail sangat”,ucap Anuar senada . Auliya hanya tersengih menunjukkan riak tidak bersalah . Okey , memang cute bila Auliya buat muka innocent dia tu .
“Saya anak kedua daripada tiga adik-beradik . Asal KL . Bekerja di syarikat keluarga saya . Mak ada sorang , ayah ada sorang . Atuk dengan nenek dua-dua belah dah meninggal . Anak belum ada tapi tak lama lagi . Isteri insyaallah satu . Tapi , kuota saya ada lagi tiga tengoklah dulu kalau-kalau isteri saya sudi saya penuhkan”,Anuar juga bersikap selamba . Ternganga Auliya mendengar bicara Anuar . Amboi , jeles ke kak?!
            Anuar tersenyum geli hati . Auliya , Auliya , macam manalah aku balik rumah tak ingat kau . Kau ni macam budak-budak . Perangai kau macam budak tak cukup umur . Muka cute  . Kenapalah aku tak jumpa kau lebih awal Auliya .
*************************************************************************************
             Auliya mengibas-ngibaskan tudung yang dipakainya . Cuaca pada petang itu sungguh terik . Berpeluh-peluh mukanya . Pandangan ditalakan ke sekeliling . Tak tahu pula ada tempat macam ni dekat Kuala Lumpur .
Tiba-tiba Anuar menyapa sambil memegang dua kasut roda di tangan . Sepasang kasut roda dihulurkan kepada Auliya . Dengan terpaksa , Auliya menyambut juga huluran itu . Sudah berkali-kali dia menolak , namun Anuar juga tidak putus asa mengajaknya bermain kasut roda . Akhirnya , Auliya mengalah juga kerana sifatnya yang pantang dirayu telah kembali semula . Memang aku takkan menanglah kalau dia merayu dengan muka tak seberapa comel dia tu .
             Perlahan-lahan Auliya berdiri sambil memegang tangan Anuar . Tapi , berlapik tau . Anuar dah bawa sarung tangan dia dari rumah . Memang ramai orang pandang pelik dekat kitorang but , do I care . Biarlah apa pandangan orang . Hukum tetap hukum . Sedangkan rasulullah sendiri pernah bersabda “Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu”. Jadi , buat apa kisah dengan pandangan diorang . Couple boleh , tapi jangan berlebih-lebihan . Berdosa besar .
Beberapa langkah Anuar memimpin tangan Auliya , akhirnya tangan Auliya dilepaskan . Auliya hilang keseimbangan . Dia jatuh terduduk . Aduh , sakitnya !
Auliya dapat melihat Anuar dan beberapa pengunjug yang lain ingin mentertawakannya , namun tidak dilepaskan kerana takut aku berkecil hati , mungkin . Anuar menghulurkan tangannya untuk disambut . Namun , Auliya serasa ingin merajuk dengan Anuar pula . Alahai , gedik punya Auliya !
Auliya berjalan ke arah bangku di bawah pokok . Dia duduk di situ sambil membuka ikatan kasut roda yang tersarung di kakinya . Anuar turut melabuhkan punggung di sebelah  Auliya . Sepantas kilat , Auliya menjarakkan kedudukan mereka . Anuar hanya membiarkan sahaj tindakan Auliya itu . Setelah selesai menanggalkan kasut roda , Auliya menyarungkan semula kasut tumit tingginya . Mukanya masih cemberut seperti tadi .
“Janganlah marah”,Anuar cuba memujuk , walaupun sebenarnya dia bukanlah jenis yang pandai memujuk orang merajuk lebih-lebih lagi jika kaum Hawa merajuk . Haih jenuh eden nak pujuk . 
“Saya tak nak cakap dengan awak”,Auliya berpeluk tubuh sambil mulutnya dimuncungkan . Ingat comellah buat macam tu.
Anuar diam . Auliya masih dengan rajuknya . Merajuk konon . Ni kalau Iwa ada sekali ni , mahu kena pelangkung je . Tak suka merajuk , tak alih-alih merajuk dengan muncung segala . Memang kena gelak sakan dengan Iwa lepas ni .
Tiba-tiba , bahu kirinya dicuit . Auliya memandang ke kiri . Aik , mana orangnya ? Selepas itu , bahu kanannya dicuit pula . Auliya memandang ke kanan . Kelihatan Anuar membuat muka selamba seperti tidak bersalah .
“Anuar”,ucap Auliya dengan nada marah .
“Eh , bukan awak tak nak cakap dengan saya ke?”Anuar pura-pura terkejut .  Makin berkerut dahi Auliya menahan marah . Dia ni kan , kalau shari tak kenakan aku , rasa macam setahun agaknya . Tak habis-habis nak mengenakan aku .
Auliya tiba-tiba berdiri dan berjalan pantas meninggalkan Anuar yang sedang terpinga-pinga melihat kepergiannya
“Liya , tunggu saya . Ni , kasut roda ni , siapa nak pulang . Syarifah Nur Auliya”,teriak Anuar dari kerusi yang didudukinya . Anuar bingkas berdiri dengan kasut roda yang dipakai Auliya di tangannya . Langkah Auliya dikejar bagi menyaingi gadis itu . Kasut roda yang dipakai memudahkan lagi dia mengejar Auliya . Setelah puas memujuk , akhirnya Auliya sudah mampu tersenyum . Bukan tersenyum , sampai ketawa berdekah-dekah . Yelah , seronok dapat kenakan aku . Katanya , dia bukanlah jenis orang yang suka merajuk . Gedik je merajuk tu , kata Auliya lah . And , I like that type of woman .
              Makanan yang terhidang di depan mata mereka begitu membangkitkan selera . Setelah menghadiri kursus perkahwinan bersama-sama Anuar pagi tadi , Auliya meminta Anuar menghantar dia ke retoran itu keran telah berjanji untuk berjumpa Hazira yang kebetulan baru pulang daripada kerja .  Katanya , saja mahu meluangkan masa bersama sebelum aku berkahwin nanti . Gedik!
Rancak betul perbualan mereka . Biasalah , perempuan . Kalau mulut tu asyik nak diam je , bukan perempuan namanya . Tak pun ada masalah hormon . Agaknya .
Perbualan mereka akhirnya terhenti sebaik sebatang tubuh berjalan menghampiri mereka . Muka Auliya berubah pucat dan Hazira tahu mengapa wajah Auliya tiba-tiba berubah . Sudah pasti kerana kekasihnya dari kampung itu datang .
Auliya berdiri bertentangan dengan Syukrie . Tiada langsung riak kemesraan di wajah Syukrie . Dia yakin , Syukrie sudah pasti telah diberitahu tentang perkahwinannya yang bakal berlangsung kerana mereka sekampung .
“Saya tak sangka awak sanggup buat saya macam ni , Liya . Selama ni saya ingat awak setia , tapi ini yang awak bagi saya atas kesetiaan saya kepada awak . Ini yang awak balas”.Tengkingan Syukrie membuatkan banyak mata memandang . Masing-masing cuba mengorek cerita sebenar . Auliya tertunduk . Memang salahnya . Salahnya kerana melupakan Syukrie , kekasihnya . Dek kerana Syukrie menyambung pelajaran ke luar Negara dan mereka jarang berhubung , maka mudahlah Auliya lupa kepada kekasihnya itu .
“Awak , saya minta maaf . Semua ni tak seperti yang awak sangka . Awak kena dengar penjelasan saya dulu”,Auliya merayu . Setitis demi setitis air mata membasahi pipinya . Syukrie adalah cinta pertamanya dan dia dengan Syukrie telah berjanji untuk hidup bersama setelah Syukrie tamat pengajian di luar Negara . Namun apakan daya , takdir yang telah tertulis tidak mampu dia tolak .
“Sudahlah Auliya .  I am sick and tired of your games . Everything is already clear now . You do not need to explain anything . Saya betul-betul kecewa dengan awak”,seraya Syukrie berlalu meninggalkan Auliya yang terduduk di atas kerusi . Galak air matanya membasahi pipi . Nasib baik Hazira ada di sebelah bagi memujuknya . Bahu sahabatnya itu diusap . Tangan Auliya pantas sahaja memeluk tubuh Hazira . Hazira hanya membiarkan sahaja perbuatan Auliya itu . Dia tahu Auliya tengah terluka .
Teresak-esak Auliya menangis . Mata para pengunjung telah beralih daripada memandang mereka . Ya allah , apa ujian yang Engkau bakal berikan kepadaku di saat perkahwinanku semakin hampir , keluh Auliya dalam hati .
******************************************************************************
Auliya memandang sepi telefon bimbitnya yang nyaring berbunyi minta diangkat . Dia yakin , sudah tentu itu adalah Anuar . Telah banyak kali Anuar menghubunginya dan telah banyak mesej yang dihantar . Namun , satu pun tidak dijawab dan dibalas . Hatinya kosong . Kosong . Dia amat mencintai Syukrie . Tetapi dia tidak tahu mengapa dia boleh melupai Syukrie di saat dia bertemu dengan Anuar . Dia runsing , kepalanya berserabut .
Pintu biliknya dikuak . Hazira tersenyum memandang sahabatnya yang kelihatan baru lepas menangis . Terdapat sisa air mata di pipi sahabatnya itu . Hazira menghampiri Auliya yang kembali termenung .
“Hai sahabatku yang comel”, Hazira cuba membuat Auliya tergelak . Apa yang dijangkanya langsung tidak mengena . Auliya bagaikan lupa cara untuk ketawa . Auliya bagaikan berada dalam dunianya sendiri . Termenung dan termenung .
“Liya , kau lupa cara nak ketawa ek ? Nak aku ajar tak?”Hazira mengusik . Auliya tergelak kecil . Senang hati Hazira melihat senyuman terukir di bibir Auliya .
“That’s my friend”,terus Hazira merangkul bahu Auliya . Auliya hanya tersenyum meliat gelagat sahabatnya . Memang Haziralah orang yang mampu membuat dia ketawa di saat dia sedang berduka . Sebab itu , Auliya senang bersahabat dengan Hazira .
Telefon bimbit Auliya berbunyi nyaring . Auliya hanya membiarkan sahaja deringan itu berhenti dengan sendiri . Hazira menggeleng .
Sekali lagi telefon bimbit Auliya berbunyi . Hazira melihat nama pemanggil . Dia menjawab panggilan tersebut .
“Auliya , Auliya , kenapa awak tak angkat call saya? Apa salah saya?”terus soalan itu terpacul daripada bibir Anuar .
“Ni saya , Hazira . Dia ada nanti saya panggilkan”,Hazira memberikan telefon itu kepada Auliya . Auliya terpaksa juga menjawab kerana Hazira telah menjawab bagi pihaknya .
“Helo”,Auliya bersuara lemah .
“Auliya , kenapa saya call awak tak angkat . Saya mesej awak tak balas . Saya risau”.
“Saya tak ada mood”,Auliya membalas bagaikan tiada minat . Lupa terus dia pada janjinya kepada Anuar untuk bertemu pada malam itu .
“Tak ada mood ? Auliya , awak tahu tak saya tunggu awak macam orang bodoh dekat sini , awak boleh kata awak tak ada mood . Awak ni teruklah”,berang juga Anuar dengan sikap Auliya itu . Awalnya , dia mahu membuat kejutan kepada Auliya dan meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Auliya . Namun , lain pula yang jadinya . Dia pula yang terkejut dengan ketidakhadiran Auliya .
Air mata Auliya mengalir tiba-tiba . Tidak tahu mengapa dia perlu menangis ketika itu , namun perlu luahkan segala-galanya .
“Saya ke awak yang teruk ? Kenapa awak mesti tarik saya dalam masalah awak? Apa kaitan saya dalam hidup awak? Sebab awak , hidup saya kicar-kacir sekarang ni , awak tahu tak? Saya buntu . Saya pening . Saya penat , penat dengan permainan takdir . Ini semua salah awak”,Auliya bagaikan orang gila . Terjerit-jerit dia meluahkan perasaannya . Anuar terpempam mendengar suara Auliya . Bagaikan orang yang tengah marah sambil menangis . Menangiskah dia?
“Sudahlah ,Anuar . Awak tak perlu telefon saya . Kita tak perlu jumpa sampai hari perkahwinan  kita . Untuk pengetahuan awak , saya dah ada kekasih . Saya sayang sangat dekat dia . Dan kitorang dah janji nak kahwin dah bila dia balik Malaysia . Ni semua salah awak”,Auliya bagai melepaskan geram . Hati Anuar dilanda sebak . Nampaknya , hati Auliya telah dimiliki oleh lelaki lain . Hati Auliya milik lelaki lain . Setitis air mata lelakinya gugur . Pertama kali menangis kerana seorang wanita . 
“Baiklah , Liya . Saya akan ikut apa yang awak cakap . Dan , saya nak minta maaf kerana libatkan awak dalam masalah saya . Saya minta maaf kerana buat awak lelah dengan permainan takdir hidup awak . Saya minta maaf sebab hancurkan harapan awak dan kekasih awak . Akhir sekali , saya minta maaf kerana mencintai awak”.Talian dimatikan . Auliya terkesima . Anuar mencintai aku? Benarkah apa yang Anuar ucapkan itu atau hanya mainan di bibir sahaja .
Telefon bimbitnya dhempas ke atas lantai Nasib baik dialas dengan permaidani . Kalau tak , mahunya pecah berdarai .
Hazira merangkul erat sahabatnya bagi menyalurkan sedikit kekuatan . Air mata Auliya mengalir lagi . Malam itu merupakan malam yang paling hiba buatnya . Satu kerana lelaki yang dicintainya dan satu lagi kerana lelaki yang mencintainya . Semua kerana lelaki .
******************************************************************************
             Hari yang dinanti-nanti akhirnya menjelang jua . Semuanya kelihatan seperti biasa . Auliya dengan muka cerianya , Anuar dengan muka gementarnya . Aik , gementar ke nak kena salam dengan Tok Kadi .
Akhirnya , dengan dua kali lafaz Auliya sah menjadi isteri Anuar . Mereka berpura-pura biasa , seperti tiada apa yang berlaku . Majlis perkhwinan Auliya disambut meriah . Sanak-saudara dari jauh sanggup datang bagi meraikan hari bahagian Auliya bersama suaminya . Ramai tetamu dijemput hadir .
Senyuman yang terukir di bibir kedua-duanya langsung tidak menggambarkan hati pemilik senyuman itu . Masing-masing memendam perasaan .
Malam itu , Anuar hanya duduk di birai katil sambil termenung . Dalam hal itu , memang dia yang bersalah . Dia telah membawa Auliya dalam masalahnya . Seharusnya dia bertindak matang dan memikir baik buruknya tindakan yang diambil . Akhirnya , inilah kesudahannya . Dia dengan Auliya bagaikan orang asing .
Tiba-tiba , serasa ada seseorang melabuhkan punggung di sebelahnya . Dia tahu siapa gerangan yang duduk di sebelahnya . Auliya resah . Tidak tahu bagaimana mahu membuka bicara . Lidahnya kelu .
“A…abang marahkan Liya lagi?”soal Auliya lembut . Hati Anuar melonjak girang . Dari gaya Auliya bercakap dengannya , seperti gadis itu sudah memaafkannya . Namun , sengaja tubuhnya dikeraskan .
Auliya resah . Suaminya langsung tidak memberikan sebarang respons . Auliya berkalih duduk berhadapan suaminya pula . Anuar memandang Auliya bagaikan tiada perasaan . Namun, dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu . Hatinya berbolak-balik . Pertama kali melihat rambut ikal isterinya menampakkan betapa cantiknya Auliya . Pakaian yang tersarung di tubuh Auliya juga membuatkan Anuar menelan liur berkali-kali . Auliya hanya mengenakan dress satin bertali halus berwarna kuning air , cukup membuatkan naluri kelelakiannya berdetak hebat .
Tanpa disangka-sangka , Auliya memeluk erat tengkuknya . Anuar terpempam , lebih-lebih lagi apabila terdengar esakan kecil daripada isterinya . Pelukan dileraikan .
“Liya minta maaf . Liya terlalu ikut emosi . Liya buntu . Liya buntu , siapa yang Liya harus pilih dan siapa yang betul-betul Liya sayang dan Liya cinta”,Auliya berjeda seketika , cuba mengambil nafas . Anuar hanya diam , mahu mendengar penjelasan Auliya . Dia tidaklah semarah mana pun kepada Auliya , dia sudah lama maafkan Auliya kerana dia tahu dia telah menjebak Auliya dalam masalahnya .
“Liya tak tahu , dua hari abang tak call , tak sms , tak ajak jumpa , Liya jadi rindu . Liya rindukan abang . Dan baru Liya tahu , Liya sayang dan cintakan abang”,ucap Auliya sayu . Tangan Auliya tiba-tiba digenggam oleh Anuar . Anuar memandang mata yang sedang berkaca-kaca di hadapannya . Pipi mulus isterinya diusap lembut . Pertama kali dia dapat menyentuh kulit seorang wanita yang telah sah menjadi isterinya .
“Abang pun minta maaf , sayang . Abang salah sebab libatkan Liya dalam masalah abang . Abang bersalah”,air mata Anuar juga turut gugur . Itu adalah air mata gembiranya , gembira yang teramat sangat apabila Auliya telah mengakui perasaannya yang sebenar .
Auliya menggeleng-geleng menidakkan apa yang dikatakan Anuar . Anuar tersenyum .
“Liya sayang abang”,terus tengkuk Anuar dirangkul sekali lagi . Kali ini bukan lagi dengan nada yang mahu menangis , tetapi suaranya telah bertukar menjadi manja . Bagaikan seorang kanak-kanak mengucapkan rasa sayangnya kepada si bapa .
Pelukan dileraik .
“Sayang , sayang nak goda abang ek?”Anuar cuba mengusik . Muka Auliya merona merah . Bukannya dia sengaja mahu memakai baju seperti itu , namun sepupunya yang beria-ia memaksa dia memakai baju tersebut . Akhirnya , terpaksalah dia turuti .  
“Ma…mana ada . Tak adalah”. Anuar ketawa halus melihat wajah isterinya yang sedang memerah . Kedua-dua belah pipi isterinya diusap lembut . Auliya tertunduk malu .
Kepala Auliya didongakkan . Mata mereka bertatapan lama .
“I love you”,ucap Anuar dengan penuh romantik .
“I love you too”,Auliya membalas lembut .
Akhirnya , masalah mereka selesai sudah . Ujian yang datang di saat perkahwinan hampir tiba membuatkan mereka semakin mengenali satu sama lain . Doa mereka , semoga keluarga yang bakal mereka bina akan berkekalan sampai Jannah .
******************************************************************************
Auliya menyapu minyak panas ke tengkuk suaminya sambil mengurut-urut tengkuk Anuar . Lemah sungguh tubuh Anuar . Mana tidaknya , seharian berkejaran ke bilik air . Ha , kalau korang nak tahu aku sekarang ni tengah mengandung 4 bulan . And , doktor cakap anak kami twin . Kesian Anuar , aku yang mengandung dia yang kena alahan . Boleh tak nanti aku bersalin , dia yang berpantang . Baru adil .
Syukrie pula sekarang ni tengah berchenta dengan kawan aku , Hazira . Sebenarnya , diorang rapat sebab aku tau . Sebab aku pemalas nak buka laptop , Hazira yang tolong bagitahu keadaan aku kepada Syukrie . Diorang selalu juga e-mail sama-sama . Amboi , pandai juga kawan aku tu .
“Abang , mual lagi?”Auliya mempamerkan wajah kasihan . Mata Anuar terpejam rapat . Beginilah agaknya apa yang mamanya alami sewaktu mengandungkan dia dahulu . Pasti lelah . Dengan perut yang berisi , ingin berlari ke sinki . Dia bersyukur kerana dia yang terkena alah , bukan Auliya . Jika tidak , kasihan Auliya mahu berlari dari katil ke bilik air . Lebih-lebih lagi di dalam kandungan isterinya bukan satu , tetapi dua .
Anuar mengeleng . Itu sahaja yang mampu dia lakukan .
“Abang rehat , Liya pergi masakkan bubur ye”.Auliya yang ingin bangun ditahan . Tangan Anuar erat memegang isterinya . Auliya tersenyum sebelum kembali duduk di sisi Anuar .
“Liya jangan tinggalkan abang . Liya ada pun abang dah rasa sihat”,ucap Anuar manja . Auliya hanya mampu menggeleng melihat telatah suaminya . Sejak dua menjak ni , Anuar terlebih manja . Tetapi , Anuar kata dia terlebih lasak . Mungkin pembawakan budak .
“Ya abangku sayang . Liya duduk sini dodoikan abang”,Auliya melunjurkan kakinya kerana dia lengah duduk bersimpuh begitu . Perutnya yang lebih besar daripada perut wanita hamil 4 bulan membuatkan dia cepat tidak selesa .
Anuar membaringkan kepalanya di atas riba Auliya . Anak rambut Anuar diusap lembut .
“Assalamualaikum , anak-anak papa . Sayang dengar ye , papa sayang sayang dengan mama sangat-sangat . Jadi , bila anak-anak papa lahir nanti , jadi anak yang baik ye . Jadi anak yang berbakti . Papa dengan mama sayang kamu berdua”,ucap Anuar di perut isterinya . Walaupun dia tidak yakin anak-anaknya sudah mampu mendengar atau belum , namun dia tahu di saat kandungan isterinya 4 bulan , Allah telah meniupkan roh dalam jasad bakal anak-anaknya .
Auliya terharu . Kepalan suaminya diusap lembut . Mata mereka bertatapan . Masing-masing cuba menyampaikan makna yang tersirat di sebalik pandangan mereka . Harapan mereka , semoga kebahagiaan yang mereka alam akan berkekalan di bawah keredhaanNya .
****************************************************************************** 
P/s: Saya harap anda enjoy membaca cerpen saya ini . Mungkin banyak kesilapan yang saya lakukan dan teguran anda semua amat membantu saya di masa akan datang . Apa-apa pun , thanks for reading . I really , really , really , appreciate it . Enjoy!

Cerpen: Cinta Hati Batu



Kayuhan basikal dilajukan.Haisy, dah lambat dah ni.Dah nak mula kuliah dah.Macam manalah boleh terlajak tidur.Ni semua Mr Richard punya pasallah ni, bagi assignment panjang-panjang.Dah terlajak tidur.Kalau aku pergi kolej naik jet pejuang tak apa jugak, ni dahlah naik basikal.Waktu first dengan Puan Ainon pulak tu.Memang tak lah kan, omel Khairina berjela-jela.
Khairina merupakan seorang pelajar kolej yang satu-satunya menaiki basikal.Yelah kan, mak kerja cikgu.Ayah pulak kerja tentera.Lagipun, rumah dekat apa.5 km je.Berbasikal kan dapat membakar kalori di dalam badan.
Basikal diparkirkan di tempat meletak motosikal.Kalau diperhatikan, semuanya MOTOR.Nampaknya, aku jelah yang terpinggir ni.Walau kelam-kabut macam mana pun, Khairina tetap mengunci basikalnya agar tidak dicuri.Manalah tahu, ada makhluk tuhan yang berkenan dengan basikal aku yang cantik ni.Kalau dah terdesak, basikal pun boleh jadi.
        Khairina menoleh ke kiri dan kanan.Setelah meyakini bahawa tiada kenderaan akan melalui jalan tersebut, Khairina mengatur langkah menyeberangi jalan ke dewan kuliah.
Sebaik sahaja separuh jalan;
Pin!!
Sebuah kereta meluncur laju.Nasib baiklah pemandu kereta tersebut sempat membrek kereta miliknya.Kalau tak, maunya aku mati syahid dekat sini.Yelah, mati kerana mahu menuntut ilmu kan antara yang tersenarai dalam mati syahid, seperti kata Ustazah Raudah dulu.
         Siku yang luka dibelek seketika.Adoi, habis berdarah siku aku.
“Woi, buta ke?”jerit pemuda di dalam kereta.Khairina memandang geram.Aku yang buta ke, dia yang membabi buta.Bawak kereta macam bawak jet pejuang.Nak bunuh orang apa?
Khairina bangun daripada duduknya.Dia berdiri di hadapan kereta itu sambil berpeluk tubuh.Lantaklah, lambat ke tak lambat ke, yang pasti pemuda tersebut harus meminta maaf kepadanya.
“Tepilah, aku dah lambat ni”,jerit pemuda itu lantang.Khairina hanya mentulikan telinga.
Hanif menepuk dahi.Ish minah ni, dahlah buta, pekak pulak tu.
Hon kereta ditekan berkali-kali.Namun, Khairina masih tidak mahu berganjak.Mahu tidak mahu, terpaksa juga Hanif turun dari keretanya.Tubuh Khairina ditolak ke tepi.Hampir terjatuh Khairina dibuatnya.
Hanif kembali masuk ke dalam kereta sebelum meninggalkan Khairina terkulat-kulat keseorangan.Siaplah kau kalau aku jumpa nanti, teriak Khairina di dalam hati.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
      Bebelan Puan Ainon membuai-buai di telinga Khairina.Boleh cair taik telinga aku lama-lama macam ni.Memang tak bengang pun kena bebel dekat depan ni.Ni semua mamat tadi punya pasal.Dah langgar orang bukannya nak minta maaf.Lagi dia sakitkan hati aku adalah, tak bertamadun punya manusia .
“Khairina, awak dengar ke tak apa yang saya cakap ni?”soal Puan Ainon tiba-tiba.
Khairina tersedar dari lamunannya.
“Tak…”,Khairina menjawab persis selepas baru mengelamun.Puan Ainon membuntangkan matanya memandang  Khairina.
Setelah beberapa detik, barulah Khairina tersedar daripada ‘mamainya’.
“De…dengar puan”,Khairina gugup seketika.Walaupun di mulut kata dengar, kepala pula menggeleng.Satu bilik itu dipenuhi dengan tawa isi dewan.
“Duduk”,tegas Puan Ainon memberi arahan.Dalam perjalanan Khairina ke tempat duduknya, pintu dewan kedengaran seperti diketuk.Tanpa menghiraukan empunya badan di hadapan pintu, Alisa terus berjalan lalu menghempaskan tubuhnya di atas kerusi.Nasib baiklah badan tu kecik, kalau tak maunya roboh dewan kuliah tu.
“Wei, asal lambat huh?”soal si busy body, Jannah.Khairina mencebir bibir.Penyibuk betullah.
“Accident”,jawab Khairina seringkas mungkin.Walaupun malas, aku tetap jujur tau.
Tiba-tiba;
“Perhatian semua,hari ni kita akan terima seorang student baru.Sila perkenalkan diri awak”,ujar Puan Ainon.
Suasana dewan yang hingar-bingar sementara tadi senyap tiba-tiba.Semua mata tertumpu ke arah jejaka yang sedang berdiri di sebelah Puan Ainon.Terdengar suara-suar sumbang memuji kekacakkan lelaki itu.
Khairina tidak melepaskan peluang memerhatikan wajah pemuda itu.Dialah yang…
“Assalamualaikum.Nama saya Muhammad Hanif Hanafi.Saya merupakan exchange student dari Melbourne University, Australia.Saya bertukar ke sini atas urusan keluarga.That’s all about me”,terang Hanif.Satu-persatu wajah diperhatikan.Semuanya tidak dikenali, kecuali…
“Hanif, awak pergi duduk di sebelah Khairina.Lagi satu, lain kali jangan lambat lagi.Ni bukan Australia, ni Malaysia”,sindir Puan Ainon.Sempat lagi tu nak memberikan ‘kata-kata semangat’ dia.Hanif hanya tersenyum sebelum bergerak ke kerusi di sebelah Khairina.
Khairina berganjak ke kanan sedikit.Macamlah dia tengah duduk atas sofa.
“Rupa-rupanya, kaulah minah sengal pagi tadi tu.Nama kau Khairina rupa-rupanya”,ucap Hanif sinis sambil mengeluarkan buku nota dari beg sandangnya.
“Kau pun apa kurangnya, manusia tak bertamadun”, Khairina pula membalas pedas.Perbuatan Hanif terhenti seketika.Wajah Khairina yang sedang leka menyalin nota dipandang geram.Pen yang ada di tangan Khairina diambil.
“Bagi baliklah pen aku”,jerit Khairina lantang.Semua mata tertumpu ke arah Khairina dan Hanif.Khairina menutup mulutnya.Macam manalah boleh terkuat pulak ni.
Reaksi Puan Ainon begitu mengerikan.Bagai singa yang sedang kelaparan.
“Khairina, Hanif, please pay attention in my class.Khairina, pack your things and sit beside Intan.Now”,tegas arahan Puan Ainon bagaikan seorang Laftenan mengarahkan anak-anak buahnya.
Satu-persatu barang dimasukkan ke dalam beg dengan perasaan geram.Pen di tangan Hanif dirampas kasar dengan jelingan maut yang membunuh.Hanif menyembunyikan tawanya.Padan muka kau!
Puan Ainon kembali kepada alamnya kembali.Khairina mendongkol geram.Mood untuk belajar hilang serta-merta.Kalu ikutkan, nak je aku bunuh mamat tu.Nasib baiklah Malaysia ni ada undang-undang Kanun Keseksaan Akta 574.
Wajah Hanif dipandang bengis.Hanif menunjukkan thumbs down kepada Khairina .Kertas di buku notanya dikoyakkan, digumpal menjadi seperti bola, dan dibaling kepada Hanif.Hanif hanya tertawa mengejek.Khairina mengetap gignya.Tak apa, ada ubi ada batas, ada hari aku balas.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Basikalnya dikayuh perlahan . Buat apa bawa basikal laju-laju . Baru pukul 2.00 petang . Rumah aku bukannya jauh mana . Tak sampai separuh jalan dia mengayuh , tiba-tiba ;
Splash!
Khairina mendengus geram . Apahal pula nak cari pasal dengan aku petang-petang ni . Buang tebiat apa . Tahu tak siapa yang cari pasal .
“Eh , kau Khairina . Sorry , tak perasan”,selamba sungguh Hanif bersuara sebaik sahaja dia turun dari kereta .
“Kau ni kenapa?Dari pagi tadi kau cari pasal dengan aku . Kau nak apa?”marah Khairina . Apasal ek suka cari pasal dengan aku .
“Suka akulah . Nak cari pasal ke , cari makan ke . Bukan hal kau”,Hanif membalas dengan muka selambanya . Geramnya aku . Macam nak kena cekik je mamat depan aku ni . Ingat dia bagus sangatlah .
“Dah tak ada lopak lain ke nak langgar pun”, marah Khairina lagi .
“Tak ada kot . Aku tengok , lopak ni je yang sesuai untuk aku langgar , aku pun langgarlah . Sorry ye awak . Saya balik dulu”,seraya Hanif masuk semula ke dalam keretanya .
Khairina mendongkol geram . Kasut yang dipakainya dibaling ke arah kereta Hanif . Elok je kasut tu landing atas bumbung kereta mamat tu .
Hanif ketawa kelucuan . Baliklah kau dengan kaki ayam . Haha ! Kejam sungguh .
Terhincut-hincut Khairina mendapatkan basikalnya . Nak kenakan Hanif tu , aku yang terkena .
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
 Air dikacau-kacau dengan straw dengan geram . Malas betul aku nak datang kuliah hari ni . Buat sakit hati je aku tengok muka mamat tu . Geramnya!
“Hei , Ina . Kasut baru ke . Apasal kasut kau yang semalam tu?”tegur Intan yang duduk di hadapan meja makan Khairina .
Khairina mendengus geram . Ni semua mamat tu punya pasal . Tak pasal-pasal mak aku bebel dekat aku .
“Ehm , ehm , kasut baru ye wak”,tegur satu suara yang begitu dibenci Khairina . Terus Khairina berdiri dan berpusing memandang jejaka di hadapannya .
“Kau nak apa?”soal Khairina garang .
“Aku rasa kau ada tertinggal sesuatu atas bumbung kereta aku . Bukan kau kot orangnya”,ucap Hanif seraya mempromosi kasut Khairina . “Sesiapa ada tertinggal kasut atas bumbung kereta saya , sila berjumpa saya . Kalau berminat nak beli pun , 5 ringgit”, jerit Hanif .
Semua mata sudah tertumpu pada Hanif dan Khairina . Khairina kebengangan , terus sahaja dia merampas kasut yang berada di tangan Hanif itu . Siapa je tak kenal kasut dia .
“Oh , kasut kau rupanya . Ingat bukan “,ucap Hanif selamba . Khairina sudah berpeluk tubuh sambil bibirnya dicebikkan .
“Fikir comel sangat buat muka macam tu”,tegur Hanif . Sebenarnya , memang comel pun .
“Sebab comellah saya buat”,ucap Khairina . Beg sandangnya disandang ke bahu .
“Intan , jom blah”,ucap Khairina seraya meninggalkan Hanif yang tersenyum kemenangan .
Semua mata masih tertumpu pada Khairina .
“Apa pandang-pandang?”Amboi , garangnya .
Masing-masing kalut mengalihkan pandangan .
“Awak , jangan garang-garang sangat wak . Nanti tak laku”,teriak Hanif dari jauh .
Dengan muka geram , Khairina berjalan sambil membawa kasut yang baru diambilnya daripada Hanif .
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;      
Tubuhnya dihempaskan di atas kerusi.Tudung masih lagi tersarung di kepalanya.Menurut ibunya, nanti bakal suami aku nak hantar barang.Nak tahu tak macam mana aku boleh dapat bakal suami, ini semua mak dengan abah punya pasallah ni . Main kata ye je orang datang meminang.Balik-balik je kata, ‘Tadi ada orang datang meminang kamu’.Aku tanyalah, ‘Mak dengan abah terima tak’.Dan dengan bahagianya diorang jawab ‘mestilah terima’.Apa lagi, terus aku menepuk dahi.Dunia aku rasa macam sedang berputar-putar je tahu tak.
Sekarang ni, aku tengah menunggu bakal suami aku yang mak dengan abah berkenan sangat.Nak tengok jugak, hensem sangat ke macam yang mak dengan abah cakap tu.Baik sangat ke macam yang mak dengan abah promote tu.
Tiba-tiba;
Ting tong!
Dengan malasnya, Khairina membuka pintu.Mak dengan abah awal-awal lagi dah pesan suruh buka pintu kalau ada orang datang.
Pintu dibuka.Terjegul muka yang amat dia kenali.
“Kau!”,ucap mereka serentak.Puan Hajar dan Encik Kamal keluar ke ruang tamu.
Mata mereka bertatapan lama sambil jari telunjuk mereka dihala ke arah orang yang berdiri di hadapan mereka.
Mak dengan abah ni biar betul.Manusia tak bertamadun macam ni ke yang mak dengan abah kata baik tu.Okey, hensem tu memanglah hensem.
“Mak, abah, ni ke lelaki yang akan jadi suami Ina nanti?”Khairina mahukan kepastian.Manalah tahu kalau kebetulan je.
“Ha, nilah dia bakal suami kamu”,ucap Puan Hajar,bahagia.
Khairina menghampiri mak dan abahnya.
“Mak , abah, Ina tak naklah kahwin dengan manusia tak bertamadun macam dia”,ucap Khairina separuh merayu.
“Isy kamu ni, kecik hati Hanif nanti.Nif, masuklah dulu”,Encik Kamal menjemput Hanif masuk ke dalam.
“Tak  apalah pak cik, saya nak hantar barang je”,ucap  Hanif sopan.Pintu ditutup.Kelibat Hanif akhirnya hilang dari pandangan mereka tiga beranak.
Khairina seperti mahu menangis.Takkanlah dia yang akan jadi suami aku!!!
 ~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
 Setelah yakin tiada yang melalui kawasan itu, barulah Khairina turun dari kereta.Hanif yang berdiri di pintu kereta, sudah berkali-kali mengerling jam di tangan.Dah macam pendatang asinglah pulak minah seekor ni.
Tudung di kepala dirapi-rapikan di cermin sisi kereta.Cun!
“Apasal lambat sangat kau keluar kereta”,marah Hanif.
“Hello Encik Hanif, saya tak nak ada orang tahu status saya.Jatuhlah saham saya”,ucap Khairina kegedikkan.Meluat Hanif dibuatnya.Kadang-kadang brutal, sekarang ni dah terlebih gediklah pulak.
“Puan Khairina, kau fikir kau tu lawa sangat nak bersaham-saham ni.Eei, menyampahlah”,Hanif kegelian.
Mata Khairina membuntang.Kalau korang nak tahu, aku dapat title ‘puan’ ni dah nak dekat sebulan dah.Tak payah nak terkejut sangat.
“Hei, asal sebut puan tu kuat-kuat.Orang dengarlah nanti”,marah Khairina.
Dengan muka toyanya, Hanif berlalu meninggalkan Khairina.Membebellah sorang-sorang.Aku penat.
Khairina menghentak-hentak kakinya kegeraman.Main tinggal je!
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Perlahan-lahan Khairina berjalan di kaki lima.Masih terbayang-bayang lagi aksi manja Amir dengan Hani.Hati Khairina tersayat pedih.Mereka berdua adalah rakan sekolah, sejak dari sekolah rendah lagi.Tanpa Amir sedari, hati Khairina sudah lama terpaut padanya.Amir langsung tidak melayannya setelah dia tahu status keluarga Khairina yang biasa-biasa sahaja.Tak macam dirinya, anak seorang usahawan.Aku ni Cuma anak cikgu dangan tentera je.
Khairina duduk di tempat duduk sebelah pemandu.Hanif mengerling jam di tangan.Minah ni buang air besar ke tadi.
“Apasal lambat”,tegang Hanif bertanya.
Khairina hanya membatukan diri.Dia tidak ada mood mahu bercakap.
“Kau ni pekak ke bisu?”soal Hanif pedas.Khairina masih mengumpulkan kesabarannya.Dia takut dia akan menengking Hanif.Walau apapun terjadi, Hanif tetap suaminya yang harus dia hormati.
“Aku tanya kau jawablah”,suara Hanif mula meninggi.
“Yang kau ni kenapa.Apa hak kau aku tak nak jawab pun.Yang kau nak sibuk apasal”,tengking Khairina tiba-tiba.Pintu kereta dibuka sebelum dia keluar dari perut kereta.
Punggungnya dilabuhkan di sebuah kerusi batu berhampiran dengan taman mini berdekatan dengan universiti  mereka.Hanif turut menyertai Khairina apabila mendapati air mata Khairina mulai tumpah.Punggungnya dilabuhkan bersebelahan gadis itu.
Sapu tangan dihulurkan buat si gadis.
“Dah, jangan menangis,Aku tak marah pun”,Hanif cuba memujuk walaupun dia langsung tidak pakar dalam bab pujuk-memujuk ni.
Khairina mengesat air matanya.
“Kenapa kau nangis?Takkanlah kau menangis sebab kena marah dengan aku.Biasanya, ada je benda yang kau nak jawab bila aku marah kau”,ucap Hanif.
Khairina terdiam seketika.
“Aku minta maaf sebab aku tengking kau tadi.Aku tak bermaksud untuk derhaka, aku cuma tertekan.Tertekan dengan permainan hidup aku”.Lain ditanya, lain yang dijawab.Hanif hanya mendiamkan diri, agar gadis itu lebih tenang.
Suasana sepi buat beberapa saat.Tiba-tiba;
 “Aku menangis sebab seorang lelaki yang bernama Amir”,ucap Khairina jujur.Aku kena luahkan jugak, aku dah tak tahan.
Mata Hanif membuntang memandang Khairina.
“Aku suka dia.Dari zaman sekolah lagi”,sambung Khairina lagi.
Hanif terkedu.Kenapa aku cemburu pulak ni?
“Aku nampak dia dengan Hani tadi.Hati aku sakit sangat.Dia langsung tak pernah layan aku, kenapa dia boleh layan Hani”,Hati Khairina sebak tiba-tiba.
Air mata diseka.Khairina bangun sebelum tangannya dipegang oleh Hanif.
Mata mereka bertatapan lama.Ina, kau fahamilah bahawa aku cemburu mendengar luahan hatimu.Kau fahamilah yang aku tak mahu air matamu mengalir lesu.Kau fahamilah, yang aku amat menyayangimu.
Khairina bagai dapat mengesan kata-kata dari mata Hanif.Dia cuba menyelami hati jejaka itu, namun segalanya samar-samar.
“Aku nak cakp…”,
Khairina menanti dengan kesabaran.
“Jangan menangis lagi.Muka kau buruk bila menangis”,itu yang terkeluar dari bibirnya.Hanif mengeluh lemah.
“Ye ke, aku rasa aku dah cukup comel bila menangis.Betul tak?”sifat keanak-anakan Khairina muncul kembali.
Hanif tersenyum melihat tawa halus Khairina.Sekurang-kurangnya dia dah berhenti menangis.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
 Kewujudan sepasang kasut bertumit tinggi  di hadapan rumah memeranjatkan mereka berdua.Pintu rumah dibuka.Keadaan sekeliling diperhatikan.Tak ada benda yang hilang.
“Nif, kereta siapa ek depan tu.Nak kata kereta aku, aku mana ada kereta.Takkanlah papa dengan mama nak buat surprise bagi kereta dekat aku.Tak mungkinlah”,Khairina membuat andaiannya sendiri.Hanif meletakkan jari telunjukknya di bibirnya, menyuruh Khairina senyap.Khairina terdiam serta-merta.
Kelihatan makanan tengah hari terhidang di atas meja.Siapa pulak yang masak ni?
“Ha, dah balik pun adik kakak”,tegur satu suara.Secara drastiknya mereka berpaling.
“Kak Wani”,teriak Khairina kesukaan.Tubuh kakaknya dipeluk lama.Yelah, kakaknya itu sudah 2 tahun menetap di London mengikut suaminya ke sana.
“Kenapa datang sini tak cakap?Mana Abang Am dengan Irsyad.Diorang tak ikut ke?”soal Khairina ramah.
“Kakak saja je nak buat surprise.Abang Am ada seminar dekat KL seminggu, tu yang akak ikut sekali datang Malaysia.Irsyad duduk dengan abah dengan mak.Kakak datang ni tumpang tidur dua malam.Tak apa kan?”pinta Kak Wani.
Khairina memandang Hanif mahukan kepastian.
“By the way, ni ke suami kamu?”soal Kak Wani tiba-tiba.
Khairina hanya tersenyum sambil mengangguk.
“Hanif”,Hanif bersalaman dengan kakak iparnya sebagai tanda perkenalan.
“Hensem betul suami kamu”,puji Kak Wani.Hanif tersenyum bangga.
“Akak, jangan puji lebih.Nanti kembang dia lebih”,Khairina menghasut Kak Wani.Tengoklah tu, kembang semacam je gayanya.Tak payah nak berlagak sangatlah kan.
Kak Wani hanya menggeleng-gelengkan kepala.
“Ina, akak tidur dekat bilik yang sebelah tandas tu tau”,jelas Kak Wani.
Khairina tersenyum paksa.Nampak sangatlah yang aku kena tidur satu bilik dengan Hanif.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
 Katil dipandang lama.Takkanlah aku kena tidur sekatil dengan Hanif.Takkan, takkan.Kalau dia ambil kesempatan dekat aku macam mana.Hurm, apa-apa pun, baik aku mandi dulu, fikir Khairina.
Tuala dicapai sebelum masuk ke dalam bilik air.
Selesai sahaja memanjakan diri di bawah pancuran air, Khairina hanya berkemban keluar dari bilik air.
Khairina terkaku seketika.Kelihatannya, Hanif sedang memerhatikan dirinya yang sedang berkemban itu.
“Hanif, pandang belakang”,arah Khairina.Hanif tersedar.Melihat keadaan Khairina sebegitu membuatkan hati lelakinya berdetak hebat.
Pantas sahaja Khairina mengambil semua pakaiannya dan terus masuk ke bilik air.Tak pasal-pasal  Hanif ambil kesempatan nanti.Tak nak aku.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Khairina sudah lama dibuai mimpi di atas katil.Hanif langsung tidak dapat melelapkan mata.Apa puncanya, tidak tahu.Hanif menghampiri Khairina yang sedang lena.Dia tersenyum sendiri.Comelnya Khairina masa tengah tidur, puji Hanif.Anak rambut gadis itu diusap perlahan.
Hatinya tiba-tiba berdebar-debar.Tangannya dilarikan pula untuk mengusap pipi isterinya.Lembut dan halus, tiada sebarang cela.Dia akui, Khairina amat cantik dengan gayanya yang tersendiri.
Tanpa disedari, dia sudah berbaring di sebelah Khairina.Dahi isterinya itu dikucup tanpa dia sedari hinggalah matanya terlelap di sebelah si gadis yang telah mencuri hati lelakinya.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
          Mata yang dipaksa juga terbuka.Tak pasal-pasal terlajak tiudr macam haritu.Mau taknya cair taik telinga aku.Tapi…kenapa tangan aku panas semacam je ni.
Mata Khairina terbuntang luas.Takkanlah…
Tangannya direntap kasar.Hanif terpisat-pisat bangun.Dah kenapa pulak minah ni nak bertaekwando pagi-pagi ni.
“Kau buat apa huh dekat aku?”soal Khairina garang sambil memeluk erat gebar bagi menutupi seluruh badannya.
“Entah.Cubalah kau tengok.Kalau kau masih berbaju, untunglah kau.Kalau tak berbaju tu, rezeki akulah kot  malam tadi”,selamba Hanif membalas sambil mencapai tuala di gantungan.Pintu bilik air dibuka sebelum kembali ditutup sementara Khairina galak memerhati setiap inci tubuhnya.
Nampaknya, baju yang sama, Khairina tersenyum sendirian.Jelaslah kini, Hanif bukannya seorang yang suka mengambil kesempatan.
Kepala Hanif terjegul di muka pintu bilik air.Khairina mengalihkan mukanya dari memandang Hanif.Malulah tu dah tuduh orang macam-macam!
“Macam mana, cukup”,sindir Hanif.
Tanpa disedari, satu bantal melayang laju ke arahnya.Tu mesti kerja Khairina lah tu!
Hanif tertawa kuat di dalam bilik air.Bahagia rasa hatinya melihat hubungan mereka yang semakin mesra.Semoga, perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Hubungan Khairina dan Hanif semakin rapat.Sedar tak sedar, sudah dua bulan mereka mendirikan rumah tangga.Tiada siapa yang tahu tentang status mereka.Pandai simpan rahsia ye.
Buku di tangan dibelek lama.Khairina tersenyum lagi, persis orang yang sedang angau.Angau ke aku?!
Tanpa disedari, buku di tangannya direntap kasar.Khairina mendongak memandang orang di hadapannya.
Amir!
Tapi, bukan dia seorang je.Hani pun turut serta.
“A…Amir.Apa awak buat dekat sini?”Khairina gugup.
“Hei, aku dengar kau suka dekat pakwe aku.Betul ke?”soal Hani straight to the point.Amir hanya memandang dengan pandangan yang menyampah.
Khairina terkedu.Macam mana diorang boleh tahu?
Semua mata tertumpu menonton adegan sebabak mereka.
“Apasal kau diam.Jawablah”,terjah Hani sambil melemparkan buku ke arah Khairina.Sakit dada Khairina diperlakukan sebegitu.
Khairina hanya menggigit bibir.Apa yang aku nak jawab ni?
“Hei, perempuan.Aku bagi warning dekat kau sekali lagi, aku tak suka kau, malah aku benci kau.Kau tak layak untuk aku.Aku tahu, kau minat dekat aku sejak sekolah menengah lagi.Cermin diri kau sikit.Tengok keluarga aku siapa.Aku anak orang kaya, kau tu, anak orang biasa-biasa je”,ucap Amir lantang.Khairina hanya menunduk.Air matanya mengalir lesu.
“Hei perempuan, kau dengar tak?”tengking Hani pula.
Khairina mendongak.Bibirnya digagahkan untuk tersenyum.Aku harus bela nama baik keluarga aku.
“Oh, ye ke macam tu.Saya minta maaflah sebab ada perasaan pada awak.Saya tak minta pun untuk suka awak, tapi dah takdir saya tak boleh halang.Kalau saya tahu perangai awak macam ni, saya tak akan pernah menyukai awak, saya jamin”,lembut nada suaranya tidak menggambarkan getar di hatinya.Sebak di dada ditahan agar tidak nyata di hadapan Amir.
Amir dan Hani terkedu melihat ketenangan Khairina.
“Ada apa dengan status Amir, Hani.Boleh bawa masuk syurga ke.Dekat dunia ni, kita semua sama je di sisi Allah.Tak ada bezanya kaya dengan miskin tu.Yang berbeza hanyalah amalan dan takwa je.Jadi, korang berdua tak ada hak nak hina keluarga saya.”,tegas Khairina dengan nada suara yang kian meninggi.
Amir dan Hani kedua-duanya terkedu.
“Sekali lagi saya minta maaf kalau perasaan saya ni telah membuat hubungan korang berdua renggang atau hancur”,beg digalas kasar ke bahu.Jelingan maut dihadiahkan buat mereka berdua.
Langkahnya diatur kemas.Aku kena selesaikan perkara ni dengan Hanif.
Hanif kelihatannya sedang rancak berborak dengan Haikal, rakan karibnya.
Lengan Hanif ditarik kasar.Hanif yang terkejut dengan tindakan Khairina hampir terjatuh.
“Hei Hanif, apa kau dah cakap dekat diorang, huh?”tengking Khairina.Semua mata  tertumpu ke arah mereka berdua.
“Kejap-kejap.Siapa yang kau maksudkan ni?Aku tak fahamlah”,Hanif cuba menenangkan hati isterinya.
“Eei, tolonglah.Jangan buat-buat tak faham.Memang tujuan kau kan nak buat aku malu.Kau berdendam dengan aku kan”,terjah Khairina sekali lagi.Hatinya penuh dengan lahar yang membuak-buak mahu keluar.
Hanif terdiam melihat kemarahan Khairina.Mana pernah Khairina marah macam ni.
“Sukalah kau bila Hani dengan Amir hina aku.Aku tak pernah berdendam dengan kau, tapi kenapa kau hebohkan tentang perasaan aku pada orang lain.Aku percayakan kau, tapi kau dah mengkhianati aku”,suara Khairina semakin mengendur.Mata orang sekeliling masih tertumpu ke arah mereka.
Hanif terkedu.Bila masa aku bagitahu semua orang ni?!
Khairina sudah mengatur satu langkah ke hadapan untuk meninggalkan Hanif.Tanpa disedari, pantas sahaja Hanif memegang tangan Khairina.
Pandangan orang sekeliling tidak dia hiraukan.Kau tak boleh pergi Khairina.
“Sumpah, Ina, aku tak pernah bagitahu sesiapa.Aku…”.
“Enough, tak perlu bermain dengan sumpah kalau apa yang kau kata tu just mainan bibir je.Kau penipu.Sebab kau, Amir dengan Hani hina keluarga aku.Amir semakin benci dekat aku”,Lahar kemarahan Khairina semakin membuak-buak.
“Tak, Ina.Aku…”.
“Sudah, cukup.Mulai hari ni, tak payah hantar dan ambil aku lagi.Kau buat hal kau, aku buat hal aku. Sekarang, lepaskan tangan aku”,ucap Khairina perlahan.
Tangan yang berada dalam genggamannya serasa berat Hanif mahu lepaskan.Seandainya kau tahu Ina, aku sayangkan kau.Kenapa kau berharap pada yang membenci.Aku ada untuk kau!
“Lepaskan tangan aku”,suara Khairina menunggu.Hanif tersedar dari lamunannya.
Tangan Khairina perlahan-lahan dilepaskan.Mata Hanif sudah memerah.Lantaklah apa yang mereka semua kata, aku dah tak kisah.Aku sayangkan kau Khairina!
“Baiklah, kalau itu yang kau nak.Aku akan turutkan.Cuma, aku berdoa kita akan kembali seperti sediakala nanti”,Hanif terus berlalu meninggalkan Khairina sendirian.Setitik air mata lelakinya gugur mengalir di pipi.
Khairina terpaku sendirian.Terngiang-ngiang lagi ucapan terakhir Hanif.‘Cuma, aku berdoa kita akan kembali seperti sediakala nanti’.Apa maksud dia?Bukankah kita saling membenci?
~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
3 bulan kemudian…
Sekeliling kafe diperhatikan lama.Mana Ina ni, desis hati kecil Hanif.
Nak tahu tak kenapa Hanif tunggu Khairina.Bukan hari ni je, dah tiga bulan, sejak Khairina ambil keputusan untuk tinggal dengan aku.Kenal tak siapa aku?Akulah, Intan.Cuma aku sorang je tahu hubungan Hanif dengan Khairina.
Selalu aku perhatikan Hanif.Ingat aku tak nampak ke dia jelling-jeling Khairina.Rindu binilah tu.
Kelibat Khairina melintas di hadapan Hanif.Surat khabar di tangan diangkat setinggi mungkin.Nak coverlah tu.
“Apasal lambat?”Intan berpura-pura tidak Nampak Khairina.
“Sorry, aku jumpa Puan Ainon tadi.Almaklumlah, jadi student ‘favorite’, nak buat macam mana”,Khairina tersenyum manis.Hanif yang memerhati terpaku seketika dengan senyuman si gadis.
“Hmm, untunglah”,Intan menggeleng-gelengkan kepala.Ada je masalah Khairina dengan Puan Ainon ni.Suka sangat cari pasal dengan ‘burung murai’ yang satu tu.
“Cepatlah, kata nak pergi Pesta Buku.Jomlah”,Khairina sudah tidak sabar-sabar mahu ke pesta buku.Mengumpul novel adalah hobiku, siapa tak tahu.
“Hmm, kau tunggu dalam kereta.Aku nak pergi ladies kejap”.Khairina mengangguk seraya bangun dari duduknya.
Sebaik sahaja Khairina melintasi meja Hanif, cepat-cepat Hanif menutup mukanya dengan surat khabar.
Intan  mengambil kesempatan itu untuk menegur.
“Ehem, ehem”,kedengaran satu suara berdehem.Hanif mendongakkan  mukanya.Ingat ke polis datang sebab aku skodeng anak dara orang, rupa-rupanya Intan.
“Hmm, dah puas tengok bini?”soal Intan, straight to the point.
Hanif kalut seketika.Mana dia tahu.
“Ma…mana ada.Kebetulan je kot”,Hanif memandang ke arah lain.Dia takut kalau Intan tahu tentang aktivitinya sepanjang tiga bulan itu.Habislah kalau Intan tahu.
“Ye ke kebetulan, takkanlah selama tiga bulan ni asyik kebetulan je.Jujur jelah dengan aku, aku dah lama perhatikan kau”,ujar Intan, cuba memujuk Hanif membocorkan rahsianya.
Hanif kembali memandang Intan.
“Jadi, kau dah tahulah ye?”Hanif mahukan kepastian.
Intan mengangguk laju.Riak muka Hanif berubah serta-merta .
“Intan, aku merayu pada kau, tolong jangan bagitahu Khairina.Aku takut, lepas ni dia marah-marah aku lagi.Aku dah tak sanggup, Tan.Aku sayang dia”,pengakuan Hanif itu menyentuh hati perempuan Intan.Sayang betul Hanif dekat Khairina ye.
“Okey, aku akan tolong kau.Lepas ni, kau ikut kitorang pergi pesta buku.Kau tolong bayarkan, okey.Kita mulakan perlahan-lahan .Aku akan tolong kau”,bahu Hanif ditepuk perlahan.Seraya Intan bangun dari duduknya.
Pantas sahaja Hanif mengenakan cermin mata hitamnya dan bergerak ke kereta.
“Apasal lama sangat?”soal Khairina di dalam kereta.
“Buang air besar”,ringkas jawapan Intan sebelum dia memulakan pemanduan.
  ~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Buku-buku di rak sangat menarik perhatian Khairina dan Intan.Semua pelusuk kedai diperhatikan mereka.Ruangan novel menjadi pilihan mereka berdua.
“Intan, macam best je buku ni.Aku nak belilah”,ujar Khairina kegirangan.
Intan menggeleng melihat telatah rakannya.Kalau dah jumpa novel, terus gian minah ni.
“Belilah Ina, asal kau bahagia”,balas Intan sambil mengambil buku yang terletak bersebelahan dengan novel yang Alisa pilih.
Telefon bimbit dicapai dari poket seluar jeansnya.Jaraknya dijarakkan sedikit dari Khairina yang sedang galak membaca sinopsis novel yang dipilihnya.
Semuanya RM32.30 , Nif
Telefon bimbit Hanif bergetar menandakan ada mesej masuk.Intan!
Mahal gila!
Apasal mahal sangat
Mesej daripada Hanif dibaca.Intan tersenyum menunjukkan giginya.
Campur dengan aku punyalah.Hihi.=p
Hanif menggeleng-geleng.Menangguk di air keroh betul.

Hurm, patutlah pun.Tapi, tak apa, disebabkan kau dah tolong aku, aku belanja.=)
Intan ketawa kegembiraan.Nilah untungnya kalau jadi orang tengah.Rezeki jangan ditolak, ma..
“Intan, jom kita bayar”,tegur Khairina.Telefon bimbit di tangan terus dimasukkan ke dalam poket.
“Jom”,seraya Intan mengikut Khairina ke kaunter pembayaran.
Dompet telah dikeluarkan dari poket.Not RM50 dihulurkan. Tapi;
“Kak,tadi  ada sorang abang ni dah bayarkan”,ujar seorang remaja yang berada di kaunter pembayaran. 
“Dah bayarkan?Adik salah orang kot”,ujar Khairina.Intan cuba menyembunyikan tawanya.Haraplah Khairina tak Nampak.
“Tapi tadi dia tunjuk dekat akak”,jelas remaja itu lagi.
Khairina hanya tersenyum kehairanan.Dia nak buat amal jariah kot, itu sahaja yang terlintas di benak Khairina.
“Terima kasih dik…”,
“Kak, ni ada nota untuk akak”,panggil remaja itu lagi.
Dengan teragak-agak Khairina menyambut huluran remaja itu.
Di dalam kereta, nota yang berlipat kemas itu dibuka, lalu di baca.

                        Enjoy your book.I always by your side, dear.
                               -Mr.Nobody-

“Ehem, ehem, secret admirer ke”,tegur Intan di sebelah.
Khairina hanya tersenyum tawar.Siapalah agaknya yang belanja aku dangan Intan tadi.Tulisan ni, macam aku kenal.Tak mungkin…
  ~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Gambar di tangan, dibelek satu-persatu.Hanif tersenyum menatap gambar di tangannya.Semuanya gambar Khairina.Gambarnya berduaan dengan Khairina di selitkan di dalam buku notanya.Semoga gambar ni akan mengubati rindu aku pada kau Khairina.
…….
Beg diletakkan di atas kerusi.Badannya disandar lesu ke kerusi.Penat je aku cari Hanif, rupa-rupanya dia tak datang.Kenapa lah agaknya Hanif tak datang?
Tiba-tiba, Khairina terperasankan sepucuk sampul surat di bawah mejanya.Sampul surat itu diambil, lalu dibuka.
Terdapat beberapa keping gambar di dalamnya.Semua ni gambar aku, desis hati Khairina.
Satu keping gambar begitu mencuit hati Khairina.Ni gambar yang aku ambil sendiri dengan kamera…
“Takkanlah…”,ucap Khairina seraya memandang ke belakang, melihat di tempat duduk Hanif.
Takkanlah nota-nota yang sebelum ni, Hanif yang bagi, desis hati kecil Khairina.
Sekeping nota dikeluarkan dari sampul berwarna putih itu.
                               


                             Gambar-gambar ini merupakan segala kenangan
Kita yang telah mengubat rinduku padamu.
Semoga kenangan kita tersemat kukuh di fikiran  Mu.
                                                                                         -Hanif-           
Tiba-tiba telefon bimbit Khairina bergetar.Telefon bimbitnya dikeluarkan dari beg sandangnya.
Khairina, saya minta tolong sangat dekat awak.Saya tak larat ni.Tolong datang ke rumah.Saya perlukan awak.
Telefon bimbitnya disimpan kembali ke dalam beg.Hanif, tunggu saya datang.
Khairina berlari ke pagar.Sebuah teksi ditahan sebelum diarahkan bergerak ke rumah Hanif.
  ~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Pintu rumah dibuka.Nasib baiklah mama bagi kunci pendua rumah Hanif, kalau tak, tak tahulah macam mana aku nak masuk.
Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, kelihatan sesusuk tubuh suaminya sedang berbaring lesu di atas sofa.
Dahi Hanif disentuh perlahan membuatkan Hanif terjaga.
“Maaf, ganggu tidur awak”,ucap Khairina.
Hanif tersenyum memandang Khairina.
“Awak sihat?”soal Hanif.
Khairina tersenyum geli hati.Dia yang sakit, dia boleh tanya aku sihat ke tak.
“Sihat”,jawab Khairina sepatah.
“Hanif, saya pergi buat bubur, awak tidurlah dulu”,seraya Khairina menuju ke dapur.Hatinya belas melihat keadaan Hanif yang tidak terurus itu.
Hanif tersenyum sebelum dia kembali melelapkan mata.Mimpi yang indah-indah ye!
  ~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Khairina membantu suaminya duduk agar mudah untuk dia menyuapkan Hanif makan.Sadikit-sedikit bubur disuakan ke dalam mulut Hanif.Akhirnya, habis juga bubur yang dibuatnya.
Kemudian, Khairina membantu Hanif untuk minum air pula.Sayang betul!
Belum sempat lagi Khairina mengangkat cawan dan mengkuk, kedua-dua belah bahunya tiba-tiba dipegang Hanif.
Mata mereka bertatapan lama.
Bahasa mata masing-masing member isyarat cinta walaupun masing-masing buat tidak faham.
“Thank you for everything,Khairina.Thank you for the happiness you gave, thank you for the missness you gave, thank you for the sadness you gave and…”,Hanif berjeda seketika.Jantung Khairina berdetak hebat.
“Thank you for this love feeling you gave”,ucap Hanif dekat ke telinga Khairina.
Bibir Khairina diketap.Dia…cintakan aku ke.
“Awak, tak rasa apa yang saya rasa ke?”soal Hanif perlahan.
Setitik air mata jatuh ke pipi.
“Betul apa yang awak cakap, saya tak rasa apa yang awak rasa.Cuma…”
Jantung Hanif bagaikan berhenti berdegup.Nampaknya, usaha aku selama ni sia-sialah.
“Thank you for the happiness you had, thank you for the miss you had, thank you for the sadness you had,thank you for the love you had for me, and…”.
“I love you, too”,ucap Khairina perlahan.
Bunga-bunga cinta kembali memutik di dalam hati Hanif.
“Betul ke?”Hanif bertanya lagi.
“Tak betullah.Nak saya tarik balik ke?”Khairina cuba bergurau.
Pantas sahaja tubuh si gadis yang berada di hadapannya dipeluk erat.Pelukan itu dibalas Khairina.
“Thank you, love”,ucap Hanif di tepi telingan Khairina.
“Your welcome”,Khairina membalas.
  ~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
Meja makan sudah siap dikemas.Nak tahu sebab apa?Hari ni birthday Hanif, suamiku yang tersayang.Hehe.
Disebabkan terlalu penat, Khairina masuk ke bilik lebih awal.Hanif pula masih mencuci pinggan di dapur.
Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.Kepalanya pening.
Tiba-tiba pintu dibuka dari luar.
“Sayang..”,tegur Hanif.
Khairina memberikan senyuman semanis mungkin buat suaminya.
“Sayang tak tidur lagi?”Hanif melabuhkan punggung di sisi isterinya.Alhamdulillah, hubungan mereka sudah baik seperti pasangan suami isteri yang lain.
“Tunggu abang”,lembut Khairina membalas.
Hanif hanya tersenyum bahagia.Dia bahagia telah mendapat isteri yang sebaik Khairin.Khairina begitu sempurna di matanya.
“Abang, maaf bagi hadiah lambat.Ina nak jadi orang yang terakhir bagi abang hadiah”,seraya Khairina menghulurkan sekotak kecil yang berbalut kemas.
Tiba-tiba tekaknya meloya.Dia berlari ke sinki di dalam bilik air.
Hanif mengurut-urut belakang tubuh Khairina.
“Sayang okey tak?”Hanif bertanya risau.Memang sejak kebelakangan ini Khairina kelihatan kurang bermaya.
“Abang, bukalah hadiah yang Ina bagi.Please”,Khairina bersuara setelah berkumur-kumur.
Hanif hanya menurut.
Sebaik sahaja dibuka, kelihatan Pregnancy Test Kit di dalamnya.
Hanif melihatnya dengan debaran di dada.
“Sayang, sayang mengandung?”soal Hanif kegembiraan.
Khairina mengangguk kebahagiaan apabila melihat senyuman manis di bibir suaminya.Tanpa disedari, tubuhnya dipeluk erat.Bahagia kini sudah berada di pihak mereka.Doanya, semoga hubungan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat, dan insya-Allah, biar sampai syurga.
-Tamat-
  ~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~:~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;~;
p/s:Maaf kalau cerita ni terlalu serabut atau jalan ceritanya pendek.Ini adalah cerpen saya yang pertama.Harap semua puas hati dengan karya sulung saya ni.Komen anda semua amat saya hargai.Tinggalkanlah satu dua kata yang boleh memperbaik penulisan saya.tq