April 14, 2019

Percutian Bajet ke Hat Yai 2 Days 1 Night

Assalamualaikum semua...
Masha Allah lamanya tak update blog. Rindunya zaman semua nak report dekat blog ni. Sejak masuk medical school ni memang jarang ada masa untuk diri sendiri, apatah lagi nak update blog kan.
Okay, so baru ni Pyka pergi Hat Yai dengan kawan-kawan Pyka yang sama posting. Sangatlah randomnya. Ahad discuss, book hotel, and Jumaat terus pergi. Memang random. Tapi, kerandoman ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang duduk di Kelantan dan Kedah sahaja ya. Jom kita start.

Jumaat

Kitorang gerak seawal pukul 7 pagi dari USM. Around pukul 8.00 pagi kitorang sampai dekat Imigresen Pengkalan Kubor. Dari situ, dia cop passport and kitorang naik bot menyeberang ke Tak Bai, Thailand. Dekat kan.

Harga naik bot - RM1.20 per person
Sampai je dekat Tak Bai, kitorang gerak pula ke imigresen Tak Bai. Sebelum cop passport, jangan lupa isi borang kedatangan. Sebab malas nak tunggu lama-lama, kitorang bayar dekat luar dekat sorang pakcik ni. Dia tolong isikan sekali.

Harga isi borang - RM2.00 per person

Sebelum pergi, kitorang tukar duit Malaysia ke duit Thailand. Jujur memang lagi jimat tukar dekat Thailand. Ada je pakcik duduk dekat luar bilik imigresen tu buat Money Changer. Rate sekarang sepatutnya RM13.00 untuk 100 Bath, tapi kitorang dapat RM7.60 untuk 100 Bath. Gila tak jimat!!

Dari Tak Bai, kitorang naik tuk-tuk untuk ke stesen bas Narathiwat. Dari Tak Bai ke Stesen Bas Narathiwat ambil masa 1 jam.

Harga Tuk-Tuk ke Narathiwat - 50 Bath per person / RM4.00 per person
Dari Narathiwat pula, kitorang naik bas ke Hat Yai yang ambil masa dalam 3 jam. So, total perjalanan dari sempadan ke Hat Yai ambil 4 jam.

Harga Bas ke Hat Yai - 170 Bath per person / RM22.40 per person

Sampai dekat Hat Yai, benda pertama kitorang buat ialah beli sim card. Satu sim card share 4 orang, dapat internet free 4 GB. Nice gila!
Aku pulak sebab lapar beli lah colek. Sedap sangat dia punya pencicah tu. Sampai sekarang lagi terasa-rasa. Ehek!

Sim Card - 75 Bath per person / RM10.00 per person
Colek buah - 20 Bath / RM2.60
Total - 95 Bath / RM12.60
Untuk ke hotel, kitorang ambil Tuk Tuk. Perjalanan dari pusat bandar ke hotel kitorang dalam 20 minit jugak. Sebab masa kitorang pergi sekali dengan Pesta Songkran, so hotel dekat bandar semua penuh. Kitorang book Hotel Hansa Venetian, Hat Yai.



Harga hotel 1 malam (485 Bath per night 1 room) - 121.20 Bath per person/ RM15.80 per person
Tuk Tuk ke Hansa Venetian Hotel - 20 Bath per person/ RM2.60 per person

 Sampai bilik, kitorang rehat sekejap dan sembahyang. Then dalam pukul 3.00 petang, kitorang pergi ke Khlong Hae Seafood menaiki Grab. Tempat ni menyediakan makanan seafood secara buffet. Terletak dengan Khlong Hae Floating Market. Korang boleh pilih nak makan buffet saja atau nak plus seafood. Harga berbeza ikut pakej kita ambik. Kitorang, of course sekali dengan seafood, nyum nyum!

Hanya seciput seafood yang sempat terakam 😂😂

Gigih dua orang chef kita memasak

Sorry, mampu bagi muka lapar je. Pagi breakfast roti je.

Khlong Kae Seafood. Kedai ni Halal, don't worry.

Harga Buffet - 300 Bath per person / RM40.00 per person
Grab ke Khlong Hae Seafood - 37.5 Bath per person / RM5.00 per person

Lepas dah kenyang, kitorang ke Khlong Hae Floating Market pulak. Dari sini ke Khlong Hae Floating Market dalam 10 minit je. Macam pasar malam je sebenarnya, tapi yang specialnya dia jual makanan atas bot. Pyka beli pancake kelapa dengan air teh beng je haha sebab kenyang gila makan buffet tadi.

Kitorang kenyang!!!

Minum air teh beng dalam buluh pun acah. 


Deretan kedai atas bot. Semua jual makanan!!

Banyak makanan boleh korang try.
Grab ke Khlong Hae Floating Market - 32.5 Bath per person / RM4.30 per person
Pancake Kelapa - 20 Bath / RM2.60
Air Teh Beng Buluh - 20 Bath / RM2.60
Air mineral - 10 Bath / RM0.80
Keychain - 80 Bath / RM10.00

Next, kitorang ke Asean Night Bazar. Macam-macam ada. Tapi, semestinya kitorang pergi ke bahagian makanan!!! Then, kitorang pergi 7 Eleven yang Heaven dekat Thailand. Boleh gila talak masuk 7 Eleven tu lama-lama haha.

Gambar ni credit to owner kayy. Lupa nak tangkap gambar hmmm
Tangkapan di malam hari. Tu campur tangkapan Asean Night Bazaar dengan 7 Eleven.

Grab ke Asean Night Bazaar dari Khlong Hae Floating Market - 45 Bath per person/ RM11.00 per person
Belanja di Asean Night Bazaar - 50 Baht / RM6.60
Belanja di 7 Eleven - 100 Bath / RM7.60
Grab ke Hotel - 30 Bath per person / RM4.00 per person 

Sabtu (Day 2)

Pagi tu, kitorang gerak seawal 7.30 pagi untuk breakfast dimsum di Chabura Dimsum, antara kedai menjual dimsum halal dan femes. Kedai ni bukak dalam pukul 7.00 pagi and biasanya penuh. So, untuk mengelakkan keramaian, pukul 7.00 ke 8.00 pagi tu ideal lah untuk ke sana. Lepas makan kami ke 7 Eleven Heaven untuk memborong lagi haha sebelum kami check out pukul 9.30 pagi untuk balik ke Malaysia.

Makan lagi gaiss!!!

Grab ke Chanbura Dimsum - 27.5 Bath per person / RM3.60 per person
Total makan dimsum - 100 Bath / RM7.60 (5 bekas, 1 bekas harga 15 Bath. Murah!!)
Borong 7 Eleven (Uhukss!) - 100 Bath / RM7.60
Grab ke Hotel - 25 Bath per person / RM2.00 per person

Then, kami checkout dan terus pergi ke stesen bas. And kami ambik bas dari Hat Yai straight ke Sg. Golok.

Grab ke Stesen Bas - 32.5 Bath per person / RM4.30 per person
Bas ke Sg. Golok - 220 Bath per person / RM29.00 per person
Shopping kat R n R - 35 Bath / RM4.60
So, ni Pyka sertakan total perbelanjaan Pyka termasuk souvenire.

Hotel - 121.20 Bath / RM15.80
Transport dari Tak Bai - Hat Yai - Sg Golok - 440 Bath / RM57.90
Transport di Hat Yai - 250 Bath / RM32.90
Makan di Hat Yai - 520 Bath / RM68.40
7 Eleven - 235 Bath / RM31.00
Souvenire - 80 Bath / RM10.00
Tambahan - 25 Bath / RM3.20
Total - 1671 Bath / RM219.20
So, ni lah sedikit sebanyak yang Pyka boleh share untuk bajet. Berbaloi sangat walaupun 2 hari satu malam je. Gerenti kalau ada peluang Pyka akan repeat. Thank you for reading! 

5 comments:

  1. uuu gigih kau buat itinerari meh aq share haha

    ReplyDelete
  2. murah betul pertukaran duit tu.. ke pakcik tu yg tersilap,
    duit malaysia RM100 baru jadi 760 Bath... huhu

    ReplyDelete
  3. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel & travel insurance. Kalau berminat boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete

Jangan Lupa Komen!!